Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-30-05/2019 & KA-45-10-06/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN
KA-45A-30-05/2019
High Court of Malaysia15 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“d) yang mana Mahkamah ini berpendapat bahawa ini telah menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes dadah tersebut. [36] Dalam kes Zaifull Bin Muhammad v Pendakwa Raya and another appeal [2013] MLJU 11, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] With respect, we could not agree with the pr”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-30-05/2019 & KA-45-10-06/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN
1
Keempat-empat OKT telah dituduh melakukan kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi kes KA-45A-30-08/2019. Keempat-empat OKT turut dituduh melakukan 2 kesalahan masing-masing di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi kes KA- 45-10-06/2019.
2
Pertuduhan-pertuduhan terhadap keempat-empat OKT adalah seperti berikut: Kes KA-45A-30-05/2019: “Bahawa kamu bersama-sama pada 26/08/2018, jam lebih kurang 12.10 pagi, di rumah tidak bernombor Kampung Alor Besar, Mukim Bukit Raya, 06700, di dalam daerah Pendang, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 90.90 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”. Kes KA-45-10-06/2019: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu bersama-sama pada 26/08/2018, jam lebih kurang 12.10 pagi, di rumah tidak bernombor Kampung Alor Besar, Mukim Bukit Raya, 06700, di dalam daerah Pendang, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 0.09 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”. Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 26/08/2018, jam lebih kurang 12.10 pagi, di rumah tidak bernombor Kampung Alor Besar, Mukim Bukit Raya, 06700, di dalam daerah Pendang, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya iaitu Monoacetylmorphines seberat 0.09 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Kedua-dua kes tersebut di atas telah dibicarakan secara bersama dan pada akhir kes Pendakwaan, setelah Mahkamah ini mendengar dan membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan oleh kedua-dua pihak Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini telah memutuskan seperti berikut: Kes KA-45A-30-05/2019: Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan bagi kes ini terhadap keempat-empat OKT pada tahap prima facie dan dengan itu, Mahkamah ini melepas dan membebaskan keempat-empat OKT daripada pertuduhan terhadap mereka tanpa dipanggil membela diri. Kes KA-45-10-06/2019: Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan terhadap keempat-empat OKT dan keempat-empat OKT dengan itu diperintahkan untuk dipanggil membela diri.
4
Susulan daripada keputusan Mahkamah ini, keempat-empat OKT telah menukar pengakuan mereka kepada pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan bagi kes KA-45-10-06/2019. Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa keempat-empat OKT faham akan kesan dan akibat pengakuan salah mereka, dan setelah Mahkamah mempertimbangkan hujahan mitigasi dan hujahan pemberatan hukuman, Mahkamah ini telah mensabitkan keempat-empat OKT masing-masing atas 2 pertuduhan di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Seterusnya Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan bermula daripada tarikh ditangkap masing-masing ke atas keempat-empat OKT bagi setiap pertuduhan. Hukuman-hukuman penjara tersebut juga turut diperintahkan berjalan secara serentak.
5
Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan telah mengemukakan 2 rayuan ke Mahkamah Rayuan. Berdasarkan kedua-dua Notis Rayuan yang difailkan oleh Pendakwa Raya pada 28.8.2024 (iaitu di Kandungan 44 dan Kandungan 237) didapati bahawa kedua-dua rayuan merujuk kepada keputusan Mahkamah ini bagi kes KA-45A-30-05/2019 iaitu rayuan ke atas perintah pelepasan dan pembebasan keempat-empat OKT tanpa dipanggil membela diri, dan tidak melibatkan rayuan atas sabitan dan hukuman atas kedua-dua pertuduhan bagi kes KA-45-10-06/2019. Sehubungan itu, Alasan Penghakiman ini tidak akan menyentuh sabitan dan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan melibatkan kes KA-45-10-06/2019 tersebut.
6
Bertindak atas maklumat kegiatan dadah, pada 25.8.2018 jam lebih kurang 11.40 malam, Pengadu (SP3) bersama sepasukan anggota polis telah pergi ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Alor Besar, Mukim Bukit Raya, Pendang, Kedah (“rumah tersebut”).
7
Pada 26.8.2018, jam lebih kurang 12.10 tengah malam, Pengadu dan pasukan telah sampai ke lokasi dan mendapati bahawa rumah tersebut adalah sebuah rumah kampung 2 tingkat. Pengadu dan beberapa anggota pasukan telah mengambil kedudukan di bahagian pintu sebelah kiri rumah manakala sepasukan lagi anggota telah mengambil kedudukan di bahagian pintu belakang rumah. Pengadu telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 5 minit tetapi tidak melihat mana-mana individu memasuki mahupun keluar dari rumah tersebut.
8
Pengadu dan pasukannya kemudian telah menjalankan serbuan ke atas rumah tersebut. Pengadu telah menghampiri pintu kayu bahagian hadapan rumah tersebut yang ketika itu dalam keadaan tertutup. Pengadu telah menolak pintu tersebut dan dapati pintu tersebut tidak berkunci. Apabila Pengadu memasuki rumah tersebut, Pengadu telah menjerit Polis dan ketika Pengadu cuba untuk mengeluarkan Kad Kuasa Polis untuk memperkenalkan diri sebagai Polis, Pengadu nampak keempat-empat OKT sedang duduk di atas lantai menghadap sebuah meja kayu di bahagian ruang tamu rumah tersebut.
9
Keempat-empat OKT telah bertindak melarikan diri dan setelah berlaku sedikit pergelutan, keempat-empat OKT berjaya ditangkap. Pemeriksaan badan oleh Pengadu terhadap keempat-empat OKT tidak menemui apa-apa barang salah.
10
Pengadu kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke atas meja kayu di hadapan tempat Pengadu nampak keempat-empat OKT duduk semasa beliau mula-mula memasuki rumah tersebut, dan menemui dalam keadaan berselerak 6 paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang berisi serbuk hablur jernih disyaki dadah Syabu. Pengadu turut menjumpai 1 bekas tin aluminium yang bertulis perkataan ‘CANDY B COMPLEX’ yang pada ketika itu dalam keadaan terbuka penutupnya. Apabila diperiksa, Pengadu dapati dalam bekas tin aluminium tersebut mengandungi 8 paket plastik lutsinar berisi serbuk ketulan putih disyaki dadah Heroin. Pengadu turut menemui di atas meja kayu tersebut 1 gunting besi, 1 alat penimbang digital berwarna Hitam, 1 alat pemetik api berwarna hijau bertulis perkataan ‘Aladdin’ dan 1 paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi 10 paket plastik lutsinar kosong yang disyaki digunakan dalam aktiviti pembungkusan dadah.
11
Semasa barang-barang kes ditemui, keempat-empat OKT berada dalam keadaan gelisah dan mereka merayu agar dilepaskan. Pengadu kemudiannya telah menahan kesemua OKT dan merampas barang kes untuk tindakan siasatan lanjut. Pengadu telah turut menyerahkan kepada keempat-empat OKT sesalinan Senarai Bongkar (eksibit P26) yang ditandatangani oleh mereka. Seterusnya, kesemua OKT dan barang rampasan telah dibawa balik ke Pejabat BSJND, IPD Pendang dan kesemua barang rampasan berada dalam kawalan Pengadu sepanjang perjalanan ke IPD Pendang.
12
Sampai di IPD Pendang, Pengadu telah menimbang barang-barang kes dadah di hadapan kesemua OKT menggunakan alat penimbang yang dibekalkan oleh PDRM. Hasil timbangan tersebut, Pengadu dapati 6 paket plastik lutsinar berisi serbuk hablur jernih disyaki dadah Syabu anggaran beratnya ialah 125 gram. Manakala 8 paket plastik lutsinar berisi serbuk ketulan putih disyaki dadah Heroin anggaran beratnya ialah 9.10 gram. Pengadu kemudiannya telah membuat tandaan kepada kesemua barang kes dengan tandatangan beliau berserta tarikh kejadian.
13
Pada 26.8.2018 jam lebih kurang 12.45 pagi, Pengadu telah membuat laporan polis berkaitan tangkapan keempat-empat OKT dan barang rampasan dadah dalam kes ini sebagaimana Pendang/003209-3210/18 (eksibit P24).
14
Selanjutnya pada hari yang sama, jam lebih kurang 1.30 pagi, Pengadu telah menyerahkan keempat-empat tangkapan dan kesemua barang kes kepada Pegawai Penyiasat (SP4) berserta dengan sesalinan Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P25).
15
SP4 telah mengesahkan menerima tangkapan dan barang-barang rampasan kes ini berserta sesalinan laporan polis eksibit P24, Senarai Bongkar (eksibit P26) dan Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P25) daripada Pengadu pada 26.8.2018 jam lebih kurang 1.30 pagi. SP4 kemudiannya telah membuat tandaan kepada barang-barang kes seperti berikut: a) Tandaan F1 hingga F6 berserta tandatangan dan tarikh 26/8/18 bagi 6 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi serbuk hablur jernih disyaki dadah Syabu (eksibit P6 bagi paket plastik bertanda F1, eksibit P7 bagi paket plastik bertanda F2 dan eksibit P8 bagi paket plastik bertanda F4); b) Tandaan FA berserta tandatangan dan tarikh 26/8/18 bagi 1 bekas tin aluminium yang tertulis perkataan ‘CANDY B COMPLEX’ (eksibit P11); c) Tandaan FA1 hingga FA8 berserta tandatangan dan tarikh 26/8/18 bagi 8 paket plastik lutsinar berisi serbuk ketulan putih disyaki dadah Heroin (eksibit P12 – P19); d) Tandaan FB berserta tandatangan dan tarikh 26/8/18 bagi 1 gunting besi (eksibit P28); e) Tandaan FC berserta tandatangan dan tarikh 26/8/18 bagi 1 alat penimbang digital berwarna hitam (eksibit P29); f) Tandaan FB berserta tandatangan dan tarikh 26/8/18 bagi 1 paket plastik lutsinar kosong (eksibit P31); g) Tandaan FB1 hingga FB10 berserta tandatangan dan tarikh 26/8/18 bagi 10 paket plastik lutsinar kosong (eksibit P32A-J).
16
SP4 kemudiannya telah menimbang semula 6 paket plastik lutsinar berisi serbuk hablur jernih disyaki dadah Syabu dan dapati berat kasar adalah 125 gram. Manakala timbangan 8 paket plastik lutsinar berisi serbuk ketulan putih disyaki dadah Heroin berat kasar adalah 9.0 gram. Semua barang kes tersebut kemudiannya telah disimpan selamat dalam peti besi berkunci di pejabat SP4. Kunci peti besi berkunci tersebut hanya SP4 sahaja yang menyimpannya.
17
Pada 27.8.2018, jam lebih kurang 10.15 pagi, SP4 bersama Pengadu dan jurufoto L/Kpl Jaka Susila telah pergi ke tempat kejadian, dan 4 keping gambar tempat kejadian telah diambil (eksibit ID22A-D). SP4 telah turut menyediakan gambar rajah kasar tempat kejadian (eksibit P35).
18
Pada 28.8.2018, jam lebih kurang 11.45 pagi, bertempat di pejabat SP4, SP4 telah mengeluarkan barang kes dari peti besi berkunci dan telah mengarahkan jurufoto L/Kpl Jaka Susila untuk merakam 4 keping gambar barang-barang kes tersebut (eksibit ID27A-D). Sebelum gambar dirakam, L/Kpl Jaka Susila telah membuat dusting ke atas barang-barang kes tetapi tiada kesan cap jari ditemui. Setelah selesai merakamkan gambar barang-barang kes SP4 telah menyimpan semula barang-barang kes tersebut ke dalam peti besi berkunci di pejabat SP4 sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”).
19
Pada hari yang sama, jam lebih kurang 3 petang, SP4 telah mengeluarkan semula barang-barang kes iaitu 6 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi serbuk hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu dan 1 bekas tin aluminium bertulis perkataan ‘CANDY B COMPLEX’ yang mengandungi 8 paket plastik lutsinar berisi serbuk ketulan putih disyaki dadah Heroin. SP4 telah masukkan barang- barang kes tersebut ke dalam 2 sampul surat dan telah sil sebanyak 2 sil yang bertanda PDRM 536 di bahagian belakang 2 sampul surat tersebut dan SP4 telah tandakan 2 sampul surat itu dengan tandaan ‘E’ (eksibit P5) dan ‘E1’ (eksibit P10).
20
Selanjutnya, pada hari yang sama jam lebih kurang 3.47 petang, SP4 telah menyerahkan Borang Pol 31 berserta 2 sampul surat bertanda ‘E’ dan ‘E1’ tersebut (eksibit P5 dan P10) kepada ahli kimia (SP1). SP4 telah turut menerima sesalinan resit kimia dengan nombor makmal 18-FR-K-04255 (eksibit P2) daripada SP1.
21
Keterangan SP1 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 28.8.2018 jam lebih kurang 3.47 petang, beliau telah menerima 2 sampul surat bertanda ‘E’ dan ‘E1’ (eksibit P5 dan P10) yang kedua-duanya bermeterai PDRM 536 daripada SP4. Beliau kemudiannya telah mengeluarkan satu resit rasmi JKM dengan nombor makmal 18-FR-K-04255 (eksibit P2) yang telah ditandatanganinya dan diserahkan kepada SP4. Semasa menerima kedua-dua eksibit P5 dan P10, sampul-sampul surat dan meterainya dalam keadaan baik.
22
SP1 turut mengesahkan bahawa setelah dibuka, sampul surat bertanda ‘E’ (eksibit P5) didapati mengandungi 6 paket plastik bahan kristal jernih yang setelah dianalisis, mengandungi 90.90 gram Methamphetamine. Sampul surat bertanda ‘E1’ (eksibit P10) pula didapati mengandungi 1 bekas logam berisi 8 paket plastik yang mengandungi ketulan dan serbuk berwarna putih yang setelah dianalisis, mengandungi 0.09 gram Heroin dan 0.09 gram Monoacetymorphines.
23
Semasa analisis, kesemua bahan-bahan dalam eksibit P5 dan P10 tersebut telah dihomogenkan menjadi serbuk dan baki bahan-bahan tersebut telah SP1 masukkan ke dalam 2 paket plastik berasingan yang disediakan oleh beliau dan ditandakan dengan tandaan ‘E-H’ dan ‘E1-H’ serta nombor makmal yang sama (eksibit P9 dan P20). Kemudian SP1 telah masukkan semula paket plastik JKM (eksibit P9) berserta 6 paket-paket plastik asal ke dalam sampul surat asal bertanda ‘E’ (eksibit P5). SP1 juga telah memasukkan semula paket plastik JKM (eksibit P20) berserta 1 bekas logam dan 8 paket-paket plastik asal ke dalam sampul surat asal bertanda ‘E1’ (eksibit P10). SP1 kemudiannya telah memeteraikan kedua-dua sampul eksibit P5 dan P10 tersebut dengan label keselamatan JKM.
24
SP1 selanjutnya telah menyediakan laporan kimia bertarikh 25.3.2019 dengan nombor makmal yang sama (eksibit P3) dan pada 26.3.2019 jam lebih kurang 9.30 pagi, SP1 telah menyerahkan semula sampul-sampul surat eksibit P5 dan P10 tersebut bersama laporan kimia (eksibit P3) kepada SP4.
25
Barang kes dadah yang melibatkan 6 paket plastik bahan kristal jernih yang setelah dianalisis, mengandungi 90.90 gram Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang terlibat bagi kes KA-45A-30-05/2019, manakala 8 paket plastik yang mengandungi ketulan dan serbuk berwarna putih yang setelah dianalisis, mengandungi 0.09 gram Heroin dan 0.09 gram Monoacetymorphines merupakan dadah-dadah berbahaya yang terlibat bagi kes KA-45-10-06/2019.
26
Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT bagi pertuduhan selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
27
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
28
Elemen-elemen pertuduhan bagi kes KA-45A-30-05/2019 yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa keempat-empat OKT mempunyai milikan (iaitu jagaan atau kawalan) dan pengetahuan mengenai dadah tersebut; c) bahawa keempat-empat OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut; d) bahawa keempat-empat OKT mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut.
29
Isu utama yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan pada peringkat akhir kes pendakwaan melibatkan isu pecahan rantaian keterangan terhadap barang kes dadah yang dirampas dan dengan itu telah mengakibatkan kegagalan pembuktian elemen jagaan dan kawalan (pemilikan) keempat-empat OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas.
30
Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, tiga daripada paket plastik lutsinar yang dikatakan telah dirampas daripada tempat kejadian telah tidak dikemukakan di Mahkamah sebagai eksibit. SP1 (ahli kimia) dalam keterangannya mengesahkan bahawa semasa analisa dijalankan, sampul bertanda ‘E’ (eksibit P5) tersebut didapati mengandungi 6 paket plastik yang mengandungi bahan kristal jernih, yang mana setelah dianalisis, mengandungi 90.90 gram Methamphetamine.
31
SP1 turut menjelaskan bahawa setelah analisis dijalankan, beliau telah memasukkan baki bahan ke dalam satu paket plastik JKM dan beliau tandakan ‘E-H’ dan beliau juga telah memasukkan semula 6 paket plastik asal ke dalam sampul ‘E’ (eksibit P5) dan seterusnya memeteraikan sampul tersebut dengan label keselamatan JKM. Kehilangan 3 paket plastik lutsinar ini hanya diketahui apabila barang kes dadah iaitu sampul bertanda ‘E’ (eksibit P5) dibuka di Mahkamah oleh SP1 (ahli kimia) semasa perbicaraan. Hanya 3 paket plastik yang bertanda F1 (eksibit P6), F2 (eksibit P7) dan F4 (eksibit P8) sahaja yang telah dicamkan dan dikemukakan di Mahkamah. SP1 juga bersetuju dengan cadangan Pembelaan semasa soal balas bahawa barang kes dadah yg dibawa ke Mahkamah telah diusik/diganggu (tampered). Selanjutnya Pengadu dan SP4 juga tidak tahu apa yang telah berlaku kepada 3 lagi paket plastik dalam eksibit P5 yang telah hilang.
32
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan berkenaan perkara ini. Mahkamah ini mendapati bahawa sebelum eksibit P5 dibuka dalam Mahkamah, meterai dan label keselamatan JKM adalah dalam keadaan baik dan sempurna. Dalam keadaan di mana tidak ada seorangpun saksi Pendakwaan yang dapat memberikan penjelasan tentang kehilangan 3 plastik paket asal dari dalam eksibit P5, maka inferens yang boleh dibuat oleh Mahkamah adalah terdapat kebarangkalian bahawa barang kes yang telah dikemukakan tersebut bukanlah barang kes yang dirampas dari tempat kejadian. Tambahan pula, SP1 telah menyatakan dalam keterangan beliau bahawa 6 paket plastik lutsinar asal tersebut telah dimasukkan semula ke dalam sampul bertanda ‘E’ (eksibit P5) dan dimeterai dengan meterai JKM, dan sebelum eksibit P5 dibuka di Mahkamah didapati bahawa meterai JKM masih lagi baik dan sempurna. Inferens yang boleh dibuat oleh Mahkamah adalah terdapat kemungkinan barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah bukanlah barang kes dadah yang dirampas.
33
Walaupun dalam keadaan di mana saksi-saksi Pendakwaan telah mengecam eksibit P5 serta 3 lagi paket plastik yg masih ada dalam eksibit P5 tersebut iaitu eksibit P6, P7 dan P8, akan tetapi tiada sebarang penjelasan tentang kedudukan atau bagaimana kehilangan 3 lagi paket plastik yang dikatakan telah dirampas telah diberikan dalam Mahkamah semasa perbicaraan. Di samping itu juga, SP1 sendiri bersetuju dengan cadangan Pembelaan bahawa barang kes dadah terbabit telah dikacau/diganggu (tampered).
34
Berdasarkan keputusan kes yang dirujuk oleh kedua-dua pihak Pendakwaan dan Pembelaan iaitu Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551, sekiranya terdapat penjelasan tentang kehilangan atau kerosakan pada barang kes, maka tidak wujud sebarang pecahan rantaian keterangan bkes. Diputuskan dalam kes tersebut seperti berikut: “The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is “a gap”, does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that “gap” the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. The second period is from the time that it was received back from the chemist until it is produced in court. In my view, the chain of evidence is less important during this second period. This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court and if not the prosecution’s case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Even in a murder trial, the dead body is not produced in court. In Sunny Ang v. Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195 (FC) the body of the victim was not even recovered, yet the accused was convicted of murder. What the prosecution has to prove is that a particular person had died and the accused had caused his death. The death of the victim is not proved by looking at his remains in court, but by evidence of witnesses, the medical report, the identity card, the photographs and so on. Similarly, in a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist, there may be a gap in the chain of the people keeping custody of it subsequent to it having been analysed by the chemist until the date of trial, but so long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist was the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution’s case should fall.”. [penekanan ditambah]
35
Namun begitu dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tiada sebarang penjelasan oleh mana-mana saksi pendakwaan mengenai kehilangan 3 lagi paket plastik dari dalam eksibit P5, dan dengan itu Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat keraguan terhadap rantaian keterangan barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah yang membawa kepada keraguan terhadap identiti barang kes dadah yang telah dikemukakan itu sendiri. Tambahan pula terdapat kemungkinan barang kes dadah terlibat telah diusik/diganggu (tampered) yang mana Mahkamah ini berpendapat bahawa ini telah menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes dadah tersebut.
36
Dalam kes Zaifull Bin Muhammad v Pendakwa Raya and another appeal [2013] MLJU 11, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] With respect, we could not agree with the prosecution on this issue. We are of the view that, in the circumstance of this case, it is incumbent on the prosecution to offer some explanation for the discrepancies. With the discrepancies left unexplained, this created a reasonable doubt as to the identity of the drug exhibit. In the circumstance, the defence should not have been called at the close of the prosecution case.”. [penekanan ditambah]
37
Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393: "If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.".
38
Apabila berlakunya keraguan atas identiti barang kes, rantaian keterangan barang kes adalah satu perkara yang perlu dibuktikan dan diperjelaskan oleh pihak pendakwaan bagi mengesahkan bahawa barang kes dadah yang dikemukakan di Mahkamah adalah barang kes dadah yang sama sebagaimana yang telah dirampas oleh SP4. Sebagaimana diputuskan dlm kes Muklis bin Jafar lwn Pendakwa Raya [2018] Supp MLJ 239 di mana Mahkamah Persekutuan telah turut merujuk kepada kes Teoh Hoe Chye v Public Prosecutor, Yeap Teong Tean v Public Prosecutor [1987] 1 Mlj 220 seperti berikut: “[5] Rujukan dibuat kepada kes Mohd Osman bin Pawan v Public Prosecutor [1989] 2 MLJ 110 di mana di ms 109 Mohamed Yusoff SCJ berkata: It is to be observed that the law is clear that it is unnecessary to call every witness to ensure that there is no break in the chain of evidence (see Su Ah Ping v Public Prosecutor). But when there is doubt as to the identity of the exhibits, as in this case, failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution’s case Teoh Hoe Chye v Public Prosecutor. In the present case we find that there is such a failure and as such the conviction under s 39B(1)(a) cannot stand.”. [penekanan ditambah]
39
Berdasarkan fakta-fakta yang menunjukkan wujudnya kelompangan dan pecahan rantaian keterangan yang melibatkan identiti barang kes dadah dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati secara keseluruhan wujud keraguan terhadap identiti dadah yang telah dikemukakan di Mahkamah ini. Dalam hal keadaan tiada penjelasan diberikan oleh pihak Pendakwaan, maka kelompangan tersebut telah menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes yang telah dikemukakan di Mahkamah dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen pemilikan keempat-empat OKT terhadap barang kes dadah tersebut.
40
Selain itu, Pembelaan turut mengetengahkan isu bahawa walaupun terdapat 3 plastik paket lutsinar (eksibit P6, P7 dan P8) yang telah dicamkan oleh SP1, Pengadu dan SP4 sebagai 3 daripada 6 paket plastik yang telah dirampas dari tempat kejadian, tetapi SP1 juga telah mengesahkan bahawa hanya berdasarkan kepada 3 kandungan paket plastik tersebut, berat sebenar dadah yang terkandung di dalamnya tidak dapat disahkan. Malah SP1 turut bersetuju dengan cadangan Pembelaan bahawa berdasarkan kandungan 3 paket plastik lutsinar (eksibit P6, P7 dan P8) kandungan berat dadah berbahaya Methamphetamine bukanlah 90.90 gram.
41
Isu yang ditimbulkan oleh Pembelaan ini merujuk kepada pembuktian elemen pengedaran, memandangkan pihak Pendakwaan berhujah menggunapakai anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 bagi membuktikan elemen pengedaran. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Sathya Vello v. PP [2022] 5 CLJ 659: “[39] It is not clear what counsel meant by "direct trafficking" but presumably he was referring to an act of "trafficking" proved by direct evidence and not trafficking presumed by s. 37(da) of the DDA. The problem with this proposition is that all acts defined as "trafficking" by s. 2 of the DDA are acts of direct trafficking and not presumed trafficking. It is only when the weight of the drug reaches or exceeds the minimum prescribed by s. 37(da) that possession of the drug will be presumed to be for the purpose of trafficking.
40
It is therefore the weight of the drug that determines whether it is a case of presumed trafficking or direct trafficking. Clearly the object behind s. 37(da) is to impose on the accused the legal burden of proving that the large amount of drug found in his possession was not for the purpose of trafficking. That is a matter within his special knowledge.”. [penekanan ditambah]
42
Mahkamah Persekutuan dalam kes Sathya Vello (supra) di atas turut memutuskan seperti berikut: “[41] The case against the appellant would have been a case of presumed trafficking had there been affirmative evidence of knowledge proved against him at the close of the prosecution case. This is because the amount of the drugs found in his possession was far in excess of the minimum prescribed by s. 37(da) of the DDA. But of course the presumption of trafficking under s. 37(da) did not apply against him as there was no evidence that he had knowledge of the presence of the drugs to trigger the presumption.”.
43
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, suatu anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 hanya boleh dibangkitkan setelah Mahkamah ini membuat dapatan bahawa pemilikan telah berjaya dibuktikan secara keterangan langsung dan jumlah dadah berbahaya yang terlibat adalah lebih daripada jumlah minima ditetapkan dalam peruntukan tersebut. Secara spesifik, bagi kes di Mahkamah ini, jumlah berat dadah yang terlibat mestilah 50 gram atau lebih berat Methamphetamine [perenggan 37(da)(xvi)].
44
Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa kegagalan pihak Pendakwaan membuktikan bahawa berat dadah yang dirampas adalah melebihi had minima diperuntukkan di bawah perenggan 37(da)(xvi) bagi dadah berbahaya jenis Methamphetamine, dengan itu pihak Pendakwaan sepatutnya hendaklah membuktikan elemen pengedaran ini dengan menggunapakai peruntukan seksyen 2 ADB 1952.
45
Akan tetapi, sebagaimana telah diputuskan oleh Mahkamah ini bahawa pihak Pendakwaan telahpun gagal membuktikan elemen pemilikan terhadap keempat-empat OKT kerana wujudnya keraguan terhadap identiti barang kes dadah yang dikemukakan, maka pembuktian elemen pengedaran ini pada peringkat ini sudah tidak lagi menjadi relevan.
46
Sehubungan itu, berdasarkan keseluruhan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie terhadap pertuduhan ke atas keempat-empat OKT bagi kes KA-45A-30-05/2019. Dengan itu, Mahkamah ini memerintahkan supaya keempat-empat OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan tersebut. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh : 22 Oktober 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Noor Azrul bin Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT1: Mohd Fadhly bin Yaacob Tetuan Fadhly Yaacob & Co. Peguambela OKT2 dan OKT3: Shanmugam Ganesan Tetuan M. Thanakumaran & Shan Peguambela OKT4: Burhanudeen bin Abdul Wahid Tetuan Burhan & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.