Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA RAYUAN NO.: JA-12BNCvC-23-09/2022
JA-12BNCvC-23-09/2022
High Court of Malaysia7 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“default after an essential date has passed, he cannot then call the bargain off without first warning the defaulting party by fixing a fresh limit, reasonable in the circumstance." In Webb v. Hughes [1870] LR 10 Eq. 281, Malins VC found that on its construction the contract did not make time of the essence of the contr”
“k yang berkontrak untuk menamatkan perjanjian sekiranya pihak yang satu lagi gagal melaksanakan obligasinya dalam keadaan masa bukan intipati kontrak (lihat juga kes Chow Yoong Hong v. Tai Chet Siang [1959] CLJU 20; [1959] 1 LNS 20; [1960] 1 MLJ 130 (PC) dan Koh Shye Guan v. Lee Kok Chan [1971] 1 MLJ 78 (FC)). Sebalikn”
“planation —The question “what is a reasonable time” is, in each particular case, a question of fact. [23] Dalam menimbang maksud munasabah Mahkamah Persekutuan dalam Nyap Kui Fah v. Len On Contractor [1977] CLJU 9; [1977] 1 LNS 9 melalui Lee Hun Hoe HB (Borneo) menyatakan – "Where no time is set for the performance of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA RAYUAN NO.: JA-12BNCvC-23-09/2022
1
1.
2
KEJURUTERAAN ELEKTRIK SRI KRIS SDN BHD SRI AYYANAREESWARAR @ SURESH A/L D. KRISHNA …PERAYU-PERAYU DAN DMD MARINE ENGINEERING (M) SDN BHD …RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: JA-A52NCvC-5-01/2020 Antara DMD MARINE ENGINEERING (M) SDN BHD …Plaintif
1
Dan
2
KEJURUTERAAN ELEKTRIK SRI KRIS SDN BHD SRI AYYANAREESWARAR @ SURESH A/L D. KRISHNA …Defendan-Defendan) ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Bagi tujuan rayuan ini, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status mereka semasa prosiding di Mahkamah Sesyen sebelum ini. 17/03/2025 09:06:01 JA-12BNCvC-23-09/2022 Kand. 32 [2] Ini adalah rayuan yang difailkan oleh Defendan-defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) pada 20.8.2022 yang membenarkan tuntutan Plaintif dan menolak tuntutan balas Defendan-defendan dengan kos. [3] Fakta bagi kes ini bolehlah diringkas seperti berikut. [4] Melalui suatu sebut harga bertarikh 16.8.2018 (“Sebut Harga”), Defendan Pertama menawarkan kepada Plaintif perkhidmatan bagi suatu projek melibatkan “concrete base for the compact substation with anti-climb fencing and earthling following TNB spec” dengan kos berjumlah RM495,000.00 (“Projek”). Perincian Projek adalah sepertimana berikut: [5] Berikutan itu, Plaintif bersetuju dengan Sebut Harga tersebut dan telah membayar RM250,000.00 kepada Defendan Pertama. [6] Walaupun Sebut Harga tersebut tidak menyatakan tarikh penyiapan Projek, namun Plaintif mendakwa bahawa Defendan Pertama berjanji untuk menyiapkan Projek pada bulan Februari 2019. [7] Pada 22.11.2019, Plantif melalui peguamcaranya telah mengeluarkan surat penamatan kontrak (“Surat Penamatan”) kepada Defendan Pertama atas alasan syarikat itu telah melanggar kontrak Sebut Harga berikutan kegagalan menyiapkan Projek dalam tempoh yang dijanjikan (mukasurat 152 Rekod Rayuan). [8] Ekoran itu, pada 1.7.2020 Plantif telah memulakan saman terhadap Defendan Pertama bagi menuntut pemulangan semula wang berjumlah RM250,000.00 yang didakwa oleh Plantif sebagai deposit serta gantirugi am dan khas. Defendan Kedua pula disaman sebagai pengarah kepada Defendan Pertama. [9] Defendan-defendan dalam Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas mereka pula menafikan berlakunya kelewatan. Sebaliknya mendakwa bahawa Tenaga Nasional Berhad (“TNB”) dalam surat bertarikh 17.2.2019 hanya membenarkan pembinaan full substation single chamber dan bukannya “compact substation” sebagaimana yang dinyatakan dalam Sebut Harga tersebut. [10] Ekoran itu, pada 9.4.2019, Defendan Pertama telah menghantar emel kepada Plaintif mengenai keputusan TNB tersebut. [11] Bagaimanapun Defendan Pertama mendakwa, melalui rundingan yang diadakan di antara syarikat itu dengan TNB, pada 23.6.2019 TNB (mukasurat 234 Rekod Rayuan) telah meluluskan pembinaan compact substation. [12] Oleh yang demikian, Defendan-defendan menegaskan bahawa kelewatan (yang mana mereka nafikan) sekiranya berlaku adalah disebabkan kelewatan kelulusan yang diberikan oleh TNB bagi pembinaan compact substation itu. [13] Selain itu, Defendan-defendan mendakwa TNB melalui surat bertarikh 21.8.2019 (mukasurat 236 Rekod Rayuan) telah meminta Plaintif sebagai pemilik premis untuk mengemukakan jaminan bank. Namun jaminan bank tersebut hanya diselesaikan oleh Plaintif pada 1.10.2019 (mukasurat 240 Rekod Rayuan). [14] Seterusnya Defendan-defendan menegaskan bahawa penamatan kontrak yang dibuat oleh Plaintif melalui Surat Penamatan tersebut adalah tidak sah dan berniat tidak baik disebabkan pembinaan sedang berjalan dan telah mencapai kemajuan sebanyak 85%. [15] Defendan-defendan juga membuat tuntutan balas terhadap Plaintif bagi kerja-kerja yang telah dibuat setakat 85%. [16] Semasa perbicaraan, Plaintif telah memanggil seorang saksi iaitu pengarah Plaintif manakala Defendan-defendan memanggil Defendan Pertama memberi keterangan bagi pihak mereka. [17] Selepas perbicaraan penuh selama sehari, HMS telah membenarkan tuntutan Plaintif dan menolak tuntutan balas Defendan-defendan dengan kos. Sama ada Defendan-defendan gagal melaksanakan Projek dalam tempoh yang ditetapkan [18] Dalam alasan penghakimannya, HMS menyatakan “Di dalam kes semasa, tiada keterangan dokumen menunjukkan kerja-kerja telah dimulakan menunjukkan kegagalan Defendan-defendan memenuhi masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian.”. [19] Dalam hal ini, saya mendapati bahawa tarikh Projek perlu dimulakan dan disiapkan tidak dinyatakan. Bagaimanapun menurut Plaintif, kedua-dua pihak bersetuju bahawa ia hendaklah disiapkan pada bulan Februari 2019. [20] Melihat kepada kronologi kes ini, saya berpandangan bahawa adalah tidak munasabah untuk Projek disiapkan pada bulan Februari 2019 sedangkan kelulusan TNB hanya diperolehi 4 bulan selepas itu iaitu pada 23.6.2019. Selain itu, jaminan bank hanya dibayar oleh Plaintif pada 1.10.2019 sedangkan surat TNB yang meminta pembayaran jaminan bank dikeluarkan pada 21.8.2019. Di samping itu, saya meneliti koresponden melalui emel yang dibuat antara Plantif dengan Defendan Pertama dan mendapati tiada tarikh baru ditetapkan atau dipersetujui oleh kedua-dua pihak setelah Projek tersebut tidak disiapkan pada tarikh asal yang dikatakan dipersetujui iaitu Februari 2019. [21] Dalam kes Loke Yuen Cheng & Anor v. Vimtex Sdn Bhd [1998] 4 CLJ 352, NH Chan HMR (pada masa itu) menyebut: "It is true that when time is of the essence of the contract and when the party who is in the right allows the time fixed for completion to pass and the parties go on negotiating, then time is no longer to be regarded as of the essence of the contract. See Luck v. White [1973] 26 P & CR 89, 95, Goulding J said: The notice to complete expired early in September. The vendors did not then, as they had threatened, either rescind the contract or resell the property. Instead they continued to discuss the possibilities of completion and ultimately agreed to November 16. It would have been easy for the vendors to reserve their rights in express terms. They might, for example, have extended the period for compliance with the notice to a specified date, time to be of the essence in that regard. Indeed, the mere extension of the period to a new fixed date would on the authorities have preserved the position that time was of the essence, without fresh stipulation to that effect. The vendors, however, did nothing of the kind. They encouraged the purchaser to try to complete notwithstanding the expiry of the notice, and there was nothing to tell him (that is, the purchaser) at what moment the axe would fall. The judge formulated the principle in this way, at 96: If the party who is in the right allows the defaulting party to try to remedy his default after an essential date has passed, he cannot then call the bargain off without first warning the defaulting party by fixing a fresh limit, reasonable in the circumstance." In Webb v. Hughes [1870] LR 10 Eq. 281, Malins VC found that on its construction the contract did not make time of the essence of the contract, but he observed that even if it had been of the essence of the contract the conduct of the parties was such as to show that that essential characteristic of time had been waived. He said, at 286: But if time be made the essence of the contract, that may be waived by the conduct of the purchaser; and if the time is once allowed to pass, and the parties go on negotiating for completion of the purchase, then time is no longer of the essence of the contract. [22] Adalah menjadi undang-undang bahawa dalam keadaaan di mana kontrak tidak menyatakan dengan jelas mengenai tarikh pelaksanaan kontrak, maka pelaksanaannya adalah dalam tempoh yang munasabah. S. 47 Akta Kontrak 1950 menyebut – Time for performance of promise where no application is to be made and no time is specified 47. Where, by the contract, a promisor is to perform his promise without application by the promisee, and no time for performance is specified, the engagement must be performed within a reasonable time. Explanation —The question “what is a reasonable time” is, in each particular case, a question of fact. [23] Dalam menimbang maksud munasabah Mahkamah Persekutuan dalam Nyap Kui Fah v. Len On Contractor [1977] CLJU 9; [1977] 1 LNS 9 melalui Lee Hun Hoe HB (Borneo) menyatakan – "Where no time is set for the performance of the contract the law implies that performance must be completed within a reasonable time having regard to the circumstances. [24] Sehubungan itu, saya bersetuju dengan hujah peguamcara Defendan Pertama bahawa alasan HMS yang mengatakan Defendan- defendan gagal menyiapkan Projek dalam masa yang ditetapkan dalam perjanjian adalah tidak tepat kerana tarikh penyiapan tidak dinyatakan secara spesifik dalam Sebut Harga tersebut dan adalah tidak munasabah Projek disiapkan pada bulan Februari 2019 berdasarkan naratif kes ini. [25] Persoalan seterusnya adakah Plantif berhak menamatkan perjanjian antara syarikat itu dengan Defendan Pertama atas alasan kegagalan Defendan Pertama menyiapkan Projek dalam masa yang ditetapkan sedangkan masa bukanlah intipati kontrak? [26] Dalam hal ini, undang-undang kontrak tidak membenarkan pihak yang berkontrak untuk menamatkan perjanjian sekiranya pihak yang satu lagi gagal melaksanakan obligasinya dalam keadaan masa bukan intipati kontrak (lihat juga kes Chow Yoong Hong v. Tai Chet Siang [1959] CLJU 20; [1959] 1 LNS 20; [1960] 1 MLJ 130 (PC) dan Koh Shye Guan v. Lee Kok Chan [1971] 1 MLJ 78 (FC)). Sebaliknya hanya membenarkan tuntutan gantirugi sahaja (lihat kes Ganam d/o Rajamany v. Sommo s/o Sinnah [1984] 1 CLJ Rep 123; [1984] 2 MLJ 290 (FC)). S. 56(1) Akta Kontrak menyatakan – Effect of failure when time is not essential
2
If it was not the intention of the parties that time should be of the essence of the contract, the contract does not become voidable by the failure to do the thing at or before the specified time; but the promisee is entitled to compensation from the promisor for any loss occasioned to him by the failure. [27] Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, saya berpandangan penamatan kontrak oleh Plaintif secara satu pihak adalah tidak sah Sama ada Plantif layak untuk menuntut wang sebanyak RM250,000.00 [28] Persoalan seterusnya adakah Plantif layak untuk menuntut wang sebanyak RM250,000.00 yang telah dibayarnya kepada Defendan Pertama sebelum ini sebagaimana yang diputuskan oleh HMS. Dalam penghakimannya, HMS menyatakan Defendan Pertama gagal memulakan Projek tersebut. [29] Bagaimanapun, berdasarkan nota keterangan, saya mendapati sebahagian kerja-kerja bagi Projek telah dijalankan oleh Defendan-defendan. Ini diakui sendiri oleh Plaintif semasa pemeriksaan balas sebagaimana berikut: Peguam Defendan I put it to you Mr. Sankar, that the work for the base work for the MS board is also have been prepared by the Defendant. Do you agree? Saksi SP1 Base work means? I don’t understand which you are referring. Peguam Defendan If you look at the pictures, you look at this document. Ikatan Dokumen C Saksi SP1 Pink color book. Peguam Defendan The thick one. So page 144, 145. I put it to you that this picture of a base work for the subsection. Saksi SP1 Yes Peguam Defendan Mr. Sankar, so do you agree with me that subsection cannot be install without the base work? Saksi SP1 It is not in solid. It is concrete Peguam Defendan Okay. So it cannot be base a substation, cannot be put in this condition without the base work, do you agree? Saksi SP1 Yes. Peguam Defendan 129, Mr. Sankar. Do you agree with me based on the second last paragraph of the email, the Defendant have inform you that they will consult the substation base, fencing as well as cabling for this project? Saksi SP1 Yes. they email. Peguam Defendan Is actually the work that have been explain in the earlier email. Saksi SP1 Yes. [30] Oleh yang demikian saya mendapati HMS jelas terkhilaf apabila menyatakan bahawa “Defendan-defendan tidak melakukan apa-apa kerja di bawah Perjanjian”. Ekoran kekhilafan tersebut, HMS telah mengarahkan Defendan-defendan memulangkan kembali wang RM250,000.00 tersebut kepada Plaintif. [31] Memandangkan Defendan-defendan tiada pelanggaran perjanjian, saya berpandangan Plaintif tidak berhak mendapat kembali bayaran yang telah dibuatnya tersebut sama ada ia dikira sebagai deposit atau sebahagian daripada harga kontrak. Sebaliknya ia tertakluk kepada peratusan sebenar kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Defendan-defendan sebelum perjanjian ditamatkan oleh Plaintif. Sama ada Defendan Kedua bertanggungan [32] Plaintif dalam hujahnya mendakwa Defendan Kedua sebagai pemegang saham dan pengarah Defendan Pertama bertanggungan membayar kembali RM250,000.00 disebabkan tindakan Defendan Pertama yang dikatakan melakukan fraud terhadap Plaintif. Menurut Plantif lagi, Defendan Pertama telah digulung pada 2018 dan Defendan Kedua telah membuat Sebut Harga tersebut tanpa kebenaran. [33] Dalam hal ini, berdasarkan kepada cabutan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia bertarikh 26.6.2020 (mukasurat 149 Rekod Rayuan) menunjukkan Defendan Pertama tidak digulung. Oleh yang demikian, saya berpandangan hujah Plaintif adalah tidak berasas. Tuntutan balas Defendan-defendan [34] Dalam tuntutan balasnya, Defendan-defendan menuntut gantirugi bayaran sebanyak RM170,750.00 berdasarkan prinsip quantum meruit bagi kerja-kerja yang telah dilakukan oleh syarikat tersebut. [35] Sebagaimana yang saya ulas sebelum ini, adalah jelas bahawa Defendan Pertama telah menjalankan beberapa kerja bagi penyiapan Projek tersebut. Fakta ini diakui sendiri oleh SP1. Ekoran itu, saya membenarkan tuntutan balas Defendan-defendan. Namun jumlah yang dibenarkan adalah tertakluk kepada jumlah yang akan ditaksir oleh Mahkamah Sesyen kelak. Kesimpulan [36] Mahkamah Rayuan dalam kes Goh Bak Ming v Yeoh Eng Kong & Other Appeals [2019] 3 MLRA 56 dan Lee Ing Chin & Ors v Gan Yook Chin [2003] 1 MLRA 95 menyatakan bahawa adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengganggu keputusan mahkamah bicara melainkan mahkamah bicara itu jelas salah dalam membuat keputusan. [37] Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, saya mendapati Defendan-defendan/Perayu berjaya membuktikan bahawa HMS telah bertindak atas prinsip undang-undang yang salah atau tidak mengambil kira perkara yang relevan atau jelas tidak munasabah bagi membolehkan saya menggunakan kuasa untuk mengganggu atau campur tangan terhadap keputusan yang diberikan oleh HMS. Oleh itu saya membenarkan rayuan Defendan-defendan/Perayu dengan kos dan keputusan HMS bertarikh 22.8.2022 diketepikan. Saya juga mengarahkan agar kes ini dikembalikan ke Mahkamah Sesyen bagi tujuan taksiran tuntutan balas Defendan-defendan. Tarikh: 14.3.2025 - t.t - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguamcara: Bagi pihak Perayu/Defendan-defendan – Yougesswary Singam (Santhini Thanapalan bersamanya; Tetuan Jeffrey & Co Bagi pihak Responden/Plaintif – KS Lim; Tetuan SK Song
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.