Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA PELAKSANAAN NOMBOR: JA-37G-58-12/2023
JA-37G-58-12/2023
High Court of Malaysia17 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“klumat tersebut tidak mewajarkan perintah tersebut diketepikan. Sebagai autoriti bagi proposisi ini, Mahkamah merujuk kepada kes Genisys Integrated Engineers Pte Ltd v UEM Genisys Sdn Bhd & Yang Lain [2000] MLJU 766; [2000] 1 LNS 375; [2000] 7 MLRH 329 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be”
“uskan secara langsung berkenaan isu ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes NCFM Enterprise Sdn Bhd v Kejuruteraan Rasshin Sdn Bhd & Ors [2010] MLJU 733; [2011] 10 CLJ 572; [2010] 8 MLRH 552; [2010] AMEJ 0594 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[5] The first ground is that the plaintiff did not serve the ex p”
“a eFILING portal 10 sebenarnya terdapat kes yang diputuskan secara langsung berkenaan isu ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes NCFM Enterprise Sdn Bhd v Kejuruteraan Rasshin Sdn Bhd & Ors [2010] MLJU 733; [2011] 10 CLJ 572; [2010] 8 MLRH 552; [2010] AMEJ 0594 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[5] The fir”
“ni, Mahkamah Singapura dalam mentaksirkan peruntukan in pari materia memutuskan dalam kes Westacre Investments Inc v The State-Owned Company Yugoimport SDPR (also known as Jugoimport-SDPR) and others [2015] SGHC 143; [2015] 4 SLR 529 bahawa:- “Therefore, if the garnishee fails to attend at the appointed time for the co”
“7. Berkenaan tafsiran peruntukan ini, JD seterusnya merujuk kepada kes Thara Singh Sidhu v Sault & Co & Anor [2016] MLJU 816; [2016] CLJU 980; [2016] MLRHU 1646; [2016] 6 AMR 273 yang memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 “[21] There is a”
“in the case of Loo Chay Meng v. Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee) was approved by the Federal Court in Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd v. RHB Bank Berhad [2016] 2 CLJ 717; [2016] MLJU 13; [2016] 2 AMR 133. Therefore, this procedural defect, i.e. the non-service of the Notice of Application a”
“7. Berkenaan tafsiran peruntukan ini, JD seterusnya merujuk kepada kes Thara Singh Sidhu v Sault & Co & Anor [2016] MLJU 816; [2016] CLJU 980; [2016] MLRHU 1646; [2016] 6 AMR 273 yang memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 “[21] There is a”
“7. Berkenaan tafsiran peruntukan ini, JD seterusnya merujuk kepada kes Thara Singh Sidhu v Sault & Co & Anor [2016] MLJU 816; [2016] CLJU 980; [2016] MLRHU 1646; [2016] 6 AMR 273 yang memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 “[21] There is a”
“n perlaksanaan di Mahkamah Tinggi dan/atau Mahkamah Rayuan. JD merujuk kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Lee Choon Seng & Sons Sdn Bhd v Tewara Sdn Bhd (Public Bank Berhad, orang yang digarnis) [2023] MLJU 2607 di mana saya telah memutuskan bahawa:- “[46] Mahkamah sedia maklum bahawa pemfailan permohonan penggant”
“an Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam menolak permohonan JD untuk mengetepikan kebenaran mengeluarkan Writ Milikan sebagaimana dilaporkan sebagai KCSB Konsortium Sdn Bhd & Anor v The Store (M) Bhd [2024] CLJU 720:- [7] On 18.2.2013, the Plaintiffs filed this suit, inter alia, to claim for the outstanding rentals and”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA PELAKSANAAN NOMBOR: JA-37G-58-12/2023
2
TEKAD URUS SDN BHD … PEMIUTANG-PEMIUTANG PENGHAKIMAN DAN THE STORE (M) SDN BHD … PENGHUTANG PENGHAKIMAN
2
MAYBANK ISLAMIC BERHAD ... GARNISI-GARNISI ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- ALASAN PENGHAKIMAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------
1
Pada 18.2.2013, Pemiutang-pemiutang Penghakiman (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “JC”) membawa tindakan sivil terhadap Penghutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai “JD”) antara lain untuk tunggakan sewa dan pemilikan kosong premis.
2
Selepas perbicaraan penuh, pada 30.8.2013 Penghakiman telah direkodkan berpihak kepada pihak JC. Pada 26.9.2013, JD telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dan pada 20.3.2014, Mahkamah Rayuan Malaysia telah menolak rayuan tersebut.
3
Berlandaskan Penghakiman tersebut, JC telah failkan permohonan garnisi di Mahkamah ini pada 29.12.2023. Pada 4.1.2024, permohonan JC untuk Garnisi-garnisi menunjuk sebab telah dibenarkan oleh Mahkamah ini. Perintah Garnisi Menunjuk Sebab telah diserahkan kepada Garnisi-garnisi pada 9.1.2024. Pada 15.1.2024, Garnisi-garnisi telah memfailkan Notis Perlantikan Peguamcara.
4
Pada 19.1.2024, JC menyampaikan Perintah Garnisi Menunjuk Sebab terhadap JD. Pada 30.1.2024, JD telah memfailkan Notis Perlantikan Peguamcara dan pada 9.2.2024, JD telah memfailkan Permohonan untuk mengetepikan Perintah Garnisi Menunjuk Sebab yang diperintahkan Mahkamah (Lampiran 10) yang menjadi subjek pertikaian di hadapan Mahkamah.
5
JD mengusulkan 2 isu berikut sebagai asas untuk mengetepikan Perintah Garnisi menunjuk sebab:-
a
Sama ada tindakan JC dalam hanya menyampaikan Perintah Garnisi Menunjuk Sebab kepada Garnisi-garnisi dan JD, dan kegagalan untuk menyampaikan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan kepada mereka adalah bertentangan dengan undang-undang; dan
b
Sama ada JC telah gagal membuat pendedahan penuh dan terbuka apabila gagal mendedahkan dalam permohonan garnisi yang difailkan berkenaan permohonan JD untuk mengetepikan Writ Pemilikan bertarikh 28.9.2022 yang ditetapkan untuk perbicaraan pada 7.1.2024. Analisis dan keputusan Mahkamah Isu pertama: Sama ada kegagalan JC untuk menyampaikan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan kepada JD dan Garnisi-garnisi adalah bertentangan dengan undang-undang
6
JD berhujah bahawa JC adalah dikehendaki menurut undang-undang untuk menyampaikan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan berserta Perintah Garnisi Menunjuk Sebab kepada Garnisi dan JD. Dalam hal ini, JD merujuk kepada Aturan 49 Kaedah 3 (1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “KKM”) yang memperuntukkan bahawa:- “(1) An order under rule 1 to show cause shall, at least seven days before the time appointed thereby for the further consideration of the matter, be served-
a
on the garnishee personally; and
b
unless the Court otherwise directs, on the judgment debtors;”
7
Berkenaan tafsiran peruntukan ini, JD seterusnya merujuk kepada kes Thara Singh Sidhu v Sault & Co & Anor [2016] MLJU 816; [2016] CLJU 980; [2016] MLRHU 1646; [2016] 6 AMR 273 yang memutuskan bahawa:- “[21] There is another procedural aspect of the case that needs mention. From the Affidavit of Service, it can be gleaned that only the garnishment order nisi was served on the garnishee. The ex parte summons (enclosure 10) and the supporting affidavit by which the order nisi was sought and obtained do not appear to have been served on the garnishee. In Loo Chay Meng v. Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee) [1989] 1 LNS 140; [1990] 1 MLJ 445, VC George J (later JCA) in dealing with a similar circumstance held that: Order 49 r. 3(1) provides that on the date appointed for that purpose in the garnishee order nisi, there will be a 'further consideration of the matter'. Order 49 r. 4(1) also provides that the order to be made is 'on the further consideration of the matter'. 'The matter' is obviously the original application for an order under O. 49 r. 1 for the garnishee to pay to the judgment creditor the amount of any debt due or accruing due from the debtor to the garnishee sufficient to satisfy the judgment and the costs of the garnishee proceedings. What was heard initially as an ex parte application has to be reheard as it was on an inter partes basis. I pause to note that if that is so and I have no doubt that it is so, then it seems to me that not only must a copy of the order nisi be served on the garnishee as was done here but a copy of the application and supporting affidavits must also be served on the garnishee (which does not appear to have been done in the instant case) before there can properly be a further consideration of the matter. [Emphasis added] [22] The principles enunciated in the case of Loo Chay Meng v. Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee) was approved by the Federal Court in Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd v. RHB Bank Berhad [2016] 2 CLJ 717; [2016] MLJU 13; [2016] 2 AMR 133. Therefore, this procedural defect, i.e. the non-service of the Notice of Application and the supporting affidavit on the Garnishee would disentitle the Plaintiff from the order absolute. Accordingly, on this procedural point too the order absolute must be set aside ex debito justicae, as service of all relevant documents is incomplete and thus improper.”
8
JD seterusnya berhujah bahawa memandangkan terdapat perkataan dan (“and”) di antara Aturan 49 Kaedah 3(1)(a) dan (b) KKM, maka berdasarkan nas di atas, keperluan untuk menyampaikan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan berserta Perintah Garnisi Menunjuk Sebab bukan sahaja terpakai kepada Garnisi semata-mata, tetapi turut terpakai kepada JD.
9
JC berhujah balas dengan merujuk kepada Aturan 49 Kaedah 2 KKM yang memperuntukkan bahawa:- “An application for an order under rule 1 shall be made ex parte by a notice of application supported by an affidavit in Form 98-...”
10
JC seterusnya merujuk kepada kes Ex-Parte: Guan Teik Sendirian Berhad (Replacing Lim Oo Guan, Deceased) [2010] 1 MLJ 1; [2010] 4 CLJ 289; [2009] 4 MLRA 74 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “In plain and unambiguous terms it stipulates that an order to add a person as a party may be obtained ex parte. The expression "ex parte" is defined in Blacks Law Dictionary 8th edn as: Done or made at the instance and for the benefit of one party only, and without notice to, or argument by, any person adversely interested; of or relating to court action taken by one party without notice to the other, usually for temporary or emergency relief. An ex parte application is therefore one that is made without notice to, or argument by, the person to be affected. Obviously this will exclude the consent of the person concerned…”
11
Berdasarkan nas-nas di atas, JC berhujah bahawa tiada keperluan untuk Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan dikemukakan kepada JD memandangkan Aturan 49 Kaedah 2 KKM dengan jelas menyatakan bahawa permohonan garnisi adalah secara ex-parte. JC juga berhujah bahawa memandangkan lampiran 10 telah difailkan oleh JD dan bukannya pihak garnisi, dan pihak garnisi tidak pernah memfailkan apa-apa bantahan terhadap permohonan JD, maka autoriti-autoriti yang dirujuk oleh JD wajar dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah, di mana dalam kes-kes tersebut, bantahan yang dikemukakan adalah oleh pihak garnisi dan bukan JD.
12
JC juga berhujah lanjut bahawa Aturan 49 Kaedah 4 KKM memperuntukkan bahawa sekiranya pihak garnisi tidak mempertikaikan permohonan JC, maka Mahkamah boleh memerintahkan perintah garnisi mutlak. Maka, memandangkan dalam kes ini, pihak garnisi tidak pernah membuat sebarang bantahan terhadap permohonan JC, maka hujahan JD wajar ditolak.
13
Dalam hal ini, Mahkamah tidak mempunyai pertikaian berkenaan undang-undang yang telah menjadi mantap bahawa bagi maksud permohonan di bawah Aturan 49 KKM, pihak garnisi bukan sahaja perlu diserahkan dengan Perintah Garnisi Menunjuk Sebab, malah turut perlu diserahkan dengan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan. Dalam merumuskan prinsip ini, Malaysia Civil Procedure 2021 (Thomson Reuters) memperuntukkan bahawa:- “Documents to be served—A copy of the notice of application and the supporting affidavit must be served alongside the garnishment order nisi. Failure to do so will disentitle the plaintiff from being granted an order absolute. See Loo Chay Meng v Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee) [1990] 1 MLJ 445 and Thara Singh Sidhu v Sault & Co & Anor [2016] 6 AMR 273; [2016] MLJU
816
816.”
14
Namun, sebagaimana dihujahkan oleh peguam JC, berbeza dengan kes-kes yang dirujuk oleh JD yang melibatkan bantahan oleh pihak garnisi berkenaan kegagalan penyampaian kertas kausa, pihak garnisi dalam kes ini yang telah melantik peguam untuk mewakili mereka pada prosiding garnisi ini, tidak pernah mengusulkan sebarang bantahan berkenaan isu ini sepanjang prosiding ini sehingga tarikh keputusan lampiran 10. Malah, pada tarikh Pengurusan Kes secara e-review pada 30.1.2024 peguam garnisi telah menyatakan seperti berikut:- “Peguam Pihak Yang Digarnis 1, 2 : Tuan, adalah dibetulkan jumlah untuk digarnis hanya RM286,499.94 sahaja. Hal ini kerana jumlah sebanyak RM18,716.08 adalah jumlah terapung (floating) semasa Perintah Tunjuk Sebab diserahkan kepada anakguam kami. Jumlah floating tersebut tidak termasuk di dalam holding account dan tidak dibekukan. Peguam Pihak Yang Digarnis 1, 2 : Kami telah membuat semakan dengan anakguam dan dimaklumkan sedemikian. Maka dengan itu, jumlah yang akan digarnis hanyalah sebanyak RM286,499.94 sahaja.”
15
Pernyataan tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa pihak garnisi tidak mempunyai sebarang bantahan berkenaan permohonan JC. Maka, Mahkamah berpendapat bahawa penyampaian kertas kausa kepada pihak garnisi-garnisi adalah bukan isu di hadapan Mahkamah.
16
Maka, isu yang perlu diputuskan Mahkamah adalah sama ada kegagalan JC untuk menyampaikan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan kepada JD adalah fatal kepada permohonan JC. Penelitian Mahkamah kepada hujahan-hujahan yang difailkan kedua-dua pihak menunjukkan bahawa kedua-dua pihak tidak mengemukakan sebarang nas (direct authority) yang dengan jelas memutuskan bahawa kertas-kertas kausa tersebut perlu diserahkan atau tidak kepada JD. Penelitian Mahkamah kepada Malaysia Civil Procedure 2021 (Thomson Reuters) pula adalah senyap berkenaan penyampaian kertas kausa kepada JD:- "unless the Court otherwise directs, on the judgment debtor”—The order nisi to show cause must also be served on the judgment debtor unless the court otherwise directs…See also the case of Cedar Trading Sdn Bhd v Dong Ah Construction Industrial Co Ltd (Standard Chartered Bank, Garnishee ) [1999] 5 MLJ 65, where the garnishee order was set aside pursuant to RHC 1980 Order 92 r 4 as the garnishee order nisi was not served on the judgment debtor and was for an amount in excess of the default judgment.”
17
Dalam hal ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan JD bahawa Aturan 49 Kaedah 3(1)(a) perlu dibaca secara konjunktif dengan Aturan 49 Kaedah 3(1)(b) KKM, namun Mahkamah kurang bersetuju bahawa dengan demikian, kesemua prinsip yang diputuskan berkenaan penyampaian Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan kepada Garnisi-garnisi adalah turut terpakai kepada JD. Penelitian Mahkamah kepada nas-nas yang dirujuk JD menunjukkan prinsip penyampaian Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan kepada garnisi tertimbul melalui tafsiran kepada frasa “further consideration of the matter” dalam Aturan 49 Kaedah 3(1) dan Aturan 49 Kaedah 4(1) KKM. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada Aturan 49 Kaedah 4(1) KKM dan Aturan 49 Kaedah 5 KKM yang masing-masing memperuntukkan bahawa:- “4. No appearance or dispute of liability by garnishee (O. 49 r. 4)
1
Where on the further consideration of the matter the garnishee does not attend or does not dispute the debt due or claimed to be due from him to the judgment debtor, the Court may, subject to rule 7, make an order absolute in one of the forms in Form 99 under rule 1 against the garnishee…
5
Dispute of liability by garnishee (O. 49 r. 5) Where on the further consideration of the matter the garnishee disputes liability to pay the debt due or claimed to be due from him to the judgment debtor, the Court may summarily determine the question at issue or order in Form 100 that any question necessary for determining the liability of the garnishee be tried in any manner in which any question or issue in an action may be tried, without, if it orders trial before the Registrar, the need for any consent by the parties.”
18
Penelitian Mahkamah kepada peruntukan-peruntukan tersebut menunjukkan peruntukan-peruntukan tersebut memperuntukkan kesan sekiranya seseorang garnisi tersebut tidak membantah permohonan JC (Aturan 49 Kaedah 4(1) KKM) dan kesan sekiranya garnisi tersebut membantah permohonan JC (Aturan 49 Kaedah 5 KKM). Dalam hal ini, Mahkamah Singapura dalam mentaksirkan peruntukan in pari materia memutuskan dalam kes Westacre Investments Inc v The State-Owned Company Yugoimport SDPR (also known as Jugoimport-SDPR) and others [2015] SGHC 143; [2015] 4 SLR 529 bahawa:- “Therefore, if the garnishee fails to attend at the appointed time for the consideration of the matter or does not dispute the debt, the court may go on to make the garnishee order final: O 49 r 4 of the ROC . There is no full trial at this stage. However, where the garnishee disputes liability to pay the debt due or claimed to be due from him to the judgment debtor, the court can summarily determine the question at issue or order that any question necessary for determining the liability of the garnishee be “tried in any manner in which any question or issue in an action may be tried”: O 49 r 5 of the ROC.”
19
Maka, Mahkamah dapat memahami rasional keputusan Mahkamah-mahkamah yang memerlukan penyampaian kertas kausa kepada garnisi-garnisi iaitu bagi membolehkan garnisi-garnisi membuat keputusan sama ada untuk membantah atau tidak permohonan JC. Namun, tanpa peruntukan spesifik yang menghendaki penyampaian Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan kepada JD, dan kegagalan JD untuk mengemukakan sebarang nas dari dalam mahupun luar negara yang mewajibkan penyampaian Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan kepada JD, Mahkamah tidak bersedia untuk melanjutkan prinsip kes-kes di atas yang diputuskan dalam konteks penyampaian kepada garnisi.
20
Atas alasan-alasan ini sendiri Mahkamah sememangnya boleh menolak bantahan JD. Namun, bagi bertindak adil kepada kesemua pihak dan bagi memastikan keputusan Mahkamah adalah tepat, Mahkamah telah membuat penyelidikan sendiri dan mendapati sebenarnya terdapat kes yang diputuskan secara langsung berkenaan isu ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes NCFM Enterprise Sdn Bhd v Kejuruteraan Rasshin Sdn Bhd & Ors [2010] MLJU 733; [2011] 10 CLJ 572; [2010] 8 MLRH 552; [2010] AMEJ 0594 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[5] The first ground is that the plaintiff did not serve the ex parte application for an order to show cause (Form 98) on the 1st defendant. However, counsel for defendant did not dispute that the order nisi itself was served. In support she cited the case of Loo Chay Meng v. Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee) [1989] 1 LNS 140. However, in my opinion this authority does not support the argument of the defendant. Order 49 r. 3 only requires that the garnishee must be served the order nisi before the hearing to make the order absolute. In Loo Chay Meng v. Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee), VC George J decided that not only must the order nisi be served on the garnishee before the hearing to make it absolute but the ex parte summons (Form 98) as well as the supporting affidavit must be served. However, O. 49 r. 3 does not require service of the nisi order or the ex parte summons on the defendant. In Loo Chay Meng v. Ong Cheng Hoe (Gamuda Sdn Bhd, Garnishee), the issue of service on the defendant was not raised and the court made no pronouncement whether the defendant is entitled to be served with the cause papers in respect of the garnishment proceedings. As stated above, in the instant case, the garnishee, ie, Affin Bank had been duly served and they indicated that they have no objection to the order being made absolute. I also note that although the 1st defendant was not served with the ex parte summons, they were served with the order nisi. Counsel for the 1st defendant appeared before the SAR to oppose the order nisi from being made absolute. If the 1st defendant wanted a copy of the ex parte summons and the supporting affidavit, he could have obtained it by making a search. The rules or case law do not require that he should be served with a copy for the ex-parte summons before the hearing to make the order nisi absolute. Therefore, the argument on the ground that the 1st defendant was not served should fail.”
21
Mahkamah dapati keputusan tersebut dengan jelas memutuskan bahawa tiada keperluan untuk Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan diserahkan kepada JD. Berdasarkan keputusan Mahkamah tersebut yang konsisten dengan penemuan Mahkamah ini, dan dengan ketiadaan mana-mana kes yang dikemukakan JD untuk menunjukkan bahawa mana-mana Mahkamah memutuskan sebaliknya, Mahkamah dengan ini menolak bantahan JD berkenaan isu ini. Isu Kedua: Sama ada JC telah gagal membuat pendedahan penuh dan terbuka
22
JD berhujah bahawa JC telah gagal membuat pendedahan penuh dan terbuka apabila membuat permohonan untuk garnisi menunjuk sebab. JD berhujah bahawa JC bertanggungjawab membuat pendedahan penuh dan terbuka kesemua fakta material dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan perintah ex-parte yang diperolehi diketepikan oleh Mahkamah ini. JD antara lain merujuk kepada kes Castle Inn Sdn Bhd v Bumiputra-Commerce Bank Bhd [2009] 1 MLJ 542; [2009] 2 CLJ 445; [2008] 3 MLRA 249.
23
JD berhujah bahawa Afidavit Sokongan JC telah gagal mendedahkan berkenaan permohonan JD untuk mengetepikan perintah kebenaran untuk mengeluarkan Writ Milikan yang ditetapkan untuk perbicaraan pada 7.1.2024. Sekiranya fakta tersebut dinyatakan dalam Afidavit Sokongan, Mahkamah ini tidak akan mengeluarkan perintah garnisi menunjuk sebab pada 4.1.2024 memandangkan permohonan JD tersebut ditetapkan untuk perbicaraan pada 7.1.2024.
24
JD juga berhujah bahawa walaupun permohonan JD tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi, Rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan dan JD telah memfailkan permohonan untuk penggantungan pelaksanaan di Mahkamah Tinggi sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan.
25
JC berhujah balas bahawa tuntutan JC terhadap JD adalah selaras tindakan writ saman 22NCvC-52-02/2013 di mana pada 30.8.2013, Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan JC untuk tunggakan sewa dan milikan kosong premis. Walaupun JC telah berulang kali memohon JD untuk mematuhi penghakiman Mahkamah Tinggi tersebut, JD telah gagal berbuat demikian. Atas alasan ini, JC telah memulakan tindakan garnisi ini untuk menuntut jumlah penghakiman kewangan yang tertunggak dan memfailkan permohonan untuk mengeluarkan Writ Milikan bagi mendapatkan kembali milikan kosong premis.
26
JC berhujah bahawa permohonan JD untuk mengetepikan Writ Milikan adalah langsung tidak material dan tidak berkaitan dengan permohonan garnisi di sini. JC berhujah bahawa walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan atau menolak permohonan JD untuk mengetepikan kebenaran untuk mengeluarkan Writ Milikan, fakta tersebut tidak mempunyai kesan ke atas prosiding garnisi yang telah dimulakan oleh JC. Sebagai sokongan, JC antara lain merujuk kepada kes Lim Hean Pin v Thean Seng Co Sdn Bhd & Ors [1992] 2 MLJ 10; [1992] 2 CLJ Rep 745; [1992] 2 MLRH 70 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “In these circumstances, I accept that the non-disclosure related to a material fact but I do not consider that it was so severe that had it been disclosed I would have declined to intervene by way of ex-parte interlocutory injunctive relief. In this context, I have in exercising my discretion also reminded myself of the current attitude of the Courts when considering applications for discharge of ex-parte orders on the ground of non-disclosure. The relevant principles were enunciated by Sir Nicholas Browne-Wilkinson VC in Dormeuil Frerers SA & Anor. v. Nicolian International (Textiles) Ltd. [1988] 3 All ER 197 thuswise: I will deal first with the application to set aside the ex-parte order. It is a basic principle, applicable to all ex-parte applications, that a plaintiff seeking ex-parte relief must make full disclosure to the Court of all facts which are material to the exercise of the Court's discretion whether or not to grant the relief. If such disclosure is not made by the plaintiff, the Court may discharge the ex-parte injunction on that ground alone. But if, in the circumstances existing when the matter comes before the Court inter partes, justice requires an order either continuing the ex-parte injunction or the grant of a fresh injunction, such an order can be made notwithstanding the earlier failure of the plaintiff to make such disclosure. Moreover, there is authority that, contrary to the law as it was originally laid down, there is no absolute right to have an ex-parte order obtained without due disclosure set aside: there is a discretion in the Court whether to do so or not. (Emphasis added) Accordingly, this ground also failed.”
27
JC juga berhujah balas bahawa JD telah hanya semata-mata menyatakan bahawa JC telah gagal membuat pendedahan penuh dan terbuka berkenaan permohonan JD untuk mengetepikan Writ Milikan. Namun, JD tidak menjelaskan lanjut bagaimana pendedahan maklumat tersebut akan mempengaruhi keputusan Mahkamah berkenaan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan JC untuk garnisi menunjuk sebab.
28
Mahkamah dalam hal ini bersetuju bahawa adalah ideal untuk seseorang Pemohon untuk membuat pendedahan penuh terhadap kesemua fakta material semasa membuat permohonan ex-parte. Namun, sekiranya Pemohon tersebut telah gagal mendedahkan sesuatu fakta, perkara tersebut tidak semestinya bermaksud Mahkamah seharusnya mengetepikan perintah ex-parte yang telah diperolehi secara automatik.
29
Sebagaimana dihujahkan JC, penilaian sama ada peninggalan sesuatu fakta adalah material kepada sesuatu kes tersebut adalah tugas Mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes Mohamed Zahid Yon Mohamed Fuad & Anor v Fat Boys Records Sdn Bhd & Other Appeals [2022] 5 MLJ 764; [2022] 7 CLJ 339; [2022] 5 MLRA 608; [2022] 5 AMR 231 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[66] Further, it is not for the respondent to make the determination of whether what are relevant material facts. That is for the court to decide. This has been held in Brink's Mat Ltd v. Elcombe And Others[1988] 1 WLR 1350 at p. 1356 as follows: In considering whether there has been relevant non-disclosure and what consequence the court should attach to any failure to comply with the duty to make full and frank disclosure, the principles relevant to the issues in these appeals appear to me to include the following.
1
The duty of the applicant is to make "a full and fair disclosure of all the material facts:" see Rex v. Kensington income Tax Commissioners, Ex parte Princess Edmond de Polignac [1917] 1 K.B. 486, 514, per Scrutton LJ.
2
The material facts are those which it is material for the judge to know in dealing with the application as made: materiality is to be decided by the court and not by the assessment of the applicant or his legal advisers;...”
30
Mahkamah dalam hal ini seharusnya menilai sama ada peninggalan tersebut adalah peninggalan fakta yang material, yang mana sekiranya didedahkan, Mahkamah tidak akan membuat perintah ex-parte tersebut. Sekiranya Mahkamah masih akan membenarkan perintah ex-parte tersebut walaupun fakta tersebut didedahkan, maka kegagalan membuat pendedahan maklumat tersebut tidak mewajarkan perintah tersebut diketepikan. Sebagai autoriti bagi proposisi ini, Mahkamah merujuk kepada kes Genisys Integrated Engineers Pte Ltd v UEM Genisys Sdn Bhd & Yang Lain [2000] MLJU 766; [2000] 1 LNS 375; [2000] 7 MLRH 329 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “Isu yang penting yang perlu dipertimbangkan di sini ialah samada sesuatu fakta yang dikatakan gagal didedahkan oleh Pempetisyen semasa memohon perintah injunksi ex-parte dan inter-partes, benar-benar 'material' kepada prosiding berkenaan dan kegagalan mendedahkannya mendatangkan kesan yang begitu 'severe' seolah-olah sekiranya didedahkan pada masa itu, Mahkamah tidak akan membenarkan perintah injunksi yang dipohon. Sehubungan dengan ini, Edgar Jospeh Jr. H di dalam kes Lim Hean Pin v. Thean Seng Co. Sdn Bhd & 6 Ors, [1992] 2 CLJ 745 (Rep); [1992] 2 CLJ 828 pernah memutuskan:- "The important question which arises here is whether this court would have refused the application for the injunctions had it been appraised of the history of the proceedings before Mohamed Dzaiddin J. In other words, was the non-disclosure so severe that if it were disclosed this court would not have granted the injunction" Di dalam kes tersebut hakim berkenaan seterusnya memutuskan:- "In these circumstances, I accept that the non-disclosure relates to a material fact but I do not consider that it was so severe that had it been disclosed I would have declined to intervene by way of ex-parte interlocutory injunctive relief." Ini bermakna kegagalan mendedahkan sesuatu fakta yang material sahaja tidak mencukupi untuk membatalkan perintah injunksi yang telah diberikan. Kegagalan tersebut mestilah begitu serius atau 'severe' yang membawa kesan sekiranya didedahkan fakta itu, Mahkamah tentu tidak akan membenarkan perintah injunksi yang dipohon. Tidak semua kegagalan mendedahkan fakta yang material mempunyai kesan yang 'severe'. Di dalam melaksanakan budi bicara saya mengenai perkara ini, saya juga berpandukan kepada prinsip perundangan yang berkaitan, yang telah diputuskan oleh Sir Nicholas Browne - Wilkinson VC di dalam kes Dormeuil Frerers SA & Anor v. Nicolien International (Textiles) Ltd, [1988] 3 AER 197, seperti berikut:-… Berdasarkan prinsip-prinsip perundangan mengenai 'non-disclosure' seperti di atas, Mahkamah seterusnya akan meneliti satu persatu fakta-fakta yang dikatakan telah tidak didedahkan oleh Pempetisyen semasa permohonan perintah injunksi ex-parte dan interpartes, untuk menentukan samada kegagalan untuk mendedahkan fakta-fakta tersebut boleh digunakan untuk mengenepi atau membatalkan perintah injunksi ex-parte tersebut.”
31
Walaupun prinisip kes tersebut diputuskan berkenaan permohonan injunksi, namun Mahkamah berpendapat prinsip yang sama turut terpakai bagi isu di hadapan Mahkamah ini. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada alasan penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam menolak permohonan JD untuk mengetepikan kebenaran mengeluarkan Writ Milikan sebagaimana dilaporkan sebagai KCSB Konsortium Sdn Bhd & Anor v The Store (M) Bhd [2024] CLJU 720:- [7] On 18.2.2013, the Plaintiffs filed this suit, inter alia, to claim for the outstanding rentals and to order the Defendant to surrender the vacant possession of the Plot. [8] After a full trial, on 30.8.2013, this Court delivered a judgment ("2013 Judgment") which consists the following orders, inter alia -
a
the Defendant is to pay a sum of RM100,000.00 being the agreed outstanding balance of rental to the Plaintiffs;
b
the Defendant is to pay the outstanding rental of RM545,040.00 to the Plaintiffs;
c
the Defendant is to continue to pay monthly rental of RM136,260.00 until the delivery of vacant possession of the Plot to the Plaintiffs and the said vacant possession is to be delivered in its original condition; and
d
the Defendant is to pay all renovation costs of the Building. [9] On 26.9.2013, the Defendant filed an appeal to the Court of Appeal against the above judgment. Pending the disposal of the appeal, on 24.10.2013, this Court allowed the Defendant's application to stay the order to deliver the vacant possession of the Plot. [10] On 20.3.2014, the Court of Appeal dismissed the Defendant's appeal. [11] It is an undisputed fact that since 2013, there were series of discussions and meetings held between the parties in relation to the Plot and the Building but failed to reach any settlement. [12] On 17.5.2022, the Plaintiffs filed an ex-parte notice of application for leave to issue a writ of execution under O. 46 r. 3 of the Rules of Court 2012 ("ROC") against the Defendant for the vacant possession of the Plot. On 23.6.2022, this Court allowed the Plaintiffs' application and an order ("Order dated 23.6.2022") was issued inter alia, that the Plaintiffs are allowed to issue a writ of execution based on the 2013 Judgment despite six years had lapsed. [13] On 18.7.2022, the Plaintiffs served the 2013 Judgment and Order dated 23.6.2022 on the Defendant and its solicitors. [14] As the Defendant failed to comply with the said writ of execution, on 28.9.2022, this Court granted the Plaintiffs, 14 days after this order is received by the Defendant, leave to issue a writ of possession against the Defendant to enforce the 2013 Judgment ("ex-parte Order dated 28.9.2022"). [15] On 31.10.2022, the Bailiff of the Johor Bahru High Court together with the Plaintiffs' solicitors went to the Building and pasted the ex-parte Order dated 28.9.2022 and the Bailiff Notice dated 31.10.2022 at the Building. During this action, the Plaintiffs alleged that the Defendant representatives were also present. It was stated in the Order and the Bailiff Notice that the Defendant is ordered to vacate the Plot and the Building within 14 days from that day. [16] On 20.1.2023 the Defendant filed an application in Enclosure 92 to set aside the ex-parte Order dated 28.9.2022 and to revoke the writ of possession… [33] As a conclusion, I find that the Defendant failed to establish convincingly the existence of any merit in its application to set aside the ex-parte Order dated 28.9.2022. Thus, I dismiss the Defendant's application in Enclosure 92 with costs”
32
Kronologi peristiwa yang dinyatakan dalam Alasan Penghakiman tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa Penghakiman yang telah diperolehi JD pada 30.8.2013 telah menjadi muktamad pada 20.3.2014 apabila Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi. Berdasarkan penghakiman tersebut, JD bukan sahaja perlu membuat pembayaran jumlah yang diperintahkan (penghakiman kewangan/ monetary judgment) malah turut diperintahkan untuk menyerahkan milikan kosong tanah tersebut.
33
Sebagaimana dihujahkan JC, Mahkamah berpendapat bahawa permohonan JD di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan kebenaran mengeluarkan Writ Milikan adalah tidak berkaitan dengan permohonan garnisi di sini yang mana JC ingin menguatkuasakan penghakiman kewangan (monetary judgment). Penelitian Mahkamah kepada penghakiman pada 30.8.2013 menunjukkan jumlah yang diperintahkan dibayar JD kepada JC adalah bukan bersyarat kepada penyerahan milikan kosong dan dapat berdiri sendiri sebagai salah satu tuntutan yang bebas (independent claim).
34
Mahkamah dalam hal ini berpendapat bahawa JD tidak boleh mempertikaikan kesahihan penghakiman bertarikh 30.8.2013 melalui prosiding mengetepikan kebenaran mengeluarkan Writ Milikan tersebut memandangkan Penghakiman tersebut telah menjadi muktamad. Dalam apa jua keadaan, permohonan JD untuk mengetepikan Writ Milikan hanya memohon prayer-prayer berikut:-
a
Bahawa Perintah Ex-Parte bertarikh 28.9.2022 di dalam tindakan ini diketepikan;
b
Bahawa kebenaran yang diberikan kepada Plaintif-plaintif pada 28.9.2022 untuk mengeluarkan Writ Pemilikan berdasarkan Penghakiman bertarikh 30.8.2013 adalah dibatalkan;
c
Bahawa Writ Pemilikan melalui No. JA-37WP-10-10/2022 bertarikh 11.10.2022 dibatalkan; dan
d
Kos permohonan.
35
Mahkamah dapati tiada di mana-mana permohonan tersebut JD ada mencabar kesahihan Penghakiman Kewangan (monetary judgment) yang telah diperolehi JC. Malah, Mahkamah dapati JC telah memfailkan permohonan untuk Kebenaran untuk mengeluarkan perlaksanaan menurut Aturan 46 Kaedah 3 KKM, walaupun 6 tahun telah luput dari tarikh penghakiman (Lampiran 74). Lampiran 74 tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah pada 23.6.2022. JD tidak pernah memohon mengetepikan perintah tersebut dan Perintah tersebut masih sah dan berkuatkuasa. Dalam hal ini, JC adalah bebas untuk menguatkuasakan Penghakiman bertarikh 30.8.2013 melalui tindakan garnisi ini.
36
Semasa klarifikasi, JD berhujah lanjut bahawa memandangkan perintah bertarikh 28.9.2022 turut merangkumi prayer untuk pembayaran jumlah terhutang sebanyak RM2,116,542.72 setakat 8.9.2022, maka permohonan JD adalah merangkumi penghakiman kewangan. Mahkamah tidak bersetuju bahawa JD boleh mencabar penghakiman kewangan yang telahpun muktamad melalui perintah Mahkamah Rayuan pada 20.3.2014 melalui permohonan mengetepikan Writ Milikan tersebut. Dalam apa jua keadaan, penelitian Mahkamah kepada penghakiman KCSB Konsortium (supra) menunjukkan bahawa isu-isu yang diutarakan JD hanya menjurus kepada kesahihan Writ Milikan yang dikeluarkan dan langsung tidak menyentuh mengenai penghakiman kewangan. Maka, berdasarkan perbincangan di atas, sekiranya pun JC mendedahkan permohonan JD untuk mengetepikan Writ Milikan yang ditetapkan untuk perbicaraan pada 7.1.2024 semasa memfailkan permohonan garnisi di Mahkamah ini, Mahkamah ini masih akan mengeluarkan perintah garnisi menunjuk sebab pada 4.1.2024 kerana sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 34 di atas, permohonan JD adalah semata-mata untuk mengetepikan perintah kebenaran mengeluarkan Writ Milikan dan Writ Milikan dan bukan berkaitan penghakiman kewangan (monetary judgment) yang dikeluarkan pada 30.8.2013 dan telah muktamad pada 20.3.2014 melalui perintah Mahkamah Rayuan.
37
Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan JC bahawa tiada di mana-mana dalam hujahan JD yang ada diterangkan berkenaan bagaimana pendedahan maklumat tersebut akan mempengaruhi keputusan Mahkamah sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan JC untuk garnisi menunjuk sebab. Maka, atas alasan-alasan ini, Mahkamah berpendapat bahawa bantahan JD berkenaan isu ini juga adalah tidak bermerit. Sama ada Mahkamah seharusnya membenarkan perintah penggantungan interim sementara menunggu pelupusan permohonan penggantungan perlaksanaan di Mahkamah Tinggi 38. JD seterusnya berhujah secara alternatif bahawa Mahkamah ini sememangnya boleh menggantung prosiding garnisi menjadi mutlak sementara menunggu pelupusan permohonan JD untuk penggantungan perlaksanaan di Mahkamah Tinggi dan/atau Mahkamah Rayuan. JD merujuk kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Lee Choon Seng & Sons Sdn Bhd v Tewara Sdn Bhd (Public Bank Berhad, orang yang digarnis) [2023] MLJU 2607 di mana saya telah memutuskan bahawa:- “[46] Mahkamah sedia maklum bahawa pemfailan permohonan penggantungan semata-mata tidak akan bertindak sebagai perintah penggantungan. Namun, Mahkamah dapati pada tarikh bicara lampiran 10 ini, pihak-pihak telahpun memfailkan hujahan serentak dan bakal memfailkan hujahan balas serentak pada 29.11.23, maka sememangnya kertas-kertas kausa sememangnya akan bersedia untuk pendengaran pada 20.12.23. Mahkamah dalam hal ini bersetuju bahawa sekiranya Mahkamah memerintahkan perintah garnisi mutlak sebelum pelupusan permohonan JD untuk penggantungan pelaksanaan di hadapan Yang Arif Hakim, maka permohonan JD akan menjadi sia-sia. [47] Maka, Mahkamah memerintahkan penggantungan interim pendengaran perintah garnisi dijadikan mutlak sementara pelupusan permohonan JD untuk penggantungan pelaksanaan di Mahkamah Tinggi bagi memastikan keadilan terhadap kedua-dua pihak dalam kes ini. Mahkamah percaya dengan perintah ini, tiada prejudis dialami JC kerana sehingga perintah garnisi tunjuk sebab diketepikan atau dibatalkan, jumlah yang ditahan oleh garnisi akan kekal ditahan…”
39
Mahkamah berpendapat bahawa keputusan tersebut perlu dilihat dalam konteks keputusan tersebut dibuat dan wajar dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Sebagaimana dijelaskan dalam penghakiman tersebut, Mahkamah telah membenarkan penggantungan interim sementara menunggu pelupusan permohonan penggantungan perlaksanaan di Mahkamah Tinggi kerana penghakiman substantif Mahkamah Sesyen yang diubah oleh Mahkamah Tinggi telah dirayu ke Mahkamah Rayuan. Maka, permohonan penggantungan perlaksanaan di Mahkamah Tinggi menjurus kepada penghakiman substantif tersebut yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
40
Namun, dalam kes ini, sebagaimana diputuskan di atas, Penghakiman bertarikh 30.8.2013 telahpun diputuskan secara muktamad melalui
para
Mahkamah Rayuan pada 20.3.2014. Sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 34, perkara subjek (subject matter) permohonan JD adalah untuk mengetepikan kebenaran mengeluarkan Writ Pemilikan dan Writ Pemilikan itu sendiri dan tidak berkaitan penghakiman kewangan (monetary judgment) yang telahpun muktamad. Maka, Mahkamah tidak melihat sebarang keperluan untuk perintah penggantungan interim dalam kes ini. KESIMPULAN
41
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah menolak permohonan JD untuk mengetepikan Perintah Garnisi Menunjuk Sebab bertarikh 4.1.2024 (Lampiran 10). Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memerintahkan supaya JD membayar kos permohonan ini berjumlah RM5,000.00 kepada JC tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 17 Julai 2024 Disediakan oleh, …………………………………. ARUN A/L NOVAL DASS Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Pihak-pihak:
1
Tetuan Lee & Lim Peguamcara Pemiutang Penghakiman C4 Bangunan Khas, Lorong 8/1E 46050 Petaling Jaya, Selangor (Ref: LL22/262LnKCSB.f) … Encik Lim Kien Huat bersama Cik Fellicia Paula Majicon (PDK)
2
Tetuan Gideon Tan Razali Zaini Peguamcara Penghutang Penghakiman No.812, 8th Floor, Blok A, Kelana Square, 17 Jalan SS 7/26 47301 Petaling Jaya Selangor (Ref: GT/ASH/11231/2002) ... Encik Brien Ernest Cumming & Encik Yip Mun Fei Kes-kes dirujuk
1
Thara Singh Sidhu v Sault & Co & Anor [2016] MLJU 816; [2016] CLJU 980; [2016]
2
MLRHU 1646; [2016] 6 AMR 273 Ex-Parte: Guan Teik Sendirian Berhad (Replacing Lim Oo Guan, Deceased) [2010] 1 MLJ 1; [2010] 4 CLJ 289; [2009] 4 MLRA 74
3
Westacre Investments Inc v The State-Owned Company Yugoimport SDPR (also known as Jugoimport-SDPR) and others [2015] SGHC 143; [2015] 4 SLR 529
4
NCFM Enterprise Sdn Bhd v Kejuruteraan Rasshin Sdn Bhd & Ors [2010] MLJU 733; [2011] 10 CLJ 572; [2010] 8 MLRH 552; [2010] AMEJ 0594
5
Castle Inn Sdn Bhd v Bumiputra-Commerce Bank Bhd [2009] 1 MLJ 542; [2009] 2 CLJ 445; [2008] 3 MLRA 249.
6
Lim Hean Pin v Thean Seng Co Sdn Bhd & Ors [1992] 2 MLJ 10; [1992] 2 CLJ Rep 745; [1992] 2 MLRH 70
7
Mohamed Zahid Yon Mohamed Fuad & Anor v Fat Boys Records Sdn Bhd & Other Appeals [2022] 5 MLJ 764; [2022] 7 CLJ 339; [2022] 5 MLRA 608; [2022] 5 AMR 231
8
Genisys Integrated Engineers Pte Ltd v UEM Genisys Sdn Bhd & Yang Lain [2000]
9
MLJU 766; [2000] 1 LNS 375; [2000] 7 MLRH 329
10
KCSB Konsortium Sdn Bhd & Anor v The Store (M) Bhd [2024] CLJU 720 Lee Choon Seng & Sons Sdn Bhd v Tewara Sdn Bhd (Public Bank Berhad, orang yang digarnis) [2023] MLJU 2607
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.