Content
1 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : NA-12B-4-06/2024 5 ANTARA SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN BHD … PERAYU
NA-12B-3-06/2024
High Court of Malaysia5 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : NA-12B-4-06/2024 5 ANTARA SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN SDN BHD … PERAYU
1
Luqman Hakim Bin Hendon (Diatas kapasiti sendiri, sebagai suami yang sah dan orang tanggungan bagi Norhamizah Binti Mahadi, Simati serta wakil litigasi bagi Plaintif Kedua, Plaintif 15 Ketiga dan Plaintif Keempat)
2
Akram Syathir Bin Luqman Hakim (Seorang anak yang sah dan orang tanggungan bagi Norhamizah Binti Mahadi, Simati yang mendakwa melalui wakil litigasinya Plaintif Pertama) 20 2
3
3.
4
Dhia Sakinah Binti Luqman Hakim (Seorang anak yang sah dan orang tanggungan bagi Norhamizah Binti Mahadi, Simati yang mendakwa melalui wakil litigasinya Plaintif Pertama)
5
5.
6
Afkar Assyakirin Bin Luqman Hakim (Seorang anak yang sah dan orang tanggungan bagi Norhamizah Binti Mahadi, Simati yang mendakwa melalui wakil litigasinya Plaintif Permata)
7
KERAJAAN MALAYSIA …RESPONDEN-RESPONDEN DIGABUNGKAN BERSAMA DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN 15 DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : NA-12B-3-06/2024 ANTARA 20 3
1
Luqman Hakim Bin Hendon (Diatas kapasiti sendiri, sebagai suami yang sah dan orang tanggungan bagi Norhamizah Binti Mahadi, Simati serta wakil litigasi bagi Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Plaintif Keempat)
2
Akram Syathir Bin Luqman Hakim (Seorang anak yang sah dan orang tanggungan bagi Norhamizah Binti Mahadi, Simati yang mendakwa melalui wakil litigasinya Plaintif Pertama)
3
Dhia Sakinah Binti Luqman Hakim 10 (Seorang anak yang sah dan orang tanggungan bagi Norhamizah Binti Mahadi, Simati yang mendakwa melalui wakil litigasinya Plaintif Pertama)
4
Afkar Assyakirin Bin Luqman Hakim (Seorang anak yang sah dan orang tanggungan bagi 15 Norhamizah Binti Mahadi, Simati yang mendakwa melalui wakil litigasinya Plaintif Permata) …Perayu-Perayu Dan 20 4
1
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd 2. Jurutera Daerah Pejabat Jurutera Daerah Tampin 3. Jabatan Kerja Raya Daerah Tampin 4. Kerajaan Malaysia …Responden-Responden 5 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kedua-dua notis rayuan ini bertitik tolak daripada satu kes kemalangan 10 jalan raya yang berlaku di KM 28 Jalan Tampin – Gemas, di mana motokar yang dinaiki oleh Plaintif Pertama (dalam tindakan asal) dan dipandu oleh simati telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Akibat kemalangan tersebut, si mati telah meninggal dunia dan Plaintif pertama mengalami kecederaan serius. Plaintif-Plaintif mendakwa kemalangan berlaku apabila 15 motokar tersebut melanggar satu lubang/pecahan yang terdapat pada permukaan jalan raya di laluan tersebut. Lubang tersebut dikatakan terhasil akibat kebocoran paip air yang terdapat di bawah permukaan jalan. Paip air berkenaan adalah dibawah penyelenggaraan dan kawalan Defendan pertama, Sains (dalam tindakan asal). 20 5
2
Plaintif pertama merupakan penumpang dalam motokar tersebut dan pada masa yang sama adalah suami dan tanggungan kepada simati. Plaintif kedua hingga keempat adalah anak-anak dan tanggungan kepada simati.
3
Manakala, Defendan kedua hingga keempat, Jabatan Kerja Raya 5 (dalam tindakan asal) dibawa sebagai pihak-pihak kerana mereka dikatakan gagal dan cuai dalam menjalankan tugas mereka untuk mempastikan keadaan jalan raya di tempat kejadian berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dilalui oleh kenderaan-kenderaan. 10
4
Diakhir perbicaraan pada10.6.2024, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah (HMS) telah memberikan keputusan sebagaimana berikut :- Untuk isu liabiliti, HMS yang bijaksana telah memutuskan: 15 i. Defendan pertama bertanggungan 70%. ii. Defendan kedua hingga keempat bertanggungan 20%. iii. Plaintif-Plaintif sumbang cuai 10%. 6
5
Plaintif-Plaintif dan Defendan kedua (Sains) tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi :- i. Rayuan Sivil No. NA-12B-3-06/2024 – Rayuan yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap keputusan HMS bertarikh 10.6.2024 bagi isu liabiliti, awad 5 gantirugi am dan khas. ii. Rayuan Sivil No. NA- 12B-4-06/2024 – Rayuan yang telah difailkan oleh Defendan pertama (Sains) terhadap seluruh keputusan HMS bertarikh 10.6.2024 bagi isu liabiliti dan sebahagian awad gantirugi am dan khas. 10
6
Rayuan-rayuan ini telah didengar di hadapan Mahkamah Tinggi dan pada 5.2.2025, Mahkamah Tinggi telah memutuskan sebagaimana berikut :- 15 Untuk rayuan NA-12B-3-06/2024 Liabiliti : Mahkamah membenarkan rayuan Plaintif-Plaintif bagi isu liabiliti, di mana Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif tidak bertanggungan terhadap kemalangan 20 7 tersebut, manakala Defendan pertama dan Defendan kedua hingga keempat, masing-masing bertanggungan 80% dan 20%. Kuantum : Mahkamah hanya mengubah kuantum yang telah diputuskan oleh HMS terhadap perkara-perkara berikut :- 5 Gantirugi am Kecederaan Intracranial bleeding dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM30,000. Gantirugi khas i. Gantirugi kehilangan tanggungan diberikan sebanyak 10 RM1000 sebulan – RM12,000 x multiplier. ii. Kos ubatan Plaintif pertama-dibenarkan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 3 tahun. 15 Untuk rayuan 12B-4-06/2024 Liabiliti – Mahkamah ini mengubah keputusan HMS dengan menaikkan liabiliti Defendan pertama daripada 70% 20 8 kepada 80%, manakala liability bagi Defendan kedua hingga keempat kekal 20%.
7
Rayuan terhadap kuantum oleh Defendan pertama adalah dibenarkan sebagaimana yang diputuskan dalam kes NA-12B-3-06/2024. Untuk 5 kemudahan, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti asal mereka di peringkat Mahkamah Sesyen. Fakta kes Plaintif-Plaintif
8
Pada 12.02.2020, jam lebih kurang 5.50 pagi, si mati memandu sebuah motokar No. NCF 5226 bersama Plaintif pertama sebagai penumpang bergerak dari rumah mereka di Pasir Besar menuju ke Stesyen KTM Pulau Sebang untuk menaiki KTM bagi menghadiri satu temujanji di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
9
Apabila tiba di KM 28 Jalan Tampin – Gemas, motokar yang mereka naiki telah melanggar lubang/pecahan yang terdapat atas jalan raya yang menyebabkan motokar yang dipandu simati hilang kawalan dan terbabas 9 ke kiri jalan. Akibat kemalangan tersebut, simati telah meninggal dunia, manakala Plaintif pertama mengalami kecederaan yang serius.
10
Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa lubang tersebut terhasil akibat paip air yang terdapat di bawah tanah di jalan raya tersebut bocor/pecah kerana 5 gagal diselenggara oleh pihak Defendan kedua.
11
Plaintif-Plaintif telah memulakan tindakan terhadap :- iii. Defendan pertama – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) - (D1) 10 iv. Defendan kedua – Jurutera Daerah Pejabat Jurutera Daerah Tampin - (D2) v. Defendan ketiga – Jabatan Kerja Raya Tampin. (D3) vi. Defendan keempat – Kerajaan Malaysia. (D4). 15 Fakta Kes Defendan pertama (Sains)
12
Dalam mempertahankan kedudukannya, Defendan kedua menyatakan bahawa lubang tersebut terhasil akibat kemalangan berkenaan dan bukan diakibatkan oleh paip bocor. Ini adalah kerana paip milik 20 10 Defendan pertama berada di tepi jalan iaitu di bahu jalan dan bukan di bawah jalan tersebut sebagaimana dakwaan Plaintif-Plaintif.
13
Kecederaan kepada Plaintif pertama dan kematian simati adalah disebabkan oleh motokar yang dinaiki kedua-duanya melanggar tunggul 5 kayu yang terletak di tepi jalan setelah motokar tersebut hilang kawalan.
14
Jalan tersebut berlubang atau rosak disebabkan terdapat air bertakung atas jalan kerana air daripada paip yang pecah tidak dapat mengalir ke kawasan longkang di bahu jalan kerana terdapat semak samun di tepi 10 jalan tersebut yang tidak diselenggara dengan baik. Jalan tersebut terletak di bawah penyelenggaraan Defendan kedua hingga keempat. Fakta Kes Defendan kedua - Keempat (JKR)
15
Defendan ke-2 hingga ke-4 menyatakan bahawa jalan dimana kemalangan berlaku adalah jalan Persekutuan di bawah penyelenggaraan Defendan kedua - keempat. Bagaimanapun, D2-D4 mendakwa bahawa jalan tersebut telah rosak/berlubang disebabkan paip pecah di bawah tanah. D2-D4 menyatakan bahawa paip tersebut telah pecah sebelum kemalangan 20 11 berlaku dan tanggungjawab menyelenggara paip yang pecah tersebut terletak di atas Defendan pertama yang merupakan pemilik paip tersebut. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH 5 Isu liabiliti
16
Isu yang perlu diputuskan dalam rayuan ini adalah :- i. Sama ada kemalangan berlaku kerana motokar melanggar lubang yang terdapat di atas jalan; 10 ii. Sama ada lubang tersebut terhasil daripada paip yang bocor akibat kegagalan Defendan pertama menyelenggara paip tersebut. Isu pertama: Sama ada kemalangan diakibatkan oleh motokar melanggar lubang yang terdapat atas jalan.
17
Pihak Defendan pertama mempertikaikan dakwaan ini dan menafikan bahawa lubang tersebut terjadi disebabkan oleh paipnya yang pecah. Sebaliknya, Defendan pertama menyatakan terdapat keterangan yang 12 menunjukkan bahawa paip tersebut hanya pecah selepas kemalangan berlaku.
18
Dalam memutuskan perkara ini, Mahkamah telah meneliti keterangan saksi-saksi yang telah dipanggil memberi keterangan. Mahkamah merujuk 5 kepada keterangan SP1, iaitu pegawai penyiasat trafik.
19
19.
Preamble
Mengikut SP1, kemalangan berlaku di antara pukul 5.50 – 6.10 pagi. SP1 sampai di tempat kejadian pada hari yang sama pada pukul 7.30 pagi.
Preamble
Mengikut pemerhatiannya, terdapat satu lubang atau pecahan atas jalan 10 bersaiz dengan kedalaman 0.2 meter (0.7 kaki) dan dengan kelebaran 3.7 meter (40 kaki) di tempat kejadian. Lubang tersebut dilakarkan pada rajah kasar.
20
20.
Preamble
Mengikut hasil siasatan SP1, kemalangan berlaku motokar dipandu 15 simati dari arah Gemas ke Tampin (bawah ke atas mengikut rajah kasar) terlanggar lubang, yang menyebabkan motokar berpusing lalu terbabas dan melanggar tunggul kayu yang terletak di bahu jalan, yang ditandakan dengan “x” atas rajah kasar. 20 13
21
SP1 juga menyatakan bahawa lubang tersebut berada di laluan motokar simati. Keadaan jalan adalah gelap kerana ketiadaan lampu jalan. Lampu jalan yang terdekat berada lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian. SP1 turut mengesahkan pada masa tersebut tiada hujan yang turun yang boleh menyebabkan kawasan tersebut dilimpahi air. Oleh itu, 5 tanggapan pertama SP1 semasa mula-mula tiba di tempat tersebut, adalah air yang ditemui melimpah atas jalan adalah dari paip yang pecah.
22
Mahkamah turut meneliti keterangan SD1, iaitu Pengurus Air Daerah Tampin semasa kemalangan berlaku. Mengikut SD1, tugas dan 10 tanggungjawab Defendan pertama (Sains) adalah untuk membaiki paip air yang pecah. Tugas untuk membaiki jalan yang rosak terletak pada bahu Defendan 2 hingga 4 (JKR).
23
SD1 menafikan bahawa kerosakan pada jalan di lokasi kemalangan 15 telah diakibatkan oleh paip yang pecah. Mengikut SD1, terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada jalan tersebut, i.e kenderaan berat yang lalu lalang, laluan yang diturapi dengan premix yang tidak berkualiti, retakan pada jalan atau kegagalan tambakan. 20 14
24
SD1 turut menyatakan bahawa semasa kemalangan berlaku, simati memandu melebihi had kelajuan. Sekiranya simati memandu dengan perlahan dan berhati-hati, kemalangan sepatutnya dapat dielakkan.
25
Seterusnya SD1 turut menyatakan bahawa Sains menerima laporan 5 paip pecah pada pukul 6.40 pagi pada hari yang sama. Kemalangan ini dikatakan berlaku diantara pukul 5.50 pagi - 6.10 pagi, iaitu sebelum pihak Sains menerima laporan kebocoran paip di kawasan tersebut. Ini sekaligus menafikan bahawa lubang pada jalan tersebut telah disebabkan oleh paip yang bocor kerana kebocoran hanya berlaku selepas kemalangan terjadi.
26
SD1 turut mengesahkan bahawa terdapat paip air berukuran 8 inci dan ditanam pada kedalaman 5 kaki dikedudukan antara lorong K – L mengikut rajah kasar, iaitu laluan simati. Ini berdasarkan fakta bahawa pembaikian paip dibuat di lokasi tersebut dan mengambil kira google map yang turut 15 dikemukakan.
27
Semasa di soal balas, SD1 turut bersetuju kemungkinan paip pecah sebelum kemalangan. SD1 juga bersetuju paip air yang pecah berkeupayaan mengakibatkan tekanan air yang tinggi yang boleh merosak 20 15 serta melemahkan struktur tanah dan ini sekaligus berkeupayaan menyebabkan tanah mendap dan permukaan jalan berlubang seperti yang berlaku dalam kes ini.
28
SD1 juga mengesahkan bahawa saluran paip berkenaan telah berusia 5 40 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang penukaran atau pembaikan dibuat pada paip. Pada asalnya, paip air ditanam di di tepi jalan raya, tetapi apabila jalan raya dilebarkan, paip tidak dialihkan yang menyebabkan paip tersebut tertanam betul-betul di bawah jalan raya. Seterusnya SD1 turut mengesahkan paip di lokasi tersebut telah mengalami 10 keretakan pada hari kemalangan berlaku tetapi telah segera dibaiki.
29
Mahkamah juga meneliti keterangan SD2 dan SD3, jurugegas dan pekerja am pihak Defendan pertama. Mengikut SD2 dan SD3, mereka dimaklumkan oleh SD1 mengenai paip pecah di lokasi kemalangan pada 15 pukul 6.40 pagi pada 12.2.2020. SD1 telah mengarahkan mereka untuk menutup valve utama bagi menghentikan kebocoran pada paip. Mengikut kedua-duanya, apabila mereka tiba di lokasi, keadaan jalan sudah terkopek dan pecah dan terdapat banyak air kerana paip air yang pecah. Pada masa 16 itu, saluran paip utama belum ditutup. Mereka menambah lagi kon-kon keselamatan di kawasan itu.
30
SD4 adalah Penolong Jurutera, Jabatan Kerja Raya Tampin. Mengikut SD4, kerosakan pada jalan adalah berpunca dari paip air yang terdapat 5 di bawah jalan yang mengalami kepecahan atau kebocoran. Tekanan air yang berada di bawah permukaan jalan melonjak naik ke struktur jalan dan ini telah menyebabkan kerosakan pada jalan.
31
SD4 juga memaklumkan bahawa memandangkan jalan tersebut 10 adalah laluan utama, pihak JKR membuat pemantauan berkala ke atas jalan tersebut. Mengikut Laporan Pemantauan Kualiti Jalan (D16), kali terakhir JKR membuat pemantauan ke atas jalan tersebut adalah pada 10.2.2020, iaitu 2 hari sebelum berlaku kemalangan. Mengikut laporan tersebut, keadaan jalan di lokasi kejadian pada 10.2.2020 adalah baik.
32
SD4 juga mengesahkan bahawa kerosakan pada jalan tersebut telah dibaiki oleh pihak Sains (Defendan pertama). Ini berikutan ketetapan JKR bahawa suatu kerosakan jalan yang disebabkan oleh pihak ketiga hendaklah dibaiki oleh pihak berkenaan. 20 17
33
Setelah Mahkamah ini meneliti keterangan-keterangan di atas, Mahkamah telah memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa dapatan HMS yang telah menyatakan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian/kegagalan Defendan pertama dalam menyelenggara saluran paip dengan baik sehingga menyebabkan 5 kebocoran yang mengakibatkan jalan berlubang adalah satu dapatan yang berasas. Mahkamah ini turut memutuskan untuk menaikkan liabiliti/ tanggungan Defendan pertama terhadap kemalangan ini daripada 70%, sebagaimana keputusan HMS kepada 80%.
34
Mahkamah mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi yang menunjukkan bahawa kemalangan tersebut diakibatkan oleh motokar yang dipandu oleh simati melanggar lubang di atas jalan dan lubang tersebut terhasil kerana paip milik Defendan pertama yang tertanam dibawahnya telah bocor.
35
Berdasarkan keterangan SP1, iaitu pegawai penyiasat yang telah melakukan siasatan terdapat kes ini, lubang yang dilanggar oleh motokar tersebut adalah satu lubang agak besar dan dalam dan merentangi hampir 18 keseluruhan laluan motokar tersebut. Lubang tersebut mempunyai kedalaman 0.2 meter ( 0.7 kaki) dan kelebaran 3.7 meter (40 kaki).
36
Kemalangan dianggarkan berlaku antara pukul 5.50 pagi – 6.10 pagi semasa suasana masih gelap. Siasatan SP1 turut menyatakan bahawa 5 lokasi kemalangan tidak diterangi oleh lampu jalan. Lampu jalan yang terdekat terletak lebih 200 meter daripada tempat kejadian.
37
Seterusnya, Mahkamah juga mengambilkira keterangan SD4 yang mengesahkan bahawa pihak JKR yang bertanggungjawab menjaga 10 keadaan jalan ini, melalui Laporan Pemantauan Kualiti Jalan (D16), menyatakan bahawa pada kali terakhir JKR membuat pemantauan ke atas jalan tersebut pada 10.2.2020, iaitu 2 hari sebelum berlaku kemalangan. keadaan jalan dilokasi kejadian pada 10.2.2020 adalah baik.
38
Keterangan ini menunjukkan bahawa lubang tersebut adalah lubang yang baru terbentuk dan bukan lubang yang telah ada di atas jalan untuk sekian lama sehingga pengguna-pengguna jalan disitu telah menyedari kehadirannya dan perlu mengamalkan sikap berhati-hati dan berusaha untuk mengelak dari melanggar lubang tersebut. 20 19
39
Berdasarkan fakta-fakta ini, Mahkamah merumuskan bahawa simati berhadapan dengan elemen-elemen yang jelas berada diluar kawalannya semasa kemalangan berlaku. Dengan lubang selebar dan sedalam itu terhampar dipermukaan jalan, ianya adalah munasabah untuk menyatakan bahawa mana-mana kenderaan yang melanggarnya, walau dalam kelajuan 5 yang sederhana akan hilang kawalan dan terbabas.
40
Keadaan tersebut turut disumbangkan dengan fakta bahawa tiada lampu untuk menerangi kawasan tersebut bagi membantu motokar berkenaan menyedari kehadiran lubang tersebut dari jarak yang selamat. Ini 10 ditambah lagi laporan Laporan Pemantauan Kualiti Jalan (D16) yang menyatakan keadaan jalan dilokasi kejadian pada 10.2.2020 iaitu 2 hari sebelum kemalangan berlaku adalah baik. Ini bermakna, lubang tersebut adalah lubang yang baru terbentuk dan pemandu motokar tidak langsung mendapat amaran mengenai kewujudannya disitu.
41
Keterangan-keterangan yang ada menunjukkan bahawa pemandu motokar tidak langsung mempunyai peluang untuk menyedari kehadiran lubang tersebut dan ini bermakna tiada keperluan untuk pemandu 20 memperlahankan motokarnya apabila menghampiri kawasan tersebut atau berusaha untuk mengelak dari melanggar lubang.
42
SD1 turut mendakwa bahawa kemalangan tersebut juga diakibatkan oleh motokar yang dipandu simati melanggar tunggul yang terletak di bahu 5 jalan. Dalam memutuskan perkara ini, Mahkamah meneliti keterangan SP1 yang menyatakan bahawa tunggul tersebut terletak agak jauh dari laluan motokar, iaitu 2.7 meter daripada bahu jalan. Ini bermakna, tiada sebab untuk menjangkakan bahawa motokar berkenaan akan melanggar tunggul tersebut sekiranya motokar tersebut tidak terbabas akibat terlanggar lubang.
43
SD1 juga menyatakan bahawa kemalangan berlaku kerana motorkar tersebut dipandu dengan laju. SD1 menyatakan sekiranya motokar dipandu mengikut had laju yang dibenarkan, motokar tersebut tidak akan terbabas dan melanggar lubang mahupun tunggul tersebut. Terdapat ruang yang 15 mencukupi untuk motokar mengelak dari melanggar lubang tersebut.
44
Mahkamah mendapati bahawa kenyataan SD1 adalah tidak berasas. Tiada sebarang keterangan yang dikemukakan dihadapan Mahkamah yang menunjukkan bahawa semasa kemalangan berlaku, simati memandu 20 21 motokarnya dengan laju. Keterangan juga menunjukkan bahawa lubang tersebut merentang hampir keseluruhan laluan simati. Dalam keadaan jalan yang gelap, adalah agak mustahil untuk motokar tersebut menyedari kehadirannya dan bertindak untuk mengelak.
45
Secara rumusannya, adalah menjadi pandangan Mahkamah bahawa kemalangan tersebut berlaku kerana motokar tersebut terbabas selepas melanggar lubang yang terdapat atas jalan. Isu kedua: Sama ada lubang tersebut diakibatkan oleh paip yang bocor 10 sebagaimana dakwaan Plaintif-Plaintif.
46
Defendan pertama menafikan bahawa kerosakan pada jalan adalah diakibatkan oleh paip air yang bocor. Ini adalah kerana pihak Defendan pertama hanya menerima aduan mengenai paip bocor pada pukul 6.40 pagi, 15 iaitu selepas kemalangan berlaku.
47
Memandangkan kebocoran paip hanya berlaku selepas kemalangan, adalah tidak mungkin untuk menyatakan bahawa kerosakan pada jalan disebabkan oleh paip yang bocor. 20 22
48
Dalam memutuskan perkara ini, Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan. Mahkamah mendapati perkara-perkara berikut tidak dipertikaikan :- i. Satu kemalangan telah berlaku antara pukul 5.50 pagi – 6.10 pagi 5 di lokasi kejadian dimana sebuah motokar terbabas kerana terlanggar sebuah lubang yang terdapat di permukaan jalan. ii. Terdapat aduan mengenai paip bocor di lokasi kejadian pada pagi kemalangan berlaku. Aduan dibuat pada pukul 6.40 pagi. iii. Saluran paip tersebut berada dibawah kawalan Defendan 10 pertama. iv. Saluran paip bersaiz 8 inci tertanam 5 kaki di bawah laluan motokar simati. v. Lokasi paip bocor tersebut tersebut adalah di tempat kemalangan. vi. Terdapat air yang melimpah di kawasan kemalangan berlaku 15 walaupun tiada hujan turun. vii. Saluran paip tersebut pada asalnya ditanam di bahu jalan, tetapi apabila jalan tersebut dilebarkan, saluran paip tersebut terletak di bawah jalan. 23 viii. Sebagaimana yang dinyatakan oleh SD1, terdapat keretakan pada paip di tempat kejadian yang menyebabkan paip bocor. ix. Pihak Defendan pertama telah membaiki paip yang bocor tersebut. x. Pihak Defendan pertama juga yang telah membaiki kerosakan 5 pada jalan, i.e. menutup dan menurap lubang pada permukaan jalan.
49
Berdasarkan perkara-perkara, Mahkamah mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi yang menunjukkan bahawa terdapat 10 kebarangkalian bahawa lubang yang terbentuk atas permukaan jalan tersebut adalah disebabkan oleh paip yang bocor. Terdapat keterangan-keterangan yang menunjukkan bahawa paip yang bocor tersebut terletak di kawasan dimana pecahan atau lubang pada permukaan jalan raya terbentuk.
50
SD1 mencadangkan bahawa kerosakan jalan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain iaitu kenderaan berat, retakan pada jalan atau premix yang tidak berkualiti. Bagaimanapun, berdasarkan Laporan Pemantauan Kualiti Jalan (D16) oleh JKR, keadaan jalan pada 10.2.2020, 20 24 iaitu dua (2) hari sebelum kemalangan adalah baik. Saiz lubang adalah 0.2 meter (0.7 kaki) dalam dan 3.7 meter (40 kaki) lebar. Berdasarkan laporan tersebut, ini bermakna bahawa lubang dengan saiz berkenaan terbentuk dalam tempoh kurang daripada 48 jam.
51
Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan terdapat aduan atau laporan berkenaan kewujudan lubang tersebut sebelum kemalangan berlaku. Terdapat keterangan bahawa laluan ini adalah jalan utama dengan pengguna yang agak tinggi.
52
Mahkamah berpandangan kerosakan pada jalan pada skala ini akan mengundang perhatian pengguna jalan yang lain yang akan mengemukakan aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Ketiadaan sebarang aduan ini membawa kepada satu inferens bahawa lubang tersebut telah terjadi dalam tempoh masa yang singkat sebelum kemalangan berlaku.
53
Mahkamah menyedari bahawa tiada keterangan pakar dipanggil untuk mengemukakan pandangan pakar mengenai sebab-sebab yang membawa kepada kewujudan lubang tersebut. Bagaimanapun, Mahkamah turut mengambil dan meraikan pandangan SD4 yang merupakan Penolong 20 25 Jurutera, Jabatan Kerja Raya Tampin dimana, berdasarkan latar belakang perkerjaannya, adalah wajar untuk menyatakan bahawa SD4 mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara ini. Mengikut SD4, salah satu punca kerosakan pada jalan tersebut adalah kebocoran pada paip air yang terdapat di bawah permukaan jalan. Tekanan air yang berada di bawah 5 permukaan jalan melonjak naik ke atas, melemahkan struktur jalan dan ini telah menyebabkan kerosakan pada jalan.
54
Seperti yang dinyatakan di atas, SD1 mengesahkan bahawa terdapat paip retak atau bocor di tempat kejadian. SD1 yang merupakan Pengurus 10 Air Daerah Port Dickson pada masa material juga mengakui semasa disoal balas bahawa sekiranya paip pecah atau bocor, akan menyebabkan tekanan air yang tinggi yang boleh merosakkan struktur tanah dan mengakibatkan kerosakan pada jalan.
55
Mahkamah juga mengambil kira keterangan SD4 bahawa pihak yang telah membaiki permukaan jalan yang rosak di lokasi tersebut adalah Defendan pertama. Ini sejajar dengan ketetapan JKR bahawa pembaikan jalan yang rosak hendaklah dijalankan oleh pihak yang menyumbang kepada kerosakan tersebut. Ini bermakna, Defendan pertama telah 20 26 mengambil tanggung jawab ke atas lubang yang terbentuk atas permukaan jalan tersebut.
56
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa terdapat sebab-sebab yang munasabah untuk merumuskan bahawa lubang 5 tersebut diakibatkan oleh paip air milik Defendan pertama yang bocor. Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa Defendan pertama bertanggungan 80% terhadap kemalangan tersebut.
57
Pada masa yang sama, Mahkamah turut memutuskan bahawa 10 Defendan kedua hingga keempat bertangggungan dan turut menyumbang cuai 20% terhadap kemalangan tersebut atas alasan-alasan berikut :- i. Terdapat keterangan bahawa air yang mengalir kepermukaan jalan terhalang dari mengalir masuk ke longkang yang terletak di tepi 15 jalan menyebabkan air bertakung. Perkara ini terjadi disebabkan oleh semak-samun yang tumbuh dengan liar di bahu jalan disebabkan tidak diselenggara dengan baik oleh Defendan kedua – keempat. 27 ii. Mahkamah berpandangan bahawa kegagalan air mengalir dengan baik ke longkang yang menyebabkan air bertakung turut menyumbang kepada berlakunya pemendapan tanah yang membawa kepada kerosakan jalan. iii. Kegagalan Defendan kedua-keempat menyediakan lampu jalan 5 yang mencukupi di kawasan terlibat. Keterangan SP1 menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah gelap kerana ketiadaan lampu jalan dan lampu jalan terdekat hanya terletak dalam 200 meter daripada tempat kejadian. Mahkamah mendapati bahawa keadaan jalan yang gelap turut menyumbang kepada berlakunya 10 kemalangan ini. iv. Seterusnya, pihak Defendan pertama turut membangkitkan isu tunggul kayu yang terletak di tepi jalan dan meletakkan kecuaian ke atas Defendan kedua hingga keempat kerana gagal menebang tunggul tersebut. Mengikut keterangan pegawai penyiasat SP1, 15 motokar tersebut terbabas selepas melanggar lubang dan berpusing lalu melanggar tunggul tersebut. Keterangan SP1 menyatakan jarak tunggul tersebut dengan bahu jalan adalah 2.7 meter. Walaupun kedudukan tunggul adalah jauh dari tepi jalan, tetapi kehadiran tunggul disitu tetap memberi ancaman kepada 20 28 pengguna jalanraya. Adalah sesuatu yang boleh dijangka mana-mana kenderaan terbabas disitu berkemungkinan akan melanggar tunggul tersebut. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa Defendan kedua-keempat turut menyumbang cuai atas kegagalan mereka untuk membuang tunggul tersebut.
58
Seterusnya Mahkamah turut berpandangan bahawa Plaintif-Plaintif tidak menyumbang cuai terhadap kemalangan ini kerana tiada sebarang keterangan yang menunjukkan semasa kemalangan berlaku, terdapat kecuaian terhadap pemandu. Tiada keterangan bahawa motokar dipandu 10 melebihi had laju. Malah, siasatan SP1 mendapati, semasa kemalangan berlaku, lampu motokar terpasang dan kedua-dua pemandu dan penumpang memakai tali pinggang keledar. Atas alasan-alasan ini, Mahkamah memutuskan tiada sumbang cuai oleh Plaintif-Plaintif. 15 KUANTUM Gantirugi Am 59. Rayuan pihak Defendan pertama adalah terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang telah membenarkan sejumlah RM40,000 untuk 20 29 kecederaan “fracture of left transverse process of C6 vertebra”. Pihak Defendan pertama mendakwa jumlah tersebut adalah terlalu tinggi untuk kecederaan sedemikian. Gantirugi Khas 5 i. Keputusan HMS yang membenarkan sejumlah RM33,333 untuk “facet joint injections” atas alasan ianya tidak diplidkan. ii. Keputusan HMS membenarkan RM54,000 untuk kos mengupah pembantu rumah kerana ianya gagal dibuktikan. 10 Keputusan dan dapatan Mahkamah Gantirugi Am Fracture of left transverse process of C6 vertebra 15 60. Untuk kecederaan di atas, Mahkamah mengekalkan jumlah yang telah diawadkan oleh HMS terpelajar iaitu RM40,000 kerana berpandangan jumlah tersebut adalah wajar mengambilkira keseriusan kecederaan tersebut yang telah menyebabkan Plaintif mengalami keadaan “ fractures of vertebra causing restriction of movement of neck and back.” Malah, jumlah 20 30 ini juga masih dalam linkungan jumlah yang dicadangkan di dalam Revised Compendium of Personal Injury awards 2018. Head Injury – acute Intracranial bleeding 61. HMS terpelajar telah membenarkan RM10,000 untuk kecederaan ini. 5 Bagaimanapun, mengambil kira penghujahan pihak-pihak dan kecederaan yang dialami i.e intracranial bleeding (pendarahan intracranial) Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah ini wajar dinaikkan kepada RM30,000. Mahkamah turut mengambil panduan daripada otoriti yang dibekalkan oleh Plaintif, dimana Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Azlan bin Ab Mutalib & 10 Anor v Mohd Muniri bin Abdul Rashad & 2 ors [2020] telah mengawadkan sejumlah RM40,000 kepada kecederaan yang hampir sama iaitu complicated mild head injury (right temporal lobe haemorrhage – pendarahan temporal). 15 Ganturugi Khas Facet joint injections 62. HMS mengawadkan sejumlah RM33,333 untuk kos ubatan untuk kecederaan ini. Pihak Defendan pertama mempertikaikan jumlah ini atas 20 31 alasan jumlah ini tidak diplidkan. Setelah Mahkamah ini meneliti pliding pihak Plaintif-Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah memplidkan secara am dalam tuntutan mereka kos untuk Ubat-ubatan 5 63. Berdasarkan laporan pakar, facet joint injections adalah sejenis ubat penahan sakit untuk melegakan kesakitan yang ditanggung oleh Plaintif pertama akibat kecederaannya. HMS telah membenarkan sejumlah RM33,333 untuk ubat-ubatan ini. Bagaimanapun, meneliti laporan perubatan yang telah dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan 10 yang jelas bahawa Plaintiff pertama akan menanggung kesakitan untuk kecederaan ini untuk tempoh yang lama. Atas alasan tersebut, Mahkamah membenarkan sejumlah RM200 sebulan untuk tempoh 3 tahun untuk rawatan ini. (RM200 x 12 x 3 = RM7200.) 15 Kehilangan tanggungan
64
Untuk kategori ini, Mahkamah membenarkan sejumlah RM1000 sebulan untuk kehilangan tanggungan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif akibat kematian simati. Fakta bahawa semasa hayatnya, simati bekerja 20 32 sebagai guru di Pusat Anak Genius Negara dengan pendapatan bulanan bersih sebanyak RM3,291 bersama dengan elaun-elaun bulanan tidak dipertikaikan.
65
Tidak dinafikan bahawa Plaintif pertama ada menerima pencen 5 daripada kematian simati. Tetapi, Mahkamah berpandangan bahawa bayaran pencen tidak seharusnya diambilkira dalam menentukan jumlah kehilangan tanggungan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif akibat kematian simati.
66
Mahkamah menyedari bahawa adalah menjadi prinsip undang-undang yang ditetapkan bahawa sebarang tuntutan untuk gantirugi khas memerlukan pembuktian yang ketat. Bagaimana, mengambil kira fakta bahawa simati mempunyai pendapatan yang tetap, maka adalah wajar untuk menyatakan bahawa simati telah menyumbang secara kewangan kepada 15 keluarga. Dalam ketiadaan sebarang bukti yang kukuh mengenai sumbangan tersebut, Mahkamah membenarkan sejumlah RM1000 sebulan x 12 = RM12,000 dan dikali dengan multiplier yang sesuai dengan umur simati semasa kematiannya mengikut Akta Undang-Undang Sivil; 1956. 20 33 Kos mengupah pembantu rumah.
67
Bagaimanapun, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kos pembantu kerana tuntutan berkenaan tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan. 5
68
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah membenarkan sebahagian daripada rayuan-rayuan yang dikemukakan terhadap keputusan HMS dan mengekalkan sebahagian yang lain. 10 Bertarikh : 3 Julai 2025 t.t Wan Fadhilah Nor Wan Idris 15 Hakim Mahkamah Tinggi 1 SEREMBAN 20 34 Bagi Pihak Perayu : Tetuan Ariff Abu Bakar & Co No. 8, Tingkat 1, Jalan 1/1, Taman Ampang Tinggi, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Bagi Pihak Defendan 1 : Tetuan Ganesalingam Vojayaratnam & Aisha Jothilingam 5 No. 35-1, 1st Floor, Jalan Rasa Prima 3, Pusat Komersial Rasah Prima, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.