Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: WA-12ANCvC-188-10/2024
WA-12ANCvC-188-10/2024
High Court of Malaysia4 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“entity principle: that the company is treated as an entity separate from its members. This doctrine was propounded in the landmark judgment of the House of Lords in Aron Salomon v. A Salomon & Co Ltd [1879] AC 22. In Sunrise Sdn Bhd v. First Profile (M) Sdn Bhd & Anor [1997] 1 CLJ 529; [1996] 3 MLJ 533 FC the Federal C”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: WA-12ANCvC-188-10/2024
1
KUGIINDRAN A/L MUNINDY (No. K/P: 920203-10-5913)
2
NEVILLE ANTHONY FERNANDEZ (No. K/P: 460622-10-5235) ….. PERAYU-PERAYU DAN AZTEC LABORATORIES SDN BHD (No. Syarikat: 201101016706 (944842-K)) ….. RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN NO: WA-B52NCVC-219-05/2023 30/01/2026 23:37:56 WA-12ANCvC-188-10/2024 Kand. 25 ANTARA AZTEC LABORATORIES SDN BHD (No. Syarikat: 201101016706 (944842-K)) ….. PLAINTIF
1
ORION CARE SUPPLIES (M) SDN BHD (No. Syarikat: 202101030262 (1430562-X))
2
KUGIINDRAN A/L MUNINDY (No. K/P: 920203-10-5913)
3
NEVILLE ANTHONY FERNANDEZ (No. K/P: 460622-10-5235) ….. DEFENDAN-DEFENDAN]
1
Ini merupakan rayuan Perayu-Perayu/Defendan Kedua dan Defendan Ketiga terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (selepas ini dirujuk sebagai “HMS”) yang telah menolak tuntutan Perayu-Perayu/Defendan Kedua dan Defendan Ketiga terhadap Responden/Plaintif dengan kos sebanyak RM3,000.00.
2
Dalam Alasan Penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk seperti mana di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
3
Dalam tindakan di hadapan HMS, permohonan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah untuk mendapatkan penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “KKM 2012”) bagi baki hutang tertunggak sebanyak RM458,980.40 bagi pesanan perkhidmatan makmal dan repot untuk ujian polymerase chain reaction (“PCR”) (selepas ini dirujuk sebagai “pesanan perkhidmatan tersebut”) semasa Pandemik Covid-19 daripada Plaintif. Sebelum berlakunya kemungkiran, Defendan Pertama telah membuat bayaran bagi pesanan perkhidmatan tersebut kepada Plaintif dari semasa ke semasa.
4
Setelah HMS mendengar permohonan Plaintif tersebut, HMS telah membenarkan permohonan Plaintif tersebut dan memerintahkan Defendan-Defendan untuk membayar jumlah penghakiman sebanyak RM458,980.40 berserta faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman tersebut dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh kepada Plaintif dengan kos sebanyak RM3,000.00.
5
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang tidak berpuas hati dengan keputusan HMS tersebut telah merayu kepada Mahkamah ini terhadap keputusan tersebut.
6
Berdasarkan Alasan Penghakiman HMS tersebut, dapatan dan keputusan HMS dalam membenarkan permohonan penghakiman terus Plaintif tersebut adalah seperti yang berikut: “KEPUTUSAN MAHKAMAH
10
Mahkamah mendapati bahawa plaintif telah mematuhi peruntukan perundangan dan berhak secara prima facie untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap defendan-defendan.
11
Adalah jelas bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada defendan-defendan dan defendan-defendan telah memfailkan Memorandum Kehadiran. Plaintif juga telah memfailkan afidavit sokongan di mana fakta kes telah dinyatakan dan plaintif percaya bahawa defendan-defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan plaintif.
12
Oleh itu, plaintif berhak secara prima facie untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap defendan-defendan. Seterusnya, beban bukti kini terletak atas defendan-defendan untuk menunjukkan mengapa penghakiman terus tidak boleh diberikan kepada plaintif. Beban bukti defendan-defendan bukan sekadar untuk membangkitkan isu tetapi mesti membangkitkan isu yang boleh dibicarakan.
13
Berkenaan dengan hutang tertunggak yang dituntut oleh plaintif terhadap defendan pertama, defendan pertama telah melalui e-mel bertarikh 23.9.2022 meminta tempoh 3 bulan dari tarikh tersebut untuk menyelesaikan bayaran yang tertunggak secara ansuran. Defendan pertama juga memberi akujanji akan menyelesaikan keseluruhan jumlah tertunggak.
14
Melalui e-mel bertarikh 17.10.2022 pula, defendan pertama menyatakan kepada plaintif bahawa defendan pertama akan membayar RM100,000.00 apabila menerima wang daripada pelanggan-pelanggan. Defendan pertama memohon masa untuk membayarnya dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
15
Seterusnya, melalui e-mel bertarikh 15.2.2023, defendan pertama sekali lagi mengakui hutangnya dan memohon kepada plaintif untuk menyelesaikan hutang secara ansuran.
16
Defendan pertama tidak pernah mempertikaikan hutang yang dituntut oleh plaintif melalui e-mel yang dihantar oleh plaintif kepada defendan pertama.
17
Defendan pertama juga tidak pernah menafikan berhutang dengan plaintif apabila menerima surat tuntutan dari plaintif bertarikh 14.2.2023 melalui e-mel bertarikh yang sama. Malah, defendan pertama telah mengakuinya apabila menerima surat tuntutan peguamcara plaintif bertarikh 24.3.2023 dan apabila menerima e-mel plaintif bertarikh 11.5.2023 yang melampirkan penyata akaun yang jelas menunjukkan jumlah terhutang oleh defendan pertama.
18
Adalah tidak dipertikaikan bahawa defendan kedua dan defendan ketiga adalah pengarah-pengarah defendan pertama. Adalah menjadi perundangan trite bahawa setiap syarikat diurus dan dikendalikan oleh pengarah-pengarah iaitu defendan kedua dan defendan ketiga. Ini juga tidak dipertikaikan oleh defendan kedua dan defendan ketiga.
19
Plaintif berhujah bahawa walaupun defendan kedua dan defendan ketiga sedar bahawa defendan pertama tidak berkemampuan untuk membayar plaintif sejak 31.3.2022, defendan pertama terus memesan ujian dan repot PCR daripada plaintif sehingga menyebabkan plaintif selaku kreditor mengalami kerugian.
20
Pada setiap masa, defendan kedua dan defendan ketiga tidak menafikan bahawa defendan pertama tidak mempunyai wang untuk membayar plaintif. Malah, defendan kedua dan defendan ketiga telah mengakuinya.
21
Tiada sebarang bukti dikemukakan oleh defendan kedua dan defendan ketiga untuk menunjukkan bahawa pada masa yang material, defendan pertama boleh membuat bayaran kepada plaintif. Juga, tiada sebarang bukti dikemukakan oleh defendan kedua dan defendan ketiga yang menunjukkan bahawa defendan pertama telah mengambil apa-apa langkah yang wajar untuk membayar plaintif.
22
Defendan kedua melalui e-mel telah menyatakan akan mendapatkan wang daripada pelanggan-pelanggan untuk membayar plaintif tetapi tiada bayaran dibuat kepada plaintif. Beban adalah di atas defendan kedua dan defendan ketiga untuk mengemukakan bukti untuk menunjukkan wang-wang defendan pertama digunakan secara teratur.
23
Defendan kedua melalui afidavit yang diikrarkan olehnya tidak menafikan liabiliti defendan pertama tetapi hanya mencabar liabiliti defendan kedua dan defendan ketiga sahaja. Plaintif berhujah jika ini kedudukannya, plaintif hanya akan mendapat penghakiman kertas/paper judgement sahaja kerana defendan pertama tidak mempunyai wang untuk membayar.
24
Plaintif berhujah bahawa untuk mengelak keadaan sedemikian, seksyen 540 telah dimasukkan dalam Akta Syarikat 2016 untuk membolehkan pengarah-pengarah bertanggungan secara peribadi terhadap kreditor apabila menjalankan perniagaan tanpa memiliki wang untuk membayar kreditor.
25
Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah tuntutan yang jelas dan terang yang mewajarkan penghakiman terus direkodkan terhadap defendan-defendan.
26
Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diperjelaskan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa permohonan plaintif untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap defendan-defendan dibenarkan atas jumlah yang dituntut sebanyak RM458,980.40, faedah 5% setahun bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos.
27
Kos permohonan ini ditetapkan atas jumlah RM3000.00 dibayar oleh defendan-defendan kepada plaintif.”.
7
Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan menimbang segala kertas kausa, Rekod Rayuan, Alasan Penghakiman HMS serta hujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh Perayu-Perayu/Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan Responden/Plaintif, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat merit dalam permohonan penghakiman terus Plaintif tersebut dan tiada apa-apa appealable error dalam dapatan dan keputusan HMS tersebut. Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak rayuan Perayu-Perayu/Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tersebut dan mengekalkan keseluruhan keputusan HMS tersebut. Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah.
8
Prinsip undang-undang mengenai penghakiman terus adalah mantap dan telah diterangkan secara jelas dalam Aturan 14 KKM 2012 dan beberapa nas undang-undang. Dalam kes Antah Schindler Sdn Bhd v. Ssangyong Engineering & Construction Co Ltd [2008] 3 CLJ 641; [2008] 1 MLRA 188 misalnya, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa permohonan untuk penghakiman terus boleh diberikan sekiranya tuntutan plaintif itu jelas isunya dan defendan tidak mempunyai apa-apa pembelaan atau isu yang perlu dibicarakan. Dalam penghakiman yang disampaikan oleh Suriyadi Halim Omar JCA (pada ketika itu), Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: “[20] The principles applied in a summary judgment proceedings is clearly illustrated in the case of Alloy Automotive Sdn Bhd v. Perusahaan Ironfield Sdn Bhd [1986] 1 CLJ 2; [1986] CLJ (Rep) 45 SC, where the Supreme Court had stated: Where all the issues are clear, summary judgment should be given. An appellant ought not to be shut out from defending unless it is very clear that he has no case in the action. A complete defence need not be shown. The defence setup need only show that there is a triable issue or question or that for some reason there ought to be a trial. [21] Similar principles were further illustrated in the case of Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v. Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (Rep) 182 SC, where the Supreme Court had held as follows: ... the underlying philosophy in the Order 14 provision is to prevent a respondent clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the respondent is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out an appellant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”. [Penekanan ditambah]
9
Dalam kes South East Asia Insurance Bhd v. Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penghakiman terus boleh diberikan sekiranya plaintif mempunyai kes yang jelas dan nyata (plain and obvious). Namun, sekiranya defendan berjaya membangkitkan isu yang perlu dibicarakan, penghakiman terus tidak wajar diberikan kepada plaintif. Dalam menyampaikan keputusan Mahkamah, Shaik Daud Ismail JCA telah menyatakan bahawa – “It is well settled that if a defendant in an O. 14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit case and proper case to order summary judgment. It is only in plain and obvious cases where there are no issues to be tried should recourse be had to O. 14.”. [Penekanan ditambah]
10
Selanjutnya, dalam kes Genneva Malaysia Sdn Bhd v. Tio Jit Hong & Ors [2020] 4 CLJ 449, Kamaludin Md Said JCA yang menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menerangkan prosedur penghakiman terus di bawah Aturan 14 KKM 2012 seperti yang berikut: “[42] The procedure for summary judgment is provided under O. 14 of the ROC 2012 which reads as follows: Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant. [43] In this case, there is no dispute that the three conditions under O. 14 ROC 2012 have been fulfilled by the plaintiffs in applying for summary judgment. [44] It is trite law that summary judgment can only be allowed in a plain case with no triable issues to warrant a full trial. An O. application serves the purpose of giving early judgment to a plaintiff who has a clear and undeniable claim. However, it is not intended to shut out a defendant who has a bona fide defence (see Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v. Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (Rep) 182; [1987] 2 MLJ 183 (SC), Kiwi Brands (Malaysia) Sdn Bhd v. Multiview Enterprises Sdn Bhd [1998] 2 CLJ Supp 194 and TAC Construction & Trading v. Bennes Engineering Bhd [1999] 2 CLJ 117). [45] In Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ 627; [1992] 1 CLJ (Rep) 14, it was held that: Under an O. 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable. [46] In UNP Plywood Sdn Bhd v. HSBC Bank Malaysia Bhd [2010] 5 CLJ 177; [2010] 5 MLJ 323 the Court of Appeal held that: Summary judgment procedure is a procedural device available for prompt and expeditious disposition of an action by a plaintiff or a counterclaim by a defendant, without a trial when there is no dispute as to the fact and law. [47] The burden is always on the plaintiff to show that it has a clear and undeniable claim against the defendant and summary judgment can be allowed on the basis that the facts established in the pleading clearly show there is no triable issues to warrant a full trial. See: Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ
685
685.”. [Penekanan ditambah]
11
Berdasarkan prinsip undang-undang dan panduan yang diberikan oleh Mahkamah dalam nas-nas undang-undang di atas, boleh dirumuskan bahawa untuk berjaya dalam permohonan untuk penghakiman terus, pihak plaintif hendaklah membuktikan kepada Mahkamah melalui pliding dan afidavit yang dia mempunyai tuntutan yang jelas dan nyata terhadap pihak defendan dan pihak defendan pula tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan pihak plaintif dan jikapun ada, pembelaan itu adalah tidak bermerit atau pembelaan palsu (sham defence). Ini bagi memastikan tiada kelewatan di pihak plaintif untuk mendapatkan penghakiman bilamana pihak defendan langsung tidak mempunyai apa-apa pembelaan terhadap tuntutan pihak plaintif.
12
Bagi pihak defendan pula, beban adalah terletak kepadanya untuk menunjukkan yang dia mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan pihak plaintif dan terdapat isu yang perlu dibicarakan menerusi perbicaraan penuh, walaupun hanya satu isu sahaja.
13
Pada pendapat Mahkamah ini, kes ini adalah straightforward. Berdasarkan kertas-kertas kausa dan keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam tindakan ini khususnya komunikasi e-mel antara kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa –
a
Plaintif telahpun membekalkan sepenuhnya pesanan perkhidmatan tersebut kepada Defendan Pertama;
b
Defendan Pertama mempunyai tanggungjawab dan liabiliti untuk membayar segala bayaran tertunggak berkaitan dengan pesanan perkhidmatan tersebut kepada Plaintif;
c
Defendan Pertama telah gagal membayar baki bayaran pesanan perkhidmatan tersebut;
d
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah pengarah-pengarah Syarikat Defendan Pertama; dan
e
sebagai pengarah-pengarah Syarikat Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga mempunyai liabiliti untuk membayar segala bayaran tertunggak berkaitan dengan pesanan perkhidmatan tersebut kepada Plaintif.
14
Memandangkan Defendan Pertama telah mungkir untuk menjelaskan baki bayaran pesanan perkhidmatan tersebut kepada Plaintif seperti mana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan Defendan Pertama tidak lagi mempunyai kemampuan kewangan untuk menjelaskan baki bayaran tertunggak tersebut kepada Plaintif, maka Mahkamah ini bersetuju sepenuhnya dengan Alasan HMS dan hujahan peguam cara Plaintif bahawa menurut seksyen 540 Akta Syarikat 2016 [Akta 777], sebagai pengarah-pengarah kepada Syarikat Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah bertanggungan secara peribadi untuk membayar kesemua jumlah bayaran tertunggak bagi pesanan perkhidmatan tersebut kepada Plaintif sebagai kreditor.
15
Berhubung dengan pemakaian seksyen 540 Akta Syarikat 2016 ini, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Vernon Ong Lam Kiat FCJ dalam kes Lai Fee & Anor v. Wong Yu Vee & Ors [2023] 4 CLJ 1; [2023] 3 MLRA 495, telah memutuskan seperti yang berikut: “Doctrine Of Corporate Personality [22] An action under s. 540 of the CA 2016 underpins the existence of the statutory exception to the common law doctrine of corporate personality, also known as the separate legal entity principle: that the company is treated as an entity separate from its members. This doctrine was propounded in the landmark judgment of the House of Lords in Aron Salomon v. A Salomon & Co Ltd [1879] AC 22. In Sunrise Sdn Bhd v. First Profile (M) Sdn Bhd & Anor [1997] 1 CLJ 529; [1996] 3 MLJ 533 FC the Federal Court reaffirmed the basic principle of the fundamental attribute of corporate personality that the corporation is a legal entity distinct from its members. [23] The application of the statutory exception to the corporate personality principle has been also described as the lifting of the corporate veil – the effect of which is to render the members or officers of the company personally liable for the debts and liabilities of the company under certain circumstances.”. [Penekanan ditambah]
16
Berdasarkan alasan-alasan di atas, memandangkan terdapat merit dalam permohonan penghakiman terus Plaintif tersebut dan tiada apa-apa isu yang perlu dibicarakan dalam tindakan ini dan Defendan-Defendan pula tidak mempunyai pembelaan bermerit dan pembelaan mereka adalah bersifat sham defence semata-mata, Mahkamah ini berpuas hati dan berpendapat bahawa ini adalah kes yang sesuai untuk diberikan penghakiman terus di bawah Aturan 14 KKM 2012.
17
Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak rayuan Perayu-Perayu/Defendan Kedua dan Defendan Ketiga terhadap keputusan HMS tersebut dengan kos sebanyak RM3,000.00. Bertarikh : 30 JANUARI 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (KUALA LUMPUR) Peguam bagi pihak Perayu-Perayu: Cik Emynorfatinah binti Roseli Tetuan Ganeson Gomathy Fadzlin M. Nava & Co, Peguam Bela dan Peguam Cara No. 1, Jalan Merbok 1 Taman Merbok 75450 Melaka Tel : 06-727 1172 Faks : 06-727 1172 Ruj : GGFN.MLK.LIT.897.24.DS Peguam bagi pihak Responden: Cik Jennifer Chandran Tetuan Vaasan Chan & Chandran Peguam Bela dan Peguam Cara Unit 23-2, Level 23 Binjai 8, No. 2 Lorong Binjai 50450 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.