Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN SIVIL NO : WA-12BNCVC-19-02/2022
WA-12BNCvC-19-02/2022
High Court of Malaysia8 Aug 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN SIVIL NO : WA-12BNCVC-19-02/2022
2
HIJRATUL SYAHIRA BINTI MD SAAD … PERAYU-PERAYU DAN .
1
GAJAANANTHAN A./L POOPALAN (Yang membawa tuntutan ini sebagai anak Yang sah dan sahabat wakil POOPALAN A/L
2
POOPALAN A/L SAMINATHAN (Yang membawa tuntutan ini melalui GAJAANANTHAN A/L POOPALAN yang merupakan anak yang sah dan sahabar wakil beliau) … RESPONDEN-RESPONDEN 04/11/2022 22:52:46 WA-12BNCvC-19-02/2022 Kand. 31 S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 1 ) Notis Rayuan [1] Perayu-Perayu tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2022 dan merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan tersebut. [2] Ini merupakan rayuan pihak Perayu-Perayu / Defendan-Defendan terhadap keputusan yang diberikan pada 15.2.2022 oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen yang merayu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sebahagian keputusan tersebut iaitu mengenai liabiliti dan Kuantum (Gantirugi Am) sahaja. [3] Terdapat juga rayuan balas oleh Responden-Responden/ Plaintif-Plaintif terhadap sebahagian keputusan tersebut mengenai isu liabiliti sahaja iaitu Plaintif / Responden 50% : Perayu / Defendan 50%. [4] Pihak-pihak akan disebut sebagai Plaintif bagi Responden dan Defendan-Defendan sebagai Perayu Latar Belakang [5] Rujukan dibuat kepada alasan penghakiman Puan Hakim Mahkamah Sesyen. Tindakan ini bermula akibat satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 4hb. Jun 2017, pada pukul 12.30 pagi di antara motosikal jenama Honda No. Pendaftaran WC 2703R yang ditunggang oleh Plaintif S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg Kedua dan motosikal jenis Yamaha No. Pendaftaran VC 1344 yang ditunggang oleh Defendan Pertama. Defendan Kedua merupakan pemilik motosikal VC 1344 tersebut. [6] Akibat kemalangan tersebut pihak Plaintif Kedua telah mengalami kecederaan parah sehingga lumpuh "quadrapeligia". [7] Pihak Plaintif telah memanggil 3 orang saksi untuk membuktikan isu liabiliti, iaitu:- i) Inspektor Gunaseelan a/l Munisamy - SP 1; ii) Sarjan Ramli Bin Hj Mutadi - SP2; dan iii) Korporal Jadzie bin Hanapiah (jurugambar) - SP3. [8] Pihak Defendan pula telah memanggil 2 orang saksi, iaitu:- i) Defendan Pertama - SD1; dan ii) Mohamad Ikmar Riduan Bin Alias - SD2 [9] Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu telah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif dan Puan Hakim terkemudian telah mengambil alih kes ini di peringkat kes Defendan. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [10] Puan Hakim setelah meneliti secara keseluruhan kes, keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak,Mahkamah atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa pihak Defendan Pertama bertanggungan 50% liabiliti dan Plaintif Kedua telah sumbang cuai sebanyak 50% liabiliti. Oleh yang demikian liabiliti adalah sama banyak antara pihak Plaintif dan pihak Defendan. [11] Mahkamah juga telah memberikan ganti rugi am atas dasar 100% liabiliti sebagaimana berikut:- 1) Severe traumatic brain injury (right parital extradural hemorrhage with right fronto-temporal subdural hemorrhage) with loss of amenities-Rujuk kes (Pantai Medical Centrev Fareed Reezal). RM400,000- 2) Loss of Amenities: (disekalikan dengan brain injuries) 3) Tracheostomy: RM 10,000.00 4) Aspiration Pneumonia: RM 10,000.00 5) Left eye periorbital hematoma, subconjunctival haemorrhage. RM 10,000.00 6) Left lateral Orbital Wall Fracture Fragment: RM 12,000.00 S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg 7) Left eye exposure keratopathy: RM 10,000.00 8) Sacral Sore Grade IV: RM 20,000.00 9) Urinary tract infection and acute urinary retention secondary to UTi-on CBD : RM 10,000.00 10) Urethral Injury: RM 10,000.00 [12] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan-Defendan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 21.2.2022 merayu atas keputusan berhubung liabiliti dan juga ganti rugi am. Kes Plaintif [13] Kes Plaintif seperti dinyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah bahawa pada 4hb. Jun 2017, pada pukul 12.30 pagi Plaintif Kedua telah menunggang motosikal No. Pendaftaran WC 2703 R melalui Jalan Temerloh apabila Defendan Pertama yang sedang menunggang motosikal No.Pendaftaran VC 1344, telah tanpa amaran mengubah haluan secara mengejut, lalu memasuki laluan sah Plaintif dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh Plaintif Kedua. Kes Defendan [14] Pihak Defendan telah memberikan beberapa versi kemalanganberdasarkan laporan polis yang dibuat serta keterangan di S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg Mahkamah. Defendan juga menyatakan bahawa motosikalnya dilanggar dari belakang. Secara keseluruhannya pihak Defendan menyatakan bahawa pihak Plaintif telah gagal membuktikan kemalangan berlaku di Jalan Temerloh sebagaimana yang diplidkan dalam Penyata Tuntutan. Keterangan Pihak-Pihak [15] SP2 iaitu Sarjan Ramli merupakan pegawai penyiasat yang mula-mula mengendalikan kes ini. Mengikut SP2, terdapat tiga laporan polis yang dibuat di dalam tindakan ini iaitu:- a) Oleh Defendan Pertama pada 4.6.2017 pada pukul 4.43 petang; b) Oleh Defendan Pertama pada 4.6.2017 pada pukul 6.24 petang (laporan pembetulan); c) Oleh anak mangsa pada 4.6.2017 pada 8.54 malam. [16] Laporan polis Defendan Pertama (D7) menyatakan bahawa dia daripada Puchong menghala ke Tasik Titiwangsa. Apabila sampai di Jalan Temerloh kemalangan telah berlaku. Defendan Pertama pada hari yang sama juga membuat laporan polis kedua (D8) bahawa lokasi kemalangan berlaku adalah di Jalan Tun Razak berhampiran susur Jalan Temerloh. [17] Plaintif Pertama juga telah membuat laporan polis pada 4.6.2017 menyatakan bahawa ayahnya iaitu Plaintif Kedua telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Razak berhampiran Istana Budaya. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [18] Dalam kes ini Pegawai Penyiasat SP2 telah membuat Rajah Kasar (P1). Dia juga telah mengarahkan jurugambar mengambil gambar. Hanya satu gambar diambil di tempat kemalangan iaitu ekshibit P2(d). [19] Kes ini kemudiannya telah diambil alih oleh SP1. SP1 telah mengambil alih siasatan tindakan ini pada 6.7.2017 daripada SP2, apabila fakta kecederaan parah Plaintif Kedua diketahui. [20] Berdasarkan siasatan SP1, arah perjalanan Plaintif Kedua adalah dari arah bawah ke atas. Arah perjalanan Defendan Pertama juga adalah dari bawah ke atas iaitu dari Puchong melalui Jalan Tun Razak. Defendan Pertama hendak ke Taman Tasik Titiwangsa,iaitu melalui susur Jalan Temerloh. [21] Menurut SP1, rajah kasar yang disediakan oleh Sarjan Ramli (SP2) adalah tepat menunjukkan tempat kemalangan iaitu di susur Jalan Temerloh. Namun begitu gambar yang diambil oleh SP2 adalah tidak tepat dan justeru itu SP1 telah mengambil semula gambar-gambar tempat kemalangan, iaitu Ekshibit ID-3 (a-e) yang diambil sehari sebelum perbicaraan bermula iaitu pada 13.8.2020. Gambar yang diambil oleh SP2 menunjukkan susur jalan Kuantan dan bukannya susur jalan Temerloh. [22] SP3 walau bagaimanapun mengesahkan gambar yang diambil olehnya hanya dua keping gambar sahaja iaitu P2 (g & h) iaitu gambar motosikal Defendan Pertama. Mengikut keterangan SP3, gambar-gambar lain iaitu P2(a-f) telah diberikan oleh SP1 untuk SP3 masukkan ke dalam sistem. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [23] Pihak Defendan telah memanggil dua orang saksi iaitu SD1, iaitumerupakan Defendan Pertama yang menunggang motosikal VC 1344 manakala SD2 merupakan penunggang motosikal BNL 4217 yang mengikut dibelakang Defendan Pertama dan menyaksikan kemalangan. [24] SDI semasa di Mahkamah menyatakan bahawa pada 4.6.2017 jam lebih kurang 12.30 pagi dia menunggang motosikal VC 1344 dari rumah di Puchong menghala ke Tasik Titiwangsa bersama rakan-rakan. Mereka telah berhenti di Dataran Merdeka, dan selepas itu mereka meneruskan perjalanan ke Stesen Minyak Shell di Jalan Tun Razak sebelum ke Tasik Titiwangsa. Sebelum susur masuk ke Istana Budaya, tiba-tiba motosikal WC 2037R dari arah belakang melanggar belakang motosikalnya. [25] SD1 telah menjelaskan bahawa laporan polis kedua dibuat kerana dia pada asalnya tidak tahu nama jalan lokasi terlibat. Dalam laporan polis pertama SD1 menyatakan bahawa kemalangan berlaku di Jalan Temerloh. Selepas memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, dia dimaklumkan bahawa jalan lokasi kemalangan adalah Jalan Tun Razak dan bukan Jalan Temerloh dan oleh demikian, SDI membuat laporan pembetulan. [26] SD1 juga telah menandakan tempat kejadian pada rajah kasar yangdibuat oleh pihak penyelaras (D5) sebagai “O”. Menurut SD1, kemalangan telah berlaku di persimpangan utama Jalan Tun Razak, iaitu Jalan Kuantan dan sebelum Istana Budaya dan bukannya di susur Jalan Temerloh. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [27] SD2 menyatakan bahawa dia dengan sekumpulan kawan termasuk Defendan Pertama telah berjumpa di Dataran Merdeka. Selepas dari itu mereka mengambil keputusan untuk ke Taman Tasik Titiwangsa, tetapi sebelum ke Tasik Titiwangsa mereka hendak mengisi Minyak di Stesen Minyak Shell di Jalan Tun Razak. [28] Mereka telah bergerak dari Jalan Raja Laut ke Jalan Pahang. Apabila sampai di Bulatan Pahang, mereka telah ambil susur masuk ke Jalan TunRazak, di mana perlanggaran berlaku selepas simpang Jalan Kuantan dan sebelum Istana Budaya. Menurut beliau sebelum simpang susur masuk ke Istana Budaya, tiba-tiba sebuah motosikal telah melanggar belakang motosikal kawannya (SD1). [29] SD2 telah dirujuk gambar dan dia menyatakan tempat kemalangan adalah di gambar P2(d) di mana Istana Budaya adalah dikiri jalan. SD2 juga memaklumkan bahawa dia mengikut di belakang SD1 dalam jarak 10 hingga 15 meter. [30] Mengikut Puan Hakim Mahkamah Sesyen, Plaintif Kedua dalam kes ini tidak dapat memberi keterangan akibat kecederaannya. Plaintif Kedua kini berada dalam keadaan "Persistent Vegetative State”. Oleh itu, versi Plaintif bergantung dengan keterangan pihak polis. [31] Mengikut Puan Hakim Mahkamah Sesyen, apa yang ada di hadapan Mahkamah ialah keterangan yang tidak memuaskan daripada saksi-saksi pihak plaintif serta juga saksi-saksi pihak Defendan. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [32] Mahkamah berpuashati bahawa dari keterangan saksi telah berlakunya perlanggaran antara kedua-dua buah kenderaan. Mahkamah ini juga berpendapat bahawa persoalan di mana perlanggaran tersebut berlaku sama ada di Jalan Temerloh, di Jalan Tun Razak berhampiran susur Jalan Temerloh atau di jalan Tun Razak susur Jalan Kuantan adalah tidak dapat ditentukan dengan tepat. Walau bagaimanapun Mahkamah mengambil maklum bahawa Jalan Tun Razak merupakan jalan yang panjang dan untuk ke Tasik Titiwangsa terdapat dua cara iaitu melalui Jalan Kuantan dan juga Jalan Temerloh. [33] Siasatan awal SP1 memfokuskan kepada Defendan Pertama yangbertanggungjawab mengenai kemalangan ini di mana Defendan Pertama didapati bersalah di bawah rule 10 LN 166/59. Siasatan SP2 pula menyatakan tindakan di bawah rule 10 LN 166/59 itu berdasarkan minit asal sebenarnya rule 10 LN 166/59 adalah terhadap Plaintif Kedua dan bukannya terhadap Defendan Pertama. Namun begitu keputusan akhir siasatan kes adalah ‘Rujuk Kepada Majistret’ (RKM) berdasarkan arahan pegawai penyiasat kanan dan bukannya daripada SP1 atau SP2. [34] Mengikut Puan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes secara keseluruhannya, berdasarkan keterangan yang ada, Mahkamah tidak dapat menentukan dengan jelas lokasi kemalangan. Fakta yang tidak boleh disangkal ialah terdapatnya satu kemalangan yang melibatkan kedua-dua kenderaan. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [35] Berdasarkan pliding, pihak Plaintif dan Defendan telah menerima bahawa kemalangan berlaku di Jalan Temerloh. Oleh yang demikian, pihak-pihak terikat dengan pliding yang telah difailkan. [36] Sama ada Defendan Pertama telah mengubah haluan secara mengejut tanpa amaran dan memasuki laluan sah Plaintif ataupun pihak Plaintif yang melanggar kenderaan Defendan daripada belakang, ia tidak dapat dipastikan. [37] Kerosakan kenderaan yang terlibat tidak boleh memberi inferen dan membantu bagaimana kemalangan berlaku. Ini kerana tiada keterangan sama ada pegawai penyiasat ada membuat pemeriksaan fizikal terhadap kerosakan kenderaan yang terlibat. Gambar kerosakan kenderaan juga tidaklah begitu jelas untuk melihat kesan kerosakan. Ini termasuk penerangan SP3 yang hanya mengambil gambar P2 (g-h) sahaja. [38] Di dalam kes Peraganathan A/L Karpaya V Chong Yuk Sang & Anor [1996] 1 CLJ 622 telah di putuskan sebagaimana berikut: “In the instant case, the Court is left in doubt as to how or where the accidentoccurred on the road. Accordingly, the principle in Baker v. Harborough Industrial Co-operative Society [1953] 1 WLR 1472 applies to this case and the parties are equally to be blamed". Prinsip Baker ini telah di huraikan dalam kes Howard v Bemrose juga dinyatakan dalam kes Peraganathan seperti berikut:- S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg “ The principle of (Baker's case) is that when, after all available evidence has been heard, it is clear that on the balance of probabilities there has been negligence on the part of somebody but when, on that evidence, and again on the balance of probabilities, the Court is unable to say whether the negligence is that of one party or the other, or of both parties, then it is open to the Court once again on the balance of probabilities to say that the negligence was the negligence of both parties , and then, being without further information enabling the court to opportion the blame, the court will conclude that the parties contribute equally to the accident.” [39] Mahkamah bersetuju dengan Puan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa dalam keadaan Mahkamah tidak dapat memastikan lokasi kemalangan dan versi kemalangan mana yang berkemungkinan, dan mengambilkira tiada penafian daripada pihak-pihak bagaimana kemalangan telah berlaku. Mahkamah memutuskan bahawa Defendan Pertama dan juga Plaintif Kedua sama-sama cuai dan menyebabkan kemalangan berlaku. Oleh yang demikian, pihak Defendan-Defendan bertanggungan sebanyak 50% liabiliti dan pihak Plaintif-Plaintif juga bertanggungan 50% liabiliti kuantum. [40] Mahkamah telah merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award ganti rugi, di dalam kes Inas Faigah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) V. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, YA Abdul Hamid Embong HMP dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg
1
It is trite that damages served as compensation, not a reward, less still a punishment. In assessing damages, the courts should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court could not descend into a domain of speculation. The evaluation of evidence which form the basis of any risk of future damage, must still be undertaken. The trial judge could only evaluate such evidence based on the recognized balance of probability standard, but with a lower degree of certainty as to the occurrence of such loss or damage in the future. Such a lower degree to be attached is best term by the word ‘possibility’ ‘chance’, ‘risk’, ‘danger’ or ‘likehood’ but regard of the word used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative.” [41] Seterusnya di dalam kes Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bt Bolhen & Anor [1994] 2 MLJ 497 YAA Richard Malanjum J menyatakan:- "In considering the issue of quantum of damages, bear in mind that an awars must be fair which means that must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained.” [42] Mahkamah bersetuju dengan Puan Hakim Mahkamah Sesyen dalam memutuskan isu kuantum telah berpandukan laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar dan hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi ganti rugi am kepada Plaintif. Rujukan juga kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg (Revised 2018) sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian. [43] Terdapat beberapa laporan perubatan telah difailkan oleh kesemuapihak iaitu:- a) Laporan perubatan bertarikh 3.11.2017 dari Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. b) Laporan perubatan bertarikh 21.11.2017 dari Jabatan Perubatan Am Hospital Kuala Lumpur. c) Laporan Perubatan bertarikh 3.7.2018 dari Jabatan Oftalmologi Hospital Kuala Lumpur. d) Laporan Perubatan bertarikh 30.10.218 dari Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur. e) Laporan Pakar ‘Assessment and Cost of Nursing Care’ dari Columbia Asia bertarikh 31.12.218. f) Laporan Pakar Perubatan Neurosurgeri Defendan bertarikh 16.7.2020 yang disediakan oleh Prof Madya Dr. Kalaiarasu A/L Muthusamy dari Pusat Perubatan Universiti Malaya. [44] Memandangkan kesemua laporan-laporan perubatan dan laporan-laporan pakar perubatan telah dipersetujui tertakluk kepada hujahan. Jumlah S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg yang diberikan oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan oleh Mahkamah ini. Gantirugi Am ( Atas dasar 100% liabiliti) [45] Mahkamah bersetuju bahawa mengambilkira kecederaan yang dialami oleh Plaintif patut diberi secara berasingan dan bukan global seperti cadangan Defendan. [46] Menurut laporan pakar Prof. Madya Dr Kalai bertarikh 16.7.2020, keadaan terkini Plaintif secara ringkas, adalah seperti berikut:- + Permanent vegetative state. « Dependent on his career for all his activity of daily living. [47] Di dalam kes ini Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa Plaintif Kedua telah mengalami kecederaan pada beberapa bahagian tubuh badan iaitu kepala di bahagian otak, mata, paru-paru, tulang belakang, kerongkong / leher, serta mengalami kecederaan saluran alat kelamin iaitu 'urinary tract infection' dan‘urethal injury’. [48] Maka, apabila terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan, pendekatan Mahkamah ialah sebagaimana di dalam kes Seah Yit Chen V Singapore Bus Service (1978) Ltd & Ors [1990] 3 MLJ 144 iaitu award berasingan patut diberikan mengambilkira kerana Plaintif mengalami kecederaan di beberapa bahagian yang lain badannya. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [49] Berkaitan hujahan Plaintif berkaitan Plaintif Kedua tiada deria kesakitan akibat kecederaan yang dialami, penelitian terhadap laporan pakar Laporan Pakar Prof. Madya Dr Kalai Arasu tidak menyatakan dengan jelas sama ada Plaintif masih mengalami kesakitan. Mahkamah berpendapat bahawa isu setakat mana kesakitan yang dialami oleh Defendan Kedua adalah tidak relevan untuk di kuantifikan. Apa yang jelas mengikut pakar akibat kemalangan Defendan Kedua menjadi permanent vegetative state dan dependant on his career for all his activity of daily living. [50] Mahkamah ini juga bersetuju dengan Puan Hakim Mahkamah Sesyen memberi gantirugi am atas dasar 100% liabiliti keatas kecederaan yang dialami seperi berikut:- 1) Severe traumatic brain injury (right parital extradural hemorrhage with right fronto-temporal subdural hemorrhage) with loss of amenities-Rujuk kes (Pantai Medical Centrev Fareed Reezal) sebanyak RM400,000-00. 2) Loss of Amenities: (disekalikan dengan brain injuries). 3) Tracheostomy: RM 10,000.00. 4) Aspiration Pneumonia: RM 10,000.00. 5) Left eye periorbital hematoma, subconjunctival haemorrhage S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg RM 10,000.00. 6) Left lateral Orbital Wall Fracture Fragment: RM12,000.00. 7) Left eye exposure keratopathy: RM 10,000.00. 8) Sacral Sore Grade IV: RM 20,000.00 Urinary tract infection and acute urinary retention secondary to UTi-on. CBD : RM 10,000.00 9) Urethral Injury: RM 10,000.00. [51] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan yang berkaitan liabiliti dan kuantum yang diberikan oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen dalam rayuan ini adalah wajar dan berpatutan. Keputusan Mahkamah [52] Mahkamah berpendapat bahawa memandangkan Puan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar keterangan saksi-saksi dan dapat menilai saksi dari tingkah laku, gerak geri dan kelakuan saksi semasa memberi keterangan, maka Mahkamah ini tidak akan mengganggu selaki ianya tidak terkhilaf dari segi fakta. [53] Mahkamah diatas imbanagan keberangkalain berpuashati bahawa Defendan 1 dan Plaintif 2 telah sama-sama cuai yang menyebabkan S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg kemalangan berlaku. Oleh itu tanggungan liabiliti kedua-duanya adalah 50%;50%. [54] Mahkamah juga berpuashati bahawa kuantum yang diberikan adalah berdasarkan laporan-laporan perubatan dan juga Revised Compedium Of Personal Injury Award (Revised 2018) sebagai garis panduan bertarikh 17.4.2017 dan kes-kes terkini. [55] Mengambilkira Alasan Penghakiman Puan Hakim Mahkamah Sesyen, Rekod Rayuan-Rekod Rayuan, Hujahan kedua-dua Peguamcara. Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk Mahkamah ini mengubah keputusan yang diberikan oleh Puan Hakim pada 15.2.2022 berkaitan rayuan liabiliti dan kuantum oleh Perayu dan rayuan balas Responden berkaitan liabiliti. Oleh itu rayuan dan rayuan balas ditolak tanpa perintah terhadap kos. [56 ] Mahkamah juga membenarkan kos mengikut skala serta faedah sebagaimana berikut:- a) Faedah 5% setahun bagi ganti rugi am mulai tarikh penyerahan saman hingga tarikh penghakiman; b) Faedah 2.5% setahun bagi ganti rugi khas daripada tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman; c) Faedah 5% setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian. S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg [57] Pihak-pihak telah bersetuju atas multiplier dan multiplicand berkenaan kos jagaan masa hadapan (nursing care) Multiplier yang dipersetujui merupakan sebanyak (10) tahun. Multiplicand yang dipersetujui ialah RM 4500 sebulan. [58] Justeru itu jumlah yang dipersetujui kos jagaan masa hadapan adalah RM4500 x 12 bulan x 12 tahun = RM540,000-00. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur. Bertarikh : 30.10.2022 S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg Peguam Bagi Pihak Perayu-Perayu Tetuan Sekar Gill & C.Suren, No. 507 & 507-A, Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya 75200 Melaka. (03-2868313 / 2868312 / 2815670 Fax : 02-2868310 / 2813670) (Ruj. SP/P&O/067/20) Peguam Bagi Pihak Responden-Responden Tetuan Saleem Gill & Partners Suite 10.06-10.07 10th. Floor Plaza 138 (Annexe to Hotel Maya) 138, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur (Ruj. SG/4796/Acc/1/2017) S/N rOrv8sykOEiDndx8CVuaYg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.