Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI-A54-5-06 TAHUN 2024
BI-A54-5-06/2024
Sessions Court of Malaysia14 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI-A54-5-06 TAHUN 2024
2
2.EE INN LIAN DAN KAM SWEE KEONG [Pemilik Tunggal bagi SK Kitchen Cabinet] DEFENDAN
1
Ini adalah permohonan Defendan di Lampiran 1 iaitu; a) Bahawa milikan kosong premis beralamat no 123 Jalan Villaraya 1/5, Villaraya Industrial Park, Pekan Batu 23, Off Sg Lalang, 43500 Semenyih, Selangor diserah balik oleh Defendan kepada Plaintif. S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg b) Bahawa deposit sewaan dan deposit utiliti di bawah Perjanjian Sewa bertarikh 10.2.2022 sebanyak RM12,000 dilucuthak oleh Plaintif. c) Defendan untuk membayar satu jumlah sebanyak RM12,141.99 kepada Plaintif d) Bahawa Defendan membayar kepada Plaintif sewaan sebanyak RM270.97 sehari dikira dari pemfailan kes ini sehingga tarikh penyerahan milikan kosong.
2
Setelah mendengar dan meneliti segala kertas kausa dan penghujahan yang difailkan kedua belah pihak, Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak Plaintif di Lampiran 1 dan perintah RM2,000 terhadap kos. Fakta kes Plaintif
3
Pada 10.6.2022 , pihak Plaintif telah membeli satu premis yang beralamat no 123 Jalan Villaraya 1/5, Villaraya Industrial Park, Pekan Batu 23, Off Sg Lalang, 43500 Semenyih, Selangor ( Premis tersebut ) daripada Bumi
4
Ria Development Sdn Bhd.s Pada 8.2.2022, Bumi Ria Development Sdn Bhd telah memasuki satu perjanjian sewa dengan Defendan, dimana Bumi Ria Development bdan S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg Defendan telah bersetuju untuk menyewa Premis tersebut selama 2 tahun bermula daripada 1.3.2022 sehingga 28.2.2024 pada kadar sewa bulanan sebanyak Rm4,000 sebulan bagi tahun pertama dan RM4,200 bagi tahun kedua.
5
Pada 10.2.2022, oleh kerana Plaintif telah membeli Premis tersebut daripada Bumi Ria Development, Bumi Ria telah menyerah hak perjanjian sewaan tersebut kepada Plaintif dan menyerahkan kesemua deposit kepada Plaintif.
6
Pada Februari 2024, Defendan telah memaklumkan kepada P;aintif bahawa Defendan tidak akan meneruskan penyewaan Premis dan meminta semua wang deposit dipulangkan semula sebelum Defendan menyerahkan kunci premis .
7
Plaintif telah bersetuju atas permintaan Defendan tersebut kerana Deposit tersebut adalah untuk memastikan Premis dalam keadaan baik dan Plaintif meminta Defendan memulangkan kunci premis tersebut sebelum Plaintif memulangkan semula deposit tersebut.
8
Plaintif kemudian telah menghantar surat tuntutan dan notis penamatan bertarikh 7.5.2024 kepada Defendan untuk menuntut pengembalian semula milikan kosong premis tersebut kepada Plaintif sebelum 20.5.2024, namun Defendan telah gagal berbuat demikian. S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg Fakta kes Defendan
9
Defendan merupakan pemilik tunggal kepada SK Kitchen Cabinet. Pada 8.2.2022, syarikat Defendan sebagai penyewa dengan Bumi Ria Development Sdn Bhd sebagai pemilik telah memasuki satu perjanjian sewa no 123 Jalan Villaraya 1/5, Villaraya Industrial Park, Pekan Batu 23, Off Sg Lalang, 43500 Semenyih, Selangor selama 2 tahun (dari 1.3.2022 hingga 28.2.2024) dan 2 tahun opsyen ( dari 1.3.2024 hingga 28.2.2026) dengan pembayaran deposit sebanyak RM12,000.00.
10
Defendan juga telah memaklumkan bahawa telah menerima surat dariapada Ria Development bertarikh 10.11.2022 menyatakan bahawa premis telah dijual kepada Plaintif.
11
Defendan kemudian telah memilih untuk berpindah dari premis tersebut pada akhir Mac 2025 tetapi meminta untuk pindah pada bulan April 2024 kerana terlalu banyak barang di dalam premis tersebut. Pemotongan air juga telah diselesaikan pada 26.4.2024.
12
Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah memungkiri perjanjian apabila menunjukkan keinginan untuk menaikkan sewa bulanan premis tersebut sehingga RM4,700 mulai 1.3.2024. S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg
13
Defendan sebagai penyewa yang tidak bersalah boleh memilih untuk membatalkan Perjanjian Sewa bertarikh 8.2.2022 dengan kemungkiran kontrak yang dilakukan oleh Plaintif.
14
Keengganan, kegagalan dan kecuaian Plaintif atau wakil untuk hadir pada 1.5.2024 di premis tersebut mengakibatkan penyerahan kunci dan milikan kosong premis kepada Plaintif tidak dapat dilakukan.
15
Mahkamah dalam permononan ini meneliti, adakah Plaintif telah mematuhi segala peruntukan di dalam Perjanjian sewa tersebut yang membolehkan mereka berhak atas tuntutan yang dikemukakan . Mahkamah juga perlu meneliti adakah Defendan berhak untuk menamatkan perjanjian ini atas alasan bahawa Plaintif telah melanggar peruntukan dalam Perjanjian tersebut.
16
Mahkamah meneliti kepada kandungan afidavit sokongan Plaintif yang menyatakan bahawa Defendan pada bulan Februari 2024 telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa Defendan tidak akan meneruskan penyewaan premis tersebut. Defendan sepatutnya memulangkan milikan S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg kosong premis beserta kunci kepada Plaintif apabila tempoh Penyewaan Perjanjian tamat tetapi Defendan telah gagal untuk berbuat demikian.
17
Plaintif kemudian telah mengeluarkan satu notis tuntutan dan notis penamatan bertarikh 7.5.2024 kepada Defendan menuntut mengembalikan milikan kosong premis kepada Plaintif sebelum 20.5.2024.
18
Mahkamah berpandangan bahawa tindakan Plaintif mengenakan sewaan dua kali ganda terhadap Defendan adalah wajar berdasarkan Seksyen 28(4)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Ini kerana kegagalan Defendan menyerahmilikan kosong premis tersebut kepada Plaintif selepas penamatan Perjanjian sewaan selepas Defendan tidak berminat untuk meneruskan kan lagi penyewaan di premis tersebut.
19
Mahkamah juga berpandangan bahawa tindakan Plaintif untuk merampas deposit RM12,000 tersebut adalah sah kerana tindakan Plaintif ini adalah berdasarkan kepada Klausa 4, perjanjian tersebut kerana kegagalan Defendan untuk membayar sewa dan mengembalikan milikan kosong premis kepada Plaintif.
20
Defendan menyatakan bahawa Plaintif telah melanggar Klausa 5.3 perjanjian tersebut dengan menamatkan perjanjian antara Plaintif dan Defendan. Mahkamah telah meneliti kepada kandungan Perjanjian S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg Sewaan (rujuk ekhibit LWL 2) iaitu seksyen 6 di bahagian Jadual ,yang mana mencatatkan bahawa term of the tenancy ialah two (2) year. Mahkamah juga mendapati bahawa tempoh perjanjian adalah bermula daripada 1.3.2022 sehingga 28.2.2024.
21
Mahkamah juga telah merujuk kepada Klausa 6.1 iaitu berkaitan dengan renewal perjanjian sewaan premis tersebut iaitu permohonan oleh penyewa mesti dibuat 2 bulan sebelum tamat tempoh perjanjian tersebut. Mahkamah dapati tiada apa keterangan atau dokumen yang dikemukakan oleh Defendan yang menunjukkan bahawa mereka telah mematuhi klausa 6
1
Perjanjian tersebut. Defendan hanya memaklumkan kepada Plaintif pada bulan Febuari 2024 bahawa Defendan tidak akan meneruskan penyewaan premis dan akan berpindah keluar dari premis tersebut pada bulan April 2024 iaitu 2 bulan selepas tamat tempoh perjanjian sewaan tersebut. Mahkamah dengan ini berpandangan bahawa Plaintif tiada melanggar Klausa 5.3 Perjanjian Sewaan tersebut kerana Defendan yang telah gagal mematuhi terma Perjanjian.
22
Atas alasan seperti yang Mahkamah nyatakan maka Mahkamah berpandangan bahawa Plaintif berhak seperti mana permohonan di S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg
Lampiran
Lampiran 1 dan Mahkamah telah membenarkan Permohonan Plaintif dengan kos RM2,000. Hakim Sesyen’ Mahkamah Bandar Baru Bangi 14.1.2025 S/N rigIXSTpkyDlsxGkmueHg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.