Content
BL-45A-29-08/2022 Kand. 103 02/05/2025 15:52:19 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45-3-08/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-29-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
BL-45A-29-08/2022
High Court of Malaysia11 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“is case, are relevant for an inference that he knew about the drugs seized by the police in the car and in the house not far from the car. The appellant's conduct is admissible under section 8 of the Evidence Act 1950 and the appellant need to explain his conduct as required under section 9 of the same Act which the ap”
“akim Mahkamah Rayuan (ketika itu) menyatakan: "In the case of Mahboob Shah v. Emperor AIR 1945 PC 118 the Law Lords in the Privy Council had this to say when dealing with an appeal where s.34 of the Penal Code was invoked, in aid by the prosecution: "...To invoke the aid of s.34 successfully, it must be shown that the”
“rugs were so physically proximate to him as seen by Det. Corp. Kamaruddin and he had the keys of the house at the material time." (penekanan ditambah) Di dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 di mukasurat 239 diputuskan "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Ste”
“OKT 1 dan 2 yang cuba melarikan diri adalah keterangan terus yang menunjukkan dia mempunyai pengetahuan tentang dadah yang ada dengannya. Mahkamah Rayuan iaitu Roichand bin Maasum v Public Prosecutor [2022] MLJU 99 dimana YA Datuk Nordin Hassan memutuskan: [26] Now, with regards the appellant's knowledge of the impugne”
“sis DNA pada barangan yang dijumpai di lokasi kejadian ianya adalah lebih bersifat keterangan sokongan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Zakaria bin Awang v Pendakwa Raya [2023] CLJU 1849, [2023] 1 LNS 1949 - YA Datuk Hashim Hamzah HMR memutuskan seperti berikut: " [43] This Court in PP v E”
“dengan mereka yang duduk di ruang tamu rumah tersebut, sekaligus boleh dikatakan mereka mempunyai milikan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam Abd Wahab bin Said lawan Pendakwa Raya [2023] CLJU 802, [2023] 1 LNS 802 di mana diputuskan: "[38] Furthermore, we find that the learned High Court judge has in”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
BL-45A-29-08/2022 Kand. 103 02/05/2025 15:52:19 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45-3-08/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-29-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
4
SUPIANTO ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] OKT-OKT telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) dan juga Seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) di bawah Akta yang sama. Kedua-dua pertuduhan ini di bawah (2) kes yang berbeza yang dibicarakan bersama-sama. BL-45A-29-08/2022 "Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Januari 2022 jam lebih kurang 4.10 petang di alamat No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, 45400 Sekinchan dalam daerah Sabak Bernam di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine seberat 250.1 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. BL-45-3-08/2022 "Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Januari 2022 jam lebih kurang 4.10 petang di alamat No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, 45400 Sekinchan dalam daerah Sabak Bernam di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine seberat 4.55 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] OKT-OKT tidak mengaku salah dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima (5) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. B. FAKTA KES PENDAKWAAN [3] Pada 26.1.2022, jam lebih kurang 3.30 petang, semasa SP2 (Inspektor Ashok Kumar a/I Subramaniam) berada di Balai Polis Sekinchan, beliau telah menerima satu maklumat yang mendedahkan terdapatnya kegiatan mengedar dadah secara aktif di sebuah rumah yang beralamat di No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, Sekinchan, Selangor. [4] Pada jam 3.35 petang, hari yang sama; SP2 telah memberi taklimat kepada anggota serbuan untuk lancarkan operasi berdasarkan maklumat tersebut. Selepas taklimat, SP2 dan pasukan serbuan telah bergerak ke lokasi kejadian iaitu rumah beralamat No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, Selangor dan mendapati lokasi kejadian adalah sebuah kawasan perumahan iaitu sebuah rumah teres 2 tingkat. [5] Apabila tiba di lokasi kejadian pada jam 4.00 petang, SP2 telah mengarahkan anggota serbuan memberhentikan kenderaan mereka sedikit jauh dari lokasi kejadian. SP2 dan L/kpl Zulkifley bin Mail telah berjalan kaki menuju arah belakang rumah; manakala Sarjan Azeman bin Awang dan Kpl Thanes a/l Ramasamy telah pergi ke bahagian hadapan rumah. Pintu hadapan rumah didapati bertutup tetapi tidak berkunci. SP2 kemudiannya membuat pemerhatian selama 5 minit di sekitar rumah tersebut dan mendapati tiada pergerakan keluar masuk dari rumah tersebut. SP2 mendengar ada orang berbual di dalam rumah tersebut dan mendapati pintu belakang dalam keadaan berkunci dari dalam. SP2 kemudiannya memecah pintu belakang rumah dan masuk ke rumah tersebut. [6] SP2 dan anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah dan telah menahan 3 lelaki warganegara Indonesia yang sedang duduk di atas lantai di ruang tengah rumah tersebut yang kemudian dicamkan sebagai OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. SP2 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kepada ketiga-tiga OKT. Hasil pemeriksaan di lantai, dimana ketiga-tiga OKT duduk, dijumpai: i. (7) paket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi ketulan kristal bahan disyaki dadah jenis syabu (a/b: 6.11 gram); dan ii. 1 kotak rokok jenama Gudang Garam (ekshibit P10) yang di dalamnya ada (4) paket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kristal bahan disyaki dadah jenis Syabu (a/b: 1.90 gram) (P8A (1-11).
Preamble
Menurut SP2, kedudukan barang kes dengan OKT 1 hingga OKT 3 adalah hanya lebih kurang 1 depa tangan sahaja. [7] Menurut SP2 lagi, tidak lama kemudian, seorang lelaki warganegara Indonesia telah masuk ke rumah tersebut dari pintu hadapan rumah dan SP2 telah menahan lelaki tersebut. Lelaki itu, kemudian dicamkan oleh SP2 sebagai OKT 4. Seterusnya, SP2 telah menjalankan pemeriksaan dan telah menjumpai (1) anak kunci bertulis "CHINA" bertali hijau (P11) di tempat dimana OKT 1, 2 dan 3 duduk ketika serbuan. SP2 bertanya "Ini kunci yang mana?" OKT-OKT hanya mendiamkan diri. [8] SP2 kemudiannya telah memeriksa keseluruhan rumah dan mendapati bahagian atas laluan tangga terdapat pagar yang bermangga. Sekali lagi SP2 bertanya kepada keempat-empat OKT "Adakah kunci yang dijumpai ini untuk pagar yang bermangga di tingkat atas rumah?". SP2 mendakwa beliau melihat OKT 1, 2, 3 dan 4 mula panik dan gementar. SP2 kemudian cuba membuka mangga yang bertulis "360 Hardened Natoro" (P12) dengan menggunakan anak kunci bertulis "CHINA" (P11). Anak kunci ini diambil di atas lantai di bahagian bawah rumah dimana OKT 1 hingga OKT 3 duduk. SP2 berjaya membuka pintu pagar tersebut menggunakan kunci yang dirampas itu. Di bahagian atas rumah ada satu ruang tamu kecil dan (2) bilik. [9] SP2 telah membuat pemeriksaan di bilik No. 1 dengan disaksikan oleh kesemua OKT dan beliau menjumpai (1) beg plastik warna oren (P13) yang di dalamnya ada (1) paket plastik lutsinar besar (P18) yang di dalamnya ada (1) paket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk kristal kecil-kecilan disyaki dadah jenis syabu (a/b: 330.00 gram). SP2 mengarahkan OKT-OKT turun ke bahagian bawah rumah sementara menunggu kenderaan pasukan. Tiba-tiba OKT 1 dan OKT 2 cuba melarikan diri dengan menuju pintu belakang rumah tersebut tetapi berjaya ditahan oleh SP2 dan L/Kpl Zulkifley. [10] Seterusnya, barang-barang kes dan OKT-OKT telah dibawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sabak Bernam, Selangor untuk tindakan lanjut. Seterusnya, setelah selesai timbangan barang kes dibuat dan dokumentasi berkaitan tangkapan; barang-barang kes diserahkan kepada SP4(Insp Zunaidi). Pada 27.1.2022, SP4 dan SP2 telah pergi ke lokasi kejadian di alamat No. 161, jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor untuk mengambil gambar dan melakar rajah kasar (P23) dan P6 (1-11). Rumah itu adalah milik SP3 (Ong Xin Cheng) yang disewakan kepada (4) orang warganegara Indonesia dengan sewa sebanyak RM500.00 sebulan. SP1(Heng Mok Hee) pula mengesahkan bahawa OKT 2 dan OKT 4 adalah pekerjanya dan memang mereka tinggal di rumah itu. Ini kerana apabila dia hendak membayar gaji mereka, SP1 akan ke rumah itu untuk membayar gaji. [11] Pada 9.2.2022, jam 2.22 petang, SP4 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia dan telah diterima oleh SP5 (Puan Harlisa Binti Haidhir Harminder). Setelah barang-barang kes selesai dianalisa, barang-barang kes telah dimeterai dengan meterai Jabatan Kimia Malaysia dan diserahkan semula kepada SP4 pada 10.6.2022 pada jam 3.20 petang. Hasil analisis oleh SP5 adalah disahkan barang kes adalah dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 4.55-gram bagi sampul surat bertana “ZA” manakala bagi sampul surat bertanda "ZAA" adalah dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 250.1 gram. C. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [12] Undang-undang adalah mantap dan jelas bahawa Mahkamah perlu memutuskan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh-tertuduh di akhir kes pendakwaan selaras dengan Seksyen 180 (1) Kanun Prosedur Jenayah di mana penilaian maksimum atas keterangan saksi-saksi pendakwaan perlu dibuat oleh Mahkamah. Prinsip ini seperti yang dijelaskan di dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301. D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [13] Intipati yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan berkaitan pertuduhan dibawah s. 39B(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta itu adalah: a) Dadah jenis Methamphetamine merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta itu; b) OKT-OKT mempunyai pemilikan serta pengetahuan akan dadah dadah tersebut; c) Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT-OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan.
a
Dadah jenis Methamphetamine merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta itu [14] Bagi membuktikan ini, pihak pendakwaan telah memanggil ahli kimia iaitu Puan Harlisa binti Haidhir Harminder (SP5) dari Seksyen Narkotik Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya. Beliau telah menganalisis barang-barang kes ini dan mengeluarkan laporan kimia (P28) dan mengesahkan bahan-bahan yang dirampas itu adalah Methamphetamine dengan berat bersih adalah 4.55-gram untuk (P8A (1-11) (dadah yang dijumpai di hadapan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. Bagi dadah yang dijumpai dalam plastik oren (P18) di bilik No.1 di tingkat atas rumah, berat bersih dadah Methamphetamine adalah 250.1 gram. [15] SP5 juga mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya. Berdasarkan kepada kelulusan dan kepakaran SP5 Mahkamah menerima keterangan beliau sebagai seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisa berkaitan dengan indentiti dan kuantiti dadah tersebut. Mahkamah ini menerima keterangan SP5 secara prima facie seperti yang diputuskan di dalam kes Tarmizi bin Yacoob & 1 lagi v PP [2006] 4 CLJ 472 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “[25] Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah perbicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selaqi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmal...” [16] Mahkamah ini mendapati tiada keraguan mengenai identiti dadah dadah tersebut yang telah dianalisis oleh SP5 seorang ahli kimia yang berpengalaman.
b
OKT-OKT mempunyai pemilikan serta pengetahuan akan dadah-dadah tersebut. [17] Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai bukan sekadar pemilikan tetapi pengetahuan akan kewujudan dadah-dadah tersebut. [18] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan gagal untuk membuktikan pemilikan serta pengetahuan OKT akan dadah tersebut dan anggapan pengetahuan telah berjaya disangkal. [19] Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan melalui keterangan SP2 yang merupakan pegawai serbuan yang telah menahan OKT-OKT 1, 2 dan 3 di ruang tamu rumah tersebut dan (7) paket plastik mengandungi ketulan kristal bahan disyaki dadah jenis syabu dan 1 kotak rokok jenama Gudang Garam di dalamnya ada (4) plastik lutsinar berisi ketulan kristal bahan disyaki dadah jenis syabu. Menurut SP2, barang-barang kes ini berada di hadapan OKT 1 hingga OKT 3 ketika serbuan dan boleh dilihat dengan jelas. [20] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4CLJ 113. [15] The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish "possession". The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusively of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17. [21] Isu kedudukan dadah "Methamphetamine" yang sangat berhampiran dengan OKT-OKT 1 hingga 3 iaitu berhadapan dengan mereka yang duduk di ruang tamu rumah tersebut, sekaligus boleh dikatakan mereka mempunyai milikan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam Abd Wahab bin Said lawan Pendakwa Raya [2023] CLJU 802, [2023] 1 LNS 802 di mana diputuskan: "[38] Furthermore, we find that the learned High Court judge has in tparagraphs [32] to [42] of his judgment correctly found that the Appellant was in possession of the drugs in the House. In particular, he found that the drugs were so physically proximate to him as seen by Det. Corp. Kamaruddin and he had the keys of the house at the material time." (penekanan ditambah) Di dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 di mukasurat 239 diputuskan "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Ed, p 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belongs to him should he see any occasion to do so, in other, that he had some animus possidendi." Adalah jelas berdasarkan pada otoriti diatas, kedudukan OKT 1 hingga OKT 3 yang terlalu dekat dengan barang kes boleh mengwujudkan satu anggapan bawah seksyen 37(d) ADB 1952 bahawa OKT-OKT 1 hingga 3 bukan sahaja mempunyai kawalan, bahkan milikan dan pengetahuan atas barang kes bagi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952. [22] Walaubagaimanapun, isu milikan, kawalan atas dadah-dadah yang dijumpai di hadapan OKT 1 hingga OKT 3 di bawah Seksyen 12(2) gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan atas OKT 4 kerana OKT 4 ditangkap ketika dadah-dadah itu telah dijumpai oleh SP2 dan pada waktu itu OKT 4 baru sahaja memasuki rumah tersebut dari pintu hadapan. [23] Isu seterusnya, adakah elemen milikan dan kawalan atas dadah dadah tersebut dibutkikan oleh pendakwaan atas kesemua OKT-OKT bagi dadah yang dijumpai di bilik No 1 tingkat atas rumah tersebut bagi pertuduhan di bawah Seskyen 39B(1)(a) ADB 1952. Pihak pembelaan telah meletakkan kepada saksi-saksi pendakwaan bahawa rumah itu sebenarnya disewakan kepada ayah OKT 2 bernama Poniman dan seorang lagi bernama Bambang Hermawan. SP1 ketika pemeriksaan balas, walaupun dia sering ke rumah tersebut untuk membayar gaji OKT 2 dan OKT 4, dia tidak pernah masuk ke rumah tersebut dan tidak tahu berapa orang yang tinggal di rumah itu. Keterangan yang sama juga diberikan oleh SP3 iaitu pemilik rumah dimana dia sendiri tidak tahu berapa orang yang menghuni rumah tersebut. [24] SP4 di dalam keterangannya mengesahkan bahawa terdapat pakaian di dalam bilik No. 1 dimana plastik oren yang mengandungi dadah itu dijumpai diatas tilam. SP4 memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau tidak membuat acu pakai kepada semua OKT-OKT dan tidak boleh mengesahkan pakaian-pakain tersebut milik siapa walaupun pihak pembelaan meletakkan kepadanya bahawa bilik No. 1 itu dihuni oleh Bambang Hermawan. SP4 juga mengesahkan di dalam bilik tersebut ada botol-botol air dan tuala yang disidai di porch kereta (P6(2) dan (8) tetapi tiada sebarang ujian forensik dibuat atas benda-benda yang dijumpai di bilik No 1 dan di porch kereta tersebut. [25] Kunci untuk membuka mangga bagi pintu pagar di tingkat atas rumah tersebut di ambil dari tempat OKT-OKT 1 hingga 3 duduk. Walaupun SP2 bertanya kepada mereka, kunci ini untuk apa; namun OKT-OKT 1 hingga 4 tidak memberikan sebarang jawapan. SP2 sendiri yang membuka pintu pagar di tingkat atas yang membawa kepada penemuan dadah di bilik No.1. OKT-OKT tidak menunjukkan bilik No.1 di mana dadah dijumpai. [26] Dalam konteks kewujudan cap jari dan analisis DNA pada barangan yang dijumpai di lokasi kejadian ianya adalah lebih bersifat keterangan sokongan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Zakaria bin Awang v Pendakwa Raya [2023] CLJU 1849, [2023] 1 LNS 1949 - YA Datuk Hashim Hamzah HMR memutuskan seperti berikut: " [43] This Court in PP v Ebrahim Mirzale Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 1CLJ 575 through Ahamadi Asnawi JCA (as he then was) held: " [38] The evidential value of CCTV evidence, DNA profiles and fingerprint impressions as decided by high authority is only corroborative. The learned trial judge correctly appreciated the position. In PP v Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233, the Federal Court stated that: Where the identity of a culprit in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charged alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastik and the loytape, therefore assumes little value or significance. [39] Now, having scrutinised the evidence, we were with the learned DPP that even without the CCTV evidence, DNA profiles and fingerprint impressions, there are sufficient evidence to prove the prosecution's case. [44] See also Public Prosecutor v Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS (HC) [45] Based on the above, we found this issue raised by the learned counsel for the Appellant is without any merits. Keterangan sokongan seperti rakaman CCTV dan analisa forensik dan penimbulan cap jari tidak akan memberi apa-apa kesan seandainya ada keterangan langsung yang menjurus kepada kawalan dan jagaan yang membentuk anggapan bagi elemen milikan dan pengetahuan OKT-OKT atas barang-barang kes. Dalam kes ini, barang-barang kes yang ditemui di bilik No. 1 di dalam plastik oren di atas tilam; dan telah diletakkan oleh pihak pembelaan bahawa bilik itu didiami oleh Bambang Hermawan. Walaupun SP4 tidak bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan, namun beliau tidak mengambil pakaian di bilik tersebut untuk diacu pakai kepada OKT-OKT untuk mengesahkan bahawa hanya OKT-OKT sahaja mempunyai akses ke bilik itu. Sekurang-kurangnya analisa forensik ke atas tilam, botol-botol air yang dijumpai di bilik itu dilakukan untuk mengesahkan tiada orang lain masuk ke bilik tersebut selain dari OKT-OKT. Tiada keterangan langsung yang menunjukkan OKT-OKT mempunyai akses atau pernah masuk ke bilik tersebut. Di sini timbul kelompangan di dalam kes pendakwaan apabila melibatkan dadah yang dijumpai di dalam bilik No. 1 di tingkat atas rumah tersebut. SP4 ketika pemeriksaan balas memberikan jawapan tidak pasti apabila ditanya oleh pihak pembelaan bahawa adakah barangan peribadi milik OKT-OKT dijumpai di bilik No. 1 tingkat atas rumah tersebut. Ini jelas menguatkan dakwaan pihak pembelaan bahawa bilik No 1 itu, OKT-OKT tidak mempunyai akses. Pada hemat saya, berpandukan kepada Mohd Zakaria bin Awang v Pendakwa Raya [supra] identiti pemilik dadah dalam bilik No. 1 tingkat atas tersebut adalah menjadi tanda tanya dan keterangan sokongan amat diperlukan bagi mengecualikan mana-mana orang lain daripada kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dijumpai dan menjuruskan semuanya kepada satu kesimpulan bahawa semua OKT mempunyai kawalan dan jagaan seterusnya milikan dan pengetahuan terhadap dadah yang sama. [27] Berdasarkan alasan-alasan di atas adalah jelas dadah yang dijumpai oleh SP2 di bilik No.1 tingkat atas rumah tersebut gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan bahawa ianya adalah dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT-OKT.
c
OKT mempunyai pengetahuan keatas dadah yang dirampas; [28] Pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen kawalan dan jagaan atas dadah yang dijumpai di dalam beg plastik oren atas OKT-OKT maka isu milikan dan pengetahuan juga gagal dibuktikan. Pada hemat saya, adalah tidak memadai untuk membentuk kawalan dan jagaan atas semua OKT terhadap dadah yang dijumpai di bilik No. 1 tingkat atas hanya kerana terdapat keterangan oleh SP 3 bahawa rumah tersebut disewa oleh 4 lelaki Indonesia (identiti tidak dikenalpasti) dan keterangan SP 1 bahawa dia membayar gaji OKT 2 dan 4 dengan pergi ke rumah tersebut tanpa dapat memastikan berapa bilangan penghuni rumah tersebut. Pihak polis telah menemui perkara-perkara yang boleh digunapakai sebagai keterangan sokongan seperti barangan peribadi yang terdapat dalam bilik No. 1 tingkat atas rumah tersebut. Namun ketika serbuan dan siasatan dilakukan perkara-perkara tersebut telah diabaikan dan natijahnya tiada satu keterangan kukuh menjurus kepada jagaan dan kawalan serta milikan dan pengetahuan dadah di bilik No.1 tersebut kepada semua OKT. E. ISU-ISU LAIN [29] Selain itu, terdapat keterangan dari SP2 bahawa OKT 1 dan 2 cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan semula oleh SP2 dan anggota serbuan. Adakah tindakan OKT 1 dan 2 yang cuba melarikan diri adalah keterangan terus yang menunjukkan dia mempunyai pengetahuan tentang dadah yang ada dengannya. Mahkamah Rayuan iaitu Roichand bin Maasum v Public Prosecutor [2022] MLJU 99 dimana YA Datuk Nordin Hassan memutuskan: [26] Now, with regards the appellant's knowledge of the impugned drugs, the appellant's conduct acted suspiciously when was first sighted by the police and was nervous when PW2 introduced himself as police officer, considered with other relevant facts in this case, are relevant for an inference that he knew about the drugs seized by the police in the car and in the house not far from the car. The appellant's conduct is admissible under section 8 of the Evidence Act 1950 and the appellant need to explain his conduct as required under section 9 of the same Act which the appellant failed to do." Mahkamah Persekutuan di Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717, menjelaskan mengenai isu kelakuan dalam menentukan elemen pengetahuan di para 25: [25] The law is clear and well settled. Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge." Di para 36:- [36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s. 9. Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. Stephenson [1904] 68 JP 524)." [34] HMT telah membuat dapatan bahawa kelakuan Perayu di dalam kes ini telah membuktikan Perayu mempunyai mens rea possession dan perbuatan/tindakan tersebut adalah relevan di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan memerlukan penjelasan daripada Perayu sepertimana peruntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Keterangan 1950. [35] HMT berpendapat kelakuan tertuduh yang berseorangan melawan dan mengelak daripada SP3 dan SP4 yang diketahuinya pegawai polis (kerana memakai uniform) dari memeriksa plastik hitam (eksibit P8A) adalah relevan bahawa dia mempunyai pengetahuan bahawa ada dadah dalam plastik hitam tersebut. Kelakuan Perayu yang merampas plastik hitam tersebut daripada SP3 dan mengatakan “tak ada apa-apa, tak payah periksa” dan kemudiannya bergelut dengan SP3 dan SP4 menyokong pendapat HMT. Kami bersetuju dengan pendapat HMT bahawa kelakuan ini menunjukkan pengetahuan mens rea Perayu bahawa adanya dadah di dalam plastik hitam yang disimpan dalam raga motosikal yang berada bersama Perayu. [30] Dalam konteks kes ini, persoalan yang timbul adalah adakah hanya kerana OKT 1 dan 2 cuba melarikan diri menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan akan dadah yang ditemui berhampiran dengan mereka atau dadah di dalam bilik No. 1. Mahkamah ini memutuskan percubaan untuk melarikan diri oleh OKT 1 dan 2 adalah satu tindakan spontan apabila mereka telah ditahan bersama-sama dengan dadah di hadapan mereka ketika di ruang tamu bagi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 sahaja. Mereka dibawa naik ke tingkat atas oleh SP2 dan apabila turun semula ke tingkat bawah, inilah peluang yang digunakan oleh OKT 1 dan 2 untuk cubaan melarikan diri; lebih-lebih lagi mereka adalah warganegara asing. Untuk mengaitkan percubaan melarikan diri dengan pengetahuan tentang dadah yang ditemui di bilik No 1 tingkat atas rumah adalah agak jauh kerana keadaan bilik itu yang gagal dibuktikan oleh pendakwaan bahawa telah mengecualikan orang lain dari akses serta kawalan terhadap bilik tersebut selain dari OKT-OKT kecuali dadah yang ditemui di hadapan mereka di ruang tamu; itu pun atas OKT 1 hingga 3 sahaja. [31] Pihak pembelaan menghujahkan kegagalan memanggil Heng Mok Joo iaitu jiran kepada penghuni rumah tersebut menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan. Ini adalah kerana Heng Mok Joo dapat mengesahkan siapa penghuni sebenar rumah itu. Mahkamah ini berpendapat ketiadaan Heng Mok Joo tidak mencacatkan kes pendakwaan, kecuali dia boleh membuktikan siapa ada akses sebenar atas rumah tersebut. Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah setakat hari kejadian hanya OKT 1 hingga OKT 3 ada di dalam rumah tersebut sebelum OKT 4 masuk kemudiannya; dan ini pada pandangan Mahkamah adalah mencukupi.
d
Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT-OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [32] Elemen ini gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan apabila gagal membuktikan elemen milikan, kawalan dan pengetahuan atas dadah yang dijumpai di dalam bilik No. 1 tingkat atas rumah tersebut. Satu-satunya elemen yang dibuktikan adalah elemen milikan dan kawalan untuk (7) paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah methamphetamine dan juga (4) plastik lutsinar di dalam (1) kotak rokok jenama Gudang Garam yang mengandungi dadah yang sama. F. NIAT BERSAMA - SESKYEN 34 KANUN KESEKSAAN [33] OKT-OKT dalam kes ini telah di tuduh bersama dan Mahkamah ini mendapati sememangnya wujud niat bersama bagi kesalahan yang dipertuduhkan dalam kes ini. Seksyen 34 Kanun Keseksaan diperturunkan bahawa: "34. Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone." [34] Saya merujuk kepada kes Mohd Shamsul bin Abdul Aziz @ Abdul Azis v. Public Prosecutor and another appeal [2016] 1 CLJ 713; [2016] 3 MLJ 215 di mana Abang Iskandar, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) menyatakan: "In the case of Mahboob Shah v. Emperor AIR 1945 PC 118 the Law Lords in the Privy Council had this to say when dealing with an appeal where s.34 of the Penal Code was invoked, in aid by the prosecution: "...To invoke the aid of s.34 successfully, it must be shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in the furtherance of the common intention of all; if this is shown, then liability for the crime may be imposed on any of the persons in the same manner as if the act were done by him alone"... ... "In the case of Shaiful Edham bin Adam & Anor v. Public Prosecutor [1999] 2 SLR 57 it was ruled that '... the plan could develop on the spot. What was enquired was a meeting of the minds or acting in concert'." ... ... "The issue of whether an accused person is a primary or a secondary participant on account of his degree of participation in the commission of the offence does not, with respect, arise at all in such determination."... ... "But in terms of attaching liability, a consideration of the degree of participation by the various accused persons in the commission of the offence, with respect, ought not to happen." [penekanan ditambah] [35] Merujuk kepada keterangan dalam kes ini, adalah jelas bahawa OKT 1 hingga 3 telah ditangkap bersama dadah dalam keadaan terbuka. Justeru hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini bahawa OKT-OKT 1 hingga 3 sememangnya mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut dan mempunyai niat bersama melakukan kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan. [36] Setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti hujah pihak-pihak, Mahkamah memutuskan selepas penilaian maksimum dibuat atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bahawa dadah yang dijumpai bersama OKT-OKT 1 hingga 3 merupakan dadah berbahaya sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT-OKT 1 hingga 3 mempunyai kawalan dan jagaan atas dadah yang dijumpai berdasarkan keterangan terus pihak pendakwaan dan wujudnya anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB 1952 yang menunjukkan milikan dan pengetahuan OKT-OKT 1 hingga 3 ke atas dadah yang ditemui bersamanya. Walaubagaimanapun elemen milikan, kawalan dan pengetahuan untuk dadah yang ditemui di hadapan OKT 1 hingga 3 gagal dibuktikan atas OKT 4. [37] Oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT 1 hingga 3 sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk kes No. BL-45-3-08/2022. Oleh itu, OKT-OKT 1 hingga 3 dengan ini dipanggil untuk membela diri dibawah pertuduhan ini. Bagi OKT 4, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie atas OKT 4, maka Mahkamah melepas dan membebaskan OKT 4 dari pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 4.55 gram. [38] Bagi pertuduhan dibawah kes No. BL-45A-29-08/2022, atas penilaian maksimum atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie atas pertuhan di bawah Seksyen 39B(1) (a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 250.1 gram. Oleh itu Mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan OKT-OKT dari pertuduhan ini tanpa dipanggil membela diri. G. HUKUMAN [No. BL-45-3-08/2022] [39] Apabila Mahkamah membacakan (3) cara untuk membela diri untuk kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, OKT 1, 2 dan 3 telah menukar pengakuan dan mengaku salah. Mahkamah telah membacakan semula pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan ketiga-tiga OKT telah mengaku salah dan faham sebab akibat pengakuan mereka. [40] Rayuan dari OKT 1 adalah dia berumur 26 tahun, masih bujang. Ibu bapa berada di Indonesia dan dia mempunyai seorang adik berumur 16 tahun. Dahulu OKT 1 bekerja sebagai nelayan dengan gaji RM1,000 sebulan. OKT 2 pula berumur 37 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak (berumur 13-7 tahun). Ibu bapanya berumur 60 tahun dan mereka berada di Indonesia. OKT 3 pula berumur 57 tahun dan telah berkahwin. Keluarga berada di Indonesia. Dia mempunyai 4 orang anak. Semua OKT adalah pesalah pertama dan mereka menyesal akan perlakuan mereka dan mohon dipertimbangkan dengan hukuman yang ringan. [41] Pihak pendakwaan memohon satu hukuman berat dan setimpal dengan kesalahan kerana dadah adalah satu jenis penyakit social yang sukar dibendung. Pihak pendakwaan mengesahkan OKT-OKT adalah pesalah pertama. [42] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT-OKT 1 hingga 3 telah mengambil kira jumlah dadah yang dijumpai bersama mereka iaitu sejumlah 4.55 gram Methamphetamine. Walaupun gejala penyalahgunaan dadah ini adalah satu 'penyakit' yang tidak akan pernah berkurangan; namun tidak semestinya OKT-OKT 1 hingga 3 tidak seharusnya diberi peluang untuk berubah dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat. Mereka adalah warganegara asing iaitu Indonesia dan sebaiknya segera dihantar pulang ke negara asal mereka. OKT-OKT 1 hingga 3 adalah pesalah pertama dan mereka telah berada di dalam tahanan hampir (2) tahun. Setelah Mahkamah menimbangkan faktor-faktor ini, Mahkamah telah mensabit salah mereka dengan pertuduhan bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan menjatuhkan hukuman penjara dua (2) tahun dari tarikh mereka ditangkap. Barang kes pada pihak pendakwaan untuk simpan selamat sehingga tamat tempoh rayuan. Bertarikh 11 April 2025 (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG BAGI PIHAK PENDAKWAAN : TPR Farah Aqilah Bt Ahmad Fuad Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Jabatan Peguam Negara, Aras 11, 12 dan 13, Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Gooi & Azura No.12-1 & 14-1, Jalan Serkut Taman Pertama, Cheras 56100 Kuala Lumpur : Pengarah Penjara, Penjara Kajang Lelaki 43000 Kajang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.