Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA – A53KJ – 1116 – 11/2024
DA-A53KJ-1116-11/2024
Sessions Court of Malaysia14 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA – A53KJ – 1116 – 11/2024
1
1.LUA BOO HOE (NO. K/P:700202-03-5277) (Menuntut sebagai benefisiari serta tanggungan dan bapanya yang sah kepada LUA I LIM (NO. K/P: 950715-03-5493)- Si mati mengikut Seksyen 7 & 8 dibawah Akta Undang-Undang Sibil 1956) (Pindaan 2019).
2
2.CHUA BEE KHIM (NO. K/P: 710701-03-5000) (Menuntut sebagai benefisiari serta tanggungan dan bapanya yang sah kepada LUA I LIM (NO. K/P: 950715-03-5493)- Si mati mengikut Seksyen 7 & 8 dibawah Akta Undang-Undang Sibil 1956) (Pindaan 2019). …PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.MUHAMMAD AZNAN BIN MAZLAN
2
2.KAMI FARMING SDN BHD (NO.SYARIKAT: 593359-T) …DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN FAKTA [ 1 ] Tuntutan ini wujud akibat suatu kemalangan jalanraya pada 15.
7
7.2022 pada jam lebih kurang pukul 12.30 tengahari jalan Simpang 3 Kampong diantara motokar no. PJY 4 yang dipandu oleh mendiang Lua Qi Lim dengan motorlori no. PNE 2198 yang dipandu oleh di pandu oleh Defendan Pertama serta Defendan Kedua adalah pemilik berdaftar. [ 2 ] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua adalah ibubapa mendiang Lua Qi Lim iaitu pemandu motorkar no. PJY 4 pada masa material. [ 3 ] Seramai 2 orang saksi seperti berikut memberi keterangan: a)Majikan: SP-1 b)Plaintif Pertama: SP-2 c)Tiada sebarang saksi atau keterangan yang dikemukakan oleh pihak Defendan. LIABILITI [ 4 ] Telah dipersetujui dan direkodkan bahawa pada 29.5.2025 bahawa Defendan-Defendan bertanggungan 90% keatas tuntutan pihak Plaintif-Plaintif, KUANTUM A. Gantirugi Kedukacitaan (Bereavement) [ 5 ] Telah dipersetujui dan direkodkan pada 29.5.2025 bahawa atas dasar 90% liabiliti terhadap pihak Defendan-Defendan jumlah RM27,000.00 sebagai gantirugi kedukacitaan. B. Gantirugi Khas [ 6 ]
2
dibawah di m/s 6 Ikatan Pliding-Kos pengkebumian:RM36,000.00 telah dipersetujui dan direkodkan pada 29.5.2025 bahawa atas dasar 90% liabiliti terhadap pihak DefendanDefendan jumlah RM36,000.00 sebagai gantirugi kos pengkebumian.Item (3) di m/s 6 Ikatan Pliding-Kos lapuran post-mortem : RM40.00 C. Gantirugi Kehilangan Tanggungan/Gantirugi Khas (Plaintif Pertama dan Kedua): RM4,000.00 sebulan x 12 bulan x 16 tahun: RM768,000.00 [ 7 ] Plaintif Pertama adalah bapa mendiang dan manakala Plaintif Kedua adalah ibu arwah. Kedua-dua perkara ini tidak disangkal pada masa perbicaraan. Kedua-dua plaintif membuat tuntutan ini dibawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 untuk gantirugi kehilangan tanggungan. Arwah berusia 23 tahun masa kejadian Maka multiplier yang terpakai adalah 16 tahun. [ 8 ] Persoalan yang ditinggalkan kepada Mahkamah ini berapakah multiplicand yang patut diawardkan untuk tuntutan kehilangan tanggungan oleh ibubapa mendiang. [ 9 ] SP-1 iaitu Pengarah Syarikat Winway Feed Sdn Bhd memberi keterangan bahawa mendiang Lua Qi Lim (No. K/P: 950715- 035493) adalah salah seorang pengarah di syarikat Winway Feed Sdn Bhd. Mendiang dengan syarikat selepas menamatkan pengajian di Tingkatan 5 dengan pendapatan bulanan sebanyak RM7,000.00. [ 10 ] Bayaran gaji tidak dibayar gaji selepas bulan Julai 2022 kerana beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada 15.7.2022. SP1 memberitahu Mahkamah kenapa tarikh gaji dibayar adalah berlainandan tidak semestinya di akhir bulan kerana gaji bulan Januari dibayar awal pada 19.1.2022 kerana perayaan Tahun Baru Cina. Manakala yang lain dibayar selalunya pada akhir minggu ketiga atau awal minggu keempat. Gaji terakhir dibayar pada 14.7.2022 sehari sebelum beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya dan meninggal dunia iaitu pada 15.7.2022 kerana ia adalah untuk harijadi beliau. [ 11 ] SP1 juga memberi keterangan bahawa sumbangan KWSP sebulan adalah RM770.00 sebulan dan sumbangan majikan sebulan adalah RM840.00. sumbangan PERKESO oleh majikan adalah RM15.80. Ini termasuk borang taksiran cukai pendapatan BE bagi tahun 2021. Maka berdasarkan keterangan wakil majikan yang disokong oleh dokumen KWSP, PERKESO dan LHDN bahawa gaji bulanan mendiang sebagai pengarah syarikat adalah RM7,000.00 sebulan. [ 12 ] Plaintif Pertama (SP-2) memberi keterangan bahawa mendiang adalah anak anak beliau dengan isterinya Chua Bee Kim (No. K/P: 710701-03-5000) iaitu Plaintif Kedua dalam tindakan ini. Pada 15.07.2022 pada jam lebih kurang 3.25 pagi semasa beliau berada di rumah di Taman Seri Rokam Maju, Tumpat,sebuah kereta peronda polis telah hadir dan memaklumkan bahawa anak beliau Lua Qi Lim telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalanraya semasa memandu motorkar no.PJY 4 dengan motorlori no. PNE 2198 di Simpang 3 Kampung Paloh. Laporan polis juga telah dibuat oleh beliau. . [ 13 ] SP-2 (bapa) dalam keterangan menyatakan bahawa mendiang memberikan beliau RM2,000.00 sebulan dan ibunya RM2,000.00 sebulan secara tunai. Keterangan tidak dicabar semasa pemeriksaanbalas. Peguamcara Defendan mencabar bahawa tiada sebarang dokumen perubatan yang menunjukkan bahawa ibu mendiang iaitu Plaintif Kedua tidak dapat memberi keterangan. Keterangan bapa mendiang iaitu SP-2 bahawa beliau bersama isterinya semasa mendiang memberikan wang tersebut menunjukkan bahawa keterangan beliau bukan suatu keterangan dengar cakap tetapi di lihat oleh mata sendiri dan mempunyai pengetahuan peribadi. [ 14 ] Mahkamah dirujuk kepada kes LEE TEE @ LEE KIM MOK & ANOR V SEEK LAI NEO & ANOR [2000] 1 MLJ 446 (Court Of Appeal) where Mokhtar Sidin JCA said at page 456 that :- “Though the first defendant had been precluded from defending, there was nothing to stop the second and third defendants from calling any director or officer of the first defendant to give evidence in court as to this. Failure to do so on the part of the defendants would render the evidence of the plaintiffs to be unchallenged.” [ 15 ] Seterusnya sekali lagi dalam kes MUHAMMAD FAIZAL SUNDRAJAN BIN ABDULLAH V PUBLIC PROSECUTOR [1998] 7 MLJ 465 Abdul Wahab J said :- “As the testimony of PW1 was not challenged in cross examination, the natural conclusion was that it was accepted by the defence and no documentary evidence in support was ||Page 466>> necessary in the circumstances. The challenge to PW2’s evidence was clearly an afterthought and the trial judge did not err in arriving at this conclusion (see pp 469C–D, F–G, 470A–B). ‘Living expenses’ mendiang [ 16 ] Berdasarkan keterangan wakil majikan, pendapatan mendiang adalah RM7,000.00 sebulan dan sekiranya jumlah sebanyak 1/3 di tolak untuk living expenses maka tinggal RM4,666.66. Jadi Mahkamah bersetuju adalah munasabah untuk mendiang memberikan kedua-dua ibubapanya RM2,000.00 setiap seorang. Apakah Maksud Kehilangan Tanggungan? Adakah Ia bermaksud Pihak Yang Menuntut Mesti Menunjukkan Bahawa Mereka Memerlukan Wang Tersebut Untuk Meneruskan Hidup Mereka? [ 17 ] Mahkamah dirujuk kepada beberapa kes bagi menentukan sama ada pihak menuntut perlu membuktikan bahawa mereka bergantung kepada wang yang diberikan dan kedudukkan kewangan pihak menuntut tidak menjadi suatu kayu pengukur. [ 18 ] Dalam kes Lee Seng Ho lwn Amir Bakar [2008] 8 CLJ 378 di m/s 384 perenggan [22], Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa jumlah kehilangan tanggungan adalah jumlah yang diberikan oleh simati dan terpulang kepada tanggungan berkenaan bagaimana wang tersebut dibelanjakan. [ 19 ] Seterusnya Mahkamah juga dirujuk kepada kes Ruhani Binti Mohiat v Abdul Karim Bin Mat Ali [1993] 3 CLJ 524 m/s 525 perenggan [3], jelas bahawa mahkamah tidak mengambil kira fakta bahawa isteri bekerja dan pendapatan yang diperolehi oleh isteri sebelum atau selepas kematian suami tetapi melihat jumlah wang yang diberikan oleh simati semasa beliau masih hidup. [ 20 ] Oleh yang demikian Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa jumlah kehilangan tanggungan adalah munasabah dalam lingkungan RM4,000.00 sebulan sekiranya di ambil kira sumbangan KWSP majikan setiap bulan dan bayaran insuran iaitu SOCSO setiap bulan kerana ia adalah sebahagian dari kehilangan tanggungan plaintif-plaintif. Jelas dari keterangan majikan dan bukti dokumentari bahawa sumbangan majikan ke KWSP adalah RM840.00 dan SOCSO adalah RM15.80. Di dalam kes Lai Kung Lai v Abu Serah [2008] 10 CLJ 24 TAB F m/s 255 perenggan [13]
III
(iii) Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa “EPF contribution of employer can be taken into consideration when assessing the multiplicand for loss of dependency”. [ 21 ] Mahkamah juga berpendapat tiada halangan tuntutan tanggungan si mati walaupun Plaintif Pertama bekerja pengarah syarikat . Mahkamah merujuk kepada kes Low Kean Giap v Shaik Alawdeen Shaik Dawood [1997] 7 CLJ 44 di putuskan: “The fact that the 2nd Plaintiff received income from his own business did not prevent him from being dependent and rightful claimant for the loss of support as the result of his son’s death under s. 7(2) CLA”. [ 22 ] Mahkamah juga dibangkitkan dengan persoalan adakah munasabah arwah dapat memberi purata sumbangan sebanyak RM4,000.00 kepada Plaintif Pertama serta Kedua ? Namun Mahkmah mendapati persoalan ini tidak dicabar semasa pemeriksaan balas Plaintif Pertama . Mahkamah dirujuk kepada kes: Renhome Bricks Factory Sdn Bhd v Watah Umpin [2009] 9 CLJ 494 di m/s 495 para (3): “The appellants’ contention that there was no evidence to support the respondent’s claim for loss of earnings was misconceived. Proof of earnings in accident claim does not necessarily require formal documents. If the apellants wanted a lesser sum to be awarded, they had to adduce the relevant evidence for the court to assess a reasonable amount. Mere challenge or putting the respondent to strict proof was of no value. [ 23 ] Maka jelas bahawa mendiang yang memperolehi pendapatan sebanyak RM7,000.00 sebulan dapat memberikan RM4,000.00 kepada kedua-dua ibubapanya iaitu Plaintif Pertama dan Kedua. Mutiplier yang terpakai dalam kes ini adalah 16 tahun. Maka tuntutan kehilangan tanggungan adalah RM4,000.00 x 12 bulan x 16 tahun = RM768,000.00 KESIMPULAN [ 23 ] Mahkamah berpendapat jumlah tuntutan gantirugi kehilangan tanggungan sebanyak RM768,000.00 adalah satu jumlah yang tepat dan munasabah. Bertarikh 14 Diisember 2025. ……………………t.t………..………….. HJ.EFFANDI NAZILA BIN ABDULLAH Hakim Sesyen
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.