Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-3-03/2016
DA-21NCVC-3-03/2016
High Court of Malaysia28 Mar 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-3-03/2016
1
KWM HOLDING SDN BHD (28478-T) (dalam likuidasi)
2
WAN MUHAMAD ADNAN BIN WAN MAHMOD (No.K/P: 530814-03-5287) …
1
DAN PEGAWAI PENERIMA DAN PELIKUIDASI (KWM Holdings Sdn Bhd)
4
AZMI BIN MAT HASSAN … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Syarikat Plaintif 1 telah digulungkan pada 1/6/1999 di atas kegagalan membayar hutang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Untuk melunaskan hutangnya, Defendan 1 sebagai Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (digelarkan “PPP” selepas ini) dengan kuasa yang ada telah menjualkan harta/aset syarikat tersebut kepada Defendan 2 hingga 4 melalui “Private Treaty” yang merupakan 3 lot tanah yang mana didirikan 2 2 buah hotel di atasnya. Harga jualan ialah sebanyak RM1.2 juta mengikut harga pasaran semasa melalui satu perjanjian jual beli bertarikh 2/7/2009 dan pindah milik dilakukan pada 26/11/2009 dan didaftarkan pada 29/12/2009. [2] Plaintif-Plaintif telah tidak berpuas hati dengan tindakan Defendan 1/PPP ini menjual harta/aset tersebut dan juga tidak berpuas hati dengan Defendan 2 hingga 4 kerana membeli harta/aset tersebut memandangkan kononnya mereka bukan “anak Melayu” mengikut Enakmen Negeri dan tidak layak kerana mereka adalah “proxy” sahaja manakala benefisiari sebenar adalah bukan Melayu. [3] Justeru itu Plaintif telah membuat beberapa Permohonan Deklarasi dan tuntutan di atas sebab antara lain kecuaian atau “misfeasance” yang kononnya dilakukan oleh Defendan 1 selaku Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (PPP) kerana telah menjual harta-harta tersebut kepada Defendan-Defendan 2 hingga 4. Plaintif-Plaintif mendakwa penjualan tersebut adalah dilakukan bukan dengan ‘good faith’ kerana terdapat fraud dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai-Pegawai Defendan 1dan pembeli-pembelinya adalah sebenarnya orang yang tidak berkelayakan kerana mereka adalah “bukan Melayu Kelantan”. [4] Di akhir perbicaraan, Mahkamah ini telah menolak permohonan dan tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos sebanyak RM12,000 kepada Defendan 1 dan RM6,000 kepada Defendan 2, 3 dan 4 secara global. 3 [5] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [6] Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan itu. B. FAKTA KES [7] Plaintif Pertama (Plaintif 1) adalah sebuah Syarikat Sendirian Berhad dengan keperluan khas bahawa saham dimiliki oleh orang Melayu. Plaintif Kedua merupakan salah seorang penyumbang kepada Plaintif 1. Penyumbang-penyumbang yang lain tidak mengambil tindakan. Syarikat Plaintif 1 telah digulungkan pada 6/1/1999 di atas kegagalan mereka membayar hutang kepada LHDN melalui Petisyen no. 28-9-1998. Syarikat Plaintif juga telah membuat pinjaman daripada Bank Islam dan telah mencagarkan hartanah (seperti yang dinyatakan di bawah) yang menjadi isu di dalam kes ini. Namun begitu, cagaran tersebut tidak didaftarkan kepada SSM. Oleh sebab itu Bank Islam mengemukakan bukti hutang sebagai pemiutang yang tidak bercagar. Justeru itu, terdapat dua pemiutang bagi syarikat ini iaitu LHDN dan Bank Islam. [8] Defendan 1, selaku Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (PPP), dalam proses mentadbir syarikat yang telah digulungkan ini telah memperakui hutang daripada Bank Islam. Dengan kuasa yang ada, Defendan 1 telah menjual harta-harta tersebut iaitu aset syarikat kepada Defendan 2 hingga Defendan 4 selaku pembeli-pembeli harta/aset tersebut, seperti berikut: 4
i
Geran 10495, Lot 220 Seksyen 6, Bandar Kota Bharu, Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelantan ("Lot 220");
II
(ii) Geran 10496, Lot 221 Seksyen 6, Bandar Kota Bharu, Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelantan ("Lot 221");
III
(iii) HS(D) 321/77, PT 204, Seksyen 14, Bandar Kota Bharu, Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelantan ("PT 204"). [9] Terdapat sebuah bangunan hotel enam (6) tingkat yang dibina di atas kedua-dua Lot 220 dan Lot 221 tersebut yang dikenali sebagai Hotel Indah, No. 236-B, Jalan Tengku Besar, 15000 Kota Bharu, Kelantan (dirujuk sebagai “Hotel Indah”). Manakala sebuah lagi bangunan hotel 4 ½ tingkat yang dikenali sebagai “Hotel Kami” (selepas ini dirujuk sebagai “Hotel Kami”) didirikan atas tanah PT 204. [10] Lot 220 dan Lot 221 serta Hotel Indah tersebut dahulunya adalah mIlik syarikat Plaintif Pertama (sebelum digulungkan) dan telah digadaikan kepada Bank Islam (M) Berhad (“BIMB”) sebagaimana Gadaian Berdaftar Perserahan No. 1479/1984 Jilid 42 Folio 33 bagi menjamin kemudahan pembiayaan yang telah diberikan oleh BIMB kepada Plaintif Pertama. [11] Tanah PT 204 dan Hotel Kami juga dahulunya adalah kepunyaan syarikat Plaintif Pertama (sebelum digulungkan) dan telah digadaikan kepada BIMB sebagaimana Gadaian Berdaftar melalui Perserahan No: 1014/1985 Jilid 58 Folio 15 bagi menjamin kemudahan pembiayaan yang telah diberikan oleh BIMB kepada syarikat Plaintif Pertama. 5 [12] Plaintif Kedua mendakwa Defendan 1/PPP telah cuai dalam menjalankan tugas mereka kerana telah memperakui hutang daripada Bank Islam sedangkan pihak Bank Islam gagal menunjukkan Perjanjian Belian dan Jualan yang menjadi perkara asas dalam transaksi mengikut Islam. [13] Defendan 1/PPP juga telah meneruskan penjualan harta/aset tersebut kepada Defendan 2 hingga Defendan 4 walaupun Plaintif 2 ada membawa tawaran untuk membeli hartanah tersebut pada harga yang lebih tinggi. Menurut Plaintif keraguan juga timbul terhadap status Defendan 2 hingga Defendan 4 samada mereka sebenarnya “anak Melayu Kelantan” yang Iayak membeli harta/aset tersebut. Ini adalah kerana harta/aset tersebut merupakan tanah rizab Melayu yang hanya boleh dipindah milik kepada anak Melayu/Syarikat Melayu Kelantan sahaja.
Preamble
Menurut Plaintif, Defendan 2 hingga 4 tidak layak membelinya kerana benefisiari yang sebenar adalah orang-orang Cina. Justeru itu, pembelian ini di “Ali-Baba” kan. [14] Menurut Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (Defendan 1/PPP) pula, harta/aset tersebut telah dijual untuk melangsaikan hutang-hutang Plaintif 1 dan terdapat lebihan. Setiap penyumbang bukan sahaja telah mendapat bahagian masing-masing mengikut apa yang telah disumbangkan tetapi juga keuntungan hasil jualan harta/aset tersebut. Hanya Plaintif 2 dan 2 lagi Penyumbang yang enggan menerima kembali sumbangan mereka. [15] Menurut Defendan 1/PPP lagi mereka telah menjalankan tugas sebagai Pegawai Penerima dan Pelikuidasi mengikut undang-undang yang 6 ada dan menafikan apa-apa salah laku atau ‘misfeasan’. Defendan 2 hingga Defendan 4 pula menegaskan bahawa mereka Iayak membeli hartanah tersebut dan mereka merupakan ‘bona fide purchaser for value’. [16] Justeru itu Plaintif telah membuat tuntutan-tuntutan sebagaimana berikut: a. Satu Deklarasi bahawa pindah-milik yang ditandatangani oleh Defendan-Defendan pada 26.11.2009 dan pendaftaran pada 29.12.2009 adalah tidak sah. b. Satu Perintah mengarahkan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan untuk membatalkan pendaftaran pindah-milik kepada Defendan Ke-2, Ke-3 dan Ke-4; c. Dalam alternatif, satu Deklarasi bahawa harga pembelian di dalam perjanjian-perjanjian jual-beli bertarikh 2.7.2009 adalah tidak mengikuti harga pasaran semasa; d. Dalam alternatif ganti rugi bagi perenggan 10, 14, 15 dan 16 seperti di dalam Pernyataan Tuntutan untuk ditaksirkan; e. Gantirugi terhadap Defendan 1 bagi misfeasans di bawah s. 305 Akta Syarikat 1965, untuk ditaksirkan; f. Gantirugi bagi konspirasi penipuan untuk ditaksirkan; g. Gantirugi kepada Plaintif Ke-2 untuk ditaksirkan; h. Kos; i. Relif-relif selanjut dan lain-lain yang dianggap wajar dan suai manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini. 7 C. ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH [17] Isu-isu tersebut adalah seperti berikut: a) Sama ada Defendan 1/PPP boleh menjual hartanah syarikat yang telah digulungkan. b) Sama ada pelupusan hartanah-hartanah Plaintif 1 iaitu PT 204 dan PT 220 dan 221 oleh Defendan 1/PPP kepada Defendan 2 hingga 4 adalah melanggari peruntukkan Enakmen Rizab Melayu (Negeri Kelantan) 1930. c) Sama ada Defendan 1/PPP telah melanggari kewajipan (fidusiari sebagai Pelikuidasi Plaintif 1). d) Sama ada tindakan Defendan 1/PPP adalah terjumlah kepada “misfeasans” dibawah seksyen 305 Akta Syarikat 1965 dan Plaintif berhak untuk mendapatkan pampasan atas kerugian yang dialami. e) Sama ada tindakan Defendan 1/PPP mengakui bukti hutang yang difailkan oleh Bank islam adalah teratur dan mengikut undang-undang. f) Sama ada harga pembelian di dalam perjanjian-perjanjian jual beli bertarikh 2.7.2009 adalah tidak mengikut harga pasaran semasa. D. HUJAHAN PLAINTIF [18] Plaintif menghujahkan bahawa Defendan 1/PPP telah melakukan misfeasan di dalam tindakannya mengakui bukti hutang yang difailkan oleh Bank Islam kerana hutang antara Bank Islam dan juga Plaintif menjadi 8 tidak sah kerana kegagalan Bank Islam untuk mendaftarkan gadaian ke atas hartanah milik Plaintif. [19] Selain itu sekiranya wujud hutang antara Bank Islam dan Plaintif, hutang tersebut tidak boleh dituntut oleh Bank Islam kerana dihalang oleh had masa kerana jumlah terhutang telah terakru sejak tahun 1984 dan 1985 lagi dan Plaintif hanya digulungkan pada 1999. [20] Plaintif juga menghujahkan bahawa Defendan 1/PPP seharusnya bertindak secara telus dalam tugasan sebagai Pegawai Penerima dan Pelikuidasi. Namun Defendan 1/PPP dalam kes ini selepas tahun 2005, telah mengambil tindakan yang tidak telus dengan memohon laporan penilaian baru bagi hartanah Plaintif tanpa memaklumkan kepada Penyumbang. Defendan 1/PPP juga telah menjual hartanah milik Plaintif tanpa memaklumkan kepada Penyumbang. [21] Tindakan Defendan 1/PPP yang menjual hartanah tersebut secara Perjanjian Persendirian dan tanpa membuat pemeriksaan lanjut ke atas pembeli-pembeli iaitu Defendan 2 hingga Defendan 4 menunjukkan bahawa wujudnya misfeasan di pihak Defendan 1/PPP sedangkan Defendan 1/PPP seharusnya menggunakan cara yang paling menguntungkan untuk menjual hartanah tersebut. [22] Plaintif juga menghujahkan bahawa terdapat tawaran yang lebih baik dibuat untuk menjual harta/aset tersebut dan ianya telah dimaklumkan kepada Defendan 1/PPP. Defendan 1/PPP seharusnya merujuk kepada Mahkamah untuk mendapatkan arahan bagi tujuan penjualan tersebut. 9 [23] Defendan 1/PPP juga gagal mengambil kira bantahan oleh Plaintif terhadap penjualan kepada Defendan 2 hingga Defendan 4 kerana Defendan 2 hingga Defendan 4 bukanlah pembeli dengan niat suci (bona fide purchaser) sebaliknya adalah wakil kepada satu syarikat yang pemilik syer majoritinya ialah bukan Melayu. Ini bertentangan dengan Enakmen Rizab Melayu (Negeri Kelantan) 1930 (disebut sebagai “Enakmen tersebut”). E. HUJAHAN DEFENDAN 1 DAN DEFENDAN 2 HINGGA DEFENDAN 4 [24] Defendan 1/PPP menghujahkan bahawa dia tidak melakukan apa-apa misfeasan dan telah bertindak di bawah undang-undang yang sah apabila menerima bukti hutang oleh Bank Islam. Ini berdasarkan kepada Seksyen 291 Akta Syarikat di baca bersama Seksyen 42 Akta Kebankrapan dan juga Jadual C Akta Kebankrapan. [25] Di dalam jadual C tersebut telah dinyatakan bahawa bukti hutang boleh ditunjukkan melalui Afidavit yang merujuk kepada Penyata Akaun yang menerangkan berkenaan dengan hutang. Dalam kes ini, hutang Bank Islam diperakukan melalui Penyata Akaun bernombor 4/003/00013-95. Oleh kerana undang-undang seperti dinyatakan di atas membenarkan hutang tersebut diperakukan, maka Defendan 1/PPP telah bertindak mengikut undang-undang. [26] Berkenaan dengan kegagalan Bank Islam untuk mendaftarkan gadaiannya, Defendan 1/PPP merujuk kepada kes Malayan Banking Bhd 10 v Pusat Membeli Belah Pelangi Sdn Bhd [2013] 8 CLJ 28 yang memutuskan bahawa kegagalan institusi kewangan untuk mendaftarkan gadaiannya tidak menafikan kepentingannya sebagai Pemiutang. Ianya hanya menyebabkan Pemiutang tidak boleh disenaraikan sebagai pemiutang bercagar. [27] Selain itu Defendan 1/PPP menghujahkan bahawa setelah Plaintif digulungkan, berdasarkan Seksyen 233 AKta Syarikat, harta/aset Plaintif diletakkan di bawah jagaan Defendan 1 selaku Pegawai Penerima dan Pelikuidasi dan di bawah Seksyen 236(1) Akta Syarikat. Defendan 1/PPP selaku Pegawai Penerima dan Pelikuidasi boleh mengadakan perbincangan dan mengatur penyelesaian dengan Pemiutang-Pemiutang dan ini termasuk untuk menjual hartanah Plaintif tanpa kebenaran Mahkamah. Defendan 1/PPP merujuk kepada kes Abric Project Management Sdn Bhd v Palmshine Palza Sdn Bhd & Anor (2007) 3 MLJ 571. [28] Defendan 1/PPP juga menghujahkan bahawa penjualan hartanah Plaintif juga tidak merugikan Plaintif kerana masih terdapat lebihan hasil dari penjualan tersebut dan ianya telah diserahkan kepada Penyumbang-Penyumbang kecuali kepada Plaintif 2, dan juga 2 lagi Penyumbang yang enggan memberikan kerjasama kerana tidak mengemukakan nombor akaun mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa tidak ada tindakan misfeasan yang dilakukan oleh Defendan 1/PPP di dalam mentadbir hartanah Plaintif. 11 [29] Berkenaan dengan penjualan kepada Defendan 2 hingga Defendan 4, mereka menghujahkan bahawa mereka merupakan warganegara dan “anak Melayu Kelantan”. Oleh itu, penjualan tersebut tidak dihalang oleh Enakmen tersebut seperti yang dihujahkan oleh Plaintif. Semasa memberi keterangan juga Plaintif bersetuju bahawa Defendan 2 hingga Defendan 4 merupakan “anak Melayu Kelantan”. Oleh itu tidak timbul isu penjualan tersebut bertentangan dengan Enakmen berkenaan. [30] Kedudukan Defendan 2 hingga Defendan 4 selaku Pengarah kepada syarikat Chin Chon Jaya tidak menjadikan ianya sebagai bukti bahawa Defendan 2 hingga Defendan 4 adalah proksi kepada syarikat tersebut. Tambahan lagi semasa jual beli berlaku, Defendan 2 merupakan pemegang syer majoriti di dalam syarikat tersebut. F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [31] Mahkamah ini telah meneliti antara lain, kesemua keterangan bersumpah saksi-saksi, Kertas-Kertas kausa, keterangan dokumentar dan hujahan pihak-pihak. Mahkamah memutuskan bahawa permohonan Plaintif ditolak dengan kos di atas alasan-alasan berikut. [32] Di dalam kes ini, Plaintif telah digulungkan dan tidak timbul isu bahawa hartanah tersebut perlu dikembalikan kepada Plaintif kerana hartanah tersebut merupakan asset syarikat dan apabila syarikat telah digulungkan, maka asset syarikat perlu dilupuskan untuk membayar hutang Pemiutang-Pemiutang Plaintif. 12 [33] Mahkamah juga berpendapat di dalam kes ini, Defendan 1/PPP telah bertindak di bawah undang-undang yang sedia ada. Jika dilihat, Seksyen 233 Akta Syarikat telah menyatakan bahawa apabila satu syarikat digulungkan maka, segala aset syarikat tersebut diletakkan di bawah pegangan Defendan 1/PPP selaku Pegawai Penerima dan Pelikuidasi dan Seksyen 236 Akta yang sama telah memberikan kuasa kepada Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (Defendan 1 dalam kes ini) untuk mengatur penyelesaian dengan Pemiutang-Pemiutang dan ini termasuk bagi maksud menjual hartanah Plaintif. [34] Kedua-dua seksyen tersebut diturunkan dibawah.
a
Seksyen 233(1) Akta Syarikat berbunyi: “(1) Where a winding up order has been made or a provisional liquidator has been appointed, the liquidator or provisional liquidator shall take into his custody or under his control all the property and things in action to which the company is or appears to be entitled.” Selanjutnya, sub-seksyen (2) menyatakan bahawa: “(2) The Court may, on the application of the liquidator, by order direct that all or any part of the property of whatsoever description belonging to the company or held by trustees on its behalf shall vest in the liquidator…..” 13
b
Seksyen 236(1) Akta Syarikat berbunyi: “(1) The liquidator may with the authority either of the Court or of the committee of inspection—
a
(a), (b)…….
c
make any compromise or arrangement with creditors or persons claiming to be creditors or having or alleging themselves to have any claim, present or future, certain or contingent, ascertained or sounding only in damages against the company, or whereby the company may be rendered liable;…..
2
The liquidator may—
a
(a), (b)
c
sell the immovable and movable property and things in action of the company by public auction, public tender or private contract with power to transfer the whole thereof to any person or company or to sell the same in parcels;….” [35] Berdasarkan keputusan di dalam kes Abric Project Management Sdn Bhd v Palmshine Palza Sdn Bhd & Anor (2007) 3 MLJ 571/(2007) 7 CLJ 516, Mahkamah berpandangan bahawa Seksyen 236(2) memberikan kuasa kepada Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (PPP/Defendan 1) untuk menjual harta/aset syarikat yang digulung melalui Perjanjian Persendirian (Private Treaty) seperti yang dilakukan di dalam kes ini. Malahan 14 Mahkamah di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa penjualan tersebut boleh dilakukan walaupun tanpa mendapat kebenaran Mahkamah terlebih dahulu. [36] Keputusan Mahkamah di dalam kes Abric Project (supra) tersebut adalah seperti berikut: “[44] Section 236(2)(c) also dispels any doubt as to whether the sale can be done by the liquidator by way of a private treaty and/or whether the liquidator must obtain court sanction before proceeding. Clearly, the liquidator can do so without having to obtain court sanction prior to the sale. [45] The position remains unchanged even if the property was subject to a registered charge. The liquidator can still sell the property but always subject to the rights of the chargee (HSBC). [46] What the applicant is suggesting here cannot hold water. If one were to lead his proposition to its conclusion, the liquidator would have to sit put and cross it hands, being powerless on its own to sell the said land and therefore unable to complete the liquidation of the first respondent. This could never have been the intent of Parliament and/or common law.” [37] Di dalam kes Zaitun Marketing Sdn Bhd v Boustead Eldred Sdn Bhd (2010) 3 CLJ 785, yang merujuk kepada kes Official Receiver and Provisional Liquidator Maril-Rionebel (M) Sdn Bhd v. Anafartalar 15 Caddesi Sdn Bhd 2 CLJ 757, Mahkamah memutuskan antara lain bahawa: “What appears to have been overlooked all round is the fundamental principle that once a limited company is wound up, its assets and liabilities vest in the liquidator.” [38] Di dalam kes Chin Ah Keow @ Chin Lai Sitt v Anggun Pintas Sdn Bhd & Ors [2005] 4 MLJ 747, YA Hakim Ramly Ali memutuskan bahawa: “15. In Edennote Tottenham Hotspur Plc & Ors v Raymon & Ors [1995] 2 BCLC 248, it was held that the court could only interfere with the exercise of a liquidator's decision to sell the assets of an insolvent company in very exceptional circumstances and would not do so unless it could be shown that he had acted utterly unreasonably or, though acting in good faith took into account considerations which he ought not to have taken into account or failed to take into considerations which he ought to have taken into account. This similar test has also been applied in the case of Re Equity Funds of Australia (in liquidation) (1985) 2 ACLR 238 and the case of Re Mineral Securities Australia (in liquidation) [1973] 2 NSWLR 207. In Re Equity Fund of Australia Bowen CJ in Eq held: In my view, the test to be applied under s 279 is similar to that applying to the exercise of a discretion which is committed by statute to some particular official. The principles applied by the court in such cases are reasonably well settled. The court will 16 recognise that the discretion has been vested by the statute in the liquidator and will not interfere unless it is shown that he did not address himself to the correct question or that, he made errors of law or that he failed to take into account relevant matters or that he took into account irrelevant matters, to which may be added that if his decision in the circumstances appears such that no reasonable man could arrive at it, the court will interfere (see generally Avon Downs Pty Ltd v FC.of T (1949) 78 CLR 353;Re Mineral Securities Australia (in liquidation) [1973] 2 NSWLR 207; Leon v Yorkornatic [1966] 3 All FR 277; [1966] 1 WLR 145).” [39] Berdasarkan peruntukan undang-undang yang dirujuk dan otoriti-otoriti di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa Defendan 1/PPP di dalam kes ini sememangnya diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menjual harta/aset Plaintif selaku Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (PPP). [40] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa tindakan yang telah dibuat oleh Defendan 1/PPP di dalam penjualan harta/aset tersebut telah mengikut peruntukan undang-undang dan tidak memprejudiskan mana-mana pihak. [41] Berkenaan dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan 1/PPP telah melakukan misfeasan dibawah Seksyen 305 Akta Syarikat 1965, apabila menerima bukti hutang oleh Bank Islam kerana Bank Islam telah gagal untuk mendaftarkan gadaian terhadap hartanah Plaintif [lihat kes Three Rivers District Council Vs. Bank of England (no.3) 2 ALL ER 558 dan 17 Seksyen 291 Akta Syarikat 1965 - Proof of Debts], Mahkamah berpandangan bahawa, kegagalan untuk mendaftarkan gadaian ke atas hartanah Plaintif tidak menjadikan hutang Bank Islam tidak sah. Sebaliknya status Bank Islam telah bertukar dari Pemiutang bercagar kepada Pemiutang biasa. Bank Islam masih lagi boleh menuntut memandangkan kepentingannya sebagai Pemiutang masih wujud (kes Malayan Banking Bhd v Pusat Membeli Belah Pelangi Sdn Bhd [2013] 8 CLJ 28 dirujuk)(lihat juga seksyen 236 Akta Syarikat 1965). [42] Selain itu, pada pendapat Mahkamah, tindakan Defendan 1/PPP untuk menerima bukti hutang oleh Bank Islam juga dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terutama Seksyen 42 Akta Kebankrapan dan juga Jadual C Akta Kebankrapan. Keterangan yang ada di Mahkamah melalui SD1 jelas menunjukkan bahawa Bank Islam telah mengemukakan Penyata Akaun, pengiraan serta surat tawaran. Ini juga diakui oleh SP1 semasa disoal balas. Mahkamah berpandangan pengakuan ini secara tidak langsung menunjukkan kepada Mahkamah bahawa wujudnya Penyata Akaun oleh Bank Islam yang diperakukan oleh Defendan 1/PPP sebagai bukti hutang. Berdasarkan Jadual C Akta Kebankrapan, Penyata Akaun boleh diterima sebagai bukti hutang Pemiutang. [43] Di atas alasan ini Mahkamah berpandangan hujahan Plaintif bahawa Defendan 1/PPP telah melakukan misfeasan dengan menerima bukti hutang Bank Islam adalah tidak bermerit. Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan Defendan 1/PPP adalah telus “reasonable” dan professional. Tiada “misfeasan”, fraud atau penipuan atau kecuaian dilakukan oleh 18 Defendan 1/PPP. Jika wujudnya fraud atau penipuan, kecuaian, misfeasan, Plaintif perlu membuktikan dengan keterangan-keterangan yang kredibel dan konkrit kepada mahkamah ini. Ini gagal dilakukan Plaintif. Di dalam kes Abric Project (supra) Mahkamah memutuskan: “The conduct of the liquidator was not unreasonable or absurd. Instead, it was in line with the circumstances faced at that material time. The liquidator was at all material times acting reasonably and bona fide in searching for the best price obtainable for the said land under the circumstances. It was for the applicant to satisfy this court with credible and concrete evidence that the liquidator was unreasonable of his action or he was acting in a manner in which no reasonable liquidator could act; if the applicant failed to do so, the court ought not exercise its power to interfere.” [44] Justeru itu Mahkamah berpendapat juga sebagai Pelikuidasi, Defendan 1/PPP telah menjalankan tanggungjawabnya dan tidak melanggar kewajipan fidisuarinya. Penjualan tanah/aset dibuat secara suci hati (bona fide) teratur, telus dan sah dari segi udnang-undang dan tidak memprejudiskan mana-mana pihak. Tiada elemen mala fide atau fraud wujud. Dalam masa yang sama, Defendan 1/PPP telah menjualkan harta/aset tersebut berdasarkan harga yang paling tinggi mengikut nilaian semasa yang diperolehi daripada JPPH mengikut harga pasaran semasa. Mahkamah ingin merujuk kepada kes Koh Huat Kwan v Pegawai Penerima Selaku Pelukuidasi Bagi Poh Mah Housing Development Sdn Bhd & Ors (2015) MLJ 323 dimana Y.A Hakim-Hakim Mahkamah 19 Rayuan Zawawi Salleh, Vernon Ong dan Abdul Rahman Sebli telah memutuskan bahawa: “[20]"... We pause to add that the sale price of the land of RM 1.2m was not less than the prevailing market value of the land which was valued at RM 1m by JPPH. As such, the appellant argument that the first respondent is only a rubber stamp is unsubstantiated and without merit. [22}"... In essence, there is no bearing on the validity of the sale of the land. At any rate, we observe that the appellant's real complaint is directed not at the sale of the land per se; his contention is that there was a buyer with a higher price. The sale of the land having exceeded the minimum, price agreed upon by the parties, thus it could not be said to be inadequate. Accordingly, the subsequent offer of a higher bid should not be a ground for setting aside the sale as the price is in circumstances adequate.” [45] Seterusnya berkenaan dengan dakwaan Plaintif bahawa Defendan 1/PPP tidak melakukan ‘due diligence’ dalam menjual hartanah kepada Defendan 2 hingga Defendan 4 memandangkan Defendan 2 hingga Defendan 4 adalah proksi kepada satu syarikat bukan Melayu, Mahkamah berpandangan, Plaintif yang perlu membuktikan fakta ini kerana Plaintif yang cuba membuktikan kepada Mahkamah berkenaan dengan fakta ini. [46] Pada pendapat Mahkamah, sekiranya Plaintif hanya bergantung kepada kedudukan Defendan 2 hingga Defendan 4 selaku Pengarah 20 kepada syarikat Chin Chon Jaya untuk menunjukkan mereka adalah proksi, maka ianya merupakan satu keterangan yang tidak kukuh. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan 2 hingga Defendan 4 bahawa, latar belakang Defendan 2 hingga Defendan 4 tidak pernah dinafikan oleh Plaintif sebagai anak Melayu Kelantan. Malahan hartanah tersebut juga dibeli atas dasar individu dan nama Defendan 2 hingga Defendan 4 yang diletakkan sebagai pemilik hartanah tersebut. [47] Mahkamah berpendapat, Plaintif secara tidak langsung meminta Mahkamah untuk mengangkat tabir syarikat (lifting corporate veil) dengan membuat dakwaan ini. Namun Mahkamah memutuskan, Plaintiflah yang perlu menunjukkan bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa Defendan 2 hingga Defendan 4 merupakan proksi kepada syarikat bukan Melayu. [48] Sepertimana yang diterangkan tadi, hartanah tersebut diletak di bawah hak milik Defendan 2 hingga Defendan 4 dan bukanlah hak milik syarikat. Oleh itu, sekalipun mereka bukan lagi menjadi Pengarah kepada syarikat itu, hartanah tersebut tetap kekal atas nama mereka dan tidak akan berpindah ke atas nama syarikat. Tambahan dari itu, jika diteliti semasa penjualan tersebut dibuat, Defendan 2 merupakan pemegang syer majoriti di dalam syarikat tersebut. [49] Mahkamah berpandangan, oleh kerana pindah milik hartanah tersebut dibuat secara biasa dan tanpa ada masalah di pihak Kerajaan Negeri, maka jelas menunjukkan bahawa pindah milik itu adalah mematuhi Enakmen Rizab Melayu Kelantan. 21 G. KESIMPULAN/RUMUSAN [50] Dari otoriti-otoriti di atas, apabila syarikat digulungkan, pengurusan syarikat bukan lagi terletak kepada Pengarah Syarikat tetapi kepada Pegawai Penerima/Pelikuidasi (PPP). Harta syarikat juga akan diletakkan hak kepada Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (PPP). Terdapat halangan di dalam Enakmen tersebut bagi harta/aset berstatus rizab melayu diletakkan hak kepada Pegawai Penerima dan Pelikuidasi (PPP). Di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa Pegawai Penerima Pelikuidasi (PPP) hanya bertindak sebagai “Pengurus Syarikat” pihak syarikat (seperti mana kes-kes syarikat diletakkan di dalam “receivership”). Jual beli yang dibuat kepada Defendan 2 hingga Defendan 4 diuruskan oleh Defendan 1 sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan syarikat yang diberikuasa untuk menandatangani sebarang dokumen kepada pihak syarikat. Oleh itu, tiada isu samada hartanah tersebut perlu atau boleh diletakkan di bawah nama Pegawai Penerima. [51] Mahkamah juga berpendapat bahawa Defendan 2 hingga Defendan 4 telah memenuhi ciri-ciri “Anak Melayu Kelantan”. Mahkamah berpendapat jika Plaintif tidak berpuashati, Plaintif lah yang sepatutnya membuktikan bahawa Defendan 2 hingga Defendan 4 yang bertindak sebagai “proksi” kepada syarikat bukan Melayu dan ini gagal dilakukan. Defendan 2 hingga Defendan 4 telah membeli hartanah tersebut di atas dasar individu dan bukannya syarikat. Perlu ada bukti yang kukuh untuk mahkamah “mengangkat tabir” syarikat yang menunjukkan Defendan 2 hingga Defendan 4 merupakan orang yang sama (lifting the corporate veil). Hartanah tersebut kekal hingga kini sebagai milik Defendan 2 hingga 22 Defendan 4 walaupun mereka tidak lagi menjadi Pengarah syarikat bukan Melayu tersebut. [52] Harga jualan yang digunakan oleh Defendan 1/PPP pula adalah berdasarkan laporan nilaian pihak kerajaan (PPPH). Perjanjian jual beli tersebut juga tertakluk kepada syarat bahawa Defendan 1 tidak memberikan milikan kosong kepada Defendan 2 hingga Defendan 4. Pemberian milikan kosong boleh menjadi satu faktor yang mempengaruhi harga jualan. Ini kerana, berdasarkan keterangan, Defendan 2 hingga Defendan 4 terpaksa mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan milikan kosong terhadap hartanah tersebut. Mahkamah juga berpendapat isu hartanah tersebut tidak dinilai mengikut harga pasaran tidak timbul memandangkan nilaian telah dibuat oleh pihak kerajaan (PPPH). [53] Perlu ditekankan disini juga bahawa Defendan 1 mempunyai budi bicara samada menjual hartanah tersebut melalui lelongan awam atau Perjanjian Persendirian (Private Treaty). Kedua-dua cara jualan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Harga rizab akan menjadi semakin rendah sekiranya lelongan gagal. Pilihan Defendan 1 untuk menjual hartanah tersebut melalui Perjanjian Persendirian dengan menggunakan laporan nilaian JPPH merupakan bidang kuasa budi bicara Defendan 1/PPP. Defendan 1/PPP telah memutuskan bahawa cara ini adalah yang terbaik dan menguntungkan semua pihak. Mahkamah tidak boleh mengganggu keputusan ini sewenang-wenangnya. Tambahan pula, semasa jual beli dibuat, tiada penawar lain yang berminat untuk membeli hartanah tersebut. 23 [54] Di atas alasan-alasan yang diberikan di atas, permohonan dan tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM12,000 kepada Defendan 1 dan RM6,000 kepada Defendan 2, 3 dan 4. Tarikh: 31 Julai 2018. (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu PIHAK-PIHAK: Peguam Plaintif/Perayu: En. Moses Susayan Tetuan Raja Badrol, Ramli & Azizi, 518, Menara Mutiara Majestic PJ, 5th Floor, 15 Jalan Othman, Sek. 3, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Peguam Defendan 1/Responden: Puan Mariah binti Omar & En. Shaharuddin Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kelantan Tingkat 1, Wisma Ilmu, Bagunan Tabung Haji, Jalan Doktor, 15516 Kota Bharu, Kelantan 24 Peguam Defendan 2-3: Puan Noor Hamiza Tetuan Abdul Razak Muhidin & Associates, Lot 235, Tingkat 2, Kompleks yakin, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.