Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KB-B52NCVC – 15-12/2024
KB-B52NCvC-15-12/2024
Sessions Court of Malaysia6 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“umen yang diminta dalah bersifat umum, tidak menyatakan tempoh masa, jenis transaksi, atau dokumen spesifik yang diperlukan; iii) Rujukan kepada kes Natasha Beverly Dental Sdn BHd v Arlena Philip Lee [2025] MLJU 1060; Syarikat V K Kalyanasundram Sdn Bhd v Kalyani Balasubramaniam & Ors [2023] 1 LNS 777; Nguang Chan Aka”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KB-B52NCVC – 15-12/2024
1
JP Engineering & Construction Sdn Bhd [ No.Pendaftaran: 202401024376(1570225-W)]
2
J.P Engineering [No. Pendaftaran : 199403078190(AS0166779-P)] ….. PLAINTIF-PLAINTIF
1
SAGUNTHALA A/P SUBRAMANIAM (No.KP: 970129-26-5032)
2
PS2 ENTERPRISE [No.Pendaftaran: 202303242180(TR0291156-T)
3
SSXP SPECIAL GLOBAL [No.Pendaftaran : 202303320835(003560594-P)] ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (PERMOHONAN PENZAHIRAN DOKUMEN) Pengenalan [ 1 ] Ini adalah permohonan plaintif-plaintif di Kandungan 30 di bawah Aturan 24 kaedah 3 dan / atau 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah berikut: 18/02/2026 21:34:22 KB-B52NCvC-15-12/2024 Kand. 76 a) Bahawa defendan-defendan hendaklah dalam masa (5) lima hari dari tarikh perintah ini, membekalkan salinan dokumen-dokumen berikut yang berada dalam milikan, jagaan, atau kuasa mereka kepada peguamcara Plaintif-Plaintif: i. Rekod yang menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah memberikan wang tunai kepada Wong Zi Jing dan Encik Wong Jim Peng, seperti yang dinyatakan dalam Soalan & Jawapan 9 oleh Defendan Pertama dalam Afidavit yang diikrarkan pada 10.02.2025 / Lampiran 20 (“Afidavit Sagunthala”), dan perenggan 7(j) Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan-Defendan bertarikh 08.01.2025 / Lampiran 10 (“Pembelaan dan Tuntutan Balas”) serta perenggan 6(k) Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Defendan Pertama pada 08.01.2025 sebagai jawapan kepada Afidavit Sokongan Injunksi / Lampiran 11 (“Afidavit Jawapan Injunksi”); ii. Rekod yang menunjukkan bahawa wang telah dikeluarkan selepas transaksi pengeluaran invois dan penerimaan bayaran oleh syarikat Defendan Kedua dan Ketiga, seperti yang dinyatakan dalam Soalan & Jawapan 10 oleh Defendan Pertama dalam Afidavit Sagunthala; dan iii. Kesemua penyata bank milik Defendan-Defendan, terutamanya yang menunjukkan penerimaan dan pengeluaran wang, yang secara jelas mencerminkan aliran masuk dan keluar wang; (Dokumen-dokumen tersebut akan dirujuk secara kolektif sebagai “Dokumen-Dokumen yang Dizahirkan”). b) Bahawa sekiranya Dokumen-Dokumen yang Dizahirkan tidak berada dalam milikan, jagaan, dan/atau kuasa Defendan-Defendan, maka Defendan-Defendan hendaklah menyediakan dan menyampaikan kepada peguamcara Plaintif-Plaintif suatu afidavit yang menyatakan bila Defendan-Defendan telah melepaskannya serta menjelaskan apa yang telah terjadi kepadanya, dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh perintah ini; c) Bahawa sekiranya Defendan-Defendan gagal mematuhi manamana bahagian perintah ini dalam tempoh yang ditetapkan, maka Pembelaan dan Tuntutan Balas hendaklah dibatalkan tanpa memerlukan sebarang perintah selanjutnya. Plaintif-Plaintif hendaklah diberikan kebenaran untuk memasukkan penghakiman terhadap Defendan-Defendan bagi kesemua relif yang dipohon dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 06.12.2024 / Lampiran 2 (“Penyataan Tuntutan”); dan d) Bahawa kos permohonan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan. [ 2 ] Alasan yang dinyatakan di dalam afidavit sokongan bagi menyokong permohonan tersebut adalah seperti berikut : a) Permohonan ini adalah perlu kerana dokumen-dokumen yang dizahirkan merupakan bukti yang relevan dan penting bagi mengenal pasti perkara-perkara yang diplidkan oleh defendan-defendan dalam Afidavit Sagunthala, Pembelaan dan Tuntutan Balas dan Afidavit Jawapan Injunksi; b) Dokumen-dokumen yang dizahirkan berpotensi membawa plaintif-plaintif kepada suatu siri siasatan yang boleh menghasilkan maklumat yang mungkin menjejaskan kes defendan – defendan dan /atau menyokong kes plaintif-plaintif; dan c) Permohonan ini memenuhi syarat-syarat di bawah Aturan 24 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 serta prinsip yang ditetapkan dalam kes undang-undang yang berkaitan. Latar Belakang Kes [ 3 ] Tuntutan ini dibuat kerana defendan pertama yang merupakan pekerja plaintif-plaintif telah didakwa memindahkan wang syarikat plaintif-plaintif kepada akaun defendan kedua dan defendan ketiga. [ 4 ] Oleh itu plaintif-plaintif menuntut terhadap defendan-defendan untuk:
a
Defendan-defendan mengembalikan wang sebanyak RM375,521.50 kepada plaintif pertama; dan
b
Defendan-defendan mengembalikan wang sebnayak RM309,964.60 kepada plaintif kedua; [ 5 ] Semasa prosiding permohonan plaintif-plaintif (Kandungan 4) bagi mendapatkan perintah Injunksi Mareva, defendan-defendan telah menfailkan beberapa afidavit jawapan bagi permohonan tersebut yang mengandungi beberapa dakwaan yang memerlukan pengesahan dakwaan tersebut . Oleh itu plaintif-plaintif memohon rekod-rekod seperti berikut: i. bahawa Defendan Pertama telah memberikan wang tunai kepada Wong Zi Jing dan Encik Wong Jim Peng; ii. bahawa wang telah dikeluarkan selepas transaksi pengeluaran invois dan penerimaan bayaran oleh syarikat Defendan Kedua dan Ketiga ; dan iii. Kesemua penyata bank milik Defendan-Defendan, terutamanya yang menunjukkan penerimaan dan pengeluaran wang, yang secara jelas mencerminkan aliran masuk dan keluar wang; Undang-Undang Penzahiran [ 6 ] Permohonan ini dibuat oleh plaintif-plaintif di bawah Aturan 24 kaedah 3 dan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut:
a
Aturan 24 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012: “(1) Subject to the provisions of this rule and of rules 4 and 8, the Court may at any time order any party to a cause or matter (whether begun by writ, originating summons or otherwise) to give discovery by making and serving on any other party a list of the documents which are or have been in his possession, custody or power and may at the same time or subsequently also order him to make and file an affidavit verifying such a list and to serve a copy thereof on the other party”.
b
Aturan 24 Kaedah 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012: “(1) Subject to rule 8, the Court may at any time, on the application of any party to a cause or matter, make an order requiring any other party to make an affidavit stating whether any document specified or described in the application or any class of document so specified or described is, or has at any time been, in his possession, custody or power, and if not then in his possession, custody or power when he parted with it and what has become of it”. [ 7 ] Begitu juga, dalam kes Yekambaran Marimuthu v Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581, Mahkamah menyatakan seperti berikut: “The essential elements for an order for discovery are threefold; namely, first there must be a "document", secondly, the document must be "relevant" and thirdly, the document must be or have been in the "possession, custody or power" of the party against whom the order for discovery is sought. It is indisputable, that the items of which discovery is sought are documents and that they are in the possession, custody or power of the defendant and nothing more need be said about this. As to "relevance", our Rules of the High Court limit discovery to documents which are "relevant to" or "relate" to the factual issues in dispute. More particularly, the discovery obligation applies to documents "relating to matters in question in the action" [Rules of the High Court, O. 24, r. 1(1) ] or "relating to any matter in question in the cause or matter" [O. 24, r. 3(1) ]. In practice, relevance is primarily determined by reference to the pleadings but there need not be a pleading for a matter to be said to be in issue. (See Phillips v. Phillips [1879] 40 LT 815, 821.” Dapatan Mahkamah [ 8 ] Adakah plaintif-plaintif telah berjaya menunjukkan bahawa:
1
Terdapat dokumen sebagaimana yang dipohon;
2
Adakah dokumen yang dipohon itu relevan;dan
3
Adakah dokumen yang dipohon tersebut berada dalam milikan defendan-defendan [ 9 ] Peguam plaintif-plaintif dalam hujahannya menyatakan bahawa dalam Pembelaan & Tuntutan Balas serta Afidavit Jawapan Injunksi, defendan pertama telah mendakwa perkara-perkara berikut:-
a
Kedua-dua penama, Wong Zi Jing dan Wong Jim Peng, telah mendorong serta meyakinkan defendan pertama untuk membuka dan mendaftarkan syarikat defendan kedua dan ketiga atas namanya, dengan tujuan mengurangkan hasil pendapatan cukai syarikat mereka, seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7(e) Pembelaan & Tuntutan Balas serta perenggan 6(c) dan (d) Afidavit
b
Invois-invois defendan kedua dan ketiga telah dikeluarkan atas arahan Wong Zi Jing dan Wong Jim Peng, seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7(f) dan (g) Pembelaan & Tuntutan Balas serta perenggan 6(e), (f), dan (g) Afidavit Jawapan Injunksi; dan
c
Wang tersebut kemudian dibayar semula oleh defendan pertama kepada Wong Zi Jing dan Wong Jim Peng secara tunai, seperti yang dinyatakan dalam perenggan 7(j) Pembelaan & Tuntutan Balas serta perenggan 6(k) Afidavit Jawapan Injunksi. [ 10 ] Peguam plaintif-plaintif berhujah bahawa alegasi-alegasi defendan pertama tersebut hanya dikemukakan selepas pemfailan tindakan ini, sedangkan sebelum itu, defendan pertama tidak pernah membangkitkan isu ini. Alegasi-alegasi ini tidak disokong dengan sebarang bukti atau keterangan. [ 11 ] Peguam Plaintif-plaintif berhujah bahawa Permohonan Penzahiran ini adalah perlu atas alasan-alasan berikut:-
a
Berkaitan Dengan Isu Yang Diperdengarkan: i. Dokumen-dokumen yang dimohon mempunyai kaitan secara langsung dengan alegasi-alegasi defendan pertama, iaitu bahawa bayaran tunai telah dibuat oleh defendan pertama kepada Wong Zi Jing dan Wong Jim Peng; dan ii. Perkara ini dinyatakan secara khusus dalam: · Perenggan 7(j) Pembelaan & Tuntutan Balas; · Perenggan 6(k) Afidavit Jawapan Injunksi; dan · Soalan & Jawapan 9 dan 10 Afidavit Sagunthala.
b
Penting Untuk Mencabar Kredibiliti Pembelaan: i. Dakwaan bahawa wang telah dipulangkan secara tunai adalah satu isu yang sangat material tetapi tidak disokong dengan apa-apa dokumen; dan ii. Maka, penyata bank dan rekod transaksi adalah penting bagi membuktikan sama ada versi pembelaan tersebut benar atau tidak.
b
Dokumen-Dokumen Adalah Dalam Milikan, Jagaan, atau Kuasa Defendan-Defendan: i. Dokumen yang diminta, termasuk penyata bank dan rekod pemindahan/pengeluaran, berkaitan dengan dua (2) syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh defendan pertama, iaitu PS2 Enterprise (defendan kedua) dan SSXP Special Global (defendan ketiga), yang mana alamat perniagaannya sama dengan alamat peribadi defendan pertama; ii. Ini menunjukkan bahawa dokumen-dokumen tersebut berada dalam milikan, jagaan, atau kuasa defendan-defendan sebagaimana dikehendaki oleh Aturan 24 Kaedah 3(1) dan 7(1).
d
Permohonan Ini Bukanlah “Fishing Expedition”: i. Plaintif-plaintif tidak membuat permintaan umum, sebaliknya memohon:- · a) Penyata bank tertentu; dan b) bukti pembayaran tunai; ii) Kesemua dokumen ini adalah secara khusus berkaitan dengan fakta yang telah diplid oleh pihak defendan pertama dalam dokumen-dokumen yang difailkan. [ 12 ] Peguam defendan-defendan pula berhujah bahawa: A. Dokumen – Dokumen Adalah Tidak Diperlukan i) Ianya tidak perlu dalam menyelesaikan isu sebenar dalam tindakan ini; ii) Permohonan ini tidak memenuhi syarat keperluan Aturan 24 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 kerana dokumen yang diminta dalah bersifat umum, tidak menyatakan tempoh masa, jenis transaksi, atau dokumen spesifik yang diperlukan; iii) Rujukan kepada kes Natasha Beverly Dental Sdn BHd v Arlena Philip Lee [2025] MLJU 1060; Syarikat V K Kalyanasundram Sdn Bhd v Kalyani Balasubramaniam & Ors [2023] 1 LNS 777; Nguang Chan Aka Nguang Chan Liquor Trader & Ors v Hai-O Enterprise Bhd & Ors [2009] 5 MLJ 40. B. Permohonan Ini Merupakan “Fishing Expedition” Permohonan ini merupakan suatu cubaan untuk mendapatkan bukti tanpa asas yang kukuh, sesuatu yang ditegah oleh prinsip undang-undang. [ 13 ] Mahkamah telah meneliti permohonan serta affidavit-afidavit yang difailkan, juga hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak. Permohonan ini difailkan di bawah Aturan 24 kaedah 3 dan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Plaintif-plaintif memohon penzahiran dokumen di bawah Aturan 24 kaedah 3 bagi dokumen-dokumen sebagaimana diikrarkan dalam affidavit defendan-defendan bagi menentang permohonan Mareva Injunksi. [ 14 ] Dan sekiranya dokumen-dokumen yang pohon dizahirkan tidak berada dalam milikan, jagaan, dan/atau kuasa defendan-defendan, maka defendan-defendan hendaklah menyediakan dan menyampaikan kepada peguamcara plaintif-plaintif suatu afidavit di bawah Aturan 24 kaeadh 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menyatakan bila defendan-defendan telah melepaskannya serta menjelaskan apa yang telah terjadi kepadanya, dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh perintah ini. [ 15 ] Apa yang dipohon oleh plaintif-plaintif adalah apa yang diikrarkan oleh defendan pertama di dalam afidavitnya. Plaintif – plaintif mendakwa ianya adalah suatu fakta baharu yang dikemukakan oleh defendan pertama sebagai pembelaannya dan plaintif-plaintif tiada pengetahuan mengenai fakta tersebut. Disebabkan itu, plaintif-plaintif memohon penzahiran dokumen supaya kes ini boleh diselesaikan dengan lebih cepat dan menjimatkan kos. [ 16 ] Setelah membuat pertimbangan mendalam mengenai permohonan ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa plaintif-plaintif telah berjaya memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang.
Preamble
Bahawasanya terdapat dokumen sebagaimana yang dipohon. Dokumen yang dipohon itu adalah relevan dan sepatutnya berada dalam milikan defendan-defendan. Permohonan ini juga bukanlah “fishing expedition”. [ 17 ] Defendan-defendan mempunyai 2 pilihan iaitu samada:
1
Membekalkan/mengemukakan dokumen-dokumen yang dipohon oleh plaintif-plaintif dalam tempoh 5 hari dari perintah ini; atau
2
Membuat dan mengemukakan affidavit mengesahkan bahawa dokumen-dokumen tersebut tiada dalam milikan defendan – defendan.
para
[ 18 ] Oleh yang demikian, permohonan plaintif-plaintif di Kandungan 30 adalah dibenarkan dengan kos dalam kausa. Bertarikh pada 30 Januari 2026 ROSLAN BIN HAMID HAKIM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN Keputusan pada : 06.08.2025 Notis Rayuan difailkan : 07.08.2025 Peguam Plaintif : T/n Cheong & Partners Peguam Pemohon : T/n Preakas & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.