Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO:BA-22NCVC-448-11/2024
BA-22NCvC-448-11/2024
High Court of Malaysia7 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(1A) of art. 121 of the Federal Constitution illustrates the respective regimes in which each court operates. Thus, issues of jurisdiction and conferment of powers in the civil courts and the Syariah courts are clearly drawn. Both the civil and”
“d or where further evidence which could not possibly have been adduced at the original hearing is forthcoming, a fresh action will lie to impeach the original judgment: Hip Foong Hong v. Neotia & Co. [1918] AC 888 and Jonesco v. Beard [1930] AC 298. The hearing of the action will in a proper case be expedited: Smith v.”
“ould not possibly have been adduced at the original hearing is forthcoming, a fresh action will lie to impeach the original judgment: Hip Foong Hong v. Neotia & Co. [1918] AC 888 and Jonesco v. Beard [1930] AC 298. The hearing of the action will in a proper case be expedited: Smith v. Peizer 65 SJ 607. (penekanan diber”
“will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 Mahkamah hendaklah ditunjukkan oleh plaintif-plaintif. Privy Council dalam kes Kok Hoong v Leong Cheong Kweng Mines Ltd [1964] AC 993 memutuskan prinsip undang-undang yang signifikan iaitu es judicata merangkumi isu yang telah atau sepatutnya”
“man 448 oleh plaintif-plaintif untuk mencabar perintah Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 adalah menepati pendekatan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hock Hua Bank v Sahari bin Murid [1980] CLJU 92, iaitu – Clearly the Court has no power under any application in the same action to alter vary or set asi”
“n-maker. Errors of law includes the application of the wrong law, or a finding of fact in complete absence of any evidence (Southam, supra at [39]; I-Ntelink Inc v. Broadband Communications North Inc [2017] MBQB 146);”
“rdahulu di atas. [111] Saya mendapati isu-isu ini tidak dikupas dalam penghujahan pihak-pihak. Namun demikian, saya memetik alasan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Yahya Mohd Khalid v MISC Berhad [2020] MLJU 77 yang relevan untuk dinukilkan semula di sini sebagai panduan – Judgments which tend to impose on the judge”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO:BA-22NCVC-448-11/2024
1
KAMARALZAMAN BIN IDRIS (NO.K/P: 540728-10-5399) … PLAINTIF-PLAINTIF
2
NORMALA BINTI MOHD YATIM (NO.K/P: 630130-10-5000)
1
OSMAN BIN ISMAIL (NO.K/P: 890615-05-5208) … DEFENDAN-DEFENDAN
2
SITI SALMIAH BINTI ISMAIL
3
UMMI KALSUM BINTI ISMAIL
4
AMARIAH BINTI MAIDEEN SHEIK
5
ISMAIL BIN IDRIS
6
PENTADBIR TANAH DAERAH
7
PENDAFTAR HAKMILIK NEGERI SELANGOR ALASAN PENGHAKIMAN 28/05/2025 18:29:06 BA-22NCvC-448-11/2024 Kand. 37 S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w A. PENDAHULUAN [1] Guaman 448 di Mahkamah ini merupakan tuntutan yang difailkan oleh plaintif-plaintif untuk mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dalam Guaman Sivil No: BA-22NCVC-580-11/2018 (Guaman 580) yang melibatkan pihak-pihak yang sama. [2] Seiring dengan itu, defendan pertama sehingga kelima telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan (Kandungan 7). Manakala plaintif-plaintif pula memfailkan permohonan untuk menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah bertarikh 7.6.2024 (Kandungan 9) yang diperintahkan melalui Guaman Sivil No: BA-22NCVC-580-11/2018 (Guaman 580) sehingga pelupusan Guaman BA-22NCVC-448-11/2024 (Guaman 448) di sini. [3] Kedua-dua permohonan tersebut telah didengar bersama dan pada 7.3.2025 Mahkamah ini membenarkan Notis Permohonan membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan dan menolak permohonan plaintif-plaintif untuk menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah bertarikh 7.6.2024. [4] Alasan penghakiman ini disediakan untuk kedua-dua permohonan tersebut. B. FAKTA MATERIAL [5] Amnya pertikaian antara plaintif-plaintif dan defendan pertama sehingga defendan kelima di sini merupakan pertikaian dalam kalangan ahli keluarga. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [6] Plaintif pertama dan kedua adalah pasangan suami isteri yang menyaman defendan kelima iaitu abang kandung plaintif pertama. Manakala defendan pertama, kedua dan ketiga ialah anak saudara plaintif-plaintif dan defendan keempat ialah bekas isteri kepada defendan kelima. [7] Tuntutan plaintif-plaintif dalam guaman ini difailkan selepas Guaman 580 yang melibatkan pihak-pihak yang sama diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui bicara penuh. [8] Dalam Guaman 580, plaintif-plaintif dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua selain defendan keenam dan defendan ketujuh di sini. [9] Pada 7.6.2024 Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 merekodkan penghakiman sebagaimana berikut – S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [10] Plaintif-plaintif telah merayu terhadap Perintah dalam Guaman 580 melalui Notis Rayuan bertarikh 12.6.2024 dalam Rayuan Sivil No:B- 01(NCVC)(W)-412-06/2024. Semasa permohonan-permohonan interlokutori didengar di hadapan Mahkamah ini, rayuan tersebut masih belum diputuskan lagi. [11] Tuntutan dalam Guaman 448 di sini yang difailkan pada 6.11.2024 oleh plaintif-plaintif adalah untuk mendapatkan relif-relif berikut -
i
Perintah ex-parte bertarikh 22.11.2018 dalam Guaman Sivil-BA-24NCVC-1086-09/2018 diketepikan.
II
(ii) Penghakiman Mahkamah bertarikh 7.6.2024 dalam Guaman Sivil-BA-22NCVC-580-11/2018 diketepikan.
III
(iii) Defendan pertama sehingga kelima membayar kos tindakan ini dan kos plaintif-plaintif dalam Guaman Sivil-BA-24NCVC- 1086-09/2018.
IV
(iv) Relif dan perintah lanjut yang didapati wajar oleh Mahkamah. [12] Asas utama tuntutan dalam Guaman No. 448 adalah penghakiman yang diperolehi oleh defendan pertama sehingga defendan kelima dalam Guaman 580 dicemari dengan ketaksahan. [13] Alasan ketaksahan berbangkit daripada keadaan defendan kelima yang sebelum ini diisytiharkan sebagai tidak berkeupayaan dari segi mental. Terdahulu dari itu, pada 22.11.2018 melalui Guaman Sivil-BA- 24NCVC-1086-09/2018 Osman bin Ismail (defendan pertama) telah memperoleh perintah menjadi wakil litigasi kepada defendan kelima, Ismail bin Idris. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w Permohonan Defendan Pertama Sehingga Defendan Kelima menurut Aturan 18 kaedah 19 (1) (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (Kandungan 7) [14] Pada 2.12.2024, defendan pertama sehingga kelima telah memfailkan Notis Permohonan menurut Aturan 18 kaedah 19 (1) (b) dan
d
Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (Kandungan 7) untuk mendapatkan perintah supaya Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 6.11.2024 dibatalkan terhadap defendan pertama sehingga defendan kelima dengan kos. [15] Notis Permohonan tersebut disokong oleh Afidavit Sokongan defendan pertama, Osman bin Ismail. Defendan Pertama mengatakan tuntutan plaintif-plaintif adalah remeh dan tidak munasabah. Hal ini kerana plaintif-plaintif telah memplidkan penghakiman dalam Guaman 580 telah diperoleh oleh defendan pertama sehingga kelima secara frod iaitu apabila defendan-defendan memaklumkan Mahkamah bahawa defendan pertama memperoleh perintah ex-parte pada 22.11.2018 atas alasan defendan kelima tidak waras dan perlu diwakili oleh defendan pertama sebagai wakil litigasi. [16] Selepas penghakiman diberikan pada 7.6.2024 dalam Guaman 580, pada 3.6.2022, defendan kelima telah menjadi wali pernikahan anak perempuannya Siti Salmiah iaitu defendan kedua dalam tindakan ini. [17] Menurut defendan pertama, defendan pertama sehingga ketiga telah dilantik sebagai wakil litigasi defendan kelima kerana defendan kelima merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal yang disebabkan gangguan saraf badan dengan penglihatan buta kedua-dua mata akibat S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w diabetis kronik serta defendan kedua juga disahkan pesakit skizofrenia. Ini dapat dilihat melalui ekshibit O15 dan O16 Afidavit Sokongan defendan pertama. [18] Permohonan Kandungan 7 telah dibantah oleh plaintif-plaintif melalui Afidavit Jawapan plaintif pertama yang antara lain menyatakan alasan-alasan berikut-
i
Melalui Guaman 580 pendirian plaintif-plaintif dalam guaman tersebut jelas iaitu Ismail bin Idris merupakan pesakit mental. Ini disokong melalui Guaman 1086 iaitu pelantikan defendan pertama, kedua dan ketiga sebagai wakil litigasi defendan kelima. Maka, defendan kelima merupakan seorang yang tidak sah mewalikan anaknya, defendan kedua.
II
(ii) Pelantikan defendan kelima oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk menikahkan anak perempuannya hanya boleh diputuskan melalui keterangan pegawai JAIS dan bukan defendan.
III
(iii) Wujud isu penghakiman bertarikh 7.6.2024 yang diperolehi secara frod kerana fakta sebenar kesihatan mental defendan kelima tidak didedahkan. Oleh kerana defendan kelima dapat menjadi wali maka defendan kelima adalah berakal dan sihat untuk memberikan keterangan dalam bicara penuh Guaman 580.
IV
(iv) Dalam Guaman 580, defendan kelima tidak hadir dan tiada peluang bagi plaintif memeriksa balas defendan kelima. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w
v
Saksi-saksi pakar telah memberi keterangan dalam Guaman 580 yang jelas menunjukkan defendan kelima tidak waras.
VI
(vi) Tindakan di sini hanya dapat diputuskan melalui keterangan saksi-saksi khasnya melalui pakar yang mahir dalam undang-undang Islam dan Syariah. Permohonan Plaintif-plaintif menurut Aturan 55 kaedah 16(1) dan Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (Kandungan 9) [19] Plaintif-plaintif turut memfailkan memfailkan Notis Permohonan bertarikh 8.12.2024 (Kandungan 9) untuk menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah dalam Guaman 580 bertarikh 7.6.2024. Permohonan tersebut disokong dengan Afidavit Sokongan Kamaralzaman bin Idris, plaintif pertama. [20] Melalui Afidavit Sokongan tersebut, plaintif pertama mengakui bahawa Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 telah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan penghakiman dengan antara lain syarat, plaintif-plaintif membayar 50% daripada kesemua jumlah penghakiman dalam masa 45 hari dari 2.9.2024. [21] Plaintif pertama turut menyatakan bahawa perintah tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh plaintif-plaintif kerana defendan kelima yang dikatakan sebagai tidak waras telah menjadi wali dalam pernikahan defendan kedua. Asbab defendan kelima yang tidak waras telah menyebabkan plaintif-plaintif tidak berpeluang memeriksa balas defendan kelima dalam Guaman 580. Hal ini merupakan keadaan luar biasa yang S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w mewajarkan permohonan penggantungan pelaksanaan perintah tertarikh 7.6.2024. [22] Permohonan plaintif-plaintif dalam Kandungan 9 ini telah dibantah oleh defendan pertama sehingga defendan kelima. Antara alasan bantahan adalah permohonan penggantungan telah terhalang oleh prinsip res judicata kerana dalam Guaman 580 permohonan penggantungan pelaksana telah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah selain terdapat Notis Rayuan terhadap keputusan dalam Guaman 580. [23] Berkenaan dengan isu ketidakwarasan defendan kelima, defendan pertama menegaskan bahawa pernikahan defendan kedua telah ada dalam pengetahuan plaintif-plaintif sejak bulan Jun 2022. Selain itu, defendan kelima telah didiagnos sebagai pesakit schizophrenia sejak tahun 2010 sehingga kini dan keadaan mental defendan kelima bukanlah seperti orang biasa. [24] Penasihat Undang-undang Negeri mewakili defendan keenam dan ketujuh telah memfailkan afidavit pada 10.1.2025 yang menentang permohonan penggantungan atas alasan resjudicata, fikiran terkemudian dan niat jahat. C. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI Permohonan Penggantungan Pelaksanaan Penghakiman [25] Kedudukan undang-undang berkenaan dengan penggantungan penghakiman adalah mantap. Seksyen 73 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 telah memperuntukkan yang berikut – S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w
73
Sesuatu rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan atau prosiding di bawah keputusan yang dirayukan melainkan jika mahkamah bawahan atau Mahkamah Rayuan memerintahkan sedemikian dan tiada tindakan atau prosiding perantaraan boleh menjadi tidak sah kecuali setakat yang diarahkan oleh Mahkamah Rayuan. [26] Begitu juga dalam Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 diperuntukkan bahawa – An appeal shall not operate as a stay of execution or of proceedings under the decision appealed from unless the High Court or the Court so orders and no intermediate act or proceeding shall be invalidated except so far as the Court may direct. [27] Pelaksanaan kuasa budi bicara untuk membenarkan suatu permohonan penggantungan pelaksanaan penghakiman adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 MLJ 257 8, iaitu - [23] The onus is on the applicants to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reasons must relate to the enforcement of the judgment. They must be deposed in the affidavit filed in support of the application (see Syarikat Berpakat v Lim Kai Kok [1983] 1 MLJ 406). [28] Dalam kes Asean Security Paper Mills Sdn Bhd v Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Bhd [2008] 2 MLJ 1379 Mahkamah telah memberi takrifan keadaan khas sebagaimana berikut – S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [16] Di dalam kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86, Raja Azlan Shah H (Baginda pada masa itu) berkata bahawa: Special circumstances, as the phrase implies, must be special under the circumstances as distinguished from ordinary circumstances. It must be something, exceptional in character, something that exceeds or excels in some way that which is usual or common. [29] Aturan 55 kaedah 16(1) dan (2) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa –
1
An appeal shall not operate as a stay of execution under the decision appealed against except in so far as the Court appealed from or the High Court may order, and any application for stay shall be made in the first instance to the Court appealed from.
2
The Court appealed from or the High Court may grant an order of stay of execution on such terms as it think fit. Permohonan Membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan [30] Aturan 18 kaedah 19 (1) KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut –
1
The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that –
a
it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
b
it is scandalous, frivolous or vexatious;
c
it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or
d
it is otherwise an abuse of the process of the Court and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Wei Hong (A Minor Suing Through Guardian Ad Litem And Next Friend Chuang Yin E) & Ors v. Malaysia Airlines Bhd And Other Appeals [2018] 9 CLJ 425 telah memutuskan seperti berikut - [16] The principle for striking out of pleadings pursuant to O. 18 r. 19 of the ROC is well settled. It is applicable only in a plain and obvious case or where a claim is, on the face of it, obviously unsustainable (see: Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7 SC; Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clard Ltd [1899] 1 QB 86; Attorney General of the Duchy of Lancaster v. London and North Western Railway Company[1892] 3 Ch 274). [17] The tests for striking out application under O. 18 r. 19 of the ROC, as adopted by the Supreme Court in Bandar Builder (supra) are, inter alia, as follows:
a
it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under the rule;
b
this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it obviously unsustainable;
c
it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence;
d
if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 of the ROC; and
e
the court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. [32] Berkaitan dengan perenggan (b), perkataan scandalous telah diputuskan dalam kes Technointan Holding Sdn Bhd v Tetuan Tan Kim Siong & The Hong Jet [2007] 1 MLJ 163 sebagai bermaksud wholly unnecessary and irrelevant manakala perkataan frivolous or vexatious bermakna obviously unsustainable. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [33] Bagi alasan dalam kategori penyalahgunaan proses Mahkamah, kes-kes yang telah diputuskan terdahulu menunjukkan alasan bagi perenggan (d) tidak terhad dan pelbagai. Prinsip asasnya adalah proses Mahkamah hendaklah digunakan bagi tujuan keadilan dan bona fidei dan bukannya untuk menekan pihak lain. [34] Dalam kes Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik v British-American Life & General Insurance Bhd [1993] 3 MLJ 16 diputuskan bahawa Mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk menghalang penyalahgunaan proses Mahkamah. [35] Salah satu alasan berkaitan dengan penyalahgunaan proses Mahkamah sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Asia Commercial Finance (M) Berhad v. Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783 yang mana HMP Peh Swee Chin telah menjelaskan dengan terperinci sebagaimana berikut - "What is res judicata ? It simply means a matter adjudged, and its significance lies in its effect of creating an estopple per rem judicature. When a matter between two parties has been adjudicated by a Court of competent jurisdiction, the parties and their privies are not permitted to litigate once more the res judicata, because the judgment becomes the truth between such parties, or in other words, the parties should accept it as the truth; res judicata pro veritateaccipitur. The public policy of the law is that it is in the public interest that there should be finality in litigation - interest reipublicaeut sit finis litium. It is only just that no one ought to be vexed twice for the same cause of action - nemo debet bis vexari pro una et eadem causa. Both maxims are the rationales for the doctrine of res judicata, but the earlier maxim has the further elevated status of a question of public policy. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [36] Manakala Mahkamah Rayuan dalam kes Chee Pok Choy & Ors v. Scotch Leasing Sdn Bhd [2001] 2 CLJ 321 pemakaian prinsip res judicata diterangkan, iaitu - The plea of res judicata applies, except in special cases, not only to points upon which the court was actually required by the parties to form an opinion and pronounce a judgment, but to every point which properly belonged to the subject of litigation, and which the parties, exercising reasonable diligence, might have brought forward at the time. The doctrine may thus be seen to encompass several categories. In its narrowest sense, res judicata, I think, refers to estoppels by record. It refers to the actual decision the earlier action or proceeding. In its wider sense, it encompasses issues, and causes of action that could justly and fairly have been equally adjudicated in the earlier suit or proceeding. This wider operation of the doctrine is sometimes referred to "constructive res judicata". It houses the twin concepts of issue estoppels and cause of action estoppels. Like the tree of which they form the branches, they are designed to ensure that there is finality in litigation. D. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [37] Isu-isu yang perlu diputuskan adalah seperti berikut: i. Sama ada wujud keadaan-keadaan khas bagi membenarkan penggantungan pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580. ii. Sama ada Mahkamah Tinggi boleh mengenepikan Penghakiman Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 bertarikh 7.6.2024 dan Perintah Mahkamah Tinggi dalam Guaman Sivil BA-24NCVC-1086-09/2018 bertarikh 22.11.2018. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w iii. Sama ada tuntutan plaintif-plaintif terjumlah kepada penyalahgunaan proses Mahkamah. E. ANALISIS DAN DAPATAN PERMOHONAN PLAINTIF-PLAINTIF UNTUK MENGGANTUNG PELAKSANAAN PENGHAKIMAN Isu 1 : Sama ada wujud keadaan-keadaan khas bagi membenarkan penggantungan pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580. [38] Berdasarkan afidavit sokongan plaintif pertama, saya mendapati Hakim bicara yang bijaksana dalam Guaman 580 telah mendengar permohonan plaintif-plaintif untuk menggantung pelaksanaan perintah bertarikh 7.6.2024 dan telah membenarkan penggantungan pelaksanaan perintah secara bersyarat. [39] Kini, melalui Notis Permohonan (Kandungan 9) plaintif-plaintif sekali lagi memohon penggantungan pelaksanaan bagi penghakiman yang sama sehingga Guaman 448 di sini dilupuskan. [40] Mahkamah ini mendapati pemfailan permohonan penggantungan di sini mempunyai matlamat yang sama dengan permohonan kali pertama yang dipohon dalam Guaman 580. Ia menjurus kepada penggantungan penghakiman yang sama bertarikh 7.6.2024. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [41] Apa yang berbeza adalah permohonan penggantungan kali ini dibuat selepas plaintif-plaintif memfailkan Guaman 448 di Mahkamah ini. Perbezaan tersebut telah menjadi ruang bagi plaintif-plaintif memohon permohonan penggantungan bagi kali yang kedua. [42] Bagi permohonan penggantungan pelaksanaan penghakiman di sini, plaintif-plaintif merujuk kepada Aturan 55 kaedah 16(1) KKM 2012. [43] Berpandukan kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbaguna Makmur Bhd (supra) beban adalah atas plaintif-plaintif untuk menunjukkan wujud keadaan-keadaan khas yang menjustifikasikan penggantungan pelaksanaan penghakiman. [44] Berdasarkan nas undang-undang yang mapan, isu sama ada wujud keadaan-keadaan khas perlu diteliti oleh Mahkamah ini dari aspek yang berikut – i. Adakah plaintif-plaintif telah memperincikan alasan keadaan-keadaan khas melalui afidavit sokongan yang difailkan. ii. Keadaan khas mestilah sesuatu yang luar biasa dari segi sifat atau keadaannya (exceptional in character). Ia merujuk kepada sesuatu tindakan yang tidak lazim atau melampaui kebiasaan. iii. Keadaan khas ini merujuk kepada hal perkara pelaksanaan penguatkuasaan penghakiman dan bukan berkaitan kesahan atau ketepatan keputusan yang dirayu. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [45] Selanjutnya saya mengikuti pendekatan yang digunapakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbaguna Makmur Bhd (supra) bahawa dalam memutuskan isu sama ada wujud keadaan-keadaan luar biasa, Mahkamah tidak perlu memberi pertimbangan kepada merit kes yang melibatkan pihak-pihak. [46] Bertitik tolak dari panduan ini, saya merujuk alasan-alasan yang telah dinyatakan oleh plaintif-plaintif untuk menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi bertarikh 7.6.2024 dalam Guaman 580. [47] Plaintif-plaintif memfailkan tuntutan di Mahkamah ini dengan alasan wujud elemen frod oleh defendan kelima yang merupakan seorang yang tidak waras semasa dalam Guaman 580 tetapi telah menjadi wali dalam pernikahan anaknya. [48] Menurut plaintif pertama, tindakan defendan kelima menjadi wali dalam perkahwinan anaknya menunjukkan defendan kelima seorang yang waras. Oleh itu, menurut plaintif-plaintif ia merupakan kelayakan khas untuk menggantung pelaksanaan penghakiman bertarikh 7.6.2024 dan sewajarnya plaintif-plaintif diberi peluang memeriksa balas defendan kelima berhubung dengan tuntutan dalam Guaman 580. [49] Melalui Afidavit Sokongan, plaintif pertama menyatakan perkahwinan defendan kedua iaitu anak defendan kelima berlaku pada 3.6.2024. Manakala dalam Afidavit Sokongan defendan pertama bagi permohonan membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan, dinyatakan perkahwinan defendan kedua berlangsung pada 3.6.2022 iaitu satu bulan S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w dua minggu sebelum perbicaraan kali pertama Guaman 580 dijalankan pada 12.7.2022. [50] Plaintif pertama juga khuatir jika penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan, defendan pertama sehingga kelima akan melupuskan hartanah No. 57 Jalan ST 1/D1 Taman Cempaka, Bandar Baru Salak Tinggi kepada pihak ketiga. Jika dilupuskan, hartanah ini tidak dapat dikembalikan yang mana plaintif-plaintif menyifatkan hal ini turut terjumlah kepada keadaan khas. [51] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa permohonan menggantung pelaksanaan penghakiman dan pemfailan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dalam Guaman 448 di sini merupakan percubaan kali kedua oleh plaintif-plaintif yang telah pun kalah dalam Guaman 580. [52] Defendan pertama sehingga kelima mempertikaikan permohonan penggantungan atas alasan res judicata dan terdapat perintah penggantungan bertarikh 2.9.2024 yang masih sah dan berkuatkuasa. Plaintif-plaintiflah yang gagal dan enggan mematuhi perintah tersebut bahkan tidak merayu terhadap syarat-syarat yang dikenakan terhadap plaintif-plaintif melalui perintah tersebut. [53] Dalam meneliti alasan kewujudan perintah penggantungan yang masih berkuatkuasa, saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd [1996] 2 MLJ 57 yang memutuskan bahawa – [1] Once a judge makes a ruling, substantive or procedural, final or interlocutory, it must be adhered to and may not be reopened. Although the first decision was made on a interlocutory matter which S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w was purely procedural in nature, it was nevertheless binding on the court and on all parties to the lis until its reversal on appeal. [54] Mahkamah Persekutuan dalam kes Serac Asia Sdn Bhd v Sepakat Insurance Brokers Sdn Bhd [2013] 5 MLJ 1 telah memberi panduan yang tuntas dan mengikat Mahkamah ini, iaitu – The re-litigation of a regularly and properly concluded matter as determined by the court is prohibited by the wide doctrine of res judicata. The judicial process rests on the twin pillars of certainty and finality. A final order or a judgment must be therefore be vigorously protected by this doctrine. [55] Saya sekali lagi menyorot keputusan dalam kes Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd (supra) sebagai panduan dalam menghalang plaintif membuka semula kesnya di Mahkamah ini yang mana diputuskan bahawa – “[2] A failure to adhere to the principle of res judicata may lead to chaos in the conduct of civil proceedings.” [56] Dalam kes Kerajaan Malaysia v Dato Chong Kok Lim [1973] 2 MLJ 74, perhatian Mahkamah telah dibawa untuk merujuk prinsip undang-undang berikut dalam penghakiman Sharma J dalam kes Satyadhyan Ghosel v Stint Deorajin Dobu and another AIR 1960 SC 941 – The principle of res judicata is based on the need of giving a finality to judicial decisions. What it says is that once a res judicata, it shall be not adjudged again. When a matter – whether a question of fact or a question of law – has been decided between two parties in one suit or proceeding and the decision is final, either because no appeal was taken to a higher court or because the appeal was dismissed, or S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w no appeal lies, neither party will be allowed in a future suit or proceeding between the same parties to canvass the matter again. [57] Pada hemat saya, tindakan plaintif-plaintif sedemikian terjumlah kepada penyalahgunaan proses Mahkamah dan wajar ditolak demi untuk mengekalkan integriti dan wibawa sistem kehakiman khasnya apabila perintah penggantungan oleh Mahkamah Tinggi bertarikh 2.9.2024 masih lagi sah dan berkuatkuasa. Ini bermaksud plaintif-plaintif terikat untuk mematuhi syarat-syarat dalam perintah penggantungan pelaksanaan penghakiman tersebut. [58] Saya juga mengambil ingatan akan panduan yang turut diberikan oleh Mahkamah Agung dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd (supra), iaitu - It is important to bear in mind the manner in which the issue estoppel operates in preventing such contradiction of the previous judgment. [59] Saya telah meneliti alasan tersebut dengan merujuk kepada penegasan defendan pertama sehingga kelima dan alasan bantahan oleh peguam cara defendan keenam. [60] Saya turut mendapati bahawa peguam cara plaintif-plaintif tidak memfailkan afidavit balasan terhadap Afidavit Jawapan Osman bin Idris defendan pertama dan Afidavit Norfariza binti Ridzuan, Penasihat Undang-Undang Negeri atas alasan isu yang berbangkit adalah semata-mata isu undang-undang. [61] Persoalan mengenai apakah isu undang-undang telah dicerakinkan dengan terperinci oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Amitabha S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w Guha & Anor v. Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat [2021] 3 CLJ 1 sebagaimana berikut – What Is A Question of Law? [46] It follows from the preceding paragraph that appeals to the Court of Appeal and to the Federal Court may only be mounted on questions of law. In a general sense, a question of law is an issue involving the interpretation of law (statutes or legal principles) and the application of the law to the facts of each individual case. What is a question of law has also been discussed and formulated in a line of cases:
i
questions of law are questions about what the correct legal test is. Questions of mixed law and fact are questions about whether the facts satisfy the legal tests:Canada (Director of Investigation and Research v. Southam Inc. [1997] 1 SCR 748);
II
(ii) a question of law is a question concerning the legal effect to be given to a set of undisputed facts. This includes an issue which involves the application or interpretation of a law (Carrier Lumber Ltd v. Joe Martin & Sons Ltd [2003] BCJ No. 1602);
III
(iii) the question of whether a decision-maker has jurisdiction to determine a particular matter is usually considered a question of law reviewable by a court on a standard or correctness (Premium Brands Operating GP Inc v. Turner Distribution Systems Limited [2010] BCJ No. 349);
IV
(iv) questions of law involve errors of law committed by a decision-maker. Errors of law includes the application of the wrong law, or a finding of fact in complete absence of any evidence (Southam, supra at [39]; I-Ntelink Inc v. Broadband Communications North Inc [2017] MBQB 146);
v
questions where there is real doubt as to the law on a particular point (Datuk Syed Kechik Syed Mohamed & Anor v. The Board of
VI
(vi) questions of law include the correctness of (a) pure statements of law (eg, as to correct interpretation of a statutory provision), and
b
the inferring of a conclusion from the primary facts (where the process inference involves assumptions as to the legal effect of consequences of the primary facts) (Director-General of Inland S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w Revenue v. Rakyat Berjaya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ 219; [1984] 1 CLJ (Rep) 108; [1984] 1 MLJ 248, 252 (FC)). [62] Mengambilkira panduan dalam nas undang-undang di atas, saya mendapati isu sama ada alasan plaintif-plaintif memfailkan semula permohonan penggantungan pelaksanaan dalam Guaman 448 bukanlah terhad kepada persoalan undang-undang. Wujud keperluan untuk plaintif-plaintif menjawab afidavit-afidavit oleh pihak defendan yang berkisar kepada isu fakta. Oleh kerana plaintif-plaintif tidak menjawab Afidavit Jawapan defendan-defendan maka prinsip dalam kes Ng Hee Thong & Anor v Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609 terpakai, iaitu- [2] It is a well settled principle governing the evaluation of affidavit evidence that where one party makes a positive assertion upon a material issue, the failure of his opponent to contradict is usually treated as an admission by him of the fact so asserted. [63] Jelas dan ketara plaintif-plaintif pada hakikatnya telah pun diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi untuk menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah dalam Guaman 580. Namun plaintif-plaintif sendiri yang memilih untuk tidak melaksanakan syarat dan ketetapan Mahkamah Tinggi dalam perintah tersebut. Justeru, permohonan plaintif-plaintif di sini tidak wajar dibenarkan. [64] Sehubungan itu, saya juga mendapati tiada sebab-sebab khas yang membolehkan Mahkamah ini menggunakan budi bicara membenarkan penggantungan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 bertarikh 7.6.2024 untuk kali kedua. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w PERMOHONAN DEFENDAN PERTAMA SEHINGGA KELIMA
Preamble
MENURUT ATURAN 18 KAEDAH 19 (1)(b) dan (d) KKM 2012 [65] Berhubung dengan permohonan ini, pemfailan tuntutan baharu melalui Guaman 448 oleh plaintif-plaintif untuk mencabar perintah Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 adalah menepati pendekatan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hock Hua Bank v Sahari bin Murid [1980] CLJU 92, iaitu – Clearly the Court has no power under any application in the same action to alter vary or set aside a judgment regularly obtained after it has been entered or an order after it is drawn up, except under the slip rule in O. 28 r. 11 Rules of the Supreme Court 1957 (O. 20 r. 11 Rules of the High Court 1980 ) so far as is necessary to correct errors in expressing the intention of the Court: Re St. Nazaire Co. 12 Ch D 88, Kelsey v. Doune [1912] 2 KB 482; Hession v. Jones [1914] 2 KB 421, unless it is a judgment by default or made in the absence of a party at the trial or hearing. But if a judgment or order has been obtained by fraud or where further evidence which could not possibly have been adduced at the original hearing is forthcoming, a fresh action will lie to impeach the original judgment: Hip Foong Hong v. Neotia & Co. [1918] AC 888 and Jonesco v. Beard [1930] AC 298. The hearing of the action will in a proper case be expedited: Smith v. Peizer 65 SJ 607. (penekanan diberi) Isu 2: Sama ada Mahkamah Tinggi boleh mengenepikan Penghakiman Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 bertarikh 7.6.2024 dan Perintah Mahkamah Tinggi dalam Guaman Sivil BA- 24NCVC-1086-09/2018 bertarikh 22.11.2018. [66] Selanjutnya Mahkamah ini akan meneliti isu sama ada Mahkamah Tinggi boleh mengenepikan Penghakiman Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 bertarikh 7.6.2024 dan Perintah Mahkamah Tinggi dalam Guaman Sivil-BA-24NCVC-1086-09/2018 bertarikh 22.11.2018. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [67] Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman dalam kes Badiaddin bin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393 telah memberi panduan bahawa – It is settled law that one High Court cannot set aside a final order regularly obtained from another High Court of concurrent jurisdiction. But, one special exception to this rule is where the final judgment of the High Court could be proved to be null and void on ground of illegality or lack of jurisdiction. [68] Prinsip yang sama diputuskan dalam kes Ang Game Hong & Anor v Tee Kim Tiam & Ors [2020] 1 MLJ 638 yang menekankan bahawa apabila sesuatu perintah muktamad oleh Mahkamah Tinggi adalah terbatal dan tidak sah kerana bertentangan dengan undang-undang atau kerana ketiadaan bidang kuasa, perintah itu boleh diketepikan oleh Mahkamah Tinggi yang lain yang mempunyai bidang kuasa yang setara. [69] Peguam cara plaintif-plaintif yang bijaksana telah merujuk kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 MLJ 1, untuk menyokong hujahan mereka. [70] Dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor (supra) Ramly Ali HMP menyatakan – [44] the question as to whether the fraud referred to in s44 of the Act speaks about intrinsic or extrinsic fraud is an issue of law that requires lengthy argument and mature consideration at trial. It is part of the court’s function at this stage of the litigation to decide difficult questions of law, which call for detailed arguments and mature considerations. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [71] Adalah jelas dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor (supra), terdapat keterangan baharu yang telah dikemukakan oleh perayu yang mana keterangan tersebut tidak dapat diperolehi semasa perbicaraan. Turut diputuskan dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor (supra) bahawa – [47] Applying the principle as laid down in Ladd v Marshall [1954] 3 All ER 745, the respondents (citing para. 561 of Halsbury's Laws of England (4th edn) vol. 26) submitted that an action will lie to rescind a judgment on the ground of the discovery of new evidence which would have had a material effect upon the decision of the court. It must be present:
a
that the evidence could not have been obtained with reasonable diligence for use at trial;
b
that the further evidence is such that, if given would have an important influence on the result of the trial, although it need not be decisive; and
c
that the evidence is such as is presumably to be believed. [72] Berpandukan prinsip dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor (supra), plaintif-plaintif perlu memenuhi ambang minimum berkaitan syarat asas sebelum plaintif-plaintif boleh mencabar keputusan Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 dengan memfaikan tuntutan baharu di sini. [73] Maka persoalan yang relevan di sini, adakah wujud keterangan baharu dalam kes di sini yang mana keterangan baharu tersebut tidak dapat dikemukakan semasa perbicaraan penuh Guaman 580. Bagi menjawab persoalan ini, Mahkamah ini merujuk Pernyataan Tuntutan plaintif-plaintif dan Afidavit plaintif pertama. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [74] Saya merujuk perenggan 21 Pernyataan Tuntuan yang memplidkan fakta – selepas MT dalam Guaman Sivil 580 memberi penghakiman bertarikh 7.6.2024, pada 7.6.2024 D5 didapati waras apabila pada atau lebih kurang 7.6.2024 defendan kelima menjadi wali kepada anak perempaunnya Siti Salmiah binti Ismail iaitu defendan kedua dalam tindakan ini dan juga Guaman 580 yang telah berkahwin dengan seorang bernama Fayadh Naim bin Matmarjan. [75] Maka plaintif-plaintif memplidkan defendan pertama sehingga ketiga telah melakukan frod terhadap Mahkamah dalam Guaman 1086 apabila memperolehi perintah ex parte pada 22.11.2018 sebagai sahabat wakil defendan kelima dengan memaklumkan Mahkamah defendan kelima tidak waras. Menurut plaintif-plaintif defendan pertama juga telah melakukan frod dalam Guaman 580 apabila mewakili defendan kelima sebagai sahabat wakil. [76] Plaintif-plaintif menekankan alegasi bahawa defendan kedua sehingga keempat bersama-sama defendan pertama melakukan frod dalam Guaman 580 dengan memberi keterangan kepada Mahkamah bahawa defendan kelima tidak waras semasa menandatangani perjanjian jual beli dengan plaintif pertama pada 2.9.2007, memorandum pindah milik 15.8.2008 dan penarikan balik amanah pada 29.5.2008 serta pengeluaran wang KWSP defendan kelima oleh plaintif pertama. Tambah plaintif-plaintif lagi, jika Mahkamah dalam Guaman 580 mengetahui defendan kelima waras, tuntutan defendan pertama sehingga kelima dalam Guaman 580 tidak akan dibenarkan. [77] Saya sekali lagi merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w Makmur & Anor (supra) yang memutuskan – The discretion to invoke the inherent jurisdiction should also be exercised judicially in exceptional cases where the defect is of such a serious nature that there is a real need to set aside the defective order to enable the court to do justice. In all cases, the normal appeal procedure should be adopted to set aside a defective order. [78] Setelah meneliti kertas kausa dan afidavit-afidavit yang difailkan di sini, saya mendapati bahawa kewujudan fakta pernikahan defendan kedua adalah sebelum Mahkamah membuat keputusan dalam Guaman
580
Tiada alasan diberikan oleh plaintif-plaintif sama ada dalam Pernyataan Tuntutan atau pun Afidavit Jawapan tentang alasan mengapa fakta-fakta ini tidak dapat dikemukakan semasa bicara penuh. Justeru saya membezakan alasan untuk mengenepikan penghakiman dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor (supra) dengan kes plaintif-plaintif di sini. [79] Dalam kes Hock Hua Bank v Sahari bin Murid (supra), Mahkamah Persekutuan memutuskan- [3] if a judgment or order has been obtained by fraud or where further evidence which could not possibly be adduced at the original trial hearing is forthcoming, a fresh action will lie to impeach the original judgment. [80] Saya juga meneliti afidavit defendan pertama yang menjelaskan bahawa pakar-pakar dan doktor yang merawat defendan kelima telah dipanggil memberikan keterangan semasa perbicaraan penuh Guaman
580
Plaintif-plaintif telahpun memeriksa balas dan mencabar keterangan S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w saksi-saksi tersebut yang secara khusus menjurus kepada keadaan kesihatan dan mental defendan kelima. [81] Dalam membuat dapatan di sini, saya juga terpandu dengan penghakiman Peh Swee Chin PCJ dalam Badiaddin Mohd Mahidin v. Arab Malaysian Finance Berhad [1998] 2 CLJ 75 bahawa – When a judgment in the High Court has been perfected, a party to the judgment generally, apart from any appeal, cannot reopen the matter finalised in the judgment by seeking to alter it or amend it for the court would be functus officio by virtue of the ration of Hock Hua Bank v Sahari bin Murid. Isu 3: Sama ada tuntutan plaintif-plaintif terjumlah kepada penyalahgunaan proses Mahkamah. [82] Seterusnya, Mahkamah ini akan meneliti isu sama ada tuntutan plaintif-plaintif terjumlah kepada penyalahgunaan proses Mahkamah. [83] Berpandukan kepada prinsip undang-undang yang dicerakinkan melalui nas undang-undang di atas, pemakaian prinsip res judicata yang akan memberi impak kepada ketetapan dan kepastian undang-undang perlu diteliti dengan memberi pertimbangan kepada fakta dan keadaan kes di sini. [84] Prinsip res judicata memainkan peranan yang signifikan dalam sistem kehakiman dan kedudukan penghakiman atau perintah yang telah diputuskan di Mahkamah. Hal ini relevan khasnya jika sesuatu perintah Mahkamah melibatkan isu dan pihak yang sama. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [85] Kesan prinsip res judicata adalah pihak-pihak tidak lagi boleh mencabar keputusan Mahkamah yang telah muktamad dan dibuat berdasarkan isu dan pihka-pihak yang sama. Proses litigasi yang berulang secara nyata membuang masa, kos dan sumber kehakiman. Bahkan kepentingan prinisp res judicata untuk dipertahankan telah diketengahkan oleh Peh Swee Chin HMP dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783, iaitu – What is res judicata? It simply means a matter adjudged, and its significance lies in its effect of creating an estoppel per rem judicature. When a matter between two parties has been adjudicated by a Court of competent jurisdiction, the parties and their privies are not permitted to litigate once more the res judicata, because the judgment becomes the truth between such parties, or in other words, the parties should accept it as the truth; res judicata pro veritate accipitur. The public policy of the law is that it is in the public interest that there should be finality in litigation - interest rei publicae ut sit finis litium. It is only just that no one ought to be vexed twice for the same cause of action - nemo debet bis vexari pro eadem causa. Both maxims are the rationales for the doctrine of res judicata, but the earlier maxim has the further elevated status of a question of public policy. [86] Tuntasnya, pemakaian prinsip res judicata berdasarkan kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd (supra) adalah untuk menegakkan finality in litigation. [87] Mahkamah ini mengambil pertimbangan bahawa Guaman 580 yang melibatkan pihak-pihak yang sama dengan Guaman 448 di sini telah diputuskan selepas perbicaraan penuh dan bukannya penghakiman ingkar. Ini bermaksud merit dalam Guaman 580 telah didengar dan diperhalusi. Maka, dalam konteks ini pemakaian prinsip res judicata adalah lebih relevan berbanding suatu penghakiman yang diperolehi tanpa melalui perbicaraan penuh. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [88] Dalam menimbangkan permohonan defendan pertama sehingga kelima untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan atas isu res judicata dan berpandukan hujahan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini perlu memutuskan sama ada isu baharu yang diketengahkan oleh plaintif-plaintif dalam Guaman 448 ini terangkum dalam res judicata kerana isu tersebut sepatutnya telah dibangkitkan semasa prosiding Guaman 580. [89] Mahkamah juga akan meneliti sama ada plaintif-plaintif berjaya mengecualikan pemakaian prinsip re judicata atas wujudnya keadaan luar biasa iaitu alasan penipuan seperti yang dihujahkan oleh plaintif-plaintif. [90] Antara prinsip penting dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783 adalah prinsip res judicata boleh diketepikan jika keputusan diperoleh melalui penipuan, salah faham undang-undang yang jelas, atau keputusan dibuat tanpa fakta penting. [91] Namun demikian, dalam kes Barrow v Bankside Members Agency Ltd [1996] 1 WLR 257 (CA) diputuskan bahawa jika isu yang dibangkitkan boleh dan sepatutnya dibangkitkan dalam prosiding asal, ia tidak boleh dijadikan alasan baharu. [92] Hal ini bermaksud pihak yang berpeluang membangkitkan isu penipuan dalam prosiding terdahulu tetapi gagal berbuat demikian tidak boleh mengemukakannya semula melalui prosiding guaman yang baharu. [93] Adakah alegasi penipuan yang dilakukan oleh defendan kelima boleh ditemui dengan usaha wajar (due diligence) oleh plaintif-plaintif semasa prosiding Guaman 580 dahulu. Persoalan ini pada hemat S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w Mahkamah hendaklah ditunjukkan oleh plaintif-plaintif. Privy Council dalam kes Kok Hoong v Leong Cheong Kweng Mines Ltd [1964] AC 993 memutuskan prinsip undang-undang yang signifikan iaitu es judicata merangkumi isu yang telah atau sepatutnya dibangkitkan dalam tindakan asal. [94] Oleh kerana saksi-saksi pakar berhubung keadaan mental defendan kelima telah memberi keterangan dan diperiksa balas semasa perbicaraan penuh Guaman 580, plaintif-plaintif telah pun mempunyai peluang yang baik dalam mencabar keadaan mental defendan kelima selain meneruskan dengan rayuan yang telah pun difailkan ke Mahkamah Rayuan. [95] Bagi tujuan ini, saya merujuk Afidavit Sokongan defendan pertama sehingga kelima bagi menyokong permohonan Kandungan 7 di sini. Defendan pertama telah mengekshibitkan nota keterangan semasa prosiding pemeriksaan SP3 pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr Arlina Nuruddin semasa perbicaraan Guaman 580. [96] Berdasarkan keterangan Dr Arlina, defendan kelima telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan didiagnos mengalami penyakit yang melibatkan ketidakupayaan fungsi mental disebabkan masalah fizikal seperti trauma, kecederaan, penyakit fizikal seperti kencing manis, darah tinggi atau jangkitan kuman. SP3 turut diperiksa balas oleh peguam cara yang mewakili plaintif pertama dan kedua disini. [97] Selain SP3, SP4 iaitu Dr Azizul Awaludin pakar perunding psikiatri dari Hospital Putrajaya turut memberi keterangan berhubung masalah mental defendan kelima semasa perbicaraan Guaman 580. SP4 S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w merupakan pakar yang sedang merawat defendan kelima pada masa yang material. Semasa mula merawat defendan kelima, defendan kelima menunjukkan tindakan luar kawalan, sangat resah dan tidak mampu berkata-kata. Menurut SP4, defendan kelima telah didiagnos mengalami panic decorum with situational accuse stress reaction pada tahun 2008 sehingga tahun 2009. [98] Pada tahun 2010 diagnosis defendan kelima ditukar kepada schizophrenia. Bahkan SP4 telah menjelaskan implikasi schizophrenia semasa memberi keterangan. Gejala defendan kelima semakin menurun dengan rawatan ubatan selain adanya sokongan keluarga. [99] Meski pun demikian, nota keterangan tersebut mencatatkan keterangan SP4 ada menyatakan kebolehan defendan kelima menyempurnakan dokumen yang kompleks tidak lagi sesuai susulan ketidakbolehannya memberi fokus yang baik. [100] Nota keterangan yang diekshibitkan oleh defendan pertama melalui Afidavit Sokongan turut memperlihatkan bahawa SP4 telah diperiksa balas oleh peguam cara plaintif-plaintif. [101] Dalam lain perkataan, alegasi penipuan defendan kelima berhubung dengan keadaan mentalnya telah pun dibangkitkan oleh plaintif-plaintif pada peringkat awal iaitu semasa prosiding Guaman 580. Selanjutnya Hakim Mahkamah Tinggi telah menilai dan membuat keputusan membenarkan tuntutan defendan pertama sehingga kelima dalam Guaman 580 tersebut. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [102] Selain itu, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pemfailan tuntutan dalam Guaman 448 seiring dengan adanya rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam Guaman 580 secara nyata merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. [103] Kini, plaintif-plaintif berhasrat untuk membuka semula kes melalui Guaman 448 ini dengan alasan untuk Mahkamah ini meneliti semula kesahan defendan kelima yang telah mewalikan pernikahan anak perempuannya. Menurut plaintif pertama, ini bagi memastikan alegasi bahawa defendan kelima telah menipu dalam Guaman 580 untuk mengelak dari diperiksa balas dapat dibuktikan. [104] Saya berpandangan bahawa pendekatan sedemikian yang ditonjolkan oleh plaintif-plaintif adalah bercanggah dengan bidang kuasa Mahkamah ini. Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahan perwalian dalam perkahwinan orang Islam. [105] Kelayakan defendan kelima sebagai wali yang menjadi tumpuan plaintif-plaintif di Mahkamah ini dalam Guaman 448. Berhubungan dengan alasan plaintif-plaintif untuk memanggil saksi-saksi pakar dalam bidang undang-undang Islam bagi membuktikan ketidaklayakan defendan kelima sebagai wali, pada hemat saya penegasan ini adalah tidak bermerit. [106] Mahkamah ini tidak boleh bergantung dengan keterangan saksi sedemikian dan memutuskan defendan kelima sebagai wali yang sah atau tidak dalam menikahkan anak perempuannya. Sekiranya Mahkamah ini membiarkan prosiding sedemikian dilakukan, ia akan mencemar dan melanggar peruntukan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w dengan jelas telah memisahkan bidang kuasa Sivil dan Syariah di Malaysia. [107] Seksyen 61(1) Enakmen Pentadbiran Agam Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah iaitu - (i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri. [108] Dalam kes Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and Other Appeals [2018] 3 CLJ 145, Mahkamah Persekutuan memutuskan – “(4) Both cls.
1
and
1A
of art. 121 of the Federal Constitution illustrates the respective regimes in which each court operates. Thus, issues of jurisdiction and conferment of powers in the civil courts and the Syariah courts are clearly drawn. Both the civil and Syariah courts co-exist in their respective spheres, even if they are dissimilar in the extent of their powers and jurisdiction, in that, the civil courts are possessed of powers, fundamental and intrinsic, as outlined in the Federal Constitution.”. [109] Saya juga telah mengingatkan diri saya untuk berhati-hati dalam menimbang perkara yang memerlukan penentuan sama ada sesuatu hal perkara berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil atau pun Mahkamah Syariah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah v. Tun Mahathir Mohamad (as the President of PERKIM) & Ors [2012] 7 CLJ 845 - [26] … The correct approach is for the court to examine the exact nature of the relief sought and the supporting affidavit of the plaintiff's originating summons and ask itself: assuming the facts S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w alleged in the supporting affidavit are true, and considering the exact nature of the relief sought, would not the matter fall exclusively within the jurisdiction of the Syariah High Court? If the answer is 'Yes', then (and only then) the matter falls outside the jurisdiction of the civil courts. However, if the answer is in the negative, then the court must dismiss the striking out applications.". [110] Pada hemat saya, untuk mencabar atau mengesahkan kelayakan wali dalam perkahwinan orang Islam, Mahkamah yang berbidang kuasa adalah Mahkamah Tinggi Syariah. Melainkan satu perintah sedemikian yang mengesahkan kelayakan defendan kelima sebagai wali telah diperolehi dari Mahkamah Tinggi Syariah, barulah ia menjadi bukti konklusif yang boleh dikemukakan di Mahkamah Sivil bagi menyokong penegasan plaintif-plaintif. Namun begitu, pengemukaan dokumen sedemikian adalah semasa prosiding Guaman 580 masih berjalan dengan mengambilkira pernikahan berlaku pada 3.6.2022 dan dengan mengambilkira prinsip undang-undang yang diperihalkan terdahulu di atas. [111] Saya mendapati isu-isu ini tidak dikupas dalam penghujahan pihak-pihak. Namun demikian, saya memetik alasan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Yahya Mohd Khalid v MISC Berhad [2020] MLJU 77 yang relevan untuk dinukilkan semula di sini sebagai panduan – Judgments which tend to impose on the judge not to look into the law of Malaysia outside the submission of parties is not only demeaning but is a violent interference of the role of a judge. Such decisions are great dis-service to the rule of law and constitutional oath of office of a judge. Thus, in a civil or commercial matter, when there is a breach of the laws of Malaysia inclusive of the constitutional framework or even a purported breach, a judge must take due recognition and mould his decision to render justice according to the law. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w [112] Selanjutnya saya membandingkan pendekatan yang saya gunapakai di sini dengan pendekatan Mahkamah dalam kes Chee Pok Choy & Ors v Scotch Leasing Sdn Bhd [2001] 2 CLJ 321; [2001] 4 MLJ 346. Dalam kes tersebut, tuntutan untuk mengenepikan perintah Mahkamah terdahulu atas alasan frod telah dikendalikan melalui perbicaraaan penuh dan bukan melalui prosiding permohonan ringkas membatalkan pliding sebagaimana di sini. Mahkamah Rayuan menekankan keperluan untuk membuktikan alegasi frod mestilah melalui pembuktian keterangan yang bergantung kepada keadaan sesuatu kes. [113] Namun demikian, dengan bersandarkan keputusan dalam kes Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and Other Appeals (supra) dan Siti Hasnah Vangarama Abdullah v. Tun Mahathir Mohamad (as the President of PERKIM) & Ors (supra), Mahkamah ini terhalang untuk membicarakan isu-isu berkaitan kesahan defendan kelima sebagai wali dalam pernikahan anak perempuannya. [114] Berdasarkan alasan-alasan di atas dan dengan berpandukan kepada prinsip undang-undang mantap, Mahkamah ini dalam menjalankan budi bicaranya secara kehakiman memutuskan bahawa peruntukan dalam A18 k19 (1) (b) dan (d) KKM 2012 telah dipenuhi oleh defendan pertama sehingga kelima. [115] Pada hemat saya, pencabaran terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam Guaman 580 sewajarnya melalui prosiding rayuan dan bukan dengan cara memfailkan Guaman 448 di Mahkamah ini untuk mengenepikan penghakiman tersebut. S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w F. KESIMPULAN [116] Berdasarkan alasan-alasan yang dicerakinkan di atas, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut –
i
Permohonan plaintif-plaintif untuk menggantung pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi dalam Guaman BA-22NCVC- 580-11/2018 bertarikh 7.6.2024 sehingga Guaman BA-22NCVC- 448-11/2024 dilupuskan adalah ditolak dengan kos RM2,000.00 tertakluk kepada alokator.
II
(ii) Permohonan defendan pertama sehingga kelima untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dibenarkan dengan kos dibayar oleh plaintif-plaintif kepada defendan pertama sehingga kelima sebanyak RM5000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 28 Mei 2025. Ditandatangani ........................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam
1
Bagi Pihak Plaintif Pertama dan Kedua : Keshvinjeet Singh Tetuan Gunaseelan & Associates (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w
2
2.
3
Bagi Pihak Defendan Pertama - Kelima Bagi Pihak Defendan Keenam dan Ketujuh : : Yuvanes Taruman Tetuan Yuvanes Marian Partnership (Klang, Selangor) Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor (Shah Alam, Selangor) S/N jtE4wmnVQUihHfVwnnr67w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.