Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: RA-12B-4-06/2024
RA-12B-4-06/2024
High Court of Malaysia7 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: RA-12B-4-06/2024
1
1.
2
LAU CHOON MING …PERAYU-PERAYU DAN MAHANI BINTI MANSOR … RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN NO.: RA-A53KJ-4-01/2021 ANTARA MAHANI BINTI MANSOR ... PLAINTIF
2
LAU CHOON MING ... DEFENDAN-DEFENDAN S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA
1
Ini adalah rayuan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kangar (“HMS”) berkaitan dengan isu liabiliti dan kuantum.
2
Secara ringkasnya, dalam kes ini, Responden telah menuntut ganti rugi daripada Perayu-Perayu bagi kecederaan dan kecacatan yang dialami oleh Responden akibat daripada kemalangan jalan raya yang berlaku pada 15.11.2017 di sepanjang KM 18 Jalan Kangar – Padang Besar. Dalam kemalangan tersebut, Responden menunggang motosikal No.: KDG 5717, manakala Perayu Pertama menunggang motosikal No.:
3
Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala Rekod Rayuan, Memorandum Rayuan, Alasan Penghakiman HMS, serta penghujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh Perayu-Perayu dan Responden, Mahkamah ini telah menolak rayuan Perayu-Perayu terhadap isu liabiliti dan kuantum tersebut dan mengekalkan keseluruhan keputusan HMS dengan kos ditanggung oleh pihak masing-masing.
4
Dalam menolak rayuan Perayu-Perayu tersebut, Mahkamah ini bersetuju dan menerima sepenuhnya alasan-alasan yang dinyatakan secara komprehensif oleh HMS dalam Alasan Penghakimannya mengenai kedua-dua isu liabiliti dan kuantum tersebut dan Mahkamah ini tidak berhasrat untuk mengulanginya satu persatu di sini. Sungguhpun begitu, Mahkamah ini ingin menekankan empat isu seperti di bawah. S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA
5
Pertama, mengenai isu liabiliti, undang-undang adalah mantap bahawa sekiranya terdapat dua versi berbeza oleh plaintif dan defendan mengenai bagaimana sesuatu kemalangan berlaku, Mahkamah hendaklah merujuk kepada keterangan senyap seperti rajah kasar, gambar-gambar kemalangan, kesan kerosakan pada kenderaan, pecahan kaca dan serpihan kenderaan dan kesan calar di atas jalan raya untuk menentukan bagaimana cara kemalangan tersebut berlaku serta liabiliti pihak-pihak yang terbabit dalam kemalangan tersebut (lihat kes Yahaya Bin Mohamad v Chin Tuan Nam [1975] 2 MLJ 117, Noorianti Bte Zainol Abidin & Ors v Tang Lei Nge [1990] 2 MLJ 242 dan Lee Ewe Teik v. Ariffin Hussain [1990] 2 CLJ (Rep) 332).
6
Dalam kes ini, memandangkan versi Responden dan Perayu-Perayu mengenai bagaimana kemalangan tersebut berlaku adalah berbeza, maka HMS telah merujuk kepada keterangan senyap seperti rajah kasar, kesan kerosakan pada kedua-dua kenderaan tersebut dan kesan calar di atas jalan raya untuk menentukan bagaimana kemalangan tersebut berlaku dan liabiliti pihak-pihak, sebagaimana yang diputuskan dalam kes-kes di atas. Berdasarkan keterangan senyap tersebut, HMS mendapati liabiliti kecuaian Responden dan Perayu-Perayu dalam kemalangan tersebut adalah sama rata, iaitu pada nisbah 50%:50%.
7
Berdasarkan penelitian Mahkamah ini kepada Rekod-Rekod Rayuan khususnya Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman HMS, Mahkamah ini mendapati bahawa dapatan HMS mengenai isu liabiliti tersebut adalah betul dan tepat dan HMS tidak tersalah arah dari segi fakta dan undang-undang dalam membuat dapatan dan keputusan tersebut. Oleh itu, tiada keperluan untuk Mahkamah ini campur tangan dan mengubah keputusan HMS tersebut. S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA
8
Keputusan Mahkamah ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang yang diputuskan dalam kes China Airlines Ltd. v. Maltran Air Corp. Sdn. Bhd. & Another Appeal [1996] 3 CLJ 163; Sivalingam Periasamy v. Periasamy & Anor. [1996] 4 CLJ 545 dan Ang Yee Cheng & Anor v. Ang Siang Hock; (Suing Through His Next of Kin; Koh Beng Guek) [2015] 10 CLJ 157, iaitu bahawa Mahkamah yang mendengar sesuatu rayuan tidak akan mengganggu dapatan dan keputusan hakim bicara sekiranya tiada apa-apa kekhilafan atau tersalah arah dari segi fakta dan undang-undang dalam dapatan dan keputusan hakim bicara tersebut. Ini kerana, hakim bicara telah berpeluang untuk mendengar, menilai dan mempertimbangkan sepenuhnya segala fakta serta keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan oleh pihak-pihak semasa perbicaraan di Mahkamah termasuk demeanor saksi-saksi.
9
Berhubung dengan perkara ini, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Wan Suleiman FJ dalam kes Rasidin Bin Partorjo v Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214 telah menyatakan seperti yang berikut: “(1) it would be wrong for the appellate court which had not seen or heard the witnesses to substitute its own finding of fact for that of the learned trial judge;”. [Penekanan ditambah]
10
Kedua, mengenai isu kuantum bagi ganti rugi am, berdasarkan laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar dan nas-nas undang-undang yang dirujuk secara komprehensif oleh HMS dalam Alasan Penghakimannya, Mahkamah ini mendapati bahawa jumlah keseluruhan ganti rugi am sebanyak RM553,500.00 (atas dasar 100% liabiliti) yang S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA diawardkan oleh HMS kepada Responden bagi empat belas (14) kecederaan dan kecacatan yang dialami oleh Responden tersebut adalah suatu jumlah yang wajar, munasabah dan memadai setelah mengambil kira trend pemberian award semasa, nilai mata wang dan inflasi. Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, HMS adalah betul, tidak terkhilaf dan tidak tersalah arah dari segi fakta dan undang-undang dalam mengawardkan jumlah tersebut kepada Responden.
11
Untuk rekod, jumlah ganti rugi yang diawardkan oleh HMS kepada Responden bagi empat belas (14) kecederaan dan kecacatan tersebut, yang dipersetujui dan disahkan oleh Mahkamah ini, adalah seperti yang berikut:
a
Severe head injury with right subdural RM300,000.00 haemorrhage with mass effect and cerebral edema GCS 9/15
b
Fracture of left parietal bone involving RM40,000.00 left temporal bone and left sphenoid wing
c
Posterolateral wall left orbit fracture, RM50,000.00 anterior wall of left maxillary sinus, left zygomatic process fracture
d
Left 2nd to 8th ribs fracture RM30,000.00
e
Left eye periorbital haematoma with RM15,000.00 subconjunctival haemorrhage
f
Left clavicle fracture RM20,000.00
g
Mild depression RM20,000.00 S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA
h
Laceration wound RM4,000.00
i
Left foot drop
j
Post traumatic epilepsy RM12,000.00
k
Scar 28 cm
l
Muscle wasting RM6,000.00
m
Future surgery (skull deformity RM26,500.00 RM25,000.00 and denture RM1,500.00) (tanpa faedah)
n
Pain and suffering for future surgery JUMLAH RM553,500.00
12
Memandangkan HMS telah menggunakan prinsip undang-undang yang betul dalam memutuskan isu ganti rugi am tersebut, maka tiada keperluan untuk Mahkamah ini campur tangan dan mengubah keputusan HMS tersebut.
13
Ketiga, mengenai isu kuantum bagi ganti rugi khas, berdasarkan persetujuan pihak-pihak (bagi item (a), (b), (c) dan (d) seperti di perenggan 14 di bawah), laporan doktor pakar rehabilitasi Responden dan Perayu-Perayu, laporan pakar neuro, keadaan kekurangan Responden, kos sara hidup dan inflasi (bagi item (e) seperti di perenggan 14 di bawah) dan Ekshibit P.15 – P.25 (bagi item (f) seperti di perenggan 14 di bawah) yang dirujuk oleh HMS dalam Alasan Penghakimannya, Mahkamah ini mendapati bahawa jumlah keseluruhan ganti rugi khas sebanyak RM378,400.00 (atas dasar 100% liabiliti) yang diawardkan oleh HMS S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA kepada Responden bagi tujuh (7) item tersebut telah berjaya dibuktikan oleh Responden dan ia adalah suatu jumlah yang wajar, munasabah dan memadai. Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, HMS adalah betul, tidak terkhilaf dan tidak tersalah arah dari segi fakta dan undang-undang dalam mengawardkan jumlah tersebut kepada Responden.
14
Untuk rekod, jumlah ganti rugi khas yang diawardkan oleh HMS kepada Responden bagi tujuh (7) item tersebut, yang dipersetujui dan disahkan oleh Mahkamah ini, adalah seperti yang berikut:
a
Kerosakan motosikal RM300.00
b
Kerosakan pakaian, jam tangan, topi keledar
c
Kos perjalanan pergi / balik hospital untuk perubatan
d
Kos keluarga Plaintif untuk melihat Plaintif di hospital
e
Kos penjagaan RM300,000.00 (RM1,000.00 x 12 bulan x 25 tahun) (life expectancy 76 tahun – 55 tahun)
f
Kehilangan pendapatan pra perbicaraan RM72,000.00 (RM3,000.00 x 2 tahun)
g
Kos kerusi roda RM5,500.00 JUMLAH RM378,400.00 S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA
15
Memandangkan HMS telah menggunakan prinsip undang-undang yang betul dalam memutuskan isu ganti rugi khas tersebut, maka tiada keperluan untuk Mahkamah ini campur tangan dan mengubah keputusan HMS tersebut.
16
Keempat, berdasarkan keseluruhan fakta kes, Rekod-Rekod Rayuan dan Alasan Penghakiman HMS, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa Responden telah berjaya membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian terhadap Perayu-Perayu dan tiada appealable error dalam dapatan dan keputusan HMS tersebut yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini.
17
Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah menolak rayuan Perayu-Perayu tersebut dan mengekalkan keseluruhan keputusan HMS tersebut dengan kos ditanggung oleh pihak masing-masing. Bertarikh : 5 NOVEMBER 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kangar Negeri Perlis S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA (NEGERI PERLIS) Peguam bagi pihak Perayu-Perayu: Encik Sunil Singh Khera Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri Peguam Bela dan Peguam Cara Unit 18-33-A1 Gurney Tower Persiaran Gurney 10250 Pulau Pinang Peguam bagi pihak Responden: Encik Mohd Hamdi Bin Zainol Tetuan N.M Tiong & Co Peguam Bela dan Peguam Cara No. 1525B, Tingkat 1 & 2 Jalan Sultan Badlishah 05000 Alor Setar Kedah S/N 6sl07i9P/EmKBaoRhllodA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.