Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: WA-25-318-10/2023 Dalam perkara mengenai Rayuan Pengecualian Duti Setem ke atas Dokumen Penstrukturan Semula Pembiayaan oleh Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd, JM Global 3 (Labuan) PLC dan JM Global 4 (Labuan) PLC kepada Pemungut Duti Setem dan Kementerian Kewangan Malaysia; Dan Dalam perkara mengenai Surat Keputusan bertarikh 12.07.2023 oleh Kementerian Kewangan Malaysia; Dan Dalam perkara mengenai Notis Taksiran Sekuriti (Duti Ad Valorem) bertarikh 15.08.2023 ke atas Dokumen Penstrukturan Semula Pembiayaan antara Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd dengan Affin Bank Berhad dan Maybank Islamic Berhad, dan Notis Taksiran Sekuriti (Duti Ad Valorem) bertarikh 17.08.2023 ke atas Dokumen Penstrukturan Semula Pembiayaan antara Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Dan Dalam perkara mengenai Notis Taksiran Sekuriti (Duti Ad Valorem) bertarikh 15.08.2023 ke atas Dokumen Penstrukturan Semula Pembiayaan antara JM Global 3 (Labuan) PLC dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Dan Dalam perkara mengenai Notis Taksiran Sekuriti (Duti Ad Valorem) bertarikh 15.08.2023 ke atas Dokumen Penstrukturan Semula Pembiayaan antara JM Global 4 (Labuan) PLC dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Dan Dalam perkara mengenai Kebenaran Pengecualian Duti Setem oleh Pemungut Duti Setem ke atas Dokumen Pembiayaan antara Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd, JM Global 3 (Labuan) PLC dan JM Global 4 (Labuan) PLC dengan Affin Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 4, 17, 35, 36, 78, 80 dan 82 serta Jadual Pertama Akta Setem 1949 (Akta 378); Dan Dalam perkara mengenai Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91); Dan Dalam perkara mengenai Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012;