Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-94-03/2023
BA-22NCvC-94-03/2023
High Court of Malaysia16 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“spective pleadings (see Ambank (M) Bhd v. Luqman Kamil bin Mohd Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] 3 MLJ 1; [2012] 3 MLRA 459 and Victory Avenue Mfg (M) Sdn Bhd v. Matsushita Electronic Devices (M) Sdn Bhd [2009] CLJU 296; [2009] 1 LNS 296; [2009] 5 MLJ 243).”
“50. Dalam menjawab isu ketiga ini, perhatian wajar diberi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] MLJU 12 bahawa: [1] it is trite that the impeachment action should be by way of a fresh action and not in the same action where t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-94-03/2023
1
KANNAGESWARRY A/P RAGUNATHAN … PLAINTIF- [NO. K/P : 971019-10-6086]
2
KABILAN A/L RAGUNATHAN [NO. K/P : 000313-10-0767]
3
SREE KANESAN A/L RAGUNATHAN [NO. K/P : 030301-10-1567]
4
INBHASSRI A/P RAGUNATHAN [NO. K/P 041223-10-0908]
5
SELVARASI A/P RAGUNATHAN [NO. K/P : 061008-10-1148] [SEORANG KANAK-KANAK YANG MENDAKWA MELALUI WAKIL LITIGASI KANNAGESWARRY A/P RAGUNATHAN]
1
THAVAMANI A/P BALASINGAM … DEFENDAN- [NO. K/P : 761227-10-5584] DEFENDAN 06/10/2025 16:27:52
2
RATHAKRISHANAN A/L MUNISAMY [NO. K/P : 770307-14-5265]
3
MUNISAMY A/L MURUGAN [NO. K/P : 401008-10-5155]
4
KAMALAM A/P KOONDU [NO. K/P : 470527-01-5118] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kandungan 43 merupakan Notis Permohonan Terpinda oleh defendan kedua, ketiga dan keempat menurut Aturan 14A Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012.
2
Pada 16 Julai 2025, Mahkamah ini telah membenarkan Kandungan 43 dan berikutan itu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dibatalkan.
3
Pertikaian dalam kes ini berkisar tentang harta pusaka Ragunathan A/L Munisamy (Si mati) telah meninggal dunia pada 22.1.2020. Hubungan si mati dengan pihak-pihak dalam Tindakan ini iaitu
4
Plaintif-plaintif merupakan anak kandung Si mati dan plaintif kelima merupakan kanak-kanak yang mendakwa melalui sahabat wakilnya, plaintif pertama.
5
Defendan pertama ialah isteri Si Mati dan wasi bagi harta pusaka Si mati yang juga merupakan ibu kandung plaintif-plaintif. Defendan kedua adalah adik kandung si mati. Manakala defendan ketiga dan keempat merupakan bapa dan ibu kandung Si mati.
6
Sebelum daripada guaman di hadapan Mahkamah ini, defendan pertama telah memfailkan Guaman BA-22NCVC- 293-07/2021 (Guaman 293) di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkaitan dengan wasiat Si mati bertarikh 18.12.2019. Melalui wasiat tersebut defendan pertama dilantik sebagai wasi dan benefisiari tunggal harta pusaka Si mati.
7
Permohonan dalam Guaman 293 tersebut dicabar oleh defendan kedua yang bertindak bagi pihak defendan ketiga dan keempat. Suatu surat kuasa wakil oleh defendan ketiga dan defendan keempat kepada defendan kedua telah diserah simpan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. WA-SKW(IR)-8562-03/2021. Alasan bantahan oleh defendan kedua, ketiga dan keempat dalam Guaman 293 adalah tandatangan Si mati pada wasiat bukan tandatangan Si mati.
8
Tuntutan defendan pertama dalam Guaman 293 telah berjaya diselesaikan secara damai melalui proses mediasi dihadapan Yang Arif Jamhirah Ali dengan penghakiman persetujuan direkodkan pada 30.11.2022. Antara terma yang dipersetujui adalah seperti berikut: a) Wasiat Si mati tidak dicabar oleh defendan kedua, ketiga dan keempat. b) Semua harta milik Si mati diberikan kepada defendan pertama, kecuali hak milik shop apartment di alamat A-GF-05, Pangsapuri Desa Impian, Jalan Sri Puchong 2, Taman Sri Puchong, 47160 Puchong, Selangor yang dipegang dibawah hak milik strata PN 53654/M1/1/5, No. Lot: 66390, Petak Aksesori: A11, Pekan Desa Puchong, Daerah Petaling, Negeri: Selangor, diserahkan kepada defendan kedua. c) Selanjutnya Mahkamah Tinggi memerintahkan deklarasi bahawa wasiat dan testament akhir Si mati sebagai sah dan menjadi wasiat Si mati dan geran probate dikeluarkan atas nama defendan pertama sebagai wasi dan Pemegang Amanah untuk mentadbir semua harta pusaka Si mati kecuali shop apartment tersebut.
9
Jelas bahawa penghakiman persetujuan tersebut direkodkan tanpa plaintif-plaintif menjadi pihak dalam Guaman 293 dan defendan pertama tidak bertindak bagi plaintif-plaintif.
10
Plaintif-plaintif membawa tuntutan di sini dengan penegasan bahawa jika wasiat yang ditinggalkan oleh Si mati tidak sah, maka harta pusaka Si mati hendaklah dibahagikan menurut seksyen 6 Akta Pembahagian 1958 dengan plaintif-plaintif berhak kepada 1/3 bahagian.
11
11.
Preamble
Menurut plaintif-plaintif, Perintah Persetujuan bertarikh 30.11.2022 telah menjejaskan hak ekuiti plaintif-plaintif sebagai waris Si mati. Plaintif-plaintif mencabar perintah probet tersebut dan menekankan bahawa plaintif-plaintif hendaklah dicantum sebagai pihak dengan suatu perintah di Mahkamah ini untuk tindakan probet dalam Guaman 293 dihidupkan semula.
12
Defendan kedua, ketiga dan keempat membantah tuntutan plaintif-plaintif dan memfailkan permohonan menurut Aturan 14A KKM 2012.
13
Defendan kedua, ketiga dan keempat menjelaskan bahawa sesi mediasi telah dijalankan dihadapan Yang Arif Rohana Abd Malek dan hanya perintah persetujuan direkodkan di hadapan Yang Arif Jamhirah Ali.
14
Setelah mendengar hujahan pihak-pihak berkaitan dengan suatu permohonan di bawah Aturan 14A KKM 2012, Mahkamah ini telah bersetuju dan memutuskan pendengaran tuntutan ini dijalankan dengan menjawab persoalan undang-undang yang berikut:
i
Sama ada wujud keadaan khas yang membolehkan Mahkamah Tinggi mengetepikan
para
Persetujuan yang direkodkan oleh defendan pertama dan defendan kedua dalam Guaman 293.
II
(ii) Sama ada plaintif-plaintif yang merupakan waris Si mati namun bukan pihak dalam Guaman 293 mempunyai locus standi mencabar Perintah Persetujuan yang dimasuki antara defendan pertama dan kedua.
III
(iii) Sama ada isu kesahan wasiat Si mati yang diputuskan secara persetujuan antara defendan pertama dan kedua menjadi muktamad dan mengikat waris-waris Si mati. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG
15
Aturan 14A KKM 2012 memperuntukkan:
1
Determination of questions of law or construction (O 14A r 1)
1
The Court may, upon the application of a party or of its own motion, determine any question of law or construction of any document arising in any cause or matter at any stage of the proceedings where it appears to the Court that—
a
such question is suitable for determination without the full trial of the action; and
b
such determination will finally determine the entire cause or matter or any claim or issue therein.
2
On such determination the Court may dismiss the cause or matter or make such order or judgment as it thinks just.
3
The Court shall not determine any question under this Order unless the parties have had an opportunity of being heard on the question.
16
Dalam membenarkan tuntutan ini didengar dan dilupuskan menurut Aturan 14A KKM 2012, Mahkamah ini telah berpuashati bahawa tiada pertikaian fakta yang mewajarkan pemanggilan saksi-saksi. Prinsip dalam kes Petroleum Nasional Berhad v Kerajaan Negeri Terengganu [2004] 1 MLJ 8 adalah diikuti.
17
Undang-undang berhubung pencabaran suatu perintah atau penghakiman diketengahkan dalam kes Badiaddin bin Mohd
393
Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ Mahkamah Persekutuan memutuskan: It is of course settled law as laid down by the Federal Court in Hock Hua Bank's case that one High Court cannot set aside a final order regularly obtained from another High Court of concurrent jurisdiction. … But one special exception to this rule (which was not in issue and therefore not discussed in Hock Hua Bank) is where the final judgment of the High Court could be proved to be null and void on ground of illegality or lack of jurisdiction …
18
Dalam kes CIMB Investment Bank Bhd (previously known as Commerce International Merchant Bankers Bhd) v Metroplex Holdings Sdn Bhd [2014] 6 MLJ 779 ms 790A menggunapakai komentar Mahkamah Rayuan dalam Hew Hooi Chun v KL Teksi Radio Bhd [2011] 3 MLJ 754 berkenaan kes Badiaddin bin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd (supra) dan memutuskan: [11] … There must be ‘a breach of the rules of natural justice or a contravention of a statute which is a sine qua non to invoke the very limited jurisdiction of a court to have its orders declared as void’ (Annie Quah Lay Nah v Syed Jafer Properties Sdn Bhd & Ors [2007] 1 MLJ 225 per Gopal Sri Ram JCA). The order must be tainted by fraud or some other vitiating element and not a judgment that was merely irregular in the sense that it is one obtained in breach of a rule of court or of practice ... ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada wujud keadaan khas yang membolehkan Mahkamah Tinggi mengenepikan Perintah Persetujuan yang direkodkan oleh D1 dan D3 dalam Guaman 293.
19
Pada 30.11.2022 semasa Perintah Persetujuan direkodkan defendan pertama dan defendan kedua yang merupakan pihak dalam prosiding Guaman 293 tersebut, perkataan plaintif dan anak-anak (kesemua waris kadim Si mati) telah bersetuju agar keseluruhan harta Si mati diberikan kepada defendan pertama kecuali hak milik hartanah shop apartment di alamat A-GF-05, Pangsapuri Desa Impian, Jalan Sri Puchong 2, Taman Sri Puchong, 47160 Puchong, Selangor yang dipegang dibawah hak milik strata PN 53654/M1/1/5, No. Lot: 66390, Petak Aksesori A11, Pekan Desa Puchong, Daerah: Petaling, Negeri: Selangor, diserahkan kepada defendan kedua.
20
Pada hemat Mahkamah ini, Perintah Persetujuan tersebut memberi implikasi bahawa perenggan-perenggan (a) sehingga (e) mengikat plaintif dan kesemua anak Si mati meskipun anak-anak tersebut bukan pihak dalam Guaman 293.
21
Satu fakta baharu yang terbit selepas Perintah Persetujuan direkodkan adalah perintah tersebut telah dipinda dan dimeterai semula pada 25.3.2024 sebagaimana ditunjukkan dalam Kandungan 21.
22
Pindaan yang dibuat oleh defendan pertama dan kedua dalam Guaman 293 adalah dengan mengeluarkan perkataan “dan anak-anaknya (semua waris kadim Si mati Ragunathan a/l Munisamy)” daripada Perintah Persetujuan tersebut.
23
Hasrat defendan kedua mengeluarkan perkataan ‘dan anak-anak (semua waris kadim si mati)’ tertera dalam eksibit RM-5 Afidavit Sokongan defendan kedua yang dikemukakan dalam Kandungan 21 Afidavit Sokongan bagi permohonan di bawah Aturan 14A KKM 2012.
24
Mahkamah ini meneliti kertas kausa dan mendapati Guaman 94 di sini difailkan pada 6.3.2023. Permohonan defendan kedua meminda perintah persetujuan dalam Guaman 293 difailkan pada 10.1.2024. Permohonan tersebut dalam Guaman 293 telah dibenarkan pada
20
20.3.2024 secara persetujuan antara defendan pertama dan kedua.
25
Apakah asas pindaan tersebut yang dipohon oleh defendan kedua yang dipersetujui oleh defendan pertama dalam Guaman 293? Menurut defendan kedua, nama anak-anak Si mati dimasukkan dalam Perintah Persetujuan pada asalnya kerana:
i
Anak lelaki Si mati yang bernama Kabilan A/L Ragunathan hadir bersama defendan pertama semasa sesi mediasi selain peguam cara Encik J.T Nathan dan S. Sri Nagavarnan.
II
(ii) Kehadiran Kabilan telah menjadikan defendan kedua bersetuju perkataan anak-anak dimasukkan dalam Perintah Persetujuan.
III
(iii) Terma persetujuan direkodkan berdasarkan terma yang ditawarkan oleh defendan pertama dan anak lelakinya melalui peguam caranya.
26
Mahkamah ini memetik perenggan 12 Afidavit Sokongan defendan kedua dalam permohonan meminda perintah persetujuan (Ekshibit RM-5) iaitu: “Saya dengan sesungguhnya menyatakan bahawa akan menjadi satu ralat, salah dan/atau kesilapan untuk perintah persetujuan bertarikh 30.11.2022 merangkumi perkataan anak-anak (semua waris kadim si mati) sebulat suara’ kerana ia bertentangan dan prinsip undang-undang untuk membawa pihak yang tidak mempunyai locus standi/kepentingan dalam satu tindakan di mana pihak-pihak itu tiada kepentingan atau kaitan’.
27
Selanjutnya dalam perenggan 13 Afidavit Sokongan tersebut defendan kedua menyatakan yang beliau menyedari bahawa anak-anak Si mati menggunakan peruntukan tersebut sebagai asas untuk mempertikaikan Perintah Persetujuan bertarikh 30.11.2022.
28
28.
Preamble
Menurut defendan kedua lagi terma asal dalam Perintah Persetujuan tersebut telah menjadi asas anak-anak Si mati memulakan Tindakan Guaman 94 di Mahkamah ini.
29
Perenggan 20 afidavit defendan kedua dalam ekshibit MR- 5 mendedahkan tujuan pindaan perintah persetujuan adalah untuk mengatasi dan menutup kontroversi yang dibangkitkan oleh anak-anak Si mati dalam Guaman 94 di sini.
30
Saya mendapati fakta bahawa plaintif-plaintif bukan pihak dalam Guaman 293 telah diakui oleh plaintif-plaintif sendiri. Apa yang disuarakan oleh plaintif-plaintif adalah mereka yang merupakan waris-waris Si mati telah diprejudis berikutan Perintah Persetujuan bertarikh 30.11.2022 tersebut.
31
Hal ini kerana, melalui Perintah Persetujuan Terpinda, telah diperintahkan bahawa geran probet dikeluarkan atas nama defendan pertama.
32
Seksyen 34 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 1959) jelas memperuntukkan berikut: Any probate or letters of administration may be revoked or amended for any sufficient cause.
33
Untuk membatalkan atau meminda geran probet ataupun surat pentadbiran, Akta 1959 ini telah memperuntukkan bahawa kuasa-kuasa pembatalan dan pindaan suratcara-suratcara pentadbiran estet-estet Si mati, prinsip undang-undang yang perlu dipertimbangkan adalah frasa sufficient cause atau sebab/kausa mencukupi.
34
Prinsip undang-undang berhubung dengan frasa "sufficient cause" atau sebarang sebab/kausa mencukupi telah dipertimbangkan dan diterangkan oleh Mahkamah dalam kes. Antaranya dalam kes Damayanti Kantilal Doshi & Ors v. Jigarlal Kantilal Doshi &Ors [1998] 4 CLJ 81 yang mana Mahkamah Rayuan telah menerangkan peruntukan Seksyen 34 Akta 1959 seperti berikut: [2] Section 34 of the Act empowers the court to interfere if 'sufficient cause' is shown. The phrase 'sufficient cause' has not been defined, but the courts have always considered the welfare and interests of the beneficiaries of an estate as the paramount criterion in deciding whether or not there is sufficient cause to interfere. This is strictly an objective test.
35
Membaca Pernyataan Tuntutan Terpinda, Mahkamah ini mendapati plaintif-plaintif tidak memplidkan alasan yang mencukupi bagi Mahkamah ini membenarkan relif yang dipohon. Tiada tindakan diambil oleh plaintif-plaintif dalam membantah Guaman 293 atau memfailkan permohonan mencelah semasa Guaman 293 sedang berjalan. Bahkan plaintif-plaintif tidak memplidkan alasan tentang mengapa tiada permohonan mencelah difailkan pada masa yang material.
36
Mahkamah ini juga memberi tumpuan terhadap fakta yang dideposkan tentang tuntutan antara defendan pertama dan defendan kedua, ketiga dan keempat dalam Guaman 293 diketahui oleh plaintif kedua yang hadir bersama defendan pertama semasa sesi mediasi dijalankan.
37
Selanjutnya Mahkamah ini memberi pertimbangan terhadap tuntutan plaintif-plaintif untuk mengetepikan suatu perintah persetujuan. Penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes CIMB Investment Bank Bhd v Metroplex Holdings Sdn Bhd [2014] 9 CLJ 1012 perenggan 3, telah memberi panduan kepada Mahkamah ini, iaitu: Mere dissatisfaction with the outcome of the case or mere assertion that there was an error or injustice is not a ground to mount a collateral attack against a final order regularly obtained. Unless the final order is proved to be a nullity in the sense explained in Badiaddin, it cannot be attacked in collateral proceedings.
38
Peguam cara terpelajar bagi defendan kedua, ketiga dan keempat merujuk kes Kay Synergy Sdn Bhd v Malayan Banking Bhd [2007] 6 MLJ 159. Namun, fakta material yang sahih adalah plaintif-plaintif merupakan waris sah kepada Si mati. Adakah benar ketika Tindakan 293 difailkan oleh defendan pertama, plaintif-plaintif telah diabaikan dengan sengaja.
39
Sebagaimana pendirian Mahkamah Rayuan dalam kes Bandar Subang Sdn Bhd v Persatuan Penganut Sri Maha Mariaman Kajang Selangor [2019] 7 CLJ 444, saya mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan dan merujuk kes Badiaddin (supra) yang memutuskan bahawa - there is no exhaustive list of what amounts to special circumstances to set aside a Consent Order. Tepatnya, setiap kes perlu dinilai berdasarkan fakta dan keadaannya yang tersendiri.
40
Begitu juga petikan keputusan dalam kes Puah Beng Chooi & Ors v. Koh Heng Jin & Ors and other cases [2006] 8 CLJ 364 sesuai digunapakai di sini: [5] The sum total of it all is this. That a consent order is binding and acts as an estoppel. According to "Jowitt's Dictionary of English Law", 2nd edn, vol. 1, by John Burke, the word "consent" connotes the following salient features (see p 422): … Thus, it can be surmised that a "consent order" can only be set aside if the consent of any party is obtained by "fraud, intimidation, force, meditated imposition, circumvention, surprise, and undue influence". The list of reasons to set aside a consent order can never be exhaustive.
41
Tindakan meminda Perintah Persetujuan bertarikh 30.11.2022 dengan mengeluarkan perkataan ‘dan anak-anak (semua waris kadim si mati)’ mencukupi pada hemat Mahkamah ini tidak terangkum dalam keadaan khas. Tuntasnya, persetujuan defendan pertama sebagai wasi dalam wasiat si mati terhadap pindaan tersebut tidak wajar diganggu oleh Mahkamah ini.
42
Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini tiada alasan kukuh yang diplidkan dan disokong dengan nas undang-undang yang menyebabkan plaintif-plaintif tidak mencelah dalam prosiding Guaman 293. Guaman 293 difailkan sejak Julai
2021
Plaintif-plaintif telah menunggu sehingga Mac 2024 untuk memfailkan Guaman 94 di Mahkamah ini.
43
Meneliti Pernyataan Tuntutan, Mahkamah ini yakin tiada penjelasan diberi tentang apakah asas pengetahuan tentang Guaman 293 yang tidak dapat diperoleh pada masa yang material sehingga menyebabkan Guaman 94 ini difailkan. Isu 2: Sama ada plaintif-plaintif yang merupakan waris si mati namun bukan pihak dalam Guaman 293 mempunyai locus standi mencabar perintah persetujuan yang dimasuki antara D1 dan D3 dan membawa tindakan terhadap defendan-defendan.
44
Hal perkara berkaitan locus standi telah dirujuk dalam kes Lee Freddie & Ors v. Majlis Perbandaran Petaling Jaya & Anor [1994] 3 MLJ 640 yang memutuskan bahawa: Locus Standi" on the other hand is literally a place of standing. In the legal arena, it has become a place to stand in court, or a right to appear in a court of justice on a given question. That right is given to a person if he is suing to enforce some private right or even some public right provided the interference with that public right causes direct damage to him.
45
Adakah benar, plaintif-plaintif tidak mempunyai locus standi untuk mencabar kesahan Perintah Persetujuan semata-mata kerana plaintif-plaintif bukan pihak dalam Guaman 293.
46
Pendekatan plaintif-plaintif berkenaan dengan isu locus standi adalah untuk Mahkamah ini melihat kandungan Perintah Persetujuan tersebut dan memutuskan sama ada hak plaintif-plaintif terjejas. Plaintif-plaintif menggunakan kedudukan mereka sebagai anak kandung Si mati sebagai asas bahawa mereka mempunyai locus standi untuk mencabar Perintah Persetujuan tersebut.
47
Berdasarkan alasan yang dijelaskan dalam menjawab isu pertama, Mahkamah ini mendapati alasan plaintif-plaintif adalah waris Si mati tidak memenuhi keperluan ujian objektif untuk membenarkan plaintif-plaintif membuka semula Guaman 293 sebagaimana relif yang dipohon. Tanpa alasan diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda, Mahkamah ini seolah-olah dibiarkan meneka dan mencari sendiri apakah alasan-alasan yang mencukupi tersebut.
48
Mahkamah ini memberi perhatian terhadap prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing. Mahkamah Persekutuan dalam kes Saiman Umar v Lembaga Pertubuhan Peladang [2015] 9 CLJ 153 telah melalui penghakiman Yang Arif Azahar Mohamed HMP yang memutuskan bahawa: [41] We should remind ourselves that parties to an action are bound by their own pleadings. It is therefore necessary to make the point that the court is also bound by the pleadings in as much as the parties themselves. The most important purpose of pleadings is to plead reasonable cause of action, define the issues of fact and questions of law to be determined by the court. It is a valid argument to make that the court is constrained to decide an action on which no issue has been raised by the parties in their respective pleadings (see Ambank (M) Bhd v. Luqman Kamil bin Mohd Don [2012] 3 CLJ 551; [2012] 3 MLJ 1; [2012] 3 MLRA 459 and Victory Avenue Mfg (M) Sdn Bhd v. Matsushita Electronic Devices (M) Sdn Bhd [2009] CLJU 296; [2009] 1 LNS 296; [2009] 5 MLJ 243).
49
Maka, plaintif-plaintif yang merupakan waris Si mati namun bukan pihak dalam Guaman 293 tidak mempunyai locus standi mencabar Perintah Persetujuan yang dimasuki antara defendan pertama dan kedua dengan membawa tindakan terhadap defendan-defendan di sini. Isu 3: Isu sama ada isu kesahan wasiat si mati yang diputuskan secara persetujuan antara D1 dan D3 menjadi muktamad dan mengikat waris-waris si mati
50
Dalam menjawab isu ketiga ini, perhatian wajar diberi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] MLJU 12 bahawa: [1] it is trite that the impeachment action should be by way of a fresh action and not in the same action where the impugned earlier judgment was made. The respondent’s claim in the present case was by way of a fresh action based on fresh evidence which could not have been obtained at the earlier trial.
51
Selanjutnya Mahkamah ini merujuk Pernyataan Tuntutan dalam perenggan 15 iaitu relif yang dimohon. Plaintif-plaintif memplidkan dan memohon relif supaya Perintah Persetujuan Kandungan 46 (diketepikan) dan tindakan probet dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman 293 di dihidupkan semula.
52
Berdasarkan keputusan dalam kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor (supra), Mahkamah ini tidak boleh menggunakan budi bicara untuk menghidupkan semula prosiding Guaman 293 yang telah dimuktamadkan melalui suatu Perintah Persetujuan Terpinda. Hal ini kerana pencabaran terhadap suatu perintah jika dibenarkan hendaklah dilitigasikan melalui suatu tindakan baharu.
53
Maka, pada hemat Mahkamah ini Perintah Persetujuan Terpinda adalah berkuatkuasa. Prinsip undang-undang adalah matan berkaitan dengan kewajipan mematuhi perintah mahkamah. Mahkamah Rayuan dalam kes Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd [1997] 2 CLJ 104 memutuskan: [1] Once a judge makes a ruling, substantive or procedural, final or interlocutory, it must be adhered to and may not be reopened. Although the first decision was made on a interlocutory matter which was purely procedural in nature, it was nevertheless binding on the court and on all parties to the lis until its reversal on appeal.
54
Sehubungan dengan itu, isu sama ada isu kesahan wasiat Si mati yang diputuskan secara persetujuan antara defendan pertama dan kedua menjadi muktamad dan mengikat waris-waris si mati adalah dijawab secara positif.
55
Berikutan daripada dapatan Mahkamah ini terhadap persoalan undang-undang yang diputuskan menurut Aturan 14A KKM 2012, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 15.3.2023 ditolak dengan kos RM3000.00 tertakluk kepada alokator dibayar oleh plaintif-plaintif kepada defendan kedua. Bertarikh pada 6 Oktober 2025. Ditandatangani HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif Pertama - Kelima : Gunamalar a/p Joorindanjn Tetuan Gunamalar Law Chambers (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
2
Bagi Pihak Defendan - Pertama : Gunamalar Joorindanjn Tetuan Gunamalar Law Chambers (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Menyebut bagi pihak Defendan Pertama)
3
Bagi Pihak Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat : R.N Sivaraja Tetuan N. Sivaraja & Partners (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.