Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BNCvC-54-08/2024
BA-12BNCvC-54-08/2024
High Court of Malaysia3 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ntutan Plaintif. Dapatan undang-undang Tuan HMS adalah selari dengan Seksyen 101 sehingga 103 Akta Keterangan 1950 sepertimana diterangkan dalam kes Sumbang Projeks Sdn. Bhd. v Tenaga Nasional Berhad [2014] MLJU 1813, iaitu: “[47] it is trite law that in civil claim the legal burden rests through out with the plaintif”
“u-Perayu merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kepong Prospecting Ltd & Ors v. Schmidt [1968] 1 MLJ 170; dan kes RHB Islamic Bank Berhad v Amgeneral Insurance Berhad & Ors and other appeal [2019] MLJU 562”
“(b) kes Mahkamah Rayuan: Tay Keong Kok & Ors v. Eastmont Sdn Bhd and another appeal [2024] 5 MLJ 683; dan S Quarry Sdn Bhd v Desaru Development Corp Sdn Bhd & Ors [2019] MLJU 99.”
“hati oleh Plaintif tanpa bayaran adalah sematamatanya satu pemikiran lepas (‘’afterthough”). Mahkamah ini dirujuk kepada keputusan kes Mahkamah Tinggi di Loh Teck Wah v Euroland & Development Sdn Bhd [2022] MLJU 2287, dimana ianya diputuskan bahawa − **Note : Serial number will be used to verify the originality of this”
“rry Messenger. I find that the Appellant agreed to repay the sum of RM 500,000.00 to the Respondents…”. Mahkamah Sesyen juga dirujuk kepada kes Farlim Group (Malaysia) Bhd v Impact Resources Sdn Bhd [2022] MLJU 337, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa “[5] Then there were the WhatsApp messages from Farlim’s proje”
“(c) Onyx Engineering Sdn Bhd v. Iconz Development Sdn Bhd [2024] MLJU 140.”
“ah beberapa kali meminta penangguhan pembayaran daripada Plaintif.”. Mahkamah Sesyen dirujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Tseu Fui Loong v Optimax Healthcare Services Sdn Bhd & Anor [2024] MLJU 881 yang memutuskan bahawa “[22] The document that proves the existence of the said loan and the admission by”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BNCvC-54-08/2024
1
LEOW KIM YOON
2
OH SOON HENG
3
OH SOON LAI (NO. K/P: 910316-10-5005) − PERAYU-PERAYU DAN Z SENG RENOVATION ENTERPRISE (No PENDAFTARAN: 201703080578/002627762-P) − RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen Di Bandar Baru Bangi Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia Guaman Sivil No.: BI-A52NCvC-48-12/2021 ANTARA Z SENG RENOVATION ENTERPRISE (No PENDAFTARAN: 201703080578/002627762-P) − PLAINTIF
1
LEOW KIM YOON (NO. KP: 700424-10-6480) 08/04/2025 08:40:38
2
OH SOON HENG
3
OH SOON LAI (NO. K/P: 910316-10-5005) − DEFENDAN-DEFENDAN) [Diputuskan oleh Tuan Effandi Nazila bin Abdullah, Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, pada 9 Ogos 2024] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Peguam cara Perayu-Perayu menulis (surat bertarikh 3-2-2025) kepada Mahkamah ini memaklumkan bahawa Notis Usul untuk kebenaran merayu kepada Mahkamah Rayuan telah difailkan. Keputusan Mahkamah ini (peringkat rayuan) diberikan pada 3-1-2025. Peguam cara Perayu-Perayu memohon Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi. Notis Rayuan Perayu-Perayu bertarikh 25-3-2025. [2] Puan Leow Kim Yoon, Defendan Pertama, dan 2 anaknya, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga (Defendan-Defendan) tidak berpuas hati dengan keputusan Tn Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana, Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi (“Tn HMS yang bijaksana”) yang membenarkan tuntutan syarikat Z Seng Renovation Enterprise dengan kos sebanyak RM2000.00. Keputusan Tn HMS yang bijaksana ialah − “PENGHAKIMAN TINDAKAN INI telah ditetapkan untuk keputusan DALAM KEHADIRAN Chew Cal Vin peguamcara bagi pihak Plaintif, Lee Hong Yap, peguamcara bagi pihak Defendan-Defendan DAN SETELAH MENDENGAR keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan-Defendan serta meneliti semua eksibit yang dikemukakan DAN SETELAH MEMBACA hujahan bertulis kesemua pihak yang difailkan di sini MAKA ADALAH PADA HARI INI DIHAKIMI bahawa −
1
Defendan-Defendan membayar hutang tersebut sebanyak RM116,280.00 dengan serta merta kepada Plaintif;
2
Bahawa Cek Public Bank No. 480847 bertarikh 10-1-2020 berjumlah RM66,000.00 yang dikeluarkan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif merupakan cek tidak laku/ditendang (“dishonoured cheque”) menurut Seksyen 47 Akta Pertukaran Bil 1949;
3
Bahawa Defendan-Defendan membayar faedah pada kadar 5% setahun dari 10.01.2020 sehingga penyelesaian penuh ke atas pembayaran sebahagian jumlah terhutang sebanyak RM66,000.00;
4
Bahawa Defendan-Defendan membayar faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan Writ iaitu pada 29 Disember 2021 sehingga tarikh Penghakiman ini ke atas jumlah terhutang sebanyak RM50,280.00;
5
Bahawa Defendan-Defendan membayar faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh Penghakiman ini sehingga tarikh penyelesaian penuh ke atas baki jumlah terhutang sebanyak RM50,280.00; dan
6
Defendan-Defendan membayar kos sejumlah RM2,000.00 kepada Plaintif.”. Ringkasan kes: [3] Plaintif memfailkan ringkasan kes seperti yang berikut: “1. Pada setiap masa yang material, Plaintif merupakan sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian.
2
Di atas permintaan Defendan Pertama, Plaintif telah bersetuju untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap sebuah rumah yang terletak di No. 5, Jalan 5/1D, Hill View Residence, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor (“rumah tersebut”) yang dimiliki oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga.
3
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga merupakan pemilik bersama (“co-owners”) rumah tersebut serta merupakan anak-anak kepada Defendan Pertama.
4
Sepanjang tempoh pengubahsuaian rumah tersebut iaitu dari 31-10-2019 − 3-1-2022, pekerja-pekerja Plaintif telah diberi akses ke rumah tersebut serta kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan adalah dalam pengetahuan Defendan-Defendan sendiri.
5
Pada setiap masa yang material juga, skop serta kos kerja-kerja pengubahsuaian Plaintif adalah dipersetujui oleh Defendan Pertama. Dalam hal ini, jumlah kos pengubahsuaian yang dipersetujui adalah sebanyak RM110,280.00.
6
Selanjutnya, di atas permintaan Defendan Pertama, Plaintif telah meminjamkan kepada Defendan Pertama suatu pinjaman persahabatan (“friendly loan”) sebanyak RM6,000.00 pada 10.12.2019 melalui suatu cek bernombor 063419.
7
Apabila kerja-kerja pengubahsuaian terhadap rumah tersebut telah disempurnakan oleh Plaintif pada 3-1-2020, Plaintif telah berkali-kali menuntut bayaran daripada Defendan Pertama namum, Defendan Pertama sentiasa mengheret pembayaran jumlah tertunggak tersebut kepada Plaintif. Sehingga kini, jumlah tertunggak adalah sebanyak RM116,280.00 yang terdiri daripada berikut: NO. BUTIR
1
Kos kerja-kerja pengubahsuaian RM110,280.00 2. Pemulangan Pinjaman Persahabatan RM6,000.00 Jumlah Tertunggak RM116,280.00 BAYARAN SEBAHAGIAN (“PART PAYMENT’)
8
Defendan Pertama selanjutnya pada 10-1-2020, telah menyerahkan suatu Cek Public Bank No. 480847 oleh pemegang akaun E&E Nail Studio, bertarikh 10-1-2020 yang berjumlah RM66,000.00 (“Cek Tersebut”) kepada Plaintif sebagai bayaran sebahagian jumlah tertunggak tersebut.
9
Selepas Plaintif mendepositkan cek tersebut, Plaintif telah menerima suatu ‘Notis Pulangan Cek’ daripada Hong Leong Bank pada 13-1-2020 yang mengatakan bahawa akaun E&E Nail Studio telahpun ditutup dan cek tersebut tidak dapat diproseskan.
10
Sehubungan dengan itu, suatu carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas E&E Nail Studio mendapati bahawa perniagaan E&E Nail Studio telahpun luput dan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga merupakan pemilik bersama perniagaan tersebut.
11
Defendan-Defendan kini telah memperolehi suatu faedah dan/atau pengayaan yang tidak patut daripada perkhidmatan-perkhidmatan Plaintif.
12
Plaintif mengatakan bahawa Defendan-Defendan adalah bertanggungan secara bersesama dan berasingan (“jointly and severally liable”) kepada Plaintif untuk membayar jumlah tertunggak tersebut.
13
Pengataan Defendan-Defendan di mana kerja-kerja pengubahsuaian adalah dibuat secara rela hati memandangkan Plaintif telah jatuh hati kepada Defendan Pertama adalah tidak logik dan dibuat dengan niat mencederakan Plaintif.
14
Oleh yang demikian, Plaintif dengan rendah diri memohon satu Penghakiman Muktamad dimasukkan terhadap Defendan-Defendan sepertimana yang dipohon dengan kos ditanggung oleh Defendan-Defendan.”. [4] Defendan-Defendan memfailkan ringkasan kes seperti yang berikut: “1. Pada setiap masa yang material, Defendan-Defendan tidak melantik Plaintif untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian Rumah tersebut.
2
Defendan Pertama menafikan dengan tegas memasuki suatu perjanjian pinjaman persahabatan wang berjumlah RM6,000.00 ataupun menerima wang pinjaman RM6,000.00 tersebut. Defendan Pertama turut menafikan bersetuju untuk membayar balik wang tersebut kepada Plaintif secepay mungkin seperti didakwa.
3
Selanjutnya, Defendan Pertama menegaskan bahawa Plaintif telah menawarkan kepada Defendan Pertama untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan (berbentuk kecil) atas Rumah tersebut dan bahawa −
a
Defendan Pertama dan Plaintif tidak pernah memasuki perjanjian mahupun bersetuju untuk melantik Plaintif bagi kerja pengubahsuaian Rumah tersebut sejumlah RM110,280.00 dan/atau membayar Plaintif sejumlah RM116,280.00 seperti yang didakwa;
b
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak melantik Plaintif dan/atau mempunyai apa-apa persetujuan perjanjian dengan Plaintif untuk Plaintif menjalankan kerja pengubahsuaian Rumah tersebut sejumlah RM110,280.00;
c
Defendan-Defendan tidak menandatangani apa-apa dokumen perjanjian dengan Plaintif bagi kerja pengubahsuaian Rumah tersebut;
d
Kerja-kerja pembaikan Rumah tersebut adalah dibuat secara rela hati oleh Plaintif tanpa bayaran memandangkan Plaintif jatuh hati dan ingin mendampingi Defendan Pertama;
e
Kerja-kerja pembaikan yang berbentuk kecil hanya dilakukan di siling, cabinet, paip dan bukan kerja pengubahsuaian Rumah tersebut;
f
Kerja pembaikan tersebut tidak berjumlah RM110,280.00 yang adalah mala fide terlampau tinggi, tidak munasabah, haram dan tuntutan menindas Defendan-Defendan;
g
Jikapun, Defendan Pertama perlu membayar ia hanyalah sejumlah nominal sahaja;
h
Surat tuntutan peguam cara Plaintif bertarikh 9-9-2021 jelas mencatatkan kos perkhidmatan yang diberikan adalah untuk pembaikan siling, cabinet dan paip;
i
Surat tuntutan peguam cara Plaintif bertarikh 9-9-2021 tidak menimbulkan dakwaan pinjaman persahabatan RM6,000.00 yang dinyatakan di perenggan 13 pernyataan tuntutan tersebut. Dakwaan pinjaman persahabatan tersebut jelas adalah suatu rekaan, pemikiran terkemudian, mala fide, haram dan bertujuan menindas Defendan Pertama;
j
Surat peguam cara Defendan-Defendan bertarikh 29-9-2021 telah menjawab tuntutan (yang dinafikan) Plaintif tersebut; dan
k
Walau bagaimanapun, permintaan peguam cara Defendan-Defendan untuk segala dokumen menyokong tuntutan Plaintif tidak dibalas oleh Plaintif mahupun peguam cara Plaintif.
4
Selanjutnya, Defendan-Defendan menafikan dengan tegas bahawa Defendan-Defendan bertanggungan secara bersama dan berasingan atas tuntutan Plaintif (yang dinafikan) seperti didakwa di perenggan 35 pernyataan tuntutan tersebut.
5
Sebaliknya, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menegaskan bahawa Plaintif tidak ada sebarang kausa tuntutan terhada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan/atau tuntutan Plaintif (yang dinafikan) adalah haram mala fide penyalahgunaan proses Mahkamah ini.
6
Justeru itu, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menegaskan bahawa dakwaan pengakuan oleh Defendan Pertama (yang dinafikan) tidak mengikat Defendan Kedua dan Defendan Ketiga seperti didakwa di perenggan 36 pernyataan tuntutan tersebut.
7
Perenggan 37 hingga 44 pernyataan tuntutan tersebut juga dinafikan dengan tegas dan Defendan-Defendan, terutamanya Defendan Pertama sesungguhnya menegaskan bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menyerahkan cek Public Bank kepada Plaintif seperti yang didakwa.
8
Defendan-Defendan sesungguhnya menegaskan bahawa dakwaan pemberian cek oleh Defendan Pertama kepada Plaintif adalah tidak berasas dan/atau logik dan/atau adalah mala fide berdasarkan fakta bahawa E&E Nail Studio telah menutup akaun bank tersebut.
9
Seterusnya, Defendan-Defendan menafikan dengan tegas memberi cek tersebut kepada Plaintif dan/atau mengisi menulis maklumat penerima jumlah, tarikh atas cek tersebut.
10
Sebagai tambahan, Defendan-Defendan menegaskan bahawa cek tersebut tidak digunakan dipakai memandangkan akaun bank telah ditutup.
11
Lagipun, tidak ada sebarang balasan yang diberi oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan untuk Defendan Pertama memberi cek tersebut kepada Plaintif.
12
Defendan-Defendan menegaskan Akta Pertukaran Bil 1949 tidak terpakai dan Defendan-Defendan akan merujuk kepada Akta Pertukaran Bil 1949 pada masa perbicaraan.
13
Dakwaan di perenggn 46 pernyataan tuntutan tersebut dinafikan dengan tegas. Defendan-Defendan akan merujuk kepada Surat bertarikh 29-9-2021 pada masa perbicaraan.
14
Defendan-Defendan menegaskan bahawa tuntutan Plaintif tersebut yang dinafikan adalah haram mala fide penyalahgunaan proses Mahkamah.
15
Selanjutnya, Defendan-Defendan menegaskan bahawa Plaintif tidak ada kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan dan memohon tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ditolak dan/atau dibatalkan dengan kos.”. Alasan penghakiman Tn HMS yang bijaksana: [5] Dalam pengenalan AP, Tn HMS yang bijaksana menyatakan bahawa Plaintif adalah syarikat milikan tunggal yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian. Di atas permintaan Defendan-Defendan (melalui Defendan Pertama), Plaintif telah bersetuju untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap sebuah rumah yang terletak di No. 5, Jalan 5/1D, Hill View Residence, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor (“rumah tersebut”). Defendan Kedua dan Defendan Ketiga merupakan pemilik bersama (“co-owners”) rumah tersebut serta merupakan anak-anak kepada Defendan Pertama. Sepanjang tempoh pengubahsuaian rumah tersebut iaitu dari 31- 10-2019 hingga 3-1-2020, pekerja-pekerja Plaintif telah diberi akses ke rumah tersebut serta kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan adalah dalam pengetahuan Defendan-Defendan sendiri. Skop serta kos kerja-kerja pengubahsuaian Plaintif adalah dipersetujui oleh Defendan Pertama sebanyak RM110,280.00. Atas permintaan Defendan Pertama, Plaintif telah meminjamkan kepada Defendan Pertama suatu pinjaman persahabatan (“friendly loan”) sebanyak RM 6,000.00 pada 10-12-2019 melalui suatu cek bernombor 063419. Apabila kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut telah siap disempurnakan oleh Plaintif pada 3-1-2020, Plaintif telah berkali-kali menuntut bayaran daripada Defendan Pertama namun, Defendan Pertama sentiasa mengheret pembayaran jumlah tertunggak tersebut kepada Plaintif. Sehingga kini, jumlah tertunggak adalah sebanyak RM116,280.00 yang terdiri daripada berikut: i. Kos kerja-kerja pengubahsuaian RM110,280.00. ii. Pemulangan Pinjaman Persahabatan RM6,000.00. iii. Jumlah Tertunggak (“Jumlah Tertunggak Tersebut”) RM116,280.00. Plaintif telah melalui bekas peguam caranya, memajukan surat tuntutan bertarikh 9-9-2021 kepada Defendan-Defendan untuk menuntut Jumlah Tertunggak Tersebut. Namun begitu, tiada bayaran daripada Defendan-Defendan sehingga kini. Atas kegagalan dan/atau keengganan Defendan-Defendan untuk membayar Plaintif, Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan. [6] Dalam perbicaraan, Plaintif telah memanggil Encik Nai Kong Hui sebagai saksi dan Pihak Defendan juga telah memanggil 4 saksi iaitu Leow Kim Yoon, Oh Soon Heng, Oh Soon Lai dan Lin Kien Siong memberikan keterangan bersumpah di Mahkamah. Dapatan dan keputusan Mahkamah Sesyen: [7] Bagi isu sama ada pelantikan Plaintif untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian di rumah tersebut atas arahan Defendan Pertama? Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa berdasarkan keterangan Defendan Pertama sendiri mengakui mengenal Encik Nai Kong Hui, pemilik perniagaan Hardware Bandar Teknologi sejak tahun 2019 dan terdapat juga pelbagai dokumen kontemporari yang juga menunjukkan bahawa Plaintif sebenarnya telah diarahkan oleh Defendan Pertama untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian di rumah tersebut dari tempoh 31-10-2019 hingga 3-1-2020. Rujukan kepada permintaan Defenden Pertama untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang diarahkan dapat dilihat pada perbualan ‘WhatsApp’ di antara Plaintif dan Defendan Pertama sepanjang tempoh pengubahsuaian tersebut. Defendan Pertama sendiri telah mengakui bahawa perbualan “Whatsapp” yang dirujuk di Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif 2 [G] dari muka surat 1 – 162 adalah benar dan tidak dipertikaikan. Perenggan 10 AP memutuskan − “[10] Secara keseluruhan, berdasarkan keterangan Plaintif dan dokumen yang ada Mahkamah dapati kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut yang melibatkan kebocoran air, penukaran papan plaster, pemasangan kabinet dan pembaikan bilik, pemasangan kain langsir dan lain-lain lagi sememangnya telah diarahkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. Pengataan Defendan-Defendan bahawa mereka tidak melantik Plaintif untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian tersebut adalah bercanggah dengan keterangan Defendan Pertama serta dokumen-dokumen kontemporari yang ditunjukkan kepada Mahkamah ini.”. [8] Bagi isu sama ada kos pengubahsuaian rumah tersebut sebanyak RM110,280.00 telah dipersetujui serta di dalam pengetahuan penuh Defendan-Defendan dan bukannya dibuat secara rela hati oleh Plaintif tanpa bayaran seperti yang didakwa? Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa berdasarkan pembelaan utama Defendan-Defendan (seperti yang diplidkan) adalah bahawa kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut telah dibuat secara rela hati oleh Plaintif tanpa mengenakan sebarang bayaran memandangkan Plaintif telah jatuh hati dan ingin mendampingi Defendan Pertama. Berdasarkan keterangan dan bukti yang ada, Mahkamah Sesyen bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa −
a
Pada setiap masa yang material, Defendan Pertama sememangnya mengetahui sepenuhnya jumlah kos pengubahsuaian yang dilakukan Plaintif.
b
Defendan Pertama telah mengakui jumlah tertunggak tersebut dan telah beberapa kali meminta penangguhan pembayaran daripada Plaintif.
c
Tiada sebarang bukti dokumentari yang menyokong kenyataan Defendan-Defendan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut adalah dibuat secara rela hati, apatah lagi penyataan bahawa Plaintif telah jatuh hati terhadap Defendan Pertama.
d
Surat balasan peguam cara Defendan-Defendan yang bertarikh 29-9-2021 telah menyatakan bahawa Defendan-Defendan adalah bersedia untuk membayar satu jumlah nominal kepada Plaintif. Perenggan [12] & [13] AP memutuskan − “[12] Rujukan pertama dapat dilihat pada mesej “WhatsApp” di antara Plaintif dan Defendan Pertama pada 4-1-2020, di mana Plaintif telah menyenaraikan jumlah kos pengubahsuaian (pada ketika itu) dalam RM107,033.00 dan RM6,000.00 lagi bagi pinjaman persahabatan (“friendly loan”) yang diberi kepada Defendan Pertama. [13] Pada hari yang sama juga, Plaintif telah menghantar mesej kepada Defendan Pertama bahawa keseluruhan kos pengubahsuaian rumah tersebut adalah dalam RM110,000.00 dan RM6,000.00 lagi bagi pinjaman persahabatan (“friendly loan”). Defendan Pertama selanjutnya mengiktiraf jumlah kos tersebut dan memohon Plaintif untuk memberi sedikit kelongaran masa kepadanya. Selanjutnya dari tempoh tahun 2020 – 2021, berdasarkan perbualan yang diekstrak, Defendan Pertama telah beberapa kali meminta penangguhan pembayaran daripada Plaintif.”. Mahkamah Sesyen dirujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Tseu Fui Loong v Optimax Healthcare Services Sdn Bhd & Anor [2024] MLJU 881 yang memutuskan bahawa “[22] The document that proves the existence of the said loan and the admission by the Appellant is shown by the Respondent in the form of the WhatsApp and Blackberry Messenger. I find that the Appellant agreed to repay the sum of RM 500,000.00 to the Respondents…”. Mahkamah Sesyen juga dirujuk kepada kes Farlim Group (Malaysia) Bhd v Impact Resources Sdn Bhd [2022] MLJU 337, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa “[5] Then there were the WhatsApp messages from Farlim’s project manager to Impact’s director, offering to settle the balance sum (RM46,011.68) at the lower sum of RM30,000.00.”. Dalam menganalisa keterangan di hadapannya, Tn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa − “[17] Pada 09.01.2020, Defendan Pertama telah mencadangkan kepada Plaintif bahawa Defendan Pertama akan meminta “anaknya” untuk membuka satu cek berjumlah RM66,000.00 sebagai bayaran sebahagian jumlah tuntutan tersebut. Lanjutan itu, Defendan Pertama telah mengisu sekeping cek Public Bank Berhad No. 480847 yang dikeluarkan oleh Syarikat E&E Nail Studio berjumlah RM66,000.00 kepada Plaintif. [18] Defendan Pertama di dalam keterangannya juga telah mengakui bahawa cek tersebut telah diberi kepada Plaintif. Seterusnya Plaintif menyatakan bahawa sejurus sahaja cek tersebut dimasukkan oleh Plaintif, suatu Notis Pemulangan Cek telah dikeluarkan pada 13-1-2020 atas sebab akaun pemegang cek tersebut telahpun ditutup. [19] Sesalinan laporan polis juga turut dibuat oleh Plaintif berhubung perkara ini. Tindakan Defendan Pertama dalam pemberian cek tersebut kepada Plaintif jelas menunjukkan bahawa kenyataan/pembelaan Defendan-Defendan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian rumah tersebut adalah dibuat secara rela hati oleh Plaintif tanpa bayaran adalah sematamatanya satu pemikiran lepas (‘’afterthough”). Mahkamah ini dirujuk kepada keputusan kes Mahkamah Tinggi di Loh Teck Wah v Euroland & Development Sdn Bhd [2022] MLJU 2287, dimana ianya diputuskan bahawa − “[4] Around April 2020, the Plaintiff again demanded the repayment of the loan sum. The Defendant then issued another cheque dated 10-4-2020, Ambank (M) Berhad Cheque no: 267054 for the amount of RM500,000.00 (2nd Cheque). However, when the Plainitf banked in the 2nd cheque, the said cheque bounced and it was rejected by the bank. … [20] Therefore, this Court is of the view that the two cheques issued by the Defendant are valid and it amounts to an admission of debt by the Defendant …”. [9] Bagi isu sama ada terdapatnya suatu Perjanjian Pinjaman Persahabatan sebanyak RM6,000.00 daripada Plaintif kepada Defendan Pertama? Dalam menganalisa keterangan di hadapannya, Tn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa − “[20] SP 1 semasa memberikan keterangan berkenaan isu pinjaman persabahatan (Friendly loan) sebanyak RM6,000.00 yang dipinjamkan kepada Defendan Pertama oleh Plaintif telah menyatakan bahawa jumlah pinjaman tersebut adalah dibuat di atas permintaan Defendan Pertama yang mendesak pada ketika itu. Permintaan Defendan Pertama tersebut itu dapat dilihat pada mesej “WhatsApp” bertarikh 10-12-2019 yang dihantar dari Defendan Pertama kepada Plaintif. [21] Selepas diyakinkan oleh Defendan Pertama bahawa Defendan Pertama akan membayar Plaintif dengan secepat mungkin, Plaintif telah kemudiannya meremitkan sejumlah RM6,000.00 kepada Defendan Pertama. Ini juga dapat dilihat pada penyata bank akaun Plaintif bertarikh 10-12-2019 dan Defendan Pertama semasa memberi keterangannya, mengakui bahawa beliau telah memperoleh wang RM6,000.00 ini daripada Plaintif. [22] Mahkamah bersetuju dan berpendapat bahawa Defendan Pertama adalah bertanggungjawab ke atas pemulangan pinjaman persabahatan (“friendly loan”) sebanyak RM6,000.00 yang dipinjamkan kepada Defendan Pertama oleh Plaintif.”. [10] Bagi isu sama ada Defendan-Defendan telah diperkaya secara tidak patut (“Unjustly Enriched”)? Mahkamah Sesyen telah meneliti pendirian Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bahawa mereka bukanlah pihak yang berhubung dengan Plaintif, justeru itu, tindakan ini tidak sepatutnya difailkan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Berdasarkan keterangan yang ada Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa Defendan-Defendan adalah bertanggungan secara bersesama dan berasingan (“jointly and severally liable”) kepada Plaintif untuk membayar jumlah tertunggak tersebut atas sebab-sebab berikut:
a
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga merupakan pemilik bersama (“co-owners”) rumah tersebut dan telah memperolehi suatu faedah dan/atau pengayaan yang tidak patut daripada perkhidmatan-perkhidmatan Plaintif;
b
Merujuk kepada dokumen kontemporari yang telah difailkan di Mahkamah ini, ianya adalah jelas bahawa Defendan Pertama pada setiap masa yang material, telah merujuk skop kerja Plaintif kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan sering mendapat pendapat mereka masing-masing; dan
c
Syarikat E&E Nail Studio yang mengeluarkan Cek Public Bank Berhad No. 480847 berjumlah RM66,000.00 kepada Plaintif, merupakan syarikat kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Mahkamah Sesyen juga telah meneliti ekstrak mesej “WhatsApp” di antara Plaintif dan Defendan Pertama yang turut melibatkan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Mahkamah Sesyen dirujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441 yang memutuskan bahawa − “[119] Applying those principles, we now turn to consider whether the defendant has made out a cause of action in unjust enrichment. The plaintiff has been enriched, that this enrichment was gained at the defendant’s expense, that the plaintiff’s enrichment at the defendant’s expense was unjust, and whether there are any special defences to the claim. … [131] To conclude, we hold that the defendant had made out a cause of action in unjust enrichment in that the plaintiff has been enriched, that this enrichment was gained at the defendant’s expense, and that the plaintiff’s enrichment was unjust.”. [11] Bagi isu sama ada sebut harga daripada Syarikat Pihak Ketiga – Build Boy Furniture boleh diterima sebagai perbandingan sebut harga dengan Plaintif? Perenggan [26] & [27] AP memutuskan − “[26] Syarikat Build Boy Furniture adalah satu syarikat pihak ketiga yang menyediakan sesalinan sebut harga bertarikh 15-12-2018 (kemudianya dibetulkan kepada Januari 2022) atas arahan Defendan Pertama. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa tujuan sebenar kewujudan sebut harga dari Build Boy Furniture ini adalah bagi tujuan mengalahkan (“defeat”) tuntutan semasa Plaintif terhadap Defendan-Defendan yang sebanyak RM110,280.00 (yang mana telah dipersetujui oleh Defendan Pertama). [27] Jumlah sebut harga daripada syarikat Build Boy Furniture yang dilampirkan adalah berjumlah RM37,935.00. Mahkamah juga berpendapat sebut harga ini tidak boleh diterima kerana −
a
Sebut harga ini disediakan pada tahun 2022, iaitu selepas kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan oleh Plaintif;
b
Tiada butiran terperinci yang terkandung di dalam sebut harga tersebut seperti ukuran terperinci mahupun jenis bahan yang dicadangkan;
c
Saksi [Lin Kien Siong] sewaktu perbicaraan setuju dengan peguam cara Plaintif bahawa setiap jenis bahan material yang digunakan akan mempengaruhi harga akhir dalam setiap sebut harga;
d
Saksi [Lin Kien Siong] sewaktu perbicaraan setuju dengan peguam cara Plaintif bahawa kerja-kerja seperti mengecat rumah, pemasangan paip, plaster ceiling, rangka pintu aluminium tidak disenaraikan di dalam sebut harga tersebut;
e
Saksi [Lin Kien Siong] sewaktu perbicaraan setuju dengan peguam cara Plaintif bahawa harga setiap syarikat adalah berbeza mengambil kira kualiti mahupun profil syarikat tertentu; dan
f
Kos kerja-kerja Plaintif telah dipersetujui oleh Defendan Pertama dari awal lagi.”. [12] Dalam rumusannya, Tn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa berdasarkan keterangan dan autoriti yang diberikan, tuntutan Plaintif adalah bermerit atas faktor-faktor berikut:
a
Plaintif telah menyempurnakan kerja-kerja pengubahsuaian terhadap rumah tersebut dan Defendan-Defendan telah memperolehi suatu faedah dan/atau pengayaan yang tidak patut daripada perkhidmatan-perkhidmatan Plaintif;
b
Adanya pengakuan bertulis daripada Defendan Pertama ke atas jumlah tertunggak tersebut dan Defendan Pertama telah beberapa kali meminta penangguhan pembayaran daripada
c
Bayaran sebahagian telah dibuat oleh Defendan-Defendan melalui cek Public Bank Berhad No. 480847 yang dikeluarkan oleh Syarikat E&E Nail Studio berjumlah RM66,000.00 kepada Plaintif; dan
d
Akhirnya, Defendan-Defendan akan diperkayakan secara tidak adil, jika Defendan-Defendan dapat mengekal hasil perkhidmatan Plaintif. Hujahan pada peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi Hujahan peguam cara terpelajar bagi Perayu-Perayu (Defendan-Defendan): [13] Peguam cara terpelajar Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) menyatakan bahawa adalah jelas daripada keterangan saksi-saksi, penghujahan serta autoriti yang dikemukakan, Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan yang jelas salah khususnya apabila memutuskan −
a
Perayu-Perayu perlu membayar hutang sebanyak RM116,280.00 kepada Responden tanpa mengambil kira ketiadaan priviti kontrak antara pihak-pihak, khususnya Perayu Kedua dan Perayu Ketiga daripada Responden;
b
Adanya bukti untuk menyokong tuntutan terhadap Perayu Kedua dan Perayu Ketiga. Sebaliknya, tiada bukti dan fakta-fakta berikut menunjukkan ketiadaan liabiliti dan hubungan langsung antara Responden dan Perayu Kedua dan Perayu Ketiga iaitu − i. Responden sendiri mengakui bahawa Responden tidak mengenali Perayu Kedua dan Perayu Ketiga; ii. Responden tiada hubungan kontrak atau komunikasi langsung dengan Perayu Kedua dan Perayu Ketiga sepanjang dakwaan tempoh kerja dilaksanakan; iii. Responden tidak mengetahui bahawa Perayu Kedua dan Perayu Ketiga adalah pemilik rumah tersebut sepanjang masa material; iv. Responden hanya mengetahui status pemilikan rumah oleh Perayu Kedua dan Perayu Ketiga setelah selesai kerja melalui carian hak milik tanah di Pejabat Tanah; dan v. Responden mengakui Perayu Kedua dan Perayu Ketiga tidak melantik Responden untuk membuat kerja di rumah tersebut.
c
Adanya pengkayaan tidak adil sedangkan isu ini tidak diplid oleh Responden. Oleh itu, isu bahawa Perayu-Perayu menerima faedah yang tidak patut daripada kerja yang didakwa dilakukan tidak timbul. [14] Isu yang dibangkitkan oleh Perayu-Perayu ialah −
a
Tiada Priviti Kontrak: Perayu-Perayu berhujah bahawa ketiadaan priviti kontrak antara Responden dan Perayu Kedua serta Perayu Ketiga maka adalah jelas bahawa Responden tiada kausa tuntutan terhadap Perayu Kedua dan Perayu Ketiga. Responden sendiri telah mengakui bahawa mereka tidak mengenali Perayu Kedua dan Perayu Ketiga serta tidak mempunyai apa-apa hubungan kontrak atau komunikasi langsung dengan Perayu Kedua dan Perayu Ketiga sepanjang masa material. Ketiadaan priviti kontrak antara Responden dan Perayu Kedua serta Perayu Ketiga menjadikan tuntutan Responden tidak berasas. Responden hanya mengetahui status pemilikan rumah oleh Perayu Kedua dan Perayu Ketiga selepas kerja yang didakwa selesai, seperti yang dinyatakan melalui carian hak milik tanah di Pejabat Tanah. Fakta ini jelas menunjukkan ketiadaan hubungan langsung atau tanggungjawab kontraktual oleh Perayu Kedua dan Perayu Ketiga. Perayu-Perayu merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kepong Prospecting Ltd & Ors v. Schmidt [1968] 1 MLJ 170; dan kes RHB Islamic Bank Berhad v Amgeneral Insurance Berhad & Ors and other appeal [2019] MLJU 562
b
Ketiadaan Bukti: Perayu-Perayu berhujah bahawa tuntutan Responden terhadap Perayu Kedua dan Perayu Ketiga adalah tidak disokong oleh dokumen. Responden gagal mengemukakan Sebut harga untuk kerja yang didakwa dilakukan; Invois yang menunjukkan jumlah kerja yang dilaksanakan atau butiran perkhidmatan; dan Kontrak bertulis yang dipersetujui atau ditandatangani oleh Perayu Kedua dan Perayu Ketiga. Beban pembuktian terletak kepada Responden sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 (Akta) dan nas undang-undang kes. Perayu-Perayu dengan ini berhujah bahawa Responden telah gagal membuktikan tuntutan dan Responden tidak mengeluarkan sebarang invois untuk kerja ubahsuai yang dituntut RM110,280.00; dan sebaliknya membayar atau memberi wang sebanyak RM6,000.00 kepada Perayu Pertama sahaja dan bukan kepada kesemua Perayu; Perayu Pertama tidak pernah bayar kepada Responden; Responden sebaliknya memberi RM6,000.00 kepada Perayu Pertama; Responden langsung tidak kenal Perayu Kedua dan perayu Ketiga; dan Responden setuju Perayu Kedua dan Perayu Ketiga tidak melantik Responden.
c
Tuntutan Pengkayaan Tidak Adil Tidak Diplid: Isu pengkayaan tidak adil oleh Responden tidak pernah diplid atau dibangkitkan. Tuntutan pengkayaan tidak adil dinyatakan secara jelas dalam pliding, dan dengan fakta yang menyokong tuntutan tersebut dihuraikan secara terperinci. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Simcity-ETE Venture Sdn Bhd v. Koperasi Pembangunan Kampung Tradisional Tasek Pulau Pinang Bhd [2022] 2 MLJ 195 adalah dirujuk oleh Perayu-Perayu. Oleh itu, Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila mempertimbangkan dan menerima isu pengkayaan tidak patut tanpa pliding atau bukti. Tambahan pula, Responden gagal untuk menunjukkan bagaimana Perayu Kedua dan Perayu Ketiga mendapat faedah daripada kerja yang didakwa dilakukan. Malah, Responden sendiri mengakui bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan kontrak atau komunikasi langsung dengan Perayu Kedua dan Perayu Ketiga.
d
Faedah Dan Kos Tanpa Asas: Perayu-Perayu juga berhujah bahawa perintah Mahkamah Sesyen untuk membayar faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah RM66,000.00 dan RM50,280.00, serta kos sebanyak RM2,000.00 kepada Responden adalah tidak mempunyai asas undang-undang dan fakta. Perintah kos sebanyak RM2,000.00 juga adalah tidak munasabah memandangkan tuntutan terhadap Perayu Kedua dan Perayu Ketiga adalah tidak berasas sejak awal. Oleh itu, Responden tidak berhak kepada kos terhadap Perayu Kedua dan Ketiga.
e
Keterangan Perayu-Perayu Tidak Dipertimbangkan: Perayu-Perayu dengan rendah diri menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh Perayu-Perayu. Keterangan daripada Perayu Kedua dan Perayu Ketiga dengan jelas menafikan sebarang penglibatan atau tanggungjawab terhadap kerja-kerja yang didakwa dilakukan oleh Responden. Tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa mereka mengetahui atau bersetuju dengan sebarang kerja yang dilakukan oleh Responden. Tiada keterangan atau dokumen dikemukakan oleh Responden untuk memenuhi beban pembuktian ini. Sebaliknya, Hakim Mahkamah Sesyen telah bergantung kepada dokumen dan fakta yang tidak relevan, termasuk cek yang dikeluarkan oleh E&E Nail Studio di bawah arahan Perayu Pertama, yang tidak mempunyai kaitan dengan Perayu Kedua dan Perayu Ketiga. Keterangan tersebut menunjukkan bahawa kerja-kerja yang didakwa dilakukan oleh Responden adalah tanpa persetujuan atau pengetahuan Perayu Kedua dan Perayu Ketiga. Selain itu, cek Public Bank No. 480847 berjumlah RM66,000.00 yang didakwa sebagai bukti adalah tidak relevan kepada Perayu Kedua dan Perayu Ketiga. Cek tersebut dikeluarkan oleh E&E Nail Studio di bawah arahan Perayu Pertama, tanpa penglibatan atau persetujuan Perayu Kedua dan Perayu Ketiga.
f
Keterangan Perayu-Perayu Tidak Dicabar Oleh Responden: Responden tidak menyoal Perayu-Perayu mengenai keterangan Perayu-Perayu menunjukkan bahawa Responden mengakui dan menerima keterangan Perayu-Perayu. Hujahan balas peguam cara terpelajar Responden (Plaintif): [15] Peguam cara terpelajar Responden (Plaintif) menghujahkan bahawa dapatan dan keputusan Tn HMS yang bijaksana hendaklah dipertahankan dan dikekalkan. Tiada kekhilafan oleh Tn HMS yang bijaksana. Alasan Peguam cara terpelajar Responden (Plaintif) adalah − “My Lady, it is important to note that this argument is limited only to the Second and Third Defendants (and not the First Defendant). On this basis, the Plaintiff submits that the First Defendant acknowledges the existence of a contract between the Plaintiff and the First Defendant. The Defendants (specifically the Second and Third Defendants) relied solely on the admission of the Plaintiff’s witness during Trial, namely SP-1 [Nai Kong Hui], who stated that he has not met the Second and Third Defendants during the concurrency of the Works and only became aware of their existence through a land search conducted after the renovation Works were completed. My Lady, the Plaintiff does not dispute that the actual identities of the Second and Third Defendants, as the sons of the First Defendant, were only discovered after the Works were completed. Nevertheless, the Plaintiff respectfully submits that the Second and Third Defendants were indirectly involved in the Plaintiff’s appointment and shall be jointly and severally liable, as evidenced by the following:
a
The First Defendant has at all material times, referred the Plaintiff’s scope of work to the Second and Third Defendants and has obtained their respective opinions in return;
b
That the part payment in the form of a Public Bank Cheque No. 480847 in the amount of RM66,000.00 was issued under the name of E&E Nail Studio, essentially a company that is owned by the Second and Third Defendant; and that the Second and Third Defendant have been unjustly enriched at the expense of the Plaintiff. Reference to the “WhatsApp” messages between the Plaintiff and the First Defendant which indicates the involvements of the Second and Third Defendant In support of the above argument, the Defendants contend that no quotation or invoice for the renovation Works was ever issued by the Plaintiff to the Defendants. My Lady, SP-1 [Nai Kong Hui] in his oral testimony has provided his explanation as to why there is no invoice being issued to the Defendants. My Lady, it is a common practice in the small-scale renovation industry for invoices to be issued only after payment has been made. This is done to ensure healthy trade balances, and the Plaintiff should not be penalized for the absence of an invoice issued to the Defendants. Furthermore, the existence of an invoice is immaterial because (a) The whole scope of Works and pricing have been agreed between the Plaintiff and the First Defendant in the “WhatsApp” conversation; (b) There are multiple written acknowledgement from the First Defendant of the outstanding amount and that the First Defendant has requested deferral of payment from the Plaintiff several times; (c) Partial payment was made by the Defendants via Public Bank cheque No. 480847 issued by E&E Nail Studio amounting to RM66,000.00; and (d) That the payment obligation arose when the letter of demand was issued against the Defendants dated 9- 9-2021. The Plaintiff respectfully submits that the Sessions Court has lawfully and rightly concluded that − (a) All the Defendants have been enriched by retaining the benefits of the renovation works;
b
The enrichment is gained at the expense of the Plaintiff’s work; and (c) That the retention of the benefit is unjust. Further to the above My Lady, a cause of action based on contract is fundamentally distinct from one based on unjust enrichment. In a claim of unjust enrichment, the Plaintiff only needs to demonstrate that the Defendants have obtained a benefit at the Plaintiff's expense. The existence of a contract or communication (as raised by the Defendants) is not relevant to this claim. Sessions Court has erred and/or failed by not considering the evidence presented by the Defendants: My Lady, up to this point, the Defendants have failed to present any credible documentary evidence to support their defense. At best, the Defendants have merely denied all of the Plaintiff's allegations through their respective oral submissions in Court. Till date, the Defendants have failed to provide evidence addressing the following issues raised by themselves in Court −
a
That the renovation works were carried out as an act of goodwill and without any expectation of compensation, based on the claim that the Plaintiff had “fallen in love” with the First Defendant; (b) Evidence to refute the existence of Public Bank Cheque No. 480847 issued by E&E Nail Studio for the amount of RM66,000.00; and (c) Any expert evidence to dispute the validity of the signatures on the Public Bank Cheque. The imposition of interest at the rate of 5% per annum and cost of RM2,000.00: My Lady, it is a fundamental principle of law that the imposition of interest and costs lies solely within the discretion of the trial judge. Once a party has successfully proven its claim, the Court has full discretion to award pre and post-judgment interest in accordance with the law.”. Keputusan Mahkamah pada 3-1-2024: [16] Mahkamah ini telah meneliti Memorandum Rayuan, Rekod-Rekod Rayuan dan alasan penghakiman Tn HMS. [17] Sebagai hakim yang membicarakan tuntutan ini, Tn HMS telah dibentangkan dengan fakta kes dan versi pihak-pihak melalui keterangan lisan dan dokumen. [18] Tuntutan hutang oleh Responden/Plaintif ialah bagi kerja pengubahsuaian/pembaikan rumah Perayu-Perayu/Defendan-Defendan. Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang oleh Tn HMS mengenai dapatan bahawa Perayu-Perayu/Defendan-Defendan adalah bertanggungan untuk membayar hutang tersebut iaitu sebanyak RM116,280.00. Dapatan Tn HMS bahawa Perayu-Perayu/Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga bertanggungan bersesama dengan ibu mereka i.e. Perayu/Defendan Pertama adalah tidak khilaf dan teratur. Pengakuan Plaintif sebagaimana dinyatakan dalam perenggan (c) (i) hingga (iv) dan perenggan (d) tidak menjejaskan liabiliti yang perlu ditanggung oleh Perayu-Perayu/Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga. Kerja pengubahsuaian/pembaikan telah dilaksanakan oleh Responden/Plaintif maka bayaran perlu dibuat. Tiada penafian bahawa kerja pengubahsuaian/pembaikan tersebut tidak wujud dan defektif. Cek yang dikembalikan sebagai tidak berjaya dibayar adalah jelas nyata. Ini adalah adalah bukti keberhutangan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan. Isu lain yang dibangkitkan oleh Perayu-Perayu/Defendan-Defendan mengenai sebut harga, invois, ketiadaan kontrak ditandatangani, dan Responden/Plaintif tiada locus standi gagal menangkis bukti keberhutangan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan kepada Responden/Plaintif. Apabila rumah tersebut sudah siap diubahsuai dan dibaiki, bukankah Perayu-Perayu memperoleh “keuntungan” dan “manfaat” hasil daripada pembelian barang binaan, pekerja, usaha, tenaga dan kos kewangan yang ditanggung oleh Responden? Tiada yang percuma di dunia ini. [19] Dapatan Tn HMS tersebut dalam memahami fakta kes di hadapannya dan pemakaian undang-undang adalah teratur. Mahkamah ini pada peringkat rayuan memutuskan bahawa tiada kekhilafan fakta dan undang-undang dicapai oleh Tn HMS. Mahkamah ini tidak wajar campurtangan dan mengusik keputusan tersebut dan keputusan Tn HMS dikekalkan. [20] Dengan ini, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan ini dengan kos sebanyak RM5000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). [21] Nas undang-undang yang diterapkan pada peringkat rayuan adalah mantap. Antaranya ialah keputusan dalam kes yang berikut:
a
Mahkamah Persekutuan Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1.
b
kes Mahkamah Rayuan: Tay Keong Kok & Ors v. Eastmont Sdn Bhd and another appeal [2024] 5 MLJ 683; dan S Quarry Sdn Bhd v Desaru Development Corp Sdn Bhd & Ors [2019] MLJU 99.
c
Onyx Engineering Sdn Bhd v. Iconz Development Sdn Bhd [2024] MLJU 140.
d
Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146.
e
Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99.
f
Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329. [22] Mahkamah ini mendapati penemuan fakta oleh Tuan HMS yang bijaksana adalah tepat. [23] Mahkamah ini mendapati penemuan fakta oleh Tuan HMS yang bijaksana adalah tepat. Ini kerana atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan-Defendan dan pembelaan Defendan-Defendan telah gagal menyangkal tuntutan Plaintif. Dapatan undang-undang Tuan HMS adalah selari dengan Seksyen 101 sehingga 103 Akta Keterangan 1950 sepertimana diterangkan dalam kes Sumbang Projeks Sdn. Bhd. v Tenaga Nasional Berhad [2014] MLJU 1813, iaitu: “[47] it is trite law that in civil claim the legal burden rests through out with the plaintif to prove its claim. Until and unless the plaintif discharges its legal and evidentary burden of proving its claim, the burden does not shift to the defedant to prove its defence, no matter how weak the defence might be (see: Selvadurai v Chinniah [1939] 1 MLRH 107, UN Pandey v Hotel marco Polo Pte Ltd [1978] 1 MLRH 428, Sundram Ramasamy v Arjunan Arumugam & Anor [1994] 1 MLRA 366 and Syed Mohamed Syed Alwi & 4 Ors v Shariffa Badariah Alwi Al Attas & 3 Ors & Another Cases [2009] 6 MLRH 168).”. [24] Sebagai tambahan berkenaan dengan hal pengubahsuaian rumah tersebut, Mahkamah ini mendapati tiada kekeliruan pemahaman dan dapatan fakta oleh Tn HMS yang bijaksana. Untuk melakukan kerja pengubahsuaian, Responden perlu memasuki rumah tersebut. Tiada isu mengenai Responden menceroboh rumah tersebut dan tiada isu mengenai tanpa keizinan dibangkitkan oleh Perayu-Perayu. Oleh yang demikian, persoalan yang dinyatakan oleh Perayu-Perayu pada peringkat rayuan ini adalah tidak berasas dan tidak bermerit. Kesimpulan [25] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa pada peringkat rayuan, Mahkamah ini tidak perlu mengganggu keputusan Tuan HMS yang bijaksana. Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan peranan rayuannya. Apabila dapatan fakta adalah teratur dan tafsiran serta pemakaian undang-undang statut dan kes oleh Tuan HMS yang bijaksana adalah tepat. Maka, Mahkamah ini tidak perlu membetulkannya. Bertarikh: 15 Februari 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Perayu-Perayu (Defendan-Defendan): Lee Hong Yap H Y Lee & Co., Kajang Bagi Responden (Plaintif): Chew Cal Vin Tetuan CAL VIN, HONG & PARTNERS, Petaling Jaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.