Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: WA-25-208-05/2024 Dalam perkara Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966; Dan Dalam perkara Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989; Dan Dalam perkara Aturan 53, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; Dan Dalam perkara Akta LangkahLangkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) Pindaan 2022 (“Akta Covid-2022”) Dan Dalam perkara Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meminda tempoh masa berkanun 36 bulan kepada 54 bulan untuk penyerahan milikan kosong dalam suatu Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara Puncak Gama Sdn. Bhd. dan pembeli pembeli Residensi Bintang Bukit Jalil; S/N dZNcc1h2sUOgO0LihszfXw Dan Dalam perkara Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui satu surat bertarikh 30.3.2021 untuk memberi pengecualian tempoh dari 01.09.2020 sehingga 31.12.2020 (122 hari) bagi pengiraan masa serahan milikan kosong untuk Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara Puncak Gama Sdn. Bhd. dan pembeli pembeli Residensi Bintang Bukit Jalil; Dan Dalam perkara Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui satu surat bertarikh 26.4.2022 untuk memberi pengecualian tempoh dari 01.1.2021 sehingga 31.10.2021 (304 hari) bagi pengiraan masa serahan milikan kosong untuk Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara Puncak Gama Sdn. Bhd. dan pembeli pembeli Residensi Bintang Bukit Jalil;