Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
JA-12B-12-05/2024
High Court of Malaysia10 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Way & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484 [*480] and Gan Yook Chin & Anor v. Lee ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309)." (penekanan ditambah)”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
1
1.
2
JANAKARTA NAIDU A/L KARIWARTEM THENARASI A/P KANNAN … PERAYU-PERAYU ... RESPONDEN [Didengar bersama dengan] DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-14-05/2024 … PERAYU
1
1.
2
JANAKARTA NAIDU A/L KARIWARTEM THENARASI A/P KANNAN ... RESPONDEN-RESPONDEN [DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
2
THENARASI A/P KANNAN … PLAINTIF-PLAINTIF ... DEFENDAN]
1
Sebagai kemudahan rujukan pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana posisi asal masing-masing di Mahkamah Sesyen.
2
Di hadapan Mahkamah ini merupakan dua (2) rayuan berasingan yang telah digabung dan didengar bersama terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) Johor Bahru bertarikh 23.04.2024 yang telah membenarkan tuntutan gantirugi akibat kemalangan jalanraya oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dengan liabiliti diumpukkan 100% terhadap Defendan dan telah menolak tuntutan balas dan tolakan oleh Defendan terhadap Plaintif-Plaintif.
3
Rayuan pertama iaitu kes JA-12B-12-05/2024 adalah rayuan Plaintif-Plaintif (“Rayuan Plaintif-Plaintif”) atas sebahagian kuantum sahaja iaitu bagi item kehilangan pendapatan bagi Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dan kos rawatan fisioterapi dan kos penjagaan bagi Plaintif Kedua.
4
Manakala rayuan kedua iaitu kes JA-12B-14-05/2024 adalah rayuan Defendan atas isu liabiliti dan sebahagian kuantum gantirugi yang akan dibutirkan nanti dan rayuan terhadap penolakan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif (“Rayuan Defendan”).
5
Mahkamah ini usai pendengaran rayuan pihak-pihak, telah menolak Rayuan Plaintif-Plaintif dan Rayuan Defendan tanpa perintah untuk kos.
6
Berikut merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini.
7
Plaintif Pertama pada masa material adalah penunggang dan pemilik motosikal No: PHJ 4436 manakala Plaintif Kedua pada masa material adalah pembonceng motosikal tersebut.
8
Defendan pada masa material adalah pemandu dan pemilik motokar No: JJG 8125.
9
Melalui Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 19.04.2023, Plaintif-Plaintif mendakwa pada 20.01.2018 pada jam lebih kurang 9.45 pagi ketika Plaintif Pertama menunggang motosikal No: PHJ 4436 bersama-sama dengan Plaintif Kedua sebagai pembonceng dari tempat kerja menghala ke Taman Mount Austin melalui Bandar Permas Jaya apabila sampai di KM 21 Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran kilang TNT tiba-tiba motokar No: JJG 8125 yang dipandu oleh Defendan yang bergerak dari arah yang sama telah melanggar Plaintif-Plaintif dari arah belakang dan telah menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua Plaintif.
10
Manakala Defendan pula dalam Pernyataan Pembelaan, Tuntutan Balas dan Tolakan Terpinda bertarikh 19.04.2023 menafikan dakwaan Plaintif mengenai kecuaian defendan sebagai punca kemalangan dan meletakkan kecuaian sepenuhnya atau kecuaian sumbangan ke atas pihak Plaintif-Plaintif yang tidak berhati-hati semasa menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kiri jalan, dan menuntut balas terhadap Plaintif Pertama untuk membayar gantirugi ke atas kerosakan kenderaan Defendan dan menanggung rugi atau menyumbang kepada segala kecederaan yang dialami oleh Plaintif Kedua akibat kemalangan. Defendan sendiri walau bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan.
11
Plaintiff-Plaintiff telah mengemukakan seramai lima (5) orang saksi iaitu Plaintif Pertama (SP1), Pegawai Penyiasat (SP2), Kannan A/L Ayavoo (saksi bebas yang nampak kejadian kemalangan – SP3), Ahli Terapi (yang juga kakak kepada Plaintif Kedua – SP4) dan Plaintif Kedua (SP5). Manakala Defendan hanya mengemukakan seorang saksi sahaja iaitu Defendan sendiri (SD1).
12
Untuk isu liabiliti, HMS dalam alasan penghakimannya didapati membuat dapatan 100% kecuaian Defendan selepas menimbang keterangan saksi-saksi langsung iaitu Plaintif-Plaintif dan saksi bebas (SP3) dan pegawai penyiasat (SP2) serta keterangan senyap iaitu rajah kasar dan kunci (P1) dan gambar-gambar (P2). Atas dapatan tersebut juga, HMS telah menolak tuntutan balas dan tolakan Defendan untuk Plaintif Pertama menanggung kerosakan kenderaan Defendan akibat kemalangan dan menanggung rugi kecederaan yang dialami oleh Plaintif Kedua.
13
Untuk isu kuantum, HMS telah mengawardkan Gantirugi Am dan Khas, kos dan faedah kepada Plaintif-Plaintif.
14
Isu Plaintif-Plaintif mengenai kuantum adalah sama ada HMS adalah betul apabila menolak tuntutan kehilangan pendapatan sebenar Plantif Pertama dan sama ada HMS telah memberikan award kehilangan pendapatan sebenar dan kehilangan keupayaan pendapatan yang memadai kepada Plaintif Kedua.
15
Isu Defendan mengenai liabiliti adalah sama ada HMS betul dalam dapatan liabiliti 100% terhadap Defendan. Manakala mengenai kuantum pula, sama ada award-award HMS adalah betul untuk diberikan atau telah diawardkan secara berlebihan kepada Plaintif-Plaintif. Analisis dan keputusan
16
Pertama sekali, prinsip-prinsip matan mengenai pendekatan yang perlu diambil oleh mahkamah yang mendengar rayuan terhadap keputusan mahkamah bawahan selepas perbicaraan penuh adalah jelas, iaitu mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengusik dapatan dan keputusan mahkamah di bawah melainkan sekiranya keputusan mahkamah di bawah tersebut adalah secara terang-terangannya salah (plainly wrong).
17
Prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441 seperti berikut: - “... It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309 per Steve Shim CJ (Sabah and Sarawak). More recently this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v. Genisys Integrated Pte Ltd [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: It is well-settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Way & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484 [*480] and Gan Yook Chin & Anor v. Lee ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309)." (penekanan ditambah)
18
Mahkamah Persekutuan sekali lagi mengesahkan pemakaian prinsip tersebut di dalam kes yang agak terkini iaitu Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of The Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1.
19
Sementara itu, keadaan-keadaan di mana sesuatu keputusan mahkamah bawahan itu dikatakan sebagai secara terang-terangannya salah telah dibutirkan contoh keadaan-keadaannya oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Nor Azlina Abdul Aziz v. Expert Project Management Sdn Bhd [2017] 5 CLJ 58, seperti di dalam perenggan-perenggan berikut: "[20] Nevertheless there are occasions when appellate interference is warranted and these occasions have been well set out in numerous cases. Some of these occasions are:
a
where the trial judge took into account irrelevant considerations and failed to give due weight to relevant considerations (see Director of Forestry, Sabah & Anor v. Mau Kam Tong & Ors And Another Appeal [2010] 3 CLJ 377; [2010] 3 MLJ 509);
b
where there was no proper evaluation of the evidence by the trial judge (see Lee Nyan Hon & Brothers Sdn Bhd v. Metro Charm
c
where the decision arrived at by the trial court was without judicial appreciation of the evidence (see Gan Yook Chin & Anor v.
d
where a trial court has so fundamentally misdirected itself, that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions, would have arrived at the same conclusion (see Raja Lob Sharuddin Raja Ahmad Terzali & Ors v.
e
where the trial judge was plainly wrong in arriving at his decision (see Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97);
f
where a trial judge had so manifestly failed to derive proper benefit from the undoubted advantage of seeing and hearing witnesses at the trial, and in reaching his conclusion, has not properly analysed the entirety of the evidence which was given before him (see First Count Sdn Bhd v. Wang Yew Logging & Plantation Sdn Bhd [2013] 1 LNS 625; [2013] 4 MLJ 693 which followed the Privy Council case of Choo Kok Beng v. Choo Kok
g
where the judgment is based upon a wrong premise of fact or of law (see Perembun (M) Sdn Bhd v. Conlay Construction Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1416; [2012] 4 MLJ 149).". [penekanan ditambah]
20
Selain itu, perkara penting yang harus dilihat dalam sesuatu kes sivil adalah mengenai beban pembuktian iaitu di atas imbangan kebarangkalian. Takrif ‘imbangan kebarangkalian’ (balance of probability) sebagai mana yang diputuskan di dalam kes Inggeris iaitu Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 yang sering dijadikan rujukan dan diterima pakai oleh mahkamah-mahkamah di dalam negara ini iaitu apabila Hakim Denning mentakrifkan frasa tersebut sebagai ‘more probable than not’ dan tidak sebagai mana yang dituntut bagi kes-kes jenayah iaitu ‘melampaui keraguan munasabah’ (rujuk: Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1).
21
Melalui alasan penghakiman HMS, Mahkamah ini mendapati HMS telah mengambil perhatian bahawa terdapat dua versi yang bertentangan di antara versi Plaintif-Plaintif dan versi Defendan. Namun demikian, HMS didapati telah memilih versi Plaintif-Plaintif sebagai lebih berkemungkinan (more probable).
22
Mahkamah ini sendiri setelah meneliti rekod-rekod keterangan mendapati tidak ada sebab untuk menggangu keputusan HMS atas perkara berkaitan versi yang lebih berkemungkinan ini.
23
Pertamanya, berdasarkan nota-nota keterangan, Mahkamah ini mendapati tidak ada sebab untuk kredibiliti atau kebolehpercayaan saksi-saksi Plaintif-Plaintif disangsi. Kesemua mereka telah melalui pemeriksaan balas yang ketat tetapi tidak kenampakan keterangan-keterangan mereka goyah semasa disoal balas mengenai kejadian kemalangan.
24
Keduanya, Mahkamah ini juga mendapati HMS telah memberikan memberikan penekanan kepada keterangan senyap berikutan perbezaan versi di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan mengenai bagaimana kemalangan berlaku. Pendekatan HMS ini sudah semestinya betul dan selaras dengan prinsip-prinsip matan mengenainya. Mahkamah ini sendiri, selepas meneliti keterangan-keterangan senyap tersebut tidak nampak di mana kekhilafan HMS dalam penilaian beliau.
25
Selanjutnya, HMS juga didapati telah membuat penelitian dan penilaian yang secukupnya terhadap keterangan SP2 selaku pegawai penyiasat kes dan keterangan SP3 sebagai saksi bebas. Saksi bebas SP3 yang sedang memandu motorlori ketika kejadian juga didapati telah memberikan keterangan yang mencukupi dan memuaskan mengenai apa yang beliau nampak bagaimana kemalangan berlaku dan turut membuat laporan polis untuk itu. Jika diteliti nota-nota keterangan, Mahkamah ini juga tiada sebab untuk berbeza pandangan dengan HMS yang telah menerima keterangan SP3, lebih-lebih lagi kedudukan HMS selaku hakim bicara yang memiliki kelebihan audio visual untuk menilai kredibiliti dan berat yang patut diberikan kepada keterangan saksi-saksi secara keseluruhan.
26
Mahkamah ini juga menolak hujahan peguam Defendan bahawa kegagalan pegawai penyiasat melukis kesan brek di tempat kejadian menjejaskan kes Plaintif-Plaintif. Ini kerana, Mahkamah ini mendapati ketinggalan demikian telah diperjelaskan dengan baik oleh pegawai penyiasat, lebih-lebih apabila beliau mengesahkan tidak ada lagi kejadian kemalangan lain di tempat kejadian pada tarikh tersebut. Selaku pihak yang tidak ada kepentingan, Mahkamah ini tidak ada sebab untuk meragui dapatan HMS yang telah menerima keterangan pegawai penyiasat mengenai kesan brek di tempat kejadian yang konsisten dengan kecuaian Defendan.
27
Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat HMS adalah betul apabila memakai prinsip kes Tabarani Mohd Arshad v Chan Ten Yeu [1993] 3 CLJ 1888 yang memutuskan bahawa apabila hakim bicara berdepan dengan versi yang bertentangan maka versi yang lebih probable hendaklah dipilih.
28
Mahkamah ini juga selepas meneliti hujah-hujah Defendan berpuashati bahawa Defendan tidak berjaya tunjukkan kepada Mahkamah ini di manakah kekhilafan sebenar HMS bagi mewajarkan campur tangan oleh Mahkamah ini. Perlu ditekankan di sini bahawa anggapan sedia ada adalah sesuatu keputusan hakim bicara adalah betul dari segenap aspek [rujuk Bong Chee Min v. Jacknoris Golinjun (2020) MLRH 204].
29
Untuk itu, mana-mana perayu hendaklah meyakinkan Mahkamah bahawa keputusan hakim bicara adalah salah. Jika perayu gagal berbuat demikian, maka rayuan perayu wajar untuk ditolak.
30
Seperkara lagi, adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Defendan telah disaman di bawah s.43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Maka, Defendan mempunyai beban undang-undang (legal burden) untuk menunjukkan bahawa dirinya tidak bertanggungan liabiliti kerana dia berada pada kedudukan terbaik untuk menjelaskan bagaimana kemalangan berlaku. Berdasarkan rekod-rekod rayuan, Mahkamah ini mendapati Defendan telah gagal memberikan keterangan yang meyakinkan di mana kebanyakan keterangannya semasa disoal balas mengenai kejadian adalah tidak ingat atau tidak pasti. Defendan juga tidak mengemukakan apa-apa keterangan bebas lain bagi menyokong pembelaan dan tuntutan balasnya. Apa yang jelas ialah HMS tidak menerima keterangan Defendan bahawa motosikal Plaintif-Plaintif telah memasuki jalannya sehingga menyebabkan beliau tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar belakang motosikal Plaintif-Plaintif. Pada pandangan Mahkamah HMS tidak terkhilaf untuk berbuat demikian kerana Mahkamah ini sendiri sukar untuk menerima keterangan Defendan sendiri yang menyatakan sejurus sebelum kemalangan beliau telah memotong sebuah motolori di hadapannya dari sebelah kiri dan selepas memotong hendak masuk semula ke jalan sebelah kiri tersebut dan ketika itulah motosikal Plaintif-Plaintif masuk ke jalannya lalu beliau terlanggar belakang motosikal mereka.
31
Dalam keadaan terdapat keterangan saksi-saksi langsung dan bebas yang konsisten dengan keterangan siasatan pegawai penyiasat dan bukti-bukti senyap, adalah sukar sama sekali untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan mutakhir HMS selaku hakim bicara mengenai kecuaian Defendan yang telah melanggar Plaintif-Plaintif dari belakang. Rujukan kepada dapatan HMS tersebut adalah seperti dalam alasan penghakiman beliau seperti berikut (m.s 157 Rekod Rayuan Tambahan 1) :- “[13] Dari keterangan yang diberikan oleh Plaintif-Plaintif, Defendan dan saksi bebas dan Pegawai Penyiasat, Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua kenderaan yang terlibat dengan kemalangan bergerak dari arah sama iaitu dari bawah ke atas rajah kasar dan perlanggaran berlaku di Lorong A2-A3. Akibat perlanggaran, motosikal Plaintif-Plaintif dan motokar Defendan telah mengalami kerosakan. Kesan kerosakan kedua-dua kenderaan menyokong versi bahawa perlanggaran berlaku semasa kedua-dua kenderaan bergerak dari arah yang sama dan motosikal dilanggar dari belakang oleh motokar Defendan. Mahkamah ini berpendapat bahawa kedudukan motosikal yang melekat pada bumper hadapan kanan motokar Defendan menyokong versi bahawa motokar Defendan dipandu laju sehingga tidak dapat mengelak seterusnya melanggar motosikal Plaintif-Plaintif dari arah belakang. [14] Mahkamah ini setelah menimbang keterangan-keterangan yang dikemukakan berpendapat bahawa atas imbangan kebarangkalian, Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya ke atas Defendan dengan liabiliti 100% ditanggung oleh Defendan. Tuntutan balas serta tolakan Defendan terhadap Plaintif Pertama ditolak dengan kos kerana tidak dapat dibuktikan atas imbangan kebarangkalian.”
32
Dalam kes Cheong Voon Han v. Thevan Subramaniam & Anor [20191 5 CLJ 196, di m.s. 200, telah diputuskan bahawa:- “[5] lt is trite law based on a number of great authorities, an appellate court should but rarely interfere with the conclusion arrived at by the trialjudge who has had the advantage of hearing the witnesses unless if is satisfied that the trial judge has acted on a wrong principle of law or has made a wholly erroneous estimate of damage suffered, either due to an omission to consider relevant materials or admitting irrelevant consideration. The cases in reference are Tan Kuan Yau v. SuhindrimaniAngasamy [1985] 1 CLJ 429; [1985] CLJ (Rep) 323; Kyros lnternational Sdn Bhd v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2013] 3 CLJ 813; and the case of Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd & Another Appeal [2016] 7 LNS 1158; [2017] 1 MLJ 187.” (penekanan ditambah)
33
Sebagai rumusan isu liabiliti, Mahkamah ini berpuashati berdasarkan Rekod-Rekod Rayuan secara keseluruhan, HMS tidak terkhilaf dalam keputusannya apabila membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif dan menolak tuntutan balas dan tolakan Defendan dengan umpukan kecuaian 100% ke atas Defendan atas dasar imbangan kebarangkalian bahawa Defendan telah memandu motokarnya dengan cuai dan tidak berhati-hati sehingga melanggar motosikal Plaintif-Plaintif dari arah belakang. Isu Kuantum (Rayuan Plaintif-Plaintif dan Defendan)
34
Beralih kepada isu kuantum, prinsip matan mengenai rayuan terhadap kuantum gantirugi telah disimpulkan dengan jelas oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, yang mana Mahkamah ini bersetuju dengannya, di dalam kes Kovalan Rajoo v. Hanif Muhamad Pauzi [2016] 2 CLJ 965, seperti berikut: - "[12] In light of the above Federal Court's decision, the legal proposition in an appeal against an award for damages could be surmised as follows:
i
The onus on an appellant is a heavy one;
II
(ii) The appellant must satisfy the appellate court-
a
that the trial judge acted on wrong principle of law; or
b
the damages awarded is so extremely high or low to make it an entirely an erroneous estimate of damages, in other words, it is plainly unreasonable; or
c
the trial judge omitted to consider some relevant materials or admitted some irrelevant considerations, resulting in the award of damages being wholly inaccurate. In other words, if the trial judge had considered the relevant materials or did not take into consideration the irrelevant considerations, the trial judge would have come to an award entirely different from the one he had awarded;
III
(iii) the award of damages in each case stands by itself; and
IV
(iv) it is not enough for the appellant to show there is a balance of opinion or preference. [13] The mere fact that one judge's award is different from another judge's award does not form as a basis for an appellate court to disturb the awad of damages by the lower court. The award of damages in every case stands by itself - it depends on the age, sex and degree of injury and the chances and degree of recovery as well. Occasionally, it also depends on the available options for medical treatments. [14] A compendium is merely a compilation of information on court awards of damages. The information in the compendium may indicate the trend of the award of damages outside the range found in the compendium is not necessarily a reason for the appellate court to disturb the award of damages. The appellate court will only disturb the trial judge's award of damages if and only if the trial judge's award of damages is so very wrong or seriously wrong that no reasonable judge would have awarded the amount for the same set of facts. [15] An award of damages leaning to one end of the scale found in a compendium does not tantamount to an award that is very wrong or seriously wrong; it is merely the exercise of the trial judge's discretion. This does not form a basis for an appellate court to interfere with the discretion of the trial judge. The compendium's scale should not be used as a basis for an appeal against the exercise of the judge's discretion in deciding the award of damages. [16] The appellate court should not interfere with the exercise of discretion by the trial judge unless the award of damages is so very wrong or seriously wrong that it is plainly unreasonable." (penekanan ditambah)
35
Panduan lain yang Mahkamah ini berikan perhatian adalah melalui keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes United Plywood & Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 1 LNS 164, iaitu apabila YA Gill (ketika itu) memperkenalkan ujian ‘good gracious’ sebagai tambahan kepada rujukan kepada gantirugi kes-kes lepas sebagai asas penetapan kuantum gantirugi seperti berikut: "... As has been said again and again, the assessment of damages in cases of personal injury is one of the most difficult things for either a judge in the first instance or a Court of Appeal. When a man has lost his arm there is no sum in the world that can be in the true sense compensate for it. Yet compensation in the form of money is the only way in which he can be granted redress for injury he has suffered. It is neither possible nor desirable for damages for the loss of an arm to be standardised or rigidly classified, as no two cases are ever alike. But in order to maintain some semblance of uniformity, the amount awarded in past cases, which bear reasonable comparison with the case under review, should serve as useful guide. The general principle is that an appellate court can only interfere with an assessment If it Is considered so inordinately low or inordinately high as to make the court exclaim. 'Good gracious, is that the sum which has been awarded-that sum must be altered', or if It is so much out of line with the discernible trend or pattern of awards in reasonably comparable cases that it must he recorded as a wholly erroneous estimate....”
36
Akhir sekali, prinsip asas pemberian gantirugi yang sentiasa perlu diberikan perhatian adalah sebagaimana yang nasihat Mahkamah Persekutuan (ketika itu) dalam kes Ong Ah Long v Dr. S. Underwood [1983] 2 MLJ 324 seperti berikut:- “It has to be borne in mind that damages for personal injuries are not punitive and still less a reward. They are simply compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act and for all the natural and direct consequences of the wrongful act, so far as money can compensate.” (penekanan ditambah) A. Kehilangan pendapatan sebenar dan kehilangan keupayaan pendapatan
37
Kedua-dua Plaintif merayu terhadap item kehilangan pendapatan di mana HMS telah menolak tuntutan Plaintif Pertama bagi item ini manakala bagi Plaintif Kedua HMS hanya membenarkan sejumlah RM8,921.80 untuk kehilangan pendapatan sebenar dan RM 300,000.00 sebagai jumlah global untuk kehilangan keupayaan pendapatan.
38
Plaintif-Plaintif berhujah HMS telah gagal meneliti keterangan-keterangan relevan apabila menolak tututan kehilangan pendapatan sebenar Plaintif Pertama dan telah terkhilaf dalam membuat penilaian kehilangan pendapatan Plaintif Kedua. Selain itu, Plaintif Kedua berhujah bahawa keterangan-keterangan adalah mencukupi untuk Plaintif Kedua diberikan gantirugi kehilangan pendapatan masa hadapan mengikut kiraan multiplier dan multiplicand sedia ada di bawah s.28A(2)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
39
Defendan pula berhujah bahawa Plaintif Pertama sememangnya tidak layak untuk diberikan gantirugi kehilangan pendapatan sebenar kerana tiada bukti dikemukakan bahawa Plaintif Pertama bekerja pada hari kemalangan. Terhadap Plaintif Kedua, Defendan berhujah bahawa HMS telah terkhilaf apabila memberikan gantirugi kehilangan pendapatan sebenar dan kehilangan keupayaan pendapatan kerana Plaintif Kedua tidak memanggil majikannya untuk membuktikan pekerjaan atau mengesahkan pendapatan yang diterima oleh Plaintif Kedua sewaktu kemalangan.
40
Namun demikian, Defendan berhujah secara alternatif bahawa award RM300,000.00 untuk kehilangan keupayaan pendapatan Plaintif Kedua adalah terlalu tinggi dan mencadangkan sejumlah RM100,000.00 sebagai lebih munasabah jikapun hendak diberikan kepada Plaintif Kedua.
41
Mahkamah ini setelah meneliti alasan penghakiman, pertama sekali mendapati HMS tidak terkhilaf apabila menolak tuntutan kehilangan pendapatan sebenar Plaintif Pertama atas alasan bukti yang secukupnya telah gagal diberikan oleh Plaintif Pertama. Ini kerana slip-slip gaji yang dikemukakan yang kononnya sebagai menyokong tuntutan Plaintif Pertama menunjukkan ianya adalah untuk tahun 2021 sedangkan kemalangan berlaku pada tahun 2018. Plaintif juga gagal memanggil majikannya bagi membuktikan pekerjaan Plaintif Pertama pada waktu kemalangan. Selain itu, Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Notice of Assessment bagi tahun 2018 dan 2019 yang dikemukakan oleh Plaintif Pertama adalah tidak mencukupi sebagai bukti bahawa Plaintif Pertama bekerja dan mempunyai pendapatan semasa kejaidan kemalangan. Oleh itu, Mahkamah ini mengesahkan keputusan HMS yang menolak tuntutan Plaintif Pertama bagi kehilangan pendapatan sebenar.
42
Seterusnya bagi Plaintif Kedua, Mahkamah ini berpuashati bahawa HMS tidak terkhilaf dalam memberikan gantirugi kehilangan pendapatan sebenar kerana ia sepadan dengan bukti-bukti kontemporari seperti final salary statement – september 2018 yang jelas menunjukkan Plaintif Kedua mempunyai pekerjaan semasa kemalangan. Dalam hal ini, walau pun majikan Plaintif Kedua juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan, Mahkamah ini bersetuju dengan HMS bahawa bukti-bukti kontemporari tersebut adalah mencukupi dan boleh diiterima kerana ia konsisten dengan tahun kemalangan tidak seperti Plaintif Pertama. Maka jumlah RM RM8,921.80 yang diawardkan oleh HMS untuk kehilangan pendapatan sebenar adalah disahkan oleh Mahkamah ini.
43
Bagi sejumlah RM300,000.00 yang diberikan oleh HMS kepada Plaintif Kedua sebagai award kehilangan keupayaan pendapatan, Mahkamah ini pertamanya berpendapat bahawa HMS telah meneliti laporan perubatan Plaintif Kedua yang menunjukkan walau pun Plaintif Kedua mengalami keilatan, tetapi tidak ada keterangan konklusif bahawa Plaintif Kedua tidak akan berupaya langsung untuk menjalankan apa-apa pekerjaan di masa hadapan. Malahan saksi ahli fisioterapi (SP4) sendiri dalam keterangannya bersetuju bahawa Plaintif Kedua boleh kembali bekerja dan faktor ini sahaja sudah cukup untuk menjadikan kehilangan pendapatan masa hadapan mengikut mulplier / multiplicand di bawah s.28A 2(c) Akta Sivil 1956 tidak sesuai untuk diberikan kepada Plaintif Kedua.
45
Oleh yang demikian sejumlah RM300,000.00 yang diawardkan oleh HMS kepada Plaintif Kedua untuk kehilangan keupayaan pendapatan akibat keilatan yang dialaminya adalah jelas berada di bawah budibicara HMS sendiri selaku hakim bicara yang tidak ada sebab-sebab yang munasabah untuk Mahkamah ini mengubahnya. Tambahan lagi, Defendan dalam hujahan alternatifnya tidak memperjelaskan atau memberikan justifikasi bagaimana amaun RM100,000.00 yang dicadangkan itu dikira. Bagi Mahkamah ini, jumlah RM100,000.00 yang dicadangkan tersebut hanyalah semata-mata pilihan individu (individual choice) di pihak Defendan tanpa sebarang justifikasi jelas.
46
Dalam konteks ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Rasidin Binpartorjo v Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214, [1976] 1 LNS 123, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: - “The principle upon which an appellate court will interfere with an award of damages made by a judge sitting alone has been stated by Lord Wright in Davies v. Powell Duffryn Associated Collieries Ltd (2) at pp 616-617 as follows: Where the award is that of the judge alone, the appeal is by way of rehearing on damages as on all other issues, but as there is generally so much room for individual choice so that the assessment of damages is more like an exercise of discretion than an ordinary act of decision, the appellate court is particularly slow to reverse the trial judge on a question of the amount of damages. It is difficult to lay down any precise rule which will cover all cases, but a good general guide is given by Greer LJ in Flint v. Lovell. In effect the court, before it interferes with an award of damages, should be satisfied that the judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for these or other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered. It is not enough that there is a balance of opinion or preference. The scale must go down heavily against the figure attacked if the appellate court is to interfere, whether on the ground of excess or insufficiency.” (penekanan ditambah)
47
Oleh itu, Mahkamah ini mengesahkan keputusan HMS yang memberikan sejumlah RM300,000.00 sebagai gantirugi kehilangan keupayaan yang munasabah dan sesuai berdasarkan keilatan Plaintif Kedua yang tidak memungkinkan beliau kembali pulih seperti mana keadaan beliau yang asal sebelum kemalangan.
48
Plaintif Kedua merayu terhadap kos fisioterapi berterusan yang menurutnya patut diberikan kepada beliau tetapi telah ditolak oleh
49
Melalui alasan penghakiman, HMS didapati telah memberikan award kos fisioterapi setakat RM37,200.00 sahaja. Pecahannya adalah sebanyak RM20,400.00 sahaja diberikan menurut resit rasmi eksibit P12, dan sejumlah RM16,800.00 lagi merupakan 1/3 daripada jumlah tuntutan untuk 28 bulan berikutan tiada resit rasmi dikemukakan. HMS juga didapati tidak memberikan kos fisioterapi masa hadapan atas sebab tidak ada bukti perubatan untuk menunjukkan yang Plaintif Kedua memerlukan supervisory physioteraphy seumur hidup.
50
Setelah meneliti rekod-rekod rayuan, Mahkamah ini tiada sebab untuk menggangu dapatan dan award HMS tersebut. Kos fisioterapi, sebagai mana gantirugi khas yang lain memerlukan pembuktian ketat dikemukakan kepada Mahkamah dan tidak boleh sama sekali bersifat spekulatif. Selain itu, adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak yang mengalami kecederaan juga wajib untuk mengambil langkah-langkah mitigasi untuk mengurangkan kerugian atau kehilangan yang ditanggung.
51
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mengekalkan jumlah RM37,200.00 sebagai kos fisioterapi kepada Plaintif Kedua.
52
Plaintif Kedua juga merayu terhadap kos penjagaan seumur hidup yang sepatutnya diberikan kepada beliau tetapi telah ditolak oleh
53
Bagi item ini, HMS didapati telah memberikan penilaian kepada keterangan pakar-pakar perubatan kedua-dua pihak di mana di pihak Plaintif Kedua menunjukkan bahawa Plaintif Kedua dapat melakukan semua aktiviti hariannya dan hanya memerlukan bantuan sekiranya hendak keliuar dari rumah akibat gait impairment yang dihadapinya, manakala di pihak Defendan pula menunjukkan bahawa Plaintif Kedua kini telah sembuh.
54
Untuk itu, HMS telah mengawardkan kos penjagaan sebanyak RM1,000,00 sebulan selam tempoh 3 tahun dalam nada berikut:- “Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif Kedua kini hanya memerlukan sedikit pengawasan dan bantuan bukan lagi memerlukan penjagaan sepanjang masa.”
55
Jelas di sini, dapatan HMS bahawa Plaintif Kedua berhak diberikan kos penjagaan bukanlah satu dapatan yang dibuat tanpa mempunyai apa-apa asas. Justeru itu, Mahkamah ini berpuashati bahawa HMS tidak terkhilaf dalam melaksanakan kuasa budibicaranya dalam memberikan award tersebut. Jumlah RM1,000.00 sebulan untuk tempoh 3 tahun yang diberikan juga pada pandangan Mahkamah ini adalah munasabah dan tidak terlalu tinggi sebagaimana yang dihujahkan oleh Defendan atau terlalu rendah sebagaimana yang dihujahkan oleh Plaintif Kedua. Mahkamah ini mengekalkan award RM36,000.00 yang diberikan oleh HMS bagi item ini. D. Item-item kecederaan
56
Item-item kecederaan yang dirayu oleh Defendan telah dinyatakan di dalam hujahannya seperti berikut:-
a
Kos rawatan Plaintif Pertama di KPJ Johor (Award HMS - RM390.00)
b
Bil perubatan Plaintif Kedua (Award HMS – RM 54,306.43 untuk bil Hospital Pantai dan RM 125,266. 86 untuk bil
c
Soft tissue injury Plaintif Pertama (Award HMS – RM5,000.00)
d
Severe head injury Plaintif Kedua (Award HMS – RM250,000.00)
e
kecederaan jari kaki dan tulang belakang (tidak dinyatakan secara spesifik)
57
Bagi item (a) dan (b) di atas yang merupakan kos bil-bil perubatan yang dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada hospital swasta berkaitan, Mahkamah ini tidak ada sebab untuk menggangu award yang diberikan HMS kerana Plaintif-Plaintif telah mengemukakan resit-resit bayaran sebagai bukti. Selanjutnya, Mahkamah ini menolak hujah Defendan bahawa Plaintif-plaintif tidak patut pergi ke hospital swasta kerana kes-kes matan jelas tunjukkan tidak menjadi kesalahan untuk pihak-pihak yang mengalami kecederaan untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk kecederaan yang dialaminya tak kira sama ada di hospital swasta atau kerajaan (rujuk Dr. Kok Choong Seng & Anor v Soo Cheng Lin and another appeal
2018
1 MLJ 85]. Justeru itu, Mahkamah ini mengekalkan award HMS bagi bil-bil Hospital Pantai dan Hospital KPJ.
58
Bagi kecederaan seperti item (c) dan (d) di atas, Mahkamah ini mendapati award-award yang diberikan berada dalam julat gantirugi di dalam Compendium, maka jelas jumlah yang diawardkan oleh HMS tidak boleh dikatakan sebagai tersilap atau terkeluar daripada prinsip penilaian yang sepatutnya, Justeru, Mahkamah ini tidak menggangu award yang diberikan oleh HMS bagi item (c) dan (d) di atas.
59
Bagi item (e), Mahkamah ini mendapati Defendan tidak serius dalam rayuannya apabila tidak menyatakan kecederaan manakah yang dirayu secara spesifik dalam hujahannya. Mahkamah tidak sepatutnya diletakkan dalam keadaan tidak pasti atau tercari-cari apakah yang Defendan maksudkan dengan ‘kecederaan jari kaki dan tulang belakang’ yang hendak dirayu. Dalam apa-apa hal, hujah Defendan bahawa kecederaan tersebut tidak dinyatakan dalam laporan hospital kerajaan iaitu tempat pertama Plaintif Kedua dimasukkan tidaklah menjadikan ia tidak boleh dituntut atau diberikan oleh Mahkamah sekiranya terdapat laporan perubatan hospital swasta terkemudian yang mengenal pasti kecederaan-kecederaan tersebut.
60
Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini berpuashati untuk menolak rayuan Plaintif-Plaintif untuk kuantum dan menolak rayuan Defendan untuk isu liabiliti dan kuantum, kedua-duanya tanpa perintah untuk kos. Bertarikh: 6hb Jun 2026 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam untuk Plaintif-Plaintif: TETUAN B.ESPRAN & NOR KARLIDAA No. 1A, Tingkat Atas Bangunan Aked Seri Harmoni Jalan Tunku Mohd Asaad 09000 Kulim, Kedah Peguam untuk Defendan : TETUAN OTHMAN HASHIM & CO., Suite LP-08 & LP-09, LP Floor Menara TJB No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.