Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA TERENGGANU DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES JENAYAH NO: TA-83D-674-05/2022 ANTARA 5
TA-83D-674-05/2022
Magistrates Court of Malaysia14 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n supaya prinsip keadilan (justice and fairness) dapat diberikan kepada semua pihak. 5 67. Prinsip ini telahpun digunapakai di dalam Penghakiman oleh Noorin Badaruddin J di dalam kes Kee Kuo Wen v PP [2020] MLRHU 1194, yang mana memetik prinsip daripada satu kes di Singapura iaitu Neville v. Public Prosecutor [1992] 1”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA TERENGGANU DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES JENAYAH NO: TA-83D-674-05/2022 ANTARA 5
1
1.
2
KHALID AIMAN BIN ZAILANI SHAHRU NIZAM BIN ABD RAHMAN 10 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Orang kena tuduh Khalid Aiman bin Zailani (OKT1) dan Shahru Nizam bin Abd Rahman (OKT2) telah dituduh bersama sama dibawah pertuduhan pindaan Seksyen 12(2) Akta Dadah 15 Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39 (A)(1) Akta yang sama.
2
Pertuduhan pindaan adalah seperti berikut: Bahawa kamu bagi mencapai niat bersama-sama pada 1/2/2022 jam lebih kurang 9.30 malam bertempat di dalam sebuah bilik 20 rumah beralamat Lot 51840, Kg Padang Pisang, Tepoh 21060 Kuala Terengganu, Terengganu dalam daerah Kuala Terengganu, di dalam Negeri Terengganu, dapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 6.54 gram (berat bersih), oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama dan dibaca bersama sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 5 Hukuman: Penjara tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 5 tahun, dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 3 sebatan dan tidak melebihi 9 sebatan”
3
6 orang saksi pendakwaan telah dipanggil memberikan keterangan. Pada 24 Oktober 2024, diakhir kes pendakwaan, Mahkamah ini 10 telah mengarahkan kedua dua OKT membela diri setelah berpuashati satu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap OKT dan OKT sebagaimana pertuduhan dan kedua dua OKT telah memilih memberikan keterangan secara bersumpah di kandang saksi.
4
Pembelaan telah memanggil 2 orang saksi iaitu kedua dua OKT dan seterusnya pada 14 September 2025, mahkamah ini telah berpuashati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munuasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh yang demikian kedua dua OKT telah dilepaskan dan diebebaskan daripada 20 pertuduhan pindaan diakhir kes pembelaan.
5
Terkilan dengan keputusan pihak pendakwaan telah telah menfailkan rayuan pada 28.9.2025 terhadap 25
6
Pada jam lebih kurang 2130 hours, ASP Noor Azhar bin Abdullah (SP1) mengetuai sepasukan anggota operasi telah membuat serbuan di sebuah rumah alamat Lot 5180, Kg Padang Pisang, 5 Tepoh, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu dan antara anggota yang terlibat dalam serbuan tersebut adalah SP2 dan SP3.
7
Serbuan telah disertai seramai 1 pegawai (SP1) bersama 4 anggota menaiki 2 buah kenderaan. SP1 bersama anggota melakukan pemerhatian lebih kurang 5 minit dalam jarak 10 -20 meter. Hasil 10 pemerhatian, tiada pergerakan keluar masuk rumah berkenaan dan keadaan rumah adalah cerah. SP1 bersama-sama dengan SP2 dan seorang lagi anggota telah masuk terlebih dahulu ke dalam rumah. Keadaan pintu adalah dalam keadaan terbuka dan tidak berkunci. SP1 bersama anggota telah pergi ke sebelah kanan 15 rumah dan menuju ke bilik berhampiran dapur.
8
Sampai dihadapan bilik, pintu bilk dalam keadaan bertutup dan tidak berkunci, dan SP1 masuk kedalam bilik dan mendapati (2) orang lelaki berada di dalam bilik tersebut dan kedua-dua mereka dalam keadaan terkejut dan gelisah.
9
SP1 kemudiannya telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dengan menunjukkan kad kuasa. Kemudian SP1 juga turut menjalankan pemeriksaan fizikal dan mendapati tiada barang salah ditemui pada badan kedua-dua lelaki tersebut. Kemudian, SP1 telah jalankan pemeriksaan dalam bilik tersebut dan telah 25 menjumpai (1) paket plastik biru berisi pil disyaki dadah jenis methamphetamine, (1) paket plastik biru di dalamnya ada (14) paket plastik cerah berisi pil-pil juga disyaki jenis methamphetamine dan (1) keratan straw berisi serbuk putih disyaki mengandungi dadah jenis heroin. SP1 menyatakan bahawa kesemua barang kes tersebut dijumpai di atas lantai bilik tersebut dalam keadaan 5 terdedah.
10
SP1 rampas barang kes dan bawa OKT-OKT balik ke IPD Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut. Sepanjang perjalanan ke IPD Kuala Terengganu, barang kes dikawal dan dipegang SP1 seorang 11. Tiba di Pejabat BSJND, IPD Kuala Terengganu SP1 bersama 10 anggota termasuk SP2 dan SP3 kemudian membawa OKT bersama barang-barang rampasan untuk pengiraan dan penandaan di dalam Pejabat BSJND, IPD Kuala Terengganu. SP1 menurunkan tandatangan tandan pada barang-barang kes yang dirampas sebagai tandaan 15 12. SP1 kemudian telah menyediakan dokumentasi bagi Senarai Bongkar (P21) dan Borang Serah Terima Barang Kes (P22). P21 telah ditandatangani oleh SP1 dan OKT1 dan OKT2 menyenaraikan keseluruhan barang yang dirampas semasa serbuan, manakala P22 ditandatangani SP1 semasa serahan 20 barang kes dan OKT1 dan OKT2 kepada SP6. SP1 juga telah menyediakan repot polis Batu Rakit Repot/334/22 (P1), dan diserahkan kepada SP6. Rampasan dan serahan kepada SP7 sebagaimana yang dicatatkan dalam P22 13. SP1 menyerahkan barang-barang rampasan tersebut kepada 25 (SP6) pada hari yang sama sejurus tangkapan terhadap OKT1 dan OKT2. Semasa SP6 menerima barang kes tersebut, SP6 menerima kesemua barang kes dengan tandaan tandatangan SP1 berserta tandan pada semua barang kes. SP6 kemudiannya membuat tandaan beliau sendiri iaitu tandaan “ZK” beserta tandatangan dan tarikh pada semua barang kes tersebut. 5 14. P6 kemudiannya menyimpan kesemua barang kes dadah di dalam almari besi berkunci di biliknya sebelum mengeluarkan semula pada 02.02.2022 jam 6.30 pagi untuk mengambil gambar barang kes tandaan (P19 A-F).
15
Kemudiannya, SP6 menyediakan sampul surat warna putih dengan 10 penandaan “ZK1”. SP6 telah masukkan barang kes berupa P5 dan P12 yang mengandungi biji-biji pil merah dan biji-biji pil hijau bagi setiap paket biru tersebut dan jua P9 iaitu tiub straw yang mengandungi serbuk putih. Akhir sekali, SP6 materi/seal sampul surat tersebut dengan menggunakan Cop Seal 210 yang 15 dibekalkan. SP6 simpan semula sampul berisi barang kes setelah selesai kedalam kabinet berkunci miliknya.
16
Pada hari yang sama jam 5.00 petang, SP6 telah pergi ke tempat kejadian, melakar rajah kasar dan kunci rajah kasar tempat kejadian (P23-23K) dan mengambil 12 keping gambar tempat kejadian (P2 20
17
SP6 telah menyerahkan sampul yang bertanda “ZK1 dan ZK2” (P4 dan P5) kepada Puan Nordiana Salleh (SP4), Jabatan Kimia Malaysia (Terengganu) untuk dianalisa. SP3 telah keluarkan (2) resit penerimaan dan ditandatangani lalu diserahkan kepada SP7 25 sebagai bukti penerimaan dan penyerahan (P25 A&B).
18
SP5 telah memeriksa sampul surat “ZK1 dan ZK2” kemudian telah melekatkan pelekat dengan no makmal bagi sampul-sampul tersebut. Barang-barang kes sentiasa dalam kawalan SP5 dan SP5 sendiri telah menganalisa barang-barang kes.
19
Setelah dianalisa, baki analisa bahan daripada sampul “ZK1” 5 dimasukkan kedalam plastik P6 & P8. Manakala bagi baki bahan analisa dalam sampil “ZK2” diletakkan dalam P16. SP5 turut menegeluarkan (2) laporan kimia bernombor makmal 22-FR-T- 00382 dan 22FR-T-00383 (P26 A&B).
20
Pada 10.04.2022, SP6 telah memungut semula sampul “ZK1 dan 10 ZK2” yang telah selesai dianalisa daripada SP5 dan SP5 telah menyerahkan kembali sampul “ZK1 dan ZK2” yang berseal Jabatan Kimia Malaysia dan laporan berkait no. Makmal: 22-FR-T-00382 dan 22FR-T-00383 (P26 A&B). 15
21
ELEMEN PERTUDUHAN Kesemua elemen pertuduhan adalah penting bagi membolehkan sesuatu kes dibuktikan:- i) Dadah berada sama ada dalam (milikan, jagaan atau 20 kawalannya dan pengetahuan) OKT ii) Rantaian barang kes tidak terputus; dan iii) Dadah tersebut tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952;
22
Beban pembuktian adalah ke atas pihak Pendakwaan untuk membuktikan suatu kes prima facie seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 173(f)(i), (ii) dan seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Rujuk kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 5 KES PENDAKWAAN
23
OKT mempunyai kawalan dan jagaan memenuhi elemen ‘physical 10 posession’ terhadap barang kes dadah yang dirampas kerana dadah dijumpai dalam bilik yang diserbu dan didapati OKT1 dan OKT sedang duduk menghadap satu sama lain dan dalam keadaan terdedah.
24
Semasa serbuan bilik berdasarkan keterangan SP1, SP2 dan SP3 bilik tidur tersebut adalah dalam keadaan tertutup meskipun tidak berkunci. Selain daripada itu, adalah satu fakta yang utama adalah mengambil kira barang-barang kes yang berupa dadah adalah djumpai dalam keadaan terdedah di atas lantai berdekatan dengan 20 tempat OKT1 dan OKT2 duduk.Jarak barang kes dadah hanya 1-2 kaki daripada tempat OKT1 dan OKT2 duduk dalam bilik tersebut sebelum ditangkap.
25
Oleh yang demikian pemakaian anggapan Seksyen 37(d) ADB 25 1952 adalah TERPAKAI memandangkan kedua dua OKT mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes tersebut.
26
Rantaian barang kes di dalam kes ini adalah tidak pernah terputus berdasarkan keterangan-keterangan oleh kesemua saksi SP1, SP2, SP3, SP4, SP5, dan SP6.
27
Setelah dirampas, SP1 seorang yang mengawal barang kes sehingga tiba di Pejabat BSJND IPD Kuala Terengganu dan SP1 10 telah mengeluarkan Borang Bongkar (P21) dimana setiap barang kes yang dirampas telah disenaraikan dengan teliti dan ditandatangani OKT1 dan OKT2.
28
SP1 telah membuat penandaan terhadap barang kes yang dirampas. Keterangan ini turut disokong oleh keterangan daripada 15 SP2 dan SP3 yang turut menyertai serbuan di tempat kejadian sehingga penyerahan dibuat oleh SP1 kepada Pegawai Penyiasat
29
SP6 telah menerima barang-barang kes daripada SP1 di pejabat Narkotik IPD Kuala Terengganu. SP6 menyatakan dalam 20 keterangannya bahawa sebaik saja menerima barang-barang kes, SP6 menyimpan kesemua barang kes dadah di dalam almari besi berkunci di biliknya yang mana hanya SP6 sahaja yang mempunyai akses terhadap barang kes tersebut. SP6 sendiri turut membuat penandaan bagi barang kes yang diterima daripada SP1. 25
30
P6 telah mengeluarkan barang kes dalam simpanannya untuk mengambil gambar (6) keping gambar barang kes (P19 A-F) dan menyediakan sampul ZK (P3 dan P4) sebelum disimpan semula.
31
Sampul ZK1 dan ZK2 (P3 dan P4) barang kes dadah telah di keluarkan semula dan dihantar ke Jabatan Kimia Terengganu untuk 5 dianalisa didalam sampul yang bermeteri yang diserahkan sendiri SP6 kepada SP4. Keterangan Ahli Kimia, SP4 32. Oleh yang demikian adalah pihak pendakwaan berhujah bahawa rantaian keterangan mengenai penjagaan semua barang kes telah dibuktikan berkesinambungan dan tidak terputus di mana-mana.
33
JENIS DAN BERAT DADAH keterangan pakar iaitu Ahli Kimia (SP4) telah menerangkan dan memperjelaskan bagaimana pemeriksaan dan analisa yang telah dibuat terhadap barang kes iaitu kandungan di dalam sampul surat P3 dan P4. Mengandungi dadah jenis Methaphetamine sejumlah 15 6.33 gram (P15: Serbuk Merah) dan Mengandungi dadah jenis Methaphetamine sejumlah 0.21 gram (P7: Serbuk Hijau)
34
SP4 yang merupakan ahli kimia telah dipanggil bagi memberikan keterangan berkenaan dengan isi kandungan dan dapatan yang dinyatakan dalam Laporan Kimia (P26A dan P26B). P26A dan 20 P26B dalam kes ini menjadi satu ‘corroborative evidence’ bagi keterangan yang diberikan SP4. Dadah-dadah yang dianalisa didapati jenis Methaphetamine dengan berat bersih keseluruhan 6.54 gram (rujuk P26A dan P26B). Methaphetamine disahkan dadah tersenarai bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 25 1952 KESIMPULAN KES PENDAKWAAN 35 Pendakwaan menghujahkan bahawa kesemua elemen pertuduhan sebagaimana peruntukan S.12(2)/ S.39(A)(1) ADB 1952 adalah dipenuhi. 5 36. Oleh yang demikian pihak pendakwaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua dua OKT sebagaimana pertuduhan pindaan dan dengan ini kedua dua OKT hendaklah dipanggil membela diri 10
37
Dalam kes ini penama Abdullah Sany yang merupakan tangkapan lain yang ada sama pada malam itu dan tinggal di rumah itu gagal dikemukakan kerana beliau merupakan seorang saksi yang penting kepada perjalanan fakta kes tidak dan tidak dipanggil oleh 15 pendakwaan, ianya akan menimbulkan satu “adverse inference” di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950.
38
Pembelaan menyatakan bahawa Abdullah Sany sangat penting kerana saksi tersebut merupakan salah seorang yang ditangkap pada malam itu dan dijumpai dadah bersama-sama dengan dia 20 dalam bilik yang berkunci dan merupakan penghuni tetap rumah tersebut.
39
Tidak ada sebarang penerangan lanjut dan usaha yang telah diambil oleh SP6 untuk mencari penama Abdullah Sany sedangkan keterangan SP5 telah menjelaskan bahawa penama Abdullah Sany 25 ini telah bekerja di Kuala Lumpur, namun tiada sebarang keterangan tentang usaha SP6 mengesan Abdullah Sany di Kuala Lumpur atau menyiasat tempat kerja Abdullah Sany di Kuala Lumpur.
40
Terdapat percanggahan material dalam keterangan saksi 5 pendakwaan sekaligus memberikan benefit of the doubt kepada OKT-OKT. Percanggahan yang paling utama tentang tempat OKT-OKT berada dan jarak dengan barang kes dadah yang dijumpai. Sebagaimana keterangan di dalam mahkamah oleh SP1 menyatakan kedua dua OKT sedang duduk berkumpul diatas lantai 10 semasa serbuan dan tangkapan dilakukan. Semasa disoal balas SP1 menyatakan OKT 1 berada di atas Carpet Bunga manakala OKT2 atas Carpet petak-petak 41. Percanggahan ini dapat dilihat apabila repot polis P1 yang dibuat oleh SP1 sendiri menyatakan 2 lelaki sedang duduk mengadap di 15 atas katil semasa serbuan dan tangkapan.
42
Percanggah keterangan saksi pendakwaan lain juga dilihat apabila SP2 di dalam pemeriksaan utama menyatakan OKT1 berada atas Carpet Hitam Putih dan OKT 2 atas Carpet warna Cokelat.
43
Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa percanggahan ini amat 20 material kerana ia berkait kepada kredibiliti pengadu kes ini (SP1). Mengapa dalam laporan polis dibuat OKTOKT sedang duduk atas katil dan kenapa dalam keterangan di mahkamah pula menyatakan OKT-OKT berada atas karpet berdekatan dadah yang dijumpai. Adakah SP1 sengaja menyatakan sedemikian bagi menunjukkan 25 “nexus” OKT-OKT berhampiran dengan dadah yang dijumpai.
44
Dari segi accessibility, rumah dalam keadaan tidak berkunci dan bilik juga tidak berkunci serta dengan mudah dimasuki oleh SP1 dan anggota yang lain 45. OKT-OKT tidak tinggal di rumah itu, sebaliknya OKT1 hanya datang pada hari kejadian ke rumah itu, dan OKT2 baru sahaja pulang 5 melawat ibu beliau yang sakit & dikatakan OKT2 selalu berulang alik ke rumah kakak dan abangnya yang lain 46. Pihak pembelaan berhujah pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT-OKT. Oleh yang demikian,OKT-OKT 10 hendaklah dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil perlu dipanggil membela diri.
47
Pada 24 Oktober 2024 setelah penilaian secara maksima terhadap 15 kes pendakwaan, keterangan saksi saksi pendakwaan, keterangan sedia ada dan hujahan kedua dua pihak, mahkamah ini berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT sebagaimana pertuduhan pindaan. Dengan ketiadaan bukti direct evidence terhadap milikan dadah tersebut, 20 Oleh yang demikian pemakaian anggapan Seksyen 37(d) ADB 1952 adalah TERPAKAI
48
OKT-OKT dengan ini telah dipanggil membela diri dan memiilih memberikan keterangan secara bersumpah di kandang saksi.; 25 KES PEMBELAAN
49
Pihak pembelaan telah memanggil dua orang saksi pembelaan iaitu kedua dua OKT sendiri. Halatuju pihak pembelaan, sama ada pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan satu keraguan yang 5 munasabah terhadap kes pendakwaan yang tidak memungkinkan satu sabitan diputuskan oleh Mahkamah ini dan juga mematahkan anggapan Seksyen 37(d) ADB 1952.
50
Dalam pembelaan OKT-OKT, OKT1 telah menjelaskan bagaimana fakta kejadian sebenar berlaku di mana sebelum tangkapan itu, 10 OKT1 baru sahaja datang ke rumah tempat kejadian itu untuk berjumpa dengan nenek. Pada masa tangkapan berlaku, OKT1 berada dalam bilik dengan OKT2 di atas katil
51
OKT2 pula memberitahu beliau baru sahaja pulang daripada Kuala Lumpur kerana ingin melawat ibu tiri (nenek kepada OKT1) yang 15 sedang sakit. Pada hari tangkapan itu, OKT2 baru berjumpa dengan OKT1 (anak saudara) sejak pulang daripada Kuala Lumpur. Sejurus sebelum tangkapan itu OKT2 dan OKT1 sedang rancak berbual di dalam bilik.
52
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi bising di bilik sebelah. OKT1 20 bangun daripada katil dan pergi membuka pintu, tetapi dalam masa yang sama OKT1 membuka pintu, beberapa orang yang tidak dikenali masuk terus menangkap OKT-OKT. Perkara ini telah disahkan oleh OKT2 dalam keterangan beliau
53
Kemudian pihak polis membuat pemeriksaan badan terhadap 25 OKT-OKT, namun tiada sebarang barang salah atau dadah dijumpai. Kemudian pihak polis menggeledah bilik tersebut menggeledah bilik tersebut, dan mereka lihat pihak polis menjumpai dadah dalam kes ini di bahagian belakang meja solek yang berada di sebelah katil. Kemudian pihak polis telah mengambil dadah itu daripada bahagian belakang meja tersebut, dan bertanya kepada OKT-OKT tentang milik siapa. OKT-OKT 5 tidak pernah mengaku dadah itu milik mereka dan mereka tidak tahu kewujudan dadah-dadah itu. (fakta pembelaan ini telah diasaskan melalui soal balas terhadap SP1-rujuk perenggan 10 di bawah).
54
Pihak pembelaan dalam memberikan keterangan telah 10 menjelaskan pada peringkat awal dadah dijumpai telah menafikan sekerasnya kerasnya kepada pihak polis (SP1) pengetahuan serta pemilikan atas dadah yang dijumpai itu.
55
Begitu juga dengan hujah pendakwaan kononnya fakta dadah dijumpai diletak atas lantai menunjukkan pembelaan tidak bermerit. 15 Namun pembelaan ingin pihak Mahkamah Yang Mulia ini mengambil perkara asas kes pembelaan bahawa dadah tersebut sebenarnya dijumpai di belakang meja solek dalam bilik itu. Perkara asas ini juga telah di cadangkan sejak awal kes pendakwaan dan buka suatu bentuk pemikiran semula. Samada 20 diletakkan atas lantai atau terus di dipegang oleh pihak polis, atau diletakkan di tempat lain tidak perlu diperjelaskan, kerana perkara asas pembelaan adalah dijumpai dibelakang meja solek.
56
Berdasarkan hujahan di atas dan juga hujahan sebelum ini diperingkat prima facie kes, pembelaan telah berjaya menimbulkan 25 keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan dan mewajarkan keputusan Mahkamah Yang Mulia ini untuk melepaskan dan membebaskan OKT-OKT.
57
Beban pembuktian Pihak Pendakwaan diperingkat kes pembelaan 5 adalah pada tahap melampaui keraguan munasabah (“beyond reasonable doubt”) dan kegagalan pihak pembelaan mematahkan anggapan Seksyen 37(d) ADB 1952.
58
Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan OKT-OKT di peringkat pembelaan merupakan keterangan yang berbentuk 10 rekaan semata-mata tanpa asas yang kukuh, penafian semata-mata dan bersifat fikiran terkemudian.
59
Pendakwaan berhujah untuk Mahkamah hendaklah menolak sahaja pembelaan OKT1 dan OKT2 dalam kes ini memandangkan terdapat percanggahan-percanggahan material yang gagal 15 dijelaskan dan ia menunjukkan pembelaan OKT1 dan OKT2 tidak konsisten dan bersifat menangguk di air keruh sahaja. Pihak Pendakwaan juga menghujahkan bahawasanya percanggahan yang timbul ini menunjukkan OKT1 dan OKT2 gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan ke 20 atas kedua-dua OKT.
60
Pihak Pendakwaan memohon kepada Mahkamah yang Muia ini untuk menggunapakai hujahan pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan bagi membuktikan intipati pertuduhan serta menghujahkan bahawa Pendakwaan telah membuktikan satu kes 25 yang melampaui keraguan yang munasabah pada peringkat ini terhadap tertuduh bagi pertuduhan yang dikemukakan terhadap kedua-dua OKTserta memohon agar kedua dua OKT disabitkan dengan kesalahan sebagaimana pertuduhan dalam kes ini.
61
Di peringkat kes pembelaan, menjadi satu prinsip undang-undang 5 yang mantap dimana sekiranya terdapat sebarang keraguan, faedah keraguan (“benefit of the doubt”) seharusnya diberikan kepada OKT.
62
Mahkamah ini juga perlu membezakan dan meneliti keterangan pembelaan sama ada ianya adalah bersifat penafian semata mata 10 atau suatu keterangan yang memberikan penjelasan.
63
Mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk menilai keterangan pembelaan berasaskan kepada prinsip keadilan (justice and fairness), dan menentukan sama ada keterangan pembelaan tersebut boleh diterima atau tidak 15 64. Atau sebagai alternatifnya adakah pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan satu atau beberapa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan? dan berjaya mematahkan anggapan Seksyen 37(d) ADB 1952?
65
Sebagaimana dalam kes di mahkamah rayuan, Siti Aishah Sheikh 20 Abd Kadir v PP [2013] 1 MLRA 496 dinyatakan sebagaimana berikut:- “it is crystal clear that the Sessions Court Judge failed to appreciate the difference between a bare denial and an explanation coupled with a challenge” 25
66
Oleh yang demikian, Mahkamah ini secara berpendapat dan berpandangan bahawa penilaian maksima secara menyeluruh adalah perlu dilakukan, bermula dari kes pendakwaan sehinggalah kes pembelaan supaya prinsip keadilan (justice and fairness) dapat diberikan kepada semua pihak.
67
Prinsip ini telahpun digunapakai di dalam Penghakiman oleh Noorin Badaruddin J di dalam kes Kee Kuo Wen v PP [2020] MLRHU 1194, yang mana memetik prinsip daripada satu kes di Singapura iaitu Neville v. Public Prosecutor [1992] 1 SLR 153 ada dinyatakan sebagaimana berikut:- 10 “[50] In view of SP9's evidence which is found to be in contrast, uncorroborated by the evidence of the other prosecution witnesses and the failure of the learned magistrate in assessing the appellant's defence by comparing it with the evidence adduced 15 by the prosecution, this court finds that there is a serious misdirection in law on the part of the learned magistrate leading inevitably to a miscarriage of justice in the appellant's conviction”
68
Merujuk kepada kes JAAFAR ALI vs PP [1999] 1 CLJ 410 20 [3a] “It follows that in calling upon the accused to enter his defence, the court must keep an open mind as to the accuracy of the prosecution evidence until the defence evidence has been tendered. However, at the close of the case for the defence and after submissions, 25 that court must review the evidence adduced with regard to all the elements to be proved and then decide whether the prosecution has proved the case against the accused beyond reasonable doubt. [di m/s 412 kes tersebut]
69
Dalam pemakaian kedua dua prinsip yang dinyatakan di dalam kes 5 diatas, dan berbalik kepada kes diperingkat pendakwaan mahkamah ini berpendapat terdapat percanggahan keterangan ketidaktepatan keterangan oleh SP1 apabila dibandingkan dengan keterangan OKT 1 dan OKT 2 dalam pembelaan.
70
Percanggahan yang paling utama tentang tempat OKT-OKT berada 10 dan jarak dengan barang kes dadah yang dijumpai. Keterangan yang ada langsung tidak diperjelaskan oleh pihak pendakwaan melalui saksi mereka. Ini dapat dilihat melalui SP1 dalam keterangan menyatakan seperti berikut :- -SAYA TERUS MASUK KE DALAM BILIK ITU-DAN 15 DAPATI 2 LELAKI SEDANG DUDUK BERKUMPUL DI ATAS LANTAI DALAM BILIK ITU. -SAYA TELAH PERKENALKAN DIRI SBG PEG KANAN POLIS DGN TUNJUKKAN KAD KUASA KPD 20
71
SP1 ketika pemeriksaan semula memberitahu S: DI CDGKAN OKT1 BUKA PINTU & CDGKAN OKT2 ADA ATAS KATIL - SEMUA TIDAK SETUJU – S: JD KAT MANA 25 J: OKT1 BERADA ATAS CARPET BUNGA MANAKALA
72
Berdasarkan repot (P1) yang dibuat oleh SP1 sendiri, telah dinyatakan bahawa OKT-OKT sedang duduk di atas katil dan bukan atas lantai. Percanggahan fakta penting ini langsung tidak 5 dijelaskan oleh pendakwaan sepanjang perbicaraan kes. Malah SP6 (IO Kes) pula menegaskan bahawa OKT-OKT memang ditangkap semasa berada atas katil.
73
Begitu juga percanggahan oleh SP2 yang menyatakan dalam pemeriksaan utama;- 10 J: -KEDUDUKAN OKT 1 BERADA ATAS CARPET HITAM PUTIH DAN OKT2 ATAS CARPET WARNA
74
Dari segi accessibility, rumah dalam keadaan tidak berkunci dan 15 bilik juga tidak berkunci serta dengan mudah dimasuki oleh SP1 dan anggota yang lain.
75
OKT-OKT tidak tinggal di rumah itu, sebaliknya OKT1 hanya datang pada hari kejadian ke rumah itu, dan OKT2 baru sahaja pulang melawat ibu beliau yang sakit & dikatakan OKT2 selalu berulang 20 alik ke rumah kakak dan abangnya yang lain. Mengambilkira fakta ini mahkamah berpendapat kegagalan memanggil Abdullah Sany sebagai pemilik tetap rumah berkenaan sebenarnya memprejudiskan kes pendakwaan serta menimbulkan satu “adverse inference” di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 76. Dalam pembelaan OKT-OKT, OKT1 telah menjelaskan bagaimana fakta kejadian sebenar berlaku di mana sebelum tangkapan itu dan OKT1 baru sahaja datang ke rumah tempat kejadian itu untuk 5 berjumpa dengan nenek. Pada masa tangkapan berlaku, OKT1 berada dalam bilik dengan OKT2 di atas katil 77. OKT2 pula memberitahu beliau baru sahaja pulang daripada Kuala Lumpur kerana ingin melawat ibu tiri (nenek kepada OKT1) yang sedang sakit. Pada hari tangkapan itu, OKT2 baru berjumpa 10 dengan OKT1 (anak saudara) sejak pulang daripada Kuala Lumpur. Sejurus sebelum tangkapan itu OKT2 dan OKT1 sedang rancak berbual di dalam bilik.
78
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi bising di bilik sebelah. OKT1 bangun daripada katil dan pergi membuka pintu, tetapi dalam masa 15 yang sama OKT1 membuka pintu, beberapa orang yang tidak dikenali masuk terus menangkap OKT-OKT. Perkara ini telah disahkan oleh OKT2 dalam keterangan beliau 79. Kemudian pihak polis membuat pemeriksaan badan terhadap OKT-OKT, namun tiada sebarang barang salah atau dadah 20 dijumpai. Kemudian pihak polis menggeledah bilik tersebut menggeledah bilik tersebut, dan mereka lihat pihak polis menjumpai dadah dalam kes ini di bahagian belakang meja solek yang berada di sebelah katil. Kemudian pihak polis telah mengambil dadah itu daripada bahagian belakang meja tersebut, 25 dan bertanya kepada OKT-OKT tentang milik siapa. OKT-OKT tidak pernah mengaku dadah itu milik mereka dan mereka tidak tahu kewujudan dadah-dadah itu. (fakta pembelaan ini telah diasaskan melalui soal balas terhadap SP1-rujuk perenggan 10 di bawah).
80
Oleh yang demikian mahkamah ni berpandangan kedua dua OKT memberikan penjelasan bagaimana peristiwa serbuan dan 5 tangkapan dibuat dan bukanlah penafian semata mata.
81
Mahkamah setelah meneliti dan menilai keseluruhan secara maksima kes pendakwaan, dan pembelaan keterangan saksi saksi pendakwaan dan pembelaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan di 10 mahkamah yang mulia ini serta hujahan kedua dua pihak, maka mahkamah dengan ini mendapati pihak pembelan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Dan berdasarkan alasan dan keterangan sedia ada mahkamah ini bepuashati pihak pembelaan telah berjaya 15 mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(d) ADB 1952.
82
Berdasarkan alasan alasan yang dinyatakan sebagaimana diatas, 20 Mahkamah ini tiada pilihan lain untuk melepaskan dan membebaskan OKT OKT daripada pertuduhan pindaan diakhir kes pembelaan.
83
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 30 November 2025 5 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Terengganu 10 Pihak-pihak Pendakwaan : Puan Ely Nazihah Binti Ahmad Yunus Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : Encik Nik Mohd Radhia b Nik Abd Ghani 15 : Encik Wan Ahmad Faiz bin Wan Abdullah ;
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.