(iii) Perlu juga Mahkamah ini menyatakan bahawa Afidavit Jawapan (III) Defendan Pertama (Kandungan 10) dan Afidavit Lee Kwee Ley (No. 2) Kandungan 11 yang diikrarkan dan difailkan pada 15.6.2016 juga adalah afidavit-afidavit yang yang telah difailkan Defendan Pertama di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh PKP. [37] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, keterangan yang tidak dapat disangkal di dalam kes ini adalah, Plaintif-Plaintif adalah pemilik-pemilik berdaftar yang sah bagi hartanah tersebut. Eksibit ‘KGE-1’ dan ‘KGE-2’ di dalam Kandungan 2 jelas menunjukkan ketuanpunyaan Plaintif Pertama dan ayahnya, SI Mati 1 terhadap hartanah tersebut yang kemudiannya dipindahmilikkan kepada Plaintif-Plaintif yang merupakan anak /isteri beliau. Bahagian Plaintif Pertama adalah ternyata lebih besar daripada Plaintif-Plaintif lain kerana beliau telah mendapat pindahmilik bahagian Selamah yang telah dibeli beliau pada tahun 2007. 29 [38] Plaintif-Plaintif telah memperolehi hak ke atas hartanah tersebut daripada Si Mati 1 apabila Si Mati 1 meninggal dunia pada 31.1.2013. Selepas kematian SI Mati 1, Plaintif Kedua, menurut Wasiat Terakhir Si Mati 1 telah memfailkan petisyen bagi pengeluaran geran probet bagi mentadbir harta pesaka Si Mati 1. Bersandarkan Wasiat Terakhir Si Mati 1, Plaintif Kedua sebagai wasi telah membuat pindahmilk. Seperti yang tercatit di dokumen hakmilik. Plaintif-Plaintif telah dijadikan tuanpunya-tuanpunya berdaftar hartanah tersebut pada 29.11.2013. Ketuanpunyaan Plaintif-Plaintif telah didaftarkan ke atas hartanah tersebut atas suratcara-suratcara yang teratur. [39] Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada sebarang bukti telah dikemukakan oleh Defendan Pertama bahawa ketuanpunyaan Plaintif-Plaintif ke atas hartanah tersebut diperolehi secara frod atau melalui transaksi yang tidak sah. [40] Mahkamah ini bersependapat dengan peguam Plaintif-Plaintif bahawa pengataan Defendan Pertama yang beliau dan Si Mati 2 telah membeli bahagian Si Mati 1 atas hartanah tersebut dan Si Mati 30 1 adalah Pemegang Amanah bagi hartanah tersebut bagi pihaknya dan suaminya, adalah pengataan kosong semata-mata kerana tidak disokong oleh mana-mana keterangan pun apatah lagi keterangan dokumentar (bare essertion). Mahkamah ini merujuk kepada kes John Wallingford v. The Directors of the Mutual Society [1880] 5 AC 685, di mana Lord Blackburn di dalam penghakimannya di muka surat 704 telah berkata seperti berikut: “I think that when the affidavits are brought forward to raise that defence, they must, if I may use the expression, condescend upon particulars. It is not enough to swear, " I say I owe the man nothing " Doubtless, if it was true, that you owed the man nothing, as you swear, that would be a good defence. But that is not enough. You must satisfy the Judge that there is reasonable ground for saying so. So again, if you swear that there was fraud, that will not do. It is difficult to define it, but you must give such an extent of definite facts pointing to the fraud as to satisfy the Judge that those are facts which make it reasonable that you should be allowed to raise that defence. And in like manner as to illegality, and every other defence that might be mentioned. So looking at the affidavits (they are very long and I will not go through them) which were used before Mr. Justice Manisty, I think that in none of those particulars did the appellant satisfy the burden that was cast upon him. He makes 31 general statements of fraud, but nowhere does he condescend upon any particular of fraud, such as in my mind, if I had been in Mr. Justice Manisty's place, would have made me think that it was at all fit that he should be allowed to depend upon that ground. There are long statements resulting in saying that this society was illegal upon various grounds, which I cannot follow at all. One ground, among others, is, because there was a drawing of lots on one occasion, therefore it was illegal as coming under the Lottery Acts. I cannot think that that was a good ground of defence.” (Sila lihat juga: Fabrique Ebel Societe Anonyme v. Sykt. Perniagaan Tukang Jam City Port & Ors [1989] 1 CLJ (Rep) 537). [41] Mahkamah ini berpandangan sebegitu bukan sahaja kerana pengataan-pengataan itu tidak disokong oleh mana-mana keterangan tetapi juga atas tidak kelogikan pengataan-pengataan tersebut. Saya katakan pengataan-pengataan itu tiada logiknya atas alasan-alasan berikut: i. Defendan Pertama sendiri sebenarnya tidak tahu sebenarnya mengenai hartanah tersebut. Defendan Pertama hanya mengatakan bahagian Si Mati 1 telah dibelinya pada tahun 1979, tetapi tidak mengetahui lansung mengenai pembelian 32 bahagian Selamah oleh Plaintif Pertama pada tahun 2007. Pindahmilik telah dilaksana oleh Selamah kepada Plaintif Pertama pada 10.12. 2007 yang tertera di suratan hakmilik “KGE-2, Kandungan 2. ii. Geran Mukim (Borang 5DK) yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah telah dikeluarkan kepada Plaintif Pertama dan Si Mati 1 bagi Lot 266 kepunyaan mereka atas bahagian masing-masing yang tertera di atasnya telah dikeluarkan pada 22.8.2008. Keluasan tanah bagi Lot 266 adalah 20790.6919 meter persegi (5 Ekar 0 Rood 22000 Pole yang yang bersamaan dengan 223,790.90 kaki persegi). Di dalam Kandungan 4, Afidavit Jawapannya, Defendan telah merujuk kepada pembelian bahagian yang kononnya dibelinya dari Si Mati 1 pada keluasan yang spesifik iaitu 6807.50 kaki persegi. Mahkamah ini berpendapat, sekiranya tidak ada perjanjian bertulis dan tanpa sebarang dokumen adakah mungkin, Defendan Pertama boleh mengetahui keluasan sebenarnya yang dibelinya secara spesifik? Di dalam kes ini juga tiada bukti telah dkemukakan oleh Defendan Pertama menunjukkan 33 bahawa wujudnya pada bila-bila masa dari tahun 1979 hingga kematian Si Mati 1 pada tahun 2013 pengukuran telah dibuat bagi keluasan tanah yang konon dibelinya. Tambahan lagi, Mahkamah ini telah mengambil peluang mengira keluasan tanah yang didakwa telah dibeli oleh Defendan Pertama dan Si Mati 2 berbanding keseluruhan hartanah tersebut. Keluasan yang didakwa dibeli oleh Defendan Pertama adalah hanya 3.04% berbanding dengan keseluruhan tanah. Ini hanya peratusan yang sangat kecil berbanding keselurahan tanah. Justeru, jika benar terdapat pembelian tanah antara Defendan Pertama, Si Mati 2 dan Si Mati 1, maka, dengan tanah yang tidak pernah diukur, keluasan yang didakwa Defendan Pertama adalah tidak munasabah untuk ketiga-tiga pihak boleh bersetuju. Kalau benar-benar ada penjualan dan pembelian pun ukuran keluasan tanah pada tahun 1979 sepatutnya sebagai contohnya adalah; ¼ ekar ke, 0.1 ekar ke, 0.2 ekar ke atau sebagainya dan bukannya 6803.50 kaki persegi seperti yang didakwa oleh Defendan Pertama. Apatah lagi, hartanah tersebut adalah merupakan bahagian tanah yang tidak berbahagi. 34 iii. namun begitu, diandaikanlah benar hartanah tersebut telah dibelinya sejak tahun 1979, maka pastinya wujud resit-resit cukai tanah yang menunjukkan Defendan Pertama dan Si Mati 2 sama-sama telah membayar cukai tanah hartanah tersebut. Tidak ada langsung resit-resit cukai tanah telah dikemukakan oleh Defendan Pertama. Adalah sesuatu yang tidak logik dan munasabah untuk Si Mati 1 dari tahun 1979 sehingga kematiannya jika beliau telah menjual bahagiannya kepada Defendan Pertama dan Si Mati 2 terus membayar kesemua cukai tanah bagi hartanah teresebut tanpa meminta bahagian yang telah dibeli Si Mati 2 dan Defendan Pertama. iv. Defendan Pertama cuba mendakwa yang pembinaan rumah-rumah kayu di atas hartanah tersebut adalah atas usaha beliau dan Si Mati 2 yang meminta Si Mati 1 membinanya dengan perbelanjaan RM25,000.00 pada tahun 1980. Mahkamah perlu menyatakan bahawa Defendan Pertama tidak langsung menafikan bahawa Si Mati 2 adalah pekerja Si Mati 1 dan mengakuinya di perenggan 6 (j) Kandungan 4nya bahawa 35 suaminya (Si Mati 2) adalah pekerja pembinaan Si Mati 1. Adalah sesuatu yang menasabah bahawa sebagai majikan dan abang kepada Si Mati 2 dan sebagai seorang yang lebih mempunyai punca kewangan dan mempunyai tanah telah membangunkan dua rumah kayu tersebut sebagai rumah-rumah pekerja dan membenarkan Si Mati 2 dan keluarganya tinggal di salah sebuah rumah tanpa perlu membayar apa-apa sewaan hartanah tersebut. Mahkamah mendapati adalah sesuatu yang menasabah bahawa penghunian Defendan Pertama dan keluarganya di rumah tersebut adalah atas dasar Si Mati 2 adalah salah seorang pekerja Si Mati 1. Apabila Si Mati 1 telah meninggal dunia, Defendan Pertama tidak boleh lagi menghuni di rumah tersebut dan apatah lagi menyewakan kedua-dua rumah tersebut kepada pihak-pihak ketiga. v. Tidak ada keterangan langsung yang menyokong dakwaan Defendan Pertama bahawa beliau dan Si Mati 2 telah menyewakan sebuah rumah papan tersebut sejak tahun 1980 lagi dengan sewaan RM250.00 sebulan bagi membayar hutang pinjaman membina rumah-rumah tersebut kepada adik beradik 36 Defendan Pertama. Pengataan ini adalah pengataan kosong semata-mata. vi. Dakwaan Defendan Pertama yang beliau sekeluarga masih lagi tinggal di rumah kayu ini adalah tidak disokong oleh mana-mana keteranganpun dan pengataan ini jua dalah pengataan kosong semata-mata. [42] Di dalam kes, ini adalah sangat jelas dan ketara bahawa berdasarkan pengataan Defendan Pertama di dalam afidavit-afidavitnya, Defendan Pertama gagal untuk membuktikan hak dan kepentingannya ke atas hartanah tersebut. Undang-undang mengenai beban pembuktian adalah jelas dan jitu bahawa apabila Defendan Pertama membuat pengataan-pengataan mengenai hak dan kepentingannya ke atas hartanah tersebut, maka beban pembuktian terletak ke atasnya membuktikan kewujudan pengataan-pengataan tersebut dengan mengemukakan keterangan-keterangan mengenainya dan bukanlah sekadar pengataan kosong semata-mata. Di dalam kes ini pengataan-pengataan Defendan Pertama adalah nyata pengataan-pengataan kosong belaka. Di dalam 37 keadaan ini adalah tepat bagi Mahkamah ini merujuk kepada peruntukan seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950. Seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 jelas memperuntukkan berikut: Seksyen 101 Akta Keterangan 1950