public records kept in Malaysia of private documents.” [20] Seksyen 76 Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut: “76 Certified copies of public documents Every public officer having the custody of a public document which any person has a right to inspect shall give that person on demand a copy of it on payment of the legal fees therefor, together with a certificate, written at the foot of the copy, that it is a true copy of the document or part thereof, as the case S/N d8JNM9mGka2u7qCBsshw may be, and the certificate shall be dated and subscribed by the officer with his name and his official title, and shall be sealed whenever the officer is authorized by law to make use of a seal, and the copies so certified shall be called certified copies. Explanation - Any officer who by the ordinary course of official duty is authorized to deliver the copies shall be deemed to have the custody of the documents within the meaning of this section.” [21] Tatacara bagaimana suatu dokumen awam itu boleh disahkan telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Yusof bin Omar v Pendakwa Raya [2001] 2 MLJ 209 seperti berikut: “Dalam Bahasa Melayu, kedua-dua perkataan 'mengesahkan' dan 'memperakukan' boleh digunakan, dan digunakan dengan makna yang sama. Demikian juga 'betul' dan 'benar'. Apa yang dikehendaki oleh s 76 Akta tersebut ialah bahawa salinan itu adalah satu salinan yang disahkan atau diakui benar atau betul. Itu sahaja. Ia tidak menghendaki dibuat satu 'sijil' lain untuk mengesah atau memperakui kebenarannya atau bahawa ia betul. Jauh sekali ia menghendaki adanya satu 'sijil' yang berbentuk satu dokumen lain. Kerana seksyen itu sendiri dengan jelas menggunakan perkataan-perkataan '… a certificate, written at the foot of the copy …'. Ertinya S/N d8JNM9mGka2u7qCBsshw pengesahan itu hendaklah ditulis di bahagian bawah salinan itu, bukan pada satu dokumen lain. Kami juga dirujukkan kepada kes Noliana Bte Sulaiman v PP [2000] 4 MLJ 725. Dalam kes itu, disamping terdapat persoalan-persoalan lain yang berkait dengan peruntukan s 76 Akta tersebut dalam kes itu, perkataan yang digunakan ialah 'SALINAN DIAKUI SAH', manakala dalam kes ini 'SALINAN DISAHKAN BENAR'. Kami difahamkan bahawa rayuan terhadap penghakiman itu telah dibuat ke mahkamah ini dan belum didengar. Oleh itu, kami tidak mahu berkata sesuatu yang boleh disifatkan bahawa mahkamah ini telah pun memutuskan rayuan itu sebelum ianya didengar. Kami juga berpendapat bahawa kes-kes lain yang dirujuk seperti Mohamed Hanifah v Public Prosecutor [1956] MLJ 83, di mana pengesahan salinan berkenaan tidak bertarikh, tidaklah perlu dibincang. Persoalan-persoalan dalam kes-kes itu berlainan. Kesimpulannya, kami memutuskan bahawa pengesahan nota-nota keterangan (P2) dalam kes ini, seperti yang dilakukan adalah memadai untuk mematuhi kehendak s 76 Akta tersebut. Satu hujah lagi yang dibangkitkan ialah bahawa pengesahan itu tidak mengatakan bahawa nota keterangan itu adalah S/N d8JNM9mGka2u7qCBsshw cuma sebahagian daripada nota keterangan dalam perbicaraan pertama. P2 adalah nota keterangan perayu dalam prosiding pencabaran itu. Ia bukanlah kesemua nota keterangan dalam keseluruhan perbicaraan pertama itu. Memang benar bahawa s 76 Akta tersebut mengandungi kata-kata 'or part thereof', ertinya atau sebahagian daripadanya. Maka soalannya ialah sama ada ketiadaan kata-kata itu pada pengesahan salinan itu menyebabkan ianya tidak boleh diterima sebagai keterangan. Kami berpendapat ia boleh diterima sebagai keterangan. Pertama, ketiadaan kata-kata itu tidak menjadikan apa yang terkandung dalam salinan itu tidak benar. Apa yang penting adalah kebenaran salinan itu. Malah semua peraturan yang disebut dalam s 76 Akta tersebut hanya mempunyai satu matlamat: untuk memastikan bahawa salinan yang dikemukakan adalah benar, bukan untuk menyusahkan atau kerana sebab-sebab lain. Kedua, pengesahan itu dibuat di bahagian bawah setiap muka surat salinan itu. Ia mengesahkan apa yang ada pada muka surat itu, bukan yang tidak ada. S/N d8JNM9mGka2u7qCBsshw Ketiga, bahagian yang dikemukakan itulah yang berkenaan dengan perbicaraan kedua, bukan yang lain.” [22] Selain daripada itu penelitian keterangan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif tidak dapat menunjukkan bahawa pelan di muka surat 87 tersebut dan dokumen-dokumen yang terdapat di muka surat 83 adalah sesuatu yang tidak teratur sehingga tidak boleh digunakan dalam dokumen yang dikeluarkan oleh pihak Defendan. Pengesahan yang dilakukan oleh Encik Muhammad Fakhri bin Abd Jalil bukannya dengan tujuan untuk digunakan sebagai keterangan di mahkamah ini bagi kes ini. Sebaliknya ia aalah dokumen yang disahkan oleh beliau setelah semakan dibuat dengan pelan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dimasukkan dalam suratan hakmilik yang dikeluarkan oleh Defendan. Mahkamah ini berpendapat tindakan yang dilakukan oleh Encik Muhammad Fakhri bin Abd Jalil adalah dalam urusan rasmi dia sebagai pegawai awam. [23] Dalam hal ini mahkamah juga merujuk kepada seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan bahawa sebarang perbuatan yang dilakukan oleh pegawai awam hendaklah dianggap sebagai tepat dan betul melainkan sebaliknya. Seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut: “114 Court may presume existence of certain fact “The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the S/N d8JNM9mGka2u7qCBsshw common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case.