Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.:P-05-227-05/2025
P-05-227-05/2025
Court of Appeal of Malaysia3 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“gistrate and to the parties as the Judge shall consider, in order that substantial justice may be done in the matter." Nas Undang-Undang Berkaitan [11] Di dalam kes Veerasingam v. Public Prosecutor [1957] CLJU 93, Thomson CJ menyatakan seperti yang berikut: “The only fetter which s. 310 places upon the exercise of the”
“deemed to be withdrawn and the trial court shall enforce its sentence or order if any stay of execution has been granted. Thus, time is of the essence.” [13] Di dalam kes Manoharan v. Pendakwa Raya [1982] CLJU 57, Wong Kim Fatt J menyatakan seperti yang berikut: “Sebelum Mahkamah menggunakan kuasa budibicaranya untuk m”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.:P-05-227-05/2025
2
SUGENDREN AIL SELLADORAI - PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Georgetown Dalam Negeri Pulau Pinang Permohonan No: PA-44-3-02/2025 Antara Pendakwa Raya - Pemohon
1
Kirubaharan a/l K. Ganesan
2
Sugendren a/l Selladorai - Responden-responden] KORAM: AZMI BIN ARIFFIN, HMR NOORIN BINTI BADARUDDIN, HMR MEOR HASHIMI BIN ABDUL HAMID, HMR PENGHAKIMAN Mukadimah [1]
Lampiran
Lampiran 1 bertarikh 15 Mei 2025 adalah Notis Rayuan yang difailkan oleh perayu-perayu ke Mahkamah Rayuan terhadap perintah yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Mei 2025 yang telah membenarkan suatu pelanjutan masa diberikan kepada pemohon / pendakwa raya untuk memfailkan petisyen rayuan di luar had masa. Kronologi Peristiwa [2] Pada 24 Mei 2024, Puan Majistret, Mahkamah Majistret Jenayah (1) Georgetown, Pulau Pinang telah membebaskan dan melepaskan perayu-perayu di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri terhadap kesalahan menghalang penjawat awam dari menjalankan tugasan rasminya iaitu satu kesalahan dibawah seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen dan Akta yang sama. [3] Terkilan dengan keputusan tersebut, pada 7 Jun 2024, pendakwa raya Raya telah memfailkan satu Notis Rayuan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi (Jenayah) di Georgetown, Pulau Pinang. [4] Pada 12 November 2024, Mahkamah Majistret berkenaan telah membekalkan alasan penghakiman berserta nota keterangan bagi perbicaraan tersebut kepada pendakwa raya selaku perayu dimana kedua-duanya telah diterima pada tarikh yang sama. [5] Tarikh terakhir untuk pendakwa raya memfailkan Petisyen Rayuan adalah pada 26 November 2024 (14 hari dari tarikh penerimaan alasan penghakiman dan nota keterangan). [6] Sehari sebelum tempoh tersebut tamat, iaitu pada 25 November 2024, pendakwa raya telah pun memfailkan Petisyen Rayuan melalui "E-filing System" (EFS) kepada Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang dan status menunjukkan bahawa dokumen tersebut telah pun diluluskan. [7] Pada 9 Disember 2024, semasa sesi pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar bagi tujuan penetapan tarikh perbicaraan rayuan berkenaan di Mahkamah Tinggi, timbalan pendaftar telah memaklumkan kepada timbalan pendakwa raya yang hadir bahawa dokumen petisyen rayuan berkenaan sepatutnya difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah (1) Georgetown dan bukannya di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi. [8] Menyedari kesilapan tersebut, pada 17 Januari 2025, pendakwa raya telah memfailkan semula Petisyen Rayuan tersebut ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah (1) Georgetown. Dokumen ini telah diterima dan diluluskan oleh sistem EFS pada hari yang sama. [9] Pada 13 Februari 2025, pendakwa raya telah memfailkan satu notis permohonan ke Mahkamah Tinggi Georgetown. [10] Pada 15 Mei 2025, Hakim Mahkamah Tinggi Georgetown telah membenarkan permohonan lanjutan masa yang kini menjadi subjek rayuan di hadapan kami ini. Peruntukan Undang-Undang Berkaitan (A) Seksyen 307(4) dan 307 (9) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan seperti yang berikut: “(4) Within fourteen days after the copy of the grounds of decision has been served as provided in subsection (3), the appellant shall lodge with the clerk of the Magistrate's Court at which the trial was held a petition of appeal in triplicate addressed to the High Court. (9) If a petition of appeal is not lodged within the time prescribed by this section the appeal shall be deemed to have been withdrawn and the trial Court shall enforce its sentence or order if any stay of execution has been granted, but nothing herein contained shall be deemed to limit or restrict the powers conferred upon a Judge by section 310.” (B) Seksyen 310 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan seperti yang berikut: “A judge may, on the application of any person desirous of appealing who may be debarred from so doing upon the ground of his not having observed some formality or some requirement of this code, permit an appeal upon such terms and with such direction to the Magistrate and to the parties as the Judge shall consider, in order that substantial justice may be done in the matter." Nas Undang-Undang Berkaitan [11] Di dalam kes Veerasingam v. Public Prosecutor [1957] CLJU 93, Thomson CJ menyatakan seperti yang berikut: “The only fetter which s. 310 places upon the exercise of the discretion which it gives to the Judge is that it shall be exercised "in order that substantial justice may be done." Clearly, to exercise his discretion properly the Judge must apply his mind to all the relevant material. He must consider the circumstances of the original trial. He must consider the original Petition of Appeal. And he must consider the circumstances which are now urged upon him to induce him to allow any departure from or addition to that original Petition of Appeal. He must consider his own powers as to such matters as the granting of adjournment and the requiring of Notice to be given. And then he must exercise his discretion as he sees fit in order that substantial justice may be done in the matter. It may be that he may find it helpful to look at what has been done in some other case by some other Judge but if he does he must be careful to look at what that other Judge has done merely as an illustration and not as laying down any judicial precedent (see the observations of Bowen LJ, in Jones v. Curling 13 QBD 262, 271, supra].” [12] Di dalam kes Saw Yew Choy v. PP [2000] 5 CLJ 289 Kang Hwee Gee J, memutuskan di antara lainnya seperti berikut: “[1] The court's powers under s. 310 CPC are purely discretionary and no hard and fast rule should be laid down for its exercise except for the sole purpose of meting out substantial justice. The inadvertence and incompetence of solicitors could be a ground of consideration for a judge when exercising his discretion in allowing or disallowing the application. Precedents, however, indicate that the requirement of s. 307(ix) CPC has always been strictly applied and courts are generally reluctant to exercise its power to grant an enlargement of time under s. 310 unless there are compelling reasons to do so. [2] The catch phrase "in order that substantial justice may be done in the matter" in s. 310 encompasses not merely substantial justice to the convicted person but also substantial justice to "society at large on whose behalf the public prosecutor acts" [Jumari bin Mohamed v. Public Prosecutor]. [3] Under sub-s. (ix) of s. 307 CPC if a petition of appeal is not lodged within the time prescribed, the appeal is deemed to be withdrawn and the trial court shall enforce its sentence or order if any stay of execution has been granted. Thus, time is of the essence.” [13] Di dalam kes Manoharan v. Pendakwa Raya [1982] CLJU 57, Wong Kim Fatt J menyatakan seperti yang berikut: “Sebelum Mahkamah menggunakan kuasa budibicaranya untuk melanjutkan tempoh tersebut, pemohon hendaklah memuaskan Mahkamah bahawa terdapat merit-merit untuk berbuat demikian yang mana keadilan substantial boleh dilakukan. Affidavit pemohon atau peguambela dan peguamcaranya yang menyokong permohonan hendaklah menjelaskan fakta penting (material facts) secara jujur dan penuh bagi menjelaskan mengapa petisyen tidak dapat difailkan dalam jangkamasa yang tertentu. Tiada sebarang fakta material boleh disembunyikan.” Dapatan Hakim Mahkamah Tinggi [14] Di antara lain, dapatan beliau adalah seperti yang berikut dan kami petik: “[17] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa di dalam kes ini telah berlaku satu kesilapan yang tulen (genuine mistake) di pihak Pemohon (Pendakwa Raya) yang telah tersilap memfailkan petisyen rayuan mereka di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi yang mana tempat pemfailan yang sepatutnya adalah di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret. Tidak juga menjadi pertikaian bahawa pemfailan yang tersilap tersebut telah dibuat dalam tempoh masa 14 hari sebagaimana yang ditetapkan. Pada sepanjang masa juga, pihak-pihak tidak terkeliru bahawa Pendakwa Raya memang berhasrat untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Majistert berkenaan kerana notis rayuan telah pun difailkan dan diserahkan kepada responden semenjak 07.6.2024. [18] Mengaplikasikan garis panduan yang diberikan mengenai definisi keadilan substansial di dalam seksyen 310 KTJ ke dalam kes di hadapan saya ini, iaitu meletakkan tujuan melaksanakan keadilan substansial sebagai matlamat utama, maka, pada hemat saya, neraca keadilan adalah lebih condong kepada membenarkan permohonan ini. [19] Di dalam mencapai dapatan sedemikian saya telah mengambil kira bahawa kelewatan adalah pada asalnya berpunca dari satu kesilapan yang tulen dan bona fide. Manakala, tempoh kelewatan hanya lah selama 27 hari sahaja, dalam keadaan ini, saya dapati kesan prejudis adalah lebih besar jika permohonan perlanjutan masa ini tidak dibenarkan berbanding dengan membenarkannya. Ini kerana, jika notis usul ini ditolak, pihak pendakwaan akan kehilangan secara total peluang mereka untuk menguji akan ketepatan keputusan Mahkamah Majistret berkenaan di Mahkamah Tinggi. Sedangkan, jika permohonan perlanjutan masa ini dibenarkan, responden-responden akan diberi ruang dan mash berpeluang untuk berhujah bagi mempertahankan keputusan Puan Majistret yang memihak kepada mereka tersebut. Mahkamah ini pula kelak akan memutuskan rayuan tersebut di atas meritnya. [20] Oleh yang demikian, dengan berpegang kepada kayu ukur yang terpakai adalah, samada keadilan substansial dapat dilaksanakan dan contoh pelaksanaan keadilan substansial adalah dengan memastikan bahawa a rightful conviction to be upheld and a wrongful one is quashed, maka saya telah membenarkan permohonan untuk perlanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuan seperti yang dipohon dan petisyen rayuan yang telah difailkan pada 17.1.2025 adalah diistiharkan sah dan diterima pakai serta rayuan pihak pendakwaan boleh diteruskan dan akan ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah ini dengan sewajarnya.” Hujahan Peguam Perayu-Perayu (a) Pendakwa Raya di dalam Afidavit Sokongannya gagal untuk menyatakan bahawa wujud alasan kukuh untuk menyokong rayuan diatas merit dan undang-undang. (b) Pendakwa Raya di dalam Afidavit Sokongannya gagal untuk menyatakan secara spesifik apakah alasan-alasan rayuannya yang substantial. (c) Petisyen Rayuan yang diekshibitkan di dalam Afidavit Sokongannya hanya sekadar menyatakan bahawa Petisyen Rayuan telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 25 November 2024. (d) Pendakwa Raya gagal menyatakan di dalam Afidavit Sokongannya sebab-sebab kelewatan selama 53 hari meskipun semasa sebutan pada 9 Disember 2024, Timbalan Pendaftar Tuan Arif bin Mohamad Shariff telah memberitahu timbalan pendakwa raya berkenaan kesilapan pemfailan yang dibuat di Mahkamah Tinggi. Pendakwa Raya sepatutnya memfailkan semula Petisyen Rayuan tersebut ke Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah (1) Georgetown pada hari yang sama juga setelah menyedari kesilapannya dan bukannya menunggu sehingga 17 Januari 2025 untuk berbuat demikian. Nyata, permohonan yang difailkan itu bukannya dibuat atas dasar bona fide. (e) Pendakwa Raya gagal menyatakan di dalam Afidavit Sokongannya prejudis yang bakal dialami olehnya jika permohonan ini tidak dibenarkan oleh Mahkamah. (f) Pendakwa Raya gagal menyatakan di dalam Afidavit Sokongannya mengapa pihak pendakwa raya mengambil masa selama 27 hari untuk memfailkan Notis Usul bagi pelanjutan masa ini. Dapatan Kami [15] Sewajarnya diulangi bahawa pendakwa raya telah menerima alasan penghakiman dan nota keterangan pada 12 November 2024. Tempoh masa untuk memfailkan petisyen rayuan adalah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan alasan penghakiman dan nota keterangan. Oleh itu, tarikh terakhir untuk memfailkan petisyen rayuan adalah pada 26 November 2024. [16] Pada 25 November 2024, pendakwa raya telah pun memfailkan Petisyen Rayuan melalui "E-filing system" (EFS) kepada Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang dan status menunjukkan bahawa dokumen tersebut telah pun diluluskan. [17] Meskipun pihak pendakwa raya telah menepati had masa dalam pemfailan petisyen rayuan tersebut, namun pihak pendakwa raya telah tersilap memfailkan petisyen rayuan tersebut kepada Mahkamah Tinggi Georgetown Pulau Pinang dimana pemfailan yang sepatutnya dibuat adalah di Mahkamah Majistret Georgetown Pulau Pinang. [18] Susulan daripada itu, setelah menyedari kesilapan tersebut, pada 9 Disember 2024, pendakwa raya telah sekali lagi pada 17 Januari 2025 memfailkan Petisyen Rayuan tersebut ke Mahkamah Majistret Jenayah (1) Georgetown, Pulau Pinang dan dokumen tersebut juga telah diluluskan. [19] Pihak pendakwa raya di dalam Affidavit Sokongannya mengakui bahawa kesilapan yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana pihaknya pada setiap masa material sememangnya mempunyai berhasrat dan niat untuk memfailkan Petisyen Rayuan berkenaan, namun malangnya telah tersilap memfailkannya di Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang. [20] Pada hemat kami, permohonan memfailkan Petisyen Rayuan di luar had masa ini adalah dibuat dengan suci hati. Tempoh masa kelewatan pemfailan bukanlah sesuatu yang melampau. Alasan kelewatan juga telah dijelaskan di dalam Afidavit Sokongannya. [21] Seperkara lagi, meski pun di dalam Afidavit Sokongannya, pihak pendakwa raya tidak menyatakan rayuannya mempunyai merit dan terdapat kemungkinan atau kebarangkalian yang ia akan berjaya di dalam rayuan sebenar jika ia tidak terhalang daripada merayu kerana kelewatannya, namun pada hemat kami ketinggalan ini bukanlah sesuatu yang memudaratkan. Ini adalah kerana punca utama kelewatan telah diperjelaskan dan kesilapan yang berlaku adalah suatu yang tulen, jujur dan suci hati dan tiada sebarang fakta material pun yang disembunyikan. Keadilan substantial sepertimana kehendak seksyen 310 Kanun Prosedur Jenayah merangkumi bukan sahaja terhadap perayu-perayu tetapi juga terhadap “society at large on whose behalf the public prosecutor acts". Kesimpulan [22] Setelah meneliti kesemua keterangan-keterangan dokumentar, penghujahan kedua-dua pihak serta nas undang-undang yang digunapakai, kami sebulat suara memutuskan bahawa rayuan perayu-perayu ini tidak mempunyai sebarang merit dan dengan ini ditolak [23] Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana dikekalkan. TARIKH: 12 NOVEMBER 2025 - SGD - AZMI BIN ARIFFIN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA KAUNSEL Bagi Perayu : Kamelindran A/L Tanasekharan [Kamelindran & Associates] Bagi Responden : Afzainizam Abdul Aziz [Timbalan Pendakwa Raya]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.