Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45-3-08/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-29-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
BL-45A-29-08/2022
High Court of Malaysia21 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45-3-08/2022 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45A-29-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
4
SUPIANTO ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] OKT-OKT telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) dan juga Seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) di bawah Akta yang sama. Kedua-dua pertuduhan ini di bawah (2) kes yang berbeza yang dibicarakan bersama-sama. BL-45A-29-08/2022 “Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Januari 2022 jam lebih kurang 4.10 petang di alamat No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, 45400 Sekinchan dalam daerah Sabak Bernam di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine seberat 250.1 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. BL-45-3-08/2022 “Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Januari 2022 jam lebih kurang 4.10 petang di alamat No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, 45400 Sekinchan dalam daerah Sabak Bernam di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine seberat 4.55 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] OKT-OKT tidak mengaku salah dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima (5) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. B. FAKTA KES PENDAKWAAN [3] Pada 26.1.2022, jam lebih kurang 3.30 petang, semasa SP2 (Insp Ashok Kumar a/l Subramaniam) berada di Balai Polis Sekinchan, beliau telah menerima satu maklumat yang mendedahkan terdapatnya kegiatan mengedar dadah secara aktif di sebuah rumah yang beralamat di No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, Sekinchan, Selangor. [4] Pada jam 3.35 petang, hari yang sama; SP2 telah memberi taklimat kepada anggota serbuan untuk lancarkan operasi berdasarkan maklumat tersebut. Selepas taklimat, SP2 dan pasukan serbuan telah bergerak ke lokasi kejadian iaitu rumah beralamat No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, Selangor dan mendapati lokasi kejadian adalah sebuah kawasan perumahan iaitu sebuah rumah teres 2 tingkat. [5] Apabila tiba di lokasi kejadian pada jam 4.00 petang, SP2 telah mengarahkan anggota serbuan memberhentikan kenderaan mereka sedikit jauh dari lokasi kejadian. SP2 dan L/kpl Zulkifley bin Mail telah berjalan kaki menuju arah belakang rumah; manakala Sarjan Azeman bin Awang dan Kpl Thanes a/l Ramasamy telah pergi ke bahagian hadapan rumah. Pintu hadapan rumah didapati bertutup tetapi tidak berkunci. SP2 kemudiannya membuat pemerhatian selama 5 minit di sekitar rumah tersebut dan mendapati tiada pergerakan keluar masuk dari rumah tersebut. SP2 mendengar ada orang berbual di dalam rumah tersebut dan mendapati pintu belakang dalam keadaan berkunci dari dalam. SP2 kemudiannya memecah pintu belakang rumah dan masuk ke rumah tersebut. [6] SP2 dan anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah dan telah menahan 3 lelaki warganegara Indonesia yang sedang duduk di atas lantai di ruang tengah rumah tersebut yang kemudian dicamkan sebagai OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. SP2 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kepada ketiga-tiga OKT. Hasil pemeriksaan di lantai, dimana ketiga-tiga OKT duduk, dijumpai: i.
7
paket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi ketulan kristal bahan disyaki dadah jenis syabu (a/b: 6.11 gram); dan ii. Satu (1) kotak rokok jenama Gudang Garam (ekshibit P10) yang di dalamnya ada (4) paket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kristal bahan disyaki dadah jenis Syabu (a/b: 1.90 gram) (P8A (1-11).
Preamble
Menurut SP2, kedudukan barang kes dengan OKT 1 hingga OKT 3 adalah hanya lebih kurang 1 depa tangan sahaja. [7]
Preamble
Menurut SP2 lagi, tidak lama kemudian, seorang lelaki warganegara Indonesia telah masuk ke rumah tersebut dari pintu hadapan rumah dan SP2 telah menahan lelaki tersebut. Lelaki itu, kemudian dicamkan oleh SP2 sebagai OKT 4. Seterusnya, SP2 telah menjalankan pemeriksaan dan telah menjumpai satu (1) anak kunci bertulis “CHINA” bertali hijau (P11) di tempat dimana OKT 1, 2 dan 3 duduk ketika serbuan. SP2 bertanya “Ini kunci yang mana?”. OKT-OKT hanya mendiamkan diri. [8] SP2 kemudiannya telah memeriksa keseluruhan rumah dan mendapati bahagian atas laluan tangga terdapat pagar yang bermangga. Sekali lagi SP2 bertanya kepada keempat-empat OKT “Adakah kunci yang dijumpai ini untuk pagar yang bermangga di tingkat atas rumah?”. SP2 mendakwa beliau melihat OKT 1, 2, 3 dan 4 mula panik dan gementar. SP2 kemudian cuba membuka mangga yang bertulis “360 Hardened Natoro” (P12) dengan menggunakan anak kunci bertulis “CHINA” (P11). Anak kunci ini diambil di atas lantai di bahagian bawah rumah dimana OKT 1 hingga OKT 3 duduk. SP2 berjaya membuka pintu pagar tersebut menggunakan kunci yang dirampas itu. Di bahagian atas rumah ada satu (1) ruang tamu kecil dan dua (2) bilik. [9] SP2 telah membuat pemeriksaan di bilik No. 1 dengan disaksikan oleh kesemua OKT dan beliau menjumpai satu (1) beg plastik warna oren (P13) yang di dalamnya ada satu (1) paket plastic lutsinar besar (P18) yang di dalamnya ada satu (1) paket plastic lutsinar yang mengandungi serbuk kristal kecil-kecilan disyaki dadah jenis syabu (a/b: 330.00 gram). SP2 mengarahkan OKT-OKT turun ke bahagian bawah rumah sementara menunggu kenderaan pasukan. Tiba-tiba OKT 1 dan OKT 2 cuba melarikan diri dengan menuju pintu belakang rumah tersebut tetapi berjaya ditahan oleh SP2 dan L/Kpl Zulkifley. [10] Seterusnya, barang-barang kes dan OKT-OKT telah dibawa balik ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sabak Bernam, Selangor untuk tindakan lanjut. Seterusnya, setelah selesai timbangan barang kes dibuat dan dokumentasi berkaitan tangkapan; barang-barang kes diserahkan kepada SP4 (Insp Zunaidi). Pada 27.1.2022, SP4 dan SP2 telah pergi ke lokasi kejadian di alamat No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor untuk mengambil gambar dan melakar rajah kasar (P23) dan P6 (1 -11). Rumah itu adalah milik SP3 (Ong Xin Cheng) yang disewakan kepada (4) orang warganegara Indonesia dengan sewa sebanyak RM500.00 sebulan. SP1 (Heng Mok Hee) pula mengesahkan bahawa OKT 2 dan OKT 4 adalah pekerjanya dan memang mereka tinggal di rumah itu. Ini kerana apabila dia hendak membayar gaji mereka, SP1 akan ke rumah itu untuk membayar gaji. [11] Pada 9.2.2022, jam 2.22 petang, SP4 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia dan telah diterima oleh SP5 (Puan Harlisa Binti Haidhir Harminder). Setelah barang-barang kes selesai dianalisa, barang-barang kes telah dimeterai dengan meterai Jabatan Kimia Malaysia dan diserahkan semula kepada SP4 pada 10.6.2022 pada jam 3.20 petang. Hasil analisis oleh SP5 adalah disahkan barang kes adalah dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 4.55 gram bagi sampul surat bertana “ZA” manakala bagi sampul surat bertanda “ZAA” adalah dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 250.1 gram. B. KEPUTUSAN MAHKAMAH [12] Ini adalah kes remittance dari Mahkamah Rayuan, selepas Mahkamah Rayuan pada 22.1.2026 telah membenarkan rayuan daripada pihak pendakwaan atas keputusan Mahkamah ini melepas dan membebaskan OKT-OKT dari pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kes ini diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk didengar pembelaan OKT-OKT kerana pihak pembelaan berjaya membuktikan satu kes prima facie dengan menggunakan anggapan dibawah Seksyen 37(b) ADB 1952. Pembelaan ini hanya melibatkan OKT 1 hingga OKT 3 sahaja kerana OKT 4 telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan ini dan pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan atas OKT 4. C. KES PEMBELAAN (SELEPAS REMITAN) [13] Pihak pembelaan telah mengemukakan 5 orang saksi yang terdiri dari OKT 1 hingga OKT 3, Heng Mok Joo (DW4 - jiran) dan Poniman (DW5). [14] Secara ringkasnya versi pembelaan adalah seperti berikut: i. Kesemua OKT adalah berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai nelayan di Sekinchan. Kesemua mereka bekerja dengan seorang lelaki cina bernama Heng Mok Kee (SP1). Rumah di mana barang kes ditemui iaitu No. 161, Jalan Anggerik, Taman Sri Sekinchan, Selangor (“rumah tersebut”) (ekshibit P6 gambar 2) adalah di sewa oleh DW5. DW5 adalah bapa kandung OKT 2. ii. DW5 di dalam keterangannya memberitahu Mahkamah bahawa dia menyewa rumah tersebut dengan seorang lagi bernama Bambang Hermawan. Kedua-dua mereka telah menyewa rumah tersebut sejak tahun 2020 dan mereka berkongsi membayar sewa rumah tersebut. DW5 juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa bilik pertama di sebelah kanan tingkat atas (ekshibit P6 gambar 8) adalah bilik Bambang Hermawan manakala bilik kedua adalah biliknya iii.
Preamble
Menurut kesemua OKT-OKT dan keterangan mereka disokong oleh DW5, OKT-OKT datang ke rumah itu untuk berehat sekiranya mereka tidak turun menangkap ikan. Walaubagaimanapun, OKT-OKT hanya mempunyai akses di bahagian ruang tamu sahaja, dan DW5 tidak pernah memberi mereka kunci untuk membuka gril di tingkat atas rumah tersebut (ekshibit P6 gambar 7). Menurut DW5, dia memberikan kunci pendua rumah itu kepada OKT 2 untuk memasuki rumah itu untuk berehat. DW5 menegaskan kunci gril di tingkat atas rumah itu dia tidak beri kepada OKT 2 dan akses ke tingkat atas hanya DW5 dan Bambang Hermawan sahaja mempunyai akses. iii. Pada hari dan waktu kejadian (26.1.2022 jam lebih kurang 4.10 pm), kesemua OKT-OKT sedang makan dan berehat di kawasan ruang tamu rumah tersebut apabila pihak polis datang membuat serbuan. Pembelaan mendakwa gril ke tingkat atas rumah tersebut telah dipecah oleh pihak polis dan tiada sebarang kunci dijumpai dengan kesemua OKT-OKT. Ketika kes pendakwaan, SP2 telah bertanya kepada OKT-OKT dimana kunci untuk gril di tingkat atas dan kesemua mereka tidak memberikan jawapan. SP3 yang menggunakan kunci yang dijumpai di tempat OKT-OKT duduk dan membuka pintu gril di bahagian atas rumah dan setelah gril itu berjaya dibuka, SP2 telah membuat pemeriksaan di bilik nombor 1 dan menjumpai satu (1) beg plastik warna oren atas tilam di mana selepas diperiksa menjumpai bahan-bahan disyaki dadah. iv. Pihak pembelaan menafikan mereka mempunyai akses ke bilik nombor 1 tersebut dan seperti yang disahkan oleh SP4 (Insp. Zunaidi - pegawai penyiasat), tiada barangan peribadi OKT-OKT dijumpai di bilik nombor 1 tersebut. Pihak pembelaan pada setiap masa menegaskan bilik nombor 1 itu adalah bilik Bambang Hermawan. v. Bagi isu OKT 1 dan OKT 2 cuba untuk melarikan diri ketika serbuan pihak polis adalah kerana mereka tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah. [15] Undang-undang mantap beban yang ditetapkan di pihak pembelaan adalah hanya untuk menimbulkan keraguan munasabah atas kes pendakwaan. Pihak pembelaan mengemukakan otoriti Mahkamah Persekutuan dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2006] 1 CLJ 857 di mana Arifin Zakaria (ketika menjadi HMP) memutuskan: “[21] It is against this background that the defence case ought to be tested, to see whether it has succeeded to cast any reasonable doubt on the prosecution’s case. The burden on the defence throughout is a light one as stated by Mohamed Azmi SCJ in Mohamad Radhi bin Yaakob v PP (supra) at p. 171: To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority or judges rightly prefer to adapt straightway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than to delve in the ‘believable and convincing’ test before applying the reasonable doubt test.”. [penekanan ditambah] [16] Mahkamah Rayuan ketika menghantar kes ini semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar pembelaan atas alasan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie atas kesemua OKT atas anggapan bawah Seksyen 37(b) ADB 1952. Seksyen 37(b) ADB 1952 memperuntukkan: “A person, until contrary is proved shall be deemed to be the occupier of any premises, if he has, or appears to have, the care or management of such premises.” Pihak pembelaan menghujahkan bahawa anggapan di bawah Seksyen 37(b) ADB 1952 ini adalah satu anggapan yang boleh dipatahkan dan tidak melepaskan pihak pendakwaan dari membuktikan kaitan OKT-OKT dengan dadah yang dijumpai di bilik pertama tingkat atas rumah tersebut melampaui keraguan munasabah. [17] Seksyen 37(b) ADB 1952 diguna pakai atas OKT-OKT kerana mereka dianggap menduduki atau menyewa rumah tersebut. Keterangan daripada OKT-OKT ketika mereka membela diri adalah mereka tidak tinggal disitu dan ianya disokong dengan keterangan dari DW5 bahawa rumah itu disewa bersama-sama dengan Bambang Hermawan sejak tahun 2020 dan mereka bersama-sama membayar sewa rumah tersebut. Hanya kerana pemilik rumah mengutip sewa daripada OKT 2 tidak menjadikan OKT-OKT tinggal di rumah tersebut. SP4 sebagai pegawai penyiasat mengesahkan tiada barangan peribadi OKT-OKT ada di rumah tersebut. SP4 juga gagal mengambil beberapa barangan di rumah itu seperti botol air dan tuala yang disidai di kawasan porch rumah untuk dihantar kepada forensik untuk DNA OKT-OKT. Ini penting untuk menunjukkan OKT-OKT mempunyai akses dan terjumlah kepada penghuni kepada bilik dimana dadah-dadah itu dijumpai. [18] OKT-OKT tidak menafikan mereka sering ke rumah itu tetapi hanya jika mereka tidak turun ke laut untuk menangkap ikan dan mereka ke rumah itu hanya untuk berehat, tidur dan makan. Mereka hanya menggunakan ruang tamu di tingkat bawah rumah tersebut. Keterangan mereka ini disokong oleh DW5 yang mengatakan OKT- OKT tidak diberi kunci untuk akses ke tingkat atas kerana bilik-bilik di tingkat atas hanya dia dan Bambang Hermawan sahaja ada akses. Jika dilihat pada keterangan SP2, apabila beliau bertanyakan kepada OKT-OKT di mana kunci untuk gril di tingkat atas; tiada seorang pun menjawab. Kunci ke tingkat atas diambil oleh SP2 dimana OKT-OKT duduk di ruang tamu dan SP2 sendiri yang membuka gril di tingkat atas dan dia yang membuat pemeriksaan di bilik nombor 1 dimana dadah-dadah itu dijumpai. [19] Mahkamah merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh pembelaan iaitu keputusan Mahkamah Rayuan didalam kes Public Prosecutor v Mohammadreza Aslanzad & Anor and another appeal [2016] 2 CLJ 62: “i. The police conducted a raid at an apartment unit where dangerous drugs were discovered inside one of the rooms in the apartment. During the operation, one accused (“the appellant”) was first detained downstairs in possession of the access card and key to the apartment. Upon entering the apartment unit, the police found the other two accused persons (“the respondents”) together with another woman inside the premises. ii. The prosecution’s case was essentially premised on the fact that the appellant possessed the access card and key to the apartment during the raid. The learned trial judge invoked presumptions under section 37(b) and (d) of DDA 1952 where the appellant and the respondents were called upon to enter their defence. At the end of the defence’s case, the appellant was convicted. On the other hand, the respondents were held to have successfully rebutted the presumptions by testifying that they were merely visitors to the apartment and thus, there was insufficient evidence establishing a nexus between the respondents and the drugs recovered therein. iii. On appeal, the Court of Appeal allowed the appellant’s appeal and dismissed the prosecution’s appeal against the acquittal of the respondents.” [penekanan ditambah] Mahkamah Rayuan memutuskan hanya kerana memiliki kad akses kepada unit apartment itu tidak memadai secara eksklusif untuk membuktikan kawalan dan pengurusan (“care and management”) premis tersebut selaras dengan peruntukkan Seksyen 37(b) ADB
1952
“[41] In our view, the access card and the key to the said apartment is not sufficient to rigger the presumption of occupier under s.37(b) of the Act (see PP v Chong Wei Kian [1990] 2CLJ 435; [1990]2CLJ(Rep) 690; [1999] 3 MLJ 165; PP v Muhamad Nasir Shahruddin & Anor [1992] 4CLJ 2028; [1992] 3CLK (Rep) 408). There had to be some evidence to show that the appellant had the care and management of the said apartment, for example that the appellant was the tenant of the said apartment of that the appellant had paid for the rentals”. [penekanan ditambah] Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohammadreza Aslanzad (supra) menjelaskan Responden di dalam kes ini hanya merupakan pelawat dan tiada keterangan mencukupi untuk mengwujudkan satu nexus antara Responden dengan dadah yang dijumpai: “[31] …. There were no personal belongings of the respondents in the said apartment. Neither were there any fingerprints of the respondents found on the incriminating exhibits and the fingernails clippings of the respondents were negative of methamphetamine. [32] Given the above, we found that the learned trial judge had not erred in law or in fact in concluding that the respondents had raised a reasonable doubt on the prosecution case. In the light of the evidence before the court, we similarly agreed with the learned trial judge that the respondents were merely visitors and that the convictions of the respondents were not safe as there was no evidence to form the nexus between the respondents and the said apartment and/or drugs”. [penekanan ditambah] [20] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, seperti di dalam keterangan SP8 ketika kes pendakwaan, tiada barangan peribadi OKT-OKT di rumah itu dan khususnya di bilik di mana dadah-dadah itu ditemui. SP8 juga tidak mengambil barang-barang di bilik itu untuk dihantar ke forensik untuk DNA OKT-OKT. Plastik-plastik dadah itu tidak mempunyai cap jari OKT-OKT. [21] Dalam menilai keadaan di mana terdapat akses orang lain selain OKT-OKT ke atas sesebuah premis; Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Azizan Yahaya v PP [2012] 8 CLJ 405, yang memutuskan seperti berikut: - “[1] The room where the drugs were found was accessible to all other occupants in the house. The room was unlocked. SP4 and the Appellants children has access to the room yet SP4 was not charged although she was remanded. The prosecution failed to discharge its bounded duty of excluding access to the appellants room by others. … [5] The mere fact that the drugs were found in the drawer on the appellants side of the bed was insufficient for the learned judge to make an inference that the appellant had exclusive custody and control over the bag. The failure on the part of the learned judge to properly consider and evaluate the evidence coupled with his Lordship failure to make an affirmative finding of possession was a serious misdirection in law”. [penekanan ditambah] Mahkamah Persekutuan pula didalam kes Chan Wei Loon v Public Prosecutor & Anor [2021] 4 MLJ 660 memutuskan: - “[93] The evidence laid down above pinpoints the access possibility by the third party to the ground floor. It is trite that the burden is on the prosecution to exclude access of the said ground floor by others to prove that the appellants were exclusively in custody and control of the dangerous drugs and the machines found on the ground floor. The prosecution had failed to establish such evidence when the onus is not on the defence to prove possibility of access by others, but on the prosecution to exclude such possibility. The burden of proving its case at every stage lies on the prosecution. The only task of the accused is to raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution’s case. See: Mohan Singh a/l Lachman Singh v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 291. [penekanan ditambah] [22] Bagi membuktikan elemen milikan Mahkamah akan melihat pada keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan untuk membuktikan hanya OKT-OKT sahaja ada akses rumah tersebut dan dadah itu adalah di dalam kawalan dan milikannya. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung didalam Choo Yoke Choy v Public Prosecutor [1992] 2 MLJ 632: - “In our opinion, the evidence before the court was not sufficient to establish that the appellant alone had the drugs in his custody or under his control. The drugs were found lying on the floor. They were not hidden. It is not probable to suggest that the appellant alone had custody or control of the drugs since there were two people occupying the room at the material time. The mere fact that the drugs were found in the room does not necessarily prove that the appellant had sole custody or control. It is not conclusive evidence; it is neutral in nature. At best, the evidence before the court shows either the appellant or his wife could have custody or control of the drugs.” [penekanan ditambah] [23] Dalam mengakas anggapan di bawah Seksyen 37(b) ADB 1952, pihak pembelaan telah mengemukakan keterangan bahawa penyewa sebenar rumah tersebut adalah DW5 dan Bambang Hermawan dan tindakan SP2 yang membuka pintu gril tingkat atas tanpa OKT-OKT mengesahkan kunci yang ada bersama mereka adalah kunci gril di tingkat atas telah menunjukkan anggapan bawah Seksyen 37B ADB 1952 berjaya disangkal oleh OKT-OKT. [24] Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan peguambela OKT-OKT bahawa tiada sebarang ‘adverse inference’ boleh dikenakan atas OKT-OKT kerana tidak memanggil Bambang Hermawan sebagai saksi. Adalah bukan tanggungjawab OKT-OKT untuk membuktikan kes pembelaan mereka adalah benar kerana tugas mereka hanya untuk menimbulkan keraguan sahaja kepada kes pendakwaan. DW5 mengesahkan bahawa dia yang menyewa rumah tersebut bersama-sama dengan Bambang dan setakat ini keterangan DW5 gagal digugat oleh pihak pendakwaan dan dia mengekalkan keterangannya bahawa rumah itu adalah rumah sewanya dengan Bambang. Mahkamah juga telah merujuk kepada kes Sathya Vello v. PP [2022] 5 CLJ 659, di mana Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu) menyatakan: [95] So the ground rule in Mat v. PP is that you must acquit if you have a reasonable doubt in your mind as to the guilt of the accused even if you do not believe or accept his explanation. You can only convict him if you have an abiding conviction that he is guilty of the offence charged. What it means is that the accused has no duty to prove or to disprove anything. He is entitled to an acquittal if he succeeds in casting a reasonable doubt in the trial court's mind as to the truth of the prosecution case. There is sufficient adjective law on what "reasonable doubt" means. [96] But the rule does not apply where a statute presumes a fact "unless the contrary is proved". Thus, where statutory presumptions such as the ones in s. 37(d) and s. 37(da) of the DDA come into play, it is not sufficient for the accused to merely cast a reasonable doubt in the trial court's mind as to whether or not the presumed facts exist. The accused must affirmatively prove by admissible evidence that the presumed facts do not exist, and the standard of proof is the civil standard of proof, ie, proof on the balance of probabilities: See Yuvaraj v. PP (supra). In Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 Lord Denning explained what constitutes sufficient discharge of the burden of proving a case on the balance of probabilities: “If the evidence is such that the tribunal can say "We think it more probable than not" the burden is discharged, but if the probabilities are equal, it is not.” [penekanan ditambah] D. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [25] Setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan, Mahkamah mendapati mereka berjaya menimbulkan keraguan atas kes pendakwaan dan keterangan mereka telah berjaya ‘rebut’ anggapan yang wujud di bawah Seksyen 37(b) ADB 1952 pada imbangan kebarangkalian apabila Mahkamah ini berpuashati bahawa versi pembelaan adalah suatu kebarangkalian yang boleh diterima. OKT-OKT telah memberi keterangan yang disokong oleh SP1 dan DW5 dengan jalan cerita yang konsisten bahawa Bambang Hermawan merupakan penghuni sebenar rumah tersebut dan OKT-OKT hanyalah singgah ke rumah tersebut pada masa-masa tertentu bukan secara tetap dan tidak pernah mempunyai akses ke bilik di tingkat atas di mana dadah-dadah dalam kes ini ditemui yang perlu melepasi satu gril besi yang mereka tidak mempunyai kunci. Oleh itu, Mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan kesemua OKT-OKT dari pertuduhan ini. Bertarikh 21 Mei 2026 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Farah Aqilah Binti Ahmad Fuad Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Aras 11,12 dan 13 Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Gooi & Azura, Peguambela & Peguamcara 12-1 & 14-1, Jalan Serkut, Taman Pertama, Cheras, 56100 Kuala Lumpur,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.