Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO.: WA-23CY-32-09/2024
WA-23CY-32-09/2024
High Court of Malaysia15 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“perenggan 17 bahawa “Order 94 r. 4 is declaratory of inherent jurisdiction of a High Court. The nature and scope of that jurisdiction was explained by Terell Ag. CJ in The Motor Emporium v. Arumugam [1933] MLJ 276” yang menyatakan seperti berikut: “a court has the widest possible jurisdiction in all suits, matters and”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO.: WA-23CY-32-09/2024
1
LOW BOON AN (No. K/P: 651116-10-5015)
2
ANCUBIC HOLDINGS SDN. BHD. [No. Syarikat: 200501035292 (717437-X)] … PLAINTIF-PLAINTIF DAN VICTOR LIAW VUI LUN (No. K/P: 860218-12-5501) … DEFENDAN ALASAN KEPUTUSAN [Encl. 59: Notis Permohonan Ex-parte di bawah Aturan 15 Kaedah 3 dan Aturan 29 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012] Latar Belakang [1] Ini adalah satu Notis Permohonan (Encl. 59) yang difailkan pada 19.5.2025 oleh Defendan (Tuntutan Utama) menurut Aturan 15 Kaedah 3 S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA dan Aturan 29 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah (KKM) 2012 dan/atau dalam bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah seperti berikut:
a
Semua pihak diberi perintah di bawah A.15 K.3 KKM 2012 untuk memasuki kehadiran seperti berikut: 1) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur & Su Tiang Joo; 2) Justin Voon Chooi & Wing mewakili Bryan Soon & Alvin; 3) Sia Siew Mun & Co mewakili Alvin Oh; dan 4) Plaintif Low Boon An & Ancubic Holdings Sdn. Bhd.
b
Memerintahkan Plaintif, Hakim (Su Tiang Joo) dan Amicus Curiae “conduct libel statement and slander from 22nd January 2025”;
c
Kos permohonan ini hendaklah dibayar oleh Plaintif, Amicus Curiae, Mahkamah Tinggi dan Hakim kepada Defendan; dan
d
Perintah yang lain atau relif-relif yang selanjutnya yang Mahkamah anggap sesuai dan adil. [2] Alasan-alasan untuk permohonan ini adalah seperti dalam “Afidavit Sokongan/Afidavit Balasan/Afidavit Keterangan Utama” yang menyatakan permohonan ini difailkan secara segera kerana Defendan telah mengalami kerugian. (lihat ms 2 Encl. 59) S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA [3] Secara ringkas, dokumen-dokumen berikut telah difailkan: No. Dokumen Encl. Bil m/s
1
Notis Permohonan 59 87
2
Pernyataan Tuntutan (Defendant’s Counterclaim) 60 593 3.
4
Pembelaan (Plaintif 2) kepada Tuntutan Balas 64 9 5. Jawapan kepada Pembelaan 65 80 Kehadiran Pihak-pihak pada 15.7.2025 [4] Pemohon (Defendan dalam Tuntutan Asal) hadir dan berhujah bagi pihak diri sendiri. Alvin Lai Kok Wing dan Bryan Soon Ten Sheng dari Tetuan Justin Voon Chooi dan Wing mewakili Defendan 2 (Justin Voon Chooi & Wing, Bryan Soon & Alvin) dan Defendan 4 (Plaintif Ancubic dan Low Boon An) dalam Tuntutan Balas (Encl. 59) manakala Terence Chan dari Tetuan Lim Kian Leong & Co mewakili Defendan 3 (Sia Siew Mun & Co dan Alvin Oh) dalam Tuntutan Balas (Encl. 59) hadir dan berhujah bagi pihak masing-masing. Ringkasan Kes [5] Suatu Notis Permohonan (Ex-Parte) yang difailkan di Encl. 3 oleh Plaintif-Plaintif di bawah Aturan 29 KKM 2012 dan/atau bidang kuasa sedia S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA ada Mahkamah untuk perintah Injunksi Ex-parte dan/atau Perintah Injunksi Ad Interim dibenarkan terhadap Defendan inter alia:
a
Sementara menunggu pelupusan sepenuhnya tindakan ini, suatu Perintah Injunksi bahawa Defendan samada melalui dirinya dan/atau ejen, nomini, pekerja dan/atau wakilnya dihalang dan dilarang daripada terus menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan untuk selanjutnya menyebarkan atau menyebabkan disebarkan apa-apa pernyataan-pernyataan, perkataan-perkataan dan/atau gambar-gambar mengenai dan/atau merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan/atau perkataan-perkataan lain yang mempunyai rujukan sama dalam apa-apa cara pun termasuk dan/atau tidak terhad kepada perkataan "Dato' Low Boon An", "Dato' Low", "Ancubic", nama-nama projek pembangunan Plaintif-Plaintif dan/atau apa-apa yang didakwa oleh Defendan dalam halaman Akaun Facebook Defendan dengan URL https://www.facebook.com/share/XMCCn224FcAJF7eD/?mibe xtid=LQQJ4d dan/atau mana-mana laman Facebook yang lain dan/atau melalui emel dan/atau Whatsapp dan/atau melalui telefon bimbit dan/atau internet dan/atau blog dan/atau surat dan/atau sidang akhbar dan/atau media televisyen dan/atau forum/seminar dan/atau media lain kepada mana-mana pihak lain dan/atau pihak ketiga, sama ada secara bertulis atau sebaliknya dan/atau mana-mana cara lain; S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA
b
Sementara menunggu pelupusan sepenuhnya tindakan ini, suatu Perintah lnjunksi untuk menghalang Defendan samada melalui dirinya dan/atau ejennya dan/atau nomini dan/atau pekerjanya dan/atau wakilnya daripada memfitnahkan Plaintif-Plaintif dan/atau menjejaskan/menjatuhkan nama baik perniagaan dan/atau karakter Plaintif-Plaintif dalam apa-apa jua cara termasuk menyebarkan dan/atau menerbitkan lagi Kenyataan-Kenyataan Fitnah tersebut seperti yang ditakrifkan dan/atau diplidkan dalam Penyataan Tuntutan dan/atau secara mendakwa, mendedahkan, berkomunikasi, menyebarkan, menerbitkan dan/atau membenarkan dakwaan, pendedahan, komunikasi, penyebaran, penerbitan kepada mana-mana pihak ketiga dan/atau orang lain mengenai Plaintif-Plaintif dan/atau perniagaan Plaintif-Plaintif dan/atau dalam apa juga carapun yang membawa kesan yang sama;
c
Sementara menunggu pelupusan sepenuhnya tindakan ini, suatu Perintah lnjunksi bahawa Defendan hendaklah dalam tempoh 5 hari dari tarikh Perintah Mahkamah ini menarik balik ("withdraw"), membatalkan ("remove") dan/atau memadamkan ("delete") Siaran-Siaran Facebook tersebut yang dirujuk dan dilampirkan dalam Pernyataan Tuntutan dan kesemua pernyataan-pernyataan, perkataan-perkataan, rujukan-rujukan dan/atau gambar-gambar mengenai dan/atau merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan/atau perkataan-perkataan lain yang mempunyai rujukan sama yang telah dibuat, disiarkan dan/atau S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA disebarkan oleh Defendan dalam halaman/laman Akaun Facebook Defendan dengan URL https://www.facebook.com/share/XMCCn224FcAJF7eD/?mibe xtid=LQQJ4d dan/atau mana-mana halaman/laman Akaun Facebook lain yang dikawal dan/atau dimiliki olehnya sebelum ini sehingga tarikh Perintah ini dan dalam mana-mana laman media, blog dan Internet yang dikawal oleh Defendan;
d
Sementara menunggu pelupusan pohonan-pohonan di perenggan
a
(a), (b) dan (c) di atas, suatu Perintah Injunksi ex-parte dan/atau Perintah Injunksi Ad Interim dibenarkan terhadap Defendan dalam dan/atau mengikut terma-terma perenggan-perenggan (a) dan (b) di atas;
e
Kos permohonan ini dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif; dan
f
Lain-lain relif selanjutnya kepada Plaintif-Plaintif yang difikirkan sesuai dan/atau adil oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [6] Mahkamah telah menurunkan Interim Ruling (Encl. 3 – Plaintiffs’ Notice of Application for Injunction) Grounds of Decision pada 19.3.2025 dan perintah di perenggan 40 (v) yang berbaca seperti berikut: “To 5 May 2025 for hearing of Encl. 3 for the Court to review the report of the medical practitioner, if any, failing which for the Court to make its own assessment and to make such order as may be necessary.” S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA [7] Permohonan ini telah didengar secara inter-partes pada 17.3.2025 dan setelah membaca Notis permohonan Plaintif-Plaintif bertarikh 25.9.2024 dan kesemuanya difailkan di sini dan setelah mendengar peguamcara Plaintif-Plaintif (Lai Kok Wing dan Bryan Soon Ten Sheng) dan Defendan yang hadir diri dan Alvin Oh Seong Yew sebagai amicus curiae adalah diperintahkan oleh Mahkamah pada 5.5.2025 di Encl. 63 bahawa Notis Permohonan (Encl. 3) adalah dibatalkan dan tiada perintah terhadap kos. [8] Mahkamah telah memerintahkan setelah mendengar peguamcara Plaintif-Plaintif (Lai Kok Wing dan Bryan Soon Ten Sheng) dan Defendan yang hadir diri dan Alvin Oh Seong Yew sebagai amicus curiae pada 5.5.2025 (Encl. 62) seperti berikut:
i
suatu perintah bahawa Defendan tidak mempunyai keupayaan mental untuk menjalankan prosiding undang-undang;
II
(ii) sandaran kepada perintah (1), tindakan di sini adalah dibatalkan dengan kebebasan untuk memfailkan semula; dan
III
(iii) tiada perintah terhadap kos. [9] Plaintif 2 (Tuntutan Utama) ia itu Ancubic Holdings Sdn. Bhd. melalui Peguamcara Plaintif-Plaintif Tetuan Justin Voon Chooi & Wing telah memfailkan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas pada 3.6.2025 (Encl. 64) dan menegaskan secara ringkas seperti berikut:
i
Tuntutan balas tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang dan/atau tidak boleh difailkan oleh Plaintif dalam S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA tindakan ini kerana ia adalah difailkan selepas Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 25.9.2024 di batalkan menurut perintah bertarikh 5.5.2025 (Encl. 62) dan prosiding ini telah tamat apabila tindakan utama melalui Writ dibatalkan dan sebarang tuntutan balas tidak lagi boleh difailkan (para. 5);
II
(ii) Tuntutan balas tersebut difailkan secara sangat lewat dan diluar masa yang ditetapkan menurut Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, selain daripada difailkan selepas tindakan utama yang telah dibatalkan oleh Mahkamah pada 5.5.2025 (para. 6 (ii));
III
(iii) Tuntutan balas tersebut adalah tidak bermerit, remeh dan/atau mengaibkan (frivolous) dan langsung tidak berasas dan merupakan penyalahaan proses (para.7);
IV
(iv) Tuntutan balas tersebut langsung tidak boleh difahami (incomprehensible) dan tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang sah (para. 8);
v
Tuntutan balas tersebut adalah dinafikan sekeras-kerasnya. Beban bukti adalah diletakkan ke atas Defendan (Tuntutan Utama) untuk membuktikan bahawa dia berhak untuk gantirugi sebanyak RM9.4688 bilion (para. 14); dan S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA
VI
(vi) Plaintif 2 (Ancubic Holdings Sdn. Bhd.) memohon agar Tuntutan Balas Defendan (Tuntutan utama) dibatalkan dan/atau ditolak dengan kos. Undang-undang [10] Peruntukan di bawah Aturan 15 Kaedah 3 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 berkaitan Kausa Tuntutan, Tuntutan Balas dan Pihak-pihak berbaca seperti berikut: “Tuntutan balas terhadap pihak tambahan (A 15 k 3) “3 (1) Jika seorang defendan dalam suatu tindakan yang membuat tuntutan balas terhadap plaintif mengatakan bahawa mana-mana orang lain bertanggungan kepadanya bersama plaintif berkenaan dengan hal perkara tuntutan balas itu, atau menuntut terhadap mana-mana orang lain apa-apa relief yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan hal perkara asal tindakan itu, maka, tertakluk kepada kaedah 5 (2) dia boleh mencantumkan orang yang lain itu sebagai pihak yang terhadapnya tuntutan balas itu dibuat.” Permohonan untuk Injunksi (A 29 k 1) “(1) Suatu permohonan untuk diberikan injunksi boleh dibuat oleh mana-mana pihak dalam kausa atau perkara sebelum atau selepas perbicaraan kausa atau perkara itu, sama ada atau tidak suatu tuntutan untuk mendapatkan injunksi telah dimasukkan dalam proses S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA pemula pihak itu, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
2
Permohonan itu boleh dibuat melalui suatu notis permohonan yang disokong dengan suatu affidavit dan jika satu kes terdesak boleh dibuat secara ex parte.
2A
Afidavit sokongan suatu permohonan yang dibuat secara ex parte mestilah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas dan padat mengenai:
a
fakta yang membangkitkan tuntutan itu;
b
fakta yang membangkitkan permohonan injunksi interim;
c
fakta yang disandarkan untuk memberi justikasi permohonan secara ex parte, termasuk butir-butir apa-apa notis yang diberikan, sebab untuk tidak memberikan notis;
d
apa-apa jawapan oleh pihak yang satu lagi (atau yang mungkin ditegaskannya) kepada tuntutan atau permohonan itu;
e
apa-apa fakta yang boleh membawa Mahkamah untuk tidak memberikan permohonan secara ex parte atau tidak langsung; S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA
f
apa-apa permohonan yang serupa yang boleh dibuat kepada Hakim yang lain, dan perintah itu dibuat ke atas permohonan itu; dan
g
relief yang tepat diminta.” Kuasa sedia ada Mahkamah (A 92 k 4) “(4) Bagi menghapuskan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.” Analisa dan Dapatan [11] Persoalan untuk pertimbangan Mahkamah adalah sama ada Notis Permohonan, Tuntutan Balas dan Jawapan kepada Pembelaan yang difailkan di Encl. 59, 60, 61 dan 65 memenuhi intipati Aturan 15 dan Aturan 29 KKM 2012. [12] Mahkamah dalam keadaan Notis Permohonan ini hendaklah membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA Undang-undang berkaitan doktrin kemuktamadan dalam litigasi dan doktrin Functus Officio di Mahkamah. [13] Ia adalah undang-undang mantap apabila Mahkamah membuat satu perintah muktamad Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk membuka semula, mengubah atau meminda perintah muktamad dan penghakiman berkaitan dengan pertikaian yang dihakimi. [14] Doktrin ini wujud dari “principle of finality in litigation.” Ini akan mengwujudkan ketidaktentuan yang dasyat dan huru-hara jika Mahkamah membuat satu perintah untuk ulangkaji dan menimbangkan semula penghakiman muktamad. [15] Mahkamah Rayuan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v. Prorak Sdn. Bhd. & Anor [1999] 1 MLRA telah menunjukkan kedudukan undang-undang functus officio yang merupakan sebahagian dari doktrin res judicata, dan perenggan yang berkenaan adalah seperti berikut: “[40] We may add that the doctrine of functus officio, upon closer examination, really part and parcel of the wider doctrine of res judicata. see Badiaddin Mohd. Mahidin & Anor. v. Arab Malaysian Finance Bhd. [1998] 2 CLJ 75. It is merely another way of saying that it is not open to the court to countenance the particular cause or matter because it has already been finally disposed of.” [16] Adalah satu bidangkuasa perlu yang membolehkan Mahkamah untuk memastikan keadilan substantif antara pihak dapat dicapai dan S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA memberi kesan kepada keputusan utama (dalam kes ini Encl. 62) menerusi keadilan prosedur agar apa-apa keputusan yang akan dibuat selepas penghakiman muktamad tidak menimbulkan apa jua keraguan. Doktrin functus officio tidak melanggari bidangkuasa Mahkamah dalam kes ini. [17] Mahkamah Rayuan dalam kes Tenaga Nasional (supra) telah memutuskan bahawa di perenggan 17 bahawa “Order 94 r. 4 is declaratory of inherent jurisdiction of a High Court. The nature and scope of that jurisdiction was explained by Terell Ag. CJ in The Motor Emporium v. Arumugam [1933] MLJ 276” yang menyatakan seperti berikut: “a court has the widest possible jurisdiction in all suits, matters and questions of a civil nature, and although the legislature has given no indication on what principles such jurisdiction should be exercised, every Court must have inherent jurisdiction to do justice between the parties, and apply such principles as are necessary or desirable for attaining such object, and for giving decisions which are in conformity with the requirements of the social conditions of the community where the law is administered.” [18] Saya telah membaca Notis Permohonan, Tuntutan Balas dan Jawapan kepada Pembelaan Defendan di Encl. 59, 60, 61 (yang difailkan pada 19.5.2025) dan Encl. 65 (yang difailkan pada 17.4.2025) bersama dokumen sokongan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas oleh Plaintif 2 di Encl. 64 yang difailkan pada 3.6.2025. Mahkamah juga telah mendengar hujahan lisan dari Pemohon (Victor Liaw Vui Lun) dan peguam-peguam yang mewakili pihak-pihak masing-masing. Justeru itu, saya telah memberi S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA pertimbangan wajar kepada Perintah Mahkamah terdahulu serta undang-undang dan kes-kes bagi membolehkan satu keputusan diberikan oleh Mahkamah ini. [19] Dalam memberi pertimbangan wajar keatas Notis Permohonan oleh Defendan, Mahkamah dengan ini membuat satu perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Mahkamah mendapati bahawa asas pemfailan Notis Permohonan adalah remeh dan merupakan satu penyalahangunaan proses Mahkamah atas alasan bahawa kes ini telahpun functus officio. Encl. 64 (Pembelaan Kepada Tuntutan Balas) [20] Pembelaan ini telah difailkan bagi pihak Defendan 4 dan intipati pembelaan di perenggan 7 menegaskan bahawa tuntutan-tuntutan yang dinyatakan dalam Tuntutan Balas (Encl. 59 dan 60) adalah tidak bermerit, remeh, dan/atau mengaibkan (frivolous) dan langsung tidak berasas dan merupakan penyalahangunaan proses dan di perenggan 42 memohon agar Tuntutan Balas ini dibatalkan atau ditolak dengan kos. [21] Encik Terence Chan (dari Tetuan Lim Kian Leong) hadir bagi pihak Sia Siew Mun & Co dan Alvin Oh menegaskan bahawa kedua-dua pihak sebenarnya tidak dinamakan sebagai pihak Defendan dalam tajuk dalam Encl. 59 (intitulement) dan hadir sebagai Peguam memandangkan keua-dua pihak Sia Siew Mun & Co dan Alvin Oh dinamakan dalam kandungan Encl.
59
S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA Kepentingan kepada Keadilan (Regard shall be to justice) [22] Mahkamah mengambil kira dan pertimbangan wajar ke atas “overriding interest of justice and not only to the technical non-compliance with the Rules of Court where regard shall be to justice” seperti yang termaktub dalam Kaedah 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Mahkamah tidak boleh hanya melihat ke atas ketidakpatuhan teknikal dalam menentukan keputusan prosiding. Hakim atau Mahkamah di bawah Kaedah 1A diberi kuasa mengambil kira kepentingan pihak dalam kes ini iaitu Pemohon (Defendan dalam Tuntutan Asal) dan Plaintif-Plaintif (dalam Tuntutan Asal). [23] Oleh yang demikian, Mahkamah bersetuju dengan Pembelaan kepada Tuntutan Balas (Encl. 64) bahawa Tuntutan balas (Encl. 60 dan 61) adalah tidak sah dari segi undang-undang dan/atau tidak boleh difailkan oleh Defendan (dalam Tuntutan Utama) dalam tindakan ini kerana ia adalah difailkan selepas Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 25.9.2024 di batalkan menurut perintah bertarikh 5.5.2025 (Encl. 62) dan prosiding ini telah tamat dan selesai apabila tindakan utama melalui Writ dibatalkan dan sebarang tuntutan balas tidak lagi boleh difailkan.
para
[24] Berdasarkan alasan-alasan diatas:
a
Permohonan di Encl. 59 adalah ditolak. S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA
b
Tuntutan balas Defendan di Encl. 60 dan Encl. 61 adalah dibatalkan.
c
Jawapan kepada Pembelaan di Encl. 65 adalah dibatalkan.
d
Tiada perintah ke atas kos. Bertarikh: 15 Julai 2025 t.t. ………………………………………….. (EDDIE YEO SOON CHYE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur KEHADIRAN Defendan (Tuntutan Utama)/Pemohon (Encl. 59) Victor Liaw Vui Lun (Hadir bagi pihak sendiri) Kuala Lumpur. Peguamcara Plaintif-Plaintif (Tuntutan Utama) Defendan 2 dan 4 dalam Tuntutan Balas (Encl. 59) Alvin Lai Kok Wing dan Bryan Soon Ten Sheng Tetuan Justin Voon Chooi & Wing Kuala Lumpur. S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA Peguamcara mewakili Sia Siew Mun & Co dan Alvin Oh dalam Tuntutan Balas (Encl. 59) Terence Chan Kah Meng Tetuan Lim Kian Leong & Co Kuala Lumpur. S/N bJ5aGpvWrkucziArs09FA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.