Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-2136-11/2019 ANTARA COLIN ANDREW PEREIRA … PERAYU (NO. K/P : 670728-10-6223)
WA-22NCVC-388-06/2018
High Court of Malaysia25 Oct 2019
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-2136-11/2019 ANTARA COLIN ANDREW PEREIRA … PERAYU (NO. K/P : 670728-10-6223)
1
LIN KAI LAM
2
WONG SOU FUAN (NO. K/P : 600728-10-5788) … RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN NO: WA-22NCVC-388-06/2018
1
LIN KAI LAM
2
WONG SOU FUAN (NO. K/P : 600728-10-5788) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN COLIN ANDREW PEREIRA … DEFENDAN (NO. K/P : 670728-10-6223) 2 ALASAN PENGHAKIMAN (KANDUNGAN 10) PENDAHULUAN [1] Ini adalah permohonan yang difailkan oleh pihak Defendan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan pihak Plaintif dibawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Kandungan 10. [2] Setelah membaca afidavit-afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua belah pihak, saya telah memutuskan bahawa permohonan Kandungan 10 ditolak dengan kos sebanyak RM2,000.00 tertakluk kepada fee alokatur. Pada 22.11.2019 Defendan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan saya. Maka ini adalah alasan penuh penghakiman saya. RINGKASAN KES PLAINTIF-PLAINTIF [3] Dalam rayuan ini Mahkamah menyebut pihak-pihak sebagai Plaintif dan Defendan saperti di Mahkamah Tinggi. 3 [4] Plaintif-plaintif mempunyai alamat penyampaian di No. 18, Jalan PJU 1A/29B, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. [5] Defendan mempunyai alamat penyampaian di Suite A2, Blok A, Taman Tunku, Jalan LanggakTunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur dan juga pemilik tunggal firma guaman yang dikenali sebagai Tetuan Goh Wong Pereira. [6] Plaintif-plaintif dalam tuntutan ini telah melantik Tetuan Goh Wong Pereira untuk bertindak sebagai peguam mereka untuk kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman Sivil No. 22NCvC-351-04/2013. Defendan adalah peguam yang beramal dibawah firma tersebut. [7] Kes ini telah dikendalikan oleh Defendan dan Firma Defendan yang kesudahan kes telah ditolak dengan kos pada 16.12.2015. [8] Dalam kes tersebut Defendan secara cuai, lalai gagal menjalankan kemahiran yang diharapkan oleh Peguamcara yang kompeten yang munasabah gagal melaksanakan tugasnya menurut “retainer” tersebut dengan tidak menasihati Plaintif-plaintif untuk memanggil 4 peguamcara pembeli yang menyediakan Perjanjian Jual Beli bertarikh 4.6.1991 dan peguam bank yang menulis surat bertarikh 31.3.1992 untuk menasihati bahawa hanya satu pembeli yang dibenarkan dibawah Kanun Tanah Negara. Disebabkan oleh nasihat dan pengendalian secara cuai oleh Defendan telah menyebabkan pihak Plaintif mengalami kerugian. [9] Pihak Plaintif memfailkan Writ Saman ini ke atas Defendan sebagai seorang peguam yang telah gagal, cuai dan lalai dalam melaksanakan penjagaan kompeten yang munasabah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam sewaktu mewakili pihak-pihak Plaintif dalam Guaman Sivil No.22NCVC-351-04/2013 di Mahkamah Tinggi Shah Alam. [10] Berikutan kecuaian Defendan, pihak Plaintif didalam Writ Saman telah menuntut seperti berikut :-
a
Bagi Plaintif Pertama wang sejumlah RM4,000,000.00;
b
Bagi Plaintif Kedua wang sejumlah RM4,000,000.00;
c
(c)
000
Bayaran balik yuran guaman untuk wang sejumlah RM25, 00;
d
Faedah dan kos; dan 5
e
Sebarang relief lain. [11] Pada 4.1.2019, Defendan telah memfailkan permohonan ini untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dibawah (Kandungan 10). Pihak-pihak telah diarahkan untuk pemfailan affidavit dan hujahan bertulis masing-masing. Suratcara yang berkaitan dengan permohonan ini yang perlu diberi pertimbangan adalah seperti berikut :- a) Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 26.6.2018 b) Pernyataan Pembelaan bertarikh 7.9.2018 c) Notis Permohonan Defendan difailkan pada 4.1.2019 (Kandungan 10) d) Afidavit Sokongan Defendan difailkan pada 4.1.2019 (Kandungan 11) e) Afidavit Jawapan Plaintif-plaintif difailkan pada 30.1.2019 (Kandungan 12) f) Afidavit Balasan Defendan difailkan pada 22.2.2019 (Kandungan 13) 6 [12] Antara alasan yang diberikan oleh Defendan dalam memfailkan permohonan ini adalah : a. Tuntutan pihak Plaintif adalah remeh mengaibkan dan direka bentuk untuk memalukan Defendan; dan b. Tuntutan pihak Plaintif adalah terperangkap oleh res judicata dan jelasnya satu penyalahgunaan proses Mahkamah. LATARBELAKANG KES DAN HUJAHAN DEFENDAN [13] Defendan telah memfailkan guaman No.WA-A52NCVC-55-02/2018 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (Guaman Mahkamah Sesyen) untuk mendapat balik fi guaman-guaman terdahulu (guaman-guamanm asas) yang belum dijelaskan oleh Plaintif-Plaintif . (Rujuk kepada Writ Saman dan Tuntutan Mahkamah Sesyen Exhibit CAP-2) (Pembelaan Exhibit CAP- 3). [14] Defendan menyatakan bahawa selain daripada tuntutan dalam kes ini, Plaintif-plaintif dan pihak-pihak berkaitan dengan mereka juga telah memfailkan 3 Guaman-guaman Sivil (Guaman sedia ada) mulai Jun, 2018 seperti berikut: 7 i) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No WA-22NCVC-387- 06/2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur NCVC1 yang mendakwa kecuaian Defendan semasa bertindak untuk Plaintif-plaintif dan pihak-pihak berkaitan dalam Guaman asas No .22NCVC-709- 06/2012 difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. ii) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No.WA-22NCVC-389- 06/2018 di Mahkamah Tinggi NCVC1 yang mendakwa kecuaian Defendan bertindak untuk Plaintif-plaintif dalam Guaman asas No.22NCVC-482-10/2012 di Mahkamah Tinggi Shah Alam; dan iii) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No.WA-22NCVC-565- 09/2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur NCVC 3 yang difailkan pada 5.9.2018 dan mendakwa kecuaian Defendan semasa bertindak untuk Plaintif-plaintif dan pihak-pihak berkaitan Petisyen asas No. D- 26NCC-115-2010 difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. [15] Defendan dalam Afidavit Sokongan bertarikh 21.Dec.2018 mengatakan bahawa semasa Guaman Mahkamah Sesyen (Exhibit CAP- 8 3) Plaintif tidak menimbulkan dakwaan kecuaian terhadap Defendan dalam pliding tersebut. [16] Defendan juga ingin memaklumkan bahawa Peguamcara Plaintif telah mengambilalih Guaman sedia ada beberapa tahun yang lepas tetapi tiada isu kecuaian dibangkitkan terhadap Defendan sehinggalah Defendan memfailkan Guaman Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan balik fi guaman yang terhutang. [17] Defendan juga menyatakan bahawa Guaman sedia ada adalah fikiran selepas (afterthought) secara berdendam balas dengan niat untuk memberikan tekanan kepada Defendan sebab menyaman Plaintif-plaintif untuk mendapatkan balik fi guaman. [18] Plaintif juga ingin mengaibkan Defendan dengan niat jahat walhal tiadanya merit dalam tuntutan terhadap Defendan dalam kes ini. [19] Defendan menyatakan bahawa Plaintif-plaintif memulakan semua tindakan yang dalam Guaman sedia ada untuk memberi tekanan kepada beliau. 9 [20] Defendan juga menyatakan bahawa dakwaan-dakwaan kecuaian adalah jelas sepatutnya dijadikan sebahagian dari Guaman Mahkamah Sesyen dan kegagalan Plaintif-plaintif untuk membangkitkan kecuaian dalam Guaman Mahkamah Sesyen adalah menghalang pemfailan Guaman ini atas alasan doktrin res judicata atau estoppel. HUJAHAN PLAINTIF [21] Prinsip res judicata tidak terpakai dalam kes ini atas alasan berikut:- a) Pliding adalah berlainan dalam kedua-dua kes. Guaman Mahkamah Sesyen No. WA-A52 NCVC -55 -02/2018 Kuala Lumpur berkaitan dengan fi guaman. Dalam kes ini adalah berkaitan kecuaian professional. b) Kausa tindakan adalah berlainan dalam kedua-dua tindakan. c) Fakta adalah berlainan. d) Keterangan adalah berlainan dalam kedua-dua kes. e) Saksi yang sama. 10 [22] Tuntutan untuk gantirugi akibat kecuaian professional bukanlah penyalahgunaan proses Mahkamah. [23] Tuntutan dalam kes ini adalah kecuaian kepeguaman dan tidak sepatutnya dibicarakan bersama dengan Guaman Mahkamah Sesyen. [24] Memandangkan ianya adalah tuntutan yang berlainan adalah wajar difailkan secara berasingan. KEPUTUSAN MAHKAMAH [25] Mahkamah dalam mempertimbangkan permohonan Defendan untuk membatalkan kes merujuk kepada Penyataan Tuntutan Plaintif yang mana tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah untuk kecuaian kepeguaman oleh pihak Defendan yang menyebabkan Plaintif-plaintif mengalami kerugian . [26] Defendan mengatakan bahawa jika pun beliau berlaku kecuaian dalam mengendalikan kes Plaintif-plaintif dalam kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam Petition No: 22NCVC-482-10/2012 perkara ini sepatutnya 11 ditimbulkan dalam pembelaan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur , tetapi tiada sebarang dakwaan kecuaian ditimbulkan terhadap Defendan dalam kes tersebut. [27] Mengikut Affidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Lin Kai Lam bertarikh 30.1.2019 menyatakan bahawa Plaintif telah membayar fi guaman kepada Defendan dan tiada apa-apa yang tertunggak , ini adalah bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Defendan bahawa Plaintif-plaintif mengambil tindakan ini untuk memberi tekanan kepada beliau daripada meneruskan tindakan untuk mendapatkan balik fi guaman. [28] Kausa tindakan dalam kes ini adalah berlainan dari kes yang dibicarakan walaupun ianya timbul dari Guaman-guaman asas tetapi kausa adalah berbeza. Kes ini tidak sepatutnya dicantumkan dengan kes terdahulu dan hujahan Defendan bahawa sepatutnya kes ini dicantumkan dan dibangkitkan sebagai pembelaan dalam Guaman Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan sekali pada ketika itu dan bukan mengakibatkan litigasi secara ansuran adalah tidak tepat. 12 [29] Mahkamah berpendapat bahawa tiada timbulnya isu res judicata dalam kes ini memandangkan ianya adalah kausa tindakan dan fakta yang berlainan . Dalam Guaman Mahkamah Sesyen yang dituntut adalah fi peguam dan dalam kes ini adalah kecuaian kepeguaman. [30] Di Guaman Mahkamah Sesyen , Defendan menuntut fi kepeguaman daripada Plaintif-plaintif untuk kes di bawah:- a) Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman No.22NCVC-709- 06/2012; b) MahkamahTinggi Kuala Lumpur Guaman Sivil No.22NCVC- 235-08/2015; c) Mahkamah Tinggi Shah Alam No 22NCVC-351-04/2013; d) Mahkamah Tinggi Shah Alam No 22NCVC-483-10/2014; e)
2010
( merujuk kepada Afidavit Sokongan Defendan bertarikh 21.12.1018.) [31] Dalam kes Manson v Vooght quoted in Johnson v Gore Woods & Co [2001] 2 WLR p 72 at p 87, 13 “The bringing of a claim which could have been brought in earlier peroceeding may not be an abuse. It may in particular cases be sensible to advance cases separately. It depends on all the circumstances of each case.” [32] Dalam kes House of Lord in Johnson’s case also quoting Arnold v National West Minister Bank Plc at p 89 sets out as follows: “ In my judgement mere re-litigation , in circumstances not giving rise to cause of action or issue estoppel, does not necessarily give rise to abuse of process. Equally , the maintenance of a second claim which could have been part of an earlier one, or which conflicts with an earlier one , should not, per se, be regarded as an abuse of process. Rules of such rigidly would be to deny its very concept and purpose. As Kerr LJ and Sir David Cairns emphasized in Bragg v Oceanus Mutual Understanding Association (Bermuda) Ltd (1982) 2 Lloyds Rep 132,137,138-139 respectively , the courts should not attempt to define or categorise fully what may amount to an abuse of process; see also per Stuart-Smith LJ in Ashmore v British Coal Corpn [1992] 2 QB 338,352. Sir 14 Thomas Bingham MR underlined this in Barrow v Bankside Agency Ltd [1996] 1 WLR 257, stating ,at p 263 B, that the doctrine should not be ‘circumscribed by unnecessarily restrictive rules’ since its purpose was the prevention of abuse and it should not endanger the maintenance of genuine claims; see also per Saville L] at p 266D-E.” [33] Kes Arnold’s mengatakan bahawa litigasi semula tidak semestinya menyalahi proses Mahkamah. Tuntutan yang berikutnya walaupun berkaitan dengan tuntutan asas tidak semestinya boleh dikatakan bahawa ianya menyalahgunakan proses Mahkamah. [34] Mahkamah perlu meneliti sejauhmana kausa tindakan dalam litigasi yang dibicarakan adalah sama dengan kausa tindakan yang menjadi subjek kepada litigasi terdahulu. Mahkamah juga perlu menentukan beberapa perkara berikut:- a) Sama ada pliding adalah sama; b) Fakta adalah sama; c) Sama ada kausa tindakan adalah sama; d) Sama ada keterangan yang akan diberikan adalah sama; dan 15 e) Juga pihak-pihak yang terlibat adalah sama. [35] Mengambikira bahawa terdapatnya perbezaan kausa tindakan di dalam tuntutan dalam kes ini iaitu untuk kecuaian kepeguaman berbanding tuntutan dalam Guaman asas untuk fi guaman, saya berpendapat adalah tidak wajar permohonan Defendan dibawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b) dan (d) KKM 2012 dibenarkan. T.T. ( LATIFAH HJ MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur Tarikh: 13/1/2020 16 Peguam Bagi Pihak Plaintif Tetuan Kalai & Partners No. 1-27 & 1-29, Jalan PJS 9/1A, Pusat Perniagaan Lagoon Perdana Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Peguam Bagi Pihak Defenden Tetuan Azim, Tunku Farik & Wong Unit 5-03, Wisma Badan Peguam Malaysia 2 Lebuh pasar Besar 50050 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.