Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KB-B52NCVC – 15-12/2024
KB-B52NCvC-15-12/2024
Sessions Court of Malaysia6 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“iding , affidavit-afidavit serta hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak. KRITERIA PERTAMA: Pendedahan Penuh dan Jujur [ 14 ] Dalam kes Toyota Tsusho (M) Sdn Bhd v Lau Kum Foon & Ors [2019] MLRHU 33 10 . Dalam kes tersebut, YA Noorin Badaruddin J menegaskan bahawa adalah suatu keperluan mandatori bagi pemo”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: KB-B52NCVC – 15-12/2024
1
JP Engineering & Construction Sdn Bhd [ No.Pendaftaran: 202401024376(1570225-W)]
2
J.P Engineering [No. Pendaftaran : 199403078190(AS0166779-P)] ….. PLAINTIF-PLAINTIF
1
SAGUNTHALA A/P SUBRAMANIAM (No.KP: 970129-26-5032)
2
PS2 ENTERPRISE [No.Pendaftaran: 202303242180(TR0291156-T)
3
SSXP SPECIAL GLOBAL [No.Pendaftaran : 202303320835(003560594-P)] ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (PERMOHONAN INJUNKSI) [ 1 ] Plaintif-plaintif telah menfailkan permohonan injunksi exparte (Kandungan 4) di bawah Aturan 29 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah
2012
Permohonan ini kemudiannya telah dijadikan interparte. Dalam permohonan tersebut, plaintif memohon perintah seperti berikut : 16/02/2026 15:06:57 KB-B52NCvC-15-12/2024 Kand. 75 a) Bahawa Defendan-Defendan, sama ada secara dirinya sendiri, ejen-ejen, pengkhidmat-pengkhidmat, pemegang-pemegang lesen atau penama-penamanya atau mana-mana daripada mereka atau apa jua cara pun masing-masing, dengan ini dihalang dan satu Perintah diberikan dengan ini, untuk satu injunksi bagi menghalang Defendan-Defendan, sama ada secara sendiri, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarahnya, pekerja-pekerjanya, pembantu-pembantunya, prinsipal-prinsipalnya, ejen-ejennya atau penama-penamanya atau mana-mana daripada mereka atau apa jua cara pun masing-masing, daripada melakukan sebarang daripada perkara-perkara berikut sehingga tindakan ini dilupuskan dengan sepenuhnya ataupun perintah lain yang selanjutnya diberikan oleh Mahkamah yang Mulia ini: i. Mengeluarkan, menyebabkan ia dikeluarkan dan/atau membenarkan untuk dikeluarkan melalui apa-apa cara sekali pun dari sebarang akaun dalam bank dan/atau institusi kewangan, yang berada dalam nama Defendan-Defendan di Malaysia dan/atau sama ada Defendan-Defendan tersebut merupakan pemegang tunggal atau pemegang bersama dengan pihak lain ataupun tidak, sehingga nilai 700,000.00 (“Had Diperintahkan”); ii. Memindah, menyebabkan ia dipindah, dan/atau membenarkan ia dipindahkan melalui apa-apa cara sekali pun, sebarang daripada aset-asetnya masing-masing di Malaysia, sama ada ia merupakan harta yang boleh dialih atau harta yang tidak boleh dialih, harta ketara atau harta bukan ketara, dan sama ada dimiliki secara sah di sisi undang-undang atau secara benefisiari dan sama ada berada dalam namanya ataupun tidak dan sama ada dimilikinya secara tunggal atau bersama, sehingga nilai Had Diperintahkan; iii. Melupuskan, memajak atau berurusan dengannya atau menyebabkan nilainya menyusut untuk sebarang daripada aset-asetnya di Malaysia sama ada untuk harta boleh dialih atau tidak boleh dialih, aset ketara atau aset tidak ketara, yang berada dalam Malaysia, sama ada dimiliki secara sah di sisi undang-undang atau secara benefisiari olehnya dan sama ada berada dalam namanya ataupun tidak dan sama ada dimilikinya secara tunggal atau bersama, sehingga jumlah Had Diperintahkan; b) Bahawa perenggan (a) Perintah ini diaplikasikan kepada kesemua aset Defendan-defendan masing-masing sama ada ia di bawah namanya dan sama ada dimiliki secara tunggal atau bersama. Bagi tujuan Perintah ini, aset-aset Defendan-Defendan adalah termasuk mana-mana aset yang Defendan-Defendan masing-masing mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk melupuskan atau berurusan dengannya sepertimana ia seakan - akan milikan Defendan-Defendan. Defendan-Defendan masing-masing dianggap untuk mempunyai kuasa tersebut sekiranya terdapat pihak ketiga yang memegang atau menguasai aset-aset tersebut mengikut arahan-arahan Defendan-Defendan masing-masing, sama ada secara langsung atau tidak; c) Bahawa sekiranya nilai aset-aset yang dimiliki oleh DefendanDefendan masing-masing, tanpa sebarang pajakan ataupun sekuriti-sekuriti lain (“Nilai Tanpa Beban”) yang berada dalam Malaysia, melebihi Had Diperintahkan, Defendan-Defendan tersebut masing-masing boleh memindahkan kesemua daripada aset tersebut dari Malaysia atau boleh melupuskan atau berurusan dengannya, selagi jumlah Nilai Tanpa Beban bagi aset-aset yang masih lagi berada di dalam Malaysia, melebihi nilai Had Diperintahkan, seperti dinyatakan di atas; d) Bahawa bagi tujuan memastikan bahawa Defendan-Defendan masing-masing mematuhi peruntukkan-peruntukkan Perintah ini: i. Defendan-Defendan, dengan kadar yang segera, dan dalam masa 72 jam daripada penyampaian Perintah ini, dengan kebolehan terbaik, memberitahu Plaintif-plaintif mengenai: 1) Aset-aset yang dimiliki Defendan-defendan masingmasing di Malaysia sama ada dimiliki secara sah di sisi undang-undang ataupun secara benefisiari oleh mereka dan sama ada dimiliki dalam nama mereka atau dimiliki secara tunggal atau bersama, dan memaklumkan mengenai jenisnya dengan tepat, nilai, lokasi dan butir-butir mengenai kesemua aset tersebut; 2) Nama dan alamat semua pihak termasuk institusi kewangan, yang mempunyai aset-aset tersebut; 3) Nama dan nombor untuk semua akaun bank atau institusi kewangan yang mempunyai sebarang aset, bersama-sama dengan nama dan alamat iaitu dimana akaun bank atau institusi kewangan dipegang, dan nama pihak yang memegangnya serta jumlah yang terdapat di dalam akaun tersebut; 4) Sama ada terdapat sebarang pajakan, bebanan (encumbrances) pada aset-aset tersebut ataupun kepentingan yang sepadan dengannya; 5) Butir-butir untuk semua amanah yang telah menerima sebarang daripada aset-aset tersebut, termasuk nama dan alamat pemegang-pemegang amanah tersebut; 6) Sama ada terdapat mana-mana pihak lain yang mempunyai tuntutan ke atas aset tersebut atau kepentingannya; ii. Bahawa maklumat yang dirujuk dalam perenggan (d)(i) Perintah ini mesti dinyatakan dan ditegaskan dalam afidavit yang diikrarkan oleh Defendan-Defendan, dan penyampaiannya mesti dibuat kepada peguamcara Plaintif-Plaintif dalam masa 7 hari selepas pemberian Perintah ini; e) Bahawa tertakluk kepada Defendan-defendan mematuhi perenggan-perenggan (a) dan (b) Perintah ini dan juga berdasarkan kepuasaan Plaintif-Plaintif, Perintah ini hendaklah tidak menghalang Defendan-Defendan daripada membelanjakan tidak melebihi RM10,000.00 seminggu masing-masing bagi maksud kegunaan perbelanjaan operasi Defendan-defendan masingmasing (“Had Perbelanjaan (1)”) dan juga tidak melebihi RM10,000.00 seminggu masing-masing bagi maksud perbelanjaan nasihat dan representasi perundangan masing-masing (“Had Perbelanjaan (2)”) dengan syarat bahawa sebelum menggunakan wang tersebut, Defendan-Defendan hendaklah memaklumkan peguamcara Plaintif-Plaintif secara bertulis mengenai sumber atau asalnya wang tersebut; f) Bahawa andainya Defendan-Defendan ingin mengubah Had Perbelanjaan (1) dan/atau Had Perbelanjaan (2), perubahan itu hendaklah dipersetujui secara bertulis oleh Plaintif-Plaintif. Persetujuan bertulis mengenai perubahan itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah yang Mulia ini bagi maksud menyokong permohonan pindaan kepada Perintah ini bertujuan mengubah Had Perbelanjaan (1) dan/atau Had Perbelanjaan (2); g) Bahawa Defendan-Defendan, sekiranya diperintahkan untuk tidak membuat sesuatu, mestilah tidak membuat perkara tersebut secara sendiri ataupun melalui apa-apa cara lain sekalipun. DefendanDefendan mestilah tidak membuat perkara tersebut melalui orang lain dengan bertindak bagi pihaknya atau mengikut arahannya ataupun dengan sokongannya; h) Bahawa ia merupakan suatu penghinaan kepada Mahkamah yang Mulia ini sekiranya mana-mana pihak yang telah diberi notis mengenai Perintah ini, secara sedar, membantu ataupun membenarkan suatu pelanggaran dibuat terhadap Perintah ini. Mana-mana pihak yang berbuat demikian boleh dipenjarakan atau didenda; i) Bahawa mana-mana pihak bank tidak perlu membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan ataupun cadangan permohonan oleh Defendan-Defendan untuk mengeluarkan sebarang wang sekiranya pengeluaran tersebut adalah dibenarkan oleh Perintah ini; j) Tertakluk kepada perenggan-perenggan (e) dan (f) Perintah ini, Defendan-Defendan (ataupun sesiapa yang telah diberi notis mengenai Perintah ini) boleh memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini pada bila- bila masa untuk mengubah atau memindah mana-mana bahagian dalam Perintah ini dengan syarat PlaintifPlaintif atau peguamcara Plaintif-Plaintif hendaklah diberi notis secara bertulis sekurang-kurangnya 72 jam sebelum permohonan bagi perubahan atau pindaan itu dikemukakan kepada Mahkamah yang Mulia ini; k) Bahawa pihak-pihak mempunyai kebebasan untuk memohon; dan l) Bahawa kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa [ 2 ] Tuntutan ini dibuat kerana defendan pertama yang merupakan pekerja plaintif-plaintif telah didakwa memindahkan wang syarikat plaintif-plaintif kepada akaun defendan kedua dan defendan ketiga. [ 3 ] Dalam kes ini, tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk:
a
Defendan-defendan mengembalikan wang sebanyak RM375,521.50 kepada plaintif pertama; dan
b
Defendan-defendan mengembalikan wang sebnayak RM309,964.60 kepada plaintif kedua; BIDANGKUASA MAHKAMAH RENDAH [ 4 ] Melalui pindaan kepada Akta Mahkamah Rendah (A1382) yang diwartakan kuatkuasanya mulai 1 Mac 2013 ( PU(B) 45/2013 ), Mahkamah Sesyen telah diberi kuasa untuk mendengar dan membuat perintah injunksi di bawah bidangkuasanya. [ 5 ] Seksyen 65(5) Akta Mahkamah Rendah 1948 memperuntukan seperti berikut : “ A Sessions Court may, in respect of an action or suit within the jurisdiction of the Sessions Court, in any proceedings before it : ( a) grant an injunction; and
b
make declaration, Whether or not any other relief, redress or remedy is or could be claimed”. [ 6 ] Manakala dari segi prosedurnya pula, pemfailan permohonan sedemikian hendaklah dibuat di bawah Aturan 29 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Mana-mana pihak dalam sesuatu kes boleh memohon perintah injunksi (dalam kes ini samada plaintif ataupun defendan). Aturan 29 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut : “ Suatu permohonan untuk diberikan injunksi boleh dibuat oleh mana-mana pihak dalam suatu kausa atau perkara sebelum atau selepas perbicaraan kausa atau perkara itu, sama ada atau tidak suatu tuntutan untuk mendapatkan injunksi telah dimasukkan dalam proses pemula pihak itu, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan”. [ 7 ] Ianya juga telah diperuntukkan di dalam seksyen 51 Akta Relif Spesifik 1950 seperti berikut : “ (1) Temporary injunction are such as are to continue until a specified time, or until the further order of the court. They may be granted at any period of a suit, and are regulated by the law relating to civil procedure”. UNDANG-UNDANG MENGENAI INJUNKSI [ 8 ] Terdapat banyak kes yang telah menggariskan kedudukan undang-undang bagi permohonan untuk injunksi interlokutori . Dalam kes Keet Gerald Francis Noel John v Mohd Noor @ Harun bin Abdul & 2 Ors
1995
1 CLJ 293, Mahkamah Rayuan selepas merujuk kepada keputusan House of Lord dalam kes American Cyanamid Co. v Ethicon Ltd (1975) 1 All ER 504, telah menyatakan : “ To summarise. A Judge hearing an application for interlocutory injunction should undertake an inquiry along the following lines : First, he must ask himself whether the totality of the facts presented before him discloses a bona fide serious issue to be tried; Second, having found that an issue has been disclosed that requires further investigation, he must consider where the justice of the case lies; and Thirdly, the judge must have in the forefront of his mind that the remedy that he is asked to administer is discretionary, intended to produce a just result between the date of the application and the trial proper and to maintain the status quo.” [ 9 ] Bagi permohonan Injunksi Mareva pula , Mahkamah ini merujuk kepada kes S&F International Limited v Trans-Con Engineering Sdn Bhd [1984] 1 MLRA 505 :- “The order known as Mareva injunction-so named after the case of Mareva Compania Naviera SA v International Bulkcarriers SA decided in June, 1075 and the second case in which the English Court of Appeal granted this form of relif – is a species of interlocutory injunction which restrains a defendant by himself or by his agents or servants or otherwise from removing from the jurisdiction or disposing of or dealing with those of his assets that will or may be necessary to meet a plaintiff’s pending claim..” [ 10 ] Terdapat lima kriteria untuk mendapatkan Injunksi Mareva telah dinyatakan dalam kes Third Chandris Shipping Corporation and others v Unimarine SA; The Pythia, The Angelic Wings, The Genie [1979] 2 All ER 972, iaitu:-
1
The plaintiff should make full and frank disclosure of all matters in his knowledge which are material for the judge to know;
2
The plaintiff should give particulars of his claim against the defendant, stating the ground of his claim and the amount thereof, and fairly stating the points made against it by the defendant;
3
The plaintiff should give some grounds for believing that the defendants have assets here;
4
The plaintiff should give some grounds for believing that there is a risk of the assets being removed before the judgment or award is satisfied; dan
5
The plaintiff must, of course, give an undertaking in damages, in case they failing their claim or the injunction turns out to be unjustified. [ 11 ] Afidavit plaintif-plaintif juga perlu mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas dan padat mengenai Aturan 29 Kaedah 1(2A)(a) hingga (g) Kaedah-Kaedah Mahkamah 20129 . Ini bertujuan untuk memastikan bahawa permohonan Injunksi Mareva dibuat dengan asas yang kukuh serta disokong oleh fakta-fakta yang mencukupi. [ 12 ] Peguam defendan-defendan dalam hujahannya menyatakan bahawa plaintif-plaintif telah gagal membuktikan kriteria bagi membolehkan suatu perintah Injunksi Mareva dibenarkan. Beliau berhujah bahawa:
1
Tiada pendedahan penuh dan jujur;
2
Kes ini tidak menunjukkan “good arguable case”;
3
Tiada kewujudan aset : dan
4
Tiada risiko pemindahan asset; [ 13 ] Dalam membuat keputusan bagi permohonan ini, Mahkamah ini telah berpeluang merujuk kepada pliding , affidavit-afidavit serta hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak. KRITERIA PERTAMA: Pendedahan Penuh dan Jujur [ 14 ] Dalam kes Toyota Tsusho (M) Sdn Bhd v Lau Kum Foon & Ors [2019] MLRHU 33 10 . Dalam kes tersebut, YA Noorin Badaruddin J menegaskan bahawa adalah suatu keperluan mandatori bagi pemohon Injunksi Mareva untuk membuat pendedahan penuh dan jujur mengenai fakta-fakta material, termasuk sebarang pembelaan yang berkemungkinan akan dibangkitkan, dalam permohonan ex parte mereka kepada mahkamah. Ini bermakna bahawa Plaintif-Plaintif bukan sahaja perlu mendedahkan fakta-fakta Plaintif-Plaintif, tetapi juga perlu menekankan kepada Mahkamah mengenai pembelaan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan [ 15 ] Jika diteliti kepada Pembelaan & Tuntutan Balas dan Afidavit Jawapan Defendan-Defendan, didapati bahawa mereka hanya membuat alegasi kosong bahawa Wong Zi Jing dan Wong Jim Peng (sebagai wakil bagi plaintif pertama dan kedua) meminta defendan pertama untuk membuka defendan kedua dan ketiga bagi mengurangkan pembayaran cukai syarikat yang sepatutnya dibayar. Namun, tiada sebarang keterangan yang kukuh dikemukakan oleh defendan pertama untuk menyokong dakwaan tersebut. [ 16 ] Berbeza dengan defendan pertama, plaintif-plaintif telah melampirkan dokumen-dokumen berikut bagi membuktikan dakwaan mereka:-
a
Ekshibit “JP-1”: Penyata Untung & Rugi yang menunjukkan bahawa plaintif-plaintif telah mengalami kerugian sebanyak RM259,867.47 dalam tempoh lima (5) bulan;
b
Ekshibit “JP-2”: SSM defendan kedua dan defendan ketiga yang menunjukkan bahawa defendan pertama adalah individu utama (mastermind) di sebalik tindakan defendan kedua dan ketiga; dan
c
Ekshibit “JP-3”: Surat Pengesahan yang menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah mengakui kesalahannya. Ini adalah pendedahan sepenuhnya terhadap semua fakta yang berada dalam pengetahuan plaintif-plaintif dan yang bersifat material kepada kes ini. KRITERIA KEDUA : Asas Tuntutan [ 17 ] Adakah plaintif-plaintif mempunyai asas tuntutan terhadap defendan-defendan ?. Mahkamah ini merujuk kepada kes-kes berikut:-
a
Biasamas Sdn Bhd & Ors v Kan Yan Heng & Anor [1998] 4 MLJ 112: Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “What is a good arguable case is difficult to define. The respondents need not show that they have a case so strong as to warrant summary judgment nor even a strong prima facie case. It would generally be sufficient if the respondents can show on the evidence available, there is a fair chance that they will obtain judgment against the appellants”.
b
Menk Sdn Bhd v Joerg Hugo Schmidt [2009] 3 MLJ 205 13: Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa: “[19] In order to succeed in satisfying the requirement of a good arguable case, much depends on the circumstances of the case, and invariably will depend on the available evidence, normally gleaned from the affidavits…”.
c
Zschimmer & Schwarz GmbH & Co KG Chemische Fabriken v Persons Unknown & Anor [2021] 7 MLJ 178 14: dimana Mahkamah menyatakan seperti yang berikut: “[61] The threshold for a ‘good arguable case’ is one which is more than barely capable of serious argument but not necessarily one which has to be better than 50% chance of success”. [18 ] Dalam menentukan sama ada terdapat “good arguable case”, Mahkamah menekankan bahawa tahapnya adalah tidak ketat. Ia tidak memerlukan kes yang terlalu kuat, tetapi harus menunjukkan peluang kejayaan yang wajar. Bukti yang tersedia, terutamanya melalui afidavit, memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan ini. “Good arguable case” adalah kes yang melebihi kemungkinan semata-mata, tetapi tidak perlu mempunyai peluang kejayaan lebih dari 50%. [ 19 ] Berdasarkan kes-kes terdahulu dan fakta yang ada, plaintif-plaintif memiliki kes yang kukuh terhadap defendan-defendan kerana beberapa alasan berikut:-
a
Defendan pertama telah mengakui kesalahannya dalam menyalahgunakan wang syarikat plaintif-plaintif dan telah menandatangani Surat Pengesahan yang mengesahkan pengakuan tersebut. Pengakuan ini merupakan bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan bahawa tuntutan plaintif-plaintif berasas dan wajar; dan
b
Selain itu, terdapat unsur pecah amanah jenayah dan/atau penipuan yang dilakukan oleh defendan pertama, yang dapat dibuktikan melalui carian SSM defendan kedua dan ketiga. Carian ini mengesahkan bahawa defendan pertama merupakan pemilik tunggal bagi kedua-dua syarikat tersebut, serta alamat perniagaan defendan kedua dan ketiga yang sama dengan alamat defendan pertama menguatkan lagi kes plaintif-plaintif. Fakta kes ini jelas menunjukkan bahawa Defendan-Defendan menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan wang dari akaun syarikat ke akaun Defendan kedua dan ketiga. KRITERIA KETIGA: Kewujudan Aset [ 20 ] Merujuk kepada kes Third Chandris Shipping Corporation and others v Unimarine SA; The Pythia, The Angelic Wings, The Genie [1979] 2 All ER 972, plaintif-plaintif hanya perlu membuktikan bahawa “The plaintiff should give some grounds for believing that the defendants have assets here”. [ 21 ] Oleh itu, plaintif – plaintif tidak perlu mengemukakan keterangan terperinci mengenai butiran defendan-defendan. Sebaliknya, adalah mencukupi untuk menyatakan kepercayaan plaintif-plaintif. Mahkamah berpuashati bahawa defendan-defendan mempunyai aset-aset dalam bidang kuasa kerana:-
a
Berdasarkan carian SSM, defendan pertama adalah pemilik tunggal bagi syarikat-syarikat tersebut;
b
Selain itu, alamat perniagaan defendan kedua dan defendan ketiga adalah serupa dengan alamat defendan pertama;
c
Syarikat-syarikat defendan kedua dan ketiga berdaftar di Malaysia, ia boleh disimpulkan bahawa defendan-defendan memiliki aset yang terletak dalam bidang kuasa Mahkamah ini. KRITERIA KEEMPAT: Risiko Pemindahan Aset [ 22 ] Dalam kes Bank Bumiputra Malaysia Bhd & Anor v Lorrain Esme Osman & Ors [1985] 1 MLRH 9315 , Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa:- “[75] I shall now turn to the third ingredient viz, whether there is a risk of the assets being removed before the judgment is satisfied. The question that arises here is what is the test to be applied by the Court in determining whether there is such a risk. In Third Chandris Shipping's case, supra, Lawton LJ, in his judgment at pp 671, 672, said: There must be facts from which the Commercial Court, like a prudent, sensible commercial man, can properly infer a danger of default if assets are removed from jurisdiction...” [ 23 ] Dalam kes Pacific Centre Sdn Bhd v United Engineers (Malaysia) Bhd [1984] 2 MLJ 143 16 , Mahkamah berpandangan bahawa memadai bagi plaintif untuk hanya menunjukkan kewujudan risiko pelupusan aset yang boleh menghalangnya daripada memperoleh manfaat penghakiman yang berkemungkinan diperoleh terhadap Defendan. [ 24 ] Mahkamah dalam kedua-dua kes di atas menekankan bahawa untuk mendapatkan perlindungan terhadap risiko pelupusan aset, plaintif-plaintif tidak perlu membuktikan pelupusan itu secara pasti. Sebaliknya, memadai jika terdapat fakta kukuh yang membolehkan Mahkamah membuat kesimpulan wajar bahawa terdapat bahaya aset dikeluarkan dari bidang kuasa, yang boleh menjejaskan pemenuhan penghakiman. [ 25 ] Plaintif-plaintif telah menunjukkan bahawa terdapat fakta kukuh yang membolehkan Mahkamah ini membuat kesimpulan wajar bahawa terdapat risiko aset defendan-defendan dikeluarkan, yang boleh menjejaskan pelaksanaan penghakiman. Antara fakta yang menyokong adalah seperti berikut:-
1
Defendan pertama telah menyalahgunakan kuasanya dengan memindahkan wang daripada akaun syarikat plaintif-plaintif ke akaun Defendan kedua dan Defendan ketiga tanpa justifikasi yang sah; dan
2
Defendan pertama sebelum ini telah mempedaya plaintif-plaintif dengan membuat invois-invois palsu bagi tujuan yang meragukan. [ 26 ] Berdasarkan tindakan terdahulu defendan pertama yang menunjukkan kecenderungan untuk menyalahgunakan aset, terdapat kemungkinan tinggi bahawa defendan-defendan akan melarikan diri dan mengelak daripada membayar plaintif-plaintif dengan memindahkan atau melupuskan aset-aset yang dimiliki. [ 27 ] Oleh itu, berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan, terdapat risiko yang nyata dan ketara bahawa aset-aset dan/atau wang milik defendan-defendan akan dipindahkan atau dilupuskan, yang secara langsung akan menyebabkan prejudis material terhadap kepentingan Plaintif-Plaintif, termasuk dalam pelaksanaan perintah sebagaimana yang dipohon. KRITERIA KELIMA : Aku Janji Ganti Rugi [ 28 ] Kriteria terakhir adalah plaintif-plaintif perlu memberikan aku janji mengenai ganti rugi yang mungkin dialami oleh defendan-defendan. Dalam kes Elias bin Mooin & Anor v Dato’ Zainal Abidin bin Johari [1997] 5 MLJ 359, James Foong J menyatakan bahawa:- “A non-insertion of the plaintiffs’ undertaking to pay damages in the ex parte injunction order is not fatal to a claim for damages. Although such undertaking should be incorporated and forms part of the order, a failure to include does not prevent the defendant from claiming on an express undertaking affirmed on the plaintiffs’ affidavit, as the affidavit itself is sufficient to bind the plaintiffs to pay damages when so ordered. But in the circumstances of this case, and based on the ruling on the first issu e, the finding on damages was academic ”. [ 29 ] Plaintif-plaintif telah memberikan aku janji mengenai ganti rugi dalam muka surat Notis Permohonan, membuktikan kesediaan mereka untuk mematuhi sebarang perintah Mahkamah, termasuk sekiranya defendan-defendan mengalami kerugian akibat perintah ini. Dengan itu, syarat berkaitan aku janji ganti rugi bagi permohonan Injunksi Mareva telah dipenuhi. KEPUTUSAN [ 30] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang ada melalui afidavit-afidavit yang difailkan, Mahkamah ini mendapati bahawa plaintif-plaintif telah berjaya memenuhi kelima-lima kriteria sepertimana yang ditetapkan dalam kes Third Chandris Shipping Corporation and others v Unimarine SA; The Pythia, The Angelic Wings, The Genie [1979] 2 All ER 972 . [ 31 ] Oleh yang demikian , permohonan ini dibenarkan dengan kos dalam kausa. Bertarikh pada 30 hb Januari 2026 ROSLAN BIN HAMID HAKIM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN Tarikh Keputusan : 06.08.2025 Tarikh Rayuan : 07.08.2025 Peguam Plaintif : T/n Cheong & Partners Peguam Defendan : T/n Preakas & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.