Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET 2 MELAKA DALAM NEGERI MELAKA NO KES: MA-83-1594-09/2024
MA-83-1594-09/2024
Magistrates Court of Malaysia6 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET 2 MELAKA DALAM NEGERI MELAKA NO KES: MA-83-1594-09/2024
1
1.
2
2.
3
3.
4
WOON CHEE WENG LIM CHIEN VOON ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah Alasan Penghakiman yang telah disediakan bagi rayuan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (selepas ini dirujuk sebagai “TPR”) ke atas hukuman yang dijatuhkan Majistret di bawah dua (2) pertuduhan seksyen 201 Kanun Keseksaan yang mana OKT 1 hingga OKT 4 dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dari tarikh tangkap dan berjalan serentak.
2
OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 telah ditangkap pada 20.7.2023. Manakala OKT 4 telah ditangkap pada 23.7.2023.
3
Pada 11.8.2023, OKT 1 hingga OKT 4 telah dituduh dengan dua (2) pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret (2) Melaka melalui no kes MA-81-94-08/2023 dan MA-81-95-08/2023 sementara menunggu laporan bedah siasat, laporan kimia, laporan toksikologi dan izin dari pihak pendakwaan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
4
Seterusnya pada 6.9.2024, pihak Pendakwaan telah mohon kes MA-81-94- 08/2023 dan MA-81-95-08/2023 di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan S/N RSB4ftnkmkaYwIGvWkBXvw dilepaskan tanpa dibebaskan (selepas ini dirujuk sebagai “DNAA”). Majistret telah memberikan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap OKT 1 hingga OKT 4.
5
Selanjutnya, pada hari yang sama perintah DNAA seksyen 302 Kanun Keseksaan , OKT 1 hingga OKT 4 dituduh dengan dua(2) pertuduhan di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan dan OKT 1 hingga OKT 4 terus mengaku salah.
6
Dilampirkan pertuduhan ke atas OKT 1 hingga OKT 4: Pertuduhan Pertama Bahawa kamu Bersama-sama pada 7.7.2023 sehingga 10.7.2023 di rumah beralamat No.6, Jalan Melur 2, Taman Paya Rumput Perdana, di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, kamu Bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, dengan sengaja dan mempunyai sebab, untuk menghilangkan keterangan bagi suatu kesalahan dengan menyembunyikan kematian satu lelaki cina bernama Stanley Chew Kok Kin (Kpt. 990428-14- 6437). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan dan dibaca Bersama seksyen 334 Kanun yang sama. Hukuman: Hendaklah diseksa dengan penjara boleh sampai tempoh tujuh tahun, dan dikenakan denda. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu Bersama-sama pada 7.7.2023 sehingga 10.7.2023 di rumah beralamat No.6, Jalan Melur 2, Taman Paya Rumput Perdana, di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, kamu Bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, dengan sengaja dan mempunyai sebab, untuk menghilangkan keterangan bagi suatu kesalahan dengan menyembunyikan kematian satu lelaki cina bernama Soo Yao Long (Kpt. 970105-02-6029). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum di S/N RSB4ftnkmkaYwIGvWkBXvw bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan dan dibaca Bersama seksyen 334 Kanun yang sama. Hukuman: Hendaklah diseksa dengan penjara boleh sampai tempoh tujuh tahun, dan dikenakan denda.
7
C) PENGAKUAN SALAH OKT Pertuduhan-pertuduhan dibacakan dan diterangkan kepada OKT 1 hingga OKT 4 dalam Bahasa Melayu dan OKT 1 hingga OKT 4 faham terhadap pertuduhan tersebut. OKT 1 hingga OKT 4 faham sebab dan akibat pengakuan OKT 1 hingga OKT 4.
8
Fakta kes telah dikemukakan dan dibacakan kepada OKT 1 hingga OKT 4 dan OKT 1 hingga OKT 4 telah mengakui fakta kes tersebut. Fakta kes telah ditandakan sebagai eksibit P1.
9
Fakta kes menyatakan pada 10.7.2023, jam lebih kurang 9:00 pagi, semasa pengadu seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Tanjung Minyak Melaka sedang bertugas di kaunter aduan Balai Polis Tanjung Minyak, telah terima panggilan telefon dari orang awam, mengatakan telah terjumpa bungkusan yang disyaki mayat manusia di tepi jalan hujung padang, Cheng Melaka. Laporan polis sepertimana: Tg Minyak Rpt. 4521/23. Siasatan dijalakan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
10
Hasil pemeriksaan yang dijalankan, terdapat (2) mayat lelaki dalam keadaan berbungkus di tinggalkan di tepi jalan bersemak, berhampiran tanah perkuburan Kristian, Cheng Melaka. Siasatan dijalankan dan mengesahkan (2) mayat tersebut identiti adalah:
7
7.1 Nama: Soo Yao Long Kpt: 970105-02-6029 Alt: Taman Cahaya Kota Putri,Masai, Johor
7
7.2 Nama:Stanley Chew Kok Kin Kpt: 990428-14-6437 Alt: Kg Manggis Bt 6, Off Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
11
Bertindak atas maklumat pihak polis telah Berjaya menahan (4) lelaki Cina secara berasingan. Butiran seperti berikut:
9
9.1 Nama : Lok Kian Seng (OKT1) Kpt: 760419-71-5083 Alamat: Jalan Sendayan Perdana, Johor Bharu
9
9.2 Nama: Daniel Ho Chin Cher (OKT2) Kpt: 900617-01-6445 Alamat: Jalan Rotan Demuk, Batu Pahat, Johor
9
9.3 Nama: Woon Chee Weng (OKT 3) Kpt: 970526-01-6373 Alamat: Taman Skudai Baru, Johor Bharu
9
9.4 Nama: Lim Chien Voon (OKT 4) Kpt: 821228-05-5337 Alamat: Taman Dahlia Tampoi, Johor Bharu Repot tangkapan sebagaimana Majidee Rpt 10458/23 , Nibong Tebal Rpt. 6295/23 & Senai 5658/23.
12
Hasil sisatan yang dijalankan, keterangan yang diperolehi, keempat-empat OKT telah mengambil dua (2) mayat tersebut dari sebuah rumah beralamat No. 6, Jalan Melur 2, Taman Paya Rumput Perdana, Melaka Tengah dan meninggalkan kedua-dua mayat di tepi jalan hujung padang, Cheng Melaka sebelum dijumpai orang awam. Laporan bedah siasat kedua-dua mangsa dapati sebab kematian tidak dapat diketahui.
13
Selanjutnya pihak pendakwaan telah mengemukakan eksibit-eksibit yang telah ditanda seperti berikut:
1
Repot FIR Tg Minyak 4521/23 - P2
2
Repot Sri Alam 5487/23 - P3
3
Repot Majidee 10458/23-P4
4
Repot Nibong Tebal/6295/23-P5
5
Repot Nibong tebal/6294/23-P6
6
Repot Nibong tebal/6297/23-P7
7
Repot Nibong Tebal/6305/23-P8
8
Repot Senai 5658/23-P9
9
Repot MTR 6977/23-P10
10
Repot Tg Minyak 4866/23-P11
11
Repot Tg Minyak 4907-4908/23-P12
12
Repot Batu Berendam 3115/23-P13
13
Repot Senai 5659/23-P14
14
Repot Senai 5660/23-P15
15
Repot MTR 7062/23-P16
16
Repot Jelutung 4442/23-P17
17
Repot Nibong Tebal 6304/23-P18
18
Repot Nibong Tebal 6298/23-P19
19
Rajah Kasar-P20
20
Borang Permintaan Pemeriksaan POL 61 mayat-P21
21
Borang Kimia Pemeriksan Forensik kedua-dua mangsa-P22
22
Akuan serah terima barang kes forensik-P23
23
Pol 31 PDRM-P24
24
Resit kimia 23-FR-J-04445-P25
26
Resit kimia 23-FR-J-04444-P27
27
Laporan kmia 23-FR-J-0444-P28
28
Pol 31 PDRM-P29
29
POL 31 Forensik-P30
30
Resit kimia 23-FR-J-04956 -P31
31
Laporan Kimia 23-FR-J-04445 & 23-FR-J-04956-P32
32
Borang Pemeriksaan-P33
33
Serah Terima Barang Kes-P34
34
Senarai Pemeriksaan secara kolektfi-P35
35
Serah Terima Barang Kes-P36
36
Serah Terima Barang Kes-P37
37
Borang kawad cam-P38
38
1 invoice Fan Holiday Hotel-P39
39
Akuan Serah Terima Forensik-P40
40
75 keping gambar-gambar tempat kejadian & mangsa-P41
41
CD mengandungi gambar-gambar tempat kejadian-P42
42
Gambar post mortem-P43
43
CD mengandungi gambar-gambar post mortem-P44
44
Gambar rampasan motokar-P45
45
Gambar tempat kejadian kedua-P46
46
Laporan kimia 23-FR-J 4444-P47
47
Laporan cap jari-P48
48
Laporan forensik-49
14
Mahkamah berpuas hati bahawa fakta-fakta yang dinyatakan dalam eksibit P1 tersebut terjumlah kepada suatu kesalahan sebagaimana yang terkandung dalam pertuduhan. Pada peringkat ini, Mahkamah sedar bahawa jika OKT 1 hingga OKT 4 mengakui fakta kes itu secara bersyarat atau jika pengakuannya adalah tidak jelas dan meragukan, maka Mahkamah hendaklah menganggap pengakuan OKT 1 hingga OKT 4 sebagai pengakuan tidak bersalah dan meneruskan perbicaraan.
15
Oleh itu, kesemua hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengakuan salah OKT 1 hingga OKT 4 adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mahkamah berpuas hati bahawa OKT 1 hingga OKT 4 mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah OKT-OKT diterima.
16
D) HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN Peguambela OKT 1 menghujahkan OKT 1 berumur 48 tahun dan mempunyai sebuah syarikat construction dengan pendapatan tidak tetap. OKT 1 adalah duda, mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu berusia masing 20 tahun & 17 tahun yang masih belajar. OKT 1 menanggung ibunya yang sudah tua. OKT 1 mempunyai sakit gout. Pengakuan salah OKT 1 ini sebaik sahaja pertuduhan seksyen 201 Kanun Keseksaan dan menjimatkan masa semua pihak. Ini merupakan kesalahan kali pertama. OKT 1 telah ditahan reman sejak bulan Julai 2023. Peguambela OKT 1 memohon suatu hukuamn pemenjaraan selama 20 bulan atau paling rendah 18 bulan.
17
Bagi OKT 2, peguambela OKT 2 menghujahkan OKT 2 berumur 34 tahun, bekerja sebagai penjual sayur dan buah buahan dengan pendapatan RM2000.00 sebulan. Ibu OKT 2 adalah ibu tunggal yang kerja di Singapura. OKT 2 ada seorang adik berumur 17 tahun yang telah tinggal dengan nenek OKT 2. Ini merupakan kesalahan pertama OKT 2. OKT 2 telah berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. OKT 2 juga insaf atas kesalahan yang dilakukan dan ini ditunjukkan dengan kesedaran untuk mengaku salah sebaik peluang diberikan pada pagi ini. OKT 2 ingin menarik perhatian mahkamah bahawa OKT 2 mengalami tekanan mental yang amat sangat berbangkit disebabkan tuduhan asal di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan sememangnya telah menyebabkan OKT 2 menerima tekanan yang agak tinggi, kerana memikirkan kesan pertuduhan tersebut. OKT 2 telah ditahan semenjak 10.7.2023. Dalam konteks fakta kes yang telah dikemukakan Puan Timbalan Pendakwa Raya, peguambela OKT 2 menghujahkan bahawa fakta kes adalah tentang penyembunyian mayat di mana erti kata lain tiada apa-apa kaitan OKT 2 dengan kematian mangsa-mangsa.
18
Bagi OKT 3-pula tidak diwakili peguam dan telah membuat rayuan bahawa dirinya berumur 45 tahun, telah bercerai dengan isteri, mempunyai 3 orang anak sebagai tanggungan, ayah umur 72 tahun dan memohon hukuman ringan
19
Bagi OKT 4, Peguambela OKT 4 menghujahkan OKT 4 berumur 42 tahun dan bekerja sebagai pemandu grab sebelum ditangkap dengan pendapatan RM
2000
2000.00. OKT 4 mempunyai 2 org anak berumur 7 tahun dan 5 tahun. OKT 4 menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Semasa OKT 4 dalam tahanan, keluarga OKT 4 ditanggung oleh isteri OKT 4 yang kerja di Singapura. OKT 4 juga insaf dengan kesalahan yang dilakukan, dan telah berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Kes ini juga benar benar mengalami tekanan mental ke atas OKT 4 disebabkan tuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Peguam mohon OKT 4 diberikan peluang kerana ini adalah kesalahan pertama OKT 4 dan mohon hukuman penjara dikenakan bermula dari tarikh tangkap.
20
E) HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN Mengambil kira kesalahan yang telah dipertuduhkan kepada OKT 1 hingga OKT 4 dan mengambil kira fakta kes, tindakan OKT 1 hingga OKT 4 membuang kedua-dua mayat tersebut telah menghilangkan peluang polis untuk menyiasat punca kematian kedua-dua mangsa. TPR terpelajar telah memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas OKT 1 hingga OKT 4.
21
F) SABITAN DAN HUKUMAN Mahkamah mendapati OKT 1 hingga OKT 4 bersalah dan OKT 1 hingga OKT 4 disabitkan sebagaimana pertuduhan-pertuduhan. Berikut adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT 1 hingga OKT 4: a) Pertuduhan pertama: Penjara 20 bulan dari tarikh tangkap; dan b) Pertuduhan kedua: Penjara 20 bulan dari tarikh tangkap.
22
Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan adalah berjalan serentak dari tarikh tangkap masing masing.
23
G) ALASAN PENGHUKUMAN OKT 1 hingga OKT 4 telah membuat pengakuan salah dan hakikat bahawa OKT 1 hingga OKT 4 adalah seorang pesalah pertama adalah antara hal keadaan yang perlu dipertimbangkan.
24
Dalam kes ini, pihak Pendakwaan tidak pernah mengemukakan sebarang bukti menunjukkan OKT 1 hingga OKT 4 telah disabitkan mahupun dikehendaki polis bersangkut mana-mana jenayah. Maka, adalah tidak boleh dinafikan OKT bukan penjenayah tegar tetapi seorang pesalah pertama.
25
Mahkamah mendapati OKT 1 hingga OKT 4 telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan ini diberikan kepada OKT 1 hingga OKT 4. OKT 1 hingga OKT 4 juga telah direman sejak Julai 2023 sehinggalah ketika tarikh OKT 1 hingga OKT 4 mengaku salah iaitu 6.9.2024 iaitu lebih kurang 14 bulan.
26
Mahkamah berpendapat pengakuan salah pada peringkat awal dan sebagai pesalah pertama wajar diberikan kredit peringanan hukuman penjara.
27
Tidak dinafikan pengakuan salah segera OKT 1 hingga OKT 4 ini telah menyelesaikan kes ini dengan cepat tanpa melalui perbicaraan terus sekaligus menjimatkan masa, kos dan tenaga semua pihak.
28
Mahkamah turut mempercayai pengakuan salah OKT di peringkat paling awal mencerminkan penyesalan dan keinsafan OKT 1 hingga OKT 4. Mahkamah telah memerhati raut wajah OKT 1 hingga OKT 4 ketika prosiding dan OKT 1 hingga OKT 4 masing-masing kelihatan sugul, tertekan, malu dan tidak berani bertentang mata dengan Majistret.
29
Faktor kepentingan awal adalah faktor paling dominan dan perlu mendapat perhatian Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kes. Mahkamah tidak menafikan OKT 1 hingga OKT 4 telah dipertuduhkan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan pada peringkat awal. Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah suatu kesalahan serius yang tidak boleh dipandang enteng oleh Mahkamah dan masyarakat luar.
30
Namun, Mahkamah terikat dengan pertuduhan kes ini iaitu seksyen 201 Kanun Keseksaan dan bukannya seksyen 302 Kanun Keseksaan. Selain itu Mahkamah tidak boleh mengendahkan eksibit P1 yang mana Mahkamah mendapati peranan OKT-OKT ini adalah dengan mengambil kedua-dua mayat dari sebuah rumah (tempat kejadian) dan meninggalkannya di tepi jalan. Justeru, peranan OKT1 hingga OKT 4 adalah sangat minima.
31
Bukan itu sahaja, Mahkamah turut merujuk kepada laporan post mortem eksibit P49 bagi kedua-dua mangsa yang mana punca kematian tidak dapat dipastikan (unascertained decomposed body). Jadi dengan peranan OKT1 hingga OKT 4 yang sangat minima dalam kes ini, Mahkamah berpendapat hukuman penjara S/N RSB4ftnkmkaYwIGvWkBXvw 20 bulan adalah sangat wajar dan setimpal memandangkan hukuman penjara maksima di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan adalah 7 tahun.
32
Mahkamah ini jelas bahawa dua (2) nyawa yang tidak berdosa dalam kes ini telah diragut dan masih belum mendapat keadilan. Namun adakah adil untuk Mahkamah mengenakan hukuman penjara yang terlampau panjang terhadap OKT 1 hingga OKT yang berperanan mengambil kedua-dua mayat dari sebuah rumah (tempat kejadian) dan meninggalkannya di tepi jalan, sedangkan pembunuh sebenar masih bebas di luar sana?
33
Kendatipun begitu, Mahkamah ini berpendapat institusi mahkamah perlu bebas dan tidak boleh terbawa-bawa dengan sentimen emosi kemarahan masyarakat apabila sesuatu kejaidan kesalahan jenayah tular mendapat perhatian masyarakat. Mahkamah tidak boleh mengabaikan atau menolak tepi kepentingan OKT keseluruhannya. Mahkamah perlu membuat imbangan antara kepentingan awam dan kepentingan OKT dalam menentukan hukuman yang berpatutan agar manfaat dapat dinikmati semua pihak.
34
Prinsip undang-undang mantap juga menyatakan hukuman serentak secara am dijatuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang serupa atau merupakan kesalahan dari transaksi yang sama. Berbalik kes ini, OKT 1 hingga OKT 4 telah disabitkan dengan kesalahan menyembunyikan kematian dua mangsa pada 7.7.2023 sehingga 10.7.2023 di rumah beralamat No.6, Jalan Melur 2, Taman Paya Rumput Perdana, di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam S/N RSB4ftnkmkaYwIGvWkBXvw Negeri Melaka. Justeru, mahkamah berpendapat kedua-dua pertuduhan ini jelas daripada satu transaksi yanhg sama, maka hukuman penjara serentak yang diperintahkan mahkamah adalah wajar.
35
Selain daripada menggunakan prinsip satu transaksi tersebut, mahkamah juga perlu mempertimbangkan prinsip totality. Mahkamah ini mendapati jika hukuman bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua diperintahkan berjalan berasingan maka OKT 1 hingga OKT 4 perlu menjalani hukuman penjara selama tempoh 40 bulan secara keseluruhannya. Maka hukuman penjara OKT 1 hingga OKT 4 adalah terlalu panjang dan melampau berdasarkan fakta kes yang dikemukakan.
36
Mahkamah juga telah merujuk trend hukuman bagi kesalahan yang sama seperti berikut: CITATION FAKTA RINGKAS HUKUMAN STATUS a. [2020] 1 LNS 1029 PP v ERMAWANI E SHADALI Responden menyebabkan keterangan tertentu bagi kesalahan tersebut hilang, iaitu menghantar jumlah rampasan sebanyak (3) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin untuk dianalisa di Jabatan Kimia sedangkan jumlah rampasan dalam laporan polis sebanyak (90) paket, dengan niat untuk melindungi Sarawanan a/l Sinnasamy, KPT:860618-43- 5541. Penjara 4 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM5000 jika gagal bayar 6 bulan penjara. Bicara penuh. b. [2019] 1 LNS 2118 Responden telah melupuskan mayat simati Adam Rayqal Bin Mohd Sufi Naeif (No MyKid : 180209-11-0755) Penjara 18 bulan dari tarikh jatuh hukum dan Bicara penuh. S/N RSB4ftnkmkaYwIGvWkBXvw PP v NOOR AQILAH ABDUL RAHMAN dengan niat untuk menyembunyikan kematian penama tersebut dan menyebabkan responden terlepas daripada hukuman. denda sebanyak RM5,000.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara c. [2024] 5 CLJ 40 DINISHWARA N RAMAN & YANG LAIN lwn. PP & SATU LAGI RAYUAN Pertuduhan Seksyen 302 terhadap OKT 2 digugurkan selepas OKT 2 mengaku bersalah atas pertuduhan bawah s. 201 KK iaitu membantu melupuskan mayat si mati. Pada 20 Disember 2016, OKT 2 telah ditawarkan dengan satu pertuduhan pilihan di bawah s. 201 Kanun Keseksaan. OKT 2 mengaku salah kepada pertuduhan pilihan dan dikenakan hukuman dua tahun penjara. Penjara 2 tahun dari tarikh tangkap. Mengaku salah
37
Dengan merujuk kepada trend hukuman di atas, Mahkamah mendapati kes DINISHWARAN RAMAN & YANG LAIN lwn. PP & SATU LAGI RAYUAN [2024] 5 CLJ 40 adalah pari materia dari segi peranan OKT di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu melupus atau menyembunyikan mayat. Mahkamah juga mendapati hukuman penjara 2 tahun yang diberikan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan bukan Mahkamah Majistret. Jelas, sebagai perbandingan, TPR yang bijaksana dalam kes ini mengambil jalan pintas untuk mempercepatkan kes dengan tidak memindahkan kes asal di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ke Mahkamah Tinggi. Sebaliknya, TPR telah menuduh semula OKT 1 hingga OKT 4 di Mahkamah Majistret ini di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan dan memberikan tekanan kepada Majistret yang mendengar kes ini apabila hukuman yang diberikan telah dirayu oleh TPR. S/N RSB4ftnkmkaYwIGvWkBXvw
38
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman yang telah dikenakan terhadap OKT 1 hingga OKT 4 adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman yang djatuhkan tersebut adalah menurut prinsip landasan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret 2 MELAKA Bertarikh: 13 November 2024 Timbalan Pendakwa Raya: WARDAH BINTI ISHHAR, JABATAN PEGUAM NEGARA Peguambela OKT 1: TETUAN HAIJAN OMAR & CO. Peguambela OKT 2 & 4 : TETUAN A RENGGANATHAN & CO OKT 3 (tidak diwakili peguam):
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.