Schedule
JADUAL PECAH BAHAGIAN Nama Penuh tiap-tiap Tuanpunya bersama Luas Kawasan mengikut Bahagian Dan Petak ABDULLAH BIN SAAMAH (Si Mati) (NO. K/P: KN227881) PETAK 0.303 Hektar (0.749 Ekar) KAMARIYAH BT SUDIN (NO. K/P: 510720-03-5114) PETAK 2 0.202 Hektar (0.499 Ekar) MAT JUSOH BIN SUDIN (Si Mati) (NO. K/P: 600905-03-5347) PETAK 3 0.202 Hektar (0.499 Ekar) SAKINAH BT SUDIN (NO. K/P: 540418-03-5268) PETAK 4 0.202 Hektar (0.499 Ekar) 6 c) Bahawa Pentadbir Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan mengendorskan dan/atau meminda pengenalan diri MAT JUSOH BIN SUDIN, Si Mati daripada No. Kad Pengenalan: 600905-03-5349 kepada No. Kad Pengenalan: 600905-03- 5347 dan pengenalan diri Plaintif Ketiga, SAKINAH BINTI SUDIN daripada No. Kad Pengenalan: 540413-03-5268 kepada No. Kad Pengenalan: 540418-03-5268. d) Kos tindakan ini; dan e) Apa jua perintah yang Mahkamah fikirkan patut dan suaimanfaat. [13] Defendan pula telah mempertikaikan tuntutan Plaintif-Plaintif. Menurut Defendan, tanah berkenaan telah melalui 2 kali proses pengambilan oleh pihak kerajaan, antara lain bagi membuat jalan dan membina sebuah klinik. Wang pampasan telah diterima oleh pihak Plaintif kerana tanah-tanah terlibat adalah di bahagian pihak Plaintif dan pihak Defendan iaitu arwah Abdullah ketika hayatnya tidak pernah membantah. Maka menurut Defendan, bagi maksud memecahkan bahagian, bahagian atau syer Plaintif sepatutnya berkurangan. Justeru itu Defendan telah membuat Tuntutan Balas seperti berikut: a) Satu pengisyhtiharan bahawa bahagian Tanah GM 95, Lot 1041, Mukim Gua, Daerah Kuala Lemal (Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan milik Abdullah Saamah adalah 0.9993 Ekar @ sebagaimana ukuran sahih daripada kedudukan rumah kayu milik asal Arwah Saamah; b) Satu pengisyhtiharan bahawa bahagian Tanah GM 95, Lot 1041, Mukim Gua, Daerah Kuala Lemal, Jajahan Pasir Mas, Negeri 7 Kelantan milik Plaintif-Plaintif adalah 1.3947 Ekar @ sebagaimana ukuran sahih daripada kedudukan ruman kayu milik asal Arwah Saamah; c) Bahawa Pentadbir Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan memperbetulkan bahagian Tanah GM 95, Lot 1041, Mukim Gua, Daerah Kuala Lemal, Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan sebagaimana berikut:- 1) Mat Jusoh bin Sudin (No. K/P: 600905-03-5347) - 1/3 bahagian daripada (b); 2) Kamariyah bt Sudin (No. K/P: 510720-03-5114) - 1/3 bahagian daripada (b); 3) Sakinah bt Sudin (No. K/P: 540418-03-5268) - 1/3 bahagian daripada (b); 4) Abdullah bin Saamah (No. K/P: 291029-03-5403) - kesemua bahagian daripada (a); d) Bahawa Pentadbir Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan mengeluarkan Suratan Hakrnilik baru Tanah GM 95, Lot 1041, Mukim Gua, Daerah Kuala Lemal, Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan dengan mendaftarkan ketuanpunyaan bersama sebagaimana berikut:- 1) Mat Jusoh Bin Sudin (No. K/P : 600905-035347) - 1/3 bahagian daripada (b); 2) Kamariyah Binti Sudin (No. K/P : 510720-03-5114) - 1/3 bahagian daripada (b); 8 3) Sakinah Binti Sudin (No. K/P : 540418-03-5268) - 1/3 bahagian daripada (b); 4) Abdullah Bin Saamah (No. K/P : 291029-03-5403) - kesemua bahagian daripada (a); e) Ukuran sahih dibuat oieh Jurukur bertauliah untuk menentukan keluasan sebenar sebagaimana Perenggan (a) kepunyaan Abdullah Saamah ke atas Tanah GM 95, Lot 1041, Mukim Gua, Daerah Kuala Lemal, Jajahan Pasir Mas, Nageri Kelantan dengan rumah kediaman Abdullah Saamah/rumah asal milik Arwah Saamah sebagai sempadan dan baki daripada keluasan milik Abdullah Saamah tersebut adalah milik yang sah Plaintif-Plaintif sebagaimana Perenggan (b) dan Pentadbir Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan mendaftarkan sebagaimana Perenggan (c) dan (d) mengikut pengesahan Jurukur Bertauliah tersebut; f) Kos; dan g) Mana-mana dan/atau apa-apa relif atau perintah lain yang suai munafaat. C. FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI PIHAK-PIHAK [14] Berikut adalah fakta-fakta yang dipersetujui: 1) Plaintif-Plaintif serta Arwah Mat Jusoh bin Sudin dan Arwah Abdullah bin Saamah adalah tuanpunya bersama berdaftar terkini 9 bagi hartanah yang dipegang di bawah hakmilik GM 95, Lot 1041, Mukim Gua, Daerah Kuala Lemal, Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan (“Hartanah tersebut”). 2) Bahagian hakmilik mereka sebagaimana yang tercatat di dalam suratan hakmilik terkini bagi Hartanah tersebut adalah seperti berikut: (i) Abdullah bin Saamah - 3/9 bahagian (ii) Kamariyah bt Sudin - 2/9 bahagian (iii) Mat Jusoh bin Sudin - 2/9 bahagian (iv) Sakinah bt Sudin - 2/9 bahagian 3) Luas keseluruhan terkini hartanah tersebut ialah 0.9689 hektar dan ianya tertakluk kepada jenis kegunaan “Pertanian”. D. HUJAHAN PLAINTIF [15] Plaintif menghujahkan bahawa adalah menjadi fakta yang tidak dinafikan bahawa Plaintif adalah pemilik berdaftar di atas hartanah tersebut dan setiap mereka adalah pemilik 2/9 bahagian di atas hartanah tersebut. Hakmilik dan kepentingan Plaintif ini tidak dapat disangkal selaras dengan Seksyen 340(1) KTN. [16] Pendaftaran hakmilik dan kepentingan mereka telah disempurnakan melalui memorandum pindahmilik di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas pada 11.3.1997. Melainkan wujudnya kesilapan, pemalsuan dan penipuan, maka hak Plaintif di atas hartanah tersebut tidak dapat disangkal. 10 [17] Defendan pada sepanjang masa hanya menimbulkan isu sempadan yang sebenar di atas hartanah tersebut berdasarkan rentahan Arwah Abdullah dan keluarga. [18] Namun Plaintif menghujahkan bahawa keterangan saksi-saksi Defendan berkenaan dengan kawasan rentahan juga adalah bercanggah dan bertentangan di antara mereka. Malahan SD2 semasa disoal balas, ada menyatakan bahawa dia ada meminta sedikit tanah dari Plaintif 2 dan 3 memandangkan tanah tersebut milik bapa mereka. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kawasan rentahan yang dikatakan oleh Defendan, bukanlah muktamad malahan adalah berbeza-beza di antara mereka sendiri. [19] SD3 pula di dalam keterangannya semasa disoal balas, banyak tidak mengingati fakta penting seperti kawasan sempadan kawasan Fatimah iaitu seorang lagi waris Saamah. SD3 juga tidak tidak tahu berkenaan dengan keluasan sebenar rumah Arwah Saamah iaitu datuknya. Tambahan dari itu dia juga bersetuju bahawa dia dan adik beradiknya membina rumah di atas tanah tersebut tanpa mengetahui dengan betul berapakah keluasan tanah milik ayahnya. [20] Oleh kerana keterangan berkenaan dengan kawasan rentahan ini sendiri tidak disepakati oleh saksi-saksi Defendan, maka tiada keterangan yang jelas yang menunjukkan setakat mana rentahan dan seterusnya bahagian keluasan pihak-pihak. Plaintif juga menghujahkan bahawa kawasan rentahan tersebut tidak boleh mengatasi bahagian yang didaftarkan di suratan hakmilik bagi hartanah tersebut. 11 [21] Plaintif juga menghujahkan bahawa Plaintif dibolehkan untuk membuat permohonan terus ke mahkamah untuk penamatan ketuanpunyaan bersama di bawah Seksyen 145 (1) Kanun Tanah Negara (selepas ini disebut sebagai “KTN”). E. HUJAHAN DEFENDAN [22] Defendan di dalam hujahannya menghujahkan bahawa tuntutan Plaintif adalah bercanggah dengan pliding kerana di dalam plidingnya, Plaintif memohon untuk menamatkan ketuanpunyaan bersama tanah yang dipegang di bawah hak milik GM 95, Lot 1041, Mukim Gua, Daerah Kuala Lemal, Jajahan Pasir Mas di antara Defendan dan Plaintif. Namun di dalam keterangan dan hujahannya, Plaintif telah menyatakan nombor hakmilik yang berlainan iaitu Lot 1368, GM 95 Mukim Gua, sepertimana di dalam P7, walaupun hartanah tersebut dari hakmilik yang sama. Ini bercanggah dengan plidingnya sendiri. [23] Selain dari itu, Pelan cadangan di ekshibit P7 juga diragui kerana pelan tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa Perancang dan bertentangan dengan Seksyen 136(1)(C)(i) Kanun Tanah Negara. Defendan juga menghujahkan bahawa terdapat pengambilan tanah oleh kerajaan di atas tanah tersebut dan ianya melibatkan kawasan rentahan Plaintif. Namun jumlah bahagian di atas geran hakmilik masih tidak berubah dan kekal sepertimana keadaan sebelum pengambilan berlaku. [24] Seterusnya sebagai pemilik bahagian majoriti, Plaintif seharusnya membuat permohonan di Pejabat Tanah terlebih dahulu sebelum membuat 12 permohonan di Mahkamah selaras dengan Seksyen 141A, Kanun Tanah Negara. Namun Plaintif dalam kes ini terus memfailkan permohonan ke Mahkamah. Kegagalan ini menyebabkan satu kegagalan yang fatal di pihak Plaintif di dalam tuntutannya ini. [25] Selain itu, Defendan juga menghujahkan bahawa Plaintif gagal untuk membuktikan kawasan rentahannya adalah sepertimana di dalam ekshibit P7. Sepertimana dinyatakan di atas, Plaintif gagal untuk menunjukkan bahawa hakmilik yang dipohon untuk pecah bahagian adalah hakmilik yang sama seperti di dalam P7. [26] Tambahan dari itu, SP2 dalam keterangannya menyatakan bahawa rentahan adalah berdasarkan rumah arwah Abdullah dan jalan masuk bukannya sebagaimana di dalam pelan P7. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengambilan tanah yang dibuat oleh kerajaan adalah melibatkan kawasan rentahan Plaintif dan tidak melibatkan rentahan Defendan serta kawasan rentahan Defendan kekal sepertimana asal. [27] Berkenaan dengan tuntutan balas Defendan, Defendan menghujahkan bahawa kawasan rentahannya adalah sepertimana pembahagian yang dibuat oleh Saamah b Abdullah iaitu ayah kepada Sudin dan Abdullah. Ini diakui sendiri oleh SP2. [28] Selain itu Defendan menghujahkan bahawa keterangan saksi-saksi Defendan adalah menyokong dan selari dengan fakta kes Defendan. 13 F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [29] Setelah meneliti keterangan keterangan lisan dan dokumentari, ekshibit-ekshibit, kertas-kertas kausa, hujahan-hujahan pihak-pihak, mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif dan menolak tuntuan balas Defendan. Berikut adalah alasan mahkamah. [30] Adalah menjadi fakta yang tidak disangkal oleh mana-mana pihak, Plaintif sebagai pemilik berdaftar merupakan pemilik yang sah sebahagian hartanah tersebut. Maka dari segi undang-undang, Plaintif mempunyai kepentingan yang dijamin di bawah Seksyen 340(1) KTN. Hak dan kepentingan Plaintif di dalam hartanah tersebut hanya boleh dicabar sekiranya wujudnya penipuan, kesilapan dan pemalsuan. Ini jelas ditunjukkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Kaliammah Muthu v Valee Karuppen [2017] 5 MLRA 682 yang membincangkan berkenaan dengan Seksyen 340(2) KTN seperti berikut: “[21] Indefeasibility of title can only be challenged under the circumstances as provided in section 340(2) NLC. In the Statement of Claim and based on the evidence adduced during the trial there was no allegation by the Plaintiff that there was fraud or misrepresentation neither was there any allegation that the registration of the title was obtained by the 2nd Defendant by forgery.” [31] Seksyen 340(2) KTN memperuntukkan seperti berikut: 14 “(2)Hakmilik atau kepentingan mana-mana orang atau badan sedemikian janganlah hendaknya menjadi tak boleh disangkal — a) dalam mana-mana hal penipuan atau salahnyata yang orang atau badan itu, atau mana-mana agen orang atau badan itu, adalah menjadi satu pihak atau bahagian; atau b) jika pendaftaran diperolehi secara pemalsuan, atau dengan cara satu instrumen yang tidak mencukupi atau taksah atau c) jika hakmilik atau kepentingan itu adalah diperolehi secara tidak sah oleh orang atau badan dalam perlaksanaan apa-apa kuasa atau wibawa yang diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis.” [32] Di dalam kes Ong Chat Pang & Anor v. Valiappa Chettiar (1971) 1 MLJ 224, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “the conception of indefeasibility being central in the system of land registration, so long as land stands registered in the name of a particular person such registration constitutes conclusive evidence that the person is in fact the registered proprietor of the land unless and until his registered title is cancelled or set aside in accordance with some relevant provision of the law.” [33] Di dalam kes ini Defendan tidak menimbulkan isu-isu tersebut (iaitu frod, penipuan, salah nyata dan lain-lain). Sebaliknya Defendan hanya menimbulkan isu rentahan pihak-pihak berkenaan dengan sempadan yang sebenarnya. Oleh itu berdasarkan Seksyen 340(2), hak milik dan kepentingan Plaintif di atas hartanah tersebut tidak berjaya disangkal oleh 15 Defendan dalam kes ini. Dengan alasan ini sahaja bersandarkan otoriti-otoriti di atas, tuntutan Plaintif boleh dibenarkan dan tuntutan balas Defendan ditolak oleh Mahkamah. [34] Memandangkan asas pertikaian Defendan adalah bersandarkan kepada pertikaian mengenai keluasan kawasan rentahannya (bahagiannya) dan juga keluasan kawasan Plaintif, kini Mahkamah akan meneliti “pembelaannya” dan tuntutan balasnya secara terperinci. [35] Setelah meneliti keterangan yang ada, mahkamah mendapati bahawa Defendan gagal menunjukkan dengan jelas berkenaan dengan kawasan dan keluasan rentahan yang sebenarnya. Mahkamah juga berpandangan bahawa sekiranya benar wujud rentahan seperti yang dikatakan oleh Defendan, kenapakah Defendan tidak mencabar Plaintif sehinggalah kes ini di bawa ke mahkamah. [36] Contohnya jika dilihat di dalam keterangan SD2, dia mengatakan bahawa sempadan sebenar ialah di tandaan X yang dibuatnya pada cadangan pelan di Ikatan B, muka surat 25, yang mana sekarang telah berada di kawasan pagar Plaintif 1. Seandainya benar bahawa itulah sempadan rentahan sebenar, kenapakah Defendan tidak pernah mempertikaikan apabila ayah Plaintif mengalihkan pagar ke kawasan tersebut. [37] Memandangkan keluasan tanah Defendan menjadi isu utama secara keseluruhan, mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan saksi-saksi Defendan secara mendalam melalui “judicial appreciation”. Mahkamah 16 mendapati bahawa keterangan saksi-saksi Defendan adalah lemah dan tidak menyakinkan dan kebanyakan menggunakan “pedoman” dan bukan keterangan konkrit dan berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh orang yang telah meninggal dunia yang tidak dapat hadir memberi keterangan di Mahkamah. Malahan Mahkamah juga mendapati saksi-saksi Defendan tidak begitu konsisten di dalam keterangan-keterangan mereka seperti diperlihatkan dibawah: SD2- Puan Zainab binti Samat Pemeriksaan utama: 12. Soalan: Boleh makcik beritahu keluasan? Jawapan: Saya dan suami tidak tahu keluasan tetapi pedoman sempadan bahagian arwah Sudin dan Abdullah adalah berpandukan kedudukan rumah yang saya tinggal sebagaimana yang diberitahu oleh bapa mertua saya sendiri. 13. Soalan: Adakah ada tanda sempadan lain? Jawapan: Ada, pokok durian tetapi sudah tidak ada sekarang kerana ditebang tetapi pokok durian itu dahulunya di dalam kawasan pagar yang sekarang ini rumah Mat Jusoh. 17 Pemeriksaan Balas: P/cara Plaintif: Saya katakan sebenarnya tak ada pun pagar kawat berduri. Yang ada hanya pokok-pokok kelapa yang ditanam oleh Arwah Abdullah, betul? Jawapan: Betul. Hanya pokok kelapa. P/cara Plaintif: Kenapa makcik pergi mintak sikit tanah daripada Sakinah dan Kamariyah? Makcik ada mintak sebab nak bagi lepas rumah, betul? Jawapan: Ada mintak tapi dia tak bagi. P/cara Plaintif: Jadi makcik tahu lah itu tanah dia? Jawapan: Tahu sebab ayah dia punya. SD3- Marudin bin Abdullah Pemeriksaan utama: 10. Soalan: Boleh Encik beritahu keluasan? Jawapan: Saya tidak tahu keluasan tetapi pedoman sempadan bahagian arwah Sudin bin Abdullah adalah berpandukan kedudukan rumah yang saya tinggal sebagaimana yang diberitahu oleh bapa saya sendiri dan juga arwah Sudin. 18 11. Soalan: Adakah ada tanda sempadan lain? Jawapan: Ada, pokok durian tetapi sudah tidak ada sekarang kerana ditebang tetapi pokok durian itu dahulunya di dalam kawasan pagar yang sekarang ini rumah Mat Jusoh (Plaintif). 14. Soalan: Arwah Abdullah menoreh di mana? Jawapan: Ayah saya menoreh di bahagian kawasan yang diberi oleh datuk saya, di atas tanah ini. 15. Soalan: Adakah Sudin juga menoreh getah? Jawapan: Tidak, Sudin upah orang lain untuk menoreh bahagian dia. 16. Soalan: Bagaimana Sudin dan Abdullah tahu kawasan pokok-pokok getah masing-masing? Jawapan: Pada asalnya arwah Sudin ada membina pagar kawat duri berdekatan dengan kawasan rumah ayah saya kemudiannya selepas ada pengambilan untuk klinik, Sudin mengalihkan pula pagar ke bahagian bawah lagi iaitu di kawasan pagar rumah Mat Jusoh sekarang. 19 Pemeriksaan balas: P/cara Plaintif: Encik pun tidak tahu keluasan tanah sebagaimana yang dinyatakan dalam jawapan bagi soalan no. 10 (PSD-2), betul? Jawapan: Betul. P/cara Plaintif: Masih berkenaan jawapan bagi soalan no. 10. Selain daripada Encik, siapa lagi dari adik beradik Encik yang tahu tentang kedudukan/sempadan pembahagian antara Sudin dan Abdullah? Jawapan: Orang lain tak tahu sama seperti saya. P/cara Plaintif: Asalnya Lot 956 dipindahkan oleh Haji Saamah kepada Sudin, Abdullah dan Fatimah. Kalau Encik kata, sempadan kawasan Abdullah adalah setakat rumah arwah Haji Saamah, di mana pula sempadan kawasan Fatimah? Jawapan: Tak tahu. P/cara Plaintif: Encik kata Encik ni seorang tukang rumah. Boleh beritahu berapakah keluasan rumah asal Haji Saamah? Jawapan: Tak tahu. P/cara Plaintif: Berapa pula keluasan rumah yang Arwah ayah Encik terima setelah diperbaiki? 20 Jawapan: Tak tahu. P/cara Plaintif: Arwah Abdullah hanya toreh getah sekitar rumah beliau? Jawapan: Ya. P/cara Plaintif: Rujuk jawapan bagi soalan no. 15 (PSD-2). Sejak bila Arwah Sudin upah orang untuk toreh getah miliknya? (Masa Encik umur berapa?) Jawapan: Tak ingat. P/cara Plaintif: Rujuk jawapan bagi soalan no. 16 (PSD-2). Saya katakan, kalau Sudin akui hanya kawasan miliknya berkurangan selepas pengambilan, dia tak perlu alihkan kawat duri. Jadi keterangan Encik ini adalah tidak benar? Jawapan: Tak tahu. P/cara Plaintif: Berdasarkan jawapan no. 42. Saya katakan bahawa Encik dan adik beradik Encik bina rumah sesuka hati tanpa tahu pun berapa keluasan yang menjadi hak Arwah Ayah Encik, betul? Jawapan: Betul. 21 SD4- Mahamad bin Ismail Pemeriksaan Utama: 11. Soalan: Adakah kawasan yang diupah menoreh oleh arwah Sudin ini merangkumi keseluruhan Tanah ini? Kenapa Haji tidak menoreh di kebun arwah Abdullah? Jawapan: Tidak semua, hanya sebahagian milik arwah Sudin sahaja dan bahagian arwah Sudin ditunjuk sendiri oleh arwah Sudin. Bahagian arwah Abdullah pula diusahakan dan ditoreh sendiri oleh arwah Abdullah. 12. Soalan: Haji masih ingat kawasan yang ditunjukkan oleh arwah Sudin yang ditoreh oleh Haji dan kawasan yang diusahakan oleh arwah Abdullah? Jawapan: Ya, saya masih ingat dengan jelas kawasan kebun getah kepunyaan Sudin yang diarahkan oleh Sudin untuk saya toreh. 21. Soalan: Boleh Haji camkan dan tunjukkan kawasan kebun getah yang Haji menoreh dahulu sama ada dalam gambar atau pelan cadangan? Jawapan: Sekarang tidak ada lagi kebun getah kerana telah dibersihkan semasa hayat arwah Sudin lagi. Yang saya pasti, pagar kawat berduri adalah sebelum 22 jalan yang digunakan oleh arwah Abdullah dan keluarga. Dan yang saya pasti kedudukan pagar kawat berduri adalah di kedudukan pagar rumah arwah Mat Jusoh yang ada sekarang. 24. Soalan: Boleh Haji beritahu kenapa Haji hanya menoreh setakat kawasan yang Haji tunjukkan tadi sahaja? Jawapan: Mengikut arwah Sudin kawat duri merupakan penanda sempadan antara bahagian arwah Abdullah dan arwah Sudin. Jadi saya perlu menoreh sehingga ke pagar kawat berduri itu sahaja dan kebun getah selepas kawat berduri adalah kepunyaan arwah Abdullah. Pemeriksaan Balas: P/cara Plaintif: Berdasarkan jawapan no. 42. Saya katakan bahawa Encik dan adik beradik Encik bina rumah sesuka hati tanpa tahu pun berapa keluasan yang menjadi hak Arwah Ayah Encik, betul? Jawapan: Betul. P/cara Plaintif: Rujuk jawapan bagi soalan no. 8 (PSD-3). Macam mana Encik boleh tahu cerita ini sedangkan Encik asal Tanah Merah? 23 Jawapan: Saya tahu sebab Abdullah dan Sudin adalah bapa saudara saya. P/cara Plaintif: Encik kata tanah Arwah Hj Saamah ni dulunya penuh dengan pokok-pokok getah. Setuju atau tidak kalau saya katakan bahawa pokok-pokok getah ini ditanam secara tersusun dan setiap lorong pokok-pokok getah ni memang boleh jadi laluan jalan kaki atau berbasikal? Jawapan: Setuju. P/cara Plaintif: Rujuk jawapan bagi soalan no. 10 (PSD-3). Kalau Encik masih ingat, Encik kata Encik menoreh getah Arwah Sudin. Masa tu Marudin kecil lagi ye? Jawapan: Kecik lagi, umur 7-8 bulan. P/cara Plaintif: Rujuk jawapan bagi soalan no. 11 (P5D-3), boleh sahkan bahawa Encik hanya toreh sebahagian getah milik Arwah Sudin, betul? Jawapan: Betul.” [38] Selain dari itu mahkamah juga mengambil kira bahawa, Defendan di dalam kes ini gagal untuk mengemukakan mana-mana pakar yang boleh mengesahkan kedudukan sebenar rentahan pihak-pihak yang dikatakan telah dispersetujui oleh Sudin dan Abdullah sebelum ini. Oleh kerana kedua-dua ini merupakan fakta-fakta yang ditegaskan oleh Defendan, maka beban pembuktian adalah di pihak Defendan untuk membuktikan fakta-fakta ini. Sewajarnya Defendan perlu membuktikan fakta-fakta 24 tersebut berhubung keluasan bahagian-bahagian/kawasan-kawasan rentahan Plaintif dan Defendan dan setakat mana keluasan tersebut dengan disahkan oleh pakar/Jurukur bertauliah. Sebaliknya apa yang ada di hadapan Mahkamah adalah, dengan izin, keterangan-keterangan yang tidak meyakinkan, longgar dan mempunyai percanggahan di antara saksi-saksi Defendan. Justeru Defendan gagal melepaskan tanggungjawabnya untuk membuktikan fakta-fakta tersebut. Ke arah itu Seksyen 103 Akta Keterangan adalah berkaitan. [39] Berkenaan dengan hujahan Defendan bahawa Plaintif tidak mengikut plidingnya kerana nombor hakmilik adalah salah, Mahkamah berpandangan bahawa ianya bukanlah satu isu besar kerana jelas, ianya melibatkan hartanah yang sama. Cuma berbeza nombor hakmilik setelah berlaku pertukaran. Namun ianya tetap melibatkan hartanah yang sama yang menjadi pertikaian di dalam kes ini. Di dalam kes Boustead Trading (1985) Sdn. Bhd v Arab Malaysian Merchant Bank Berhad (1995) 4 CLJ 283, Mahkamah Rayuan memutuskan budibicara Mahkamah bicara boleh digunakan untuk fakta yang tidak diplid diterima masuk demi keadilan. Di dalam kes itu Mahkamah Rayuan memutuskan: “It is to be emphasised that the categories of cases in which a Court may permit an unpleaded point to be argued are not closed and that the foregoing three classes of case are but mere illustrations of a much wider principle. It is this. A Court may permit a litigant to argue that his opponent is estopped from raising a particular contention if it is in the interests of justice to do so. It is really a matter within the discretion of the particular Judge who, when deciding where the 25 justice of the case lies, must have due regard to all the circumstances of the case, including any injury or prejudice that may be caused by the affected party being taken by surprise. If a Court comes to the conclusion that no injustice will be occasioned by permitting a party to raise estoppel as an issue, then, it may be justified in departing from the salutary rule contained in such decisions as Haji Mohamed Dom v. Sakiman [1955] 1 LNS 26 and Anjalai Ammal & Anor. v. Abdul Kareem [1965] 1 LNS 9 that imposes upon a Judge the duty to strictly decide a case upon and only upon the issues raised in the pleadings and not upon an unpleaded case. Nevertheless, Courts must ensure that the occasions upon which such departure may be permitted are rare. For otherwise the rule which declares that a party is bound by its pleadings will be rendered meaningless. That the justice of the case should be the overriding consideration is axiomatic. After all, Courts exist to do justice according to the law as applied to the substantial merits of a particular case. And rules of Court and of practice are created to facilitate the attainment of justice, not its obstruction.” [40] Jelas menurut otoriti di atas, walaupun isu baru terlibat dan terdapat elemen “surprise”, Mahkamah boleh menggunakan budibicaranya untuk memasukkan fakta baru yang tidak diplidkan demi keadilan. Namun di dalam kes ini ia tidak melibatkan fakta baru. Tidak wujud “element of surprise” kerana ianya melibatkan fakta yang sama iaitu melibatkan hartanah yang sama. 26 [41] Berkenaan dengan hujahan Defendan bahawa Plaintif tidak boleh membuat permohonan ini tanpa membuat permohonan ke Pejabat Tanah terlebih dahulu, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa, Seksyen 145 KTN membenarkan Plaintif untuk membuat permohonan ini. Mahkamah juga merujuk kepada kes Ku Yan B Ku Abdullah (1991) 3 CLJ (rep) 73 yang memutuskan: “In my view, too, a co-proprietor having the majority share in a piece of land thus is not barred from applying to the High Cowl under subsection (1) of s. 145 to have the co• proprietorship terminated and the land partitioned under subsection (2) of s. 145 on the general ground that a co-proprietor will not join in nor consent to the making of an application for partition. There is no reference in any part of chapter 2 of part 9 of the Code, a chapter dealing with partition of lands, that in respect of a co-proprietor holding the majority share in a piece of land he must first apply to the Land Administrator for partition under s. 145 before he applies to the High Court. I therefore rule that I have the jurisdiction to hear this application……..” [42] Di dalam kes Aishah Mohd Saman & Yang Lain v Kalsom Hj Mohamad Nor (1999) 4 MLRH 188, Mahkamah memutuskan: “(2) Seorang tuan tanah bersama yang memegang syer majoriti di dalam sebidang tanah oleh kerana itu tidak dihalang daripada memohon kepada Mahkamah Tinggi di bawah s. 145(1) Kanun itu 27 untuk pemilikan bersama itu ditamatkan dan tanah itu dipecah milik di bawah s. 145 atas alasan am bahawa seseorang tuan tanah bersama itu enggan turut atau memberi persetujuan membuat permohonan untuk pemecahan milik.” [Lihat juga kes Hasiah Mat v Johan Ariffin Din & 3 Yang Lain [2009] 11 MLRH 83]. [43] Berdasarkan otoriti-otoriti tersebut dan Seksyen 145 KTN, Mahkamah bersetuju bahawa, Plaintif dibenarkan untuk membuat permohonan ini secara terus ke Mahkamah dan tanpa perlu membuat permohonan ke Pejabat Tanah terlebih dahulu. [44] Seterusnya samada pelan cadangan pecah bahagian yang disediakan oleh Jurukur Ramadhan iaitu Jurukur bertauliah (No. Fail: JR/HM/14/2012) adalah adil dan bersesuaian mengikut syer dan milikan berdaftar Plaintif-plaintif serta Arwah Mat Jusoh bin Sudin dan Arwah Abdullah bin Saamah ke atas Hartanah tersebut, Mahkamah berpendapat peIan cadangan Plaintif untuk pecahbahagi Hartanah tersebut [eksibit P7 @ m/s 22 Ikatan B] adalah suatu cadangan yang terbaik dengan mengambilkira keluasan berdasarkan pemilikan berdaftar pihak-pihak sebagaimana di dalam geran. Lebih-lebih lagi tiada sebarang cadangan balas yang disediakan oleh jurukur berlesen yang dilantik oleh pihak Defendan dikemukakan. [45] Sebaliknya, Mahkamah berpendapat di dalam kes ini, pelan cadangan yang dikemukakan oleh Defendan (D16) bukanlah satu pelan 28 yang terbaik yang berupaya mengambil kira kepentingan semua pihak. Ini adalah kerana antara lain, jika dilihat di petak 2 tidak terdapat cadangan untuk akses. Malahan pelan cadangan tersebut juga bukan disediakan oleh Jurukur bertauliah dan ianya tidak menyatakan dengan jelas berapakah jumlah bahagian tanah iaitu keluasan petak-petak yang dicadangkan. Oleh itu, adalah sukar untuk Mahkamah membuat penilaian ke atasnya, jika dibandingkan dengan pelan cadangan Plaintif di ekshibit P7, yang disediakan oleh Juruukur bertauliah. Mahkamah berpendapat P7 adalah lebih jelas, adil, sesuai dan berpendapat ianya merupakan cadangan yang terbaik untuk kesemua pihak. [46] Ke arah itu Mahkamah ingin merujuk kepada keterangan SP3, seorang pakar iaitu Jurukur berlesen yang dengan sendiri memberi penjelasan yang ketara mengenai dapatan Mahkamah ini, seperti berikut: “P/cara Plaintif: Sila Tuan Haji rujuk kepada Pelan Cadangan Penyelesaian di dalam Ikatan Dokumen Tambahan Defendan (Ikatan D). Sebagai seorang Jurukur berlesen dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun, apakah pendapat Tuan Haji barkenaan dengan Pelan Cadangan Penyelesaian Defendan tersebut? Jawapan: Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya, Pelan Cadangan Penyelesaian tersebut tidak sesuai untuk diterima atas beberapa alasan seperti berikut: 29 i. Pelan cadangan tersebut tidak dinyatakan/dicatatkan sama ada untuk pecah bahagian atau pecah sempadan; ii. kalau pecah bahagian, cadangan petak tidak boleh melebihi bilangan pemilik berdaftar (4 orang); iii. kalau pecah sempadan, mesti ada akses keluar masuk tetapi untuk Petak 2 (Rumah Kayu), tiada cadangan untuk akses; iv. Petak 2 (bahagian tengah Tanah), bukaan di bahagian depan tidak cukup 50 kaki iaitu minima bukaan untuk sebuah rumah banglo (12.893 kaki x 3.28 kaki = 42.289 kaki); v. jumlah keluasan bagi Petak 2 (di bahagian tengah dan bucu Tanah), masih tidak mencukupi bagi syer mana-mana pemilik berdaftar umumnya, atau Plaintif Kedua (Puan Kamariyah) khususnya iaitu 2/9 bahagian, maka tak boleh buat pecah bahagian. P/cara Plaintif: Ada apa-apa lagi yang Tuan Haji nak komen berkaitan dengan Pelan Cadangan Penyelesaian yang dikemukakan oleh Defendan tersebut? Jawapan: Jika dibandingkan antara kedua-dua Pelan Cadangan m/s 22 Ikatan B dengan Pelan Cadangan Penyelesaian di dalam Ikatan D, Pelan Cadangan di m/s 22 Ikatan B adalah lebih sesuai 30 dan adil bagi majoriti pemilik berdaftar Tanah tersebut kerana alasan-alasan sebagaimana yang saya jelaskan tadi dan juga berdasarkan keluasan petak-petak yang dicadangkan dari keluasan asal Tanah.” G. KESIMPULAN [47] Sebagai pemilik-pemilik berdaftar, Mahkamah berpendapat Plaintif-Plaintif adalah lebih berhak untuk menikmati bahagian masing-masing atas Hartanah tersebut berbanding dengan pihak-pihak yang bukan pemilik berdaftar Hartanah tersebut. [48] Sehubungan dengan itu, walaupun Mahkamah bersimpati dengan Defendan, berdasarkan alasan-alasan yang disebutkan di atas yang bersandarkan fakta dan undang-undang dan di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya. Mahkamah dengan ini membenarkan tuntutan Plaintif dan menolak tuntutan balas Defendan dengan kos sebanyak RM12,000.00. 31 Tarikh: 10 September 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu PIHAK-PIHAK: Peguam Defendan/Perayu: En. Mohd Khuzaimi Mohd Salleh Tetuan Wan Jawahir & Takiyuddin, PT 2226, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Plaintif/Responden: Puan Noor Hamiza binti Ab. Hamid Tetuan Abdul Razak Muhidin & Associates, Lot 235, Tingkat 2, Kompleks Yakin, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan.