Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: BA-25-34-05/2025 ANTARA LEONG MUN FATT (NO K/P: 760520-10-5597) & 56 LAGI … PEMOHON-PEMOHON
BA-25-34-05/2025
High Court of Malaysia14 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“amid & Anor v. Patco Malaysia Bhd [1995] 2 MLJ 442; [1995] 3 CLJ 627, Edgar Joseph Jnr FCJ merujuk kepada garis panduan dalam kes R v. Secretary of State for the Home Department, ex p Rukshanda Begum [1990] COD 107 dan merumuskan di 447 – “(i) The judge should grant leave if it is clear that there is a point for furthe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: BA-25-34-05/2025 ANTARA LEONG MUN FATT (NO K/P: 760520-10-5597) & 56 LAGI … PEMOHON-PEMOHON
1
1.
2
2.
3
3.
4
DATUK BORHAN BIN AMAN SHAH
5
TPR KHAIRULZAMAN BIN IBRAHIM PENGARAH JABATAN PERANCANGAN BANDAR
6
KERAJAAN NEGERI SELANGOR ... RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 1)
1
Melalui Lampiran 1, Pemohon-Pemohon memohon kebenaran memohon semakan kehakiman (Permohonan Kebenaran). Relief-relief yang dipohon oleh Pemohon-Pemohon boleh diringkas seperti berikut –
i
untuk menyemak keputusan, tindakan atau peninggalan Responden Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 yang membenarkan Responden Pertama dan Ke-2 hadir dalam Mesyuarat Pendengaran Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Draf Rancangan Tempatan (Penggantian) 2035 pada 7.2.2025 (Mesyuarat Siasatan);
II
(ii) suatu perintah deklarasi bahawa Responden Pertama dan Ke-2 tidak berhak membuat bantahan kepada pertukaran zon komersial dan perumahan pada tanah seluas 84 ekar tepi jalan utama Sabak Bernam-Klang di Pekan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam, Mukim Pasir Panjang; dan
III
(iii) secara alternatif, Deraf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2035 (Penggantian) untuk kawasan Mukim Pasir Panjang atau Sekinchan (Kawasan RT) melibatkan tanah 84 ekar tersebut dikekalkan sebagai zon komersial dan perumahan. S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw
2
Setelah meneliti suratcara Permohonan Kebenaran dan hujahan Pemohon, Mahkamah menolak Permohonan Kebenaran Pemohon-Pemohon. Berikut alasan keputusan tersebut.
3
Pemohon-Pemohon berupa pemilik berdaftar, benefisial atau wakil sah kepada pemilik berdaftar untuk hampir 84 ekar tanah yang terletak di hadapan Kilang Bernas Sekinchan, iaitu di tepi Jalan Utama Sabak Bernam-Klang (Tanah).
4
Pada tahun 2015, Responden Ke-3 meluluskan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2015-2025 (RT 2015- 2025) yang diwartakan pada 8.10.2015. Menurut RT 2015- 2025, Tanah tersebut dalam Blok Perancangan Kecil (BPK
5
5.1b) (Kawasan RT) dan dizonkan untuk zon komersil dan perumahan. RT 2015-2025 telah luput pada 8.10.2025.
5
Responden Ke-3 dalam tindakan menyediakan Rancangan Tempatan Penggantian (RT Penggantian) dan ke arah itu telah mendapatkan maklumat dan pandangan dari pelbagai agensi yang terlibat.
6
Kesemua Pemohon dan individu lain berjumlah 1,783 orang menyokong Kawasan RT dikekalkan sebagai zon untuk perniagaan dan perumahan. Mereka mengemukakan Borang Pandangan Awam kepada draf RT Penggantian. Ada beberapa S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw pihak yang membantah dan inginkan Kawasan RT dikembalikan ke zon asal iaitu pertanian.
7
Kesemua Pemohon-Pemohon dan orang-orang yang membantah termasuk Responden Pertama dan Ke-2 telah dijemput menghadiri Mesyuarat Siasatan itu pada 7.2.2025 dan kesemua Pemohon hadir. Tiada kehadiran mana-mana pihak yang membantah kecuali Responden Pertama dan Ke-2.
8
Pemohon-Pemohon mendakwa Responden Pertama dan Ke-2 selaku ahli Responden Ke-3, tiada hak untuk menghadiri Mesyuarat Siasatan itu mahupun mengemukakan bantahan kepada draf RT Penggantian.
9
Responden Ke-4 telah menolak bantahan Pemohon-Pemohon dan membenarkan Responden Pertama dan Ke-2 menghadiri dan mengemukakan bantahan dalam Mesyuarat Siastan tersebut.
10
Dalam Lampiran 1, Pemohon-Pemohon memohon kebenaran mencabar keputusan ini. Prinsip undang-undang berkaitan permohonan kebenaran
11
A. 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KM) menetapkan prosidur spesifik bagi memohon relif-relif di bawah Jadual 1 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91). Jelas dari S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw peruntukan A. 53 k.2(4) KM bahawa prosidur ini adalah untuk mana-mana pihak yang terjejas mencabar keputusan pihak berkuasa awam.
12
Di peringkat Permohonan Kebenaran, seseorang pemohon menanggung beban untuk membuktikan permohonannya tidak remeh dan menyusahkan dan yang permohonannya disokong oleh alasan-alasan yang kukuh (Association of Bank Officers, Peninsular Malaysia v. Malayan Commercial Banks Association [1990] 3 MLJ 228 di 229, WRP Asia Pacific Sdn Bhd v. Tenaga Nasional Bhd [2012] 4 MLJ 296 di 302; [2012] 4 CLJ 478, Kijal Resort Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Kemaman & Anor [2016] 1 MLJ 544 di 578).
13
Dalam kes Tuan Haji Sarip Hamid & Anor v. Patco Malaysia Bhd [1995] 2 MLJ 442; [1995] 3 CLJ 627, Edgar Joseph Jnr FCJ merujuk kepada garis panduan dalam kes R v. Secretary of State for the Home Department, ex p Rukshanda Begum [1990] COD 107 dan merumuskan di 447 – “(i) The judge should grant leave if it is clear that there is a point for further investigation on a full inter partes basis with all such evidence as is necessary on the facts and all such argument as is necessary on the law.
II
(ii) If the judge is satisfied that there is no arguable case he should dismiss the application for leave to move for judicial review. S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw
III
(iii) If on considering the papers, the judge comes to the conclusion that he really does not know whether there is or is not an arguable case, the right course is for the judge to invite the putative respondent to attend and make representations as to whether or not leave should be granted. That inter partes leave hearing should not be anywhere near so extensive as a full substantive judicial review hearing. The test to be applied by the judge at that inter partes leave hearing should be analogous to the approach adopted in deciding whether to grant leave to appeal against an arbitrator's award, … namely: if, taking account of a brief argument on either side, the judge is satisfied that there is a case fit for further consideration, then he should grant leave.”. Pemohonan Kebenaran Bantahan YB Peguam Negara
14
Pada tarikh pendengaran pada 15.10.2025, YB Peguam Negara tidak membantah kepada permohonan Pemohon-Pemohon.
15
Mahkamah membangkitkan persoalan sama ada keputusan Responden Ke-4 yang membenarkan Responden Pertama dan Ke-2 hadir Mesyuarat Siasatan tersebut adalah suatu keputusan yang muktamad dan yang boleh dicabar melalui prosiding semakan kehakiman. Pemohon-Pemohon dan Peguam Kanan Persekutuan (PKP) yang mewakili YB Peguam Negara diberikan masa meneliti isu ini.
16
Pada tarikh pendengaran pada 14.11.2025, PKP yang mewakili YB Peguam Negara mengemukakan hujahan untuk membantah kepada permohonan Pemohon-Pemohon. Walau bagaimanapun, peguam Pemohon-Pemohon merujuk kepada surat YB Peguam Negara bertarikh 7.11.2025, di mana YB Peguam Negara sekali lagi menyatakan mereka tiada bantahan kepada Lampiran
1
Beliau pohon agar bantahan YB Peguam Negara dan hujahan bertulis mereka diabaikan.
17
Seterusnya Pemohon-Pemohon berhujah keputusan Responden Ke-4 itu suatu keputusan yang boleh disemak dalam prosiding semakan kehakiman kerana ianya bukan suatu keputusan yang “non-justiciable”.
18
Pemohon-Pemohon juga berhujah Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan isu berkenaan tindakan Responden-Responden yang jelas melanggar tugas statutori dan membuat keputusan yang tidak adil dan tidak munasabah.
19
Pemohon-Pemohon juga merujuk kepada keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berikut untuk menyokong hujahan mereka –
i
Perbadanan Pengurusan Sunrise Garden Condominium v. Sunway City (Penang) Sdn Bhd & Ors and another appeal [2023] 2 CLJ 333 di 359; [2023] 2 MLJ 621; dan
II
(ii) Datuk Bandar Kuala Lumpur v. Perbadanan Pengurusan Trellises & Ors and other appeals [2023] 5 CLJ 167 di 194. Dapatan Mahkamah Peranan PN di peringkat kebenaran
20
A.53 k.3(3) KM mewajibkan notis berkenaan setiap permohonan untuk mendapat kebenaran semakan kehakiman diberi kepada YB Peguam Negara tidak kurang daripada tiga hari sebelum pendengaran permohonan untuk mendapat kebenaran semakan kehakiman tersebut. Ini bagi membolehkan YB Peguam Negara menyatakan pendiriannya sama ada terdapat bantahan terhadap permohonan tersebut.
21
Prinsip undang-undang berkenaan peranan YB Peguam Negara dalam permohonan untuk kebenaran memohon semakan kehakiman adalah mantap.
22
Dalam kes Kanawagi A/L Seperumaniam v. Dato’ Abdul Hamid Bin Mohamad [2004] 5 MLJ 495, Faiza Tamby Chik H menyatakan di 500 - “There is a good reason why the applicant is required to serve the cause papers on the AG. The rule is based on the principle that judicial review is a principal tool of ‘public law’ applicable to ‘public’ bodies in claims brought before a specialized administrative court. In Malaysia, this administrative court is the S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw High Court in its originating jurisdiction. As public bodies impliedly attract public interest and the guardian of public interest is the AG this provision makes the AG a nominal party in all judicial review applications. The intention of this rule was to ensure that the AG vets all judicial review applications in order to ascertain if his participation is warranted. Whether the AG elects to appear or not is solely at his discretion. And if the AG does elect to appear by himself or his representative then the court is bound to give a hearing and thereafter decide the matter. The court has no jurisdiction not to hear the AG. However if the AG appears it is for the AG to show the public element involved in the application and to either support or oppose the application. However, if there is no public element involved, there is no need for the AG to appear and it would be implied that the non-appearance of the AG would mean that the application did not touch issues of public interest. The AG in electing to appear in a judicial review application must be cautious that his appearance is only in relation to matters of public interest. This is important for there is a high degree of confusion that a public body exercising public function may take a decision which affects a person which invites private law. In such a situation the participation of the AG is not necessary as no element of public interest is involved. Not all decisions by public bodies involve public issues. Some decisions only involved private issues not touching public issues.” S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw (Messrs Tai Choi Yu & Co, Advocates (suing as a firm and Tai Choi Yu as sole proprietor) v. Arifin bin Zakaria & Anor [2020] 5 MLJ 207 di 216).
23
Mahkamah setuju YB Peguam Negara tidak boleh mengambil pendirian yang berbeza-beza dalam prosiding Permohonan Kebenaran lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana mereka telahpun maklumkan Pemohon-Pemohon mereka tiada bantahan buat kali kedua. Hujahan mereka akan diabaikan.
24
Walau bagaimanapun, Pemohon-Pemohon masih mempunyai beban untuk menunjukkan Lampiran 1 menepati kesemua elemen sesuatu Permohonan Kebenaran. Perancangan tempatan
25
25.
Part
Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
Content
172) adalah berkenaan rancangan kemajuan. Ini termasuk peruntukan berhubung pengantian rancangan tempatan.
26
Proses meluluskan draf cadangan perancangan tempatan atau atau draf cadangan penggantian rancangan tempatan adalah suatu proses yang melibatkan pelbagai pihak dan pelbagai pertimbangan termasuk –
i
ciri utama fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial; termasuklah penggunaan utama tanah Negeri itu;
II
(ii) rancangan fizikal Negara dan dasar utama Negara mengenai ekonomi, sosial, fizikal dan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar yang lain; dan
III
(iii) bilangan, komposisi dan taburan penduduk Negeri itu.
27
Secara ringkas, proses ini bermula dengan penyediaan draf rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri. Draf tersebut akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Sebelum sesuatu keputusan berkenaan draf itu dibuat, orang-orang yang berkaitan akan diberi peluang untuk membuat representasi dalam siasatan yang akan dijalankan oleh suatu Jawatankuasa Siasatan yang dilantik untuk tujuan tersebut.
28
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh meluluskan draf itu atau meluluskannya dengan ubahsuaian setelah mengambilkira bantahan atau representasi yang dibuat. Draf tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri bagi kelulusan mereka.
29
Selepas kelulusan Jawatankuasa ini, draf tersebut akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi persetujuan mereka dan apabila persetujuan diberikan, rancangan itu akan berkuat kuasa.
30
Aduan Pemohon-Pemohon dalam
Lampiran
Lampiran 1 adalah berkenaan keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Siasatan tersebut. Ini bukan keputusan berhubung draf rancangan tempatan dibuat dalam Mesyuarat Siasatan ini. 31. Mahkamah mendapatkan aduan sebenar Pemohon-Pemohon adalah berkenaan Perancangn Tempatan untuk Kawasan RT tersebut. Ini kerana ada kemungkinan zon Kawasan RT itu akan ditukarkan kembali ke zon asal iaitu pertanian. Sebarang pertukaran berkaitan zon dalam RT (Penggantian) akan memudaratkan segalan rancangan, usaha dan langkah-langkah yang telahpun diambil oleh Pemohon-Pemohon untuk membangunkan Tanah. 32. Tetuan Capaian Semangat Sdn Bhd adalah pemaju yand dilantik Pemohon-Pemohon untuk membangunkan Tanah tersebut. Majlis Daerah Sabak Bernam telahpun meluluskan permohonan pemaju untuk kebenaran merancang atas Tanah tersebut pada 20.10.2021. 33. Walau bagaimanapun, apabila pemaju membuat permohonan untuk di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965, permohonan itu ditolak dan rayuannya juga ditolak oleh Lembaga Rayuan Negeri Selangor pada 14.4.2022. S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw 34. Keputusan ini adalah halperkara Permohonan Semakan Kehakiman No BA-25-18-02/2025. 35. Dalam konteks kes ini, Mesyuarat Siasatan itu adalah semata-mata untuk mendengar representasi dan bantahan orang berkenaan draf rancangan tempatan tersebut. 36. Keputusan meluluskan sesuatu draf rancangan tempatan adalah dalam bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri sahaja dan bukan mana-mana pihak yang lain. 37. Dalam keadaan ini, keputusan untuk membenarkan Responden Pertama dan/atau Ke-2 menghadiri Mesyuarat Siastan dan membuat bantahan bukanlah suatu keputusan muktamad berkenaan RT Penggantian itu. 38. Dalam kes Taylor’s College Sdn Bhd v Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia & Ors [2009] 3 MLJ 437; [2009] 5 CLJ 153, permohonan untuk semakan kehakiman telah dibuat terhadap keputusan responden pertama yang kesatuan sekerja itu kompeten untuk mewakili pekerja-pekerja perayu. Suriyadi HMR (pada ketika itu) memutuskan di 448 – “this appeal could also be dismissed on the ground that the judicial review application by the appellant merely served to fragment the decision making process and hence premature. We were not convinced that a 'decision' existed here that was amenable to judicial review in the context of judicial or administrative proceedings. The decision of the first respondent S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw could not be said to have effectively disposed of the matter whereby its decision was final and determinative of the issue under consideration. The High Court in Australian Broadcasting Tribunal v Bond & Ors 94 [2009] 3 MLJ 437 at 449ALR 11 when considering whether a decision was amenable to judicial review under the provisions of the Administrative Decisions (Judicial Review) Act 1977 had occasion to remark: … On the one hand, the purposes … are to allow persons aggrieved by the administrative decision-making processes of government a convenient and effective means of redress and to enhance those processes. On the other hand, in so far as the ambit of the concept of 'decision' is extended, there is a greater risk that the efficient administration of government will be impaired … To interpret 'decision' in a way that would involve a departure from the quality of finality would lead to fragmentation of the processes of administrative decision-making and set at risk the efficiency of the administrative process.” (Myteksi Sdn Bhd & ors v. Suruhanjaya Pesaingan [2020] 11 MLJ 93 di 103). 39. Sekiranya Mahkamah membenarkan Pemohon-Pemohon membuat permohonan ini, maka Pemohon-Pemohon atau mana-mana pihak yang lain boleh mencabar setiap keputusan pihak-pihak di setiap peringkat dalam proses meluluskan draf rancangan tempatan selain keputusan Pihak Berkuasa Negeri. S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw S/N Ckt/lvRkDkCr3nQRVxtkuw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.