For completeness, the reliefs sought by Pong Soon Lean in Suit 437 are as outlined at paragraphs 67(a) to 67(s) of her Amended Statement of Claim and they are as follows: a) suatu deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli di antara Kechara World Peace Centre Sdn Bhd (No.Syarikat: 771963-H) dan Pong Soon Lean (No.K/P: 820826-07- 5126) adalah sah dibawah undang-undang; b) suatu deklarasi bahawa Plaintif (Pong Soon Lean) sebagai pembeli bona fide telah membayar harga pembelian sebanyak RM2,500,000.00 kepada Defendan Ketiga bagi membeli sebidang tanah yang dipegang dibawah Hak Milik Geran No: 33386, Lot No.3751, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan ("Tanah tersebut"); c) suatu deklarasi bahawa Defendan Pertama disifatkan sebagai ejen kepada Defendan Ketiga; d) suatu deklarasi bahawa Defendan Kedua adalah ejen kepada Defendan Ketiga; e) suatu deklarasi bahawa Plaintif adalah seorang pembeli bona fide bagi "valuable consideration" dan mempunyai hak milik "indefeasible" bagi tanah tersebut; f) suatu Perintah Perlaksanaan Spesifik ("specific performance") berkenaan Perjanjian Jual Beli bertarikh 10.11.2020 oleh Defendan Ketiga dan Defendan Ketiga menyerahkan hak milik yang sah kepada Plaintif; g) suatu Perintah bahawa Defendan Ketiga dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh Perintah/Penghakiman untuk menyerahkan semua dokumen-dokumen mustahak termasuk dan tidak terhad kepada Memorandum Pindahmilik yang dilaksanakan oleh Defendan Ketiga kepada Peguambela dan Peguamcara yang dilantik oleh Plaintif bagi pindahmilik kepada Defendan Keempat dan Defendan Kelima; h) suatu Perintah bahawa selepas Defendan Keempat dan Defendan Kelima menerima kesemua dokumen-dokumen relevan daripada Defendan Ketiga mengisukan Hak Milik yang baru atas nama Plaintif; i) suatu deklarasi bahawa Hak Milik Asal 2 No: 33386, Lot No. 3751, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan yang diisukan oleh Defendan Keempat dan Defendan Kelima adalah sah dan "indefeasible"; j) suatu deklarasi bahawa Defendan Pertama sebagai Peguamcara yang bertindak bagi pihak Plaintif telah memindahmilik Hak Milik Geran No: 33386, Lot No. 3751, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan ("Tanah tersebut") secara sempurna ke atas nama Plaintif; k) Secara alternatif, sekiranya Mahkamah yang Mulia ini mendapati bahawa Defendan Pertama adalah cuai, suatu Perintah bahawa Defendan Pertama membayar Plaintif wang berjumlah RM2,500,000.00 bagi kehilangan dan kerugian Plaintif atas sebab kecuaian Defendan Pertama termasuk faedah pada kadar enam (6%) peratus daripada 10.11.2020 dan kos bagi Writ Saman berjumlah RM200,000.00 berserta alokatur, I) suatu Perintah bahawa Defendan Kedua membayar RM460,000.00 kepada Plaintif: m) suatu deklarasi bahawa selaras dengan Perjanjian Jual Beli bertarikh 10.11.2020, nama Plaintif telah dipindahmilik dan didaftar atas Hak Milik Geran No: 33386, Lot No.3751, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan dan Hak Milik Asal dan Pelan Tanah Asal telah diisukan dan dikeluarkan oleh Defendan Keempat dan Defendan Kelima dan diserahkan kepada Plaintif mengikat Defendan Ketiga, n) Seterusnya dan secara alternatif, sekiranya perlaksanaan spesifik Perjanjian Jual Beli tidak diperintahkan oleh Mahkamah yang Mulia ini, suatu Perintah bahawa Defendan Keempat dan Defendan Kelima membayar wang berjumlah RM2,500,000.00 kepada Plaintif bagi kehilangan dan kerugian yang dialami oleh Plaintif atas sebab kecuaian Defendan Keempat dan Defendan Kelima termasuk faedah pada kadar enam (6%) peratus daripada 10.11.2020 dan kos bagi Writ Saman berjumlah RM200,000.00 berserta alokatur; o) suatu Perintah bahawa Hak Milik Asal dan Pelan Tanah Asal Hak Milik Geran No: 33386, Lot No.3751, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan atas nama Plaintif dikekalkan dan dipegang oleh Plaintif; p) secara alternatif, gantirugi sebanyak RM2,500,000.00 terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga, dan Defendan Keempat dan Defendan Kelima; q) faedah pada kadar 5% setahun daripada tarikh Writ Saman ke atas Gantirugi yang diawadkan sehingga penyelesaian penuh; r) kos; dan s) relif lain atau selanjutnya yang dianggap sesuai oleh Mahkamah ini.