apa-apa perintah lanjut dan/atau relief lain yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh Mahkamah ini. Alasan Plaintif-Plaintif bagi Saman Pemula ini adalah, antara lain, seperti berikut: i. Plaintif-Plaintif telah dinamakan dalam pengendorsan Perintah Mahkamah Sesyen PJ walaupun mereka bukan pihak dalam guaman tersebut; ii. Perintah Mahkamah Sesyen PJ adalah terbatal kerana Perintah Mahkamah Sesyen PJ diperoleh secara pelanggaran keadilan asasi (breach of natural justice) dan pada asalnya adalah cacat (flawed); iii. Perintah Mahkamah Sesyen PJ mengandungi suatu kecacatan yang serius di mana Perintah tersebut adalah secara semula jadi bersifat kewangan (monetary in nature) dan tidak sepatutnya dilaksanakan oleh prosiding komital terhadap Plaintif-Plaintif menurut antara lain Aturan 45 kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; dan iv. demi kepentingan keadilan, lanjutan masa seharusnya diberikan kepada Plaintif-Plaintif untuk memfailkan tindakan ini kerana Plaintif-Plaintif telah sejak dan sepanjang prosiding dalam guaman Mahkamah Sesyen PJ telah menegaskan S/N xnrqjlZD4kmxMKbXgkiOKQ bahawa Plaintif-Plaintif diwakili oleh Plaintif Pertama bukan pihak-pihak dalam guaman tersebut. Namun, Perintah tersebut yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen PJ masih mengikat Plaintif-Plaintif, telah melanggari keadilan asasi dan undang-undang yang terpakai. Oleh itu, Plaintif-Plaintif mohon untuk penangguhan prosiding sepatutnya dibenarkan di hadapan Mahkamah ini sementara menunggu perbicaraan penuh dan penentuan guaman/permohonan ini, gagal yang mana Plaintif-Plaintif akan diprejudiskan dengan serius. [2] Mahkamah ini meneliti afidavit sokongan diikrarkan oleh Plaintif Pertama untuk semua Plaintif yang memfailkan Saman Pemula ini untuk mengetepikan Perintah Mahkamah Sesyen PJ dan menyatakan seperti yang berikut: • Plaintif Pertama ialah warganegara Malaysia dan mempunyai alamat tempat tinggal di Singapura. • Plaintif Pertama ialah pengarah syarikat dan pemegang saham E-Komoditi Sdn Bhd. E-Komoditi Sdn Bhd menjalankan perniagaan business-to-business E-Commerce solution provider, software development, business of providing information technology professional consultancy, training and project management services. S/N xnrqjlZD4kmxMKbXgkiOKQ • Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga juga adalah pengarah-pengarah syarikat E-Komoditi Sdn Bhd sejak 30-4-2021. Walau bagaimanapun, pada tarikh Saman Pemula ini difailkan Plaintif ketiga bukan lagi menjadi pengarah syarikat E-Komoditi Sdn Bhd. • Defendan ialah syarikat yang diperbadankan menurut undang-undang di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan penyelesaian kewangan bagi e-payment dan penyelesaian pengurusan pelaburan. • E-Komoditi Sdn Bhd telah melantik Defendan untuk menyediakan perkhidmatan/pembangunan perkhidmatan/pembangunan mengenai Integrated Plantation Management System (IPMS) dan juga memberi E-Komoditi Sdn Bhd hak bagi penggunaan dan juga intellectual right bagi Acumatica Accounting and Finance ERP Solutions yang digunapakai dan/atau diubahsuai oleh Defendan. • E-Komoditi Sdn Bhd telah dilantik oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad yang mana E-Komoditi Sdn Bhd perlu mengendalikan pembangunan IPMS yang mana IPMS akan disumberkan oleh Defendan bagi kegunaan Kuala Lumpur Kepong Berhad. • bagi maksud projek antara E-Komoditi Sdn Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Berhad itu, E-Komoditi Sdn Bhd dan Defendan memasuki suatu Term Sheet Relating to the Master Partnership Agreement yang mengandungi hal perkara mengenai terma komisen yang akan dimasukkan dalam Master Partnership S/N xnrqjlZD4kmxMKbXgkiOKQ Agreement dengan Kuala Lumpur Kepong Berhad. Defendan enggan dan/atau menolak untuk menandatangani Master Partnership Agreement tersebut walaupun dinyatakan dalam Term Sheet. • selanjutnya, Defendan telah menyediakan suatu Proposal and Statement of Work Development Services for the IPMS kepada E-Komoditi Sdn Bhd yang menyatakan mengenai syarat bagi perkhidamatan untuk IPMS tersebut. • Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa Defendan gagal dan memungkiri terma-terma. Mahkamah Sesyen Petaling Jaya No. Pelaksanaan: BB-56J-20-08/2023 [3] Defendan [Century Software (M) Sdn Bhd] memfailkan tindakan undang-undang terhadap E-Komoditi Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. [4] E-Komoditi Sdn Bhd diwakili oleh peguam cara yang sama sebagaimana dalam Saman Pemulanya ini iaitu Tetuan Chris Lim Su Heng. Namun begitu, pada 26-4-2022, Tetuan Chris Lim Su Heng menarik diri daripada mewakili E-Komoditi Sdn Bhd atas alasan tidak memperoleh apa-apa arahan daripada E-Komoditi Sdn Bhd bagi persiapan perbicaraan. [5] Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (“Tn HMS”) dalam keputusannya memberikan penghakiman bertarikh 29-12-2022 yang memihak kepada Century Software (M) Sdn Bhd (plaintif) di mana E-Komoditi Sdn Bhd hendaklah membayar baki jumlah yang terhutang di S/N xnrqjlZD4kmxMKbXgkiOKQ bawah Projek Development Services for the Integrated Plantation Management System (IPMS), ganti rugi yang akan ditaksirkan terhadap defendan (E-Komoditi Sdn Bhd), faedah dan kos perbicaraan. [6] Seterusnya, Defendan [Century Software (M) Sdn Bhd] memfailkan tindakan pelaksanaan melalui suatu Judgment Debtor Summons bertarikh 15-8-2023 di Mahkamah Sesyen PJ terhadap E-Komoditi Sdn Bhd untuk melaksana penghakiman tersebut. [7] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah disampaikan dengan Judgment Debtor Summons tersebut. [8] Pada 19-10-2023, sebagai pengarah syarikat E-Komoditi Sdn Bhd Plaintif Pertama hadir dalam pendengaran Judgment Debtor Summons untuk menyatakan maklumat mengenai kedudukan kewangan, aset dan keupayaan Judgment Debtor Summons melunaskan/membayar jumlah Penghakiman tersebut. [9] Plaintif Pertama telah menyatakan kepada Tn HMS yang bijaksana dan kepada Defendan bahawa Plaintif Pertama bukanlah pihak dalam prosiding undang-undang dalam kes di Mahkamah Sesyen PJ itu dan Plaintif Pertama hanya hadir dalam prosiding atas kapasiti sebagai pengarah syarikat E-Komoditi Sdn Bhd untuk membantu Mahkamah.