Content
1 Dalam Perkara Mengenai Rayuan Sivil No. : NA-12BNCVC-32-10/2023 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Antara 5
NA-12BNCvC-32-10/2023
High Court of Malaysia27 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“xist or considers its existence so probable that a prudent man ought, under the circumstances of the particular case, to act on the supposition that it exists ( see s 2’s definition of ‘prove’ in the Evidence Act 1950. ) 220 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of thi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 Dalam Perkara Mengenai Rayuan Sivil No. : NA-12BNCVC-32-10/2023 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Antara 5
1
Lau Chuang Lee (No. KP : 700318-05-5157)
2
Ng Fong Kiau (No. KP : 700313-05-5000) …Perayu-perayu 10
1
Wong Chun Hoong (No. KP : 781017-14-6001) 15 2. Vivahomes Realty Sdn. Bhd (No. Syarikat : 1102810-V) … Responden-Responden ALASAN PENGHAKIMAN 20 1. Notis Rayuan ini adalah terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana yang diberikan pada 15.9.2023, yang menolak permohonan taksiran gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teladan dan gantirugi teruk yang difailkan oleh Perayu-Perayu/Plaintif-Plaintif berdasarkan perenggan (e), (f) dan (g) Penghakiman Ingkar bertarikh 25 17/01/2025 08:44:02
25
25.7.2019 yang telah dimasukkan terhadap Responden Pertama dan Kedua/ Defendan Pertama dan Kedua.
2
Setelah Mahkamah ini membaca, meneliti dan menilai rekod-rekod rayuan, alasan penghakiman, penghujahan-penghujahan bertulis serta 30 otoriti-otoriti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini memutuskan bahawa tiada sebarang alasan untuk Mahkamah ini mengganggu atau mengubah keputusan HMS terpelajar bertarikh 15.9.2023 tersebut. Dengan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Notis Rayuan
Lampiran
Lampiran 1 ditolak dengan kos RM3,000.00. 35 3. Untuk tujuan penyediaan alasan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti asal mereka sebagai Plaintif dan Defendan. Tuntutan Plaintif-Plaintif di Mahkamah Sesyen 40 4. Dalam tuntutan ini, Plaintif-Plaintif adalah pembeli sebuah unit rumah yang menjadi asas pertikaian daripada pemaju Sime darby Chemara. (D3). Defendan Pertama (D1) adalah eksekutif jualan hartanah, manakala S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w Defendan Kedua (D2) adalah seorang pekerja di galeri jualan Sime Darby 45 Chemara. 5. Pada 4.4.2017, D1 telah memberi representasi kepada Plaintif-Plaintif bahawa terdapat sebuah rumah jenis Siphonia yang sesuai dibeli untuk pembeli bukan bumiputra. D1 membawa Plaintif-Plaintif untuk melihat rumah 50 contoh di show room yang terdapat di galeri jualan tersebut. Tertarik dengan representasi D1, Plaintif-Plaintif membayar booking fee sejumlah RM20,000. 6. Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa persetujuannya untuk membeli hartanah tersebut dipengaruhi oleh representasi Defendan Pertama (D1) 55 bahawa rumah tersebut tidak mempunyai sebarang sekatan kepentingan dan bebas untuk dibeli oleh pembeli bukan bumiputera. Berdasarkan representasi D1 juga, ciri-ciri yang terdapat pada rumah tersebut menepati keperluan plaintif pertama yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang bergerak menggunakan kerusi roda. 60 7. Pada 9.5.2017, Plaintif-Plaintif menandatangani Perjanjian jual beli (SPA) dengan D3 untuk pembelian rumah tersebut. Plaintif-Plaintif juga telah S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w berjaya mendapat pinjaman perumahan daripada Public Bank untuk pembiyaan rumah tersebut. 65 8. Setakat 10.7.2017, Plaintif-Plaintif telah membuat pembayaran sebanyak RM139,937.62 terhadap pembelian rumah tersebut termasuk harga booking fees. 70 9. Bagaimanapun, pada 18.7.2017, Plaintif-Plaintif telah dimaklumkan oleh peguam mereka iaitu Tetuan Teh & Azlina bahawa proses pindahmilik rumah tersebut ke atas nama mereka tidak dapat dilaksanakan kerana wujudnya sekatan ke atas rumah tersebut, dimana ianya dikhususkan untuk pembeli Bumiputera sahaja. 75 10. Pada 25.6.2019, Plaintif-Plaintif telah memfailkan tindakan di Mahkamah terhadap D1, D2 dan D3. Kausa tindakan terhadap D1 adalah salah nyata/fraud untuk mendorong atau memperdayakan Plaintif-Plaintif memasuki dan menandatangani perjanjian jual beli tersebut. Manakala D2 80 disaman atas kecuaiannya memungkiri tugas fidusiari dan liability vikarius kerana gagal mengawal selia perilaku D1 dan memberikan kebebasan tidak S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w terkawal kepadanya ketika berurusan dengan pelanggan-pelanggan di galeri Jualan Sime Darby Chemara. 85 11. Pada 25.7.2019, suatu penghakiman ingkar kehadiran telah direkodkan atas semua Defendan-Defendan. 12. Seterusnya, D1 dan D2 telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman Ingkar tersebut. Bagaimanapun, pada 90 8.11.2019, permohonan tersebut telah ditolak oleh HMS. D1 dan D2 yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi. 13. Pada 2.3.2021, Mahkamah Tinggi menolak rayuan tersebut dan ini 95 bermakna keputusan HMS yang menolak permohonan Defendan-Defendan untuk mengenepikan penghakiman ingkar terhadap D1 dan D2 dikekalkan. 14. Pada 27.10.2021, satu penyelesaian telah dicapai antara Plaintif dan D3 iaitu Sime Darby Chemara. Terma penyelesaian tersebut adalah D3 100 bersetuju membayar sejumlah RM225,000 kepada Plaintif-Plaintif sebagai S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w penyelesaian penuh dan muktamad dan sebagai balasannya, Plaintif-Plaintif akan menarik balik keseluruhan tindakan mereka terhadap D3. 15. Selaras dengan perjanjian penyelesaian tersebut, Plaintif-Plaintif 105 hanya meneruskan tindakannya untuk menuntut gantirugi-gantirugi am, khas, teruk dan teladan terhadap D1 dan D2 secara bersama atau berasingan. Pendengaran taksiran gantirugi di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. 110 Kes Plaintif-Plaintif 16. Asas kepada permohonan taksiran gantirugi tersebut adalah bagi kehilangan bukan kewangan yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif akibat 115 kecuaian salahnyata atau fraud yang dilakukan oleh D1 dan D2 dalam memberi representasi kepada Plaintif-Plaintif berkenaan dengan rumah tersebut. Adalah menjadi dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa D1 dan D2 telah mengetahui mengenai sekatan kepentingan khusus untuk Bumiputera yang terdapat pada rumah tersebut seawal 17.10.2016 kerana ianya jelas tercatat 120 di borang hakmilik rumah tersebut. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 17. Namun D1 secara sengaja tidak memaklumkan perkara ini kepada Plaintif-Plaintif sehingga mendorong Plaintif membayar wang booking fee, memasuki satu SPA dengan D3 dan membuat satu fasiliti pinjaman dengan Public Bank untuk membayar harga rumah tersebut. 125 18. Adalah menjadi dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa tindakan sengaja D1 dan D2 memberi salahnyataan tersebut telah menyebabkan Plaintif-Plaintif terdorong untuk menandatangani perjanjian jual beli (SPA) untuk pembelian rumah tersebut. Bagaimanapun, perancangan Plaintif-Plaintif untuk 130 meneruskan dengan pembelian rumah tersebut telah terbantut akibat wujudnya sekatan kepentingan. 19. Adalah menjadi dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa tindakan D1 dan D2 yang secara sengaja memberi salahnyataan bahawa rumah tersebut bebas 135 dari sebarang sekatan sehingga menyebabkan Plaintif-Plaintif terdorong untuk membelinya, telah menyebabkan Plaintif mengalami pelbagai kesulitan iaitu kesakitan dan kesengsaraan, kehilangan tempat tinggal, ketidakselesaan, tekanan mental dan perasaan serta kerosakan reputasi. 140 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w Kes Defendan 1 dan Defendan 2. 20. D1 dan D2 menyatakan sebagaimana berikut: a) Plaintif-Plaintif telah menandatangani SPA atas nasihat/kenyataan 145 peguam mereka dan bukan atas salah nyata atau dorongan D1; b) Beban untuk menyemak sama ada rumah tersebut mempunyai sekatan kepentingan adalah D3 dan bukannya D1 atau D2; c) Kegagalan SPA adalah disebabkan oleh sekatan kepentingan yang ditentukan oleh pihak berkuasa iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan 150 Negeri Sembilan dan bukannya akibat kemungkiran atau kelalaian D1 dan D2. d) Menurut klausa 7.01 dan 11.08 SPA, Plaintif-Plaintif hanya berhak kepada pemulangan deposit dan pampasan wang sahaja dan tidak berhak untuk menuntut gantirugi lain. 155 Sama ada Plaintif-Plaintif berhak kepada gantirugi-gantirugi yang diplidkan 21. Dalam tindakan ini, perkara yang perlu diputuskan oleh Mahkamah 160 adalah sama ada Plaintif-Plaintif berhak untuk mendapatkan gentirugi am, S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w gantirugi khas, gantirugi teladan dan gantirugi teruk seperti diperenggan (e), (f) dan (g) Penghakiman Ingkar bertarikh 25.7.2019 yang telah dimasukkan terhadap D1 dan D2. 165 22. Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa pembatalan SPA tersebut telah menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian-kerugian bukan kewangan (“nonpecuniary”). Plaintif-Plaintif turut menyatakan bahawa pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungan untuk membayar kerugian-kerugian yang ditanggung oleh mereka adalah D1 dan D2 sebagai pihak 170 yang telah secara cuai memberikan salah nyata tersebut. 23. Alasan-alasan yang dikemukakan oleh Plaintif untuk tuntutan gantirugi tersebut terhadap D1 dan D2 adalah :- 175 i. D1 pada masa material bukan merupakan Real Estate Negotiater yang bertauliah dibawah Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) ii. D1 gagal membuat carian serta semakan berkenaan sekatan tersebut; 180 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w iii. D1 secara mala fide mendorong Plaintif-Plaintif memasuki SPA semata-mata untuk mencapai sasaran pemasaran dan keuntungan komisyen. 24. Dalam kes ini, satu penghakiman ingkar interlokutori telah dimasukkan 185 terhadap ketiga-tiga Defendan di Mahkamah Sesyen pada 25.7.2019. Penghakiman tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada peringkat rayuan dan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak dicabar oleh mana-mana Defendan-Defendan. Maka, isu liabiliti boleh dianggap telah dimuktamadkan. Perbicaraan tuntutan ini hanya terhad kepada 190 pendengaran taksiran gantirugi sahaja. Mahkamah merujuk kepada Aturan 13 kaedah 2(2) yang berbunyi :- Claim for unliquidated damages (O. 13, r. 2) 2. Where a writ is endorsed with a claim against a defendant for 195 unliquidated damages only, then, if that defendant fails to enter an appearance, the plaintiff may, after the time limited for appearing, enter interlocutory judgment against that defendant for damages to be assessed and costs, and proceed with the action against the other defendants, if any. 200 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 25. Prinsip undang-undang jelas menetapkan bahawa sebarang tuntuan gantirugi hanya akan dibenarkan sekiranya ianya berjaya dibuktikan. Rujuk kes Bonham-Carter v Hyde Park Hotel Ltd (1948) 64 TLR 177, CA di mana Lord Goddard menyatakan :- 205 “..the Plaintiff must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, so to speak, throw them at the head of the court, saying: “this is what l have lost, l ask you to give me these damages. They have to prove it…”. 210 Dalam kes Subramaniam Paramasivam & Ors v Malaysian Airline System Bhd [2002] 1 CLJ 230, CA, Mahkamah Rayuan telah memberi takrifan kepada perkataan “prove” dalam kes di atas sebagai berikut: To ‘prove’ in the context of the speech of Lord Goddard means to 215 provide some form of evidence suffient to convince the decider to the point that he believes it to exist or considers its existence so probable that a prudent man ought, under the circumstances of the particular case, to act on the supposition that it exists ( see s 2’s definition of ‘prove’ in the Evidence Act 1950. ) 220 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 26. Prinsip undang-undang ini telah digunapakain dalam kes Aviation Development Corp (M) Sdn Bhd v Yayasan Selangor [2022] 3 MLJ yang memutuskan :- 225 [55] …It is settled principle of law that when one brings an action before the court for damages, one must prove it. However, before one can recover the damages, one has to discharge the burden of proving both as to the fact of the loss/damage and as to the amount..”. 230 27. Oleh itu, persoalan relevan yang harus diputuskan oleh Mahkamah ini adalah sama ada Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa mereka telah mengalami kerugian-kerugian sebagaimana yang dinyatakan dalam keterangan mereka. 235 28. Berdasarkan keterangan Plaintif-Plaintif, kegagalan mereka untuk meneruskan dengan SPA yang diakibatkan oleh kecuaian D1 dalam memberikan salahnyata/fraud tersebut telah menyebabkan perkara-perkara berikut :- S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w a) Mengalami kesusahan dan kesukaran akibat kehilangan tempat 240 tinggal, terpaksa berpindah randah dan kesukaran mencari rumah sewa yang baru. Ini diburukkan lagi dengan faktor bahawa Plaintif pertama adalah OKU yang mengalami kesukaran untuk bergerak. Kesukaran dan kesusahan ini telah menyebabkan mereka mengalami tekanan mental yang teruk. 245 b) Plaintif pertama mendakwa mengalami kegusaran mental yang teruk, serangan panik dan sesak nafas, manakala Plaintif kedua mendakwa mengalami kemurungan, resah gelisah dan sering menyisihkan diri dari anggota keluarga. c) Reputasi mereka dikalangan masyarakat terjejas dan jatuh 250 dikalangan rakan-rakan. 29. Plaintif-Plaintif menuntut gantirugi am bagi kesakitan dan penderitaan (“pain and suffering”) yang mereka alami dan terpaksa lalui akibat menemui kegagalan dalam pembelian rumah tersebut. 255 30. Meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan, adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif gagal untuk melepaskan beban pembuktian bagi membuktikan kepada Mahkamah bahawa mereka telah menanggung kesakitan dan kesengsaraan seperti yang dinyatakan di atas. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 31. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa kegagalan meneruskan dengan 260 SPA tersebut telah mengakibatkan kedua-dua mereka menderita tekanan perasaan dan mental yang teruk sehingga menyebabkan mereka mengalami kemurungan, resah gelisah dan serangan panik. Bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa kenyataan Plaintif-Plaintif mengenai keadaan-keadaan kesihatan mereka tersebut tidak langsung disokong oleh 265 sebarang keterangan sokongan. 32. Sekiranya benar Plaintif-Plaintif mengalami keadaan-keadaan kesihatan mental kronik seperti yang didakwa, adalah wajar untuk menjangkakan bahawa kedua-duanya telah pergi untuk mendapatkan 270 rawatan bagi masalah-masalah tersebut. Bagaimanapun, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif gagal mengemukakan sebarang laporan perubatan daripada mana-mana pakar psikiatri atau kaunselor atau sebarang rekod perubatan yang menunjukkan bahawa mereka sedang atau telah menjalani rawatan untuk keadaan-keadaan tersebut. 275 33. Plaintif-Plaintif juga menuntut gantirugi am terhadap D1 dan D2 kerana mendakwa bahawa kegagalan mereka meneruskan dengan SPA tersebut S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w telah merosakkan nama baik serta menjatuhkan reputasi mereka dikalangan rakan-rakan mereka. 280 34. Mahkamah turut mendapati bahawa dakwaan Plaintif-Plaintif mengenai kerosakan reputasi mereka sebagai satu dakwaan kosong yang tidak berasas dan tidak disokong oleh mana-mana keterangan. Kebiasaannya kehilangan reputasi seseorang adalah disebabkan oleh suatu 285 perkara yang mengaibkan menimpa pihak tersebut sehingga menyebabkan komen-komen negatif dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya dan ianya tersebar sehingga menjatuhkan nama baiknya. 35. Bagaimanapun, Mahkamah gagal untuk melihat kegagalan Plaintif- 290 Plaintif untuk meneruskan dengan pembelian rumah tersebut sebagai satu kejadian memalukan, apatah lagi mengaibkan sehingga ke tahap merosakkan nama baik dan reputasi mereka. Kejadian tersebut boleh dianggap sebagai satu perkara yang mengecewakan kerana hajat Plaintif-Plaintif untuk memiliki rumah berkenaan tersekat akibat wujudnya sekatan 295 kepentingan terhadap rumah tersebut. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 36. Sekiranya pun berita tersebut tersebar, ianya tidak akan merosakkan nama baik Plaintif-Plaintif memandangkan kejadian tersebut berlaku akibat satu masalah pentadbiran/polisi Kerajaan yang terletak diluar kawalan 300 Plaintif-Plaintif. Nama baik dan reputasi Plaintif-Plaintif mungkin tercemar sekiranya ianya berpunca dari kegagalan Plaintif-Plaintif sendiri, seperti kegagalan untuk membuat pembayaran penuh akibat tidak layak untuk membuat pinjaman perumahan. 305 37. Oleh itu, Mahkamah mendapati dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa tersebarnya berita mengenai kegagalan mereka untuk membeli rumah tersebut telah menyebabkan reputasi mereka terjejas adalah satu dakwaan kosong yang tidak bermerit. 310 38. Sekiranya pun ada kemungkinan perkara tersebut telah merosakkan nama baik Plaintif-Plaintif, adalah menjadi pandangan Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif gagal untuk mengemukakan sebarang keterangan sama ada berupa kenyataan seseorang atau sebarang petikan komen jelek dari mana-mana sumber seperti dari platform medan sosial yang menunjukkan bahawa 315 terdapat gossip-gosip negatif atau komen-komen liar yang telah tersebar berikutan dengan kegagalan Plaintif-Plaintif membeli rumah tersebut. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 39. Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS terpelajar bahawa berdasarkan keterangan yang ada, Plaintif-Plaintif sendiri yang menyampaikan berita mengenai kejadian ini kepada beberapa orang 320 kawannya dan berita tersebut tersebar angkara tindakan Plaintif-Plaintif sendiri. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan tersebut ke atas D1 dan D2. 40. Berdasarkan alasan-alasan di atas, adalah menjadi dapatan 325 Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif gagal mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa kegagalan meneruskan dengan SPA tersebut telah merosakkan nama baik dan reputasi Plaintif-Plaintif. 41. Sebaliknya berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, 330 Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah membayar booking fee untuk membeli rumah tersebut pada 4.4.2017. Pada masa yang sama, mereka sedang dalam proses untuk menjual rumah lama mereka yang terletak di Taman Yoon Chang kepada pembeli. 335 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 42. Dalam keterangan mereka juga, Plaintif-Plaintif berharap untuk terus berpindah ke rumah berkenaan selepas urusan SPA rumah tersebut selesai. Transaksi penjualan rumah lama mereka kepada pembeli baru telah selesai pada bulan Ogos 2017. Sehingga tarikh berkenaan, Plaintif-Plaintif masih 340 tinggal dirumah lama mereka. Pada 18.7.2017, Plaintif-Plaintif telah dimaklumkan oleh peguam mereka bahawa pindahmilik rumah tersebut gagal dilaksanakan kerana terdapat sekatan kepentingan Bumiputera ke atas rumah tersebut. 345 43. Berdasarkan keterangan-keterangan ini, Mahkamah merumuskan bahawa kesusahan yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif akibat dari kegagalan meneruskan dengan SPA tersebut adalah kerana rancangan dan impian mereka untuk berpindah ke rumah baru di Bukit Chemara seperti yang telah dirancang pada asalnya terpaksa dilepaskan. Sebaliknya, 350 mereka terpaksa menukar rancangan untuk berpindah ke rumah lain. 44. Persoalannya, adakah ini bermakna bahawa Plaintif-Plaintif telah dianggap mengalami kerugian akibat dari kesusahan yang dilaluinya kerana terpaksa bersusah payah mencari rumah lain, lebih-lebih lagi dengan 355 keadaan salah Plaintiff 1 yang merupakan seorang OKU. Dalam keterangan S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w mereka, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa rumah yang sepatutnya dibeli oleh mereka adalah rumah mesra OKU. 45. Dalam memutuskan perkara ini, Mahkamah turut dibimbing oleh 360 prinsip undang-undang bahawa Plaintif-Plaintif turut bertanggungan untuk meminimakan kerugiannya secara wajar. Norchaya Talib on Torts in Malaysia di muka surat 522 menyatakan; “mitigation of damage” adalah salah satu daripada prinsip undang-undang yang terpakai dalam tuntutan gantirugi :- 365 “Even though the Defendant is generally fully liable for the damage sustained by the Plaintiff, the Plaintiff should take reasonable steps to minimize his loss.” 370 46. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa selepas dimaklumkan wujudnya sekatan kepentingan atas rumah tersebut, Sime Darby Chemara (D3) telah menawarkan (3) pilihan kepada Plaintif-Plaintif untuk mengurangkan kesan kegagalan SPA tersebut iaitu :- 375 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w a) Pengecualian Sekatan Kepentingan dengan menukar status hartanah dari Lot Bumiputera kepada bukan Bumiputera. b) Menawarkan rumah alternatif dalam projek Pembangunan yang sama pada harga belian yang sama; dan 380 c) Membayar balik semua wang yang telah dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Sime Darby Chemara pada ketika. 47. Bagaimanapun, atas alasan-alasan tersendiri, Plaintif-Plaintif enggan menerima kesemua tawaran di atas. Alasan mereka untuk menolak tawaran 385 kedua misalnya, adalah atas alasan bahawa rumah alternatif yang ditawarkan mempunyai nombor 14, yang membawa makna yang tidak baik pada pandangan mereka. 48. Selain dari itu, mereka juga tidak gemar dengan desain rumah 390 alternatif yang agak berbeza susunan dalaman berbanding dengan rumah yang dipilih oleh mereka sebelum ini. Mereka juga mneyatakan bahawa rumah alternatif yang ditawarkan tidak sesuai untuk Plaintif Pertama yang merupakan seorang OKU berkerusi roda. 395 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 49. Bagaimanapun, setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa rumah yang asal tersebut adalah rumah yang telah dibina mesra OKU. Tiada sebarang keterangan yang menyatakan bahawa rumah tersebut dilengkapi 400 dengan peralatan-peralatan mesra OKU seperti lift, ramp untuk laluan kerusi roda dan atau sebarang ciri-ciri khas untuk OKU. Apa yang jelas, berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, rekabentuk rumah tersebut adalah sama seperti rumah-rumah lain yang terdapat dalam projek perumahan berkenaan. 405 50. Plaintif-Plaintif juga menolak tawaran Sime Darby Chemara untuk membayar balik kesemua wang yang telah dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada mereka. 410 51. Berdasarkan perkara-perkara di atas, adalah menjadi penemuan Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif telah diberi peluang untuk meminimumkan kerugian mereka, namun mereka memilih untuk tidak mengambil peluang tersebut. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang terpakai bahawa Plaintif-Plaintif tidak layak untuk menuntut gantirugi atas 415 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w kehilangan yang dialami yang sepatutnya boleh dielakkan dengan mengambil tindakan yang wajar. Mahkamah merujuk kepada kes Clerk & Lindsell on Torts 23rd Edition (Sweet & Maxwell) at 27-09 yang menyatakan :- 420 “ the onus is on the defendant to show that the claimant failed to mitigate and much will depend on what the court regards, in the circumstances, as being reasonable. Judges are reluctant to impose excessive demands on claimants. While an injured person must reasonably seek medical care, he need not submit himself to a surgical 425 operation involving some substantial risk or of which the outcome is uncertain. He should not be expected to start uncertain litigation against a third party, nor to risk capital in a speculative venture, nor to destroy his own property, or to put his good public relations at risk..” 430 52. Berdasarkan petikan di atas, prinsip undang-undang menuntut Plaintif-Plaintif untuk mengambil tindakan yang wajar untuk mengurangkan impak kerugian yang ditanggungnya. Tindakan yang wajar didefinisikan sebagai tindakan-tindakan yang tidak mendedahkan Plaintif-Plaintif kepada risiko kerugian yang tinggi atau satu perkara yang tidak pasti keberhasilannya. 435 S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 53. Berdasarkan kepada tiga (3) opsyen penyelesaian yang di berikan oleh Sime Darby Chemara kepada Plaintif-Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa sekurang-kurangnya opsyen 2 – iaitu pemberian rumah alternatif dan opsyen 3 – pembayaran balik wang yang telah dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Sime Darby Chemara adalah opsyen-opsyen yang tidak 440 berisiko dan yang boleh dianggap wajar untuk diterima. Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada juga, opsyen-opsyen ini diberi kepada Plaintif-Plaintif sejurus selepas maklumat tentang sekatan ke atas rumah tersebut dikenal pasti. Ini bermakna, sekiranya Plaintif-Plaintif menerima salah satu daripada opsyen ini, maka kerugian yang ditanggung oleh Plaintif- 445 Plaintif dapat diminimakan dengan kadar yang cepat. 54. Mahkamah juga berpandangan bahawa Plaintif-Plaintif gagal memberikan sebarang sebab-sebab yang munasabah dalam memutuskan untuk menolak opsyen-opsyen yang ditawarkan kepada mereka untuk 450 meminimakan kerugian mereka. Oleh itu, berdasarkan fakta-fakta tersebut, Mahkamah berpandangan Plaintif-Plaintif gagal mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meminimakan kerugian yang dialami. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 55. Memandangkan Plaintif-Plaintif gagal untuk mengambil tindakan yang 455 wajar untuk mengelak dari kerugian yang dialaminya, maka, Mahkamah berpandangan bahawa atas alasan tersebut juga, Plaintif-Plaintif tidak layak untuk menuntut gantirugi-gantirugi seperti yang di pohon. 56. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa 460 gantirugi hanya bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak Plaintif-Plaintif berdasarkan kerugian yang ditanggungnya dan bukan bertujuan untuk menghukum Defendan-Defendan atau memperkayakan pihak Plaintif. Prinsip undang-undang jelas menetapkan bahawa Plaintif tidak seharusnya dibenarkan untuk menikmati “double recovery” atau mendapat penkayaan 465 melalui gantirugi berganda. 57. Mahkamah sekali lagi merujuk kepada kes Subramaniam Paramasivam & Ors v Malaysian Airline System Bhd [2002] 1 CLJ 230, CA yang memutuskan di held. 5 :- 470 In awarding damages, the guiding principles were that the damages should put the plaintiffs in the same position as they would have been if they had not sustained the wrong and that the plaintiffs should not be S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w allowed to profit from the damages awardes. In the instant case, it was 475 obvious that the registrarhad awarded too much for too little. The award, in multiples of thousands, was outrageously excessive and disproportionate and exceeded many times the cost of air passage that the plaintiffs had paid. (see pp 61G-H, 62A-B); Livingstone v The Rawyards Coal Co (1880) 5 App Cas 25 dan Tan Sri Khoo Teck Puat 480 & Anor v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3MLJ777 followed..”. 58. Mahkamah juga merujuk kepada perenggan kes yang sama diperenggan 61 yang antara lain menyatakan :- “ The second is a corollary of the first – that in awarding damages, the 485 plaintiff should not be allowed to profit by it. The principle is enunciated in the Federak Court case of Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v Plenitude Holdings Sdn Bhd [1994] 3 MLJ 777 wherein Edgar Joseph Jr FC, speaking for the panel said at p 788 : It goes without saying that the effect of allowing the plaintiff’s claim is 490 to put him in a better position than he would have been if there had no breach then this would be contrary to the principles enunciated in the cases cited above..” S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 59. Dalam kes ini, fakta menunjukkan bahawa jumlah yang telah dibayar 495 oleh Plaintif-Plaintif kepada Sime Darby Chemara untuk pembelian rumah yang telah dibatalkan adalah RM139,937.62. Dnegan kata lain, kerugian yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif akibat pembatalan SPA tersebut adalah sebanyak RM139,937.62. Pada masa yang sama, Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah dibayar sejumlah gantirugi 500 sebanyak RM225,500 oleh Sime Darby Chemara melalui satu perjanjian penyelesaian yang dicapai antara Plaintif-Plaintif dan D3 pada 25.10.2021. 60. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, prinsip pemberian gantirugi adalah untuk meletakkan Plaintif-Plaintif dalam kedudukan yang sama 505 seperti mana yang mereka sepatutnya berada jika mereka tidak mengalami keadaan tersebut. (rujuk kes Subramaniam Paramasivam & Ors v Malaysian Airline System Bhd [2002] 1 CLJ 230). 61. Atas alasan tersebut, Mahkamah berpandangan bahawa melalui 510 jumlah pampasan yang telah diterimanya dalam perjanjian penyelesaian dengan D3, Plaintif-Plaintif telah diberi pampasan yang lebih dari mencukupi untuk menampung gantirugi yang telah dialami oleh mereka akibat pembatalan SPA tersebut. Sekiranya Mahkamah membenarkan tuntutan S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w gantirugi yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini, maka Plaintif 515 telah mendapat keuntungan dan diperkayakan dan ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip pemberian gantirugi seperti yang dinyatakan di atas. 62. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa jumlah yang diterima oleh mereka di bawah perjanjian penyelesaian tersebut hanya merujuk kepada D3 dan 520 tidak melepaskan D1 dan D2 daripada tanggungan mereka yang telah melakukan salahnyata sehingga mendorong Plaintif-Plaintif menandatangani SPA tersebut dan menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kerugian. Bagaimanapun, sebagaimana yang diperjelas di atas, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan tuntutan gantirugi 525 mereka terhadap D1 dan D2. 63. Pada masa yang, Mahkamah ini juga memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif tidak layak untuk menuntut sebarang gantirugi atas alasan-alasan: (a) gagal meminimakan kerugiannya; dan (b) memandangkan Plaintif- 530 Plaintif telah dipampas dengan jumlah yang mencukupi atas kerugian yang ditanggungnya, maka sebarang pemberian gantirugi selebihnya akan menyebabkan Plaintif-Plaintif mengaut keuntungan dan mendapat penkayaan. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w 64. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan 535 bahawa Plaintif-Plaintif gagal untuk membuktikan tuntutan gentirugi am, gantirugi khas, gantirugi teladan dan gantirugi teruk yang dituntut dibawah perenggan (e), (f) dan (g) Penghakiman Ingkar bertarikh 25.7.2019 terhadap D1 dan D2. 540 Bertarikh : 15 Januari 2025 tt WAN FADHILAH NOR WAN IDRIS HAKIM 545 MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN Bagi pihak Perayu : Tetuan Nor Affiza & Co, 23-1, Jalan S2 D39, City Centre, 550 70300 Seremban, Negeri Sembilan. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w Bagi pihak Responden : Tetuan SP Hew & Khoo, 555 No. 29-1, Jalan Manis 6, Taman Segar Cheras, 56100 Kuala Lumpur. S/N MpnYn0sR6kaiPIksQoXH/w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.