Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-12ANCvC-7-05/2024
BL-12ANCvC-7-05/2024
High Court of Malaysia15 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BL-12ANCvC-7-05/2024
1
M AZMI BIN MOHAMED TAHIR (Pemilik perniagaan yang berdagang di atas CETS Resources)
2
JAMILAH BINTI ADNAN (Pemilik perniagaan yang berdagang di atas CETS Resources
3
MARHANI BINTI KAMARUDDIN (Pemilik perniagaan yang berdagang di atas CETS Resources dan di atas RB Growth Resources) PERAYU-PERAYU
1
MOHD YUSRI BIN TAWIL & 15 YANG LAIN RESPONDEN-RESPONDEN 26/12/2024 10:31:25 BL-12ANCvC-7-05/2024 Kand. 16 S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG
1
MOHD YUSRI BIN TAWIL & 15 YANG LAIN PLAINTIF-PLAINTIF
1
M AZMI BIN MOHAMED TAHIR (Pemilik perniagaan yang berdagang di atas CETS Resources)
2
JAMILAH BINTI ADNAN (Pemilik perniagaan yang berdagang di atas CETS Resources
3
MARHANI BINTI KAMARUDDIN (Pemilik perniagaan yang berdagang di atas CETS Resources dan di atas RB Growth Resources) DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Ini adalah rayuan Perayu-perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) pada 21 haribulan Mei 2024 yang telah menolak permohonan Perayu-perayu untuk mengenepikan perintah komital terhadap Perayu-perayu dengan kos sebanyak RM2,000.00. S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag A. LATAR BELAKANG [1] Perayu-perayu dan Responden-responden adalah individu dan warganegara Malaysia. Perayu-perayu merupakan rakan kongsi kepada perniagaan yang menjalankan perkhidmatan kantin kilang serta membekal makanan sejuk dan basah yang berdagang di atas nama CETS Resources yang beralamat di No. 2 Kampung Nelayan, Teluk Gong, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor. Perayu 3 adalah merupakan pemilik tunggal perniagaan berdaftar kepada perniagaan yang menjalankan perkhidmatan tender kantin, catering serta pembekal makanan dan minuman yang berdagang atas nama RB Growth Resources yang beralamat di No. 19A, Jalan Melaka. 42000 Pelabuhan Klang, Selangor. [2] Perayu-perayu telah membuat representasi kepada Responden-responden bahawa mereka mempunyai perniagaan yang menawarkan tender pengusahaan kantin kepada pengusaha-pengusaha kantin. Berdasarkan Borang Pendaftaran Penender dan representasi yang diberikan oleh Perayu-perayu kepada Responden-responden, dimana Responden-responden perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk kemasukan tender kantin tersebut:- S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag
a
Responden-responden perlu berdaftar sebagai penender bagi tempahan Tender Kantin tersebut dan Responden-responden akan diberikan sijil penghargaan sebagai bukti dan penender yang telah berdaftar;
b
Responden-responden perlu membayar yuran pendahuluan bagi setiap pendaftaran Tender Kantin tersebut termasuk yuran untuk “pass” dan perkhidmatan bagi setiap pendaftaran penender kantin yang mana perlu dibayar oleh Responden-responden kepada Perayu-perayu; dan
c
Responden-responden akan dibekalkan dengan Tender Kantin tersebut dalam masa enam (6) bulan hingga setahun dari tarikh pembayaran yuran pendaftaran penender kantin tersebut. [3] Setelah pendaftaran penender selesai, Responden-responden telah dalam beberapa siri transaksi membuat bayaran pendahuluan termasuk yuran untuk “pass”dan perkhidmatan kepada Perayu-perayu sebagai tempahan kepada Tender Kantin tersebut dan setiap bayaran dibuat oleh Responden-responden atas akaun yang dipegang atas nama CETS Resources, RB Growth Resources, S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag Perayu 1 dan Perayu 3. Responden-responden telah membayar sejumlah RM791,800.00 kepada Perayu-perayu. Oleh kerana Perayu-perayu gagal dan/ atau enggan mengeluarkan sebarang penjelasan dan Perayu-perayu gagal untuk memberikan Tender Kantin tersebut kepada Responden-responden seperti yang termaktub di dalam Borang Pendaftaran Penender dan representasi-representasi yang diberikan oleh Perayu-perayu, maka Responden-responden telah memfailkan tindakan ini untuk menuntut kembali sejumlah RM791,800.00 berserta faedah, gantirugi am dan teladan. [4] Pada 23.6.2021, penghakiman persetujuan telah dimasukkan terhadap pihak-pihak. Namun begitu, Perayu-perayu telah gagal untuk mematuhi terma-terma dalam penghakiman persetujuan tersebut dan Responden-responden telah menguatkuasakan terma-terma di dalam penghakiman persetujuan tersebut melalui permohonan komital pada 28.12.2022. [5] Pada 12.6.2023, selepas Hakim Mahkamah Sesyen meneliti dan mendengar segala keterangan-keterangan dan hujahan yang dikemukakan semasa prosiding komital, Mahkamah telah membenarkan permohonan komital dan memerintahkan supaya S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag Perayu-perayu dikomitkan ke penjara selama tempoh sepuluh (10) hari seperti dalam perintah pengkomitan. [6] Pada 17.7.2023, Perayu-perayu telah menukar peguamcaranya yang mengendalikan prosiding komital iaitu Tetuan Suzilyana & Co. dengan Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates dan peguamcara yang baru ini telah memfailkan permohonan untuk menggantungkan perintah pengkomitan dan waran komital. Namun, pada 22.11.2023, Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan penggantungan tersebut dengan kos sebanyak RM1,000.00. Tiada rayuan difailkan oleh Perayu-perayu ke Mahkamah Tinggi atas keputusan ini. [7] Pada 16.1.2024, Perayu-perayu telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan atau membatalkan perintah komital bertarikh 12.6.2023 dan waran pengkomitan bertarikh 3.7.2023 di luar jangka masa yang dibenarkan. Pada 21.5.2024, Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan Perayu-perayu ini dengan kos sebanyak RM2,000.00 dan kini Perayu-perayu merayu ke Mahkamah Tinggi. S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag B.
para
[8] Hanya satu isu sahaja yang dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen iaitu samada perintah pengkomitan bertarikh 12.6.2023 dan waran pengkomitan bertarikh 3.7.2023 adalah tidak teratur dan boleh diketepikan. [9] Perayu-perayu menghujahkan permohonan dibuat di bawah Aturan 42 kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang mana Hakim Mahkamah Sesyen gagal memberikan pertimbangan. Aturan 42 kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan: “13. Mengenepikan atau mengubah penghakiman dan perintah Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam kaedah-kaedah ini untuk mengetepikan atau mengubah apa-apa perintah atau penghakiman, suatu pihak yang berniat untuk mengetepikan atau mengubah perintah atau penghakiman itu hendaklah membuat suatu permohonan kepada Mahkamah dan menyampaikannya kepada pihak yang telah mendapat perintah atau penghakiman itu dalam tiga puluh hari selepas perintah atau penghakiman itu diterima olehnya.” Perayu-perayu tidak menafikan terdapatnya kelewatan selama 7 bulan, namun Perayu-perayu menghujahkan bahwa didalam kes ini Mahkamah Sesyen masih mempunyai kuasa untuk mengenepikan S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag perintah pengkomitan dan waran komital atas alasan ianya adalah tidak teratur, cacat dan tidak sempurna. Perayu-perayu menghujahkan perintah kebenaran untuk komital di bawah Aturan 52 kaedah 3 KKM 2012 tidak pernah diserahkan kepada Perayu-perayu. [10] Aturan 52 Kaedah 4(3) dan (4) KKM 2012 memperuntukkan: “(3) Tertakluk kepada perenggan (4), notis itu, yang disertai dengan sesalinan penyataan dan affidavit yang menyokong permohonan minta kebenaran di bawah kaedah 3 dan perintah memberikan kebenaran itu, mestilah disampaikan secara kediri kepada orang yang minta dikomitkan.
4
Tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah atau Hakim di bawah Aturan 62, kaedah 5, Mahkamah atau Hakim boleh untuk tidak memerlukan penyampaian notis di bawah kaedah ini sekiranya Mahkamah atau Hakim memikirkannya adil untuk berbuat demikian. [11] Peguamcara Responden-responden pula berhujjah untuk mengenepikan suatu penghakiman di bawah Aturan 42 kaedah 13 KKM 2012 hanya boleh dilakukan sekiranya perintah atau penghakiman tersebut diperolehi tanpa pendengaran atas merit oleh Mahkamah. Peguamcara Responden-responden merujuk S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag kepada keputusan Mahkamah Rayuan didalam Halim Saad v Chan Yok Peng [2021] 1 CLJ 499: “[36] At the outset, we are compelled to state that the JC’s interpretation as to the purpose, scope and ambit of O.42 r. 13 of the ROC is correct and the law in this regard has been accurately and lucidly stated. We are likewise of the view that the defendant’s application to set aside the judgment/order dated 12 July 2019 pursuant to O,42 r. 13 of the ROC is fundamentally flawed. We do not think that O.42 r. 13 of the ROC applies to any inter parte orders which is made pursuant to an application which had been heard on merits. Order 42 r 13 of the ROC is not an avenue for an unsuccessful party to seek a “review” of the adverse decision. [37] Indeed, the proper route would have been for the defendant to appeal to the Court of Appeal against the summary judgment order dated 12 July 2019. And if the so-called fresh information or documents were discovered or unearthed belatedly, and if they are credible, critical, relevant and persuasive to the issue at hand, the defendant could have applied to the Court of Appeal and adduced them as “fresh evidence” in the very appeal itself. ………….. [50] In summary, it is our conclusion that having made the judgment/order on 12 July 2019, the High Court was functus officio and had no jurisdiction to consider encl. 40 as it was not S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag predicated on the exceptions which were stated by the Federal Court in Badiaddin’s case (supra). The matter was in fact barred by res judicata. [12] Ketika prosiding komital dijalankan di Mahkamah Sesyen, Perayu-perayu diwakili oleh peguamcaranya iaitu Tetuan Suzilyana & Co. Mahkamah Sesyen telah mendengar merit permohonan komital dimana peguamcara Perayu-perayu telah memfailkan hujahan bagi menentang prosiding komital itu. [RR - Lampiran 3 mukasurat 41 -55 ekshibit MY-1]. Setelah Hakim Mahkamah Sesyen meneliti segala keterangan dan hujahan pihak-pihak ketika prosiding komital, pada 12.6.2023, Mahkamah telah memerintahkan supaya Perayu-perayu dikomitkan ke penjara selama tempoh 10 hari seperti dalam perintah komital tersebut. Namun demikian, setelah perintah komital diberikan, Perayu-perayu menukar peguamcaranya kepada Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates yang kemudiannya memfailkan permohonan untuk penggantungan perintah komital dan waran komital (Lampiran 61). [13] Pada 22.11.2023, Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak
Lampiran
Lampiran 61 dengan kos sebanyak RM3,000.00. Perayu-perayu tidak memfailkan rayuan atas keputusan ini. Setelah 7 bulan, S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag perintah komital diberikan, Perayu-perayu memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah komital dan waran komital kerana Mahkamah Sesyen telah ‘functus officio” selepas perintah bertarikh 22.11.2023 diberi. Perayu-perayu sepatutnya memfailkan rayuan dan bukan sekali lagi memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah komital. [14] Hakim Mahkamah Sesyen adalah betul apabila memutuskan bahawa terdapat kelewatan melampau iaitu 7 bulan dalam memfailkan Lampiran 61 (permohonan untuk mengenepikan perintah komital dan waran komital). Alasan Perayu-perayu dalam mengatakan kertas kausa permohonan komital tidak teratur kerana sepanjang masa prosiding komital berlangsung, Perayu-perayu diwakili oleh peguamcara iaitu Tetuan Suzilyana & Associates. Perayu-perayu juga telah memfailkan permohonan penggantungan perintah komital selepas Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan komital oleh Responden-responden terhadap Perayu-perayu pada 12.6.2023. Permohonan untuk mengenepikan perintah komital dibuat oleh Perayu-perayu setelah permohonan penggantungan perintah komital mereka ditolak oleh Mahkamah pada 22.11.2023. S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag [15] Kesimpulannya, berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat penilaian yang wajar dan adil atas isu-isu yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan tiada sebarang kekhilafan baik dari segi dapatan fakta dan undang-undang oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana. Mahkamah tidak akan menganggu dapatan fakta dan keputusan beliau. Oleh itu, rayuan Perayu-perayu adalah ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00. Bertarikh 15 November 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag PEGUAM CARA BAGI PIHAK PERAYU : Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates No. 19-1, Jalan Kasuarina 2, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan PEGUAM CARA BAGI PIHAK RESPONDEN : Tetuan Zarkasya & Co. Unit 112, TTDI Adina Shop Office, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. S/N qjPqt8PBUUOCVykstf2tag
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.