Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: RA-22NCVC-1-01/2024
RA-22NCvC-1-01/2024
High Court of Malaysia14 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“seperti di Kandungan 18 dan Kandungan 19 tersebut, maka Defendan dianggap bersetuju dengan kandungan afidavit-afidavit Plaintif-Plaintif tersebut (lihat kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Berhad [1995] MLJ 281; Yong Teck Lee & Ors v The Prime Minister of Malaysia, Najib bin Razak & Anor [2018] MLJU 790).”
“andungan afidavit-afidavit Plaintif-Plaintif tersebut (lihat kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Berhad [1995] MLJ 281; Yong Teck Lee & Ors v The Prime Minister of Malaysia, Najib bin Razak & Anor [2018] MLJU 790).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: RA-22NCVC-1-01/2024
1
KHAIRUDDIN BIN ALI
2
WAN NOORDIN BIN WAN CHIK
3
KAMARIAH BINTI CHIK (NO. K/P: 470414-09-5174) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN MOHAMAD NIZAM BIN SALEH (NO. K/P: 770709-08-6923) … DEFENDAN 09/11/2025 12:59:23 RA-22NCvC-1-01/2024 Kand. 33
1
Pada tarikh keputusan taksiran ganti rugi pada 14.11.2024, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan taksiran ganti rugi Plaintif-Plaintif seperti di Kandungan 9 dan seterusnya mengawardkan kepada
a
jumlah ganti rugi am sebanyak RM80,000.00 atas tindakan Defendan menceroboh bahagian petak atau rentahan Plaintif Pertama di atas tanah No. Hakmilik GM 3377, Lot 4579 Mukim Sanglang, Daerah Perlis, Negeri Perlis (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”);
b
jumlah ganti rugi khas sebanyak RM2,000.00 bagi yuran perunding yang disediakan oleh Juruukur Bahan PSZ Sdn. Bhd. untuk kos pembinaan rumah di atas Hartanah tersebut (rujuk Laporan oleh Juruukur Bahan PSZ Sdn. Bhd. bertarikh 5.6.2024 dan Invois Cukai seperti di Ekshibit “KA-5” dan “KA-6”, Afidavit Plaintif Pertama (Taksiran Ganti Rugi)); dan
c
kos sebanyak RM5,000.00.
2
Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu terhadap keputusan tersebut.
3
Alasan Mahkamah ini membenarkan Kandungan 9 tersebut adalah seperti di bawah.
4
Pertama, Mahkamah ini bersetuju dan menerima sepenuhnya hujahan peguam cara Plaintif-Plaintif dan tiada apa-apa penambahan. Sungguhpun begitu, Mahkamah ini ingin menekankan tiga isu seperti di bawah.
5
Kedua, dalam kes ini, Defendan telah gagal memfailkan pembelaannya. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Pembelaan terhadap Defendan pada 4.4.2024. Tiada sebarang tindakan diambil oleh Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan tersebut. Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, Penghakiman Ingkar Pembelaan tersebut adalah sah dan teratur menurut undang-undang.
6
Ketiga, berikutan itu, Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Minta Arahan untuk taksiran ganti rugi seperti di Kandungan 9. Bagi maksud ini, semasa pengurusan kes pada 24.5.2024, peguam cara Plaintif-Plaintif dan Defendan bersetuju bahawa taksiran ganti rugi tersebut dibuat melalui afidavit keterangan. Oleh itu, Mahkamah ini telah mengarahkan pihak-pihak untuk memfailkan afidavit masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi Plaintif-Plaintif ialah pada atau sebelum 10.7.2024, manakala bagi Defendan pula ialah pada atau sebelum 24.7.2024.
7
Semasa pengurusan kes tersebut juga Mahkamah ini telah menetapkan tarikh perbicaraan taksiran ganti rugi tersebut pada 8/8/2024. Walau bagaimanapun, atas permohonan peguam cara Plaintif-Plaintif dan tiada bantahan daripada peguam cara Defendan, tarikh perbicaraan taksiran ganti rugi tersebut telah ditangguhkan pada 22/8/2024.
8
Pada tarikh perbicaraan taksiran ganti rugi pada 22/8/2024, Defendan telah gagal memfailkan afidavitnya seperti mana yang telah diarahkan oleh Mahkamah ini. Peguam cara Defendan turut memaklumkan Mahkamah ini yang beliau tiada arahan untuk meneruskan perbicaraan Kandungan 9 tersebut kerana Defendan hendak melantik peguam cara yang baru.
9
Pada pendapat Mahkamah ini, permohonan penarikan diri peguam cara Defendan yang dibuat pada saat akhir, iaitu hanya pada hari perbicaraan Kandungan 9 tersebut, tanpa sebarang alasan yang munasabah, kuat dan kukuh (cogent), adalah sangat tidak beretika dan melanggar prinsip keadilan dan prosedur Mahkamah yang sedia ada. Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak permohonan peguam cara Defendan tersebut dan mengarahkan supaya perbicaraan taksiran ganti rugi tersebut diteruskan seperti mana yang telah ditetapkan.
10
Setelah perbicaraan taksiran ganti rugi tersebut dijalankan pada 22.8.2024, Mahkamah ini telah menetapkan keputusan Kandungan 9 tersebut pada 19.9.2024.
11
Pada tarikh keputusan Kandungan 9 pada 19.9.2024 tersebut, peguam cara Defendan yang baru telah hadir dan telah memohon secara lisan kepada Mahkamah ini untuk memfailkan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti Afidavit Jawapan. Peguam cara Plaintif-Plaintif walau bagaimanapun telah membantah terhadap permohonan peguam cara Defendan yang baru tersebut.
12
Mahkamah ini kemudiannya telah mengarahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing berkaitan dengan permohonan peguam cara Defendan yang baru tersebut, iaitu pada atau sebelum
10
10.10.2024 dan menetapkan tarikh pendengaran permohonan peguam cara Defendan yang baru tersebut pada 17.10.2024.
13
Mahkamah ini telah mendengar hujahan kedua-dua pihak pada 17.10.2024 dan menetapkan untuk keputusan pada 14.11.2024.
14
Setelah Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan hujahan-hujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan, pada 14.11.2024, Mahkamah ini memutuskan bahawa permohonan peguam cara Defendan yang baru untuk memfailkan Afidavit Jawapan di luar masa tersebut ditolak. Ini kerana, terdapat kelewatan hampir dua (2) bulan (inordinate delay) dalam membuat permohonan tersebut dan tiada sebarang alasan yang munasabah, kuat dan kukuh diberikan mengenai kelewatan tersebut dan untuk Mahkamah ini membenarkan permohonan tersebut.
15
Sehubungan dengan ini, berdasarkan undang-undang yang mantap, memandangkan Defendan tiada memfailkan sebarang afidavit bagi menjawab dan menyangkal afidavit-afidavit Plaintif-Plaintif seperti di Kandungan 18 dan Kandungan 19 tersebut, maka Defendan dianggap bersetuju dengan kandungan afidavit-afidavit Plaintif-Plaintif tersebut (lihat kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Berhad [1995] MLJ 281; Yong Teck Lee & Ors v The Prime Minister of Malaysia, Najib bin Razak & Anor [2018] MLJU 790).
16
Justeru, berdasarkan segala kertas kausa, keterangan dan hujahan bertulis Plaintif-Plaintif dan Defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan.
17
Oleh itu, berdasarkan keterangan yang ada, pada tarikh keputusan pada 14.11.2024, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan ganti rugi am Plaintif-Plaintif setakat RM80,000.00 sahaja yang mana pada pendapat Mahkamah ini adalah suatu jumlah yang wajar, munasabah dan memadai, ganti rugi khas sebanyak RM2,000.00 dan kos sebanyak RM5,000.00. Ganti rugi teladan tidak dibenarkan oleh Mahkamah ini kerana ia telah gagal dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif.
18
Keempat, berdasarkan seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], beban pembuktian adalah terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya. Peruntukan itu adalah seperti yang berikut: “Burden of proof
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies
102
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”. [Penekanan ditambah]
19
Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan dalam banyak kes undang-undang seperti Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697, Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 3 MLJ 281; Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398 dan Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 740.
20
Berdasarkan peruntukan dan nas-nas undang-undang di atas adalah jelas bahawa beban pembuktian dalam tindakan ini adalah terletak pada Plaintif-Plaintif dan ia adalah atas imbangan kebarangkalian.
21
Memandangkan Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan ganti rugi tersebut terhadap Defendan atas imbangan kebarangkalian, maka adalah wajar untuk Mahkamah ini membenarkan tuntutan ganti rugi am dan khas Plaintif-Plaintif tersebut.
22
Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan ganti rugi am Plaintif-Plaintif terhadap Defendan sebanyak RM80,000.00, ganti rugi khas sebanyak RM2,000.00 dan kos sebanyak RM5,000.00. Bertarikh : 6 NOVEMBER 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar Negeri Perlis (NEGERI PERLIS) Peguam bagi pihak Plaintif-Plaintif: Encik Mohd Nasir Bin Abdullah Tetuan Mohd Nasir & Co Peguam Bela dan Peguam Cara PT 311-T1 Wisma Jaza Seksyen 22, Jalan Kuala Krai 15200 Kota Bharu Kelantan Peguam bagi pihak Defendan: Encik Mohd Hapiz Bin Rajali Tetuan Mohd Hapiz Rajali & Co Peguam Bela dan Peguam Cara No.15 Tingkat Atas Taman Guru Jaya 01000 Kangar
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.