Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-72-05/2021 & BA-45-15-05/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45-15-05/2021
High Court of Malaysia23 Jun 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tempat dan masa yang sama sahaja adalah tidak mencukupi bagi membuktikan ‘premeditation or prearranged plan’ oleh Tertuduh-Tertuduh (Re case Ram Nath Madhoprasad & Ors. v State of Madhya Pradesh Air [1953] SC 420 atau pun bagi membuktikan bahawa wujud suatu perancangan (plan) atau ‘meeting of mind’ antara Tertuduh-Tert”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO. BA-45A-72-05/2021 & BA-45-15-05/2021 PENDAKWA RAYA
1
JEFFERY WONG CHOW CHUEN [750818-07-5029]
2
HONG DE XIAN [970309-01-5743]
3
CHEAH WEI SHENG [830510-10-5535]
4
AARON FREDRICK D’ALMEIDA [Passport: K1779011E]
5
NGUYEN THI THU THAO [Passport: C8847623] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Jeffery Wong Chow Chuen (“Tertuduh 1”), Hong De Xian (“Tertuduh 2”), Cheah Wei Sheng (”Tertuduh 3”), Aaron Fredrick D’Almeida (“Tertuduh 4”) dan Nguyen Thi Thu Thao (“Tertuduh 5”) (secara kolektif dirujuk sebagai “Tertuduh-Tertuduh”) telah dituduh bersama-sama dalam 2 kes dengan jumlah tiga (3) pertuduhan iaitu pertuduhan yang pertama bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB”) serta pertuduhan yang kedua dan pertuduhan yang ketiga bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB, yang mana kesemua pertuduhan kesalahan tersebut dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Ketiga-tiga pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama [ekshibit P4] “Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Julai 2020 jam lebih kurang 2.45 petang di sebuah rumah yang beralamat di No. 48, The Rafflesia Jalan PJU 8/12B, Damansara Perdana, Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 90.29 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua [ekshibit P5] “Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Julai 2020 jam lebih kurang 2.45 petang di sebuah rumah yang beralamat di No. 48, The Rafflesia Jalan PJU 8/12B, Damansara Perdana, Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama telah memiliki dadah berbahaya iaitu Nimetazepam seberat 0.39 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Ketiga [ekshibit P6] “Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Julai 2020 jam lebih kurang 2.45 petang di sebuah rumah yang beralamat di No. 48, The Rafflesia Jalan PJU 8/12B, Damansara Perdana, Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama telah memiliki dadah berbahaya iaitu Ketamine seberat 26.73 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [3] Pada 23.6.2023, Mahkamah ini memutuskan di akhir kes pendakwaan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh atas ketiga-tiga pertuduhan kesalahan tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah memerintahkan supaya Tertuduh-Tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. [4] Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini dalam kedua-dua kes tersebut melalui notis-notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia yang mana kedua-duanya bertarikh 4.7.2023. Ringkasan Kes Pendakwaan [5] Perbicaraan kes pendakwaan telah bermula pada 9.8.2022 dan pihak pendakwaan telah menutup kes pendakwaan pada 21.3.2023 setelah memanggil seramai 13 orang saksi pendakwaan seperti berikut: SP1: Hairul Nizwan bin Ab Manap (Ahli Kimia Narkotik) SP2: Sjn. Shahrom bin Md Saad (Jurustor) SP3: Insp. Darwis bin Aripin (rakam gambar / sampel darah) SP4: Robert Ong Thien Cheng (Pemilik rumah) SP5: Wong Heong Leng (Isteri dan pemilik bersama rumah) SP6: ASP Shaiful Hezreen bin Shariman (Pegawai serbuan) SP7: Sjn. Nik Abdullah bin Zakaria (Jurufoto) SP8: Izrin John a/l Jebasingam Issace (Penyewa bilik) SP9: Insp. Prabu a/l Avadiappan (Peg dan anggota serbuan) SP10: Hong Joon Wei (Kawan Tertuduh 1) SP11: Siti Hajar binti Hussin (Ahli Kimia Forensik) SP12: Insp. Mohamad Amir Asrah bin Mohamed Ariffin (Peg Forensik PDRM) SP13: ASP Sukri bin Ahmad (Pegawai Penyiasat). [6] Kronologi kes ini bermula daripada maklumat yang diterima oleh ASP Shaiful Hezreen bin Shahriman (SP6) tentang sebuah rumah yang dijadikan tempat pengedaran dan memproses dadah serta kemudiannya telah membuat taklimat penugasan pada 10.7.2020 jam lebih kurang 12.00 tengahari dan seterusnya membentuk 4 pasukan serbuan. Serbuan telah dijalankan pada jam 2.45 petang di sebuah rumah yang beralamat di No. 48, The Rafflesia Jalan PJU 8/12B, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor (“Rumah Serbuan”). [7] Rumah Serbuan tersebut merupakan sebuah rumah teres 3 tingkat dan tidak berpagar. Secara lebih jelas, susun atur Rumah Serbuan tersebut adalah seperti mana lakaran tempat kejadian [ekshibit P104] oleh Pegawai Penyiasat, ASP Sukri bin Ahmad (SP13). Malahan lakaran tempat kejadian tersebut disahkan oleh Robert Ong Thien Cheng (SP4), pemilik rumah tersebut. Susun atur Rumah Serbuan tersebut adalah seperti berikut:
a
Tingkat bawah Rumah Serbuan tersebut yang dipanggil sebagai ‘Tingkat Satu’ terdapat pintu masuk (tanpa grill), ruang tamu, stor dan tandas di hadapannya, sebuah meja kayu di ruang tamu, ruang dapur, rak almari besi, bilik di bahagian belakang menerusi ruang dapur dengan tandas serta sebuah meja di dalam bilik tersebut;
b
Tingkat atas Rumah Serbuan tersebut yang dipanggil sebagai ‘Tingkat Dua’ terdapat 3 buah bilik iaitu bilik yang bertanda ‘C’ mengandungi bilik mandi dan tandas, bilik yang bertanda ‘D’ yang mengandungi tandas dan bilik yang bertanda ‘E yang mengandungi tandas; dan
c
Tingkat paling atas Rumah Serbuan tersebut yang dipanggil sebagai ‘Tingkat Tiga’ terdapat 2 buah bilik iaitu bilik yang bertanda ‘A’ dan bilik yang bertanda ‘B’ yang mengandungi tandas dan bilik mandi. [8]
Preamble
Menurut SP6, semasa menyerbu masuk ke Rumah Serbuan tersebut, pintu depan rumah tersebut adalah bertutup tetapi tidak berkunci. SP6 telah membuat tangkapan ke atas Tertuduh 1, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 yang sedang berbaring di ruang tamu di Tingkat Satu. Manakala Tertuduh 4 ditangkap di kawasan tangga untuk naik ke tingkat atas dan Tertuduh 5 ditangkap semasa didapati sedang berbaring atas katil dalam bilik yang ditanda sebagai ‘E’ di Tingkat Dua. Pemeriksaan tubuh badan ke atas Tertuduh-Tertuduh tidak menjumpai apa-apa barang salah. [9] SP6 telah membuat rampasan di Rumah Serbuan tersebut seperti yang disenaraikan dalam Borang Senarai Geledah [ekshibit P123] yang meliputi barang kes dadah dan barang kes bukan dadah. Rampasan barang kes dan semua tangkapan telah dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Petaling Jaya. SP6 telah membuat 2 laporan polis iaitu Damansara Report No. 8123/20 [ekshibit P105] dan Damansara Report No. 8138-8141/20 [ekshibit P106]. [10] Menurut SP6 lagi, semasa di BSJN IPD Petaling Jaya, semua tangkapan telah dibuat ujian saringan awal urin dan hasil ujian mendapati bahawa Tertuduh 1, 2 dan 3 adalah positif dadah jenis Ketamine. Manakala hasil ujian saringan urin ke atas Tertuduh 4 dan 5 adalah negatif dadah. [11] SP13 selaku Pegawai Penyiasat telah dimaklumkan tentang rampasan serta tangkapan tersebut pada hari yang sama iaitu 10.7.2020 jam lebih kurang 5.30 petang. SP13 telah pergi dan sampai di Rumah Serbuan pada jam lebih kurang 6.45 petang. [12] Insp. Mohamad Amir Asrah bin Mohamed Ariffin, Pegawai Forensik PDRM (SP12) telah sampai ke Rumah Serbuan atas permintaan SP13 pada jam lebih kurang 8.45 malam hari yang sama, bagi membantu siasatan dan menjalankan pengambilan sampel DNA dan juga dusting cap jari. SP12 akhirnya telah menyerahkan barang-barang kes yang dipungut di tempat kejadian kepada SP13 pada jam lebih kurang 1.00 pagi 11.7.2020 seperti mana dinyatakan dalam Akuan Serah/Terima Barang Kes [ekshibit P166] dan menyediakan Laporan Pemeriksaan Tempat Kejadian [ekshibit P167]. [13] SP13 telah menerima semua rampasan barang kes, tangkapan-tangkapan dan dokumen-dokumen berkaitan pada 11.7.2020 jam lebih kurang 10.00 pagi seperti mana dalam Borang Serah Terima Barang Kes [ekshibit P124]. SP13 juga telah membuat tandaan beliau sendiri ke atas barang-barang kes tersebut. [14] Hairul Nizwan bin Ab Manap, Ahli Kimia Narkotik (SP1) telah menjalankan pemeriksaan ke atas rampasan barang-barang kes atas permintaan SP13 pada 14.7.2020 di pejabat narkotik IPD Petaling Jaya dan akhirnya telah meminta SP13 menghantar item-item yang telah dikenalpasti (sebanyak 19 item iaitu item No. 1, 4-13, 18, 19, 47-50, 55 dan 58 dalam Laporan) supaya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis. Laporan pemeriksaan oleh SP1 tersebut adalah seperti mana dilaporkan dalam Laporan No. Makmal: 20-FR-B-12987 [ekshibit P8]. [15] Lanjutan daripada itu, pada 15.7.2020 SP13 telah menyerahkan 1 kotak bertanda ‘SA’ yang mengandungi item-item yang telah dikenalpasti untuk analisis oleh Ahli Kimia menurut borang Polis 31 [ekshibit P10] dan disahkan penerimaannya oleh SP1 serta dikeluarkan Resit Rasmi Jabatan Kimia Malaysia [ekshibit P9]. [16] SP1 telah menjalankan analisis dan hasil analisis beliau adalah seperti mana dalam Laporan Kimia No. Makmal: 20-FR-B-12988 [ekshibit P11]. Antara lain, hasil analisis SP1 mendapati tablet-tablet dan serbuk berwarna putih daripada item yang dijalankan analisis tersebut adalah mengandungi 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA), Ketamine dan Nimetazepam yang merupakan dadah berbahaya seperti mana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. Hujahan Pihak-Pihak Di Akhir Kes Pendakwaan Pihak Pendakwaan [17] Pihak pendakwaan telah menghujahkan berkenaan elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan iaitu:
a
Dadah tersebut adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dalam ADB dengan berat bersih seperti mana dalam pertuduhan-pertuduhan;
b
Dadah tersebut berada dalam milikan (possession) Tertuduh-Tertuduh;
c
Tertuduh-Tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dirampas; dan
d
Tertuduh telah melakukan perbuatan mengedar (trafficking) dadah tersebut. [18] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen pertama berkenaan identiti dadah berbahaya tersebut telah berjaya dibuktikan melalui keterangan Hairul Nizwan bin Ab Manap, Ahli Kimia (SP1) yang melakukan analisis terhadap barang kes dadah tersebut. SP1 mengesahkan bahawa barang kes dadah tersebut merupakan dadah berbahaya jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), Nimetazepam dan Ketamine. [19] SP1 juga turut mengesahkan bahawa jenis dadah yang dianalisis adalah sebagai mana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB. Lanjutan daripada analisis yang telah dijalankan, SP1 telah menyediakan Laporan Kimia No. 20-FR-B-12987 bertarikh 24.2.2021 [ekshibit P8] dengan sedikit pindaan. [20] Selanjutnya pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan (control and custody) terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan yang berikut:
a
Kedudukan barang kes dadah yang ditemui di aras bawah Rumah Serbuan tersebut iaitu:
i
di atas meja di ruang tamu;
II
(ii) di atas meja di bilik stor;
III
(iii) di atas meja aluminium di sebelah kanan belakang ruang dapur;
b
Dadah dalam keadaan terbuka, tidak disorok serta boleh dilihat;
c
Gambar-gambar tempat kejadian [ekshibit P93] adalah merujuk kepada kedudukan asal barang-barang kes yang ditemui di atas meja kayu di ruang tamu dan di atas meja aluminium di ruang dapur;
d
Kedudukan meja kayu dalam gambar [ekshibit P93 (6) dan
7
(7)] jelas menunjukkan kedudukan meja kayu di ruang tamu itu yang berhadapan dengan pintu masuk utama dan tangga Rumah Serbuan tersebut yang mana Tertuduh-Tertuduh boleh melihat dengan jelas meja kayu itu dan barang-barang di atasnya, apabila mereka membuka pintu untuk masuk ke dalam Rumah Serbuan tersebut atau ketika turun/naik menggunakan tangga rumah tersebut;
e
Pintu bilik di bahagian belakang dapur di mana dadah yang dijumpai daripada atas meja aluminium juga tidak bertutup dan tidak berkunci ketika serbuan dijalankan di mana Tertuduh-Tertuduh mempunyai akses ke dalam bilik tersebut dan satu-satunya laluan ke tandas di aras bawah tersebut hendaklah melalui meja aluminium yang terdapat dalam bilik tersebut;
f
Mana-mana individu yang tinggal bersama ataupun hadir sebagai tetamu dalam Rumah Serbuan tersebut pasti mempunyai kebebasan bergerak ke seluruh bahagian rumah tersebut walaupun perjanjian sewa Rumah Serbuan tersebut adalah antara Tertuduh 1 dan Robert Ong Thien Cheng, pemilik rumah (SP4). [21] Mengenai elemen pengetahuan pula, pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa Tertuduh-Tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah yang ditemui tersebut melalui inferens yang berikut:
a
Reaksi Tertuduh-Tertuduh ketika serbuan
i
Reaksi Tertuduh 1 yang gelisah dan berulang kali mengulangi percakapannya “Kita cerita luar boleh, tuan”;
II
(ii) Reaksi Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 yang kelihatan shaking atau menggeletar;
III
(iii) Reaksi Tertuduh 4 dan Tertuduh 5 yang kelihatan gelisah pada wajah mereka.
b
Kedudukan Tertuduh 1, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 ketika serbuan
i
Tertuduh 1, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 berada di ruang tamu tidak jauh atau berdekatan dengan meja kayu di ruang tamu yang dibuat inferens mereka mempunyai pengetahuan ke atas dadah atas meja kayu tersebut;
II
(ii) Tertuduh 2 dan Tertuduh 5 adalah pasangan kekasih dan merupakan tetamu dalam Rumah Serbuan itu. Namun ketika serbuan, Tertuduh 2 tidak berada bersama Tertuduh 5 di dalam bilik tetapi berada di ruang tamu;
III
(iii) Tertuduh 3 dikatakan tinggal sementara di Rumah Serbuan tersebut dan hanya menumpang tinggal di ruang tamu di aras bawah;
IV
(iv) Keputusan saringan urin Tertuduh 1, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 didapati positif dadah jenis Ketamine.
c
Kedudukan dadah Kedudukan dadah dalam keadaan terdedah, terbuka dan boleh dilihat atau tidak disorokkan. Gambar-gambar tempat kejadian [ekshibit P93] dihujahkan sebagai gambar kedudukan asal dadah ditemui semasa serbuan. Maka dihujahkan suatu inferens bahawa Tertuduh-Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut yang tidak perlu disorokkan pun.
d
Keberadaan Tertuduh 2, Tertuduh 3, Tertuduh 4 dan Tertuduh 5 di Rumah Serbuan Ketika serbuan tersebut dijalankan, ia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh sebab pandemik di Negeri Selangor yang mana aktiviti rentas negeri telah dibenarkan. Pendakwaan menghujahkan bahawa alasan Tertuduh 2, Tertuduh 3, Tertuduh 4 dan Tertuduh 5 menumpang Rumah Serbuan tersebut yang disewa oleh Tertuduh 1 adalah tidak masuk akal dan keberadaan mereka bersama dalam Rumah Serbuan ketika serbuan itu bukanlah suatu kebetulan tetapi adalah untuk satu tujuan yang sama (aktiviti dadah). [22] Mengenai elemen pengedaran (trafficking) pula, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa terdapat keterangan langsung yang menunjukkan Tertuduh-Tertuduh melakukan perbuatan ‘pengedaran’ (trafficking) menurut takrifan di bawah seksyen 2 ADB berdasarkan perbuatan-perbuatan ‘menyimpan’ (keeping) dadah tersebut di atas meja kayu di ruang tamu dan atas meja aluminium di ruang dapur. Selain itu, pihak pendakwaan juga menghujahkan wujud elemen pengedaran dadah itu berdasarkan inferens kepada kuantiti dadah yang besar iaitu 90.29 gram bagi dadah 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) yang dikatakan merupakan jumlah yang besar dan Tertuduh-Tertuduh menyimpannya bagi tujuan pengedaran. Dalam masa yang sama, pihak pendakwaan juga mengguna pakai anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) ADB bagi elemen mengedar dadah tersebut. [23] Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa rantaian keterangan barang kes dadah tersebut adalah tidak terputus daripada mula pemeriksaan dan penemuan oleh pegawai serbuan SP6 yang telah menyediakan Borang Senarai Geledah [ekshibit P23] bertarikh 11.7.2020 dan seterusnya menyerahkan kepada ASP Sukri bin Ahmad selaku Pegawai Penyiasat (SP13). [24] SP13 juga telah menerima semua rampasan barang kes, tangkapan-tangkapan dan dokumen-dokumen berkaitan pada 11.7.2020 jam lebih kurang 10.00 pagi seperti mana dalam Borang Serah Terima Barang Kes [ekshibit P124]. SP13 juga telah membuat tandaan beliau sendiri ke atas barang-barang kes tersebut. [25] Hairul Nizwan bin Ab Manap, Ahli Kimia Narkotik (SP1) telah menjalankan pemeriksaan ke atas rampasan barang-barang kes atas permintaan SP13 pada 14.7.2020 dan akhirnya telah meminta SP13 menghantar item-item yang telah dikenalpasti (sebanyak 19 item iaitu item bernombor 1, 4 hingga 13, 18, 19, 47 hingga 50, 55 dan 58) supaya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis. Laporan pemeriksaan oleh SP1 tersebut adalah seperti mana dilaporkan dalam Laporan Kimia No. Makmal: 20-FR-B-12987 [ekshibit P8]. [26] SP13 pula telah menghantar barang kes dadah yang dimasukkan ke dalam satu kotak bertanda ‘SA’ kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisis yang mana telah diserahkan oleh beliau pada 15.7.2020 kepada Ahli Kimia bernama Abd Rahim bin Ismail (SP1) berserta Borang Pol 31 [ekshibit P10] dan dikeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 15.7.2020 sebagai bukti penerimaan [ekshibit P9]. [27] Selepas analisis oleh Ahli Kimia (SP1) disempurnakan, SP13 telah mengambil dan menerima semula barang kes dadah tersebut sebelum disimpan di setor barang kes dan didaftarkan dalam Buku Daftar Barang Kes [ekshibit P12]. [28] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan berdasarkan keterangan di atas rantaian keterangan barang kes adalah tidak terputus dan keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel, konsisten dan saling menyokong antara satu sama lain. [29] Kesimpulannya, pihak pendakwaan menghujahkan dengan membuat penilaian dan mempertimbangkan keterangan-keterangan yang ada secara keseluruhan, suatu kes prima facie bagi pertuduhan berkenaan telah berjaya dibuktikan terhadap Tertuduh-Tertuduh dan memohon Tertuduh-Tertuduh dipanggil membela diri. Pihak Pembelaan [30] Secara ringkasnya, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh ke atas ketiga-tiga pertuduhan kesalahan tersebut. [31] Peguambela Tertuduh 1 dalam penghujahannya telah membangkitkan antara lain, isu-isu berikut:
a
Percanggahan keterangan pegawai serbuan (SP6) dengan keterangan saksi pendakwaan yang lain;
b
Rangkaian keterangan yang terputus (break in the chain of evidence) terutamanya apabila Pegawai Penyiasat (SP13) mengesahkan dalam keterangannya bahawa SP6 ada meninggalkan Rumah Serbuan antara jam 6 hingga 8 malam pada 10.7.2020 untuk membuat laporan polis. Oleh yang demikian menimbulkan lompang ke atas pemerhatian dan pemantauan barang kes yang belum dibuat penandaan;
c
Bahawa Tertuduh 1 tidak mempunyai milikan (possession) ke atas dadah yang ditemui di atas meja di ruang tamu yang merupakan ruang terbuka dan di bilik stor yang tidak berkunci yang mana individu lain juga mempunyai akses;
d
Bahawa semua peralatan dan bahan-bahan yang ditemui adalah untuk tujuan pembuatan ‘bath bomb’;
e
Kewujudan individu lain yang dipanggil sebagai ‘Moon’ yang ditimbulkan nama itu oleh saksi pendakwaan, Izrin John a/l Jebasingam Issace (SP8) iaitu seorang penyewa bilik di Rumah Serbuan tersebut;
f
Inferens pihak pendakwaan bahawa perbuatan Tertuduh 2, 3, 4 dan 5 pindah masuk dan tinggal dalam rumah sewa bersama dengan Tertuduh 1 sebagai bukti ‘pre-planning’ adalah merupakan suatu spekulatif dan tidak berasas;
g
Penyiasatan yang tidak memuaskan seperti pengambilan sampel DNA dan pengesanan cap jari di tingkat bawah di mana dadah tersebut ditemui dalam Rumah Serbuan yang dihuni oleh Tertuduh-Tertuduh;
h
Tiada niat bersama (common intention). [32] Peguambela Tertuduh 2 pula telah membangkitkan dalam hujahannya yang berikut:
a
Terputus rantaian keterangan;
b
Ketiadaan jagaan, kawalan dan pengetahuan Tertuduh-Tertuduh ke atas dadah yang ditemui;
c
Adanya akses ke atas Rumah Serbuan tersebut oleh orang lain;
d
Ketiadaan keterangan Tertuduh yang sedang melakukan ‘overt act’ memproses dan/atau mengedar dadah tersebut;
e
Tiada niat bersama;
f
Siasatan yang tidak lengkap; dan
g
Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi (Moon) menimbulkan ‘adverse inference’. [33] Manakala peguambela Tertuduh 3 pula menghujahkan isu Tertuduh 3 yang tiada kaitan dengan dadah yang dirampas dan hanyalah hadir sebagai pelawat Rumah Serbuan. [34] Seterusnya peguambela Tertuduh 4 pula menghujahkan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan suatu kes prima facie berdasarkan alasan-alasan berikut:
a
Kegagalan membuktikan intipati-intipati pertuduhan;
b
Siasatan yang tidak sempurna;
c
Percanggahan keterangan saksi-saksi pendakwaan;
d
Pergerakan barang-barang kes yang meragukan; dan
e
Tertuduh 4 tidak mempunyai pengetahuan tentang dadah yang dijumpai. [35] Akhirnya peguambela Tertuduh 5 pula menghujahkan isu-isu yang berikut:
a
Tertuduh 5 yang tidak mempunyai milikan ke atas dadah yang dijumpai;
b
Kegagalan memanggil atau menawarkan saksi yang bernama “Moon”;
c
Borang Senarai Geledah yang cacat dan defektif;
d
Buku Daftar Barang Kes yang cacat dan defektif;
e
Kegagalan membuktikan niat bersama Tertuduh 5;
f
Siasatan yang tidak lengkap dan menyeluruh. Tugas Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan [36] Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah bagi memutuskan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [37] Suatu kes prima facie dikatakan berjaya dibuktikan hanyalah apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap dan tiap-tiap intipati/elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah: “For the purpose of this section, a prima facie is made out against the accused where the prosecution had adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” (Penekanan ditambah) [38] Prinsip-prinsip tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan ini telah dijelaskan dalam beberapa kes tersohor termasuklah PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “[15] For the guidance of the court below, we summarise as follows the steps that should be taken by trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: if I call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;” (Penekanan ditambah) [39] Elemen-elemen (ingredients) pertuduhan yang perlu dibuktikan adalah:
a
Perkara atau ‘subject matter’ yang terlibat bagi pertuduhan kesalahan-kesalahan tersebut adalah dadah berbahaya menurut jenis dan kuantiti seperti berikut:
i
(i)
90
90.29 gram 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA);
II
(ii) 0.39 gram Nimetazepam; dan
III
(iii) 26.73 gram Ketamine.
b
Tertuduh mempunyai pemilikan (jagaan atau kawalan dan pengetahuan) ke atas kesemua dadah berbahaya tersebut pada tempat, masa dan tarikh yang dipertuduhkan;
c
Tertuduh telah melakukan perbuatan mengedar dadah atau ‘trafficking’ (bagi pertuduhan kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA); dan
d
Tertuduh-Tertuduh mempunyai niat bersama dalam perbuatan mengedar dadah berbahaya dan memiliki dadah berbahaya seperti mana dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut. Analisa dan Dapatan Mahkamah Identiti Dadah Berbahaya [40] Adalah dapatan (finding) Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama bahawa perkara sabjek kepada pertuduhan ke atas Tertuduh-Tertuduh tersebut adalah dadah berbahaya seperti mana dipertuduhkan seperti mana keterangan lisan dan keterangan dokumentar Laporan Kimia (ekshibit P11) oleh Ahli Kimia (SP1) yang gagal dicabar atau dipatahkan oleh pihak pembelaan. [41] Tiada sebarang cabaran yang serius oleh peguambela terhadap identiti dadah berbahaya yang telah diterima dan dianalisis oleh SP1. Peguambela Tertuduh-Tertuduh lebih banyak mencadangkan kepada SP1 tentang kewujudan bahan-bahan lain yang bukan dadah (seperti palmitic acid, octadecanol/stearyl alcohol, oleic acid dll) dan mencadangkan kegunaannya dalam industri pembuatan kosmetik dan sabun. Begitu juga dengan kegunaan mesin ‘Pinch Points’ yang dicadangkan kegunaannya untuk membuat ‘bath bomb’. [42] Walaupun ada cubaan mencabar keterangan SP1 berkenaan proses analisis yang dijalankan, Mahkamah ini masih berpuas hati dan menerima keterangan lisan oleh SP1 dan keterangan dokumentar melalui ekshibit P11 tersebut. [43] Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” (Penekanan ditambah) [44] Malahan peguambela Tertuduh 3 dalam hujahan bertulisnya di perenggan 8 telah menyatakan bahawa tiada isu berkenaan elemen pertama di mana Ahli Kimia (SP1) telah memberi keterangan bahawa dadah yang dianalisa adalah merupakan dadah berbahaya seperti mana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama, ADB. [45] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan yang kukuh bagi membuktikan barang kes yang menjadi subject matter dalam pertuduhan-pertuduhan ke atas Tertuduh-Tertuduh adalah merupakan dadah berbahaya (3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), Nimetazepam dan Ketamine) seperti mana ditakrifkan dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB. Rantaian keterangan [46] Adalah menjadi hujahan pihak pembelaan khususnya oleh Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 bahawa terdapat kelompangan dalam rantaian keterangan (break in the chain of evidence) berkenaan dengan barang kes dadah yang dirampas sehinggalah ia dikemukakan ke dalam Mahkamah ini semasa perbicaraan. [47] Merujuk kepada ringkasan kes pendakwaan dalam perenggan 9 hingga 16 di atas, rampasan barang kes telah dibuat hasil serbuan pada 10.7.2020 yang meliputi barang kes dadah dan barang kes bukan dadah oleh SP6 dan disenaraikan dalam Borang Senarai Geledah [ekshibit P123]. Pegawai Penyiasat (SP13) telah menerima rampasan barang-barang kes tersebut daripada SP6 pada keesokan harinya iaitu 11.7.2020 seperti mana dalam Borang Serah Terima Barang Kes [ekshibit P124]. [48] Selanjutnya SP13 hanya memanggil SP1 bagi membuat pemeriksaan barang kes pada 14.7.2020 di pejabat narkotik IPD Petaling Jaya, iaitu selepas beberapa hari SP13 menerima semua barang kes tersebut. Setelah SP1 membuat pemeriksaan dan mengenalpasti beberapa barang kes dadah, SP13 telah menyerahkan 1 kotak bertanda ‘SA’ yang mengandungi barang-barang kes yang telah dikenalpasti kepada SP1 di Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa pada 15.7.2020. [49] Peguambela Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 telah membangkitkan isu kelompangan dalam rantaian keterangan berkenaan barang-barang kes dadah tersebut dengan menghujahkan tiada rekod pergerakan barang kes dan tempat di mana barang kes disimpan dalam tempoh antara 11.7.2020 hingga 14.7.2020. Dalam kes Mohd Osman bin Pawan v. PP [1989] 2 MLJ 110, antara lain penghakiman Supreme Court menyatakan: “In a serious case such as this it is pertinent to emphasize again that investigation officers should not treat the custody of exhibits lightly so as to leave a gap in the chain of evidence relating to the exhibits before their production in court.” (Penekanan ditambah) [50] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP13 yang menjelaskan bahawa dalam tempoh 11.1.2020 hingga 14.7.2020, barang-barang kes tersebut tidak pun disimpan atau didaftarkan dalam stor barang kes atas alasan ruang stor yang telah penuh/padat dan sebaliknya meletakkan barang-barang kes tersebut di atas lantai dalam biliknya. [51] Mahkamah ini mendapati bahawa SP13 telah menyebabkan barang-barang kes/ekshibit tersebut terdedah kepada risiko tercemar dan kebarangkalian dikacau ganggu. Adalah amat meragukan bagi Mahkamah ini untuk mempercayai tiada sesiapa orang lain pun yang akan keluar dan masuk ke dalam bilik SP13 atau untuk mempercayai bahawa SP13 tidak akan meninggalkan biliknya dalam tempoh tersebut atau beberapa hari. [52] Adalah lebih mengecewakan lagi apabila dirujuk kepada buku Pendaftaran Barang-Barang Kes [ekshibit P96] ada mencatatkan bahawa barang-barang kes tersebut didaftar simpan dalam stor pada 11.7.2020 yang mana amat bercanggah dengan keterangan SP13 bahawa ia disimpan dalam bilik pejabat beliau. Semasa pemeriksaan balas, SP13 menjawab bahawa tarikh yang sepatutnya dicatat dalam ruang (2) buku Pendaftaran Barang-Barang Kes tersebut ialah 15.7.2020. Walau bagaimanapun, apabila dicadangkan oleh peguambela Tertuduh 1 bahawa tarikh 15.7.2020 adalah merupakan tarikh barang kes dadah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, SP13 telah bersetuju dan akhirnya menyatakan tidak pasti bilakah masa atau tarikh sebenar barang-barang kes disimpan dan didaftarkan dalam stor barang kes seperti dalam ekshibit P96. [53] Malahan juga, SP13 semasa pemeriksaan balas telah bersetuju bahawa item-item yang didaftarkan dalam ruang (5) ekshibit P96 wujud kesilapan kerana ia merujuk kepada keseluruhan barang kes yang dirampas sedangkan terdapat sebahagian barang kes yang sebenarnya telah dihantar kepada Ahli Kimia (SP1) untuk dijalankan analisis. [54] Dalam kes Public Prosecutor v. SIM, ODITA, Muhammad Architects Sdn. Bhd. [2008] 3 CLJ 623 telah diputuskan seperti berikut: “[10] It was also the contention of the defence that there is break in chain of evidence, as during the testimonies of the prosecution and the defence witnesses, evidence tends to show that there is opportunity for tampering to exist, if the opportunity of tampering existed, there would be a break in the chain of evidence, irrespective of whether the opportunity was taken or not.” (Penekanan ditambah) [55] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati wujud kelompangan ke atas rantai keterangan berkenaan dengan barang kes khususnya barang kes dadah yang menjadi perkara sabjek dalam kes ini yang menimbulkan keraguan ke atas kes pendakwaan. Milikan (possession) ke atas dadah berbahaya [56] Bagi membuktikan elemen milikan, dua unsur utama yang perlu dibuktikan ialah elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan dan kawalan fizikal (control and custody) ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen mental iaitu pengetahuan (knowledge). [57] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: “A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out.” (Penekanan ditambah) [58] Berpandukan kepada nas yang dinyatakan di atas, adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan”, perlulah dibuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan atau jagaan ke atas sesuatu barang tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) dan mempunyai pengetahuan ke atas sesuatu barang tersebut. [59] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh-Tertuduh telah mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut dan seterusnya mempunyai pengetahuan melalui inferens yang dibuat berdasarkan faktor reaksi, kedudukan dadah, kelakuan (conduct) dan keberadaan Tertuduh-Tertuduh seperti mana dinyatakan dalam perenggan 21 di atas. [60] Walau bagaimanapun, berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Tertuduh-Tertuduh mempunyai milikan atau kawalan dan jagaan serta pengetahuan ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut. [61] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut atas alasan-alasan yang berikut:
a
Tempat rampasan barang kes dijumpai adalah berkisar di meja kayu, rak almari besi dan meja dalam bilik belakang yang mana semuanya berada di tingkat bawah atau ‘Tingkat Satu’ dalam Rumah Serbuan tersebut yang boleh diakses oleh sesiapa jua yang memasuki Rumah Serbuan tersebut;
b
Keadaan Rumah Serbuan tersebut yang sememangnya tidak berpagar dan tiada pintu grill. Malahan pintu rumah tersebut adalah tidak berkunci semasa serbuan dijalankan;
c
Tiada apa-apa penemuan cap jari yang boleh mengkaitkan akses Tertuduh-Tertuduh kepada barang kes dadah tersebut atau mana-mana barang lain yang bukan dadah;
d
SP13 sendiri semasa dicadangkan oleh peguambela Tertuduh 3 bersetuju bahawa Tertuduh 3 tidak mendiami mana-mana bilik dalam rumah tersebut dan hanya menumpang tidur di rumah tersebut. Malahan saksi pendakwaan iaitu Izrin John a/l Jebasingam Issace (SP8) yang merupakan salah seorang penyewa di rumah tersebut juga mengesahkan perkara ini;
e
Malahan seorang lagi saksi pendakwaan iaitu Hong Joon Wei (SP10) juga mengatakan pernah dan biasa pergi ke rumah tersebut untuk minum-minum;
f
Laporan DNA hanya menyatakan tentang penemuan profil DNA ke atas sampel yang dipungut yang mana bukanlah daripada mana-mana item rampasan yang mengandungi dadah;
g
Tiada sebarang rampasan atau penemuan apa-apa kunci Rumah Serbuan tersebut dan berpadanan dengan keterangan SP8 yang merupakan salah seorang penyewa dalam rumah tersebut bahawa beliau tidak pernah diberikan dengan kunci bagi rumah tersebut;
h
Terdapat keraguan tentang kegunaan barang-barang rampasan lain atau bahan kimia untuk membuat ‘bath bomb’ atau sabun. Malahan Ahli Kimia (SP1) juga bersetuju dan tidak menafikan cadangan oleh pihak pembelaan tersebut. Niat Bersama oleh Tertuduh-Tertuduh [62] Mahkamah ini juga mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan niat bersama (common intention) antara Tertuduh-Tertuduh bagi perbuatan kesalahan mengedar dadah berbahaya ‘3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA)’ dan/atau kesalahan memiliki dadah berbahaya ‘Nimetazepam’ serta ‘Ketamine’ seperti mana maksud peruntukan seksyen 34 Kanun Keseksaan, ‘in furtherance of the common intention which presupposes permutation or pre-concept of mind’ bersama-sama oleh Tertuduh-Tertuduh tersebut. [63] Mahkamah ini merumuskan bahawa dengan hanya setakat keberadaan Tertuduh-Tertuduh di suatu tempat dan masa yang sama sahaja adalah tidak mencukupi bagi membuktikan ‘premeditation or prearranged plan’ oleh Tertuduh-Tertuduh (Re case Ram Nath Madhoprasad & Ors. v State of Madhya Pradesh Air [1953] SC 420 atau pun bagi membuktikan bahawa wujud suatu perancangan (plan) atau ‘meeting of mind’ antara Tertuduh-Tertuduh (Re case Krishna Rao Gurumurthi v PP & Another Appeal [2009] 2 CLJ 603). [64] Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan atau membuktikan wujudnya suatu perancangan (plan) atau ‘meeting of mind’ antara Tertuduh-Tertuduh tersebut. Pihak pendakwaan sekadar membuktikan keberadaan Tertuduh-Tertuduh tersebut dalam Rumah Serbuan itu pada masa yang material sahaja. Pengedaran (trafficking) dadah berbahaya [65] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh-Tertuduh bersama-sama terlibat dalam kesalahan mengedar dadah berbahaya 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) berdasarkan tafsiran ‘trafficking’ di bawah seksyen 2 ADB 1952 dengan bergantung kepada unsur atau elemen ‘menyimpan’ (keeping) ke atas dadah berbahaya tersebut (rujuk perenggan 66 dan 67 penghujahan bertulis pihak pendakwaan). Malahan lagi pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tindakan Tertuduh-Tertuduh ‘menyimpan’ dadah tersebut di atas meja kayu di ruang tamu serta di atas meja aluminium di dapur Rumah Serbuan tersebut dan memandangkan jumlah berat dadah 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) iaitu 90.29 gram yang dianggap sebagai suatu jumlah yang besar, maka dihujahkan bahawa ia terjumlah kepada perbuatan pengedaran secara langsung menurut definisi pengedaran di bawah seksyen 2 ADB. [66] Namun Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa keterangan lain yang dapat menunjukkan aktiviti Tertuduh-Tertuduh dengan pengedaran dadah atau melakukan apa-apa ‘overt act’ selain daripada sekadar perbuatan ‘menyimpan’ yang boleh dikaitkan sebagai pengedaran dadah. [67] Selain itu, pihak pendakwaan juga dalam perenggan 65 penghujahan bertulisnya mengguna pakai anggapan statutori di bawah seksyen 37(d) ADB bagi elemen mengedar dadah. Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan terdahulu Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen milikan (possession) Tertuduh-Tertuduh ke atas dadah berbahaya tersebut, maka anggapan statutori mengedar di bawah seksyen 37(d) ADB adalah tidak terpakai. Anggapan statutori tersebut hanyalah terpakai apabila elemen jagaan, kawalan dan pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kelemahan siasatan [68] Mahkamah ini juga mendapati kelemahan siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat (SP13) seperti berikut:
a
Gagal mengarahkan pihak forensik supaya menjalankan ‘dusting’ ke atas semua barang kes yang mana boleh membantu mengenal pasti individu sebenar yang mempunyai akses kepada dadah tersebut;
b
Gagal menyimpan semua barang rampasan di dalam stor atau tempat yang sesuai bagi mengelakkan timbul keraguan tentang barang kes tersebut daripada tercemar atau dikacau ganggu;
c
Gagal memastikan pendaftaran kemasukan barang kes secara tepat dan betul;
d
Gagal memastikan pergerakan keluar/masuk barang kes dengan tepat dalam Buku Daftar Barang Kes [ekshibit P96];
e
Gagal membuat siasatan lebih mendalam terhadap individu bernama ‘Moon’ seperti mana yang dibangkitkan dalam keterangan saksi pendakwaan sendiri atau merakam percakapannya;
f
Gagal menyiasat sama ada Tertuduh-Tertuduh mempunyai kunci Rumah Serbuan tersebut atau tidak;
g
Gagal menyiasat sama ada pintu belakang Rumah Serbuan itu berkunci atau tidak pada hari kejadian; dan
h
Gagal untuk meneliti hasil laporan kimia DNA [ekshibit P165] yang telah diterima oleh beliau sendiri.
para
[69] Setelah meneliti dan membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini telah merumuskan pada akhir kes pendakwaan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan sepenuhnya elemen-elemen kesalahan seperti mana dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut. [70] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan berdasarkan alasan-alasan dan dapatan Mahkamah ini seperti mana dinyatakan di atas serta dengan mengguna pakai test/ujian untuk membuktikan kes prima facie seperti mana dijelaskan dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra), Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 tersebut.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.