For the purpose of subsection (1), a person found to be in possession of any money or property or any proceeds thereof which has at any time been delivered as ransom shall, unless the contrary is proved, be deemed to have knowledge that such money or other property was delivered as such ransom. Seksyen 2 Akta pula mentakrifkan: “ransom” means any money, price or consideration paid or demanded for the release of a person abducted or wrongfully confined or wrongfully restrained. S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [54] Mahkamah melalui penilaian maksima ke atas kredibiliti keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan khususnya SP12 dan berpuas hati bahawa SP12 adalah seorang saksi yang kredibel. Keterangan SP1 dan SP12 menunjukkan berlakunya kejadian SP12 dilarikan secara salah. Versi SP12 pada dapatan Mahkamah adalah saksi yang kredibel kerana mengambil kira keterangan SP12 mengenai pengamatannya yang meskipun dalam keadaan mata bertutup, peka pada bunyi-bunyi seperti shutters ditarik dan ditutup, bunyi tong gas digerakkan yang konsisten dengan penemuan tempat SP12 dikurung sepertimana di gambar P137. [55] Keterangan SP10, SP12 dan SP17 selanjutnya juga membuktikan berlakunya kejadian menahan SP12 secara salah untuk mendapatkan wang tebusan apabila komunikasi telefon dibuat di antara suspek dengan SP10 yang turut didengari oleh SP17. Keterangan SP10 adalah material kerana SP10 adalah saksi yang merundingkan untuk jumlah tebusan dikurangkan dari jumlah asal yang diperas oleh suspek. [56] Keterangan SP12 juga memainkan peranan penting kerana telah dapat mengecam OKT8 Pooganeswaran seorang polis bantuan yang pada awalnya telah mendekati SP12 dan memperkenalkan diri sebagai polis yang telah mengaku salah atas pertuduhan alternative seksyen 365 KK. Hasil soal siasat atas OKT8 inilah yang membawa kepada lain-lain suspek yang membawa kepada penemuan wang tebusan yang ditemui dalam keadaan tersorok. Penemuan gari dan ski mask juga menyokong versi kejadian oleh SP12. S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [57] Identiti OKT-OKT pula ditentukan melalui pengecaman melalui penemuan DNA mangsa beserta DNA OKT1 (Jevan), OKT4 (Pirankash), OKT8 (Poonganeswaran) dan suspek Rovin Jothy. Fakta penemuan DNA OKT-OKT lain adalah relevan kerana menunjukkan berlakunya penculikan dengan melarikan secara salah SP12. Di samping itu, perbuatan OKT1 (Jevan) dan isterinya OKT4 (Vijaya), OKT2 (Surendran) dan OKT5 (Muniandy) membawa polis kepada penemuan sebahagian wang tebusan dalam keadaan jumlah yang besar dan tersorok dengan nombor siri selari dengan nombor siri wang dalam P151 (lihat bermula para 32 penghakiman ini) membuktikan kesemua memainkan peranan melarikan dan menahan dengan salah, mangsa SP12 kerana mempunyai pengetahuan mengenai wang tebusan ini yang ditemui dalam keadaan tersorok. [58] Untuk tujuan ini, anggapan seksyen 5(2) juga terpakai terhadap OKT4 (lihat para 78 penghakiman dan kes Krishna Rao yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan di [2009] 2CLJ 603, Pulukuri Kotayya v. King Emperor [1947] 74 IA 65 dan Amathevelli a/p P Ramasamy v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 367 berhubung kenyataan yang boleh diterima masuk oleh Mahkamah ini berhubung seksyen 27 Akta Keterangan dan seksyen 8 Akta yang sama sebagaimana diputuskan dalam ‘ruling’ Mahkamah semasa prosiding bicara berlangsung). [59] Meskipun jumlah wang yang dipadankan dengan nombor siri bukan berjumlah RM300,000.00 namun sebahagian besarnya telah diteliti dan dibuat perbandingan oleh SP27 dan disahkan semasa SP27 memberi keterangan. Tindakan OKT-OKT dalam kes ini memecahkan jumlah wang tebusan dengan membuat ‘layering’ melibatkan pengagihan kepada isteri S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA atau ahli keluarga serta sahabat melibatkan motif bertujuan untuk mengelakkan wang rampasan ini daripada mudah dikesan. Oleh itu, Mahkamah ini berpuashati bahawa satu kes di bawah seksyen 3 dan seksyen 5 dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan memanggil OKT-OKT untuk membela diri (lihat: Ting Khai Sin & Ors v Public Prosecutor [2015] 2 MLJ 417). Kes pembelaan [60] Kesemua tertuduh membuat permohonan untuk OKT-OKT yang mengaku salah serta Rovin Jothy dikemukakan. Pihak pendakwaan menyatakan akan mengemukakan kenyataan 112 mereka kepada pihak pembelaan memandangkan OKT-OKT ini serta Rovin Jothy pada tarikh ditawarkan kepada pembelaan, tidak dibawa ke Mahkamah (lihat tentang keperluan mengemukakan saksi-saksi ini semasa ditawarkan: Ti Chuee Hiang v PP 1995 2MLJ 433 (SC), PP v Asnawi Yusuf [2012] 3CLJ 41 (COA)). [61] Apa yang dapat disimpulkan oleh Mahkamah ini ialah OKT-OKT awal yang lain ini telah mengaku salah atas pertuduhan pilihan seksyen 365KK dan fakta kes yang dikemukakan menunjukkan mangsa yang terlibat ialah Pratap SP12. Oleh itu, versi SP12 bahawa dia dilarikan dan dikurung adalah kredibel. Malahan soal balas atas OKT2 juga bersetuju bahawa terdapat wang yang dirampas dari bilik sembahyang rumahnya, OKT4 (Pirakhas) melalui fakta yang dikemukakan juga menyatakan terdapat permintaan untuk wang tebusan dibuat dan fakta kes OKT8 (Pooganeswaran) menunjukkan wang habuan RM33,000.00 yang dirampas daripadanya yang disahkan sebagai wang tebusan melalui nombor siri oleh SP27. S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [62] Semasa kes pembelaan, OKT5 Muniandy (dalam pertuduhan asal atau OKT3 dalam pertuduhan terkini) telah meninggal dunia sebelum sempat memberi keterangan. Atas permintaan Peguambela dan TPR untuk perintah pelepasan tidak terjumlah kepada pembebasan direkodkan, Mahkamah memerintahkan OKT3 dilepas tanpa dibebaskan (DNAA). [63] OKT4 (dirujuk sebagai SD3) pula menyatakan menerima sejumlah wang RM100,000.00 sebagaimana pertuduhan daripada ‘Jack’ atau Rovin Jothy untuk tujuan membayar duit peguam bagi Jevan dan Sundramurti. Namun, OKT4 menyatakan tidak mengenali ‘Jack’. Pada masa yang sama, sejumlah RM30,000.00 diserah pada Lalita (SP23) kerana rumah Lalita terletak dalam perjalanan ke Pejabat peguam Dato’ Baljit. [64] Dari baki RM70,000.00, sejumlah RM15,000.00 pula, menurut SD3 (OKT4) telah dibayar pada Dato’ Baljit, sejumlah RM5,000.00 dengan pecahan RM1,000.00 OKT4 (SD3) telah simpan dalam kereta manakala RM4,000.00 lagi dibelanjakan. Baki RM50,000.00 diagihkan pada ahli keluarganya termasuk makciknya Vasantha dan ini termasuk RM10,000.00 yang diserahkan oleh Vasantha kepada Sarasbathy (SP25). [65] Apabila disoal balas oleh TPR, SD3 menyatakan tidak membayar seluruh wang yang diserahkan oleh Jack kepada Dato’ Baljit kerana S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA arahan Dato’ Baljit ialah untuk membuat bayaran secara ansuran berdasarkan permintaan yang akan dibuat oleh Dato’ Baljit. Tiada bantahan oleh mana-mana pihak berhubung kenyataan SD3 ini. Walau bagaimanapun, di akhir kes pembelaan, Mahkamah terpaksa menolak keterangan SD3 ini kerana ‘hearsay’ atau dengar cakap kerana Dato’ Baljit tidak dipanggil (see: PP v Dato Sri Anwar Ibrahim (No.3) (1999) 2MLJ 1) [66] Keterangan SD3 dibandingkan dengan soalbalas peguam OKT terhadap SP25 tidak membawa kepada cabaran bahawa jumlah RM10,000.00 telah diserahkan kepada SP25 oleh SD3. Sebagai tambahan, Mahkamah berpendapat adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk ‘Jack’ atau Rovin Jothy menyerah sejumlah besar wang RM100,000.00 kepada SD3 atas alasan untuk mendapatkan perkhidmatan peguam bagi Jevan (OKT1) dan Sundramurti (adik Rovin) meskipun OKT1 ialah suami SD3 sedangkan SD3 sendiri menyatakan tidak mengenali Jack ‘Rovin Jothy’ dan Jack sendiri adalah salah seorang tangkapan dalam kes ini. [67] Malahan, SD1 OKT1 sendiri turut menyatakan tidak mengenali Rovin Jothy maka adalah sesuatu di luar norma untuk Rovin Jothy memberi jumlah besar ini untuk membantu orang yang tiada hubungan dengannya. SD3 juga bersetuju Rovin Jothy tidak perlu menyerahkan sejumlah wang kepada SD3 kerana Rovin Jothy sendiri boleh melantik peguam untuk adiknya Sundramurti. S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [68] Keterangan SD3 juga menyatakan telah memberikan baki RM50,000.00 kepada Vasantha dan Vasantha telah berikan RM10,000.00 kepada Sarasbathy SP25. Keterangan SP25 ini tidak dicabar dalam solabalas pembelaan dari segi perbuatan SD3 yang apabila ditanya oleh SP25 duit apa, SD3 hanya diam tersenyum dan keadaan SD3 di dalam van polis pada hari rampasan di rumah SP25 yang bergari dan menangis sambil memohon maaf kepada SP25. Oleh itu, penafian SD3 semasa kes pembelaan apabila disoalbalas oleh TPR yang mencadangkan SD3 tahu ia wang hasil penculikan SP12 tidak disokong oleh apa-apa keterangan. [69] Keterangan OKT1 SD1 pula menyatakan dia sering keluar dengan Muniandy untuk minum dan kereta dipandu oleh Muniandy. Namun tiada apa-apa keterangan yang ditawarkan untuk menjelaskan bagaimana rambut dengan kesan DNA mangsa boleh ditemui dalam kereta Wira milik Muniandy meskipun terdapat cadangan kepada SP27 IO bahawa rambut OKT1 telah diletakkan dalam kereta tersebut (it was planted), yang tidak dipersetujui oleh SP27. [70] Di dalam PSD1 (kenyataan saksi OKT1) menyatakan darah dan rambutnya telah diambil oleh pihak polis tanpa dimaklumkan apa tujuannya. Perlu diingat bahawa OKT1 menyatakan sering menaiki kereta ini. Atas jawapan OKT1 yang bertentangan dengan cadangan bahawa rambutnya (dan bukan rambut mangsa SP12) diletakkan dalam kereta Wira ini oleh pihak polis, Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT1 mengubah cerita pada saat akhir ketika kes pembelaan menjadikan pembelaannya tidak konsisten dengan versinya sendiri. S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [71] Oleh itu, dengan dapatan Mahkamah berhubung isu ini sebagai pemikiran terkemudian, maka Mahkamah menerima versi pendakwaan berhubung penemuan rambut milik SP12 mangsa dan OKT1 di tempat duduk belakang sebagai munasabah. Oleh itu, Mahkamah membuat rumusan terdapat bukti menunjukkan mangsa SP12 berada bersama OKT1 dalam kereta Wira milik Muniandy. [72] SD1 iaitu OKT1 juga menyatakan telah meminta adik Rovin Jothy (Sundramurti) untuk membantunya mendapatkan khidmat peguam dan SD1 menyatakan SD3 telah memberitahunya Jack iaitu Rovin Jothy telah memberikan wang RM100,000.00 untuk lantik peguam. SD3 mengulanginya dalam pembelaan SD3 namun semasa soalbalas, SD3 menyatakan tidak tahu wang ini untuk tujuan lantik peguam. [73] Meskipun pembelaan SD3 menyatakan Sundramurti telah menelefonnya dan beritahu abangnya Jack akan beri RM100,000.00 kepada OKT3 untuk dibayar kepada peguam untuk Jevan (OKT1) dan Sundramurti, yang mana berdasarkan senarai bongkar D218, menunjukkan 3 resit bayaran kepada Shukor, Baljit & Partners masing-masing bertarikh 8.1.18, 12.1.18 dan 15.1.18 untuk jumlah RM5,000.00, RM7,000.00 dan RM3,000.00, namun tiada mana-mana wakil dari firma ini yang dipanggil untuk mengesahkan arahan bayaran berkala ini (lihat para 65 penghakiman ini). S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [74] Pembelaan SD3 ini tidak pernah dicadangkan kepada SP23 kerana SD3 menyatakan kerana dia (SD3) takut menyimpan jumlah yang besar dan oleh kerana rumah SP23 berada dalam laluan ke Pejabat peguam menyebabkan SD3 meminta SP23 menyimpannya. Namun, versi SP23 ialah SD3 hanya datang ke rumahnya pada 14.1.18 untuk mandi dan tiada keterangan kedatangan SD3 pada tarikh-tarikh lain sebagaimana yang tercatit di resit 8.1.18, 12.1.18 dan 15.1.18. [75] SP23 percaya wang tersebut ialah wang SD3 kerana nampak SD3 menunjukkan ke arah almari tersebut kepada polis SP27. Atas alasan ini, Mahkamah memutuskan versi SD3 bahawa SP23 tahu mengenai wang tersebut kerana telah diserahkan kepada SP23 dan dia tahu untuk tujuan bayaran peguam tidak dibuktikan dan tidak berjaya menimbulkan apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Sebaliknya, ia menunjukkan pengetahuan di pihak OKT4. [76] Pembelaan OKT2 pula ialah meskipun mengenali Jevan iaitu OKT1, namun menafikan terlibat dengan penculikan ini. Walau bagaimanapun, OKT2 semasa soal balas bersetuju terdapat rampasan sejumlah wang dari bilik sembahyang rumahnya. Namun, telah menafikan dia yang meletakkan sejumlah wang dalam bag pouch dan plastik oren tersorok dalam bilik sembahyang tersebut. Namun, pembelaan OKT2 ini tidak pula mencadangkan bagaimana wang ini boleh ditemui berada dalam keadaan tersorok dalam rumahnya. Oleh itu, Mahkamah membuat dapatan bahawa wang ini telah disorokkan oleh OKT2 sendiri. S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [77] Kedua-dua OKT1 dan OKT2 memberi keterangan bahawa mereka telah dipukul dengan teruk oleh pihak polis untuk membuat pengakuan. OKT1 menyatakan telah mengadu kepada Majistret semasa tahanan reman berlangsung melibatkan reman OKT1, OKT2 dan Sundramurti. OKT2 pula menyatakan dia juga telah dipukul tetapi tidak berani mengadu kepada Majistret kerana bimbang akan membawa kepada kes kematian semasa dalam tahanan. [78] Mahkamah berpendapat alasan OKT2 ini tidak munasabah kerana jika tahanan reman dibuat serentak ke atas OKT1, OKT2 dan Sundramurti maka OKT2 sepatutnya menggunakan peluang yang sama bersama OKT1 untuk memajukan aduannya dipukul kepada Majistret tetapi ini tidak berlaku. Oleh itu, Mahkamah membuat dapatan bahawa alasan OKT2 dia juga telah dipukul untuk membuat pengakuan tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah lebih-lebih lagi semasa IO SP27 memberi keterangan berhubung pandu arah, isu mengenai ‘inducement, not on his own volition’ hanya timbul selepas beberapa siri soalan dibangkitkan oleh pihak pendakwaan dan Mahkamah bertujuan untuk mengetahui asas atau sebab bantahan yang dibangkitkan oleh pembelaan. [79] Atas bantahan OKT1 pula yang dia dipukul, tiada laporan polis yang dikatakan dibuat pada tahun 2018 yang dikemukakan atas alasan tercicir di penjara manakala surat yang dikatakan disediakan oleh peguam D216 untuk tujuan mendapatkan salinan pula hanya bertarikh 27.3.2023 selepas pembelaan OKT dipanggil. Keterangan OKT1 dengan merujuk kepada gambar P135(5&6) bahawa dia mengalami kecederaan lebam S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA pada muka, di mata, pipi dan punggung terkoyak ‘ligament tear’ dan kecederaan tangan hanya boleh diterima masuk setakat ia dapat dilihat pada P135 manakala kecederaan ‘ligament tear’ pada punggung bukan suatu yang jelas nyata tanpa laporan perubatan. [80] Oleh itu, dengan mengetepikan kecederaan ‘ligament tear’ pada punggung kerana tidak disokong oleh apa-apa keterangan, kecederaan pada OKT1 menurut kes PP v Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000]1CLJ 446 di mana Kang Hwee Gee J membuat dapatan hanyalah satu kecederaan yang tidak serius berbangkit daripada keperluan polis yang bertindak dalam menjalankan tugas mendapatkan maklumat sebagaimana yang diputuskan seperti berikut: “Far from being of trifling weight, the two sets of information provided by the respective accused in the instant case were of enormous value to the prosecution whose case may stand or fall by them. Their probative value certainly outweighs their prejudicial effect. There is in my judgement therefore no valid ground to reject them on the basis that they may not have been given voluntarily by the respective accused. In any case, I could not find any evidence of any form of oppression beyond that which was reasonably expected and required by the police to obtain information to find the killers of the four persons…" [81] Mahkamah bersetuju kecederaan yang ada pada OKT1 hanyalah satu kecederaan yang tidak mudarat dibandingkan dengan keperluan untuk polis bertindak mendapatkan maklumat dalam menjalankan S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA siasatannya. Oleh itu, apa-apa keterangan yang datang daripada OKT1 berbangkit daripada tindakan polis hingga mengakibatkan kecederaan ini adalah satu tindakan perlu untuk memastikan penjenayah dapat dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan meskipun pihak polis telah ada suspek lain Rovin Jothy dan Sundramurti yang dapat membantu siasatan dari segi pengemukaan maklumat. Peranan Rovin Jothy [82] Mahkamah ini meskipun bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa Rovin Jothy adalah saksi yang material, namun tanpa keterangan Rovin Jothy di Mahkamah tidak menjadikan terdapat kelompangan dalam kes pendakwaan kerana elemen di bawah seksyen 3 dan 5 telah dibuktikan dengan wang tebusan ini telah ditemui melalui pandu arah oleh saksi atau OKT sendiri. [83] Keseluruhan keterangan yang ada dan analisa Mahkamah ini, membawa kepada pendapat Mahkamah bahawa kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan Rovin Jothy (berada dalam tahanan menurut SP27) dan Sundramurti (tidak dapat dikesan melalui usaha yang dibuat secara carian iklan) untuk disoal-balas oleh pembelaan ataupun dipanggil sebagai saksi pembelaan tidak mengakibatkan ruang dan peluang pihak pembelaan untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terjejas kerana pihak pendakwaan telahpun membuat tawaran untuk mengemukakan kenyataan 112 saksi (lihat: Siti Aisyah v PP [2019] 4MLJ 46). Pihak pembelaan tidak ada membuat permohonan lanjut untuk kenyataan ini. Oleh itu, pihak pendakwaan tidak boleh dipersalahkan atas kegagalan mengemukakan mereka. S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA [84] Kegagalan mengemukakan OKT-OKT lain yang telah mengaku salah di atas pertuduhan alternative seksyen 365KK juga tidak membangkitkan anggapan seksyen 114(g) kerana apa jua peranan mereka telahpun dinyatakan dalam fakta kes yang dikemukakan hasil daripada pengakuan salah mereka. Dengan ketiadaan anggapan seksyen 114(g) terpakai, maka tugas pendakwaan untuk menyediakan dan memanggil mereka sebagai saksi kepada pembelaan, selesai. [85] Soal balas pembelaan ke atas kesemua nama-nama suspek dan OKT-OKT seksyen 365KK jikapun wujud keperluan, hanyalah untuk menyokong pembelaan OKT1-OKT4. Pada tahap ini, setelah analisa keterangan OKT1-OKT4 itu sendiri dibuat, keterangan pembelaan mereka adalah tidak konsisten dengan ketidak bersalahan mereka. Oleh itu, jikapun berlaku kegagalan menyediakan suspek-suspek dan OKT-OKT seksyen 365KK oleh pihak pendakwaan, ia tidak membawa apa-apa kesan ke atas kebersalahan OKT1-OKT4 kerana keterangan utama yang gagal menimbulkan keraguan munsabah yang membawa Mahkamah ini memutuskan ketiadaan keterangan sokongan dari suspek-suspek dan OKT-OKT seksyen 365KK tidak memprejudiskan mereka. Memetik Augustine Paul J yang memutuskan “It must be noted that the question of corroboration does not arise unless the evidence of the witness requiring corroboration is itself credible” (lihat: Aziz Muhamad Din v PP [1997]1CLJ Supp 523). [86] Atas alasan ini, Mahkamah memutuskan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah berhubung keterangan S/N ei4kPgS4wUiylBVr4tngOA kes pendakwaan dan mensabitkan kesemua tertuduh. Setelah mendengar hujahan memberatkan dan mitigasi, Mahkamah menjatuhkan hukuman 30 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 3 sebatan rotan bagi OKT1 dan 2. Bagi OKT4, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dari tarikh keputusan (kerana OKT4 berada dalam jaminan). Refreshing memory [87] Sebagai tambahan selain daripada analisa keterangan dalam kes ini, Mahkamah mengambil kesempatan untuk membincangkan mengenai keperluan saksi memberi keterangan dengan mengambil ikrar bercakap benar tanpa perlu merasa bebanan untuk mengingati secara terperinci setiap fakta kerana bimbang dituduh tidak bercakap benar atau menyembunyikan fakta. Tidak dinafikan, atas lambakan kes yang berdaftar di Mahkamah menunggu untuk dibicarakan, telah timbul keperluan untuk saksi mengingatkan semula fakta apabila dipanggil sebagai saksi. Undang-undang telah mengiktiraf keperluan mengingat semula ini apabila memperuntukkan seksyen 159 Akta Keterangan 1950 seperti berikut: Section 159. Refreshing memory.