Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-73-08/2023
BL-24NCvC-73-08/2023
High Court of Malaysia23 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“said assets are subject to the Distribution Ac t 1958 instead of the said trust upon further scrutiny. As such, our Clients further asserts that these assets should be distributed accordingly to the Distribution Act 1958 to all the siblings and the heirs of the deceased siblings, if any”. [13] Adalah jelas daripada ked”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-73-08/2023
1
1.
2
LIM KEE LEAY PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
LIM KEE KUI DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 12] A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif-plaintif telah memfailkan Saman Pemula terhadap Defendan-defendan menurut Seksyen 59 Akta Pemegang Amanah 1949, Aturan 7, 28, 80 dan 92 KKM 2012 berkenaan dengan amanah bagi harta pusaka mendiang bapa pihak-pihak iaitu Lim Kim Huay. Pihak-pihak dalam tindakan ini adalah adik beradik dimana salah seorang dari mereka telah meninggal dunia. 26/06/2024 07:48:16 BL-24NCvC-73-08/2023 Kand. 45 [2] Ibu bapa pihak-pihak iaitu Lim Kim Huay, simati telah meninggal dunia pada 30.7.2018 dan See Poh Keeow telah meninggal dunia pada 5.4.2020. Sebelum kematian ayah pihak-pihak, dia telah menghadiahkan sejumlah wang tunai kepada anak-anaknya. D1 dan D2 telah menguruskan hartanya. Selepas kematian ayah mereka, P1, P2, D1 dan D2 telah mengumpulkan harta simati untuk tujuan pengagihan. Harta-harta simati adalah wang tunai yang disimpan dalam beberapa buah bank. [3] Walaubagaimanapun, selepas upacara peringatan kematian bapa mereka pada 10.8.2022, melalui panggilan kumpulan keluarga ‘WhatsApp’ “Kumpulan Keluarga LKH”, P telah memulakan pertemuan secara peribadi di kalangan adik beradik lelaki pada 14.8.2022. Pada pertemuan ini, ianya dijalankan di rumah D2 dan tujuannya adalah untuk membincangkan pengagihan wang didalam beberapa bank. P1 dan P2 mencadangkan wang tersebut diagihkan mengikut cara berikut:-
i
RM 2 juta akan diagihkan kepada 10 adik beradik lelaki;
II
(ii) Baki akan diagihkan sama rata kepada dua (2) anak perempuan. Bagaimanapun cadangan ini gagal mencapai persetujuan. [4] Pada 20.8.2022, D2 mencadangkan Kumpulan ‘WhatsaApp’ keluarga mengundi cadangan-cadangan tentang untuk pengagihan wang tersebut. Beberapa cadangan dikemukakan oleh D2 dan Lim Kee Seong. D2 (disokong oleh Lim Kie Sing, Lim Kee Poh dan Ang Kwee Sin (balu Lim Kee Yik) mencadangkan: -
i
RM 2 juta diagihkan sama rata kepada 10 adik beradik lelaki;
II
(ii) Bahagian Lim Kee Seong sebanyak RM 200,000.00 (selepas pengagihan RM 2 juta) akan terus kepada pengagihan kepada adik-beradik lelaki.
III
(iii) Baki akan diagihkan sama rata kepada 2 anak perempuan. Cadangan oleh Lim Kee Seong adalah: -
i
RM 2 juta akan diagihkan kepada 10 beradik lelaki;
II
(ii) Baki akan diagihkan sama rata kepada 2 anak perempuan. [5] Adalah dipersetujui bahawa tarikh akhir mengundi untuk kedua-dua cadangan adalah pada 29.8.2-22 dan hanya terhad kepada adik beradik lelaki dan harta pusakanya. Pada 29.8.2022, terdapat (5) undian bagi cadangan D2 dan juga (5) undian untuk cadangan Lim Kee Seong. Sehingga kini masih terdapat kebuntuan bagaimana wang ini perlu diagihkan. B. JAWAPAN PLAINTIF-PLAINTIF [6] Tindakan Plaintif-plaintif dibawa Saman Pemula ini adalah sebelum ayah mereka meninggal dunia pada 30.7.2018, dia telah mengagihkan dan/atau membahagikan kebanyakan hartanya kepada anak-anaknya. Ketika mendiang ayah mereka masih hidup, terdapat sejumlah wang tunai telah dipegang oleh beberapa anak-anak mendiang iaitu P1, P2, D1 dan/atau D2 atas amanah bagi 10 orang anak-anak lelaki mendiang dalam bahagian sama rata. Wang-wang yang dimasukkan kini didalam beberapa bank. Adalah niat mendiang bahawa wang didalam akaun CIMB Bank Berhad dan Affin Bank Berhad termasuk apa-apa faedah yang dijanakan melalui akaun-akaun ini dibayar dan/atau dibahagikan sama rata antara benefisiari-benefisiari selepas mendiang ayah mereka meninggal dunia dan selepas tamatnya upacara mengingati mendiang ayah mereka. [7] Adalah juga pemahaman antara pihak-pihak bahawa wang-wang yang disimpan dalam akaun CIMB dan Affin Bank tersebut akan diagihkan, dibahagikan dan/atau dibayar kepada benefisiari-benefisiari dalam bahagian sama rata menurut amanah dan niat mendiang ayah mereka selepas upacara mengingati ayah mereka disempurnakan. Ini bagi memastikan perbelanjaan bagi upacara itu telah diambil kira dan dibayar dari jumlah wang amanah tersebut sebelum ianya diagihkan kepada semua benefisairi. [8] Kes Plaintif-plaintif adalah P1, D1, D2 memegang wang didalam akaun CIMB Bank atas amanah bagi pihak benefisiari-benefisiari; manakala P1, P2, D1 dan D2 memegang wang dalam akaun Affin Bank atas amanah bagi pihak benefisiari-benefisairi. Walaubagaimanapun, Defendan-defendan enggan membayar baki wang didalam kedua-dua akaun ini kepada benefisiari-benefisiari menurut amanah tersebut walaupun upacara mengingat mendiang ayah mereka telah lama disempurnakan. C. KEPUTUSAN [9] Permohonan oleh Defendan-defendan ini dibuat selaras dengan Aturan 28 Kaedah 8 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan:- “8. (1) Jika dalam hal suatu kasua atau perkara yang dimulakan melalui saman pemula, ternyata kepada Mahkamah pada mana-mana peringkat prosiding bahawa prosiding itu patut kerana apa-apa sebab diteruskan seolah-olah kausa atau perkara itu telah dimulakan melalui writ, ia boleh memerintahkan untuk prosiding itu diteruskan seolah-olah kausa atau perkara itu telah dimulakan sedemikian dan boleh, khususnya , memerintahkan bahawa pliding hendaklah diserahkan atau bahawa mana-mana affidavit hendaklah dijadikan sebagai pliding, dengan atau tanpa kebebasan kepada mana-mana pihak untuk menambah kepadanya atau untuk memohon bagi mendapatkan butir-butir mengenainya”. [10] Defendan-defendan menafikan wujudnya amanah atau apa-apa yang diniatkan oleh mendiang ayah mereka. Sekiranya benar, agihan wang adalah atas amanah seperti yang diniatkan oleh mendiang bapa mereka, maka Plaintif-plaintif tidak akan memberikan cadangan untuk pengagihan wang tersebut dan akur dengan cara undian. Ini jelas bertentangan dengan tuntutan mereka didalam Saman Pemula yang difailkan. Selain itu kedudukan 2 anak perempuan mendiang juga tidak terjamin kerana Plaintif-plaintif memohon perintah Mahkamah untuk pembahagian harta peninggalan mendiang ayah mereka hanya kepada anak-anak lelaki sahaja. Penerusan tindakan melalui Saman Pemula ini akan menyebabkan hak kedua-dua anak perempuan mendiang akan diketepikan dan diprejudiskan. Saman Pemula ini hanya melibatkan (4) orang sahaja, sedangkan seramai (12) orang benefisiari yang terlibat dan mereka perlu dipanggil sebagai saksi. [11] Mahkamah mendapati seperti yang dihujjahkan oleh peguamcara Defendan-defendan, Plaintif-plaintif bergantung kepada surat-surat peguamcara D1 bertarikh 8.12.2022 yang menyatakan: - “2.a. Your Clients and our Client are three out of twelve off springs of the late Mr Lim Kim Huay. As of date of this letter, there are eleven off springs who are still alive. b. The late Mr. Lim Kim Huay had distributed all of his assets to his off springs and spouse prior to his demise. The only assets that are left undistributed are his jewelries and cash in two bank accounts - namely Affin Bank and CIMB Bank. The jewelries are currently entrusted to the care of Mr. Lim Kee Kui and the cash in two bank accounts are currently held jointly held by a number of siblings. These two classes of asset are currently held in trust for the male off springs of the late Mr Kim Huay which its distribution is subject to the agreement of the remaining siblings. [12] Seterusnya surat peguamcara terdahulu D1 dan D2 bertarikh 1.6.2023 menyatakan seperti berikut: - “ 2. a. Your Clients and our Client are four out of twelve off springs of the late Mr Lim Kim Huay. As of this letter, there are eleven off springs who are still alive. b. The late Mr. Lim Kim Huay had distributed all of his assets to his off springs and spouse prior to his demise. The only assets that are left undistributed are his jewelries and cash in two bank accounts - namely Affin Bank and CIMB Bank. The jewelries are currently entrusted to the care of Mr. Lim Kee Kui and the cash in two bank accounts are currently held jointly by a number of siblings. These assets as mentioned above is in consonant with what has been indicated in Your Letter. c. We are further instructed to state that it has come to our Clients’ attention that the said assets are subject to the Distribution Ac t 1958 instead of the said trust upon further scrutiny. As such, our Clients further asserts that these assets should be distributed accordingly to the Distribution Act 1958 to all the siblings and the heirs of the deceased siblings, if any”. [13] Adalah jelas daripada kedua-dua surat peguam Defendan-defendan ini, mereka tidak mempertikaikan bahawa pihak-pihak dalam prosiding ini pada hakikatnya memegang wang dalam kedua-dua akaun itu atas amanah bagi pihak benefisiari-benefisaiari iaitu anak-anak lelaki mendiang Lim Kim Huay. [14] Keperluan untuk menukarkan satu tindakan yang dimulakan dengan Saman Pemula ditukarkan kepada Writ adalah apabila ada percanggahan keterangan dan pertikaian serius kepada fakta-fakta material yang hanya boleh diputuskan selepas perukaran pliding dan pendengaran keterangan lisan saksi-saksi. Defendan-defendan mendakwa tindakan-tindakan Plaintif-plaintif sebelum ini bercanggah dengan tindakan mereka. D juga mendakwa wang didalam CIMB Bank dan Affin Bank itu adalah ‘hadiah’ daripada mendiang ayah mereka kepada anak-anaknya iaitu benefisiari dan mereka bersetuju bahawa kononnya semua anak-anak akan mempunyai hak untuk bersuara tentang bagaimana wang tersebut perlu dibahagikan dan setiap anak akan mengundi cadangan yang diutarakan. Ini pada pandangan Defendan-defendan memerlukan keterangan saksi-saksi. [15] Namun begitu, surat daripada peguam mereka kepada Plaintif-plaintif seoalah-olah mengakui bahawa wang yang ada di dalam CIMB Bank dan Affin Bank dipegang oleh Plaintif-plaintif dan Defendan-defendan atas amanah. Ini jelas dinyatakan didalam (2) surat tersebut. D didalam perenggan 11 (m) dan (n) affidavit [Lampiran 9] mengatakan apa-apa perbincangan berkenaan wang didalam kedua-dua bank tersebut adalah melibatkan benefisiari lelaki dan tidak melibatkan (2) anak perempuan mendiang. Jika Defendan-defendan berpegang kepada niat mendiang adalah wang didalam CIMB Bank dan Affin Bank Berhad bukan dipegang atas amanah tetapi lebih kepada satu harta yang perlu dibahagi sama rata kepada semua benefisiari kerana isu amanah tidak wujud juga gagal dibuktikan melalui apa-apa dokumen. [16] Keterangan lisan yang cuba dibawa oleh Defendan-defendan sekiranya Saman Pemula ini ditukarkan kepada satu tindakan Writ akan mengwujudkan satu keadaan dimana ianya akan menjadi bercanggah dengan satu dokumen bertulis iaitu surat-surat dari peguamcara D1 dan surat-surat dari Defendan-defenan sendiri. Mahkamah ini tidak boleh memberi interprestasi lain selain dari apa yang dicatatkan didalam (2) surat tersebut. Kandungan surat itu hendaklah dibaca dan diterima dalam makna yang dinyatakan. Surat peguamcara terdahulu D1 dan D2 iaitu Tetuan Cheok Ng Lee [Lampiran 2 ekshibit L4 mukasurat 24 dan 25) yang merujuk kepada surat peguamcara Plaintif bertarikh 19.5.2023 (ekshibit L3) dimana surat peguam Plaintif mengkategorikan wang didalam akaun CIMB Bank dan Affin Bank Bhd sebagai wang yang dipegang atas amanah untuk benefisiari-benfisiari mendiang Lim Kim Huay. Adalah jelas bahawa pihak-pihak dalam prosiding ini pada hakikatnya memegang wang dalam (2) akaun bank tersebut adalah atas amanah. [17] Tiada keperluan keterangan saksi-saksi lisan untuk menerangkan apakah maksud disebalik apa yang dinyatakan dalam (2) surat dari peguamcara terdahulu D1 dan Defendan-defendan. Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah menolak permohonan Defendan-defendan di Lampiran 12 dengan kos sebanyak RM 5000. Bertarikh 23 Mei 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA PLAINTIF : Tetuan Ng, Gan & Partners D6-6-7, Bangunan Perdagangan D6, 801, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur PEGUAMCARA DEFENDAN : Tetuan Lily Chua & Associates No. 65-1-10, Fadason Business Centre, Jalan 1/17, Taman Fadason, 52000 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.