Content
WA-23NCvC-31-04/2021 Kand. 162 08/06/2026 09:16:33 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-23NCvC-31-04/2021
WA-23NCvC-31-04/2021
High Court of Malaysia19 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ni telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Peguam Negara Malaysia v Mkini Dotcom Sdn Bhd & Anor [2021] 2 MLJ 652 yang menyatakan seperti berikut: [47] Section 114A was legislated via Amendment Act A1432 in 2012. The Explanatory Statement to the Bill outlined the objective of enacting this provision. It”
“tuan di dalam kes Dato' Sri Dr Mohamad Salleh Ismail & Anor v Nurul Izzah Anwar & Anor [2021] 4 CLJ 327, yang menyatakan seperti berikut: [40] The defence of justification can be found in s.8 of the Defamation Act 1957 which states: In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct c”
“ation (or a direction of court for the cases to be heard together), all the contentions of fraud would have to be proven afresh in the subsequent case, because of the proper operation of s. 43 of the Evidence Act 1950.”
“(a)"network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and”
“r is irrelevant for the purpose of construing the words. This important principle in the law of defamation in England was finally settled by the decision of the House of Lords inE Hulton & Co v Jones [1910] AC 20 where Lord Loreburn L.C. said (at 23):— "A person charged with libel cannot defend himself by showing that”
“beri perhatian semasa meneliti pembelaan komen berpatutan ialah sama ada kenyataan tersebut adalah adil dan saksama berdasarkan kepada fakta yang dikemukakan. Ini dinyatakan dalam Sutherland v Stopes [1925] AC 47, di muka surat 62, seperti berikut: The defence of fair comment on matters of public interest is totally di”
“ganti rugi teladan dan ganti rugi berlebihan (aggravated). Mahkamah ini juga meneliti prinsip berkenaan ganti rugi teladan dan ganti rugi berlebihan seperti yang dinyatakan masuk kes Rookes v Barnard [1964] AC 1129; Cassel & Co Ltd v Broome [1972] AC 1027; dan John v MGN Ltd [1997] QB 586, Di di dalam kes John (supra)”
“han (aggravated). Mahkamah ini juga meneliti prinsip berkenaan ganti rugi teladan dan ganti rugi berlebihan seperti yang dinyatakan masuk kes Rookes v Barnard [1964] AC 1129; Cassel & Co Ltd v Broome [1972] AC 1027; dan John v MGN Ltd [1997] QB 586, Di di dalam kes John (supra) tersebut, Mahkamah Rayuan di United Kingd”
“ified as meets the sting of the charge, and if anything be contained in a charge which does not add to the sting of it, that need not be justified." (see Workers' Party v. Tay Boon Too & Another Case [1974] CLJU 206; [1974] 1 LNS 206; [1975] 1 MLJ 47).”
“meneliti prinsip berkenaan ganti rugi teladan dan ganti rugi berlebihan seperti yang dinyatakan masuk kes Rookes v Barnard [1964] AC 1129; Cassel & Co Ltd v Broome [1972] AC 1027; dan John v MGN Ltd [1997] QB 586, Di di dalam kes John (supra) tersebut, Mahkamah Rayuan di United Kingdom telah mencadangkan pendekatan yan”
“e. The respondent in that case is the same respondent as in this case. The learned High Court Judge there accepted SP1's evidence. In another case Abdul Razak Mohd Noor v. Wan Muhammad Azri Wan Deris [2014] CLJU 1863; [2014] 1 LNS 1863, SP3 had also testified as plaintiff's witness SP1 as to the identity of the respond”
“Rohban Ahmad [2015] 3 MLJ 364 at para [26]; Ahmad Abd Jalil v Public Prosecutor [2015] 5 CLJ 480 at paras [40]----[42]; Stanislaus a/l J Vincent Cross v Ganesan a/l Vyramutoo & Anor [2021] 7 MLJ 202; [2020] MLJU 1013 at para [10]; and Yusof Holmes bin Abdullah v Public Prosecutor and another appeal [2020] 10 MLJ 269).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
WA-23NCvC-31-04/2021 Kand. 162 08/06/2026 09:16:33 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-23NCvC-31-04/2021
1
LIM GUAN ENG (No. K/P: 601208-01-5177)
2
CLINT LIM WHAY CHAU (No. K/P:921204-04-5275) ... PLAINTIF-PLAINTIF DAN WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN DERIS (No. K/P: 830121-03-5019) ... DEFENDAN
1
Kes ini telah difailkan pada 19.04.2020. Pada asalnya, ia didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang dengan nombor kes PA- 23NCVC-19-10/2020. Ia diperintah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang untuk dipindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur pada 23.03.2021.
2
Kes ini didaftar di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur pada 19.04.2021 dengan nombor kes WA-23NCVC-31-04/2021. Beberapa notis permohonan difailkan oleh pihak-pihak. Kes ini hanya bermula pada 12.08.2024 di hadapan YA Tuan Eddie Yeo Soon Chye. Perbicaraan penuh tamat pada 05.12.2025.
3
Pada 09.02.2026, YA Tuan Eddie Yeo Soon Chye telah meninggal dunia. Oleh itu, kes ini dipindahkan ke Mahkamah ini. Kes ini dipindahkan ke Mahkamah ini pada 06.03.2026. Pihak-pihak sebelum ini telah memfailkan hujahan masing-masing setelah perbicaraan selesai. Pihak-pihak bersetuju untuk Mahkamah ini memutuskan kes ini berdasarkan nota-nota prosiding dan hujahan pihak yang telah difailkan.
4
Adalah tidak dapat dinafikan YA Tuan Eddie Yeo Soon Chye telah menjalankan perbicaraan ini dengan tekun dan bersungguh-sungguh bagi memastikan kes yang difailkan pada tahun 2021 ini diselesaikan sejurus selepas dikendalikan oleh beliau. Ini adalah sejajar dengan pengiktirafan integriti YA Tuan Eddie Yeo Soon Chye seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Hazlinda Hamzah v. Kumon Method of Learning Centre [2006] 2 CLJ 933 di mana YA Hakim Gopal Sri Ram mengatakan seperti berikut: ..."Mr. Eddie Yeo was a very senior member of the legal and judicial service. He served the Government with distinction. His integrity is unquestionable..."
5
Penelitian Mahkamah kepada nota prosiding mendapati bahawa YA Tuan Eddie Yeo Soon Chye telah mengendalikan perbicaraan keseluruhannya dalam Bahasa Melayu. Ia adalah tindakan yang terpuji bagi menzahirkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang dinyatakan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
1
The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide: Provided that—
a
no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and
b
nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.
2
Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, the English language may be used in both Houses of Parliament, in the Legislative Assembly of every State, and for all other official purposes.
3
Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, the authoritative texts—
a
of all Bills to be introduced or amendments thereto to be moved in either House of Parliament; and
b
of all Acts of Parliament and all subsidiary legislation issued by the Federal Government, shall be in the English language.
4
Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, all proceedings in the Federal Court, the Court of Appeal or a High Court shall be in the English language: Provided that, if the Court and counsel on both sides agree, evidence taken in the language spoken by the witness need not be translated into or recorded in English.
5
Notwithstanding the provisions of Clause (1), until Parliament otherwise provides, all proceedings in subordinate courts, other than the taking of evidence, shall be in the English language.
6
In this Article, "official purpose" means any purpose of the Government, whether Federal or State, and includes any purpose of a public authority. la juga sejajar dengan seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, yang memperuntukkan seperti berikut: Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan: Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dijalankan sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris.
6
Penelitian Mahkamah ini juga mendapati terdapatnya pelbagai arahan amalan yang dikeluarkan oleh Mahkamah berkenaan penggunaan Bahasa Melayu di Mahkamah. Ia adalah suatu usaha murni badan kehakiman untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Mahkamah. Ia selari dengan ketinggian Perlembagaan dan kepentingan untuk menegakkan keadilan tanpa meremehkan penggunaan Bahasa Inggeris di Mahkamah.
7
Pada masa yang sama, pihak-pihak juga telah sudi menyediakan hujahan di dalam Bahasa Melayu yang didapati amat menarik dan membantu Mahkamah ini mempertimbangkan kes ni. Laras bahasa yang lancar, penggunaan bahasa yang jelas dan teratur telah membantu untuk meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di dalam sistem kehakiman negara tanpa meremehkan penggunaan Bahasa Inggeris yang telah digunakan di Mahkamah. Ini dinyatakan di dalam kes Karpal Singh A/L Ram Singh v. DP Vijandran [2001] 4 MLJ 161 seperti berikut: In approaching this issue I am of the view that the court should be pragmatic. No doubt Malay is the national language of the country and by law, the language of the court. English used to be the language of the court in this country previously. However, the position of the English language in Malaysian courts remains the dominant language of law and the court in this country. In practice, lawyers and judges refer to the English version of an Act of Parliament to know the law even though the Malay version is the authoritative text. Lawyers and judges, especially in the higher courts usually refer to the 'translated' English version of the pleading. (The truth is the Malay version is the translated version). Arguments, written or oral, are mostly in English, as in this case. Judgments in English, be they local or foreign, are quoted and read, without any translation into Malay. Documents in English produced in court, enclosed in affidavits or through witness giving oral evidence need not be translated into Malay. Judgments, especially of the superior courts are mostly written in English. They are quoted, read and argued without any translation into Malay. Judgments written in Malay contain passages in English without any translation, and vice versa. The judgments, be they in English or Malay, are quoted, read and argued on without any translation. The proceedings, the lawyers, the judges, the judgments are in fact bilingual, ie both in English and Malay. So, the position of the English language in Malaysian court is different from that of another language be it Mandarin or Tamil. Furthermore, the position in Malaysian courts regarding the language of the court is different from that in English or even Singapore. Unlike in England and Singapore, in Malaysia Malay and English are used interchangeably in the proceedings and both are understood by lawyers and judges alike.
8
Ini adalah disebabkan susur galur undang-undang dan sistem kehakiman adalah berasaskan undang-undang lazim di United Kingdom yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya. Di samping itu, hakikat penggunaan Bahasa Inggeris di dalam undang-undang di peringkat antarabangsa juga tidak memungkinkan Bahasa Inggeris tidak diberikan penekanan. Namun, ia tidak sewajarnya menjadikan Bahasa Melayu dipinggirkan penggunaannya sedangkan Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, Arahan-arahan Amalan menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu di dalam sistem kehakiman. Misalnya, Pekeliling Hakim Besar Malaya No. 3/1990 bertarikh 19 Jun 1990, Pekeliling Hakim Besar Malaya No. 2/1990 bertarikh 10 Mei 1990 begitu juga Surat Hakim Besar Malaya berkenaan pelaksanaan penggunaan Bahasa Malaysia di Mahkamah bertarikh 26 Julai 1988.
9
Mahkamah ini ketika meneliti Pekeliling Hakim Besar Malaya No. 2/1990 tertarik dengan kandungan arahan tersebut yang dikeluarkan oleh Tan Sri Datuk Hashim Yeop A. Sani, Hakim Besar Malaya ketika itu yang menyatakan seperti berikut: "Saya juga ingin menarik perhatian YA/Tuan/Puan supaya menggunakan budi bicara dalam proviso kepada seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dengan bijaksana supaya tidak mengabaikan kehendak Parlimen dan aspirasi rakyat serta tidak pula memudaratkan keadilan".
10
Mahkamah ini mendapati melalui Pekeliling Hakim Besar Malaya No. 2/1990 itu secara pentadbiran penggunaan Bahasa Malaysia dalam prosiding Mahkamah telah berkuatkuasa dengan rasminya pada 1 Jun 1990 di Semenanjung Malaysia.
11
Pada hemat Mahkamah ini, kerangka undang-undang, arahan amalan berkenaan penggunaan Bahasa Melayu telah ada dan jelas. Di samping itu, usaha-usaha berterusan pihak yang bertanggungjawab dalam mempertingkatkan penggunaan Bahasa Kebangsaan juga telah menerbitkan beberapa daftar istilah bagi membantu kelancaran penggunaan Bahasa Melayu di Mahkamah. Adalah juga didapati Badan Peguam Malaysia juga telah menjadikan salah satu daripada keperluan bagi para peguam yang ingin diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi perlu dipastikan mempunyai kemahiran berbahasa Melayu. Ini semua menjadikan masyarakat akan dapat menikmati keadilan dan memahami prosiding Mahkamah di dalam bahasa kebangsaan. Malahan, alasan penghakiman yang disediakan dalam Bahasa Melayu akan memberikan ruang kepada pihak-pihak memahami asas kepada penghakiman yang diberikan di dalam kes mereka.
12
Kesungguhan Hakim bicara, para peguam dan saksi-saksi di dalam kes ini menggunakan Bahasa Melayu amat terpuji dan amat dihargai dalam usaha meninggikan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dilaksanakan di dalam sistem kehakiman. Ia tidak akan hanya menjadi ungkapan kata-kata semata-mata seperti peribahasa menanam tebu di tepi bibir. Penggunaan Bahasa Melayu di Mahkamah secara berkesan dan menyeluruh memerlukan komitmen pemegang taruh iaitu peguam, Mahkamah dan pihak-pihak bagi memastikan kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan ditegakkan. Latar belakang kes
13
Plaintif adalah merupakan seorang ahli politik tempatan. Dia adalah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Dia juga adalah bekas Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang daripada Mac 2008 hingga April 2018. Dia juga adalah Menteri Kabinet Persekutuan yang memegang portfolio kewangan dari bulan Mei 2018 hingga Februari 2020. Plaintif juga adalah merupakan Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party) (DAP) pada masa itu.
14
Plaintif Kedua adalah anak kandung kepada Plaintif Pertama.
15
Defendan adalah seorang ahli pertubuhan United Malays National Organisation (UMNO). Dia amat terkenal dalam media sosial di mana laman Facebooknya diikuti oleh ramai orang.
16
Pada 14.3.2020, Defendan dikatakan telah menerbitkan dan menyiarkan melalui laman Facebook, kenyataan-kenyataan seperti berikut: "BREAKING NEWS LGE flew to Spore in Feb 29 after his son Clint was hauled up at airport for bringing in cash RM2mil without proper declaration. Its police case now. The talk is this Clint Lim - RM2m across border LGE son Network: Penang Flying Club, RGB Group (slot machines) A Tan Sri also implicated PDRM is supposed to put the two under remand and statement taken by this week Van Hotel owner Datuk Seri Goh lodged report that he was conned by group people for millions of ringgit including LGE's son (Clint Lim) and property developer Ewei group director's son. One suspect (called Chan Eng) already in custody." "BERITA TERKINI LGE terbang ke Singapura pada 29 Februari selepas anak lelakinya, Clint, telah ditahan di lapangan terbang akibat membawa masuk wang tunai berjumlah RM2 juta tanpa sebarang pengisytiharan. Sekarang, ia adalah kes polis. Perbincangan adalah sebegini Clint Lim - RM2 juta keluar sempadan Anak lelaki LGE Rangkaian: Kelab Penerbangan Pulau Pinang, RGB Group (mesin slot) Seorang Tan Sri juga dinamakan PDRM seharusnya menahan kedua-dua mereka dalam remandan merakamkan percakapan mereka dalam minggu ini Pemilik Hotel Van Datuk Seri Goh telah membuat laopran polis bahawa beliau telah ditipu oleh sekumpulan orang bagi jumlah berjuta-juta ringgit termasuk anak lelaki LGE ("Clint Lim") dan anak lelaki pengarah syarikat pemaju Ewei. Seorang saspek (dipanggil Chan Eng) sudah berada dalam tahanan."
17
Setelah meneliti nota prosiding dalam kes ini, Mahkamah dapat mengenal pasti isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah, seperti berikut: a. Adakah Defendan adalah individu yang menerbitkan kenyataan berunsur fitnah tersebut? b. Adakah kenyataan yang telah diterbitkan oleh Defendan sekiranya isu (a) mengesahkan identiti Defendan adalah fitnah? c. Adakah Defendan mempunyai pewajaran (justifikasi) dan pembelaan komen berpatutan (fair comment). Isu (a) - Adakah Defendan adalah individu yang menerbitkan kenyataan berunsur fitnah tersebut?
18
Plaintif di dalam keterangannya menyatakan bahawa Defendan adalah individu yang menerbitkan penyataan yang dikatakan fitnah tersebut. Plaintif tidak bersetuju dengan soalan peguam Defendan semasa pemeriksaan balas berkenaan dengan identiti Defendan. Ini dapat dilihat seperti berikut di muka surat 80, Nota Keterangan: LIA Selain dari penyataan YB di perenggan 17 dalam penyata tuntutan YB, apakah bukti yang konkrit, yang lebih konkrit yang ada pada YB bahawa kenyataan pada muka surat 60 di Ikatan Dokumen Bersama ditulis oleh Defendan sendiri memandangkan laman Facebook tersebut adalah satu laman fanpage? LIM So buktinya ada satu, macam saya sebut tadi, dia buat live broadcast. No. 2, bahawa nama Papa Azri telah tertera di sana dan Papa Azri adalah sama dengan Defendan. Dan juga gambar Defendan pun ada dalam itu Facebook Papa Azri. LIA Ok, so jawapan YB, adakah benar jika saya menyatakan kegagalan Plaintif untuk memfailkan satu laporan yang boleh menyatakan siapa sebenarnya yang menyatakan kenyataan tersebut. That means there is no laporan SKM. Adakah benar jika saya menyatakan bahawa itu adalah, jawapan tadi adalah satu anggapan, opinion? LIM Saya tidak bersetuju, Yang Arif.
19
Plaintif juga menyatakan bahawa Papagomo adalah Defendan. Dia telah terkenal dan menjadi pengetahuan umum. Namun, Plaintif bersetuju bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif adalah daripada laman fanpage Facebook Papa Azri. Ini dinyatakan di muka surat 88-89, Nota Keterangan: LIA No, I am not concerned about what is stated in the papers. This document is filed by the Plaintiff, dengan izin, Yang Arif. This document is to show that there was a defamatory statement made in a laman Facebook which tertera Papa Azri, that means laman Facebook Papa Azri. My question is simple. You listen to my question, very simple. Kenyataan fitnah yang kononnya dikeluarkan dalam laman Facebook adalah bukan dalam profil yang bernama Papagomo tetapi adalah daripada laman fanpage Facebook yang bernama Papa Azri. Simple question. Now I think that can be answered by anyone. LIM That's why I give you a simple answer. Saya kurang bersetuju which I'll explain. YA Kurang bersetuju. Yang lain, angkat dalam hujahan. LIA Terima kasih, Yang Arif. Seterusnya, jika saya rujuk kepada dokumen dokumen yang sama, 60, 61, 62. Selain daripada muka Defendan, listen to the question properly, YB. Selain daripada muka Defendan dan nama Defendan, iaitu nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris, pada laman fanpage Facebook Papa Azri tidak tertera perkataan "Papagomo", benar atau tidak? LIM Tidak, yes. LIA Tidak ada, that means benar? SM Yes. LIA Benar? LIM Tiada nama Papagomo? LIA Selain dari muka Defendan dan nama Defendan, pada laman fanpage Facebook Papa Azri tidak tertera perkataan Papagomo, benar atau tidak? LIM Benar.
20
Sebaliknya, Defendan menafikan bahawa dia adalah individu yang dikenali sebagai Papagomo. Setelah ditunjukkan dan dimainkan video di Mahkamah dan beberapa keratan akhbar berkaitan dengan Defendan, Defendan masih menafikan bahawa dia adalah Papagomo. Ini dinyatakan di muka surat 219, Nota Keterangan: SM Saya katakan kepada Tuan Azri bahawa Tuan Azri adalah individu yang dikenali ramai sebagai Papagomo? AZRI Tidak, Yang Arif.
21
Malah, Defendan menyatakan bahawa adalah tidak benar dia adalah orang yang menerbitkan kandungan dalam Papa Azri yang dikeluarkan pada 14.3.2020. Ini dinyatakan di muka surat 229, Nota Keterangan: SM Ok. Dan sebagaimana saya telah, saya juga katakan kepada Tuan Azri bahawa Tuan Azri ialah orang yang telah menyiarkan dan menerbitkan kandungan dalam Papa Azri yang dikeluarkan pada 14/03/2020 di muka surat 60. Saya katakan Tuan Azri ialah orang yang membuat penerbitan ini dan menyebarkan ini. Setuju atau tidak setuju? AZRI Tak setuju, Yang Arif.
22
Saksi ketiga Plaintif (SP3) iaitu seorang wartawan akhbar Sinar Harian telah membuat pengecaman di Mahkamah Terbuka bahawa Defendan adalah Papagomo. SP3 menyatakan seperti berikut di muka surat 195, Nota Keterangan: SM Soalan tambahan. Pn Noor Azlida, dalam jawapan kepada Soalan No. 5 ini, Pn Noor Azlida telah katakan bahawa Papagomo adalah En Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris yang juga merupakan individu yang telah dinyatakan dalam berita yang dilaporkan. Soalan saya, adakah beliau ada hadir di Mahkamah? AZLIDA Ya,ada. SM Boleh tunjukkan kepada Mahkamah yang Mulia ini? AZLIDA (00:06:44). SM Yang Arif, saksi telah mengecamkan Defendan sebagai En Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo yang mana telah dilaporkan dalam berita yang beliau telah rujuk tadi.
23
Sementara itu, saksi keempat Plaintif (SP4) juga seorang wartawan setelah ditunjukkan gambar membuat pengecaman berkenaan dengan Defendan, seperti dinyatakan di mukasurat 198 hingga 199, Nota Keterangan: SM I will refer the witness again to page 3 to 4 of the Bundle B4 and also the coloured version of this thing. Now in this particular picture you have also referred. I mean this report also, but in this particular document, there is a picture of three gentlemen and the person, the individual known as Papagomo or En Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris, also known as Papagomo, where is he in the. In the picture? DAWN In the picture he's on the left. SM The extreme left, ok. DAWN Yes. SM Alright. Now, is he present in this Honorable Court today? DAWN Yes. SM Okay. So kindly identify him, is he there in the (00:14:28), can you identify him? DAWN Yes, he is, My Lord.
24
Penelitian Mahkamah terhadap keterangan-keterangan tersebut bersama-sama dengan hujahan pihak-pihak adalah didapati bahawa isu ini timbul apabila paparan fanpage menunjukkan ia adalah Papa Azri dan ini menjadi asas kepada dakwaan Defendan bahawa dia bukannya orang yang sama dengan Papagomo. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa berdasarkan catatan-catatan yang kelihatan di fanpage facebook tersebut, ia adalah seperti sedemikian. Namun, Mahkamah ini bersandarkan kepada keterangan SP3 dan SP4 yang merupakan wartawan yang membuat laporan berkaitan dengan Defendan. Mereka secara jelas mengesahkan bahawa Defendan adalah Papagomo.
25
Pada masa yang sama pula, tiada keterangan yang dikemukakan oleh Defendan bagi menyanggah keterangan bahawa beliau adalah bukan Papagomo dan bukan Papa Azri. Ini bermakna bagi menjawab isu (a) ini, bahawa berdasarkan keterangan-keterangan yang ada Defendan adalah individu yang sama dengan Papagomo. Oleh itu, Defendan adalah individu yang pada hemat Mahkamah membuat hantaran tersebut. Mahkamah tidak mendapati terdapat kekeliruan identiti berkenaan dengan Defendan dalam kes ini.
26
Plaintif telah merujuk kepada keputusan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2014] 9 MLJ 605; Dato' Sukri Hj Mohamed v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2016] 4 CLJ 654 dan mengatakan bahawa seksyen 43 Akta Keterangan 1950 terpakai. Ini adalah menunjukkan bahawa Defendan adalah Papagomo. Ini seperti yang diputusan dalam kes tersebut. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2014] 9 MLJ 605 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menunjukkan di para 40-43 seperti berikut: [40] All the articles (Bundle B pp 1-14) which contain the statements complained of carries the name Papagomo and it was clearly identified that the defendant is the Papagomo. [41] SP1 was an independent witness, with no motive to lie to the court and without any interest in this action. [42] From the evidence adduced, I found that the defendant was the blogger Papagomo and the defendant had published the defamatory statements in the blog www.papagomo.com as pleaded in paras 3, 4 and 5 of the statement of claim. Sementara itu, dalam kes Dato' Sukri Hj Mohamed v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2016] 4 CLJ 654 menyatakan seperti berikut: [15] The material fact that appellant need to prove in the first issue is whether the respondent was the blogger who blogs using the pseudonym 'papagomo'. In this respect the evidence of SP3 and SP5 had shown that this fact is true. Moreover in the case of Datuk Seri Anwar Ibrahim v. Wan Muhammad Azri Wan Deris [2015] 2 CLJ 557, the same issue was canvassed and SP3 had also given evidence as SP1 in that case as to the identity of 'papagomo' which SP1 said, in his evidence, refers to the respondent in that case. The respondent in that case is the same respondent as in this case. The learned High Court Judge there accepted SP1's evidence. In another case Abdul Razak Mohd Noor v. Wan Muhammad Azri Wan Deris [2014] CLJU 1863; [2014] 1 LNS 1863, SP3 had also testified as plaintiff's witness SP1 as to the identity of the respondent as the blogger 'papagomo' and his evidence was also accepted by the court. Therefore in our opinion in this present appeal there is ample evidence for the court to conclude that the respondent is indeed the blogger 'papagomo'. But the learned judge decided to reject this evidence. We disagree with his decision.
27
Ini menurut Plaintif menunjukkan bahawa Defendan adalah Papagomo. Mahkamah ini sewajarnya menggunakan dapatan di dalam kes-kes tersebut berdasarkan seksyen 43 Akta Keterangan 1950. Seksyen 43 Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut: Judgments, orders or decrees other than those mentioned in sections 40,41 and 42 are irrelevant unless the existence of such judgment, order or decree is a fact in issue or is relevant under some other provision of this Act.
28
Seksyen 43 Akta Keterangan 1950 ini adalah dikatakan berdasarkan kepada kes Hollington v F Hewthorn & Company Limited [1943] 2 All ER 35, yang menyatakan seperti berikut: This is true not only of convictions, but also of judgments in civil actions; if given between the same parties they are conclusive, but not against anyone who was not a party. If the judgment is not conclusive we have already given our reasons for holding that it ought not to be admitted as some evidence of a fact which must have been found, owing mainly to the impossibility of determining what weight should be given to it without retrying the former case. A judgment, however, is conclusive as against all persons of the existence of the state of things which it actually affects, when the existence of that state is a fact in issue. Thus, if A sues B, alleging that owing to B's negligence he has been held liable to pay £x to C, the judgment obtained by C is conclusive as to the amount of damages that A has had to pay C. But it is not evidence that B was negligent: see Green v New River Co; and B can show, if he can show, that the amount recovered was not the true measure of damage.
29
la disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Pendaftar Hakmilik, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor v Huan Kok Sy [2025] 2 CLJ 871, di para 37 yang menyatakan seperti berikut: [37] We agree and endorse the decision in DP Vijandran (supra) and reiterate that there is nothing in the EA 1950 which allows the statements or findings of facts in another case to be relevant and admissible evidence in a subsequent case to decide the points which are in issue in the subsequent case, except if the judgment, order or decree sought to be admitted falls under any of the provisions under ss. 40 to 43 of the EA 1950. In our mind, this is applicable to both civil and criminal proceedings since it involves the general rule of evidence.
30
Mahkamah Rayuan dalam kes CJ Polymers Sdn Bhd v Kerk Han Meng & Anor [2026] 1 CLJ 359, para 30-32 menyatakan seperti berikut: [30] The mutuality of the duty of good faith and confidence cannot be overstated. It would not be open to a shareholder in an Ebrahimi-type company to act in breach of that duty of good faith and confidence, and then to seek the assistance of the court to impose restrictions on the other shareholders when they purport to act in exercise of their legal rights as a response to that breach. [31] It is well-established that one of the reasons justifying consolidation would be to prevent inconsistent findings of facts being arrived at by courts hearing cases premised upon the same transactions. The issues in dispute in Suit 786 would include the allegation of fraud and misappropriation, and this would be the primary driver for the question of whether the removal of Mr Kerk as director was justified in the circumstances of the case. Thus, the merits of at least part of the two cases will depend on the same transactions. [32] In the absence of an order for consolidation (or a direction of court for the cases to be heard together), all the contentions of fraud would have to be proven afresh in the subsequent case, because of the proper operation of s. 43 of the Evidence Act 1950.
31
Apa yang menarik di dalam kes ini apakah keputusan di dalam keses Datuk Seri Anwar Ibrahim v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2014] 9 MLJ 605; Dato' Sukri Hj Mohamed v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2016] 4 CLJ 654 itu boleh digunakan bagi mengesahkan identiti Defendan? Pada hemat Mahkamah ini, pemakaian seksyen 43 Akta Keterangan 1950 dalam kes ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Seksyen 40, 41 dan 42, Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut: 40 Previous judgments relevant to bar a second suit or trial The existence of any judgment, order or decree which by law prevents any court from taking cognizance of a suit or holding a trial is a relevant fact when the question is whether the court ought to take cognizance of the suit or to hold the trial. 41 Relevancy of certain judgments in probate, etc., jurisdiction
1
A final judgment, order or decree of a court, in the exercise of probate, matrimonial, admiralty or bankruptcy jurisdiction, which confers upon or takes away from any person any legal character, or which declares any person to be entitled to any such character, or to be entitled to any specific thing, not as against any specified person but absolutely, is relevant when the existence of any such legal character or the title of any such person to any such thing is relevant.
2
Such judgment, order or decree is conclusive proof-
a
that any legal character which it confers accrued at the time when the judgment, order or decree came into operation;
b
that any legal character to which it declares any such person to be entitled accrued to that person at the time when the judgment, order or decree declares it to have accrued to that person;
c
that any legal character which it takes away from any such person ceased at the time from which the judgment, order or decree declared that it had ceased or should cease; and
d
that anything to which it declares any person to be so entitled was the property of that person at the time from which the judgment, order or decree declares that it had been or should be his property. 42 Relevancy and effect of judgments, orders or decrees other than those mentioned in section 41. Judgments, orders or decrees other than those mentioned in section 41 are relevant if they relate to matters of a public nature relevant to the inquiry; but such judgments, orders or decrees are not conclusive proof of that which they state.
32
Pada hemat Mahkamah ini, dapatan Hakim di dalam kes-kes tersebut adalah dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah semasa perbicaraan. Di samping itu, ia melibatkan nama Papagomo yang ditujukan digunakan oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris. Sebaliknya dalam kes ini, kenyataan tersebut dibuat melalui fanpage Papa Azri bukannya Papagomo. Oleh itu, adalah tidak sewajarnya Mahkamah ini menggunapakai seksyen 43 Akta Keterangan 1950 untuk menentukan identiti Defendan dalam kes ini.
33
Penelitian kepada muka surat 60, Kertas Mahkamah 66, Ikatan Dokumen Bersama di mana kenyataan fitnah ini dikatakan diterbit, tercatat Papa Azri. Sementara itu, di muka surat 52, Kertas Mahkamah 66 tersebut catatan tarikh 13.03.2020 yang tercatat Pemuda UMNO Sungai Petani. Ini dilihat bersama-sama dengan muka surat 61, Kertas Mahkamah 72, Ikatan Dokumen Bersama yang menunjukkan Defendan adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia pada muka surat 62, Kertas Mahkamah 72, Ikatan Dokumen Bersama tercatat Wan Muhammad Azri, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan tercatat Papa Azri @ Papazri 2020.
34
Penelitian kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di Mahkamah ini tanpa merujuk kepada keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2014] 9 MLJ 605; Dato' Sukri Hj Mohamed v Wan Muhammad Azri Wan Deris [2016] 4 CLJ 654, Mahkamah ini berpendapat Defendan adalah merupakan Papa Azri yang terpapar di dalam pernyataan yang dibuat oleh Defendan tersebut.
35
Seterusnya, Mahkamah juga perlu menimbangkan adakah Defendan yang telah menerbitkan kenyataan-kenyataan tersebut? Ini adalah disebabkan Defendan ada menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Plaintif kepada Defendan adalah bermotifkan politik. Ini dapat dilihat melalui keterangan Defendan semasa dibenarkan oleh Mahkamah untuk memberikan keterangan sedemikian di muka surat 211 hingga 212, Nota Keterangan: LIA Tadi kita telah menandakan penyata saksi Defendan dan seterusnya tiada pembetulan dan ada dua atau tiga soalan tambahan. Ada tak En Azri nak menambah apaapa lagi, yang buat tambahan? AZRI Saya tak ada, Yang Arif. LIA Nakcakap, tambah? AZRI Tambahan? YA Tidak ada? Ada? AZRI Yang Arif, ini adalah satu perkara yang melibatkan isu perbalahan parti politik, Yang Arif. YA Yang melibatkan? AZRI Perbalahan parti politik, perbalahan parti politik. Saya disaman oleh Plaintif yang mana beliau katakan bahawa saya yang menyebar berita tersebut. Namun Yang Arif, saya yakin media akhbar Cina, semua akhbar Cina mengeluarkan berita tersebut di (00:25:33) oleh Plaintif, namun tidak satu tindakan diambil ke atas media akhbar-akhbar berbahasa Cina tersebut dan juga beberapa individu lain yang mengeluarkan berita tersebut. Malangnya saya yang telah disaman oleh Plaintif yang mana saya dinasihatkan ini adalah satu penganiayaan politik ke atas diri saya, Yang Arif. Yang Arif, saya juga memohon untuk Mahkamah mengambil kira rekod Plaintif yang merupakan seorang bekas banduan yang telah dihukum penjara kerana menyebarkan berita palsu. YA Saksi dibenarkan untuk memberi keterangan selanjutnya. LIA Terima kasih. YA Ada lagi apa-apa kenyataan tambahan, teruskan? AZRI Yang Arif, memandangkan kedudukan seteru politik dan mempunyai rekod dihukum penjara kerana menyebarkan berita palsu, saya memohon Mahkamah untuk mengambil kira bahawa saman ke atas saya ini adalah bermotifkan politik. Itu sahaja, Yang Arif. YA Ya, terima kasih. AZRI Tiada, Yang Arif. LIA Ada apa-apa lagi nak tambah?
36
Pada hemat Mahkamah, perbalahan politik di antara Plaintif dan Defendan tidak seharusnya menjadi asas oleh Mahkamah ini untuk menentukan sama ada tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah dibenarkan atau ditolak. Apa yang penting Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan dan undang-undang berkaitan fitnah serta tidak sekali-kali terpengaruh atau dipengaruhi oleh mana-mana isu politik yang melibatkan Plaintif dan Defendan. Mahkamah ini perlu mempertahankan kebebasan kehakiman dan tidak terpengaruh dengan mana-mana unsur luar dalam membuat keputusan.
37
Adalah tidak dapat dinafikan keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa penyataan-penyataan tersebut dibuat daripada akaun Defendan iaitu "Papa Azri". Mahkamah juga mendapati bahawa tiada keterangan yang mencadangkan bahawa akaun-akaun tersebut disediakan atau dikendalikan oleh pihak-pihak yang lain. Malahan, sekiranya digunakan anggapan seksyen 114A Akta Keterangan 1950, anggapan ialah Defendan melainkan disanggah anggapan tersebut adalah individu yang menerbitkan kenyataan tersebut. Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut:
1
A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
2
A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
3
Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
4
For the purpose of this section-
a
(a)"network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
b
(b)"publication" means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer.
38
Pemakaian seksyen 114A Akta Keterangan 1950 ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Peguam Negara Malaysia v Mkini Dotcom Sdn Bhd & Anor [2021] 2 MLJ 652 yang menyatakan seperti berikut: [47] Section 114A was legislated via Amendment Act A1432 in 2012. The Explanatory Statement to the Bill outlined the objective of enacting this provision. It sought to provide for the presumption of fact in the publication. This presumption will assist in identifying and in proving the identity of an anonymous person involved in the publication through the internet. [48] The Hansard of the Dewan Rakyat during the tabling of the amendment on 18 April 2012 revealed that the objective was to alleviate problems and weaknesses that occur in cybercrime activities on the internet. One of the main aims was to tackle the issue of internet anonymity. We refer below to the excerpts of the revealing speech read out in Parliament by the Minister to appreciate the rationale behind s 114A: Perkembangan yang pantas dalam penggunaan internet dan teknologi maklumat pada masa kini telah membawa kepada berleluasanya jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui internet. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengenal pasti bahawa Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet iaitu, dengan izin, internet anonymity. Susan W. Brenner, seorang professor undang-undang dan teknologi di University of Dayton School of Law telah menggambarkan isu internet anonymity, dengan izin, seperti yang berikut, dengan izin. 'A man can be a woman, a woman can be a man. A child can be an adult, a foreigner can pass for a native. All of which makes the apprehension of cyber criminal that much more difficult'. Penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan ketanpanamaan' pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani aktiviti jenayah siber. Jenayah yang dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat. Walaupun dapat dikenal pasti dengan jelas lokasi, alamat IP dan pemiliknya tetapi amat sukar untuk membuktikan siapakah yang sebenarnya menghantar e-mel tersebut. Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, IP address, dengan izin, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan dan mengenakan anggapan liability ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian, kerajaan mencadangkan peruntukan sewajarnya mengenai anggapan yang berasaskan owner honest principal dimasukkan dalam Akta Keterangan 1950. Tujuan peruntukan anggapan berasaskan owner honest principal, dengan izin, adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Walau bagaimanapun, pihak pendakwa yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang. Apabila wujud keterangan yang cukup untuk dibuat anggapan terhadap seseorang dan mahkamah berpuas hati bahawa anggapan boleh dibuat, beban pembuktian untuk membuktikan atau menyangkal anggapan itu berpindah kepada orang yang terhadapnya anggapan dibuat. Beban pembuktian orang yang terhadapnya anggapan dibuat adalah atas imbangan kebarangkalian, dengan izin, balance of probabilities yang lebih ringan daripada beban pembuktian yang diletakkan ke atas pihak pendakwa. (Emphasis added.) [49] From the above speech, it is apparent that the challenges in identifying cybercriminal trickle down to tracing the offenders who naturally can hide behind the cloak of internet anonymity. Although the email address, IP address, location, owner of the computer can be traced, the verification of the identity of the sender or commentator remains difficult. This warranted a provision on presumption based on the owner honest principal' to ease the burden of proof in respect of certain facts. At first blush, the principal actor such as the internet owner etc. should be the first target to be imputed with liability. [50] However, the Minister in his statement did caution that the public prosecutor must be able to prove the existence of the basic facts before invoking that presumption. [51] Plainly stated, the presumption in s 114A is a rebuttable one. Rebuttal raised must be on the balance of probabilities. [135] Section 114A of the Evidence Act provides three types of presumptions of fact in publication of contents on the internet. The wordings in s 114A(1) clearly establishes the following requirements:
a
(a)a person's name, photograph or pseudonym (identity');
b
(b)the identity must appear on any publication depicting the said person to have some connection with the publication either as the owner, host, administrator, editor or sub-editor of the publication; and
c
(c)the said person will be presumed to have facilitated in publishing or re-publishing the contents of the publication unless and until the contrary is proved. (See YB Dato' Hj Husam bin Hj Musa v Mohd Faisal bin Rohban Ahmad [2015] 3 MLJ 364 at para [26]; Ahmad Abd Jalil v Public Prosecutor [2015] 5 CLJ 480 at paras [40]----[42]; Stanislaus a/l J Vincent Cross v Ganesan a/l Vyramutoo & Anor [2021] 7 MLJ 202; [2020] MLJU 1013 at para [10]; and Yusof Holmes bin Abdullah v Public Prosecutor and another appeal [2020] 10 MLJ 269).
39
Mahkamah ini berpendapat keterangan yang dikemukakan merujuk bahawa Defendan adalah Papa Azri yang terpapar di dalam kenyataan tersebut. Fakta-fakta asas ini membolehkan seksyen 114A Akta Keterangan 1950 terpakai. Pada masa yang sama, Mahkamah tidak boleh mengenepikan keterangan yang menyatakan Defendan tidak fasih berbahasa Inggeris. Ini bukanlah pada hemat Mahkamah menyokong dakwaan bahawa penyataan tersebut tidak diterbitkan oleh Defendan.
40
Ini bermakna Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan adalah individu yang telah menerbitkan penyataan-penyataan tersebut. Isu (b) - Adakah kenyataan-kenyataan tersebut berunsur fitnah?
41
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bagi menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu adalah fitnah kenyataan tersebut perlu dibaca secara keseluruhannya. Adalah tidak memadai membacanya secara terpisah-pisah atau di luar konteks pernyataan tersebut. Seterusnya, adakah kenyataan tersebut merujuk kepada Plaintif dan telah menyebabkan pandangan orang lain kepada Plaintif akan menjadi serong serta kedudukan Plaintif di kacamata orang akan jatuh.
42
Ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Keluarga Communication Sdn Bhd v Normala Samsudin & Another Appeal [2016] 2 CLJ 46, seperti berikut: [16] At the outset we would state that the test to be applied when considering whether a statement is defamatory of a plaintiff is well settled in that it is an objective one in which it must be given a meaning a reasonable man would understand it and for that purpose, that is, in considering whether the words complained of contained any defamatory imputation, it is necessary to consider the whole article. ...
43
Mahkamah juga perlu melihat adakah kenyataan tersebut merujuk kepada Plaintif-Plaintif. LGE telah digunakan dalam kenyataan tersebut. Keterangan telah dikemukakan bahawa LGE itu merujuk kepada Lim Guan Eng iaitu Plaintif Pertama. Mahkamah ini mendapati tiada keterangan dapat menyanggah fakta tersebut. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa LGE tersebut adalah merujuk kepada Plaintif Pertama. Ini bermakna kenyataan fitnah tersebut merujuk kepada Plaintif Pertama. Sementara itu, Clint Lim pula telah dirujuk sebagai anak kepada Plaintif Pertama. Ini bermakna kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada anak Plaintif Pertama adalah merujuk kepada Plaintif Kedua. Mahkamah juga berpendapat kenyataan tersebut merujuk kepada Plaintif Kedua.
44
Penelitian secara menyeluruh kenyataan di perenggan 16 di atas menunjukkan bahawa Plaintif telah terbang ke Singapura pada 29hb. Februari, setelah anaknya iaitu Plaintif Kedua ditahan di Singapura dengan membawa wang RM2 juta. Plaintif telah dikatakan ditahan di Lapangan Terbang Singapura. Pernyataan ini telah memberikan gambaran bahawa Plaintif Kedua telah menggunakan pengaruh Plaintif Pertama untuk melepaskan diri daripada tahan di Singapura.
45
Pada hemat Mahkamah, pernyataan yang sedemikian telah menyebabkan orang awam mempunyai pandangan bahawa Plaintif Pertama adalah seorang yang tidak amanah dan cuba merestui tindakan anaknya (Plaintif Kedua) dengan cuba menyelesaikan masalah yang dikenalpasti di Singapura. Sementara itu, bagi Plaintif Kedua pula akan dilihat sebagai seorang anak kepada bekas Menteri Kabinet yang telah menyalahgunakan kedudukannya dan Plaintif Pertama dengan melarikan wang berjumlah RM2 juta ke Singapura.
46
Apa yang lebih menarik dalam kes ini terdapat pengesahan oleh pihak berkuasa bahawa kejadian tangkapan Plaintif Kedua di Singapura tidak berlaku. Malahan, Plaintif Pertama tidak keluar dari Persekutuan pada masa kejadian tersebut. Ini adalah disebabkan passport Plaintif Pertama telah ditahan oleh Mahkamah disebabkan dia mempunyai pertuduhan jenayah.
47
Apakah pernyataan yang dibuat itu adalah merupakan hanya salah laporan yang dibuat berasaskan maklumat yang merupakan anak Plaintif Pertama telah membawa keluar wang RM2 juta? Oleh itu, Plaintif Pertama pergi ke Singapura untuk menyelesaikan perkara tersebut.
48
Pernyataan itu telah membawa satu fahaman kepada orang awam bahawa Plaintif Pertama seorang bekas Menteri Kewangan telah cuba menyelesaikan isu Plaintif Kedua yang telah membawa keluar wang RM2 juta keluar dari Malaysia. Ini menunjukkan Plaintif Pertama bukannya seorang yang jujur malahan berusaha untuk melindungi atau menyelamatkan anaknya Plaintif Kedua yang telah melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.
49
Ini ditambah pula dengan cadangan agar kedua-dua Plaintif itu ditahan reman yang menunjukkan perlakuan Plaintif Pertama dan Kedua itu salah laku jenayah.
50
Apakah pernyataan ini telah menyebabkan pandangan orang awam terhadap Plaintif Pertama dan Kedua menjadi serong serta merendahkan kedudukan mereka pada kacamata masyarakat? Adakah ia adalah sekadar pernyataan fakta yang dibuat oleh Defendan tertakluk kepada pengesahan yang akan diperolehi oleh Defendan daripada laporan lapangan. Adakah pernyataan sedemikian tidak menyebabkan Plaintif Pertama dan Kedua dipandang serong oleh masyarakat atau jatuh kedudukan mereka di mata masyarakat?
51
Bagi menjawab persoalan tersebut, Mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa semasa pernyataan itu dibuat Plaintif Pertama adalah seorang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia telah mencadangkan seolah-olah Plaintif Pertama menggunakan pengaruhnya bagi mengatasi tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap Plaintif Kedua.
52
Plaintif Pertama di dalam kenyataan saksi (Kertas Mahkamah 91) untuk menjawab soalan 26, telah menyatakan pernyataan fitnah itu telah mendedahkan dia dan Plaintif Kedua kepada skandal awam, keaiban, kebencian, penghinaan dan ejekan.
53
Persoalan yang menarik dalam kes ini ialah adakah pernyataan di dalam keterangan Plaintif Pertama dan Kedua itu perlu diterima oleh Mahkamah tanpa memerlukan keterangan menyokongnya. Adakah bagi menentukan bahawa kenyataan itu adalah fitnah kerana ianya telah didakwa oleh Plaintif kenyataan itu telah menimbulkan pandangan serong orang awam kepadanya tanpa memerlukan keterangan lain? Adakah Mahkamah boleh menentukan kenyataan itu adalah kenyataan fitnah dengan berdasarkan keterangan Plaintif-Plaintif sahaja?
54
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa semasa menentukan sama ada pernyataan itu fitnah, Mahkamah hendaklah memahami pernyataan di dalam maksud yang pada kebiasaannya difahami. Ini dinyatakan dalam kes Jones v Skelton [1963] 1 WLR 1362; [1963] 3 All Er 952 seperti berikut: The ordinary and natural meaning of words may be either the literal meaning or it may be an implied or inferred or an indirect meaning: any meaning that does not require the support of extrinsic facts passing beyond general knowledge but is a meaning which is capable of being detected in the language used can be a part of the ordinary and natural meaning of words. See Lewis v. Daily Telegraph Ltd.42 The ordinary and natural meaning may therefore include any implication or inference which a reasonable reader guided not by any special but only by general knowledge and not fettered by any strict legal rules of construction would draw from the words. The test of reasonableness guides and directs the court in its function of deciding whether it is open to a jury in any particular case to hold that reasonable persons would understand the words complained of in a defamatory sense.
55
Prinsip-prinsip ini telah dinyatakan dan digunapakai dalam kes Lee Kuan Yew v. J.B. Jeyaretnam [1979] 1 MLJ 281, di muka surat 288 seperti berikut: The meaning of the words is a question entirely for the court. The meaning intended by the publisher is irrelevant for the purpose of construing the words. This important principle in the law of defamation in England was finally settled by the decision of the House of Lords inE Hulton & Co v Jones [1910] AC 20 where Lord Loreburn L.C. said (at 23):— "A person charged with libel cannot defend himself by showing that he intended in his own breast not to defame or that he intended not to defame the plaintiff, if in fact he did both." The test is objective and not subjective.
56
la telah menjadi satu undang-undang yang mantap seperti yang dinyatakan di dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v Hue Shieh Lee [2019] 3 CLJ 729 dan Syed Husin Ali v Syarikat Percetakan Utusan Melayu Berhad & Anor [1973] 2 MLJ 56.
57
Penelitian kepada kenyataan yang dibuat oleh Defendan ini pada hemat Mahkamah membawa maksud Plaintif Pertama adalah seorang yang menyalahgunakan kedudukan bagi melindungi dan menyelamatkan anaknya Plaintif Kedua. Pada masa yang sama, Plaintif Kedua sebagai anak kandung kepada Plaintif Pertama telah melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dengan membawa keluar wang RM2 juta dari Persekutuan dan tertangkap di Singapura.
58
Ini menyebabkan masyarakat akan berpandangan bahawa tingkahlaku Plaintif Pertama dan kedua ini tidak sejajar dengan amanah dan jawatan yang telah disandang oleh Plaintif Pertama sebagai anggota Cabinet Persekutuan sebelum ini. Ia akan menghilangkan kepercayaan orang awam kepada integriti serta kejujuran Plaintif Pertama. Ia juga menjadikan pandangan Plaintif Pertama dan Kedua tidak boleh dipercayai dan berkemungkinan melakukan tindakan yang sama sebelum ini. Namun, ia tidak dapat dikesan atau dilindungi semasa Plaintif Pertama memegang jawatan di dalam Cabinet Kerajaan Persekutuan.
59
Mahkamah ini berpendapat ia telah mencalarkan kredibiliti Plaintif Pertama dan Kedua yang menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap Plaintif Pertama dan Kedua ekoran daripada kenyataan fitnah tersebut.
60
Oleh itu, kenyataan yang terdapat pada perenggan 16 di atas adalah satu fitnah terhadap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. Pembelaan pewajaran (justification)
61
Penelitian kepada pernyataan pembelaan Defendan menunjukkan pembelaan pewajaran (justification) dan komen berpatutan (fair comments), Mahkamah perlu meneliti pembelaan-pembelaan tersebut dengan sewajarnya.
62
Defendan menyatakan bahawa dia mempunyai pewajaran di dalam membuat pernyataan tersebut. Ini adalah disebabkan pada masa itu dia adalah Ahli Parti Siasah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dia adalah Jawatankuasa Eksekutif Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Dia mempunyai tugas langsung untuk memantau perjalanan tadbir urus Kerajaan, memantau prestasi Kerajaan dan menyuarakan kebimbangan rakyat.
63
Defendan telah mempunyai akses kepada keratan artikel berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang diteliti oleh Defendan berkenaan Plaintif Kedua berada di Lapangan Terbang Singapura dengan dikatakan membawa wang RM2 juta. Dia juga memperolehi artikel dari online The Coverage, online Sinar Harian dengan tajuk "Anak pemimpin kanan parti politik ditahan di Singapura", portal artikel online Malaysia Today dengan tajuk "Guan Eng's son arrested entering Singapore with US$2 million". Namun begitu, berita-berita online telah dipadamkan dan tidak dapat dapat diakses.
64
Pada masa yang sama, Defendan menyatakan bahawa dia telah mempunyai akses kepada satu video seorang lelaki Cina mengenai penangkapan Plaintif Kedua. Selain daripada itu, terdapat penerbitan-penerbitan dari Laman Facebook dan Twitter berkenaan penahanan Plaintif Kedua.
65
Penelitian kepada pembelaan pewajaran ini menunjukkan bahawa maklumat berkenaan penyataan itu bukannya dicetuskan atau dimulakan oleh Defendan. Ia adalah berdasarkan kepada maklumat yang dibaca dan diteliti oleh Defendan berdasarkan maklumat yang diterbitkan oleh pihak ketiga. Ia kemudiannya dikeluarkan melalui "Papa Azri". Apakah ini adalah pembelaan yang boleh digunakan oleh Defendan?
66
Apa yang menarik berkenaan undang-undang fitnah di Malaysia ialah terdapat pembelaan yang telah diperuntukkan di bawah Akta Fitnah 1957. Seksyen 8 Akta Fitnah 1957 menyatakan seperti berikut: In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges.
67
Pembelaan pewajaran telah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato' Sri Dr Mohamad Salleh Ismail & Anor v Nurul Izzah Anwar & Anor [2021] 4 CLJ 327, yang menyatakan seperti berikut: [40] The defence of justification can be found in s.8 of the Defamation Act 1957 which states: In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges. [41] What this means is that it is not necessary to prove the truth of every defamatory allegation if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation. In short, there only needs to be substantial justification of the whole libel and it is not necessary to prove the truth of every word of the libel. "As much must be justified as meets the sting of the charge, and if anything be contained in a charge which does not add to the sting of it, that need not be justified." (see Workers' Party v. Tay Boon Too & Another Case [1974] CLJU 206; [1974] 1 LNS 206; [1975] 1 MLJ 47).
68
Jika dirujuk kepada dapatan Hakim Mahkamah Rayuan, semasa kes tersebut di Mahkamah Rayuan di Dato' Sri Dr Mohamad Salleh Ismail & Anor v Nurul Izzah Anwar & Anor [2018] 9 CLJ 285, pandangan Hakim Mahkamah Rayuan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan menunjukkan kenyataan yang dikatakan fitnah tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar oleh Defendan. Semasa meneliti kenyataan tersebut dan melihat keseluruhan Mahkamah Rayuan berpendapat pembelaan pewajaran dapat ditimbangkan oleh Mahkamah atas alasan berikut: [44] As such, there was substantial truth in the press conference which was on the conflict of interest surrounding the wife of the first plaintiff when she was the Member of Parliament for Lembah Pantai. There was also no malice proven by the plaintiffs.
69
Mahkamah Rayuan juga memberi penjelasan berkenaan pemakaian seksyen 8 Akta Fitnah 1957 seperti berikut: [48] Now, it is not the law on defamation that the whole of the impugned statements must be the absolute truth. Rather, the law is that the impugned statement must be shown to be substantially true in material particular. That is the position under the English common law. Such is also the legal position that could be availed by a defendant here under s. 8 of the Defamation Act 1957. Section 8 states as follows: In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges. [49] So, both at common law, as well as under our very own statutory regime, justification, if successfully erected, provides a complete defence for the defendant in a defamation suit. Learned Justice Zainun Ali JCA (as she then was) had occasion to interpret and explain the ambit of the said s.8, thus: In other words a purposive approach is taken in interpreting s. 8 - when for a defence of justification to be upheld, it is not necessary to prove the truth of every word in the statement said to be defamatory. What is relevant is actually the truth of the imputation of the overall statement. (emphasis added.) [See the case of Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Ghee [t/a L&G Consultants & Education Services [2009] 4 CLJ 113; [2009] 3 MLJ 665]
70
Persoalan dalam kes ini ialah adakah disebabkan penyataan Defendan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Defendan daripada pihak ketiga boleh dijadikan asas untuk pembelaan justifikasi. Dalam erti kata lain, adakah Defendan bukannya yang memulakan kenyataan fitnah tersebut menyebabkan pembelaan pewajaran boleh diterima oleh Mahkamah? Dalam hal ini, Mahkamah juga perlu meneliti sama ada seseorang yang hanya menerbitkan semula atau menghantarkan semula maklumat yang mana mengandungi kenyataan fitnah bolehkah pembelaan pewajaran digunakan?
71
Jika ditinjau berkaitan dengan undang-undang fitnah berhubung dengan tanggungjawab pihak yang menerbitkan fitnah adalah didapati bahawa sekiranya seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fitnah tersebut, ia mungkin dikecualikan daripada bertanggungan terhadap fitnah tersebut. la dapat dilihat dalam kes Emmens v Pottle and Others [1885] 16 Q.B.D. 354 di dalam kes tersebut ia melibatkan pihak Defendan yang dikatakan mencetak sesuatu kenyataan fitnah melalui percetakan yang telah disebarkan oleh Defendan. Lord Esher MR dalam kes tersebut setelah menganalisa fakta menyatakan seperti berikut: The question is whether, as such disseminators, they published the libel? If they had known what was in the paper, whether they were paid for circulating it or not, they would have published the libel, and would have been liable for so doing. That, I think, cannot be doubted. But here, upon the findings of the jury, we must take it that the defendants did not know that the paper contained a libel. I am not prepared to say that it would be sufficient for them to shew that they did not know of the particular libel. But the findings of the jury make it clear that the defendants did not publish the libel. Taking the view of the jury to be right, that the defendants did not know that the paper was likely to contain a libel, and, still more, that they ought not to have known this, which must mean, that they ought not to have known it, having used reasonable care - the case is reduced to this, that the defendants were innocent disseminators of a thing which they were not bound to know was likely to contain a libel.
72
Hal yang sama juga telah dinyatakan dalam kes Vizetelly v Mudie's Select Library Ltd [1900] 2 QB 170.
73
Adalah didapati kes-kes tersebut adalah berkaitan dengan penerbitan akhbar dan syarikat percetakan. Persoalannya adakah masa kini adanya kemudahan media sosial, pihak yang membuat hantaran semula boleh bersandarkan kepada pembelaan justifikasi dengan menyatakan bahawa dia hanya menghantar kenyataan berbaur fitnah tersebut dan bukannya pihak yang membuat kenyataan fitnah tersebut?
74
Pada hemat Mahkamah, tanggungjawab seorang yang membuat hantaran semula kepada kenyataan-kenyataan fitnah adalah mempunyai tanggungjawab yang sama dengan pihak yang membuat atau menulis kenyataan fitnah tersebut. Dalam konteks yang menunjukkan bahawa terdapatnya penerbitan fitnah, seseorang yang menjadi penghantar semula tidak boleh menyatakan bahawa dia tidak terlibat di dalam penerbitan fitnah tersebut. Dia adalah bertanggungjawab sama dengan pihak yang memulakan penerbitan fitnah tersebut.
75
Oleh yang demikian, pihak yang menerima kenyataan yang akhirnya didapati mempunyai unsur fitnah tidak boleh menyatakan bahawa terdapat pembelaan pewajaran tersebut hatta sekiranya kenyataan tersebut tidak dipastikan kebenarannya. Oleh yang demikian, adalah penting bagi individu yang menerima apa-apa kenyataan yang tidak dipastikan kebenarannya itu tidak dengan sewenang-wenangnya membuat hantaran semula kerana ia akan terdedah dengan tindakan fitnah daripada pihak yang kena fitnah.
76
Adalah didapati bahawa simpang siur undang-undang fitnah di dalam perkembangan media sosial dan internet adalah rumit dan memerlukan penelitian undang-undang yang mendalam serta perlu terus berkembang. Ini telah dinyatakan oleh David Rolph, Professor Undang-Undang di Universiti Sydney, dalam artikelnya yang bertajuk The Concept of Publication in Defamation Law [2021] 27 Torts Law Journal 1 seperti berikut: The case law on whether internet intermediaries are publishers for the purposes of defamation law is overwhelmingly complex and confusing. It exposes how largely untested many basic principles of publication have been until now. The orderly and coherent development of the law in its application to new contexts will be facilitated by a return to basic principle. Too often, though, defamation is treated as a sui generis tort. A reconsideration of the principles of publication in light not only of defamation law but also of more general notions of tortious responsibility is important. The basic principles of publication in defamation law should be clearly restated. Where a defendant engages in a positive act of communication of the defamatory matter, that defendant is strictly liable as a publisher of the matter. Where, however, the defendant's alleged wrong consists of a failure to deal with a third party's publication of a defamatory matter, the defendant's omission will only constitute an omission for which they are liable where the defendant has actual notice of the third party's publication and has the capacity to deal with it but, within a reasonable period of time, fails to do so. Liability for publication by omission is not strict but rather is fault-based, in the sense that it can only arise after the defendant has actual knowledge of the third party's publication, has the power and capacity to do something about that publication but, within a reasonable period of time, fails to do so. In those circumstances, the defendant becomes liable for the third party's publication because the defendant has continued that tort, thereby making it their own. Because of the different legal consequences which flow from positive acts and omissions, it is important for the plaintiff to identify with particularity the precise act or omission, amounting to communication of the defamatory matter, for which the defendant is allegedly responsible. Particularly where the defendant's conduct is alleged to be an omission, identifying the precise basis upon which the defendant is responsible for failing to deal with a third party's publication will be centrally important. In all cases of publication, the organising question should be: What is the precise conduct, whether an act or omission, constituting communication of defamatory matter, for which the defendant is responsible? Finally, although innocent dissemination does not reveal anything deeply principled about the concept of publication, it is a useful reminder of the capacity of the common law to develop defamation law to respond to new modes of communication. If courts in the late 19th century were able to devise innocent dissemination to respond to the challenges presented by the emergence of newsagencies and lending libraries, courts in the 21st century surely have the capacity to develop the common law to address the challenges posed by internet technologies.
77
Defendan juga menyatakan bahawa kedudukan beliau sebagai Exco Pemuda UMNO mewajarkan tindakannya untuk menerbitkan kenyataan tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menyuarakan pandangan mewakili rakyat terbanyak berkenaan ketidakpatuhan atau salahlaku pentadbiran Kerajaan. Namun, ia tidak membawa maksud ia membolehkan kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah. Jika ini dilakukan, ia akan menyebabkan masyarakat akan dihujani dengan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah dengan tujuan memberi naratif bahawa pihak tertentu telah membuat tindakan yang tidak mengikut undang-undang atas alasan individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan kritikan. Ini pada hemat Mahkamah akan menyebabkan kehancuran masyarakat dan negara. Oleh itu, undang-undang berkaitan dengan fitnah perlu memainkan peranan bagi memastikan perimbangan di antara hak individu untuk mengemukakan pandangan dan kritikan kepada pemerintah seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan tanggungjawab untuk tidak menyebarkan fitnah dan fakta yang silap. Jika ini dapat dilakukan ia akan menjadikan masyarakat akan memberi kritikan yang bertanggungjawab. Pada masa yang sama pihak pemerintah tidak boleh melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang atau membelakangkan kepentingan rakyat. Pemerintah juga tidak boleh menggunakan undang-undang fitnah menyekat kebebasan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan kritikan mengikut lunas undang-undang.
78
Ini bermakna dalam menyebar luaskan maklumat berkaitan dengan kepincangan pentadbiran Kerajaan, ia hendaklah sesuatu yang benar dan bukannya berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat sehingga menjerumuskan pihak yang membuat penyataan tersebut ke kancah fitnah.
79
Oleh itu, setelah meneliti pembelaan pewajaran, keteranganketerangan yang dikemukakan berkenaan pembelaan tersebut, Mahkamah berpendapat ia tidak berjaya dibuktikan oleh pihak Defendan. Pembelaan komen berpatutan (fair comment)
80
Defendan menyatakan bahawa pembelaan komen berpatutan berasaskan kepada komen-komen yang ditemui oleh Defendan melalui Facebook dan keratan artikel secara online daripada akhbar Bahasa Cina Nanyang Siang Pau serta keratan-keratan artikel akhbar online berkenaan isu yang sama. Defendan menyatakan bahawa disebabkan Plaintif adalah seorang Ahli Parlimen, Ahli DUN, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas Menteri Kewangan maka laporan-laporan berkenaan anaknya, Plaintif Kedua membawa wang sejumlah RM2 juta adalah suatu jumlah wang yang banyak. la memberikan tanggungjawab sosial dan moral untuk Defendan mendedahkan kepada orang ramai. Oleh itu, komen-komen yang diberikan oleh Defendan, menurut Defendan adalah sesuatu yang berkepentingan awam. Ia adalah termasuk di bawah seksyen 9 Akta Fitnah 1957. Seksyen 9 Akta Fitnah 1957 menyatakan seperti berikut: In an action for libel or slander in respect of words consisting partly of allegations of fact and partly of expression of opinion, a defence of fair comment shall not fail by reason only that the truth of every allegation of fact is not proved if the expression of opinion is fair comment having regard to such of the facts alleged or referred to in the words complained of as are proved.
81
Pada prinsipnya, hak untuk memberikan komen berpatutan adalah asas utama kepada kebebasan berucap dan menulis. Ia adalah amat penting kepada kedaulatan undang-undang di mana ia merupakan sandaran utama kepada kebebasan individu. Ini dinyatakan dalam kes Lyon v Daily Telegraph Ltd [1943] 1 KB 746, di muka surat 753 dan Slim v Daily Telegraph Ltd [1968] 2 QB 157, di muka surat 170.
82
Satu perkara yang perlu diberi perhatian semasa meneliti pembelaan komen berpatutan ialah sama ada kenyataan tersebut adalah adil dan saksama berdasarkan kepada fakta yang dikemukakan. Ini dinyatakan dalam Sutherland v Stopes [1925] AC 47, di muka surat 62, seperti berikut: The defence of fair comment on matters of public interest is totally different. The defendant who raises this defence does not take upon himself the burden of showing that the comments are true. If the facts are truly stated with regard to a matter of public interest, the defendant will succeed in his defence to an action of libel if the jury are satisfied that the comments are fairly and honestly made. To raise this defence there must, of course, be a basis of fact on which the comment is made.
83
la juga turut ditegaskan di dalam kes Telnikoff v Matusevitch [1992] 2 AC 343, yang menyatakan seperti berikut: Both took the view that on an application of the normal objective test of fair comment any reasonable jury would be bound to hold that it was satisfied. Lloyd L.J. correctly stated the test as being whether any man, however prejudiced and obstinate, could honestly hold the view expressed by the defendant in his letter.
84
Pendekatan yang perlu digunakan dalam menentukan sama ada sesuatu komen itu adalah komen berpatutan di mana seseorang yang memiliki pemikiran yang waras dapat menentukan secara jujur pembuktian fakta tersebut dinyatakan dalam kes Joshua Benjamin Jeyaretnam v. Goh Chok Tong [1989] 1 WLR 1109 seperti berikut:
IV
(iv) Was the comment one which a fair-minded person could honestly make on the facts proved? The trial judge quoted very aptly from the direction given to the jury by Diplock J. in Silkin v. Beaverbrook Newspapers Ltd. [1958] 1 W.L.R. 743, 749: "The matter which you have to decide, and I emphasize this again, because it is so important, is not whether you, any of you, agree with that comment. You may all of you disagree with it, feel that it is comment that is not correct. But that is not the test. I will remind you of the test once more. Could a fair-minded man, holding a strong view, holding perhaps an obstinate view, holding perhaps a prejudiced view — could a fair-minded man have been capable of writing this? That is a totally different question from the question: Do you agree with what he said?" The judge decided that a fair-minded person, in the sense used by Diplock J., could have honestly arrived at the conclusion which the defendant reached. He said: "It is significant that the defendant in arriving at this conclusion did consider the alternative conclusion, i.e. that the exodus from the SDP's inauguration was spontaneous but in such a case it did not reflect too well on the SDP, and he ruled out this alternative. Now the conclusion which the defendant arrived at may not be impartial; obviously it cannot be so. That conclusion may be biased, may be prejudiced may be grossly exaggerated or may even be wrong; it may be a conclusion I cannot and do not agree. But it is one which falls within the allowed limit of fair comment: it is a conclusion which a fair-minded person on the basis of those facts could have honestly arrived at." The judge had properly directed himself on the law and there was clearly material which could justify his decision. In those circumstances it would be quite wrong for a court of appeal to interfere. At the trial the plaintiff sought to establish that in uttering the words complained of, the defendant was actuated by malice, that is by ill-will, spite or improper motive. The trial judge had the advantage of hearing a prolonged cross-examination of the defendant. He observed: "Nothing has emerged therefrom or elicited from him which cast any doubt or suspicion on the bona fides of his belief that the conclusion he came to was true. I find no ground for disbelieving him that the belief he entertained was a genuine and honest one." Once again it is apparent from the judgment that the judge properly directed himself as to the legal principles which he had to apply, and there was material, namely his assessment of the credibility of the defendant, which could justify his reaching the decision which he made. Although in the plaintiff's written case the judge's rejection of the allegation of malice was attacked, Lord Hooson, with characteristic realism, did not embark upon arguing what would have been a hopeless point. For the reasons set out above their Lordships are satisfied that the judge was entitled to find that the defence of fair comment had been fully established by the defendant. This is, as stated above, a complete defence to the plaintiff's claim for damages for slander and this conclusion is sufficient to dispose of this appeal.
85
Mahkamah ini berpendapat keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan menyiarkan pandangan tersebut berdasarkan kepada fakta yang diperolehi daripada pihak ketiga jelas menunjukkan bahawa komen berpatutan tidak dapat digunakan. Ini adalah disebabkan bagi seorang Defendan berjaya di dalam pembelaan fakta tersebut, ia tidak boleh diperolehi daripada pihak ketiga. Namun demikian, Mahkamah perlu meneliti pembelaan Defendan berkenaan dengan komen berpatutan berdasarkan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah.
86
Bagi Defendan menggunakan pembelaan komen berpatutan, dia hendaklah menunjukkan bahawa: a. perkataan yang digunakan itu adalah mengandungi kenyataan yang berkaitan dengan fakta-fakta; b. kenyataan itu adalah sesuatu yang berkepentingan awam; dan c. kenyataan tersebut adalah berdasarkan dengan fakta yang dinyatakan dengan benar. la hendaklah sesuatu yang adil bagi seorang yang berfikiran matang yang boleh menentukan sesuatu berdasarkan fakta-fakta tersebut.
87
Ini telah dinyatakan dalam kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'Kub v Bre Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 393 seperti berikut: For the defence of fair comment, in order to succeed the following basic elements must be established by the defendants, namely:
i
that the words complained of are comments, though they may consist of or include inference of facts;
II
(ii) that the comments are on a matter of public interest; and
III
(iii) that the comments are based on facts, truly stated. They must also be fair and which a fair-minded person can honestly make on the facts proved (see JB Jeyaretnam).
88
Dalam kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa penelitian kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat di dalam kes ini menunjukkan bahawa penglibatan Plaintif Pertama dan Kedua adalah dibuat tanpa sebarang fakta yang menyokong dakwaan tersebut. Ia hanyalah merupakan dakwaan yang tidak berasas. Malahan, terdapat cadangan untuk pihak Polis Diraja Malaysia membuat tangkapan kepada Plaintif Pertama dan Kedua dengan tidak menyatakan fakta yang jelas berkenaan asas kepada cadangan penangkapan tersebut. Malahan, Mahkamah juga mendapati dalam kes ini tiada keterangan yang dapat mengesahkan kebenaran fakta tersebut.
89
Begitu juga Mahkamah ini berpendapat bahawa penyebaran kenyataan tersebut tidak dapat ditunjukkan dengan jelas adalah berkepentingan awam. Fakta bahawa Plaintif Pertama adalah bekas Menteri Kabinet dan Plaintif Kedua adalah anak kepada bekas Menteri Kabinet tidak menyebabkan demi kepentingan awam, maklumat tersebut yang tidak disahkan kebenarannya perlu dinyatakan oleh Defendan. Ini berbeza sekiranya fakta tersebut adalah benar dan mempunyai kepentingan langsung dengan Plaintif Pertama sebagai bekas Menteri Kabinet dan Plaintif Kedua adalah anak kepada seorang Ahli Parlimen, Ahli DUN dan Menteri Kabinet. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa pernyataan yang dibuat oleh Defendan terhadap Plaintif Pertama dan Kedua adalah menarik perhatian orang ramai. Namun ia tidak bermaksud ia berkepentingan awam. Mahkamah berpendapat perlu dibezakan di antara maklumat yang menarik perhatian orang awam dengan maklumat yang mempunyai kepentingan awam. Pada hemat Mahkamah dalam kes ini, pernyataan Defendan berkenaan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua tidak tergolong di bawah kepentingan awam bagi membolehkan pembelaan komen berpatutan boleh digunakan.
90
Apa yang lebih jelas adalah pernyataan ini adalah tidak benar setelah disahkan oleh Ketua Polis Negara bahawa tiada tangkapan Plaintif Kedua di Singapura seperti yang didakwa oleh Defendan. Pada masa yang sama juga, terdapat keterangan yang menyatakan bahawa Plaintif Pertama juga telah terlibat dalam pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah dan passport antarabangsanya disimpan di Mahkamah. Ini bermakna tiada keterangan yang menunjukkan Plaintif Pertama telah memperolehi passportnya dan telah meninggalkan Persekutuan.
91
Pada masa yang sama, Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan Defendan yang menyatakan bahawa Plaintif Pertama tidak mengemukakan passport antarabangsa bagi mengesahkan dia tidak meninggalkan Persekutuan. Pada hemat Mahkamah, ia tidak menjadi tanggungjawab Plaintif untuk perkara tersebut dan tidak menjejaskan tindakan Plaintif terhadap Defendan. Ia juga tidak membantu pembelaan komen berpatutan Defendan.
92
Ini bermakna Mahkamah ini tidak dapat menerima pembelaan komen berpatutan yang dihujahkan oleh Defendan. Ganti rugi
93
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak yang berjaya di dalam suatu tindakan fitnah tidak boleh memperolehi keuntungan dengan diberikan ganti rugi yang tinggi. Ini adalah disebabkan tindakan tuntutan fitnah berdasarkan kepada nama baik seseorang. Ini dinyatakan dalam kes Ratcliffe v Evans [1892] 2 QB 524 di muka surat 528 seperti berikut: In all such cases the law presumes that some damage will flow in the ordinary course of things from the mere invasion of the plaintiff's rights, and calls it general damage.
94
Malahan di dalam Gatley on Libel and Slander, Eleventh Edition Sweet Maxwell (2008), di halaman 263, para 9.1 yang menyatakan seperti berikut: At the moment therefore the remedy of damages serves the purpose not only of remedying the claimant's distress and loss flowing from the libel, but of "vindicating" his reputation: a substantial award is regarded as sending a message to the world that the imputation was untrue, even if it does so indirectly. There remains, however, the question of the impact of any finding of a declaratory nature, where that is made under the present system, on any award of damages.
95
Pada masa yang sama, Mahkamah juga mengambil kira bahawa Plaintif tidak sewajarnya dibenarkan memperolehi keuntungan daripada ganti rugi dalam kes fitnah. Ini adalah disebabkan di dalam tuntutan fitnah apa yang lebih penting untuk Mahkamah memutuskan bahawa keadaan Plaintif adalah tidak seperti yang didakwa. Apa yang dinyatakan oleh Defendan adalah tidak benar. Ini akan menyebabkan pandangan masyarakat baik mengenai Plaintif-Plaintif akan dikembalikan. Ini adalah tujuan utama undang-undang fitnah. Dalam buku Carter-Ruck on Libel and Privacy, Sixth Edition, LexisNexis, 2010 halaman 17, para 2.3 menyatakan seperti berikut: Central to an understanding of what the law of defamation is about is an understanding od 'reputation' this being what the law claims to protect. However, while there is almost universal agreement in the cases that the aim of the law of defamation is to protect reputation, there has been remarkably little judicial discussion on the nature of reputation. Indeed, as one commentator has pointed out, 'to the extent that defamation laws can be said to identify explicitly what constitutes reputation, they do so in a circular, self-referential manner: because defamation protects reputation, reputation is - or by inference, must be - that which is protected by the law.
96
Walau bagaimanapun, pada lazimnya Mahkamah akan membenarkan tuntutan ganti rugi yang dipohon oleh Plaintif sekiranya berjaya membuktikan tuntutan fitnah tersebut. Kadar ganti rugi itu adalah tertakluk kepada penelitian Mahkamah. Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dalam kes Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun v Haji Hasan Bin Hamzah & Ors [1995] 1 MLJ 39, di halaman 62 telah diambil kira dalam menentukan tafsiran ganti rugi, yang menyatakan seperti berikut: Therefore, bearing in mind the principles applicable in the assessment of damages and in considering all the various factors, including the following:
1
the position and standing of the plaintiff;
2
the gravity and seriousness of the libel;
3
the mode and extent of the publication;
4
the mental distress, hurt, anxiety and mental anguish caused to the plaintiff as a result of the libel;
5
the uncertainty undergone in litigation;
6
the conduct of the defendants from the time of the libel down to the very moment of the verdict; and
7
the absence or refusal of any correction, retraction or apology, this court finds that the award must also be sufficient to convince any person of the baselessness of the libel and act as a necessary and sufficient signal to the public at large of the full vindication of the plaintiff's reputation both in Malaysia and internationally. Taking the above into consideration, I am of the view that the damages to be awarded against each defendant must be treated individually.
97
Ia telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes MGG Pillai v. Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals [1995] 2 MLJ 493 dan Ling Wah Press (M) Sdn Bhd & Ors v. Tan Sri Dato' Vincent Tan [2000] 3 CLJ 728.
98
Selanjutnya, Mahkamah mendapati bahawa Mahkamah Rayuan telah memberikan pandangan bahawa kadar ganti rugi perlu dilihat sebagai suatu yang adil dan munasabah dan tidak semata-mata bergantung kepada trend ganti rugi semasa. Ini dinyatakan dalam kes Liew Yew Tiam & Ors v Cheah Cheng Hoc & Ors [2001] 2 CLJ 385, yang menyatakan seperti berikut: Applying the principles established by the authorities and having regard to all the relevant circumstances of the case and adopting a common sense approach to the facts, we came to the conclusion that a global award of RM100,00 would be a fair, just and adequate compensation for the libel inflicted upon the respondents. In the process of making our assessment we have not overlooked the recent trend in this country of claims and awards in defamation cases running into several million ringgit. No doubt that trend was set by the decision of this Court in MGG Pillai v. Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun (supra). It is a decision that has been much misunderstood. The underlying philosophy of that decision is that injury to reputation is as, if not more, important to a member of our society than the loss of a limb. But we think the time has come when we should check the trend set by that case. This is to ensure that an action for defamation is not used as an engine of oppression. Otherwise, the constitutional guarantee of freedom of expression will be rendered illusory.
99
Kepentingan Mahkamah yang membuat tafsiran ganti rugi berkaitan dengan tuntutan fitnah mengambil kira fakta dan keadaan sesuatu kes itu telah ditekankan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Karpal Singh A/L Ram Singh v. DP Vijandran [2001] 4 MLJ 161, seperti berikut: This court is bound by the decisions of the Federal Court. But what is binding is the principle laid down by the Federal Court in assessing damages in libel cases, not the amount. The amount to be awarded in each case depends on the facts and the circumstances of the case. Indeed, how much is too much, how much is too little and how much is reasonable is quite subjective. No scale can be fixed. But it does not mean that, given a set of facts, the appellate court cannot say confidently that an award is too little or too much or reasonable. It is the same as in an appeal against sentence in a criminal case or an appeal against an award of damages in other civil cases.
100
Oleh yang demikian, Mahkamah ini perlu mengambil kira fakta dan keadaan kes ini bagi menentukan jumlah ganti rugi yang sewajarnya. Pada masa yang sama Mahkamah juga meneliti kepada kes Mahkamah Persekutuan, Datuk Harris Mohd Salleh v. Datuk Yong Teck Lee [2018] 1 CLJ 145 sebagai suluh panduan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam mempertimbangkan jumlah ganti rugi, seperti berikut: [76] The tort of defamation exists to protect, not the person or the pocket, but reputation of the person defamed (See Jameel per Baroness Hale [2006] 4 All ER 1279, at 1322]. In Chin Choon v. Chua Jui Meng [2005] 2 CLJ 569, the Court of Appeal said at p. 573: In Defamation Law, Procedure & Practice by Price & Duodu (3rd edition, para 20-04 at p. 208) the learned authors set out the several factors that a court must take into account in assessing compensatory damages. This is what they say: The amount of damages awarded in respect of vindication and injury to reputation and feelings depends on a number of factors:
1
The gravity of the allegation.
2
The size and influence of the circulation.
3
The effect of the publication.
4
The extent and nature of the claimant's reputation.
5
The behaviour of the defendant.
6
The behaviour of the claimant. This list is most helpful. But it must be borne in mind that this is not by any means exhaustive of the matters which the court may take into account when making an assessment.
101
Begitu juga panduan yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Lim Guan Eng v Ruslan bin Kassim and another appeal [2021] 2 MLJ 514, seperti berikut: [185] Be that as it may, it is trite that damages for defamation are 'at large' in the sense that there is no accepted scale or formula and they are awarded on the merits of each case based on accepted guidelines. In assessing damages, the nature and gravity of the libel is the most important factor. The 'more closely it touches the plaintiffs personal integrity, professional reputation, honour, courage, loyalty and the core attributes of his personality, the more serious it is likely to be' (see John v MGN). [186] The next important factor is the mode and extent of the publication. A libel published to millions has a greater potential to cause damage than a libel published to a few. Also, unlike traditional media which may have a temporary effect, internet publications may remain in circulation for the indefinite future (see Barrick Gold Corporation v Lopehandia et al (2004) 71 OR (3d) 416). [187] Other factors would include the conduct of the claimant, his credibility, his position and standing and the subjective impact the libel has had on him, the absence or refusal of any retraction or apology and the conduct of the defendant from the time when the libel was published down to the verdict (see Gatley at para 9.5). An award of damages may be higher in a case where the defendant asserts the truth of the libel and refuses any retraction or apology. This may be compounded when the cross-examination at the trial is conducted in an insulting fashion. On the other hand, damages may be reduced where the defendant publicly admits the falsity and expresses regret of what was published. [188] Some of these factors when taken together may warrant an award of aggravated damages. This would be especially the case when taking into account the conduct of the defendant, his conduct of the case and his state of mind (see Gatley at para 9.18). In other words, it will be the aggravating conduct of the defendant that would be decisive in determining whether aggravated damages ought to be awarded. For example, a clear case where aggravated damages is merited would be where the defendant had no genuine belief in the truth of what was being published or was guilty of such willful blindness that although there were strong grounds of suspicion that what was being published was false, the defendant deliberately avoids making further inquiries in order to forestall the suspicion turning into certainty. [189] Taking the matter further, if the defendant acted with the motive of material gain in the belief that he would be better off financially if he violated the plaintiff's rights than if he did not, then an award of exemplary damages can be considered. However, since exemplary damages are punitive in nature and can have a chilling effect on free speech, it should be a matter of legal principle that damages of this nature can only be justified in rare and exceptional circumstances where it is clearly established that the defendant is guilty of the wilful commission of a tort and it is necessary that he be then punished by disgorging whatever economic advantage or profits he has made as a result of his unlawful conduct. In essence, it must be conduct motivated by mercenary considerations which call for punitive damages (see John v MGN).
102
Pada masa yang sama wajar sekiranya Mahkamah menelusuri keputusan-keputusan Mahkamah atasan berkenaan ganti rugi yang diberikan bagi tuntutan fitnah sebagai suri teladan untuk Mahkamah ini menimbangkan jumlah tuntutan ganti rugi. Ia tidak menyebabkan Mahkamah ini mengenepikan fakta dan keadaan dalam kes ini. Ia perlu diberikan perhatian dan penekanan dalam kes ini bagi menentukan jumlah ganti rugi. Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Ahmad Rejal Arbee & Anor v Mahfuz Omar [2015] 6 CLJ 149 telah menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM110,000 kepada Plaintif iaitu seorang ahli politik. Dalam kes Chin Choon @ Chintee Fut v. Chua Jui Meng [2005] 3 MLJ 494, Mahkamah Rayuan telah memberikan award sebanyak RM200,000.00 melalui ganti rugi pukal dan menggantikan ganti rugi sebanyak RM150,000,000.00 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Dalam kes Yeoh Tseow Suan v Musa Hassan [2026] 2 MLJ 847; [2026] 3 CLJ 593, Mahkamah telah memberikan award sebanyak RM250,000.00. Dalam kes Lim Guan Eng v Ruslan bin Kassim and another appeal [2021] 2 MLJ 514, Mahkamah Persekutuan telah memberikan ganti rugi sebanyak RM150,000.00.
103
Mahkamah ini menimbangkan bahawa Plaintif Pertama adalah seorang bekas Menteri Kabinet dan masih aktif di dalam kegiatan siasah tanah air. Kenyataan fitnah tersebut telah mencemarkan keperibadian Plaintif Pertama. Namun, ia juga ditimbangkan dengan kerencaman dan cabaran yang dihadapi oleh seorang ahli politik yang terlibat di dalam kancah politik tanah air. Dakwaan-dakwaan seperti yang dikemukakan oleh Defendan terhadap Plaintif Pertama adalah merupakan resaman yang perlu dihadapi oleh Plaintif Pertama. Keterlibatan Plaintif Pertama di dalam arena politik mendedahkan kenyataan-kenyataan yang sedemikian dilontarkan terhadap Plaintif Pertama. Begitu juga dengan Plaintif Kedua yang mempunyai hubungan darah dengan Plaintif Pertama, juga akan terdedah untuk terjebak di dalam kenyataan-kenyataan fitnah seperti ini. Ia seperti peribahasa Melayu, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Plaintif Pertama sudah barang tentu tidak dapat mengelakkan daripada sering menerima kenyataan-kenyataan fitnah seperti dalam kes ini. Oleh yang demikian, Mahkamah juga perlu mengambil kira faktor tersebut dalam menimbangkan ganti rugi sewajarnya kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua.
104
Pada masa yang sama, Mahkamah juga tidak sewajarnya mempertimbangkan ganti rugi yang tidak setimpal terhadap Defendan semata-mata disebabkan Defendan ingin menggunakan haknya untuk bersuara dan mengungkapkan penerbitan yang berkaitan dengan Plaintif-Plaintif. Ini adalah disebabkan sebarang pernyataan fitnah yang diterbitkan perlu dipertanggungjawabkan kepada individu yang menerbitkannya. Dalam erti kata lain kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.
105
Kebebasan bersuara tidak boleh dilaksanakan dengan mencalarkan nama baik orang lain. Kebebasan tersebut bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi terikat kepada undang-undang. Kebebasan yang diselarikan dengan undang-undang akan dapat mewujudkan masyarakat yang demokratik dan menjamin hubungan yang lebih mesra di antara individu dalam masyarakat.
106
Penelitian kepada Penyata Tuntutan Plaintif juga menunjukkan bahawa Plaintif memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi berlebihan (aggravated). Mahkamah ini juga meneliti prinsip berkenaan ganti rugi teladan dan ganti rugi berlebihan seperti yang dinyatakan masuk kes Rookes v Barnard [1964] AC 1129; Cassel & Co Ltd v Broome [1972] AC 1027; dan John v MGN Ltd [1997] QB 586, Di di dalam kes John (supra) tersebut, Mahkamah Rayuan di United Kingdom telah mencadangkan pendekatan yang boleh diambil kira bagi menimbangkan ganti rugi teladan atau ganti rugi berlebihan tersebut, di muka surat 618 yang menyatakan seperti berikut: We therefore consider that where exemplary damages are claimed the jury should in future receive some additional guidance to makeit clear that before such damages can be awarded the jury must be satisfied that the publisher had no genuine belief in the truth of what he published. The publisher must have suspected that the words were untrue and have deliberately refrained from taking obvious steps which, if taken, would have turned suspicion into certainty. Secondly, the publisher must have acted in the hope or expectation of material gain. It is well established that a publisher need not be shown to have made any precise or arithmetical calculation. But his unlawful conduct must have been motivated by mercenary considerations, the belief that he would be better off financially if he violated the plaintiff's rights than if he did not, and mere publication of a newspaper for profit is not enough.
107
Mahkamah ini berpendapat adalah tidak sesuai bagi Mahkamah ini untuk mengawardkan ganti rugi teladan atau ganti rugi berlebihan dengan menerima pakai garis panduan daripada kes-kes di atas.
108
Setelah menimbangkan perkara-perkara di atas Mahkamah memutuskan untuk ganti rugi seperti berikut: a. Ganti rugi sebanyak RM200,000.00 dibayar kepada Plaintif Pertama oleh Defendan. b. Ganti rugi sebanyak RM80,000.00 dibayar kepada Plaintif Kedua oleh Defendan.
109
Bagi melengkapkan penghakiman ini, adalah wajar sekiranya Mahkamah merujuk kepada panduan yang diberikan berkenaan keperluan untuk membuat semakan kepada berita-berita yang diperolehi. Ini dinyatakan dalam di dalam Al-Quran al-Karim di dalam Surah al-Hujurat, ayat 6, yang bermaksud seperti berikut: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
110
Kupasan berkenaan dengan kepentingan untuk menyelidik berita yang diterima telah dinyatakan secara mendalam oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Bayan Linnas, siri ke-184, bertajuk Tabayyun dalam penerimaan dan penyampaian berita. Bertarikh: 21hb Mei 2026 ROSLAN BIN MAT NOR HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam Bagi Pihak : Simon Murali Plaintif-Plaintif Kok Yuen Lin (Tetuan Simon Murali & Co.) Peguam Bagi Pihak : Logen Eskander bin Abdullah Defendan Norfazilah binti Jaafar (Tetuan Fazilah Jaafar & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.