Content
JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCvC – 185 – 06 / 2024
JA-A52NCvC-185-06/2024
Sessions Court of Malaysia2 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Persekutuan memutuskan: “Held: [1] There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (‘the CA’) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual S”
“an Pergerakan (“PKP”) melalui Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019) Covid-19 Act 2020) (“Akta 829”). S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA **Note : Serial number will be used to verify the originality”
“ni bukan satu isu yang bermerit untuk dibicarakan. Mahkamah bersetuju dengan pemerhatian yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Southern Finance Berhad v Capable Million (M) Sdn Bhd And Others [2007] MLJU 93, yang memutuskan: S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA **Note : Serial number will be used to verify the originality”
“termining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s 75 of the CA, the concepts of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.” 48. Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan”
“nunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.” 48. Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan Kai Dan Satu Lagi [2019] MLJU 2011 yang turut membahaskan isu yang sama. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[23] … apa yang diputuskan oleh Mahka”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCvC – 185 – 06 / 2024
1
ANTARA LEE MENG HUNG [No. K/P 730305015225]
2
TAN LEA HUH [No. K/P: 680525015734] … PLAINTIF-PLAINTIF DAN ERA UNIVERSE DEVELOPMENT SDN. BHD. [No. Syarikat: 201401009891 (1085970-T)] … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Permohonan Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 KKM 2012)
1
Ini merupakan permohonan plaintif untuk satu Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi pembayaran ganti rugi jumlah tertentu (‘liquidated damages’) bagi kelewatan defendan menyerahkan milikan kosong menurut Perjanjian Jual Beli bertarikh 20.2.2017 di antara plaintif dan defendan (“Perjanjian Jual Beli tersebut”). 21/01/2025 16:06:01 JA-A52NCvC-185-06/2024 Kand. 24 S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 2
2
Pada 2.12.2024 Mahkamah membenarkan permohonan plaintif dengan kos dan memasukkan Penghakiman Terus terhadap defendan.
3
Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah tersebut dan merayu ke Mahkamah Tinggi.
4
Mahkamah kini mengemukakan alasan-alasannya seperti berikut.
5
Kertas-kertas kausa yang difailkan oleh plaintif di dalam tindakan ini adalah seperti berikut: i. Writ Saman bertarikh 19.6.2024; ii. Penyata Tuntutan Terpinda bertarikh 19.6.2024; iii. Penyata Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 4.8.2024; iv. Jawapan kepada Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas Defendan bertarikh 19.8.2024; v. Jawapan kepada Pembelaan kepada Tuntutan Balas vi. Notis Permohonan Penghakiman Terus bertarikh 12.9.2024 (Lampiran 8); vii. Afidavit Sokongan plaintif yang diikrarkan pada 25.9.2024; viii. Afidavit Tambahan Plaintif yang diikrarkan pada 27.9.2024; ix. Afidavit Jawapan defendan yang telah diikrarkan pada 10.10.2024; x. Afidavit Balasan plaintif yang diikrarkan pada 28.10.2024.
6
Di dalam Notis Permohonan tersebut, plaintif menuntut: S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 3 i. Jumlah wang sebanyak RM 162,036.10 sebagai gantirugi jumlah tertentu 'liquidated damages’ yang kena dibayar oleh defendan menurut Perjanjian Jual Beli tersebut kerana kelewatan serahan milikan kosong; ii. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM 162,036.10 yang dikira dari tarikh pemfailan Writ sehingga tarikh penyelesaian penuh; iii. Kos dan; iv. Lain-lain relif selanjutnya yang dianggap suai manfaat dan adil oleh Mahkamah yang mulia ini.
7
Plaintif merupakan pembeli bagi sebuah dua tingkat pejabat kedai yang dikenali sebagai Lot Sementara A3-09 dalam Mukim Plentong Daerah Johor Bharu Negeri Johor (“hartanah tersebut”) melalui Perjanjian Jual Beli tersebut.
8
Defendan adalah pemaju bagi projek dikenali sebagai “Bandar Alam Masai” di mana terletaknya hartanah tersebut dengan harga belian
9
Harga belian ini adalah menurut klausa 4 dan Jadual Kelima Perjanjian Jual Beli tersebut. S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 4
10
10.
Preamble
Menurut Klausa 14.1 Perjanjian Jual Beli tersebut, milikan kosong mesti diserahkan kepada plaintif dalam tempoh 36 bulan daripada tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut ditandatangani. Ini bermaksud milikan kosong hendaklah diserahkan pada atau sebelum 19.2.2020 dalam kes ini.
11
Sekiranya defendan gagal menyerahkan milikan kosong dalam tempoh masa yang ditetapkan, maka defendan bertanggungjawab membayar plaintif gantirugi jumlah tertentu pada kadar 10% setahun atas harga belian dikira pada kadar sehari ke sehari daripada tarikh luput 36 bulan tersebut sehingga milikan kosong diserahkan.
12
Pada 31.5.2022 defendan telah mengeluarkan satu notis kepada plaintif-plaintif untuk menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut. Menurut klausa 15.2 Perjanjian Jual Beli tersebut plaintif-plaintif dianggapkan mengambil milikan kosong hartanah tersebut apabila tamat 14 hari dari notis tersebut. Tarikh terakhir tersebut ialah pada 14.6.2022.
13
Pada masa pembelian hartanah tersebut, plaintif-plaintif telah maklum bahawa status hartanah tersebut belum diputuskan sebagai lot bumiputera ataupun tidak. Terdapat Overriding Agreement bertarikh 20.2.2017 (eksibit “MRW-1” Afidavit Jawapan defendan) di antara kedua-dua pihak yang memperuntukkan: Clause 2 – CONDITION PRECEDENT: S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 5
1
Notwithstanding anything to the contrary stipulated in the Prescribed SPA, the sale and purchase of the Property shall be conditional upon;
a
The Property not being designated in the course of Cawangan
b
The Release being granted by Cawangan Perumahan if the property is so designated and if the Property is not purchased by any Bumiputera by the expiry of the Reserved Period.
2
The Prescribed SPA shall become unconditional,
a
Upon the written notification by the Developer that the Property is not designated by Cawangan Perumahan as Bumiputera Lot within nine (9) months from the date of this Agreement with an automatic extension of three (3) months (“the Designated Deadline”) or such other time to be mutually agreed upon, OR …”
14
Defendan telah memaklumkan Plaintif bahawa Hartanah tersebut telah ditetapkan sebagai lot bukan Bumiputera melalui surat Defendan bertarikh 30.6.2017 (rujuk kepada Ekshibit TLH-1 Afidavit Balasan plaintif).
15
Pada 18.3.2020 negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) melalui Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019) Covid-19 Act 2020) (“Akta 829”). S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 6
16
Melalui surat-surat bertarikh 8.3.2021 dan 31.12.2021 (eksibit “MRW-3”) defendan telah memperolehi pengecualian pengiraan bayaran gantirugi tertentu bagi tempoh 18.3.2020 sehingga 31.12.2020 dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”) iaitu bagi tempoh 289 hari.
17
Plaintif berhujah bahawa fakta di dalam tindakan ini adalah jelas dan tidak dipertikaikan. Defendan sebagai pemaju telah gagal menyerahkan milikan kosong di dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti di dalam Perjanjian Jual Beli tersebut.
18
Sekiranya Overriding Agreement terpakai, maka pengiraan tempoh 36 bulan bermula pada 30.6.2020 sehinggan 14.6.2022 di mana terdapat kelewatan 715 hari.
19
Sungguhpun defendan diberikan pengecualian pengiraan tempoh penyerahan milikan kosong sebanyak 289 hari berdasarkan surat-surat KPKT tersebut, plaintif berhujah pengecualian tersebut tidak terpakai di dalam kes ini kerana lot yang dibeli oleh defendan ialah lot komersil dan bukannya lot kediaman.
20
Defendan membangkitkan beberapa isu yang didakwa merupakan isu-isu yang perlu dibicarakan seperti berikut: S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 7 i. Pengiraan tempoh milikan kosong 36 bulan bermula pada 16.11.2017 iaitu tarikh Supplemental Agreement di antara defendan dan Kerajaan Johor yang menetapkan lot-lot Bumiputera di dalam projek tersebut; ii. Defendan berhak diberi pengecualian tempoh selama 289 hari berdasarkan surat-surat dari KPKT tersebut; iii. Plaintif gagal membuktikan kerugian atau kerosakan sebenar (actual loss) akibat kelewatan penyerahan milikan kosong. Plaintif gagal mengemukakan butiran kerugian dan/atau kerosakan yang dialami oleh plaintif.
21
Defendan berhujah, isu-isu di atas perlu dibicarakan dan tidak boleh diputuskan melalui keterangan affidavit dibawah permohonan Penghakiman Terus. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKENAAN PERMOHONAN PENGHAKIMAN TERUS DI BAWAH ATURAN 14 KKM 2012 22. Aturan 14(1) KKM 2012 memperuntukkan: Application by plaintiff for summary judgment
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 8 claimed, apply to the Court for judgement against that defendant.”
23
Mahkamah merujuk kepada kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 CLJ 220 di mana Mahkamah Persekutuan melalui YA George Seah MHP menerangkan prinsip Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (in pari materia dengan A14 KKM 2012) seperti berikut: “For the purposes of an application under O. 14 the preliminary requirements are:
i
the defendant must have entered an appearance;
II
(ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and
III
(iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14. … If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him [see O. 14 r. 3 and 4(1)].”
24
Mahkamah juga merujuk kepada kes Malayan Insurance (M) Sdn. Bhd. v. Asia Hotel Sdn. Bhd. [1987] 1 CLJ 246 di mana Mahkamah Agung memutuskan: S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 9 “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
25
Berdasarkan nas undang-undang di atas adalah jelas sekiranya keperluan awal dibawah Aturan 14(1) KKM 2012 dipatuhi dan tuntutan plaintif adalah jelas dan tiada pertikaian fakta maka Mahkamah berhak menggunakan kuasanya di bawah Aturan tersebut untuk membenarkan tuntutan plaintif melalui Penghakiman Terus tanpa perlu perbicaraan penuh.
26
Mahkamah akan menilai setiap satu isu yang dibangkitkan oleh defendan dan memutuskan sama ada isu-isu tersebut merupakan isu-isu yang perlu dibicarakan ataupun sebaliknya. Pengecualian dibawah Akta 829 27. Mahkamah merujuk kepada Bahagian XI Akta 829 yang memperuntukkan Modification to the Housing Development (Control and Licensing) Act 1996. Seksyen-seksyen 32 dan 33 Akta 829 memperuntukkan: “Commencement of modifications to the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966. S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 10
32
This part is deemed to have come into operation on 18 March 2020.
33
In this Part, “agreement” means agreement for the contract of sale for the sale and purchase of housing accommodation in the forms prescribed in Schedule G, H, I and J of the Housing Development (Control and Licensing) Regulations 1989. (penekanan diberikan). … Delivery of vacant possession and liquidated damages
1
Notwithstanding any agreement entered into between the purchaser and the developer, the period from 18 March 2020 to 31 August 2020 shall be excluded from the calculation of:
a
the time for delivery of vacant possession of a housing accommodation; and
b
the liquidated damages for the failure of the developer to deliver vacant possession of a housing accommodation.
2
The developer may apply to the Minister for an extension of the period referred to in subsection (1).
3
Upon considering the application under subsection (2), the Minister may, if the Minister is satisfied that additional time is required by the developer to deliver vacant possession, by written direction grant to the developer an extension period of up to 31 December 2020 to deliver vacant possession and such extension S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 11 shall have the same effect as the period excluded in subsection
1
(1).
4
Notwithstanding any agreement entered into between the purchaser and the developer, if the purchaser is unable to enter into possession of occupation of a housing accommodation from the date of service of a notice to take vacant possession from the developer during the period from 18 March 2020 to 31 August 2020 or any extension period granted under subsection (3), the purchaser shall not be deemed to have taken such vacant possession.”
28
Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut, perubahan yang dibuat oleh Kerajaan ke atas Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 meliputi perjanjian dalam keseluruhan bahagian XI iaitu merujuk perjanjian jual beli yang ditetapkan oleh
Schedule
Jadual G, H, I dan J Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. 29. Surat bertarikh 8.3.2021 daripada KPT (rujuk Eksibit MRW-3 Afidavit Jawapan menyatakan: “[2] Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mewartakan suatu peruntukan perundangan / akta bagi menangani kesan penyakit Koronavirus 2019 termasuk mengubahsuai peruntukan berkaitan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996. Akta ini dinamakan Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID- 19), 2020. S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 12 [3] Berdasarkan Bahagian XI, Subsyeksyen 35(1) dan 35(4) di bawah Akta tersebut, dimaklumkan bahawa rayuan pihak tuan bagi pemajuan yang telah dilesenkan seperti di atas telah pun dipertimbangkan dan diluluskan oleh YB Menteri untuk mengecualikan tempoh dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos (167 hari) bagi pengiraan masa serahan milikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama berdasarkan Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani dengan pihak Pembeli.” 30. Kuasa Menteri untuk memberi pengecualian di Bahagian XI adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah seksyen-seksyen 32 – 38 Act 829 tersebut. Mahkamah mendapati tiada pengecualian diberikan kepada pembangunan yang bukan merujuk kepada kemudahan perumahan di bawah Bahagian XI tersebut. 31. Adalah tidak dipertikaikan bahawa Hartanah tersebut merupakan dua tingkat kedua pejabat dan bukannya pembangunan perumahan yang dikawal oleh Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 dan SPA tersebut merupakan perjanjian jual beli yang disediakan oleh Defendan dan bukannya satu perjanjian jual beli yang ditetapkan oleh Jadual G, H, I dan J Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Oleh yang demikian, sebagaimana dihujahkan oleh plaintif dan Mahkamah bersetuju dengan hujahan tersebut, pengecualian yang diberikan di dalam surat di atas adalah tidak terpakai di dalam kes ini. 32. Pada pendapat Mahkamah, peruntukan undang-undang mengenai isu ini adalah jelas dan tugas Mahkamah ialah memberikan S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 13 terjemahan kepada undang-undang dan mengaplikasikannya di dalam situasi yang jelas. 33. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, berdasarkan di atas Mahkamah memutuskan pengecualian yang diberikan oleh Menteri melalui surat-surat KPKT tersebut adalah tidak terpakai kepada defendan. Oleh yang demikian pengiraan gantirugi jumlah tertentu tidak akan mengambil kira pengecualian 289 hari tersebut. Pengiraan Kelewatan berdasarkan Overriding Agreement 34. Fakta kes menunjukkan pada Perjanjian Jual Beli tersebut ditandatangani pada 20.2.2017 sama dengan tarikh Overriding Agreement. Manakala surat makluman daripada defendan kepada plaintif memaklumkan status hartanah tersebut bertarikh 30.6.2017 (rujuk eksibit TLH-1 Afidavit Jawapan plaintif). 35. Klausa-klausa 1 dan 2 Overriding Agreement tersebut memperuntukkan: 1. CONDITIONAL SALE AND PURCHASE In consideration of the Purchaser: (a) Executing the Prescribed SPA immediately after the execution hereof; and (b) Agreeing and undertaking to observe and comply with the provision of the Prescribed SPA, in particular the Schedule of Payment of the Purchase Price therein (“the Schedule of Payment”), S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 14 the developer hereby conditionally agrees to sell to the Purchaser the Property and to execute the Prescribed SPA upon the overriding provisions contained herein. 2. CONDITION PRECEDENT (1) Notwithstanding anything to the contrary stipulated in the Prescribed SPA, the sale and purchase of the Property shall be conditional upon: (a) the Property not being designated in due course by Cawangan Perumahan as Bumiputera Lot; and (b) the Release being granted by Cawangan Perumahan if the Property is so designated and if the property is not purchased by any Bumiputera by the expiry of the Reserved Period. The Prescribed SPA shall become unconditional, (a) Upon the written notification by the Developer that the Property is not designated by Cawangan Perumahan as Bumiputera Lot within nine (9) months from the date of this Agreement with an automatic extension of three (3) months (“the Designated Deadline”) or such other time to be mutually agreed upon, OR …” 36. Klausa 2(a) di atas memperuntukkan keadaan di mana Perjanjian Jual Beli tersebut menjadi tidak bersyarat iaitu apabila pembeli mendapat notifikasi bertulis daripada pemaju tentang keputusan Cawangan Perumahan mengenai status lot tersebut dalam tempoh S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 15 masa 9 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut dan Overriding Agreement tersebut (dengan lanjutan masa secara automatik 3 bulan) dan atau dalam tempoh masa yang dipersetujui oleh pihak-pihak. 37. Di dalam kes ini surat makluman daripada defendan memaklumkan plaintif bahawa hartanah tersebut bukan lot Bumiputera bertarikh 30.6.2017 iaitu lebih kurang empat (4) bulan selepas Perjanjian Jual Beli tersebut dan Overriding Agreement tersebut ditandatangani. 38. Kandungan surat tersebut menyatakan (exhibit TLH-1 Afidavit Balasan plainti): “Please be informed that we have obtained the letter from Cawangan Perumahan for allocation of Bumiputera Lot(s) for the Project and hereby we write to inform you that the abovementioned Property is designated as a Non-Bumiputera Lot. In view of the above, the Sale and Purchase Agreement dated 20.2.2017 (“the SPA”) entered by you in respect of the Property has become unconditional from the date hereof whereby you are obligated to pay the Purchase Price of the Property by instalments and at the same time and in the manner as set out in the Fifth Schedule of the SPA.” 39. Pada pendapat Mahkamah Klausa 2(a) Overriding Agreement tersebut memperuntukkan dengan jelas tarikh pengiraan 36 bulan tersebut hendaklah bermula dari tarikh makluman daripada defendan tentang status Hartanah tersebut. S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 16 40. Niat ini diterjemahkan melalui surat makluman tersebut yang menyatakan pada tarikh surat tersebut memandangkan Hartanah tersebut bukan lot Bumiputera maka Perjanjian Jual Beli tersebut bukan lagi bersyarat. Malahan defendan turut memaklumkan mulai tarikh tersebut kewajipan plaintif membuat pembayaran ansuran dibawah Perjanjian Jual Beli tersebut berkuatkuasa. 41. Oleh yang demikian, adalah munasabah dan wajar dan juga selari dengan terma-terma kedua-dua Perjanjian tersebut sekiranya tarikh pengiraan milikan kosong Hartanah tersebut bermula 36 bulan dari tarikh surat makluman tersebut dan bukannya tarikh Perjanjian antara defendan dan Kerajaan Negeri Johor iaitu Supplemental Agreement tersebut. 42. Oleh yang demikian, di dalam kes ini Mahkamah mengira tempoh kelewatan penyerahan milikan kosong mulai pada 30.6.2020 sehingga penyerahan milikan kosong iaitu pada 14.6.2022. 43. Mahkamah bersetuju dengan pengiraan plaintif bahawa jumlah terakru dibawah gantirugi jumlah tertentu bagi kelewatan milikan kosong dalam tempoh tersebut terjumlah RM136, 988.90. 44. Mahkamah berpendapat isu ini bukan satu isu yang bermerit untuk dibicarakan. Mahkamah bersetuju dengan pemerhatian yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Southern Finance Berhad v Capable Million (M) Sdn Bhd And Others [2007] MLJU 93, yang memutuskan: S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 17 "Triable issues" is a term that is often misunderstood. While there may be many issues in a matter, not every issue is a triable issue. Issues that are questions of law and interpretation can be dealt with by submissions in a hearing, and does not require a trial. Even issues of fact are not always triable issues.” Plaintif gagal membuktikan kerugian sebenar 45. Defendan seterusnya berhujah plaintif telah gagal membuktikan kerugian sebenar atau pampasan yang munasabah apabila menuntut gantirugi sebenar berdasarkan kemungkiran kontrak (rujuk seksyen 75 Akta Kontrak 1950; Selva Kumar Murugiah v Thiagarajah Retnasamy P [1995] 1 MLRA 188; Johor Coastal Development Sdn Bhd v Constrajaya Sdn Bhd [2009] 1 MLRA 654). 46. Sekali lagi isu yang ditimbulkan oleh defendan ini telah diputuskan oleh nas undang-undang yang terdahulu. 47. Sebagai permulaan Mahkamah merujuk kepada kes Cubic Electronics Sdn Bhd (in liquidation) v Mars Telecommunications Sdn Bhd [2019] 6 MLJ 15 yang memutuskan bahawa kerugian sebenar tidak perlu dibuktikan dalam kes-kes yang mana terdapat klausa berhubung dengan gantirugi tertentu di dalam kontrak. Mahkamah Persekutuan memutuskan: “Held: [1] There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (‘the CA’) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 18 loss or damage was proven. Selva Kumar Murugiah v Thiagarajah Retnasamy [1995] 1 MLJ 817 and Johor Coastal Development Sdn Bhd v Constrajaya Sdn Bhd [2009] 4 MLJ 445 (both decisions of the Federal Court) should not be interpreted (as what subsequent decisions since then have done) as imposing a legal straightjacket in which proof of actual loss was the sole conclusive determinant of reasonable compensation. Reasonable compensation was not confined to actual loss, although evidence of that might be a useful starting point. In determining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s 75 of the CA, the concepts of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.” 48. Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan Kai Dan Satu Lagi [2019] MLJU 2011 yang turut membahaskan isu yang sama. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[23] … apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Cubic Electronics adalah seperti berikut: (a) beban awalan terletak pada pihak yang memohon untuk menguatkuasakan LAD dengan mengemukakan bukti/keterangan bahawa: (i)terdapat pelanggaran kontrak; dan (ii)kontrak tersebut mempunyai klausa yang memperincikan jumlah yang perlu dibayar berikutan dengan pelanggaran kontrak; (b) apabila kedua-dua kehendak tersebut dipenuhi, pihak yang memohon layak untuk menerima bayaran yang tidak melebihi jumlah yang dinyatakan dalam kontrak, tanpa mengira sama ada kerosakan S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 19 atau kerugian sebenar dibuktikan atau tidak, kecuali jika pihak yang ingkar dapat membuktikan ketidakpatutan klausa LAD tersebut termasuklah jumlah yang dinyatakan. (c) sekiranya terdapat pertikaian berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan “pampasan yang munasabah”, beban pembuktian adalah ke atas pihak yang ingkar untuk menunjukkan bahawa klausa LAD termasuk dengan jumlah yang dinyatakan dalamnya itu adalah tidak munasabah. [24] Lagipun, di dalam kes ini tiada isu ketidakmunasabahan gantirugi telah dibangkitkan atau ditimbulkan.” 49. Nas undang-undang di atas adalah mantap di atas isu ini. Plaintif tidak perlu untuk membuktikan kerugian sebenar yang dialami oleh mereka mahupun keperluan untuk memitigasikan kerugian kerana plaintif disini hanya menguatkuasakan hak mereka di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut. Tambahan pula defendan sendiri tidak pernah membangkitkan isu ketidakmunasabahan gantirugi jumlah tertentu yang dituntut oleh plaintif. 50. Mahkamah berpendapat isu ini juga bukanlah satu isu yang perlu dibicarakan. KESIMPULAN 51. Fakta-fakta dalam kes ini dan isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan adalah jelas dan dapat diputuskan melalui keterangan affidavit dan telah diputuskan oleh nas undang-undang terdahulu. Isu-isu tersebut juga tidak memerlukan perbicaraan penuh. S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA JA-A52NCvC-185-06/2024 Alasan Penghakiman 20 52. Hakikatnya defendan telah gagal membuat serahan milikan kosong hartanah tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Defendan tidak mempunyai sebarang pembelaan yang bermerit untuk menentang tuntutan plaintif di sini. 53. Sebaliknya plaintif telah mengalami kerugian kerana hartanah yang dibeli tidak dapat dimiliki dalam tempoh yang dijanjikan oleh defendan. 54. Mahkamah berpendapat terdapat merit di dalam permohonan Penghakiman Terus yang dipohon oleh plaintif di sini. 55. Mahkamah membenarkan perintah seperti dipohon di Lampiran 8 dengan kos RM3,000.00 ditanggung oleh defendan. Bertarikh pada 21 Januari 2025 ………………………………….. LAILAWATI BINTI ALI HAKIM Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan: Loh Wei Cher Shobana Mala a/p Krishnan T/n Yeo Law Chambers T/n Shobana M & Assocs. S/N jsqkw1U1ekY562lGNAfjA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.