Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCvC – 339 – 11/2024
JA-A52NCvC-339-11/2024
Sessions Court of Malaysia4 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“via eFILING portal 23 “Held: [1] There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (‘the CA’) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual los”
“an Pergerakan (“PKP”) melalui Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019) Covid-19 Act 2020). S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this doc”
“ni bukan satu isu yang bermerit untuk dibicarakan. Mahkamah bersetuju dengan pemerhatian yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Southern Finance Berhad v Capable Million (M) Sdn Bhd And Others [2007] MLJU 93, yang memutuskan: "Triable issues" is a term that is often misunderstood. While there may be many issues”
“termining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s 75 of the CA, the concepts of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.””
“46. Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan Kai Dan Satu Lagi [2019] MLJU 2011 yang turut membahaskan isu yang sama. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[23] … apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Cubic Electronics adalah seperti berikut:”
“f masih mempunyai jumlah tertunggak yang tidak dibayar, tidak menghalang Mahkamah untuk memberi penghakiman terus kepada tuntutan plaintif (rujuk NTP Industrial Supply Sdn Bhd v JYD Marketing Sdn Bhd [2020] MLJU 2028). Selain itu, tuntutan balas defendan adalah pemikiran terkemudian kerana milikan kosong telah diserahk”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCvC – 339 – 11/2024
1
KOH THUANG KOK [ No. K/P: 780215016879]
2
TAN CHEN FUI [ No. K/P: 840515016274 … PLAINTIF-PLAINTIF DAN ERA UNIVERSE DEVELOPMENT SDN. BHD. [No. Syarikat: 201401009891 (1085970-T)] … DEFENDAN 23/07/2025 13:26:00 JA-A52NCvC-339-11/2024 Kand. 27 S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ ALASAN PENGHAKIMAN (Permohonan Penghakiman Terus bawah Aturan 14 KKM 2012)
1
Plaintif melalui Notis Permohonan bawah A 14 KKM 2012 bertarikh 15.1.2025 (Lampiran 7) memohon perintah-perintah seperti berikut: i. Jumlah wang sebanyak RM 277, 845.26 sebagai gantirugi jumlah tertentu “liquidated damages”
Preamble
menurut Perjanjian Jual Beli bertarikh 18.4.2016; ii. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM 277, 845.26 daripada tarikh pemfailan Writ sehingga tarikh penyelesaian penuh; iii. Kos; dan iv. Lain-lain relif selanjutnya yang dianggap suai-manfaat dan adil oleh Mahkamah yang Mulia ini.
2
Kertas-kertas kausa yang dirujuk dalam permohonan ini adalah seperti berikut: S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ i. Writ bertarikh 3.11.2024; ii. Penyata Tuntutan bertarikh 3.11.2024; iii. Penyata Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 19.12.2024; iv. Jawapan kepada Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas Defendan bertarikh 2.1.2025; v. Jawapan kepada Pembelaan kepada Tuntutan Balas bertarikh 17.1.2025; vi. Notis Permohonan Penghakiman Terus bertarikh 15.1.2025 (Lampiran 7); vii. Afidavit Sokongan plaintif bertarikh 9.1.2025; viii. Afidavit Jawapan defendan bertarikh 26.2.2025; ix. Afidavit Balasan plaintif bertarikh 12.3.2025.
3
Pada 4.6.2025 Mahkamah membenarkan Notis Permohonan ini dengan pengiraan semula LAD, dengan kos RM3,000.00 (“keputusan Mahkamah tersebut”).
4
Defendan tidak berpuas hati keputusan Mahkamah tersebut dan telah merayu ke Mahkamah tinggi.
5
Mahkamah kini memberikan alasan-alasannya seperti berikut.
6
Pada semua masa yang material, Defendan merupakan pemaju sebuah projek perumahan dan komersil) yang dikenali sebagai “Bandar Alam Masai” (selepas ini dikenali sebagai “Projek tersebut”).
7
Pada 18.4.2016, Defendan sebagai Penjual telah menyediakan dan memasuki satu perjanjian jual beli (“SPA tersebut”) dengan Plaintif sebagai pembeli dan Marsland Development Sdn Bhd sebagai tuanpunya tanah-tanah Projek tersebut.
8
Dalam SPA tersebut, Defendan telah bersetuju untuk menjual dan Plaintif telah bersetuju untuk membeli sebuah tiga tingkat pejabat kedai yang dikenali sebagai Provisional Lot No. P3-01 dalam Mukim Plentong Daerah Johor Bahru Negeri Johor (“Hartanah tersebut”) dalam Projek tersebut pada harga belian sebanyak RM878,800-00 (“Harga belian tersebut”).
9
9.
Preamble
Menurut klausa 14.1 SPA tersebut, Defendan perlu menyerahkan milikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintif-plaintif dalam tempoh masa 36 bulan dari tarikh SPA tersebut, iaitu pada 17.4.2019 (“Tarikh Luput tersebut”).
10
Sekiranya Defendan gagal berbuat demikian, Defendan perlu membayar gantirugi tertentu yang dipersetujui (agreed liquidated damages) yang dikira atas Harga belian tersebut dari hari ke hari pada kadar 10% tersebut setahun dari Tarikh Luput tersebut hingga Pembeli mengambil pemilikan kosong Hartanah tersebut.
11
Pada masa pembelian hartanah tersebut, plaintif-plaintif telah maklum bahawa status hartanah tersebut belum diputuskan sebagai lot bumiputera ataupun tidak. Terdapat Overriding Agreement bertarikh 20.2.2017 (eksibit “MRW-1” Afidavit Jawapan defendan) di antara kedua-dua pihak yang memperuntukkan:
12
Pada 16.11.2017 defendan telah menandantangai satu Supplemental Agreement (“Supplemental Agreement tersebut”) dengan Kerajaan Negeri yang memperuntukkan lot hartanah tersebut bukan lot Bumiputera. Ini bermaksud Perjanjian Jual Beli tersebut menjadi bukan lagi menjadi Perjanjian bersyarat dan boleh diteruskan.
13
Pada 31.5.2022, Defendan telah mengisukan satu notis kepada Plaintif-plaintif untuk menyerahkan pemilikan kosong Hartanah tersebut kepada Plaintifplaintif.
14
14.
Preamble
Menurut klausa 15.2 SPA tersebut, Plaintif-plaintif disifatkan telah mengambil pemilikan kosong Hartanah tersebut apabila tamat 14 hari dari tarikh Defendan mengisukan notis kepada Plaintif-plaintif, iaitu pada 14.6.2022. Klausa 15.2 SPA tersebut adalah berikut:
15
Pada 18.3.2020 negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) melalui Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019) Covid-19 Act 2020).
16
Melalui surat-surat bertarikh 8.3.2021 dan 31.12.2021 (eksibit “MRW-3”) defendan telah memperolehi pengecualian pengiraan bayaran gantirugi tertentu bagi tempoh 18.3.2020 sehingga 31.12.2020 dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”) iaitu bagi tempoh 289 hari.
17
Plaintif berhujah bahawa fakta di dalam tindakan ini adalah jelas dan tidak dipertikaikan. Defendan sebagai pemaju telah gagal menyerahkan milikan kosong di dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti di dalam SPA tersebut.
18
Pengecualian 289 hari berdasarkan surat-surat KPKT tidak terpakai kepada lot-lot komersil kedai pejabat yang dibeli oleh plaintif dan SPA tersebut bukannya perjanjian yang diperuntukkan bawah Jadual G, H, I dan J Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
1989
1989.
19
Tempoh pengiraan 36 bulan adalah dari tarikh SPA ditandatangani dan bukannya tarikh lot hartanah tersebut S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ digazetkan sebagai bukan lot bumiputera berdasarkan alasan-alasan berikut: i. Tiada mana-mana fasal dalam SPA atau Supplemental Agreement yang memperuntukkan pengiraan tarikh serahan milikan kosong selepas lot hartanah dimaklumkan sebagai lot bukan Bumiputera; ii. Defendan tidak dibenarkan untuk mengubah terma-terma SPA atau Overriding Agreement yang mana fasal-fasalnya adalah terang dan jelas; iii. Fasal 3 Overriding Agreement jelas memperuntukkan milikan kosong hendaklah diserahkan 36 bulan daripada tarikh SPA tersebut.
20
Tuntutan balas defendan iaitu plaintif masih mempunyai jumlah tertunggak yang tidak dibayar, tidak menghalang Mahkamah untuk memberi penghakiman terus kepada tuntutan plaintif (rujuk NTP Industrial Supply Sdn Bhd v JYD Marketing Sdn Bhd [2020] MLJU 2028). Selain itu, tuntutan balas defendan adalah pemikiran terkemudian kerana milikan kosong telah diserahkan dan defendan tidak pernah membangkitkan isu ini sebelum ini.
21
Akibat daripada kegagalan Defendan menyerahkan pemilikan kosong Hartanah tersebut pada/sebelum Tarikh Luput tersebut, Plaintif-plaintif berhak untuk menuntut gantirugi tertentu sebanyak RM277,845-26 daripada Defendan dari 18.4.2019 sehingga 14.6.2022.
22
Defendan membangkitkan beberapa isu yang didakwa merupakan isu-isu yang perlu dibicarakan seperti berikut: i. Pengiraan tempoh milikan kosong 36 bulan bermula pada 16.11.2017 iaitu tarikh Supplemental Agreement di antara defendan dan Kerajaan Johor yang menetapkan lot-lot Bumiputera di dalam projek tersebut; ii. Defendan berhak diberi pengecualian tempoh selama 289 hari berdasarkan surat-surat dari KPKT tersebut; iii. Plaintif masih ada jumlah tertunggak sebanyak RM27,880.40 yang gagal dibayar bawah SPA tersebut; dan iv. Plaintif gagal membuktikan kerugian atau kerosakan sebenar (actual loss) akibat kelewatan penyerahan milikan kosong. Plaintif gagal mengemukakan butiran S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ kerugian dan/atau kerosakan yang dialami oleh plaintif. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKENAAN PERMOHONAN
23
Aturan 14(1) KKM 2012 memperuntukkan: Application by plaintiff for summary judgment
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgement against that defendant.”
24
Mahkamah merujuk kepada kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 CLJ 220 di mana Mahkamah Persekutuan melalui YA George Seah MHP menerangkan prinsip Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (in pari materia dengan A14 KKM 2012) seperti berikut: S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ “For the purposes of an application under O. 14 the preliminary requirements are:
i
the defendant must have entered an appearance;
II
(ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and
III
(iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14. … If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him [see O. 14 r. 3 and 4(1)].”
25
Mahkamah juga merujuk kepada kes Malayan Insurance
m
(M) Sdn. Bhd. v. Asia Hotel Sdn. Bhd. [1987] 1 CLJ 246 di mana Mahkamah Agung memutuskan: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
26
Berdasarkan nas undang-undang di atas adalah jelas sekiranya keperluan awal dibawah Aturan 14(1) KKM 2012 dipatuhi dan tuntutan plaintif adalah jelas dan tiada pertikaian fakta dan pembelaan defendan tidak bermerit, maka Mahkamah berhak menggunakan kuasanya di bawah Aturan tersebut untuk membenarkan tuntutan plaintif melalui Penghakiman Terus tanpa perlu perbicaraan penuh.
27
Mahkamah akan menilai setiap satu isu yang dibangkitkan oleh defendan dan memutuskan sama ada isu-isu tersebut merupakan isu-isu yang perlu dibicarakan ataupun sebaliknya. Pengecualian dibawah Akta Covid-19 2020 28. Mahkamah merujuk kepada Bahagian XI Akta 829 yang memperuntukkan Modification to the Housing Development (Control and Licensing) Act 1996. Seksyen-seksyen 32 dan 33 Akta 829 memperuntukkan: S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ “Commencement of modifications to the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966.
32
This part is deemed to have come into operation on 18 March 2020.
33
In this Part, “agreement” means agreement for the contract of sale for the sale and purchase of housing accommodation in the forms prescribed in Schedule G, H, I and J of the Housing Development (Control and Licensing) Regulations 1989. (penekanan diberikan). … Delivery of vacant possession and liquidated damages
1
Notwithstanding any agreement entered into between the purchaser and the developer, the period from 18 March 2020 to 31 August 2020 shall be excluded from the calculation of:
a
the time for delivery of vacant possession of a housing accommodation; and
b
the liquidated damages for the failure of the developer to deliver vacant possession of a housing accommodation.
2
The developer may apply to the Minister for an extension of the period referred to in subsection
1
(1).
2
Upon considering the application under subsection (2), the Minister may, if the Minister is satisfied that additional time is required by the developer to deliver vacant possession, by written direction grant to the developer an extension period of up to 31 December 2020 to deliver vacant possession and such extension shall have the same effect as the period excluded in subsection (1).
4
Notwithstanding any agreement entered into between the purchaser and the developer, if the purchaser is unable to enter into possession of occupation of a housing accommodation from the date of service of a notice to take vacant possession from the developer during the period from 18 March 2020 to 31 August 2020 or any extension period granted under subsection (3), the purchaser shall not be deemed to have taken such vacant possession.”
29
Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut, perubahan yang dibuat oleh Kerajaan ke atas Akta Pemajuan S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 meliputi perjanjian dalam keseluruhan bahagian XI iaitu merujuk perjanjian jual beli yang ditetapkan oleh Jadual G, H, I dan J Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
30
Surat bertarikh 8.3.2021 daripada KPT (rujuk Eksibit MRW- 3 Afidavit Jawapan menyatakan: “[2] Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mewartakan suatu peruntukan perundangan / akta bagi menangani kesan penyakit Koronavirus 2019 termasuk mengubahsuai peruntukan berkaitan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996. Akta ini dinamakan Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), 2020. [3] Berdasarkan Bahagian XI, Subsyeksyen 35(1) dan 35(4) di bawah Akta tersebut, dimaklumkan bahawa rayuan pihak tuan bagi pemajuan yang telah dilesenkan seperti di atas telah pun dipertimbangkan dan diluluskan oleh YB Menteri untuk mengecualikan tempoh dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos (167 hari) bagi pengiraan masa serahan milikan kosong dan penyiapan kemudahan S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ bersama berdasarkan Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani dengan pihak Pembeli.”
31
Kuasa Menteri untuk memberi pengecualian di Bahagian XI adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah seksyen-seksyen 32 – 38 Act 829 tersebut. Mahkamah mendapati tiada pengecualian diberikan kepada pembangunan yang bukan merujuk kepada kemudahan perumahan di bawah Bahagian XI tersebut.
32
Adalah tidak dipertikaikan bahawa Hartanah tersebut merupakan dua tingkat kedai pejabat dan bukannya pembangunan perumahan yang dikawal oleh Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 dan SPA tersebut merupakan perjanjian jual beli yang disediakan oleh Defendan dan bukannya satu perjanjian jual beli yang ditetapkan oleh Jadual G, H, I dan J Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
1989
Oleh yang demikian, sebagaimana dihujahkan oleh plaintif dan Mahkamah bersetuju dengan hujahan tersebut, pengecualian yang diberikan di dalam surat di atas adalah tidak terpakai di dalam kes ini.
33
Pada pendapat Mahkamah, peruntukan undang-undang mengenai isu ini adalah jelas dan tugas Mahkamah ialah memberikan terjemahan kepada undang-undang dan mengaplikasikannya di dalam situasi yang jelas.
34
Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, berdasarkan di atas Mahkamah memutuskan pengecualian yang diberikan oleh Menteri melalui surat-surat KPKT tersebut adalah tidak terpakai kepada defendan. Oleh yang demikian pengiraan gantirugi jumlah tertentu tidak akan mengambil kira pengecualian 289 hari tersebut. Pengiraan Kelewatan berdasarkan Overriding Agreement
35
Fakta kes menunjukkan pada Perjanjian Jual Beli tersebut ditandatangani pada 18.4.2016 sama dengan tarikh Overriding Agreement. Manakala Supplemental Agreement tersebut ditandatangani oleh defendan dengan Kerajaan Negeri Johor pada 16.11.2017.
36
Klausa-klausa 1 dan 2 Overriding Agreement tersebut memperuntukkan:
1
CONDITIONAL SALE AND PURCHASE In consideration of the Purchaser:
a
Executing the Prescribed SPA immediately after the execution hereof; and
b
Agreeing and undertaking to observe and comply with the provision of the Prescribed SPA, in particular the Schedule of Payment of the Purchase Price therein (“the Schedule of Payment”), the developer hereby conditionally agrees to sell to the Purchaser the Property and to execute the Prescribed SPA upon the overriding provisions contained herein.
1
Notwithstanding anything to the contrary stipulated in the Prescribed SPA, the sale and purchase of the Property shall be conditional upon:
a
the Property not being designated in due course by
b
the Release being granted by Cawangan Perumahan if the Property is so designated and if the property is not purchased by any Bumiputera by the expiry of the Reserved Period. S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ The Prescribed SPA shall become unconditional,
a
Upon the written notification by the Developer that the Property is not designated by Cawangan Perumahan as Bumiputera Lot within nine (9) months from the date of this Agreement with an automatic extension of three (3) months (“the Designated Deadline”) or such other time to be mutually agreed upon, OR …”
37
Klausa 2(a) di atas memperuntukkan keadaan di mana Perjanjian Jual Beli tersebut menjadi tidak bersyarat iaitu apabila pembeli mendapat notifikasi bertulis daripada pemaju tentang keputusan Cawangan Perumahan mengenai status lot tersebut dalam tempoh masa 9 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut dan Overriding Agreement tersebut (dengan lanjutan masa secara automatik 3 bulan) dan atau dalam tempoh masa yang dipersetujui oleh pihak-pihak.
38
Di dalam kes ini Supplemental Agreement yang memperuntukkan bahawa hartanah tersebut bukan lot Bumiputera bertarikh 16.11.2017. Oleh itu status hartanah tersebut menjadi lot bukan bumiputera adalah pada 16.11.2017 dan adalah munasabah bagi mengambil tarikh ini sebagai tarikh SPA tersebut menjadi tidak bersyarat.
39
Selain itu, plaintif telah menandatangani kedua-dua perjanjian ini dan sudah pasti tahu dan sedar akan status hartanah yang dibeli olehnya. Oleh yang demikian plaintif terikat dengan terma-terma kedua-dua perjanjian tersebut termasuk kesan Overriding Agreement terhadap tarikh penyerahan milikan kosong hartanah.
40
Defendan sepatutnya menyerahkan milikan kosong pada 16.11.2020. Milikan kosong hanya diserahkan pada 14.6.2022. Terdapat kelewatan pada sebanyak 605 hari mulai 16.11.2020 sehingga 13.6.2022.
41
LAD yang berhak diterima oleh plaintif berdasarkan kelewatan tersebut ialah: RM878,800 x 10% x 605/365 = RM 145,664.10.
42
Mahkamah berpendapat isu ini bukan satu isu yang bermerit untuk dibicarakan. Mahkamah bersetuju dengan pemerhatian yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Southern Finance Berhad v Capable Million (M) Sdn Bhd And Others [2007] MLJU 93, yang memutuskan: "Triable issues" is a term that is often misunderstood. While there may be many issues in a matter, not every issue is a triable issue. Issues that are questions of law and interpretation can be dealt with S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ by submissions in a hearing, and does not require a trial. Even issues of fact are not always triable issues.” Plaintif gagal membuktikan kerugian sebenar
43
Defendan seterusnya berhujah plaintif telah gagal membuktikan kerugian sebenar atau pampasan yang munasabah apabila menuntut gantirugi sebenar berdasarkan kemungkiran kontrak (rujuk seksyen 75 Akta Kontrak 1950; Selva Kumar Murugiah v Thiagarajah Retnasamy P [1995] 1 MLRA 188; Johor Coastal Development Sdn Bhd v Constrajaya Sdn Bhd [2009] 1
44
Sekali lagi isu yang ditimbulkan oleh defendan ini telah diputuskan oleh nas undang-undang yang terdahulu.
45
Sebagai permulaan Mahkamah merujuk kepada kes Cubic Electronics Sdn Bhd (in liquidation) v Mars Telecommunications Sdn Bhd [2019] 6 MLJ 15 yang memutuskan bahawa kerugian sebenar tidak perlu dibuktikan dalam kes-kes yang mana terdapat klausa berhubung dengan gantirugi tertentu di dalam kontrak. Mahkamah Persekutuan memutuskan: S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ “Held: [1] There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (‘the CA’) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual loss or damage was proven. Selva Kumar Murugiah v Thiagarajah Retnasamy [1995] 1 MLJ 817 and Johor Coastal Development Sdn Bhd v Constrajaya Sdn Bhd [2009] 4 MLJ 445 (both decisions of the Federal Court) should not be interpreted (as what subsequent decisions since then have done) as imposing a legal straightjacket in which proof of actual loss was the sole conclusive determinant of reasonable compensation. Reasonable compensation was not confined to actual loss, although evidence of that might be a useful starting point. In determining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s 75 of the CA, the concepts of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.”
46
Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan Kai Dan Satu Lagi [2019] MLJU 2011 yang turut membahaskan isu yang sama. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[23] … apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Cubic Electronics adalah seperti berikut:
a
beban awalan terletak pada pihak yang memohon untuk menguatkuasakan LAD dengan mengemukakan bukti/keterangan bahawa:
i
terdapat pelanggaran kontrak; dan
II
(ii) kontrak tersebut mempunyai klausa yang memperincikan jumlah yang perlu dibayar berikutan dengan pelanggaran kontrak;
b
apabila kedua-dua kehendak tersebut dipenuhi, pihak yang memohon layak untuk menerima bayaran yang tidak melebihi jumlah yang dinyatakan dalam kontrak, tanpa mengira sama ada kerosakan atau kerugian sebenar dibuktikan atau tidak, kecuali jika pihak yang ingkar dapat membuktikan ketidakpatutan klausa LAD tersebut termasuklah jumlah yang dinyatakan.
c
sekiranya terdapat pertikaian berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan “pampasan yang munasabah”, beban pembuktian adalah ke atas pihak yang ingkar untuk menunjukkan bahawa klausa LAD termasuk dengan jumlah yang dinyatakan dalamnya itu adalah tidak munasabah. [24] Lagipun, di dalam kes ini tiada isu ketidakmunasabahan gantirugi telah dibangkitkan atau ditimbulkan.”
47
Nas undang-undang di atas adalah mantap di atas isu ini. Plaintif-plaintif tidak perlu membuktikan kerugian sebenar yang dialami oleh mereka mahupun keperluan untuk memitigasikan kerugian kerana plaintif-plaintif di sini hanya menguatkuasakan hak mereka di bawah SPA tersebut. Tambahan pula defendan sendiri tidak pernah S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ membangkitkan isu ketidakmunasabahan gantirugi jumlah tertentu yang dituntut oleh plaintif-plaintif.
48
Mahkamah berpendapat isu ini juga bukanlah satu isu yang perlu dibicarakan. Plaintif masih mempunyai bayaran tertunggak pada masa Notis Penyerahan Hakmilik diserahkan
49
Defendan berhujah bahawa menurut rekod defendan plaintif masih mempunyai bayaran tertunggak yang belum dijelaskan bawah SPA tersebut berjumlah RM27,880.40 dan oleh yang demikian plaintif tidak wajar dibenarkan penghakiman terus.
50
Mahkamah bersetuju dengan hujahan plaintif fakta Notis Penyerahan Milikan Kosong hartanah tersebut telah dikemukakan kepada plaintif daripada defendan menunjukkan defendan bersetuju dan berpuas hati bahawa plainitf telah memenuhi obligasinya SPA tersebut.
51
Oleh yang demikian adalah tidak munasabah bagi defendan pada saat ini mendakwa plaintif masih berhutang kepada S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ defendan dan tidak berhak menuntut gantirugi jumlah tertentu dalam kes ini.
52
Mahkamah juga berpendapat sekiranya benar plaintif terhutang kepada defendan (yang mana tidak dibuktikan setakat ini) defendan boleh menuntutnya melalui tuntutan balas.
53
Mahkamah masih boleh membenarkan tuntutan utama melalui Penghakiman Terus dan tuntutan balas terus boleh diteruskan untuk bicara sekiranya perlu.
54
Dalam kes NTP Industrial Supply Sdn Bhd v JYD Marketing Sdn Bhd [2020] MLJU 2028, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: “[28] The fact that there is a counter claim is no bar to allowing a summary judgment application. The Defendant’s counter claim is for RM 187,620.00 for payment made to a third party contractor to enable the machine to be fully functioning and also RM 118,324.50 for the purchase of replacement parts. These claims are separate from the Plaintiff’s claim and therefore does not affect the Plaintiff’s right to summary judgment on its claim. The Defendant is entitled to pursue its counter claim separately.”
55
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat tiada merit dalam isu ini dan tidak perlu dibicarakan.
56
Fakta-fakta dalam kes ini dan isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan adalah jelas dan dapat diputuskan melalui keterangan-keterangan affidavit dan telah diputuskan oleh nas undang-undang terdahulu. Isu-isu tersebut juga tidak memerlukan perbicaraan penuh.
57
Alasan kelewatan akibat penstrukturan semula defendan juga bukan alasan yang sah untuk membela defendan dalam tuntutan ini kerana plaintif bukan pihak dalam perjanjian tersebut dan terma-terma penstrukturan semula tidak mengikat plaintif.
58
Pada pendapat Mahkamah Defendan tidak mempunyai sebarang pembelaan yang bermerit untuk menentang tuntutan plaintif-plaintif di sini.
59
Sebaliknya plaintif-plaintif telah mengalami kerugian kerana hartanah yang dibeli tidak dapat dimiliki dalam tempoh yang dijanjikan oleh defendan.
60
Mahkamah memutuskan terdapat merit di dalam permohonan Penghakiman Terus yang dipohon oleh plaintif-plaintif di sini.
61
Mahkamah membenarkan perintah seperti dipohon di
Lampiran
Lampiran 7 dengan pindaan jumlah LAD seperti yang dikira di atas, dengan kos RM3,000.00 ditanggung oleh defendan. Bertarikh 23 Julai 2025 LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu, JOHOR S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ Peguam bagi pihak plaintif : Loh Wei Cher T/n Allen Loh & Co Peguam bagi pihak defendan: Shobana Mala a/p Krishnan T/n Shobana M & Assocs. S/N VhwBd2CHK0yjuy9galXcVQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.