Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: AB-24NCvC-119-08/2025
AB-24NCvC-119-08/2025
High Court of Malaysia24 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“au mana-mana orang lain yang boleh dilantik oleh Pegawai Daerah Kerian secara bertulis. Warta No. 6754 tersebut menyatakan: “No. 6754. - In exercise of the powers vested in him by section 24 (i) of "The Land Code, 1926," the Resident of Perak proclaims that parcel of land situated at Bagan Serai, described in the sched”
“SEBAGAI SETIAUSAHA DAN WAKIL BAGI KWANG KHEOW SEAH, BAGAN SERAI, KRIAN (NO. PERTUBUHAN: 1272/63 PERAK) sebagai Perayu dan MAJESTIC MEMORIAL PARK (BS) SDN BHD (COMPANY NO.: 689460-H) sebagai Responden [2025] CLJU 1647, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Perjanjian Usahasama bertarikh 14.4.2006 yang dimasuki antara”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: AB-24NCvC-119-08/2025
1
KHONG KOING CHEW [K.P. NO.: 680526-08-6219]
2
LAU TIAN BOON [NO. K.P.: 740111-08-5515]
3
CHEN CHEW PENG [NO. K.P.: 570801-08-6997] … PLAINTIF-PLAINTIF DAN MAJESTIC MEMORIAL PARK (BS) SDN. BHD. [(NO. SYARIKAT: 200501012412 (689460-H)] … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN
1
Saman Pemula ini dimulakan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan suatu perintah menyatakan bahawa mereka hendaklah mendapatkan balik dan mendapatkan pemilikan bagi hartanah di bawah Lot No. 7654 Mukim Bagan Serai Daerah Kerian seluas lebih kurang 4 Ekar 3 Rood 12 Pole yang telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Perkuburan Cina oleh Notifikasi Warta No. 6754 yang bertarikh 30.08.1932 (selepas ini dipanggil “Hartanah tersebut”). LATAR BELAKANG KES 26/04/2026 09:54:36
2
Menerusi Notifikasi Warta No. 6754 yang bertarikh 30.08.1932 (selepas ini dipanggil "Warta No. 6754 tersebut"), Resident Perak telah mengisytiharkan bahawa Hartanah tersebut sebagai dan/atau menjadi rizab bagi tujuan tempat perkuburan orang mati masyarakat Cina, yang diuruskan dan/atau diselenggarakan oleh Bay Soo Yam dan Bee Hup Seng atau mana-mana orang lain yang boleh dilantik oleh Pegawai Daerah Kerian secara bertulis. Warta No. 6754 tersebut menyatakan: “No. 6754. - In exercise of the powers vested in him by section 24 (i) of "The Land Code, 1926," the Resident of Perak proclaims that parcel of land situated at Bagan Serai, described in the schedule hereto, und delineated upou revenue survey plan No. 9,020, deposited in the office of the Superintendent of Revenue Surveys, Perak, Taiping, to be a reserve for the purpose of a place for interment of the dead of the Chinese community, to be maintained by Bay Soo Yam and Bee Hup Seng or such other persons as the District Officer, Krian, may appoint in writing. This notification is made under section 24 (i) of "The Land Code, 1926"; Dated at Taiping, this 30th day of August, 1932. [Pk. 1145/31.] J.V. Cowgill, Acting Secretary to Resident, Perak.”
3
Bay Soo Yam dan Bee Hup Seng telah lama meninggal dunia.
4
Pada atau kira-kira pada 10.10.2024, Pegawai Daerah Kerian telah melantik Plaintif-Plaintif yang dinamakan di atas secara bertulis untuk mengurus dan/atau menyelenggarakan Hartanah Tersebut sebagai tempat perkuburan orang mati masyarakat Cina dalam surat perlantikan yang bertarikh 10.10.2024 (selepas ini dipanggil "Surat Perlantikan 10.10.2024 tersebut"). Surat Perlantikan 10.10.2024 tersebut menyatakan: “Pengerusi Persatuan Kwang Kheow Seah No.21, Jalan Syed Thaupy 2 34300 BAGAN SERAI Tuạn, I. PERMOHONAN. CADANGAN PEMBATALAN DAN PEMBATALAN WARTA KERAJAAN NO. 6754 BERTARIKH 30,08.1932 DI ATAS LOT 7654 (LOT BARU 14601) DI WILAYAH JALAN TAIPING, MUKIM BAGAN SERAI, DAERAH KERIAN. II. PERMOHONAN UNTUK MERIZAB TANAH KERAJAAN DI ATAS LOT 7654 (LOT BARU 14601), SELUAS LEBIH KURANG 18,110 METER PERSEGI DI WILAYAH JALAN TAIPING, MUKIM BAGAN SERAI, DAERAH KERIAN UNTUK TUJUAN TANAH PERKUBURAN CINA Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk perkara diațas.
2
Permohonan tuan bagi perlantikan pihak / organisasi yang dilantik bagi menyelenggarakan Tanah Perkuburan Cina di Wilayah Jalan Taiping, Mukim Bagan Serai telah dipersetujui oleh Pegawai Daerah Kerian.
3
Pihak atau organisasi yang dilantik dan dipersetujui bagi pengurusan Tanah Perkuburan Cina adalah seperti berikut:- 1) KHONG KOING CHEW (Pengerusi) K/P: 680526-08-6219 2) LAU TIAN BOON (Setiausaha) K/P: 740111-08-5515 3) CHEN CHEW PENG (Bendahari) K/P: 570801-08-6997 Sekian. terima kasih. "MALAYSIA MADANI" "BERKHIDMAT UNTÜK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, t.t. (SHAHRUL, NIZAM BIN SARIFUPDIN). Penolong Pegawai Daerah (Tanah) bp Pentadbir Tanah Kerian”
5
Majestic Memorial Park (BS) Sdn. Bhd. [No. Syarikat: 200501012412 (689460-H)], iaitu Defendan, telah menduduki Hartanah tersebut berdasarkan kepada Perjanjian Usahasama bertarikh 14.4.2006 yang dimasuki antara Defendan dan Persatuan Kwang Keow Seah, Bagan Serai, Krian di mana Defendan bersetuju untuk membina dan menguruskan sebuah kolumbarium (tempat menyimpan bekas abu mayat) di atas Hartanah tersebut. Defendan telah memperkuatkan keberadaannya di atas Hartanah tersebut melalui suatu Memorandum yang bertarikh 17.07.2025 yang dikeluarkan oleh Defendan tersebut (selepas ini dipanggil "Memorandum 17.07.2025 tersebut"). Memorandum 17.07.2025 tersebut menyatakan: “ MAJESTIC MEMORIAL PARK (BS) SDN BHD MEMORANDUM To: All Clients/Niche Buyers From: Royal Urn Cemetery Group Date: 17 July 2025 Subject: Statement on Land Management and Urn Cemetery Operations Dear Clients Thank you for your continued trust and support in Royal Urn Cemetery Group. Recently we have noticed some external rumors casting doubt on the land management and business operations. We hereby clarify as follows:
1
The land where the urn cemetery Is located Is owned by the government permanent reserve of Chinese cemeteries during the British era, and is entrusted to Guangqiao Society Bagan Serai solely for land management purposes. Guangqiao Society Bagan Serai serves only as the trustee for land management and has no authority over Royal Urn Cemetery business operations.
2
Recently, due to changes in the council, Guangqiao Society Bagan Serai has applied to update the registered name for land management purposes. This change does not affect Royal Urn Cemetery Group’s day-to-day operations.
3
All business activities, customer services, and urn cemetery management remain fully under the responsibility of Royal Urn Cemetery Group, independent of Guangqiao Society, Bagan Serai.
4
Royal Urn Cemetery Group’s operations are legal compliant, safe, and stable. Please rest assured that the purchase of niches is secure, and do not be misled by unfounded external claims.
5
We welcome all Chinese people to come and purchase niches at Royal Urn Cemetery. We are committed to providing you with professional and attentive service. Should you have any question, please feel free to contact us anytime. Thank you for your understanding and support. Sincerely, t.t.
6
Plaintif-Plaintif mendakwa Defendan telah menduduki Hartanah tersebut tanpa lesen atau kebenaran dan/atau tanpa izin atau persetujuan. Plaintif-Plaintif tidak memberi lesen atau kebenaran atau izin atau persetujuan untuk Defendan menduduki Hartanah tersebut. Melalui surat tuntutan yang bertarikh 18.07.2025 daripada peguam Plaintif-Plaintif, Tetuan Woon Choon, kepada peguam Defendan, Tetuan BH Koh, Soong, Zarin & Partners (selepas ini dipanggil "Surat Tuntutan 18.07.2025 tersebut") dan surat tuntutan yang bertarikh 25.07.2025 daripada peguam Plaintif-Plaintif, Tetuan Woon Choon, kepada Defendan (selepas ini dipanggil "Surat Tuntutan 25.07.2025 tersebut"), Plaintif-Plaintif telah menuntut daripada Defendan untuk mendapat balik dan/atau mendapat pemilikan Hartanah tersebut.
7
Terdapat 2 isu yang menjadi persoalan di dalam kes ini iaitu: i. Samada Defendan berhak untuk terus berada di atas Hartanah tersebut dan menguruskan kolumbarium tersebut. ii. Samada Plaintif-Plaintif boleh memulakan tindakan ini di atas nama mereka sendiri dan bukan di atas kapasiti wakil untuk Persatuan Kwang Kheow Seah.
8
Untuk isu yang pertama, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan tidak lagi berhak untuk berada di atas Hartanah tersebut. Ini kerana sepertimana yang diputuskan di dalam kes Rayuan Sivil No: A-02(NCvC)(W)-2061-10/2022 di antara LAU TIAN BOON (NRIC NO.: 74011-08-5515) (SEBAGAI SETIAUSAHA DAN WAKIL BAGI KWANG KHEOW SEAH, BAGAN SERAI, KRIAN (NO. PERTUBUHAN: 1272/63 PERAK) sebagai Perayu dan MAJESTIC MEMORIAL PARK (BS) SDN BHD (COMPANY NO.: 689460-H) sebagai Responden [2025] CLJU 1647, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Perjanjian Usahasama bertarikh 14.4.2006 yang dimasuki antara Defendan dan Persatuan Kwang Keow Seah, Bagan Serai, Krian di mana Defendan bersetuju untuk membina dan menguruskan sebuah kolumbarium (tempat menyimpan bekas abu mayat) di atas Hartanah tersebut adalah tidak sah (void) atas alasan bahawa Persatuan Kwang Kheow Seah berkenaan tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memasuki Perjanjian Usahasama dengan Defendan. Atas alasan itu Perjanjian Usahasama tersebut tidak boleh dilaksanakan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 57 Akta Kontrak 1950 yang menyatakan: “57. Agreement to do impossible act
1
An agreement to do an act impossible in itself is void. Contract to do act afterwards becoming impossible or unlawful
2
A contract to do an act which, after the contract is made, becomes impossible, or by reason of some event which the promisor could not prevent, unlawful, becomes void when the act becomes impossible or unlawful.”
9
Mungkin kerana menyedari bahawa kedudukan dan keberadaan mereka di atas Hartanah tersebut tidak dapat dipertahankan, maka antara isu utama yang dibangkitkan oleh Defendan di dalam Afidavit Balasan mereka yang diikrarkan oleh Pengarah mereka iaitu Ong Ang Pieu adalah isu berkenaan kapasiti Plaintif-Plaintif untuk membawa tindakan ini atas dan bukan sebagai wakil kepada Persatuan Kwang Kheow Seah.
10
Berkaitan isu ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa perlantikan yang dibuat oleh pihak berkuasa melalui surat bertarikh 10.10.2024 adalah merupakan perlantikan mereka secara individu bagi menggantikan mendiang Bay Soo Yam dan Bee Hup Seng. Sekiranya pihak berkuasa berhasrat untuk melantik Persatuan Kwang Kheow Seah bagi tujuan pengurusan Tanah Perkuburan Cina tersebut, maka tidak perlu untuk mereka menamakan Plaintif-Plaintif secara spesifik di dalam surat tersebut.
11
Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif tidak terkhilaf di dalam membawa tindakan ini di atas nama mereka sendiri terhadap Defendan.
12
Di atas alasan-alasan yang dinamakan di atas, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan Plaintif dengan kos RM3000.00 tertakluk kepada alokatur. Bertarikh pada 26.4.2026. SYED FAISAL BIN SYED AMIR Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping Perak Darul Ridzuan rifing Peguam bagi pihak Plaintif-Plaintif : Ignatious Ho Woon Choon [Tetuan Woon Choon] Peguam bagi pihak Defendan : Soong Tze Toong [Tetuan BH Koh, Soong, Zarin &
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.