Where it would be just and convenient for the Court to determine the questions and issues between the person and a party relating to the relief claimed by the party. [39] Lord Diplock di dalam penghakiman Privy Council di dalam kes Pegang Mining Co Ltd v Choong Sam Ors (1969) 2 MLJ 52 yang mengesahkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan permohonan Responden Pertama untuk menggantikan namya sebagai pihak Perayu, telah mengemukakan pendekatan yang harus diambil mahkamah di dalam menggunakan kuasa budi bicaranya di bawah Aturan 16 Kaedah 11 Kaedah-Kaedah Mahkamah Agung 1957 (R.S.C 1957). Pendekatan yang diambil oleh Lord Diplock adalah seperti berikut: 27 “….. one of the principal objects of the rule is to enable the court to prevent injustice being done to a person whose rights will be affected by its judgment by proceeding to adjudicate upon the matter in dispute in the action without his being given an opportunity of being heard.” [40] Lord Diplock seterusnya menyatakan: It has been sometimes said as in Moser v Marsden and in In re I.G. Farbenindustrie A.G. that a party may be added if his legal interests will be affected by the judgment in the action but not if his commercial interests only would be affected. While their Lordships agree that the mere fact that a person is likely to be better off financially if a case is decided one way rather than another is not a sufficient ground to entitle him to be added as a party, they do not find the dichotomy between 'legal' and 'commercial' interests helpful. A better way of expressing the test is. will his rights against or liabilities to any party to the action in respect of the subject matter of the action be directly affected by any order which may be made in the action?” 28 [41] Pendekatan Lord Diplock di dalam kes Pegang Mining telah diterimapakai di dalam banyak kes tempatan. (Sila lihat: Eh Riyid v Eh the [1976] 1 MLJ 26 Arab; Malaysian Merchant Bank Bhd v Dr Jamaludin Dato’ Mohd Jarjis [1991] 2 MLJ 27, SC; Ingeback (Malaysia) Sdn Bhd v East West-UMI Insurance Berhad & Ors [1994] 2 CLJ 387, HC; Tsoi Ping Kwan v Medan Juta Sdn Bhd & Ors [1996] 3 AMR 3591; [1996] 4 CLJ 553; [1996] 3 MLJ 367, CA, at 380; Soo Hong & Leong Kew Moi v United Malayan Banking Corp Bhd & Anor [1997] 1 MLJ 690, CA; Takang Timber Sdn Bhd v Government of Sarawak & Anor [1998] 4 MLJ 42, CA) [42] Berdasarkan undang-undang yang telah Mahkamah ini utarakan awal tadi, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Pemohon-Pemohon tidak mempunyai kaitan langsung dengan proses likuidasi Responden dan petisyen OCBC Bank serta Pemohon-Pemohon juga tidak langsung tergolong di dalam mana-mana kategori yang digariskan di 29 bawah Aturan 15 Kaedah 6(2)(b) KKM 2012 mahupun pihak yang dinyatakan oleh Lord Diplock di dalam pendekatannya berkenaan bagaimana mahkamah perlu melaksanakan kuasa budi bicaranya dalam hal-hal pencelahan. [43] Mahkamah ini juga bersetuju dengan peguam Pelikuidasi bahawa permohonan Pemohon-Pemohon ini bukan sahaja di luar aturan tetapi adalah salah di sisi undang-undang, Undang-undang berkaitan kedudukan syarikat yang telah digulung adalah mantap dan jitu. Mahkamah ini suka merujuk kepada kes American International Assurance Bhd v Coordinated Services L Design Sdn Bhd [2012] 1 CLJ 506 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan antara lain: “[25] It is trite law that once a company is wound up, the board of directors of the company becomes functus officio. The liquidator displaces the directors and the control of the activities of the company is vested with the liquidator. No one but the liquidator can act for the company…” [26] When a winding-up order is made, the directors of the 30 company remain in office but their powers are removed. While the company is in the process of being wound up a person cannot perform or exercise, and must not purport to perform or exercise a function or power as an officer (other than a liquidator) of the company, except with the approval of the liquidator or the court.” (Penekanan oleh Mahkamah ini) (Sila lihat: HLE Engineering Sdn Bhd v HTE Letrik Bumi JV Sdn Bhd [2015] MLJU 8: “As statement of general principle that pertains to a situation involving a wound-up company, it is trite that its subsequent affairs would be in the hands of its liquidator.”) [44] Mahkamah juga telah menyatakan awal tadi mengenai kuasa mahkamah didalam penyingkiran Pelikuidasi di bawah Seksyen 232(1) Akta. [45] Mahkamah ini bersetuju dengan peguam Pelikuidasi bahawa Pemohon-Pemohon tidak mempunyai kepentingan undang-undang secara terus dan langsung dengan Petisyen 31 Penggulungan OCBC Bank dan tidak berkaitan dengan proses likuidasi Responden. Pemohon-Pemohon juga tidak mempunyai locus standi atau kapasiti undang-undang bagi membuat permohonan Kandungan 35 ini, STT-SPA tersebut tidak memberi hak kepada Pemohon-Pemohon untuk menganggu-gugat proses likuidasi ataupun hak untuk mengenepikan perintah atau hak untuk menyingkirkan Pang. [46] STT-SPA tersebut juga tidak menjadikan Pemohon-Pemohon pemiutang kerana tidak ada penghakiman yang boleh dikuatkuasakan terhadap Responden (tindakan writ Responden telah ditolak, begitu juga tuntutan balas Pemohon-Pemohon telah juga ditolak). [47] Pemohon-Pemohon bukanlah penyumbang mahupun pemegang saham Responden. STT-SPA tersebut tidak melayakkan Pemohon-Pemohon untuk membawa tindakan terhadap Pelikuidasi sebagai pihak yang menguruskan dan mentadbirkan hal ehwal Responden. Proses likuidasi yang diuruskan oleh Pelikuidas melibatkan hak-hak pemiutang dan 32 hak-hak pihak-pihak yang telah digariskan di bawah Akta. [48] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini juga bahawa hak Pemohon-Pemohon yang wujud berdasarkan STT-SPA tersebut adalah hak untuk menuntut Pelikuidasi untuk menguatkuasakan STT-SPA tersebut. Sekiranya Pelikuidsai gagal atau enggan menguatkuasakan tuntutan Pemohon-Pemohon, maka, Pemohon-Pemohon bolehlah membawa tindakan terhadap Pelikuidasi bagi penguatkuasaan STT-SPA tersebut ke Mahkamah. [49] Namun, undang-undang adalah jelas bahawa mana-mana pihak yang mempunyai tuntutan terhadap syarikat yang telah digulungkan, ia hendaklah membawa tindakan terhadap Pelikuidasi syarikat. Undang-undang juga memperuntukan bahawa memandangkan Pelikuidasi adalah pegawai lantikan mahkamah, maka bagi membawa tindakan terhadap Pelikuidasi, kebenaran untuk memulakan tindakan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada mahkamah penggulungan. Setelah mendapat kebenaran daripada mahkamah penggulungan untuk memulakan tindakan atau prosiding 33 terhadap Pelikuidasi, baharulah Pemohon-Pemohon boleh memfailkan tindakan Saman Pemula ataupun tindakan writ untuk menguatkuasakan hak mereka yang wujud bersandarkan STT-SPA tersebut. [50] Di dalam keadaan ini, Pemohon-Pemohon tidaklah boleh mendapat relif undang-undang yang dipohon dengan memfailkan permohonan di Kandungan 20 ataupun Kandungan 35. [51] Kandungan 35 yang difailkan oleh Pemohon-Pemohon bukan sahaja khilaf aturan tetapi juga tidak menepati peruntukan undang-undang. Pemohon-Pemohon di relif 1, Kandungan 35 telah memohon berikut: