Lampiran
Lampiran A pernyataan tuntutan pindaan, baki 98 cek berkenaan adalah bernilai RM104,025,000. [28] Pihak Plaintif menghujahkan selain dari 98 cek ini, beberapa keping cek telah pun ditunaikan oleh Pihak Defendan bernilai RM15,650,000. Ini bermaksud keseluruhan nilai cek-cek tarikh tunda yang dikeluarkan oleh Plaintif 1 kepada Defendan 1 adalah sebanyak RM119,675,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sembilan Belas Juta, Enam Ratus Tujuh Puluh Lima Ribu). Tetapi tiada keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Plaintif bahawa sejumlah RM15,650,000 telah dibayar oleh Pihak Plaintif (i.e. Pihak Defendan menunaikan cek-cek tersebut). Dan saya tidak menerima hujahan Pihak Plaintif berhubung dengan bayaran tersebut. [29] Berdasarkan kepada nilai cek berkenaan dan geran-geran Hartanah Tersebut yang didepositkan kepada Defendan 1, saya hanya dapat membuat satu kesimpulan atau inferens sahaja iaitu pinjaman yang diperolehi Plaintif 1 adalah sebanyak RM112,025,000 dan bukannya RM43,412,500. Jika pinjaman yang dibuat hanyalah RM43,412,500, tiada keperluan untuk Plaintif 1 memberikan sebegitu besar sekuriti kepada Defendan 1. [30] Saya kini merujuk pula kepada SIP bertarikh 6.1.2017 (salinan SIP di muka surat 474-477, Ikatan Dokumen A1). SIP ini telah ditandatangani oleh Plaintif 1 bagi pihak GNP dengan Defendan 1. Pihak Plaintif menghujahkan SIP ini adalah sebagai penyelesaian keseluruhan pinjaman yang di ambilnya dari Pihak Defendan iaitu untuk pinjaman RM RM43,412,500. Pihak Plaintif menyatakan melalui SIP ini, GNP menyerahkan hutang yang belum dibayar oleh PWC kepadanya kepada Defendan 1. [31] Dalam SIP jelas menyatakan PWC masih lagi berhutang sebanyak RM82,804,940 PWC dari GNP. Melalui SIP ini, GNP menyerahakkan hutang PWC berkenaan sebanyak RM50,000,000 kepada Defendan 1 sebagai penyelesaian penuh pinjaman Plaintif 1 yang diberikan oleh Defendan 1 (sebanyak RM43,412,500). [32] Diperturunkan sebahagian kandungan SIP tersebut: “WHEREAS:- (1) The Assignor is the creditor of PLATINUM WHOLESALES CITY SDN. BHD. (Company No: 1018940-U), a company incorporated in Malaysia under the Companies Act 1965 with its registered office at Lot 577, Section 19, Taman Limau Manis, Jahn Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan (hereinafter referred to as "the Company") in respect of a sum of Ringgit Malaysia Eighty Two Million Eight Hundred Four Thousand Nine Hundred and Forty (RM82,804,940.00) only (hereinafter referred to as "the Total Outstanding Sum"). (2) The Assignor is desirous of assigning to the Assignee and the Assignee is desirous of accepting the assignment of a sum of Ringgit Malaysia Fifty Million (RM50,000,000.00) only (hereinafter referred to as "the Assigned Debt") out of the Total Outstanding Sum.” [33] Saya mendapati keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Plaintif adalah bercanggah antara satu sama lain. Jika benar Plaintif 1 hanya mengambil pinjaman dari Defendan 1 sebanyak RM43,412,500 sahaja, mengapa perlu dinyatakan bahawa hutang sebenar adalah RM82,804,940 dalam SIP. Kemudian menyerahakkan pula adalah sebanyak RM50,000,000 sebagai penyelesaian penuh. Keadaan ini juga menyokong bahawa pinjaman yang di ambil oleh Plaintif 1 dari Defendan 1 adalah sebanyak RM112,025,000. [34] Membaca dan meneliti kepada kandungan perenggan (1), (2) dan (3) di bahagian Recital (“Whereas”), saya berpendapat adalah jelas diperuntukan bahawa GNP menyerahakkan hutang PWC sebanyak RM50,000,000 dari jumlah terhutang sebanyak RM82,804,940 sebagai penyelesaian keseluruhan hutang Plaintif 1 kepada Defendan 1. [35] Merujuk pula di muka surat 2 SIP, ianya jelas antara lainnya ditandatangani oleh Plaintif 2 dan Defendan 1. Saya berpendapat perkataan-perkataan yang digunakan dalam SIP ini adalah ringkas, tidak berbelit-belit dan kepada tujuan sebenar yang di niatkan oleh pihak-pihak untuk dilaksanakan. Perlu diingat Plaintif 1 dan Defendan 1 adalah ahli perniagaan yang berpengalaman dan transaksi ini melibatkan projek dan sumber kewangan yang besar. Pihak Plaintif saya percaya sudah tentunya mengkaji dan mendapat nasihat yang yang terperinci dahulu sebelum menyediakan dan mengemukakan SIP kepada Defendan 1. [36] Berdasarkan kepada SIP ini, GNP menyerahakkan kepada Defendan 1, hutang PWC sebanyak RM50,000,000 sebagai penyelesaian penuh. Isu sama ada PWC sebenarnya berhutang dengan GNP sebanyak RM82,804,940 atau lebih dari jumlah tersebut timbul setelah Defendan 1 menerima dari Plaintif 2 sepucuk surat iaitu Letter of Warranty and Indemnity bertarikh 30.11.2016 (salinan di muka surat 470 - 472, Ikatan Dokumen A2) yang menyatakan keseluruhan liabiliti PWC setakat 30.11.2016 adalah sebanyak RM132,437,268.64. Jumlah ini disahkan melalui suatu dokumen “PWC Creditors Balance” yang dikepilkan bersama Letter of Warranty and Indemnity. [37] Semakan pada item 4 dalam dokumen tersebut mengesahkan hutang PWC terhadap GNP adalah sejumlah RM82,804,940.67. [38] Selanjutnya pada bulan Februari 2018, Defendan 1 telah membuat siasatan berhubung dengan Letter of Warranty and Indemnity Plaintif 2 berkenaan dan mendapati butir-butir SIP berhubung dengan penyerahakkan hutang sebanyak RM50 Juta berkenaan tidak pernah direkodkan atau dilaksanakan bagi menunjukan liabiliti PWC telah berkurangan sebanyak RM50 Juta. Juga Defendan 1 mendapati dari Statement of Account antara PWC dan GNP dari 6.8.2015 hingga 7.6.2017 (salinan di muka surat 481 – 483, Ikatan Dokumen A2) menunjukan hutang PWC dari GNP hanyalah sekitar RM50,670,661.51 hingga RM53,808,121.51 sahaja dan bukannnya RM82,804,940. [39] Berdasarkan kepada keterangan ini, saya berpendapat Plaintif 2 sepatutnya ada pengetahuan kepada data ini kerana dia adalah seorang pemilik dan pemegang saham kedua-dua syarikat PWC dan GNP. Saya berpendapat Plaintif 2 sepatutnya meneliti data-data berkenaan sebelum menyediakan dan mengemukakan SIP kepada Defendan 1. [40] Berdasarkan kepada data-data tersebut, Defendan 1 telah menandatangani SIP dan menerima hutang PWC sejumlah RM50 Juta. Saya berpendapat Defendan 1 telah memasuki dan menandatangani SIP dengan Plaintif 2 berdasarkan kepada maklumat dan data yang salah dari Plaintif 2. Jika Defendan 1 mengetahui kesilapan data tersebut, saya percaya Defendan 2 tidak akan memasuki dan menandatangani SIP. [41] Saya berpendapat Plaintif 2 telah melakukan suatu perbuatan fraudulent misrepresentation yang mana telah deceived Defendan 1 bagi memasuki dan menandatangani SIP. Oleh yang demikian saya memutuskan SIP boleh terbatal (voidable) dan boleh ditamatkan seperti yang diplidkan. Pendapat saya ini adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 17 Akta Kontrak 1950: “17. “Fraud”. “Fraud” includes any of the following acts committed by a party to a contract, or with his connivance, or by his agent, with intent to deceive another party thereto or his agent, or to induce him to enter into the contract: (a) the suggestion, as to a fact, of that which is not true by one who does not believe it to be true; (b) the active concealment of a fact by one having knowledge or belief of the fact; (c) a promise made without any intention of performing it; (d) any other act fitted to deceive; and (e) any such act or omission as the law specially declares to be fraudulent.” [42] Keterangan menunjukan Plaintif 2 gagal memberikan respons kepada panggilan telefon Defendan 2 bagi mendapatkan penjelasan. Dengan itu Pihak Defendan cuba menunaikan enam (6) dari 98 cek berkenaan dan pembayarannya dihentikan oleh pihak bank atas arahan Pihak Plaintif. [43] Disebabkan SIP terbatal, maka Plaintif 1 masih lagi terhutang kepada Pihak Defendan untuk keseluruhan pinjaman sebanyak RM112,025,000, maka Pihak Defendan berhak memegang baki 98 keping cek tunda tarikh tersebut dan berhak menunaikannya di bank. Tindakan Pihak Defendan yang cuba menunaikan enam (6) keping cek berkenaan yang bernilai RM20,140,000 adalah betul kerana Pihak Defendan mempunyai hak berbuat demikian. Cek berkenaan mempunyai nilai, nama Pihak Defendan dan dikeluarkan oleh Pihak Plaintif. Pihak Defendan menjelaskan mereka tidak menunaikan keseluruhan cek tersebut pada awalnya kerana bersetuju dengan pemintaan Pihak Plaintif untuk tidak menunaikannya disebabkan Pihak Plaintif mengalami masalah kewangan. [44] Disebabkan enam (6) keping cek berkenaan yang bernilai RM20,140,000 telah dihentikan pembayaran oleh pihak bank (dishonoured) atas arahan Pihak Plaintif, maka Defendan 1 mempunyai hak untuk menuntut nilainya dari Pihak Plaintif. Tambahan pula nilai keenam-enam cek berkenaan tidak melepasi jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Pihak Plaintif. [45] Hak Pihak Defendan ini adalah selaras dengan Seksyen 47, Bills of Exchange Act 1949 yang memperuntukan: Section 47 BEA 1949 “47 Dishonour by non-payment (1) A bill is dishonoured by non-payment – (a) when it is duly presented for payment and payment is refused or cannot be obtained; or (b) when presentment is excused and the bill is overdue and unpaid. (2) Subject to this Act, when a bill is dishonoured by non-payment, an immediate right of recourse against the drawer and indorsers accrues to the holder.” [46] Saya selanjutnya menerima penjelasan Defendan 1 bahawa pemulangan geran-geran Hartanah Tersebut kepada Plaintif 1 adalah disebabkan jumlah hutang Plaintif telah berkurangan dan 98 keping cek berkenaan mencukupi untuk menyelesaikan pinjaman (pemulangan ini dibuat sebelum Pihak Defendan mendapat pengetahun liabiliti sebenar PWC terhadap GNP). [47] Isu selanjutnya sama ada Pihak Defendan berhak menuntut dari Pihak Plaintif baki 92 keping cek tarikh tunda berkenaan (setelah 6 keping cek cuba ditunaikan dan ditolak oleh pihak bank di mana mahkamah memutuskan Pihak Defendan berhak menuntut nilainya dari Pihak Plaintif). [48] Meneliti kepada 92 keping cek berkenaan, saya mendapati terdapat tandatangan Pihak Plaintif di atasnya dan nilainya (value) diberikan kepada Pihak Defendan. Dengan itu Pihak Defendan menjadi pemegang untuk nilainya (holder for value). “Valuable consideration is presumed until the contrary proven” seperti peruntukan Seksyen 30 Bills of Exchange Act 1949. Tiada keterangan dikemukakan oleh Pihak Plaintif bahawa cek-cek berkenaan dikeluarkan secara frod, paksaan dan sebagainya. [49] Seksyen 30 Akta berkenaan memperuntukan: Section 30 BEA 1949 (page 41 Enclosure 91): “30 Presumption of value and good faith (1) Every party whose signature appears on a bill is prima facie deemed to have become a party thereto for value. (2) Every holder of a bill is prima facie deemed to be a holder in due course; but if in an action on a bill it is admitted or proved that the acceptance, issue, or subsequent negotiation of the bill is affected with fraud, duress, or force and fear, or illegality, the burden of proof is shifted, unless and until the holder proves that, subsequent to the alleged fraud or illegality, value has in good faith been given for the bill.” [50] Juga seperti yang diputuskan dalam kes-kes: Ong Guan Hua v Chong [1963] 29 MLJ 6: “In the first place what we are dealing with is not an action on an agreement which is set up as a contract, it is an action on negotiable instruments. The difference which is important here is that in an action based on a contract it is for the plaintiff to prove the consideration. In an action on a negotiable instrument, however, consideration is presumed and it is for the maker or the endorser of the instrument if he wishes to defend the action to prove that there was no consideration. This is because of section 30 of the Bills of Exchange Ordinance (section 30 of the English Act of 1882) which reads as follows: "Every party whose signature appears on a bill is prima facie deemed to have become a party thereto for value.” Ong Kee Chak v Au Heng Tong [1997] 5 CLJ 414: “[1] The appellant whose signature appeared at the back of the cheques was a party thereto for value and since value had been given the respondent was a holder for value. Bills and notes are an exception to the general rule and consideration is presumed till the contrary is proved. Accordingly the burden of showing that there was a total failure of consideration in respect of the said cheques rested with the appellant. In the present case that burden was not discharged by the appellant.” [51] Berdasarkan kepada penemuan tersebut, saya memutuskan Pihak Defendan berhak menuntut dari Pihak Plaintif terhadap 92 keping cek berkenaan setakat jumlah hutang yang masih tertunggak sahaja (sebanyak RM91,885,000 seperti yang plidkan dalam prayer 20 (ii) tuntutan balas pindaan Pihak Defendan). [52] Isu terakhir yang perlu diputuskan mahkamah adalah sama ada Defendan 1 adalah seorang pemberi pinjaman berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1952. Meneliti kepada isu ini, saya mendapati tiada keterangan berbentuk dokumen yang dikemukakan bagi menunjukan Defendan 1 adalah seorang pemberi pinjaman wang tak berlesen. Juga tidak pernah ditimbulkan isu Defendan 1 mengenakan apa-apa faedah dan tidak pernah diplidkan dalam pliding Pihak Plaintif. [53] Kedua-dua pihak adalah terikat dengan pliding mereka dan tidak boleh menjalankan kes melepasi apa yang diplidkan (prinsip kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Berhad [2015] 6 MLJ 1 FC dan kes R. Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147 FC). Oleh itu saya menolak dakwaan Pihak Plaintif ini. Keputusan [54] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan saya tersebut dan atas imbangan kebarangkalian, saya mendapati Pihak Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Pihak Defendan. Dengan itu tuntutan Pihak Plaintif ini ditolak dengan kos. [55] Atas penemuan dan imbangan yang sama, saya mendapati Pihak Defendan berjaya membuktikan tuntutan balas pindaan mereka terhadap Pihak Plaintif. [56] Dengan itu Pihak Plaintif diperintahkan membayar kepada Defendan 1 sejumlah RM20,140,000 bagi cek-cek tunda tarikh yang diberhentikan bayaran oleh pihak bank atas arahan Pihak Plaintif dalam tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan balas pindaan dibenarkan. [57] Pihak Plaintif juga diperintahkan membayar kepada Defendan 1 sejumlah RM91,885,000 dalam tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan balas pindaan dibenarkan (jumlah ini diperolehi berdasarkan kepada pinjaman RM112,025,000). [58] Pihak Defendan dibenarkan memegang 98 keping cek tersebut sehingga Pihak Plaintif membuat bayaran penuh seperti yang dituntut atau jika tiada bayaran penuh dibuat, Pihak Defendan boleh menunaikan cek-cek berkenaan setakat jumlah terhutang sahaja (jika tarikh masih hidup). [59] Baki cek-cek berkenaan dipulangkan kepada Pihak Plaintif setelah Pihak Defendan mendapat balik bayaran hutang sepenuhnya. [60] Saya juga memberikan deklarasi bahawa SIP adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. [61] Faedah 5% setahun bagi bayaran di item (3) dan (4) dari tempoh keputusan kes ini sehingga bayaran penuh dibuat. [62] Pihak Plaintif diperintahkan membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Pihak Defendan dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 1 November 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Tetuan Joseph Ting & Co, Suite 5-14, 6th Floor, IOI Business Park, No.1, Persiaran Puchong Jaya Selatan, 47170 Puchong, Selangor. Bagi pihak Defendan: Tetuan Alfred Lai & Partners, No. 36-2, Jalan 1/116B, Sri Desa Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur.