Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
BA-22NCvC-422-09/2019
High Court of Malaysia27 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“se of the correct procedure in a case where an aggrieved person can direct and pursue his complaint against a public authority in a court of law for a decision made by them affecting him, s 41 of the Specific Relief Act 1950 (‘the Act’) arms the court with the statutory authority to grant a declaration. Order 15 r 16 R”
“ertarikh 29.8.2019 kepada pihak PDRM masing-masing oleh Defendan Kelima, saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Minister of Home Affairs), Malaysia [1969] CLJU 65 yang memutuskan apabila unsur mala fide ditimbulkan, maka beban pembuktian adalah terletak ke atas pihak”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
1
ANTARA JAWATANKUASA PENGURUSAN SRI SELVA VINAYAGAR KOVIL [NO. PENDAFTARAN: PPM-005-10-06102016] [MENDAKWA SEBAGAI PERSATUAN]
2
BALAKRISHNAN A/L KANNIAH [NO. K/P: 551017-10-6479] [SEBAGAI PENGERUSI PLAINTIF PERTAMA]
3
G. MADERAVARAN A/L/ K. GOVINDASAMY [NO. K/P: 711208-10-5073] [SEBAGAI SETIAUSAHA PLAINTIF PERTAMA]
4
GANESAN A/L DORAISAMY PASUPATHY [NO. K/P: 700505-10-5009] … PLAINTIF [SEBAGAI BENDAHARI PLAINTIF PERTAMA] PLAINTIF
1
KUIL SREE SELVA VINAYAGAR RIVERSIDE ROAD KLANG [NO. PERTUBUHAN: PPM-001-10-24091974]
2
PARTHES A/L MUTHUVELU [NO. K/P: 66-618-01-5729]
3
INDRANI A/P S. PEMMULU [NO. K/P: 450109-04-5148] 27/05/2024 14:40:04
4
GUNASEGARAN R. MOOKIAH [NO. K/P: 600307-10-6803]
5
KUMANAN A/L PALANIVELOO [NO. K/P: 750628-14-5137] [DIDAKWA SEBAGAI BENDAHARI DEFENDAN PERTAMA] [DIDAKWA SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI DEFENDAN PERTAMA]
5
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR [BAGI PIHAK JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA, NEGERI SELANGOR] …DEFENDAN DEFENDAN (DALAM TUNTUTAN BALAS)
1
KUIL SREE SELVA VINAYAGAR RIVERSIDE ROAD KLANG [NO. PERTUBUHAN: PPM-001-10-24091974]
2
PARTHES A/L MUTHUVELU [NO. K/P: 66-618-01-5729] [DIDAKWA SEBAGAI PRESIDEN DEFENDAN PERTAMA]
3
INDRANI A/P S. PEMMULU [NO. K/P: 450109-04-5148]
4
GUNASEGARAN R. MOOKIAH [NO. K/P: 600307-10-6803]
5
KUMANAN A/L PALANIVELOO [NO. K/P: 750628-14-5137] [DIDAKWA SEBAGAI BENDAHARI DEFENDAN PERTAMA] [DIDAKWA SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI DEFENDAN PERTAMA] … PLAINTIF PLAINTIF
1
JAWATANKUASA PENGURUSAN SRI SELVA VINAYAGAR KOVIL [NO. PENDAFTARAN: PPM-005-10-06102016]
2
BALAKRISHNAN A/L KANNIAH [NO. K/P: 551017-10-6479] [DIDAKWA SEBAGAI PENGERUSI PLAINTIF PERTAMA]
3
G. MADERAVARAN A/L/ K. GOVINDASAMY [NO. K/P: 711208-10-5073] [DIDAKWA SEBAGAI SETIAUSAHA PLAINTIF PERTAMA]
4
GANESAN A/L DORAISAMY PASUPATHY [NO. K/P: 700505-10-5009] [DIDAKWA SEBAGAI BENDAHARI PLAINTIF PERTAMA]
5
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR [BAGI PIHAK JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA, NEGERI SELANGOR] … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Plaintif-plaintif di dalam tuntutan balas memohon untuk satu perintah bahawa pendaftaran Jawatankuasa Pengurusan Sri Selva Vinayagar yang didaftarkan pada 6.10.2016 dibatalkan oleh Defendan Kelima. [2] Plaintif-plaintif juga memohon Defendan Pertama hingga Defendan Keempat memberikan laporan penyata kewangan bagi wang-wang yang dikutip semasa pengurusan Kuil bermula 20.12.2016 hingga 28.7.2017 dan 12.8.2017 hingga 18.8.2017. [3] Plaintif-plaintif di dalam tuntutan balas memohon gantirugi dan/atau gantirugi teladan daripada Defendan Pertama hingga Keempat atas dakwaan pencerobohan Kuil dan juga Defendan Kelima atas dakwaan tidak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi, bertarikh 14.7.2017. [4] Setelah mendengar perbicaraan penuh kes ini, dikaji keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan dan juga meneliti hujahan-hujahan yang difailkan, saya memutuskan tuntutan balas plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan ditolak. Kos tindakan ditanggung oleh pihak masing-masing. Fakta Kes [5] Plaintif Pertama telah didaftarkan pada tahun 1974. [6] Perintah Pembatalan di bawah Seksyen 13 (1) (c) (iv) Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 25.2.2016 dibuat terhadap Plaintif Pertama. [7] Di dalam Perintah Pembatalan tersebut dinyatakan, rayuan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 boleh dibuat dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan kepada Menteri melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia. [8] Pada 4.8.2016, Defendan Kelima telah memaklumkan kepada ahli-ahli jawatankuasa Plaintif Pertama bahawa Plaintif Pertama perlu mematuhi 4 syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor sebelum rayuan pembatalan dibenarkan berakibat dari kelulusan bersyarat oleh Menteri Dalam Negeri terhadap rayuan Plaintif Pertama. [9] Plaintif Pertama telah gagal mematuhi 4 syarat-syarat tersebut. Maka perintah pembatalan di bawah Seksyen 13 (1) (c) (iv) Akta Pertubuhan 1966 dikekalkan. [10] Defendan Kelima telah meluluskan pendaftaran Defendan Pertama pada 6.10.2016. [11] Jabatan Insolvensi Malaysia telah dimaklumkan berhubung pendaftaran Defendan Pertama melalui surat bertarikh 14.12.2016. [12] Plaintif Pertama telah memulakan tindakan Semakan Kehakiman pada 2.12.2016. [13] Perintah kebenaran untuk memulakan Semakan Kehakiman bertarikh 6.1.2017 ialah seperti berikut:
a
Ketua Pengarah Insolvensi melantik seorang pengurus pentadbiran harian Kuil dan juga aset Kuil sehingga pelupusan muktamad pendengaran Semakan Kehakiman; dan
b
Pentadbir semasa iaitu Defendan Pertama melepaskan dan menyerahkan pentadbiran harian dan juga aset Kuil kepada pengurus berkecuali yang dilantik. [14] Perintah Semakan Kehakiman yang bertarikh 14.7.2017 ialah seperti berikut:
a
(a)
para
Certiorari bagi membatalkan keputusan Responden Kedua (Defendan Kelima) bertarikh 29.9.2016 yang membatalkan pendaftaran Plaintif Pertama;
b
Perintah Mandamus mengarahkan Responden-responden (Menteri Dalam Negeri dan Defendan Kelima) untuk mengenepikan pembatalan pendaftaran Plaintif Pertama dan untuk menghidupkan/mendaftarkan semula Plaintif Pertama;
c
Deklarasi bahawa keputusan Responden Kedua, (Defendan Kelima), bertarikh 29.9.2016 yang membatalkan pendaftaran Plaintif Pertama adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah;
d
Tiada perintah untuk kos. [15] Pada 17.7.2018, Mahkamah Rayuan telah memutuskan rayuan Defendan Kelima terhadap keputusan Mahkamah Tinggi adalah ditolak. [16] Pada 15.5.2019, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan kebenaran merayu oleh Defendan Kelima. [17] Pertubuhan Plaintif Pertama telah didaftarkan semula pada 30.8.2019 oleh Defendan Kelima. [18] Plaintif-plaintif di dalam tuntutan balas mendakwa defendan-defendan Pertama hingga Keempat menceroboh Kuil bermula 20.12.2016 hingga 28.7.2017 dan 12.8.2017 hingga 18.8.2017. Justeru dipohon mengemukakan laporan penyata kewangan dan juga pampasan gantirugi. [19] Plaintif-plaintif seterusnya mendakwa tindakan Defendan Kelima yang tidak membatalkan pendaftaran Defendan Pertama selepas perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 menyebabkan kerugian kepada Plaintif Pertama. Justeru dipohon pampasan gantirugi dan perintah pembatalan Defendan Pertama dibuat oleh Defendan Kelima. [20] Plaintif-plaintif juga mendakwa surat-surat Defendan Kelima bertarikh 1.8.2017, 18.8.2017 dan 29.8.2019 membuktikan wujud unsur mala fide. [21] Tuntutan asal kes ini telah dibatalkan melalui perintah Mahkamah bertarikh 7.7.2020 di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Isu-Isu [22] Di dalam kes ini, isu-isu untuk dianalisa adalah seperti berikut:
a
Sama ada Defendan Kelima gagal mematuhi terma-terma perintah Mahkamah yang bertarikh 6.1.2017 dan 14.7.2017;
b
Sama ada Defendan Kelima boleh diperintahkan oleh Mahkamah ini untuk membatalkan pendaftaran Defendan Pertama selaras dengan perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 dan juga plaintif-plaintif berhak memohon gantirugi;
c
Sama ada Defendan Pertama hingga Defendan Keempat telah melakukan pencerobohan di Kuil berkenaan secara melibatkan diri dalam pengurusan Kuil bermula 20.12.2016 sehingga 28.7.2017 dan
12
12.8.2017 sehingga 18.8.2017? Dan jika sebegitu, sama ada plaintif-plaintif boleh memohon Mahkamah bagi perintah laporan penyata kewangan dikemukakan dan juga pampasan gantirugi. Analisa Isu-Isu dan Penemuan Mahkamah [23] Berhubung dengan isu perenggan [22] (a), plaintif-plaintif berhujah Defendan Kelima tidak mematuhi perintah Mahkamah bertarikh 6.1.2017 dan 14.7.2017. [24] Kegagalan Defendan Kelima mendaftarkan plaintif-plaintif selaras dengan perintah Mahkamah bertarikh 6.1.2017 dan 14.7.2017 telah mengakibatkan plaintif-plaintif mengalami kerugian disebabkan pencerobohan defendan-defendan Pertama hingga Keempat. [25] Plaintif-plaintif juga berhujah alasan bahawa Defendan Kelima tidak membatalkan pendaftaran Defendan Pertama sebab perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 tidak menyentuh perkara itu tidak diterima. [26] Menurut plaintif-plaintif, Defendan Kelima seharusnya membaca maksud perintah itu dalam keadaan yang mengharmonikan semua pihak selaras dengan peruntukkan Seksyen 13 (1) (c) (ii) Akta Pertubuhan 1966. [27] Plaintif-plaintif juga berpandangan Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 tidak terpakai sebab dalam prosiding Semakan Kehakiman melibatkan isu pembatalan Plaintif Pertama oleh Defendan Kelima dan bukan menyentuh status Defendan Pertama sebagai satu pertubuhan. [28] Defendan Kelima dikatakan gagal melaksanakan tugasnya di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966. [29] Perintah Mahkamah bertarikh 6.1.2017 melibatkan Ketua Pengarah Insolvensi melantik seorang pengurus berkecuali menguruskan urusan harian Kuil dan juga aset Kuil sehingga pelupusan permohonan Semakan Kehakiman. [30] Mahkamah juga memerintahkan Defendan Pertama melepaskan dan menyerahkan pentadbiran harian dan juga aset Kuil kepada pengurus berkecuali yang akan dilantik. [31] Keterangan saksi WSPW1 mengesahkan fakta bahawa beliau hadir semasa pengambilalihan Kuil tersebut dibuat kepada Jabatan Insolvensi Malaysia dan Defendan Kelima tidak hadir sebab tidak terlibat dalam perkara tersebut. [32] Saya memutuskan adalah jelas perintah Mahkamah bertarikh 6.1.2017 tidak melibatkan Defendan Kelima berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan. [33] Perkara selanjutnya adalah sama ada Defendan Kelima gagal mematuhi perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 sepertimana yang didakwa oleh plaintif-plaintif sehingga plaintif-plaintif seharusnya diberi pampasan gantirugi. [34] Perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 mengarahkan Defendan Kelima untuk menghidupkan/mendaftarkan semula pertubuhan Plaintif Pertama. [35] Dakwaan-dakwaan plaintif-plaintif terhadap Defendan Kelima adalah seperti berikut:
a
Defendan Kelima bertindak lambat mendaftarkan semula pertubuhan Plaintif Pertama iaitu pada 30.8.2019;
b
Tindakan mengeluarkan surat-surat bertarikh 1.8.2017 dan 18.8.2017 kepada Defendan Pertama dan surat bertarikh 29.8.2019 kepada pihak PDRM masing-masing berunsur mala fide terhadap Plaintif Pertama sehingga menyebabkan kerugian dan;
c
Defendan Kelima menghina perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 kerana lewat melaksanakannya. [36] Saya mendapati plaintif-plaintif tidak memplidkan Defendan Kelima gagal mematuhi perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 dengan kadar segera atau dalam suatu jangka masa yang munasabah. [37] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak di dalam sesuatu kes terikat dengan pliding yang difailkan. Prinsip kes keputusan Mahkamah Persekutuan, Samuel Naik Siang Ting v Public Bank [2015] 8 CLJ 944 dirujuk berhubung perkara ini. [38] Alasan plaintif-plaintif yang mengatakan hanya perkara-perkara material yang perlu diplid dan bukan semua isu tidak selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dirujuk di atas. [39] Kegagalan plaintif-plaintif memplidkan fakta kelewatan menafikan peluang bagi Defendan Kelima mengutarakan isu berkenaan di dalam pembelaannya. [40] Oleh kerana isu ini hanya ditimbulkan di peringkat perbicaraan, Defendan Kelima melalui saksi WSDW4 telah memberi penjelasan bahawa segala proses rayuan telah dihauskan dan selepas itu Plaintif Pertama telah didaftar semula. [41] Mahkamah Persekutuan memuktamadkan prosiding Semakan Kehakiman apabila menolak permohonan kebenaran merayu yang difailkan oleh Defendan Kelima yang berakibat dari keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Defendan Kelima. Perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 15.5.2019. [42] Defendan Kelima telah mendaftarkan semula pertubuhan Plaintif Pertama pada 30.8.2019. [43] Saya menerima sebab-sebab yang dikemukakan oleh Defendan Kelima melalui saksi WSDW4 dan tiada kelewatan dalam mematuhi perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017. [44] Berhubung dengan unsur mala fide dalam pengeluaran surat-surat bertarikh 1.8.2017 dan 18.8.2017 kepada Defendan Pertama dan surat bertarikh 29.8.2019 kepada pihak PDRM masing-masing oleh Defendan Kelima, saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Minister of Home Affairs), Malaysia [1969] CLJU 65 yang memutuskan apabila unsur mala fide ditimbulkan, maka beban pembuktian adalah terletak ke atas pihak yang menimbulkannya. [45] Berdasarkan prinsip kes Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Minister of Home Affairs), Malaysia [1969] CLJU 65, maka beban pembuktian unsur mala fide wujud adalah terletak di pihak plaintif-plaintif. [46] Saya memutuskan plaintif-plaintif gagal membuktikan kewujudan unsur mala fide di pihak Defendan Kelima kerana hasil kajian isi kandungan surat-surat berkenaan jelas membuktikan Defendan Kelima sekadar memaklumkan akan status Defendan Pertama sebagai satu pertubuhan yang berdaftar. [47] Plaintif-plaintif menyatakan Defendan Kelima menghina perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017. [48] Setelah meneliti keterangan yang dikemukakan di hadapan saya, saya memutuskan Defendan Kelima tidak pernah menghina perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 pada sebarang masa. [49] Alasan plaintif-plaintif memohon pampasan gantirugi kononnya akibat tindakan Defendan Kelima menghina perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 sepatutnya tidak dibangkitkan dalam proses perbicaraan kes di Mahkamah ini. [50] Sekiranya plaintif-plaintif berpendapat Defendan Kelima menghina perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017, prosiding pengkomitan menurut Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 patut dimulakan di Mahkamah yang memberi perintah tersebut dan bukannya ditimbulkan sebagai satu isu di Mahkamah ini yang tiada kaitan dengan perintah itu. [51] Penelitian terperinci keterangan di hadapan saya, adalah didapati plaintif-plaintif telah mengambil alih pentadbiran Kuil dan juga aset Kuil daripada pihak Insolvensi pada 28.7.2017. [52] Penyerahan semua buku, rekod, dokumen persatuan dan juga kunci peti besi telah dibuat oleh Jabatan Insolvensi kepada Plaintif Pertama pada 28.7.2017. [53] Justeru itu, plaintif-plaintif tidak diprejudiskan dalam menguruskan pentadbiran Kuil dan aset Kuil tersebut. [54] Saya memutuskan isu di perenggan [22] (a) tidak bermerit dan ditolak berdasarkan alasan-alasan yang dijelaskan. [55] Berhubung dengan isu di perenggan [22] (b), plaintif-plaintif memohon kepada Mahkamah ini mengarahkan Defendan Kelima membatalkan Defendan Pertama selaras dengan perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017. [56] Saya mendapati perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 memerintahkan Defendan Kelima mengenepikan pembatalan Plaintif Pertama dan menghidupkan/mendaftarkan semula Plaintif Pertama. [57] Saksi Plaintif WSPW1 juga mengesahkan selain daripada apa yang tertera pada perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017, tiada perintah lain. [58] Di dalam kes ini Defendan Pertama telah menjadi pencelah di prosiding Mahkamah Semakan Kehakiman. [59] Plaintif-plaintif tidak pernah memohon untuk membatalkan Defendan Pertama ataupun menentusahkan status Defendan Pertama selaku pertubuhan yang berdaftar dengan Defendan Kelima di Mahkamah asal yang memberi perintah bertarikh 14.7.2017. [60] Plaintif-plaintif merujuk kepada Seksyen 7 (3) Akta Pertubuhan 1966 dan berhujah bahawa tidak logik bagi penggubalan undang-undang dibuat oleh Parlimen yang membenarkan dua pertubuhan didaftarkan bagi tujuan pengurusan Kuil di alamat yang sama. [61] Hasil pembacaan Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 jelas bahawa ianya berhubung dengan pendaftaran dan penolakan pendaftaran di mana menurut subseksyen 7 (3), Pendaftar boleh menolak pendaftaran sesebuah pertubuhan jika berlaku perkara-perkara yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) sehingga (e). [62] Peruntukan Seksyen 7 subsekyen (3) hanya boleh terpakai pada masa permohonan pendaftaran dibuat dan bukan bagi menolak sesebuah pertubuhan yang telah pun didaftarkan. [63] Di dalam kes ini berlaku perkara-perkara yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) sehingga (e) tidak wujud semasa permohonan pendaftaran Defendan Pertama dibuat. [64] Keterangan WSDW4 jelas semasa disoal oleh peguam plaintif seperti berikut: “VRG: Jadi tuan dalam surat-surat yang tuan hantar kepada insolvensi dan kepada semua pihak tuan katakan bahawa tidak ada sebarang pelanggaran Seksyen 7(3) oleh kerana mereka telah membatalkan, maka ia hanya satu persatuan sahaja yang wujud iaitu persatuan Jawatankuasa Pengurusan Sri Selva Vinayagar Kovil. Jadi tuan kata tidak bercanggah dengan Seksyen 7 (3) betul? DW4: Betul” [65] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Ahmad Jefri bin Mohd Jahri @ Md Johari v Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors [2010] 3 MLJ 145; [2010] 5 CLJ 865, di ms 867 diputuskan seperti yang berikut: “On the use of the correct procedure in a case where an aggrieved person can direct and pursue his complaint against a public authority in a court of law for a decision made by them affecting him, s 41 of the Specific Relief Act 1950 (‘the Act’) arms the court with the statutory authority to grant a declaration. Order 15 r 16 RHC also provides the High Court with such power. However, O 53 RHC sets out a specific procedure for an aggrieved party seeking relief, incorporating a declaration (as provided by s 41 of the Act) against a public authority for infringement of his rights to which he was entitled to be protected under public law, to follow. When such an explicit procedure is created (as compared to a general provision set out under O 15 r 16 RHC) to cater for this purpose, then as a general rule all such application for such relief must commence according to what is set down in O 53 RHC, otherwise, it is liable to be struck off for abusing the process of the court. Challenge on the use of appropriate procedure in judicial review is very much fact based. It is necessary for a judge when deciding on such matter to first ascertain whether there is a public law element in the dispute. If the claim for infringement is based solely on substantive principles of public law then the appropriate process should be by way of O 53 RHC. If it is a mixture of public and private law then the court must ascertain which of the two is more predominant. If it has a substantial public law element then the procedure under O 53 RHC must be adopted. Otherwise, it may be set aside on the ground that it abuses the court’s process. But generally the court should be circumspect I in allowing a matter which should be by way of O 53 RHC to proceed in another form. When the purpose of this rule is in the interest of good administration, then this rule must be adhered to, except in limited and exceptional circumstances.” [66] Oleh kerana pendaftaran Defendan Pertama dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, yang merupakan pihak berkuasa awam dan ianya melibatkan elemen undang-undang awam, maka saya memutuskan plaintif-plaintif tidak boleh mencabar keputusan Defendan Kelima tidak membatalkan pendaftaran Defendan Pertama melalui writ saman. [67] Jika dicabar keputusan Defendan Kelima, seharusnya melalui proses Semakan Kehakiman seperti yang diputuskan di dalam kes Ahmad Jefri di atas. [68] Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan jelas telah memperuntukkan satu prosedur yang spesifik untuk satu-satu pihak yang terkilan atau tidak berpuas hati mencabar keputusan pihak berkuasa awam. [69] Hujahan Plaintif-plaintif bahawa Seksyen 3 Akta Sivil 1956 digunapakai tidak relevan kerana Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan remedi bagi pihak yang tidak puas hati dengan keputusan pihak berkuasa awam dalam hal ehwal urus tadbir. [70] Saya memutuskan isu di perenggan [22] (b) tidak bermerit dan permohonan plaintif-plaintif meminta Defendan Kelima membatalkan pertubuhan iaitu Defendan Pertama melalui writ saman adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [71] Seterusnya dikaji isu di perenggan [22] (c). Plaintif-plaintif mendakwa intipati perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 ialah Plaintif Pertama kembali ke status asal seolah-olah tidak pernah dibatalkan pada bila-bila masa oleh Defendan Kelima. [72] Oleh yang demikian Defendan Pertama hingga Defendan Keempat dikatakan telah menceroboh premis Kuil dan menguruskannya selama 103 hari. [73] Plaintif-plaintif juga berhujah memandangkan Plaintif Pertama tidak pernah dibatalkan maka isu perintah peletakhakan tidak timbul. [74] Perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 memerintahkan Defendan Kelima untuk menghidupkan/mendaftar semula Defendan Pertama. [75] Bagaimana Defendan Pertama wujud? Defendan Pertama telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan pada 6.10.2016 oleh Defendan Kelima. Status Defendan Pertama masih berdaftar dengan Defendan Kelima. [76] Saksi Plaintif Pertama, WSPW1 telah memberi keterangan Defendan Pertama hingga Defendan Keempat melakukan pencerobohan apabila mengambilalih urus tadbir Kuil pada 20.12.2016. [77] Menurut keterangan beliau, beliau mengatakan ada pencerobohan sebab pada masa itu Plaintif Pertama masih menguruskan hal ehwal Kuil tersebut. [78] Keterangan yang sedia dikemukakan di dalam perbicaraan ini adalah Plaintif Pertama telah dibatalkan oleh Defendan Kelima pada 29.9.2016 dan didaftar semula pada 30.8.2019. [79] Walau bagaimanapun setelah prosiding Semakan Kehakiman difailkan, melalui perintah Mahkamah bertarikh 6.1.2017, Jabatan Insolvensi Malaysia telah melantik seorang pengurus berkecuali bagi menguruskan pentadbiran harian Kuil tersebut dan juga aset Kuil sehingga pelupusan permohonan Semakan Kehakiman. [80] Pada 28.7.2017, pihak Insolvensi telah menyerahkan segala dokumen, buku-buku rekod, kunci peti besi dan lain-lain suratcara kepada setiausaha Plaintif Pertama setelah pendengaran permohonan Semakan Kehakiman. Pada ketika itu tidak ada sebarang aduan dikemukakan oleh Plaintif Pertama kepada pihak Insolvensi bahawa ada kehilangan dokumen dan lain-lain. [81] Plaintif-plaintif juga menimbulkan isu berhubung perintah peletakhakan di antara Defendan Pertama dan pihak Insolvensi. [82] Setelah mengkaji fakta kes ini dengan teliti, saya mendapati dalam keadaan di mana Plaintif Pertama telah dibatalkan oleh Defendan Kelima pada 29.9.2016, Plaintif Pertama tidak ada “locus standi” bagi mempersoalkan urusan Defendan Pertama yang merupakan satu pertubuhan berdaftar berkuatkuasa 6.10.2016 berhubung dengan urus tadbir Kuil tersebut. [83] Saksi Plaintif, WSPW1 telah memberi keterangan bahawa Plaintif Pertama masih menguruskan hal ehwal Kuil tersebut apabila Defendan Pertama datang mengambilalih pengurusan Kuil pada 20.12.2016. Jadi siapakah penceroboh? Sudah tentu Plaintif Pertama kerana telah hilang status berdaftar sebagai pertubuhan sejak 29.9.2016. [84] Saya juga mendapati interpretasi perintah Mahkamah bertarikh 14.7.2017 oleh peguam Plaintif-plaintif bahawa perintah pembatalan terhadap Plaintif Pertama seolah olah tidak wujud bukan tepat. [85] Apabila perintah tersebut diteliti adalah jelas Mahkamah telah memerintahkan Defendan Kelima menghidupkan/mendaftar semula Plaintif Pertama. [86] Seterusnya jika sebegitulah pemahaman peguam Plaintif Pertama akan perintah Mahkamah tersebut, adalah tidak bernas tuntutan balas difailkan terhadap Defendan Kelima bahawa perintah Mahkamah tersebut tidak dipatuhi dan juga akan isu kelewatan pendaftaran Plaintif Pertama dibuat. [87] Ini membuktikan plaintif-plaintif tidak konsisten dengan pendirian yang diambil terhadap maksud perintah Mahkamah tersebut. [88] Berdasarkan alasan-alasan ini, saya memutuskan Defendan Pertama sehingga Defendan Keempat tidak melakukan pencerobohan dalam tempoh berkenaan dan tidak ada keperluan untuk sebarang laporan penyata kewangan dikemukakan kepada Plaintif Pertama sebab ianya tidak pernah menjadi isu kecuali apabila tuntutan balas ini difailkan pada 4.11.2019. [89] Prinsip undang-undang bagi gantirugi am adalah mesti dibuktikan kerugian bukan kewangan. Rujukan dibuat kepada keputusan kes Mahkamah Rayuan, Sambaga Valli K R Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Janah Affandi & Rolan Haji Abd Rahman [2017] 1 LNS 500. [90] Bagi gantirugi khas, ianya mesti dibuktikan. Kes keputusan Mahkamah Persekutuan yang dirujuk ialah Ong Ah Long v Dr. S Underwood [1983] 2 MLJ 324. [91] Berhubung dengan gantirugi teladan, ianya diawadkan apabila Mahkamah berpendapat pampasan yang diberikan tidak memadai dalam menghukum pihak yang melakukan “outrageous conduct”. [92] Kes keputusan Privy Council A v Bottrill [2003] 1 AC 449 telah mendefinasikan “outrageous conduct” seperti berikut: “cases satisfying the test of outrageousness will usually involve intentional wrongdoing with, additionally, an element of flagrancy or cynicism or oppression the like: something additional rendering the wrongdoing or the manner or circumstances in which it was committed particularly appalling.” [93] Saya memutuskan plaintif-plaintif gagal membuktikan gantirugi am, gantirugi khas dan gantirugi teladan di dalam kes ini. Kesimpulan [94] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut, adalah diputuskan bahawa plaintif-plaintif di dalam tuntutan balas gagal membuktikan kes atas imbangan kebarangkalian terhadap kesemua defendan-defendan. [95] Justeru itu, Mahkamah menolak tuntutan balas plaintif-plaintif terhadap kesemua defendan-defendan. [96] Kos tindakan ditanggung oleh pihak masing-masing. Tarikh: 27 Mei 2024 (INDRA NEHRU SAVANDIAH) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Tarikh keputusan: 27 Mac 2024 Peguam-Peguam: Bagi pihak Plaintif-plaintif: Varghese Onny & Paramjothy a/l Pahavan, [Tetuan Francis & Varghese] Bagi pihak Defendan 1 - 4: Indrani a/p Marimuthu, [Tetuan M. Indrani & Associates] Bagi pihak Defendan 5: Noerazlim binti Saidil, [Peguam Kanan Persekutuan, Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.