Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-91-12/2022
JA-12B-91-12/2022
High Court of Malaysia24 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ggil dengan bergantung kepada nas otoriti **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 kes Mohd Ruzmi Zakaria lwn Mohammad Deraman & Yang Lain [2021] MLRHU 1413 dengan memberi award yang munasabah. [14] Untuk menunjukkan award yang diberikan Hakim bicara bukan sesu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-91-12/2022
1
JURAINI BINTI MAULOD
2
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL GHANI (NO. K/P: 620921-06-6237) ...PERAYU-PERAYU DAN MOHAMAD KHAIRUL IZWAN BIN RAMLI (NO. K/P: 890725-04-5343) ... RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-A53KJ-413-06/2020 ANTARA MOHAMAD KHAIRUL IZWAN BIN RAMLI (NO. K/P: 890725-04-5343) …PLAINTIF
1
JURAINI BINTI MAULOD
2
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL GHANI (NO. K/P: 620921-06-6237) ...DEFENDAN-DEFENDAN) ALASAN PENGHAKIMAN Latarbelakang [1] Rayuan ini adalah atas keputusan Hakim Sesyen meneruskan dengan perbicaraan kes Plaintif di dalam ketidakhadiran peguam Defendan dan Defendan-Defendan, atas kegagalan peguam Defendan dan Defendan-Defendan hadir tanpa sebab yang wajar atau munasabah. Selepas mendengar kes Plaintif, Mahkamah telah memutuskan isu liability dan kuantum, yang membawa kepada tuntutan Plaintif dibenarkan. [2] Di dalam kes ini, tarikh bicara telah ditetapkan pada 25.4.2022 semasa pengurusan kes di dalam kehadiran kedua-dua peguam Plaintif dan Defendan, kerana peguam Defendan maklum dan tahu tarikh bicara yang ditetapkan pada 25.4.2022 (Isnin) ini kerana telah menulis surat melalui surat bertarikh 21.4.2022 (Khamis) memohon penangguhan dengan mengemukakan alasan akan berada di Mahkamah lain. Surat ini belum dijawab oleh mahkamah kerana tempoh yang singkat. Surat ini, malangnya tidak disalinkan kepada peguam Plaintif, jika persetujuan boleh diberikan ke atas permohonan penangguhan Defendan ini. [3] Melalui panggilan telefon peguam Defendan ke Mahkamah pada 21.4.2022 petang, oleh kerana Hakim bicara telah meninggalkan Mahkamah, maka peguam Defendan diminta menghubungi semula Mahkamah untuk mengetahui status permohonan penangguhan mereka. Menerusi nota keterangan, beberapa panggilan telah dibuat ke Mahkamah dipercayai oleh peguam Defendan tetapi oleh kerana Mahkamah sedang bersidang, tiada jawapan berhubung kebenaran untuk penangguhan diperolehi. [4] Oleh itu, pada dapatan Mahkamah ini dan juga jelas merupakan dapatan Mahkamah yang mendengar bicara, permohonan penangguhan masih belum dibenarkan. Pada tarikh 25.4.2022, kedua-dua peguam mahupun Defendan sendiri tidak hadir. Namun, Hakim bicara nyata masih memberi peluang untuk pihak Defendan hadir melalui bantuan peguam Plaintif dengan kes ditangguhkan hampir 2 jam. [5] Malangnya, meskipun makluman telah disampaikan oleh peguam Plaintif bahawa arahan mahkamah ialah untuk kes diteruskan, masih terdapat kegagalan di pihak Defendan untuk hadir apabila, kes dipanggil semula setelah hampir 2 jam penangguhan tanpa ada mana-mana peguam yang hadir untuk menyebut bagi pihaknya ataupun kehadiran Defendan sendiri. [6] Tiada juga arahan diberi kepada peguam Plaintif untuk memohon kes ditangguhkan sebentar bagi menanti kehadiran peguam Defendan atau Defendan sendiri, yang nyata daripada nota keterangan peguam Plaintif tidak bercadang sama sekali mengambil kesempatan di atas ketidakhadiran Defendan ataupun peguam, malahan mengusulkan agar pihak Defendan mengemukakan cadangan penyelesaian. [7] Atas sikap professional peguam Plaintif sebagaimana yang di atas, apa-apa hujahan peguam Defendan mengenai kegagalan Hakim bicara menunggu kehadiran peguam Defendan adalah tidak berasas dan tiada merit kerana tiada apa-apa komunikasi yang menjurus ke arah itu ataupun tawaran penyelesaian yang diajukan oleh peguam Defendan. [8] Ini adalah kerana pada tahap ini, atas ketidakhadiran peguam Defendan di Mahkamah pada ketika itu, semestinya dia bergantung pada peguam Plaintif untuk menyampaikan apa-apa pendirian atau kedudukan Defendan. Oleh itu, adalah munasabah untuk peguam Defendan juga seharusnya menyatakan tindakan yang akan diambil oleh Defendan sama ada akan hadir dan dengan itu memohon kes ditangguhkan sementara kehadiran mereka atau untuk merezabkan hak untuk soal-balas saksi atau akan cuba dapatkan mandate untuk penyelesaian. [9] Malangnya, tiada apa-apa percakapan seumpamanya dengan peguam Plaintif sebelum bicara bermula, meskipun berdasarkan nota keterangan, teks mesej masuk ke telefon peguam Plaintif semasa perbicaraan sedang berlangsung. Setelah Plaintif dan saksi selesai memberi keterangan, Mahkamah bicara juga mengarahkan polis bantuan untuk memanggil nama peguam Defendan dan Defendan-Defendan sendiri tetapi masih tiada kehadiran di pihak mereka di mahkamah. Oleh itu, teks mesej peguam Defendan, pada pandangan Mahkamah ini tidak memberi apa-apa faedah kerana Defendan atau peguam masih tiada di Mahkamah. [10] Mahkamah bicara telah menetapkan tarikh untuk keputusan dan tarikh ini telah ditangguhkan oleh Mahkamah beberapa kali sehingga hampir 5 bulan kerana memberi peluang kepada pihak-pihak untuk berbincang ke arah penyelesaian tetapi gagal dicapai kerana tiada tawaran yang dirasakan munasabah oleh plaintif yang dicadangkan oleh Defendan. [11] Melihat kepada nota keterangan Mahkamah, Mahkamah ini mendapati peguam Defendan tidak pula mengutarakan apa-apa permohonan untuk meneruskan kes dengan memanggil Defendan memberi keterangan melainkan memohon secara lisan untuk kes Plaintif dibicarakan semula atau Plaintif dan saksi Plaintif dipanggil semula untuk soalbalas. Atas kegagalan memfailkan permohonan rasmi untuk tujuan seperti yang dinyatakan dengan berdasarkan pemerhatian Mahkamah ini, tiada apa-apa merit atau sebab yang kukuh untuk Mahkamah bicara menetapkan bicara semula secara de novo atau memanggil Plaintif dan saksi untuk pemeriksaan balas oleh pihak Defendan. [12] Oleh itu, di dalam ketiadaan pemeriksaan-balas peguam Defendan terhadap kes Plaintif, maka Mahkamah bicara telah membuat penemuan liability 100% di pihak Defendan lebih-lebih lagi hasil penemuan Hakim bicara berhubung versi berbeza laporan polis Defendan dan keterangan pegawai penyiasat SP1 berhubung laporan yang sama, selain dengan bersandarkan gambar tempat kejadian serta berpandukan nas otoriti dalam membawa Mahkamah bicara untuk menganalisa dan mencapai dapatannya sebagaimana kes yang dirujuk Chong Keow v Shaari Yaacob [1988] 1CLJ (Rep) 463 dan Malayan Banking Bhd v Dr. Betharajoo a/l Krishnasamy [2000] 3 MLJ 391. [13] Dalam isu kuantum pula, Hakim bicara telah bergantung kepada keterangan plaintif SP2 yang konsisten dengan keterangan lisan dan dokumentar Plaintif (lihat para 25 dan penghuraian seterusnya Alasan Penghakiman Hakim bicara) serta laporan pakar. Hakim bicara turut membenarkan gantirugikhas dan tuntutan kehilangan pendapatan meskipun majikan tidak dipanggil dengan bergantung kepada nas otoriti kes Mohd Ruzmi Zakaria lwn Mohammad Deraman & Yang Lain [2021] MLRHU 1413 dengan memberi award yang munasabah. [14] Untuk menunjukkan award yang diberikan Hakim bicara bukan sesuatu yang diberi secara sewenang-wenangnya, Hakim bicara turut bergantung kepada formula yang diperuntukkan dan disahkan oleh nas otoriti bersabit kiraan tuntutan kehilangan gaji plaintif yang berusia 29 tahun 9 bulan sebagai 16 tahun. Malahan bagi gantirugi yang layak diterima, Hakim bicara turut memakai formula membahagikan gantirugi yang layak diberi kepada Plaintif pada kadar 1/3 bahagian dan bukan memberikan award penuh sebagaimana yang dicadangkan oleh laporan pakar. [15] Atas keseluruhan alasan-alasan ini, Mahkamah ini berpendapat rayuan ini perlu ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. Keputusan Hakim Bicara telah dicapai secara adil setelah mengambil langkah-langkah yang sesuai dan wajar serta adil. Ini selari dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Vernon Ong Lam Kiat dalam kes Hong Yik Plastics (M) Sdn. Bhd. v Ho Shen Lee (M) Sdn. Bhd. & Anor [2020] 4 CLJ 479 iaitu “procedural due process in the trial of the cause”, yang telahpun dipatuhi oleh Hakim Bicara. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Tarikh: 12.8.2024 KAUNSEL Bagi pihak Perayu: Suffiah Yusoff Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners Peguambela & Peguamcara Unit 2.01, Level 2 Plaza Damansara Block A Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur Bagi pihak Responden:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.