i
(i) Acute Hemorrhagic Cystitis (tarikh rundingan: 10.6.2007);
/akn/my/judgment/sessions-court/2026/9832768e-0aa2-4a2f-9121-2d7899d6f61a
Sessions Court of Malaysia5 Jun 2026WA-B52NCvC-516-11/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“telah menimbangkan hujah kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini bersetuju dengan Defendan bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes SU HOCK GUAN VS AXA AFFIN GENERAL INSURANCE MALAYSIA BHD [2020] MLJU 198. Dalam kes tersebut, Mahkamah mengesahkan prinsip common law bahawa bagi polisi insurans berbentuk perli”
“ah Seksyen 129 dan Jadual 9 FSA 2013, permohonan insurans pengguna tertakluk kepada pendedahan fakta material. Ujian yang digariskan dalam kes ULAGANATHAN A/L MUTHIAH VS PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA [2020] MLJU 210 yang telah memutuskan bahawa ujiannya bukan sama ada maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan punca kem”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-B52NCVC-516-11/2025 ANTARA
section
1. LEE KWEE HAI (NO. K/P: 610118-01-5610) (sebagai Pentadbir kepada Harta Pusaka Li Poh Choo (No. K/P: 861009-23-6146))
section
2. GOH NGEE HAUR (No. K/P: 820728-01-5189) − PLAINTIF DAN AMMETLIFE INSURANCE BERHAD (NO. SYARIKAT: 197301002252/15743-P) − DEFENDAN KEPUTUSAN BAGI LAMPIRAN 7 [Notis Permohonan Defendan Di Bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a), (b), (c) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Untuk Membatalkan Tuntutan Plaintif-plaintif] 20/07/2026 14:12:23 WA-B52NCvC-516-11/2025 Kand. 22 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 A. PENDAHULUAN [1] Ini adalah keputusan Mahkamah mengenai Lampiran 7 yang difailkan oleh Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua (selepas ini dirujuk secara kolektifnya sebagai “Plaintif-plaintif tersebut” di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b), (c), dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) serta bersandarkan kepada bidang kuasa sedia ada Mahkamah. [2] Mahkamah telah meneliti keseluruhan dokumen-dokumen, yakni termasuk Notis Permohonan (Lampiran 7), Afidavit Sokongan Defendan (Lampiran 8), Afidavit Jawapan Plaintif-plaintif (Lampiran 9), Afidavit Balasan Defendan (Lampiran 10), serta eksibit-eksibit yang dilampirkan oleh kedua-dua belah pihak. [3] Isu utama yang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah samada Plaintif-plaintif mempunyai kausa tindakan yang sah, tidak remeh dan tidak mengaibkan Defendan. Setelah mendengar, menimbang, dan menilai secara mendalam kesemua kertascara yang telah difailkan, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan di dalam Lampiran 7. B. KES PLAINTIF [4] Adalah merupakan kes Plaintif-plaintif melalui Pernyataan Tuntutan (Lampiran 2) bahawa Plaintif Pertama ialah pentadbir harta pusaka si mati (Pn. Li Poh Choo), manakala Plaintif Kedua ialah suami si mati. Pada 28.11.2017, Plaintif Kedua dan si mati telah memohon pinjaman perumahan daripada AmBank (M) Berhad dan mengambil polisi insurans Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) daripada Defendan dengan nombor polisi 80034801, bernilai RM487,570.55 yang berkuat kuasa pada 2.7.2018 bagi melindungi hayat si mati. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 [5] Pada 12.3.2019, si mati telah meninggal dunia akibat Pulmonary Embolism. Tuntutan kematian yang dibuat oleh Plaintif Kedua telah ditolak oleh Defendan melalui surat bertarikh 4.12.2019 atas alasan kegagalan si mati mendedahkan sejarah penyakit terdahulu. Penyakit yang tidak didedahkan tersebut adalah :-
i
(i) Acute Hemorrhagic Cystitis (tarikh rundingan: 10.6.2007);
subparagraph
(ii) Ketamine Induced Cystitis and Bilateral Hydronephrosis (tarikh rundingan: 20.4.2009); dan
subparagraph
(iii) Infected Post Left Breast Implant (tarikh rundingan: 14.5.2015). (selepas ini secara kolektifnya ditujuk sebagai “penyakit tersebut”) [6] Rayuan Plaintif-Plaintif ditolak oleh Defendan, dan Plaintif-Plaintif seterusnya memfailkan guaman sivil ini pada 28.11.2025 atas alasan kemungkiran kontrak. C. KES DEFENDAN DAN ASAS PERMOHONAN [7] Asas kepada Lampiran 7 adalah seperti yang berikut :-
i
(I) Tuntutan Plaintif Telah Terhalang oleh Had Masa
i
(i) Tindakan sivil yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif telah melampaui tempoh had masa enam (6) tahun yang ditetapkan di bawah Akta Had Masa 1953;
subparagraph
(ii) kausa tindakan di bawah polisi insurans MRTA ini (jika ada) mula berbangkit pada tarikh kematian si mati (Li Poh Choo), iaitu pada 12.3.2019, dan bukannya pada tarikh Defendan menolak tuntutan tersebut; dan
subparagraph
(iii) memandangkan si mati meninggal dunia pada 12.3.2019 dan Plaintif-plaintif hanya memfailkan guaman ini pada 28.11.2025, tempoh enam **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
subsection
(6) tahun tersebut telah pun luput, menyebabkan tuntutan Plaintif secara undang-undangnya tidak lagi boleh dipertahankan.
subparagraph
(II) Kegagalan Si Mati Mendedahkan Sejarah Penyakit Material [8] Defendan menegaskan bahawa si mati telah gagal mematuhi kewajipan pra-kontrak untuk menjawab borang cadangan insurans secara penuh, tepat, dan jujur. Si mati telah mengesahkan tidak mempunyai sebarang penyakit, sedangkan rekod perubatan menunjukkan sebaliknya. Defendan menolak tuntutan kematian dan membatalkan polisi tersebut kerana mendapati si mati mempunyai sejarah penyakit/rawatan terdahulu yang tidak didedahkan. Defendan berhujah bahawa kegagalan mendedahkan maklumat perubatan yang material ini merupakan satu salah nyata yang sengaja atau melulu. Oleh itu, selaras dengan peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Defendan mempunyai hak mutlak di sisi undang-undang untuk membatalkan polisi insurans tersebut dan menolak sebarang tuntutan di bawahnya. D. PRINSIP UNDANG-UNDANG PEMBATALAN PLIDING [9] Sebelum Mahkamah meneliti merit dan fakta permohonan ini, adalah menjadi kewajipan Mahkamah untuk meletakkan asas parameter undang-undang yang mengawal selia kuasa Mahkamah di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Kuasa untuk membatalkan sesuatu pliding dan menolak sesuatu tindakan secara terus tanpa memberikan hak kepada pihak-pihak untuk meneruskan kes ke peringkat perbicaraan penuh merupakan satu bentuk kuasa interlokutori yang bersifat drastik. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [10] Mahkamah berpandukan prinsip di dalam kes BANDAR BUILDER SDN
section
36. BHD & ORS VS UNITED MALAYAN BANKING CORPORATION BHD [1993] 3 MLJ Di dalam kes tersebut, telah diputuskan bahawa :- "...this summary procedure can only be adopted when it can clearly be seen that a claim or answer is on the face of it 'obviously unsustainable'. It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence..." [11] Di dalam ertikata yang lain, tugas Mahkamah pada peringkat ini bukanlah untuk menimbang kekuatan merit atau membuat penilaian terperinci, sebaliknya memastikan sama ada tuntutan Plaintif boleh dipertahankan. Sesuatu pliding tidak boleh dibatalkan semata-mata kerana kes tersebut kelihatan lemah atau tipis peluangnya untuk berjaya di peringkat perbicaraan. Selagi pliding berkenaan mendedahkan suatu isu atau persoalan undang-undang dan fakta yang munasabah untuk diputuskan oleh Mahkamah, maka hak untuk dibicarakan tidak wajar dinafikan secara pra-matang. E. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [12] Berdasarkan imbangan pliding dan afidavit, isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini ialah seperti yang berikut :- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
i
(i) Isu Had Masa (ISU PERTAMA) Bilakah kausa tindakan di bawah polisi insurans Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) ini sebenarnya berbangkit (accrued) di sisi undang-undang?. Adakah ia berbangkit pada tarikh kematian si mati atas prinsip bahawa risiko yang diinsuranskan telah berlaku atau adakah ia berbangkit pada tarikh syarikat insurans mengeluarkan surat penolakan tuntutan atas prinsip pelanggaran kontrak. Sekiranya masa berjalan dari tarikh kematian, tindakan Plaintif-Plaintif yang difailkan pada 28.11.2025 telah melampaui tempoh enam (6) tahun di bawah Akta Had Masa 1953 dan terhalang secara statut. Namun, sekiranya dari tarikh surat penolakan, tindakan Plaintif adalah masih dalam tempoh had masa.
subparagraph
(ii) Isu Kewajipan Pendedahan Maklumat Material (ISU KEDUA) Adakah kegagalan si mati untuk mendedahkan sejarah kesihatan/rawatan lampau beliau di dalam borang cadangan merupakan suatu salah nyata material yang memberikan hak kepada Defendan untuk membatalkan polisi ab initio di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013? Adakah tiga sejarah perubatan terdahulu si mati (iaitu Acute Hemorrhagic Cystitis, Ketamine Induced Cystitis and Bilateral Hydronephrosis, dan jangkitan implan payudara) merupakan maklumat yang relevan dan material kepada “underwriter” Defendan dalam menilai risiko untuk menerima atau menolak borang cadangan tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 Adakah justifikasi Plaintif-Plaintif bahawa rawatan tersebut sudah terlalu lama (9 hingga 11 tahun lalu) atau sekadar jangkitan kosmetik yang telah sembuh boleh diterima sebagai alasan undang-undang untuk tidak mendedahkannya. Memandangkan Plaintif-Plaintif tidak menafikan kewujudan sejarah perubatan tersebut di dalam pliding dan afidavit mereka, Mahkamah perlu memutuskan sama ada wujud sebarang isu bona fide yang munasabah untuk dibicarakan atau adakah tuntutan ini jelas tidak dapat dipertahankan (akibat salah nyata material yang telah diakui secara dokumentari. [13] Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012 memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan mana-mana pliding, pengendorsan writ, atau keseluruhan tindakan pada mana-mana peringkat prosiding atas alasan-alasan ianya:-
i
(i) mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah;
subparagraph
(ii) mengaibkan, remeh atau menyusahkan;
subparagraph
(iii) boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau
subparagraph
(iv) selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [14] Sempadan bagi mengguna pakai remedi ini telah digariskan di dalam kes rujukan utama Malaysia, iaitu BANDAR BUILDER SDN BHD & ORS VS UNITED MALAYAN BANKING CORPORATION BERHAD [1993] 3 MLJ 36. Mahkamah telah memutuskan bahawa prosedur pembatalan pliding hanya boleh dibenarkan dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 dilaksanakan dalam kes yang benar-benar "jelas dan nyata". Sekiranya pliding Plaintif secara terang menunjukkan bahawa tuntutan tersebut adalah cacat di sisi undang-undang dan pasti akan gagal tanpa mengambil kira pembuktian fakta lisan, Mahkamah tidak seharusnya membiarkan tindakan tersebut melalui proses perbicaraan penuh. Mahkamah juga tidak sepatutnya menjalankan satu perbicaraan kecil ke atas keterangan afidavit, melainkan jika tuntutan tersebut bersandarkan kepada dokumen yang jelas dan tidak boleh disangkal.
i
(I) ISU PERTAMA [15] Defendan di dalam kes di hadapan Mahkamah ini telah berhujah bahawa tindakan ini dihalang oleh Akta Had Masa 1953 kerana kausa tindakan (jika ada) telah berbangkit pada tarikh kematian si mati iaitu pada 12.3.2019. Pihak Plaintif sebaliknya bersandar kepada keputusan kes TAN BOON YEN (SUPRA) dan AYOB BIN SALLEH [2015] untuk berhujah bahawa masa had hanya berjalan dari tarikh syarikat insurans menolak tuntutan, iaitu pada 4.12.2019. [16] Setelah menimbangkan hujah kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini bersetuju dengan Defendan bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes SU HOCK GUAN VS AXA AFFIN GENERAL INSURANCE MALAYSIA BHD [2020] MLJU 198. Dalam kes tersebut, Mahkamah mengesahkan prinsip common law bahawa bagi polisi insurans berbentuk perlindungan hayat atau indemniti (seperti polisi MRTA ini), kausa tindakan terhadap syarikat insurans terakru serta-merta apabila berlakunya risiko atau peristiwa yang diinsuranskan, iaitu tarikh kematian si mati, dan bukannya pada tarikh penolakan liabiliti. Melainkan terdapat klausa nyata dalam polisi yang menetapkan bahawa keputusan syarikat insurans adalah suatu syarat terdahulu kepada liabiliti (seperti yang disentuh dalam kes SU HOCK GUAN (SUPRA) ketiadaan klausa sedemikian bermakna masa had mula berjalan dari tarikh kematian si mati. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 [17] Memandangkan si mati meninggal dunia pada 12.3.2019, tempoh had masa enam (6) tahun di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 telah luput pada 11.3.2025. Tindakan Plaintif-Plaintif yang hanya difailkan pada 28.11.2025 jelas telah melampaui tempoh had masa selama lebih kurang lapan (8) bulan. Maka, tuntutan Plaintif-Plaintif adalah dengan nyata tidak dapat dipertahankankerana dihalang oleh statut.
subparagraph
(II) ISU KEDUA [18] Defendan di dalam kes ini telah menegaskan bahawa si mati telah gagal mematuhi kewajipannya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 ("FSA 2013") untuk mendedahkan sejarah penyakit terdahulu. Plaintif-Plaintif membalas dengan menegaskan bahawa kewajipan suci hati (uberrimae fidei) mengehadkan pendedahan kepada perkara material sahaja, dan rawatan terdahulu tersebut didakwa tidak lagi material kerana sudah lama serta telah sembuh sepenuhnya. [19] Mahkamah ini bersetuju bahawa di bawah Seksyen 129 dan Jadual 9 FSA 2013, permohonan insurans pengguna tertakluk kepada pendedahan fakta material. Ujian yang digariskan dalam kes ULAGANATHAN A/L MUTHIAH VS PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA [2020] MLJU 210 yang telah memutuskan bahawa ujiannya bukan sama ada maklumat tersebut mempunyai kaitan dengan punca kematian, tetapi sama ada maklumat itu relevan untuk syarikat insurans semasa membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak borang cadangan tersebut. Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif di dalam pliding dan afidavit mereka tidak pernah menafikan hakikat bahawa si mati pernah menghidapi dan menerima rawatan bagi Ketamine Induced Cystitis and Bilateral Hydronephrosis serta jangkitan implan payudara. Mereka sekadar memberikan justifikasi dan alasan bahawa penyakit itu sudah lama terjadi atau merupakan jangkitan kosmetik ringan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 [20] Keadaan Bilateral Hydronephrosis (pembengkakan buah pinggang) akibat ketamin jelas merupakan fakta perubatan material yang penting dalam proses penilaian risiko. Apabila fakta ketidakpendedahan sejarah penyakit yang serius ini telah diakui wujud secara dokumentari oleh Plaintif sendiri, maka tiada lagi sebarang isu fakta material yang bona fide untuk dipertikaikan di peringkat perbicaraan penuh. Kegagalan mendedahkannya memberikan hak kepada Defendan untuk membatalkan polisi dan menolak tuntutan Plaintif-plaintif. [21] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan yang wajar dibuat di dalam kes ini adalah untuk membenarkan permohonan Defendan dengan kos sebanyak RM3,000.00. Bertarikh: 20hb Julai 2026. TT ( YASMIN BINTI ABDUL RAZAK ) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 KUALA LUMPUR **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.