Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-2188-11/2019 ANTARA COLIN ANDREW PEREIRA … PERAYU (NO. K/P : 670728-10-6223)
WA-22NCVC-565-09/2018
High Court of Malaysia25 Oct 2019
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(e) Faedah pada kadar 8% setahun atas gantirugi yang diawadakan dari 7.6.2011 sehingga tarikh penjelasan penuh di bawah Seksyen 11 Civil Law Act 1956;”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-2188-11/2019 ANTARA COLIN ANDREW PEREIRA … PERAYU (NO. K/P : 670728-10-6223)
1
LIN KAI LAM
2
WONG SOU FUAN (NO. K/P : 600728-10-5788) … RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN NO: WA-22NCVC-565-09/2018
1
LIN KAI LAM
2
WONG SOU FUAN (NO. K/P : 600728-10-5788) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN COLIN ANDREW PEREIRA … DEFENDAN (NO. K/P : 670728-10-6223) ALASAN PENGHAKIMAN 2 (KANDUNGAN 8) PENDAHULUAN [1] Ini adalah permohonan yang difailkan oleh pihak Defendan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan pihak Plaintif dibawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Kandungan 8. [2] Setelah membaca afidavit-afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua belah pihak, saya telah memutuskan bahawa permohonan Kandungan 8 ditolak dengan kos sebanyak RM 2,000.00 tertakluk kepada fee alokatur. Pada 22.11.2019 Defendan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan saya. LATAR BELAKANG [3] Plaintif-plaintif mempunyai alamat penyampaian di No. 18, Jalan PJU 1A/ 29B, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 3 [4] Defendan mempunyai alamat penyampaian di Suite A2, Blok A, Taman Tunku Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur dan juga pemilik tunggal firma guaman yang dikenali sebagai Tetuan Goh Wong Pereira. [5] Dalam tuntutan ini pihak-pihak dimanakan Plaintif dan Defendan seperti di Mahkamah Tinggi. [6] Plaintif-plaintif telah melantik Tetuan Goh Wong Pereira untuk bertindak sebagai peguam mereka untuk kes Petisyen Pemula No. D- 26NCC-115-2010 (“Petisyen tersebut‘‘) yang telah difailkan di Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur. Defendan adalah peguam yang beramal dibawah firma tersebut. [7] Plaintif-plaintif mendakwa bahawa disebabkan nasihat atau pengendalian dalam menderafkan perintah persetujuan bertarikh 7.6.2011 didalam Petisyen tersebut mereka telah mengalami kerosakan dan kerugian. 4 [8] Pihak Plaintif memfailkan Writ Saman ini ke atas Defendan kerana Defendan, sebagai seorang peguam telah gagal, cuai dan lalai dalam melaksanakan penjagaan kompeten yang munasabah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam sewaktu mewakili pihak-pihak Plaintif dalam Petisyen tersebut. Disebabkan oleh nasihat dan pengendalian secara cuai telah menyebabkan pihak Plaintif mengalami kerugian. [9] Pihak Plaintif didalam Writ Saman telah menuntut seperti berikut:
a
Plaintif Pertama, RM176,000.00;
b
Plaintif Kedua, RM176,500.00;
c
Gantirugi am;
d
Gantirugi tauladan;
e
Faedah pada kadar 8% setahun atas gantirugi yang diawadakan dari 7.6.2011 sehingga tarikh penjelasan penuh di bawah Seksyen 11 Civil Law Act 1956;
f
Faedah pada kadar 5 % setahun menurut Aturan 42 Kaedah 12 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 atas gantirugi yang diawa dari tarikh awad sehingga penjelasan penuh; 5
g
Kos; dan
h
Sebarang relief lain. [10] Pada 30.1.2019, Defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan dibawah Kandungan
8
Pihak-pihak telah diarahkan untuk pemfailan afidavit dan hujahan bertulis masing-masing. Suratcara yang berkaitan dengan permohonan di Kandungan 8 tersebut adalah seperti berikut:- a) Penyataan Tuntutan bertarikh 5.9.2018. b) Penyataan Pembelaan 5.11.2018. c) Notis Permohonan Defendan difailkan pada 30.1.2019(Kandungan 8) d) Afidavit Sokongan Defendan difailkan pada 30.1.2019 (Kandungan 9) e) Afidavit Jawapan Plaintif-plaintif difailkan pada 26.3.2019 (Kandungan 12) f) Afidavit Balasan Defendan difailkan pada 12.4.2019 (Kandungan 13) 6 [11] Antara alasan yang diberikan oleh Defendan dalam memfailkan permohonan ini adalah: a. Tuntutan pihak Plaintif adalah remeh mengaibkan dan direka bentuk untuk memalukan Defendan; b. Tuntutan pihak Plaintif adalah terperangkap oleh res judicata dan jelasnya satu penyalahgunaan proses Mahkamah; dan c. Defendan bukan peguam menurut rekod Mahkamah pada masa material dan halangan had masa statutori. LATARBELAKANG KES DAN HUJAHAN DEFENDAN [12] Defendan telah memfailkan guaman No.WA-A52NCVC-55-02/2018 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (Guaman Mahkamah Sesyen) untuk mendapat balik fi guaman-guaman terdahulu (guaman-guaman asas) yang belum dijelaskan oleh Plaintif-Plaintif. (Rujuk kepada Writ Saman dan Tuntutan Mahkamah Sesyen Eksibit CAP-2) ( Pembelaan Guaman Mahkamah Sesyen Eksibit CAP-3 ). [13] Defendan menyatakan bahawa selain daripada tuntutan dalam kes ini, Plaintif-plaintif dan pihak-pihak berkaitan dengan mereka juga telah 7 memfailkan 3 guaman-guaman Sivil (guaman sedia ada) mulai Jun, 2018 seperti berikut: i) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No WA-22NCVC- 387-06/2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur NCVC1 yang mendakwa kecuaian Defendan semasa bertindak untuk Plaintif-plaintif dan pihak-pihak berkaitan dalam guaman asas No .22NCVC-709-06/2012 difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. ii) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No.WA-22NCVC- 388-06/2018 di Mahkamah Tinggi NCVC 6 yang mendakwa kecuaian Defendan bertindak untuk Plaintif-plaintif dalam guaman asas No.22NCVC-351-04/2013 di Mahkamah Tinggi Shah Alam; dan iii) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No.WA-22NCVC- 389-06/2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur NCVC 1 yang difailkan pada 5.9.2018 dan mendakwa kecuaian Defendan semasa bertindak untuk Plaintif-plaintif dalam guaman asas No. 8 22NCVC-482-10/2012 difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. ( Salinan benar Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bagi 3 guaman-guaman yang sedia ada dilampirkan sebagai Eksibit “CAP- 1a,1b, dan 1c” masing-masing). [14] Sejauhmana berkenaan dengan guaman-guaman asas, Defendan telah memfailkan guaman No. WA-A52NCVC-55-02/2018 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ( “Guaman Mahkamah Sesyen”). ( Sesalinan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan dalam guaman di Mahkamah Sesyen adalah dilampirkan sebagai eksibit ”CAP-2” dan sesalinan Pembelaan yang difailkan dalam Guaman Mahkamah Sesyen oleh Plaintif dan pihak-pihak berkaitan sebagai eksibit “CAP-3” ). [15] Defendan dalam Afidavit Sokongan bertarikh 30.01.2019 menyatakan bahawa semasa Guaman Mahkamah Sesyen telah difailkan pada 5.2.2018 untuk mendapat balik fi guaman untuk guaman-guaman asas. Guaman yang sedia ada difailkan mulai Jun 2018. Plaintif tidak 9 menimbulkan dakwaan kecuaian terhadap Defendan dalam pliding tersebut. [16] Defendan juga menyatakan bahawa peguamcara Plaintif-plaintif telah mengambilalih pengendalian guaman sedia ada beberapa tahun yang lepas dan tiada sebarang dakwaan kecuaian pernah dibangkitkan terhadap Defendan sehinggalah Defendan memfailkan Guaman Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan balik fi guaman yang terhutang. [17] Defendan juga menyatakan bahawa guaman sedia ada adalah fikiran selepas (afterthought) secara berdendam balas dengan niat untuk memberikan tekanan kepada Defendan sebab menyaman Plaintif-plaintif untuk mendapatkan balik fi guaman. [18] Plaintif ingin mengaibkan Defendan dengan niat jahat walhal tiadanya merit dalam tuntutan terhadap Defendan dalam kes ini. [19] Defendan juga menyatakan bahawa dakwaan-dakwaan kecuaian dalam guaman sedia ada sekiranya wujud, sepatutnya dicantumkan dan dibangkitkan sebagai pembelaan dalam Guaman Mahkamah Sesyen dan 10 kegagalan Plaintif-plaintif untuk membangkitkan kecuaian dalam Guaman Mahkamah Sesyen adalah menghalang pemfailan guaman ini atas alasan doktrin res judicata atau estoppel. [20] Defendan menyatakan bahawa Guaman Mahkamah Sesyen telah diputuskan dan tiada kecuaian dalam guaman ini dan telahpun dihakimi terhadap Defendan. [21] Defendan menyatakan bahawa Petisyen tersebut difailkan pada 3.11.2010 dan plaintif-plaintif sebenarnya telah melantik Tetuan Lee Swee Seng & Co sebagai peguamcara mereka. Defendan cuma mengambilalih Petisyen tersebut sebagai peguamcara untuk Plaintif-plaintif pada 2.5.2012. Defendan adalah peguam yang dilantik (“counsel”) oleh Tetuan Lee Swee Seng & Co sebelum tarikh tersebut. [22] Defendan menyatakan tidak terlibat dengan rundingan yang membawa kepada perintah persetujuan tersebut. Sewaktu menghadiri Mahkamah pada 7.6.2011, deraf perintah persetujuan tersebut telah pun ditandatangani oleh Tetuan Lee Swee Seng & Co dimana peguamnya Cik WC Lee telah hadir. 11 [23] Defendan juga menyatakan bahawa kecuaian yang diplidkan oleh Plaintif-plaintif adalah berkenaan menasihati perintah persetujuan tersebut seperti dalam emel bertarikh 10.11.2010 dan 11.11.2010, secara tidak langsung tuntutan Plaintif-plaintif ini adalah dihalang oleh had masa statutori kerana perintah persetujuan bertarikh 7.6.2011. ( Notis Penukaran Peguamcara saperti Eksibit CAP-4 ). (Emel bertarikh 10.11.2010 dan 11.11.2010 eksibit CAP-5) (Salinan deraf Perintah Persetujuan bertarikh 7.6.2011 Eksibit CAP-6) [24] Defendan merujuk kepada 11 Afidavit Jawapan Plaintif-plaintif, Defendan menyatakan bahawa salinan bersih perintah persetujuan. (Eksibit K-1) dalam Afidavit Jawapan Plaintif hanya difailkan oleh Firma Defendan selepas mengambilalih Petisyen tersebut dari Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co. HUJAHAN PLAINTIF [25] Defendan dalam hujahan menyatakan bahawa prinsip res judicata tidak terpakai dalam tuntutan ini . 12 [26] Pliding adalah berlainan dalam kedua-dua kes. Guaman Mahkamah Sesyen No. WA-A52 NCVC -55-02/2018 Kuala Lumpur berkaitan dengan fi guaman. Dalam tuntutan ini adalah berkaitan kecuaian kepeguaman. [27] Defendan dalam Guaman Mahkamah Sesyen menuntut fi guaman untuk guaman-guaman asas seperti berikut: i) Mahkamah Tinggi Shah Alam No.22NCVC-709-06/2012. ii) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No.22NCC-235- 08/2015 iii) Mahkamah Tinggi Shah Alam No.22NCVC-351-04/2013 iv) Mahkamah Tinggi Shah Alam No.22NCVC-482-10/2014 v) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Petisyen Pemula No. D- 26NCC-115-2010 (Eksibit CAP-2 Afidavit Sokongan Defendan) [28] Plaintif-plaintif menegaskan bahawa semua fi guaman telah dibayar kepada Defendan mengikut peruntukkan Seksyen 116 Akta Profesion undang-undang 1976. Semua Tuntutan Defendan dalam Guaman Mahkamah Sesyen ditolak kecuali untuk jumlah RM37,815.00. 13 [29] Kausa tindakan adalah berlainan dalam kedua-dua tindakan. Plaintif menyatakan bahawa tindakan dalam kes ini adalah atas sebab kecuaian dipihak Defendan dalam mengendalikan kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Petisyen Pemula No.D-26NCC-115-2010. BUTIR-BUTIR KECUAIAN [Merujuk kepada Afidavit Jawapan Plaintif bertarikh 26.3.2019] [30] Defendan telah gagal menasihati Plaintif-plaintif bahawa pelantikan jurunilai mestilah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam tempoh masa yang ditetapkan, jika pihak-pihak gagal boleh memohon kepada Mahkamah untuk melantik seorang jurunilai. [31] Gagal menasihati Plaintif-plaintif bahawa penilaian saham Plaintif Pertama dan Kedua dalam Kong Ming trading Sdn Bhd (KMT) dan L& W Concrete Works Sdn Bhd (l&W) setakat tarikh perintah persetujuan 7.6.2011 tidak akan viable kerana kedua-dua KMT dan L&W sedang berterusan dan proses penilaian dan akhirnya pembelian saham Plaintif-plaintif di kedua-dua Syarikat oleh Lin kai Wing dan Lin Kah Hong akan 14 mengambil sedikit masa dan akan ada keuntungan terkumpul yang tidak akan diambil kira oleh penilai jika cara ini dibuat dan akan mengakibatkan kerugian bagi Plaintif-plaintif jika penilai setiap saham dalam kedua-dua syarikat itu tidak mengambil kira keuntungan terkumpul selepas 7.6.2011. [32] Gagal meramalkan bahawa Plaintif-plaintif adalah dalam keadaan tidak baik dengan Responden Pertama dan Kedua. Dalam Petisyen tersebut dan hakikat bahawa mana-mana 3 daripadanya mesti menandatangani cek kedua-dua syarikat L&W dan KMT. Gagal menasihati bahawa Responden Pertama dan Kedua dalam Petisyen akan menolak untuk menandatangani cek-cek tersebut. [33] Gagal menyediakan mekanisme yang boleh dilaksanakan untuk semua pembayaran yang kena dibayar oleh L&W dan KMT kepada Plaintif-plaintif. [34] Gagal menasihati bahawa tanpa penyenaraian lengkap semua pembayaran L&W dan KMT dimana ia dalah mandatori penandatangan kepada akaun kedua-dua L&W dan KMT untuk menandatangan cek-cek untuk pembayaran, jika gagal pihak ketiga akan menandatangani sebagai penandatangan lain. 15 [35] Gagal menasihati bahawa Responden Pertama dan Kedua dalam Petisyen tersebut akan enggan menandatangani cek-cek untuk dividen yang perlu dari L&W kepada Plaintif-plaintif tertakluk kepada Penghakiman Persetujuan 7.6.2011 daripada keuntungan terkumpul bagi tahun 2012-
2014
[36] Gagal menyediakan mekanisme dimana semua keperluan KMT dan L&W dibawah perkara pertubuhannya dipatuhi oleh Responden Pertama dan Kedua dalam Petisyen tersebut berkenaan dengan pembayaran dividen Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.6.2011. [37] Gagal menasihati dan menyediakan peruntukkan yang mencukupi untuk kelancaran pelepasan Plaintif-plaintif dari jaminan yang diberikan untuk kemudahan kredit untuk L&W dan KMT. [38] Gagal memastikan bahawa Plaintif-plaintif untuk L&W dan KMT dibebaskan oleh Responden Pertama dan Kedua dalam Petisyen tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. 16 [39] Gagal memastikan dan menasihati bahawa pelbagai jaminan yang diberikan oleh Plaintif-plaintif untuk L&W dan KMT mencukupi dikenal pasti dalam Penghakiman Persetujuan. [40] Gagal Menyediakan peruntukkan yang secukupnya untuk menjaga keselamatan Plaintif-plaintif daripada bertanggungan dibawah jaminan sehingga Responden Pertama dan Kedua dalam Petisyen tersebut menyebabkan jaminan dibebaskan oleh Pemiutang / Pembekal. [41] Gagal mengenal pasti syarat-syarat yang penting untuk dimasukkan kedalam Perjanjian Penyelesaian dibawah perenggan 4 Perintah Persetujuan bertarikh 7.6.2011. [42] Gagal menasihati dan memasukkan tempoh masa bagi pelaksanaan Perjanjian Penyelesaian diantara Plaintif-plaintif dengan Responden Pertama dan Kedua dalam Petisyen tersebut dibawah perenggan 4 Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.6.2011. [43] Gagal menasihati dan membantah Lampiran 25, 27, 39, 49, 67, 71 dan 84 tidak boleh difailkan kerana selepas kemasukan Penghakiman 17 Persetujuan bila mana Mahkamah telah menjadi functus officio dan tidak ada permohonan boleh dibuat kecuali untuk perintah fasilitasi di bawah perenggan 5 dibawah Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.6.2011. [44] Gagal meramalkan bahawa apa-apa perintah status quo pada 7.6.2011 akan mengakibatkan membawa perniagaan L&W dan KMT tetap berdiri jika Responden Pertama dan Kedua dalam Petisyen tersebut enggan menandatangani mesyuarat BOD dan EGM untuk KMT. [45] Gagal menasihati Plaintif-plaintif disini untuk menandatangani deraf Penghakiman Persetujuan pada 7.6.2011 apabila kelemahan yang disebut terdahulu tidak disedari oleh Defendan dan mengelirukan Plaintif-plaintif disini untuk menandatangani deraf Penghakiman Persetujuan tersebut. [46] Gagal menasihati Plaintif-plaintif bagi memastikan terma-terma utama perjanjian penyelesaian adalah dinyatakan secara khusus termasuk tempoh masa untuk membeli saham-saham KMT dan L7W oleh Responden Pertama dan Kedua dan jika terdapat kelewatan faedah sebanyak 8% setahun atas baki harga belian hendaklah dibayar oleh Responden Pertama dan Kedua kepada Plaintif-plaintif. 18 [47] Gagal untuk menasihati bahawa nama penilai dimasukkan dalam Penghakiman Persetujuan dengan had masa untuk menilai saham-saham KMT dan L&W dan memasukkan satu had masa untuk Responden Pertama dan Kedua membeli saham-saham tersebut dan jika gagal faedah dikenakan pada kadar 8% setahun atas baki harga belian yang belum lagi dibayar. [48] Gagal untuk menasihati untuk memasukkan satu klausa exit untuk Plaintif-plaintif disini dalam keadaan dimana Responden Pertama dan Responden Kedua enggan memasuki satu Penghakiman Penyelesaian dan membeli saham-saham KMT dan L&W. [49] Memandangkan kausa tindakan, fakta kes adalah berbeza, keterangan dalam kedua-dua kes adalah berlainan ini adalah jelas dari Penyataan Tuntutan, walaubagaimana saksi berkemungkinan adalah yang sama. 19 KEPUTUSAN MAHKAMAH [50] Mahkamah dalam mempertimbangkan permohonan Defendan untuk membatalkan kes merujuk kepada Penyataan Tuntutan Plaintif dan Pembelaan Defendan. Plaintif menuntut terhadap Defendan adalah untuk kecuaian kepeguaman oleh pihak Defendan dalam pengendalian dalam menderafkan Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.6.2011 didalam Petisyen tersebut yang menyebabkan Plaintif-plaintif mengalami kerosakan dan kerugian . [51] Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan untuk gantirugi akibat kecuaian professional bukanlah penyalahgunaan proses Mahkamah. Dalam kes Chee Pok Choy & Ors v Scotch Leasing Sdn Bhd [2001} 4 MLJ 346 Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut:- “ Now, there is a dimension to the doctrine of res judicata that is not always appreciated. It is this since the doctrine (whether in its narrow or broader sense) is designed to achieve justice, a court may decline to apply it where to do so would lead to an unjust result. And there is respectable authority in support of the view I have just expressed. It is on the above 20 mentioned reasons that this court is the opinion that in the facts and circumstances of this case, res judicata cannot apply.” [52] Tuntutan dalam kes ini adalah kecuaian dipihak Defendan sebagai seorang peguam dalam menasihati Plaintif-plaintif akan terma-terma transaksi komersial sebelum Penghakiman Persetujuan dimasukki diantara pihak-pihak. Defendan menyatakan bahawa jika pun beliau berlaku kecuaian dalam mengendalikan kes Plaintif-plaintif dalam kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Petisyen Pemula No: D-26NCC-115-2010 memandangkan segala terma telah disediakan oleh peguam sebelum beliau mengambil alih sebagai counsel. [53] Dalam tuntutan Petisyen tersebut , tuntutan ini telah berakhir dengan Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.6.2011 dan Perintah Persetujuan seperti dalam Eksibit K-1 Afidavit Jawapan Plaintif. [54] Terma Penghakiman Persetujuan adalah seperti berikut:- 1) Bahawa Responden Pertama dan Responden Ke 2 akan membeli saham-saham yang dipegang oleh Pempetisyen-pempetisyen di Responden Ke 3 dan Responden Ke 4 pada 21 harga yang berpatutan berdasarkan penilaian yang akan dilakukan setakat tarikh perintah ini oleh penilai yang dilantik oleh Mahkamah atau yang dipersetujui ole pihak-pihak. 2) Bahawa kos untuk pelantikan penilai dibayar oleh Pempetisyen Pertama, Pempetisyen ke 2, Responden Pertama dan Responden ke 2 mengikut jumlah saham-saham yang dipegang di Responden ke 3 dan Responden ke 4. 3) Bahawa Responden Pertama dan Responden ke 2 mengambil segala langkah yang perlu untuk mendapatkan pelepasan gerenti-gerenti yang dimasuk oleh Pempetisyen Pertama dan Pempetisyen ke 2 untuk manfaat Responden ke 3 dan Responden ke 4 dalam masa 90 hari dari tarikh perintah ini dan jika gerenti tersebut tidak dapat dilepaskan selepas percubaan yang munasabah, Responden Pertama dan Responden ke 2 akan memberi Pempetisyen Pertama dan Pempetisyen Kedua tanggungan rugi yang perlukan berkenaan gerenti-gerenti tersebut. 4) Bahawa pihak-pihak disini memasuki satu perjanjian penyelesaian menggabungkan terma-terma lain yang diperlukan untuk memudahkan dan memberi kesan kepada 22 terma-terma lain yang diperlukan untuk memudahkan dan memberi kesan kepada terma-terma penyelesaian dan bahawa perjanjian penyelesaian tersebut diberikan kepada Mahkamah. 5) Bahawa pihak-pihak adalah bebas untuk memohon. 6) Bahawa setiap pihak menanggung kosnya sendiri. [55] Bagi transaksi komersial seorang peguam seharusnya lebih teliti dalam menasihati klien sebelum sesuatu Penghakiman Persetujuan dimasukki diantara pihak-pihak. Mahkamah berpendapat bahawa dalam tuntutan ini perlunya saksi dipanggil untuk menjelaskan bagaimana Penghakiman Persetujuan tersebut tercapai diantara kedua-dua pihak. [56] Kes ini melibatkan transaksi komersial adalah wajar pihak-pihak mengetahui akan terma-terma dan juga implikasi akibat dari persetujuan kepada terma-terma tersebut sebelum memasukki Penghakiman Persetujuan. Peranan peguam kedua-dua pihak adalah penting terhadap klien masing-masing lebih-lebih lagi yang melibatkan Syarikat, saham-saham dan akan adanya implikasi kewangan. 23 [57] Keterangan saksi-saksi diperlukan untuk menjelaskan bagaimana pihak-pihak telah mencapai persetujuan dan sama ada terma-terma didalam Penghakiman Persetujuan tersebut telah di jelaskan secara terperinci oleh Defendan sebelum ianya ditandatangani oleh pihak-pihak. [58] Berkaitan isu had masa, walaupun Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.6.2011 ini tidak bermakna kausa tindakan bermula dari tarikh tersebut. Dalam kes ini jika diteliti Penghakiman Persetujuan di klausa 4 memerlukan pihak-pihak memasukki satu perjanjian penyelesaian menggabungkan terma-terma dalam Penghakiman Persetujuan dan juga terma-terma lain yang diperlukan untuk memudahkan dan memberi kesan kepada terma-terma penyelesaian dan bahawa perjanjian penyelesaian tersebut diberikan kepada Mahkamah serta merta. [59] Mengambilkira klausa 4 Penghakiman Persetujuan yang mengkehendaki pihak-pihak memasuki perjanjian penyelesaian dengan mengambilkira terma-terma dalam Penghakiman Persetujuan dan terma-terma lain yang diperlukan untuk memudahkan dan memberi kesan kepada terma-terma penyelesaian maka kausa tindakan tidak seharusnya diambilkira dari tarikh Penghakiman Persetujuan diberikan, dengan kata 24 lain kausa bermula apabila terma-terma tidak dipatuhi seperti dalam Penghakiman Persetujuan. [60] Mahkamah berpendapat bahawa tiada timbulnya isu res judicata dalam kes ini memandangkan ianya adalah kausa tindakan dan fakta yang berlainan. Dalam Guaman Mahkamah Sesyen yang dituntut adalah fi guaman bagi guaman-guaman asas dan dalam kes ini adalah kecuaian kepeguaman. [61] Dalam Guaman Mahkamah Sesyen, Defendan menuntut fi guaman daripada Plaintif-plaintif untuk guaman-guaman asas seperti di bawah:- a) Mahkamah Tinggi Shah Alam Guaman No.22NCVC-709- 06/2012; b) MahkamahTinggi Kuala Lumpur Guaman Sivil No.22NCVC- 235-08/2015; c) Mahkamah Tinggi Shah Alam No 22NCVC-351-04/2013; d) Mahkamah Tinggi Shah Alam No 22NCVC-482-10/2014; e)
2010
25 (Merujuk kepada Eksibit CAP-2 Afidavit Sokongan Defendan bertarikh 30.01.2019). Adalah jelas bahawa tuntutan berkaitan dengan fi guaman dan tiada dalam pliding menyebut tentang kecuaian. [62] Mengambilkira kausa tindakan adalah berlainan maka memang sepatutnya tuntutan dibuat secara berasingan. Mahkamah merujuk kepada kes Manson v Vooght quoted in Johnson v Gore Woods & Co [2001] 2 WLR p 72 at p 87, seperti berikut:- “The bringing of a claim which could have been brought in earlier peroceeding may not be an abuse. It may in particular cases be sensible to advance cases separately. It depends on all the circumstances of each case.” [63] Dalam kes House of Lord in Johnson’s case also quoting Arnold v National West Minister Bank Plc at p 89 sets out as follows: “In my judgement mere re-litigation, in circumstances not giving rise to cause of action or issue estoppel, does not necessarily give rise to abuse of process. Equally, the maintenance of a second claim which could have been part of an earlier one, or which conflicts with an earlier one, should not, 26 per se, be regarded as an abuse of process. Rules of such rigidly would be to deny its very concept and purpose. As Kerr LJ and Sir David Cairns emphasized in Bragg v Oceanus Mutual Understanding Association (Bermuda) Ltd (1982) 2 Lloyds Rep 132,137,138-139 respectively , the courts should not attempt to define or categorise fully what may amount to an abuse of process; see also per Stuart-Smith LJ in Ashmore v British Coal Corpn [1992] 2 QB 338,352. Sir Thomas Bingham MR underlined this in Barrow v Bankside Agency Ltd [1996] 1 WLR 257, stating, at p 263 B, that the doctrine should not be ‘circumscribed by unnecessarily restrictive rules’ since its purpose was the prevention of abuse and it should not endanger the maintenance of genuine claims; see also per Saville L] at p 266D-E.” [64] Kes Arnold’s mengatakan bahawa litigasi semula tidak semestinya menyalahi proses Mahkamah. Tuntutan yang berikutnya walaupun berkaitan dengan tuntutan asas tidak semestinya boleh dikatakan bahawa ianya menyalahgunakan proses Mahkamah. 27 [65] Mahkamah juga meneliti sejauhmana kausa tindakan dalam litigasi yang dibicarakan adalah sama dengan kausa tindakan yang menjadi subjek kepada litigasi terdahulu dengan mengambilkira perkara berikut:- a) Sama ada pliding adalah sama; b) Fakta adalah sama; c) Sama ada kausa tindakan adalah sama; d) Sama ada keterangan yang akan diberikan adalah sama; dan e) Juga pihak-pihak yang terlibat adalah sama. [66] Mengambikira perkara-perkara yang dibincangkan diatas, saya berpendapat adalah tidak wajar permohonan Defendan dibawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b) dan (d) KKM 2012 dibenarkan. TT ( LATIFAH HJ MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ncvc 1 Kuala Lumpur Bertarikh : 17 Januari, 2020 28 Peguam Bagi Pihak Plaintif Tetuan Kalai & Partners Peguambela & Peguamcara No. 14A-3, Tingkat 2 Jalan 14/20, Seksyen 14 46100 Petaling Jaya Selangor. Peguam Bagi Pihak Defendan Tetuan Azim, Tunku Farik & Wong Peguambela & Peguamcara Unit 5-03, Wisma Badan Peguam Malaysia 2 Lebuh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.