(j) Siasatan oleh SP10 mendapati tiada orang lain selain Perayu-Perayu yang menghuni rumah Kondo tersebut. [47] Kami mendapati Hakim bicara adalah betul apabila mendapati elemen niat bersama telah berjaya dibuktikan di kalangan Perayu-Perayu. Kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara tersebut. [48] Sekarang kami beralih kepada isu yang ditimbulkan oleh peguam bela Perayu Kedua iaitu berkaitan dengan isu kegagalan menolak kemungkinan akses oleh pihak ketiga terhadap kereta WXX 787 dan juga rumah Kondo tersebut. Pihak pembelaan meletakkan bahawa ‘Pijut’ telah meminjam Kereta WXX 787 sehari sebelum kejadian 36 tangkapan dan hanya telah memulangkan kunci Kereta WXX 787 tersebut kepada Perayu Kedua ketika mereka terserempak di tempat letak kereta ketika ingin keluar untuk makan. Pembelaan Perayu-Perayu mengenai kewujudan penama ‘Pijut’ ini telah ditolak oleh Hakim bicara dan kami bersetuju dengannya. [49] Tiada sebarang penjelasan diberikan oleh Perayu-Perayu mengapakah perlunya ‘Pijut’ meminjam Kereta WXX 787 daripada Perayu Kedua sedangkan menurut keterangan Perayu Pertama, ‘Pijut’ mempunyai sebuah kereta jenis BMW. Tiada juga penjelasan diberikan bagaimanakah kunci Kereta WXX 787 yang kononnya telah dipinjamkan kepada ‘Pijut’ dan kemudiannya diserahkan keesokkan hari iaitu satu hari sebelum Perayu-Perayu ditangkap, kunci Kereta WXX 787 itu berada dalam keadaan bercantum dengan kad akses serta kunci rumah Kondo yang Perayu-Perayu diami. [50] Mengenai dakwaan Perayu Kedua bahawa kemungkinan dadah di dalam Kereta WXX 787 milik ‘Pijut’, Hakim bicara menyatakannya seperti berikut di m/s 77 dan 78 Rekod Rayuan Jilid 1: “[202] Bilik di mana dadah dijumpai semasa serbuan dibuat mengikut keterangan SP9 tidak berkunci dan tidak tertutup pun. Jika Pijut 37 dan Bambang pemilik dadah tersebut adakah bilik itu akan dibiarkan begitu. [203] Begitu juga dengan dadah di dalam kereta ML milik T2, dikatakan milik Pijut. Masakan si Pijut akan meletakkan dadah yang barang haram dan berharga secara sesuka hati di dalam kereta pinjam. Sudah tentu Pijut secara munasabahnya akan menyimpan di tempat selamat dan berkunci. [204] Keraguan munasabah yang hanya tertuduh perlu timbulkan bukan keraguan yang sewenang-wenang dan tidak munasabah kes Lord Denning, Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AII ER 372. Dadah adalah bukan sahaja bernilai tinggi dengan berat yang dirampas dan jika diketahui ianya orang akan membawa hukuman mati. Oleh itu, secara munasabahnya adakah si Pijut atau si Bambang akan bertindak demikian. [205] Apa yang pendakwaan buktikan ialah dadah tersebut milik dan jagaan dan kawalan oleh T1 dan T2 sahaja yang tinggal berdua di kediaman tersebut. Manakala kereta ML itu tidakpun diberi pinjam kepada si Pijut malah Pijut atau Bambang adalah tidak wujud atau jika pun wujud tetapi tidak ada kena mengena dengan dadah di dalam kereta atau di dalam bilik di kediaman T1 dan T2. [206] Jika benar ‘Pijut’ adalah pemilik dadah di dalam kereta milik T2 sudah tentu pada hari sebelum kejadian semasa ‘Pijut’ dikatakan terserempak dengan T1 dan T2 di tempat parking kereta ML itu, Pijut boleh sahaja menangguhkan pemberian kunci untuk mengeluarkan barangan dadah di dalam booth kereta dan kunci boleh sahaja Pijut letakkan di dalam apartment mereka. 38 [207] T1 dan T2 terpaksa membuat dua cerita bagaimana dadah terjumpa di dua tempat yang mana kereta dan kediaman secara terangan di bawah kawalan dan jagaan mereka. Oleh itu, perlu diwujudkan watak Pijut dan Bambang. Ternyata ‘Pijut’ adalah cerita pembelaan bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah gagal sebagai munasabah dan menimbulkan keraguan kerana ‘Pijut’ adalah pengedar dadah yang paling ‘tidak munasabah’ meletakkan dadah di dalam kereta milik orang dan meletak di dalam bilik tanpa dikunci dan rumah didiami secara berkongsi. [208] Atas alasan dan dapatan inilah, Mahkamah Tinggi ini memutuskan ianya gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah oleh T1 dan T2 atas isu watak ‘Pijut’ atau ‘Bambang’ sebagai tuan punya dadah tersebut.”. [penekanan oleh kami] [51] Kami mendapati tiada kekhilafan oleh Hakim bicara dalam membuat dapatan menolak penglibatan ‘Pijut’ atau ‘Bambang’ atau mana-mana pihak ketiga yang lain terhadap pemilikan dan pengedaran dadah-dadah yang ditemui di dalam Kereta WXX 787 dan di rumah Kondo tersebut. Kami mendapati bahawa hujahan penguam bela terpelajar atas isu ini tidak mempunyai sebarang merit. Kami juga mendapati bahawa Perayu-Perayu telah gagal untuk mengemukakan butir-butir lanjut dan lengkap mengenai penama ‘Pijut’ dan ‘Bambang’. Oleh itu, pihak polis tidak boleh dipersalahkan apabila gagal untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap penama-penama tersebut. Kami juga mendapati bahawa Perayu-Perayu telah 39 gagal untuk memberikan “Notis Alcontara” yang efektif dalam kes ini (lihat Alcontara A/l Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705). [52] Isu kedua yang dihujahkan oleh peguam bela terpelajar bagi Perayu Kedua di hadapan kami adalah mengenai kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan Buku Log kad akses serta kegagalan untuk mengemukakan rakaman CCTV. Peguam bela mempersoalkan kegagalan Hakim bicara untuk mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 menyebelahi pihak Perayu-Perayu. Peguam bela terpelajar bergantung pada keputusan Mahkamah ini dalam kes See Kek Chuan v. PP [2013] 6 CLJ 98; Azizan Bin Yahya v. PP [2013] 1 MLJ 190 dan Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. PP [2014] 5 MLJ 433. [53] Peguam bela terpelajar telah merujuk kepada keterangan SP10 mengenai hasil siasatan saksi terhadap kad akses dan daftar (Buku Log kad akses). SP10 menyatakan walaupun terdapat 5 kad akses untuk rumah Kondo tersebut namun hanya 2 kad diserahkan kepada penghuni iaitu kepada Perayu Kedua. Manakala 3 kad lagi hanya untuk akses ke pondok pengawal sahaja. Menurut siasatan SP10, 2 kad akses itu masih aktif sehingga tarikh Perayu-Perayu ditangkap tetapi SP10 hanya menerima satu kad akses sahaja daripada SP9. SP10 mengesahkan 40 satu kad lagi tidak dijumpai pada mana-mana Perayu atau dari dalam 2 buah kereta yang terlibat dan juga tidak ditemui di dalam rumah Kondo tersebut. Apabila disoal-balas lanjut tentang kemungkinan ada orang lain menggunakan kad akses kedua itu, SP10 menyatakan seperti berikut di m/s 245 dan 246 Rekod Rayuan Jilid 2b: : Inspektor setuju dengan saya, ini kemungkinan menunjukkan bahawa ada seorang lagi yang memegang kad ini? : Saya tidak pasti. : Kemungkinan itu ada? : Sekiranya terdapat pergerakan kemungkinan. : Ada pergerakan, mungkin, sebab Inspektor kata ada pergerakan, mungkin ada? : Mungkin ada.” [54] Berdasarkan keterangan SP10, peguam bela berhujah kemungkinan satu lagi kad akses dipegang oleh ‘Pijut’. SP10 menyatakan bahawa beliau telah menjalankan penyiasatan secara terperinci namun masih gagal untuk menemui kad akses kedua tersebut walaupun kad akses itu masih aktif digunakan sehingga ke hari Perayu-Perayu ditangkap. Berdasarkan keterangan SP10, hujahan peguam bela bahawa kegagalan pendakwaan untuk mengemukakan kad akses kedua menarik pemakaian anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta 41 Keterangan 1950 tidak dapat diterima kerana tiada elemen penyembunyian atau halangan daripada pengemukaan kad akses kedua tersebut oleh pihak pendakwaan. Bagaimanakah kad akses kedua hendak dikemukakan sedangkan kad itu tidak berada pada mana-mana saksi pihak pendakwaan. [55] Selain itu, SP10 menyatakan bahawa beliau telah menjalankan siasatan berdasarkan rekod yang disimpan di pondok pengawal tetapi rekod ini tidak dikemukakan di Mahkamah. Peguam bela juga menghujahkan anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai. [56] Kami telah meneliti Rekod Rayuan dan mendapati pihak pembelaan tidak pernah pada bila-bila masa meminta SP10 untuk mengemukakan rekod atau Buku Log kad akses tersebut. Oleh itu hujahan peguam bela terpelajar mengenai isu ini merupakan satu pemikiran terkemudian. Isu yang sama juga tidak pernah dibangkitkan di hadapan Hakim bicara. [57] Mengenai isu kemungkinan kad akses kedua berada pada ‘Pijut’ dan ‘Pijut’ memang wujud telah kami bincangkan di awal Penghakiman ini. Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami bersetuju dengan dapatan 42 dan keputusan Hakim bicara apabila mendapati ‘Pijut’ hanyalah cerita rekaan Perayu-Perayu semata-mata. [58] Mengenai tanda tanya terhadap ketidakjumpaan kad akses kedua dan di mana kad itu berada, pada pandangan kami perkara itu berada dalam pengetahuan peribadi Perayu Kedua sendiri. Menurut keterangan SP4, rumah Kondo tersebut telah disewakan kepada Perayu Kedua. Menurut SP5 pula, kad akses hanya digunakan untuk ke tempat letak kereta sahaja, manakala untuk masuk ke dalam rumah Kondo tersebut perlu menggunakan 2 anak kunci iaitu satu untuk membuka pintu gril dan satu lagi untuk membuka pintu kayu. SP5 memberitahu bahawa dia telah memberikan 2 set kunci bersama dua kad akses kepada Perayu Kedua tetapi hanya 1 set berada di Mahkamah. SP5 juga tidak tahu dimanakah 1 set lagi berada. Yang pentingnya, SP5 menyatakan di bawah Perjanjian Tenansi (P29), Perayu Kedua tidak dibenarkan untuk menyewakan semula (sub-let) rumah Kondo tersebut atau mana-mana bahagian rumah Kondo tersebut kepada mana-mana orang yang lain. [59] Seperti kami sebutkan di awal Penghakiman ini, fakta di mana kad akses kedua dan set kunci kedua rumah Kondo tersebut berada adalah 43 dalam pengetahuan peribadi Perayu Kedua. Ini berlandaskan seksyen 106 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: “106. When any fact is especially within the knowledge of any person the burden of proving that fact is upon him.” [60] Tiada keterangan dikemukakan oleh Perayu Kedua mengenai kad akses telah diserahkan kepada ‘Pijut’. Apa yang dikatakan oleh Perayu Kedua hanyalah tentang serahan kunci rumah Kondo tersebut sahaja. Kad akses menurut SP5 hanya untuk ke tempat letak kereta. Tidak disebutkan oleh Perayu Kedua bahawa dia turut telah menyerahkan kad akses kepada ‘Pijut’. Keterangan mengenai serahan kunci ini hanya timbul semasa Perayu Kedua disoal-balas oleh Timbalan Pendakwa Raya. Tiada sebarang soalan-semula ditanyakan kepada Perayu Kedua berkaitan kunci dan kad akses kedua tersebut. [61] Mengenai isu terakhir berkaitan dengan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan rakaman CCTV, peguam bela terpelajar berhujah walaupun SP10 ada menyiasat mengenai rakaman kamera CCTV yang terdapat di kawasan Kondo tersebut namun rakaman CCTV gagal dikemukakan. Atas kegagalan itu, peguam bela menghujahkan anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 sewajarnya 44 diguna pakai memihak kepada Perayu-Perayu. Peguam bela menghujahkan secara lanjut bahawa fakta sama ada Perayu Kedua ada membuka but Kereta WXX 787 dipertikaikan. Keterangan bahawa Perayu Kedua telah membuka but Kereta WXX 787 sangat penting memandangkan Hakim bicara telah menjadikan fakta tersebut sebagai salah satu alasan untuk membuat dapatan bahawa elemen pengetahuan tentang dadah di dalam but kereta itu dibuktikan terhadap Perayu Kedua. [62] Kedudukan perundangan mengenai keterangan rakaman CCTV telah dijelaskan oleh Mahkamah ini dalam kes Saeid Reza Mohammadi Mohammad lwn. PP [2016] 1 LNS 303 seperti berikut: “[34] Berkaitan dengan kegagalan mengemukakan laporan rakaman CCTV, kami mendapati keterangan berkaitan rakaman CCTV hanyalah berbentuk keterangan yang menyokong. Sekiranya rakaman CCTV dikemukakan, ianya akan menguatkan versi pendakwaan atau menyokong versi pembelaan. Rakaman CCTV menjadi penting sekiranya versi pendakwaan dan versi perayu saling bercanggah. Keterangan rakaman CCTV juga menjadi penting sekiranya terdapat pertikaian terhadap identiti perayu. Berdasarkan kepada keterangan SP3 dan SP5 serta keterangan perayu sendiri, tiada percanggahan dalam versi perayu dan juga versi pendakwaan. Tiada juga timbul pertikaian terhadap identiti perayu. Fakta bahawa perayu bersama 3 lagi lelaki Iran telah ditangkap tidak dipertikaikan. Fakta beg P26 ditarik oleh perayu juga tidak dinafikan. Oleh itu keterangan berkaitan 45 laporan/rakaman CCTV tidak penting dalam kes ini. Kami bersetuju tiada keperluan untuk hakim bicara memakai anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan atas kegagalan-kegagalan yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar.” [63] Kami ingin menyatakan bahawa kes See Kek Chuan, supra, yang dirujuk oleh peguam bela terpelajar dapat dibezakan dari segi fakta kes itu dengan kes terhadap Perayu-Perayu. Dalam kes yang dirujuk itu, fakta material kes adalah bahawa saksi SP3 menyatakan melihat Perayu bersendirian turun dari keretanya sambil membawa sebuah beg berwarna hitam bersamanya menuju ke arah Hotel Sunway Resort & Spa. Di dalam beg hitam itu telah ditemui dadah yang dipertuduhkan. Versi Perayu bagaimanapun amat berbeza iaitu Perayu menyatakan dia dan seorang bernama Ah Fatt turun bersama dari keretanya dan beg hitam berkenaan dijinjit oleh Ah Fatt. Apabila pasukan polis menghampiri, Ah Fatt telah mencampakkan beg hitam itu ke atas lantai dan terus melarikan diri meninggalkan Perayu seorang diri. Abdul Malik Ishak, JCA dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[30] Right from the very start, the importance of the CCTV footage was highlighted by the defence. PW4 was categorical when he testified that the police had requested and was given the CCTV tape. PW9 testified that there were CCTVs focused at 32 locations at the said hotel and also at the lobby. These CCTVs would surely verify the version of 46 the prosecution if tendered. Yet, not a single CCTV tape was produced and tendered by the prosecution. [31] The High Court Judge acknowledge that the police had requested for a copy of the CCTV and a copy was in fact given to the police. At p. 246 of the appeal record at jilid 3, His Lordship said: SP4 – adalah Pegawai Keselamatan di Sunway Resort – keterangan saksi ini semasa disoal balas oleh pihak pembelaan tertumpu kepada bilik kawalan CCTV di mana beliau mengatakan bahawa tiada anggota polis ditempatkan di bilik kawalan CCTV. Saksi ini juga mengatakan bahawa di kawasan lobi hotel terdapat CCTV dan selepas tangkapan dibuat pihak polis ada meminta salinan CCTV yang mana satu salinan rakaman CCTV telah diberikan. [32] Contrary to the evidence by PW4, PW9 testified that CCTV recording was not given to the police because there was no written request by the police for a copy of the CCTV. Since the police did not record the statement of PW9, there was no opportunity for the learned Deputy who conducted the prosecution to impeach the credit of PW9. Thus, we have two sets of evidence in regard to the nagging question of whether a copy of the CCTV was given to the police. These two contradictory or variant narratives struck at the very root of the prosecution’s case and it must surely benefit the defence (Yusoff Kassim v. PP [1992] 1 LNS 31; [1992] 2 MLJ 183; PP v. Lee Eng Kooi [1993] 2 CLJ 534; [1993] 2 MLJ 322; Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007] 5 CLJ 1; [2007] 4 AMR 709; Adzhaar Ahmad & Anor v. PP [1996] 1 LNS 68; [1996] 4 MLJ 85; PP v. Tai Mei Yuen [2004] 1 LNS 442; [2004] 47 4 MLJ 541; Periasamy v. PP [1965] 1 LNS 129; [1966] 1 MLJ 138; Harchand Singh & Anor v. State of Haryana [1974] AIR 344; and PP v. Rajandiran Kadirveil [2002] 1 LNS 234; [2002] 7 MLJ 77). [33] In our judgment, the non-production of the CCTV footage amounts to a withholding or suppression of evidence and if it was produced, it would be unfavourable to the prosecution and, consequently, the adverse presumption under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution. [34] It goes without saying that the non-production of the CCTV footage had disadvantaged or prejudiced the defence and the truth of the prosecution’s case could not verified. Indeed in a criminal trial, fairness must be displayed by the prosecution. And the concepts of a fair trial and fairness have been recognized by our Malaysia Courts in Cheak Yoke Thong v. Public Prosecutor [1984] 2 CLJ 83; [1984] 1 CLJ (Rep) 87; [1984] 2 MLJ 119; Goi Ching Ang v. PP [1999] 1 CLJ 829; [1999] 1 MLJ 507; Tan Hun Wah v. PP [1994] 2 CLJ 180; [1994] 1 AMR 113, SC; Azahan Mohd Aminallah v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 374; [2004] 6 AMR 810, CA; and PP v. Abdul Manaf Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129.”. [64] Berlainan dengan kes terhadap Perayu-Perayu di hadapan kami di mana fakta yang dipertikaikan adalah mengenai sama ada Perayu Kedua ada membuka but Kereta WXX 787 di tempat letak kereta di Tingkat 1, Kondo tersebut. Keterangan SP10 jelas menyatakan bahawa tidak terdapat kamera CCTV di kawasan tempat letak kereta tersebut dan SP10 tidak mempunyai rakaman CCTV yang diminta oleh Perayu- 48 Perayu untuk dikemukakan. Sedangkan fakta dalam kes See Ket Chuan, supra, menunjukkan terdapat rakaman CCTV yang telahpun diperoleh oleh pihak polis. [65] Kami rujuk keterangan SP10 di m/s 217 Rekod Rayuan Jilid 2b, seperti berikut: : Inspektor Fauzie tadi kita berhenti setakat pada Laporan Kimia untuk DNA oleh Pegawai Sains En. Ahmad Hail. Saya nak pergi kepada siasatan Inspektor terhadap PV20 Platinum Lake Condo ini. Inspektor ada pergi ke tempat letak kereta di mana B1 dan B2 dilihat kali terakhir sebelum keluar meninggalkan kawasan tersebut? : Ya. : Di kawasan itu ada CCTV dipasang Inspektor? : Saya telah hadir dan jalankan siasatan di tempat kejadian dan telah melakukan pemerhatian di sekitar tingkat 1 tempat parking kereta didapati tiada kamera rakaman CCTV.”. [penekanan kami] [66] Memandangkan tiada rakaman CCTV diperoleh oleh SP10, kami tidak nampak bagaimanakah ini dikatakan telah memprejudiskan Perayu-Perayu atas kegagalan untuk mengemukakan rakaman CCTV yang tidak wujud. Oleh itu tidak wajarlah hujahan peguam bela terpelajar supaya anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 49 1950 diguna pakai terhadap pihak pendakwaan dalam kes ini. Kami mendapati Hakim bicara telah dengan betul membuat dapatan fakta bahawa Perayu Kedua ada membuka but Kereta WXX 787 sebelum beredar menaiki Kereta WVW 171 yang dipandu oleh Perayu Pertama yang sedang menunggunya dalam jarak lebih kurang 10 meter. Hakim bicara membuat dapatan yang betul bila memutuskan Perayu-Perayu mempunyai pengetahuan secara tersirat terhadap dadah yang disembunyikan di dalam but Kereta WXX 787 tersebut (lihat Ediawe Eshilama Clinton v. PP [2015] 9 CLJ 169). Konklusi [67] Atas alasan-alasan yang kami huraikan di atas, kami mendapati tiada merit dalam rayuan Perayu-Perayu terhadap sabitan. Kami mendapati sabitan terhadap Perayu-Perayu atas ketiga-tiga pertuduhan adalah selamat. Dengan itu, kami menolak rayuan Perayu-Perayu. Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi ke atas Perayu-Perayu atas ketiga-tiga pertuduhan disahkan dan dikekalkan. Bertarikh: 21 November 2017 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 50 Peguam cara Bagi Pihak Perayu Pertama: Mohd Affifuddin Hafifi Tetuan Salehuddin Saidin & Associates Wisma Salehuddin No. 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A/9A, Seksyen 9, 40000 Shah Alam Selangor Bagi Pihak Perayu Kedua: Datuk C. Vignesh Kumar Tetuan Vignesh Kumar & Associates No. 29 – 3A, Oval Damansara, No. 685, Jalan Damansara, Off Lebuhraya Sprint, 60000 Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden: Tengku Intan Suraya Bt Tengku Ismail Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya