Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-22NCvC-53-12/2023
BL-22NCvC-53-12/2023
High Court of Malaysia3 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-22NCvC-53-12/2023
1
M AZMI BIN MOHAMED TAHIR (Pemilik perniagaan yang berdagang diatas
2
JAMILAH BINTI ADNAN (Pemilik perniagaan yang berdagang diatas
3
MARHANI BINTI KAMARUDDIN (Pemilik perniagaan yang berdagang diatas PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
5.
6
MOHD KHAIRUIZAM BIN MOHD TAWIL 21/05/2024 15:11:06
7
7.
8
8.
9
9.
10
10.
11
11.
12
12.
13
13.
14
14.
15
15.
16
16.
17
MOHAMAD IZZAT BIN GHAZALI DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 7 DAN 12]
Lampiran
LAMPIRAN 7 Ini adalah permohonan oleh Defendan Pertama hingga Defendan Keenambelas (“selepas ini dirujuk sebagai D1 - D16) untuk membatalkan tindakan Plaintif-plaintif selaras dengan Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a), (b), dan/ atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Sekiranya permohonan pembatalan ini ditolak, maka D1 hingga D16 diberikan lanjutan masa untuk memfailkan Pembelaan dalam masa (14) hari daripada tarikh perintah. Kos permohonan dibayar dengan serta merta secara bersesama dan berasingan oleh Plaintif-plaintif kepada D1 hingga D16. LAMPIRAN 12 Ini adalah permohonan oleh Defendan Ketujuhbelas (“selepas ini dirujuk sebagai D17) untuk membatalkan tindakan Plaintif-plaintif selaras dengan Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a), (b), dan/ atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. A. ALASAN-ALASAN PERMOHONAN [1] Plaintif-plaintif menuntut satu deklarasi bahawa penghakiman persetujuan bertarikh 23.6.2021 adalah tidak sah dan dibatalkan. Plaintif-plaintif juga menuntut gantirugi am dan dan gantirugi khas. [2] Penghakiman persetujuan bertarikh 23.6.2021 adalah untuk Guaman No. BL-B52NCVC-25-11/2020 di Mahkamah Sesyen Klang. Ianya dimasukkan atas persetujuan semua pihak-pihak iaitu Plaintif-plaintif dan Defendan-defendan. Penghakiman persetujuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Puan Tasnim binti Abu Bakar didalam kehadiran peguam terdahulu Plaintif, Tetuan Nazrin & izzat dimana En Mohamad Izzat bin Ghazali yang mewakili Plaintif dan dalam kehadiran peguam D1 - D16 iaitu dari Tetuan Zarkasya & Co, Puan Solehatun Nisa’ binti Hasnan. Ketika penghakiman direkodkan, Tetuan Nazrin & Izzat merupakan peguam Plaintif-plaintif didalam Guaman No. BL-B52NCvC-25-11/2020. [3] Sebelum penghakiman persetujuan dimasukkan, terdapat beberapa siri pertemuan dan pertukaran surat menyusul. Lanjutan dari ini, peguam D1 hingga D16 telah menerima sesalinan draf penghakiman persetujuan yang telah ditandatangani oleh penguam terdahulu Plaintif dan telah memfailkan draf penghakiman persetujuan tersebut pada 18.6.2021. [4] Walaubagaimanapun, Plaintif-plaintif telah gagal mematuhi penghakiman persetujuan tersebut apabila gagal membuat bayaran sebagaimana terma penghakiman persetujuan. Setelah hampir (4) bulan penghakiman persetujuan direkodkan; D1 hingga D16 telah pada 22.9.2021 menguatkuasa penghakiman persetujuan tersebut melalui prosiding komital. [5] Peguam terdahulu Plaintif-plaintif iaitu Tetuan Nazrin & Izzat telah menarik diri dari mewakili Plaintif-plaintif dan Plaintif-plaintif dan Plaintif-plaintif telah melantik Tetuan Suzilyana & Co sebagai peguam mewakili mereka pada 5.2.2022. Kemudian terdapat perbincangan antara Tetuan Suzilayana dan peguam D1 - D16 untuk penyelesaian jumlah yang terhutang dengan Plaintif-plaintif. Hasil daripada perbincangan tersebut, pada 1.9.2022, peguamcara Plaintif-plaintif telah mengeluarkan (1) surat tawaran yang mengandungi terma-terma penyelesaian kepada Tetuan Suzilyana & Co. Pada 1.9.2022, Plaintif-plaintif telah membuat bayaran sejumlah RM 50,000.00 yang menjadi sebahagian dari terma-terma penyelesaian. hingga telah memfailkan notis pemberhentian untuk menghentikan prosiding komital pertama dengan kebebasan memfailkan semula selari dengan terma-terma surat tawaran penyelesaian tersebut. [6] Namun begitu, sekali lagi Plaintif-plaintif mengingkari terma-terma penghakiman persetujuan untuk kali kedua apabila gagal melunaskan baki hutang penghakiman persetujuan berjumlah RM 910,800.00 kepada D1 hingga D16 mengikut masa yang ditetatpkan. Sekali lagi prosiding komital dilaksanakan atas Plaintif-plaintif pada 12.6.2023 dan Mahkamah Sesyen Klang telah mengkomitkan Plaintif-plaintif ke Penjara Sungai Buloh selama 10 hari. Tiada pernah pada bila-bila masa, Plaintif memberitahu ingin mengenepikan penghakiman persetujuan ini. Pada 17.7.2023, Plaintif-plaintif telah menukar peguamnya dan melantik Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates dan memasukkan permohonan untuk menggantung perintah pengkomitan bertarikh 12.6.2023. Namun begitu, pada 22.11.2023, setelah Mahkamah Sesyen mendengar permohonan penggantungan komital itu, ianya ditolak dengan kos sebanyak RM 1,000.00. [7] D17 pula adalah peguambela dan peguamcara dari Tetuan Nazrin & Izzat yang merupakan peguam yang mewakili Plaintif-plaintif ketika perbincangan untuk terma-terma penghakiman persetujuan direkodkan didalam Guaman No.: BL-52NCvC-25-11/2020 antara Plaintif-plaintif dan D1 - D16. Pihak-pihak telah bersetuju untuk satu penghakiman persetujuan dimasukkan bagi tujuan penyelesaian. Oleh itu, satu penghakiman persetujuan bertarikh 23.6.2021 telah dimasukkan oleh pihak-pihak. [8] Plaintif-plaintif dalam tindakan guaman di Mahkamah Tinggi ini mendakwa penghakiman persetujuan itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan atas alasan Plaintif-plaintif tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kandungan penghakiman persetujuan tersebut. Plaintif-plaintif mendakwa kononnya D17 gagal memberikan maklumat dan/ atau menerangkan dengan jelas kepada mereka tentang kandungan penghakiman persetujuan itu sebelum ianya difailkan. Tujuan Plaintif-plaintif memfailkan tuntutan ini untuk membatalkan penghakiman persetujuan tersebut melalui perbicaraan semula di hadapan Mahkamah ini. [9] Tindakan yang difailkan oleh Plaintif-plaintif di Mahkamah Tinggi adalah satu tindakan yang meremehkan dan penyalahgunaan proses undang-undang dan percubaan untuk mengelakkan liability. B. JAWAPAN PLAINTIF-PLAINTIF [10] Plaintif-plaintif tidak menafikan adanya perjumpaan dengan D1 - D16, cuma ia sekadar perjumpaan biasa untuk menyelesaikan isu pertikaian antara pihak-pihak. Tidak pernah dibangkitkan berkenaan dengan isu penghakiman persetujuan. Plaintif-plaintif juga menafikan pernah menerima surat-surat yang didakwa oleh Defendan-defendan. Plaintif-plaintif mendakwa mereka tidak pernah mendapat apa-apa nasihat daripada D17 berkenaan isu penghakiman persetujuan ini dan mendakwa D17 telah gagal melaksanakan tanggungjawab profesionalnya untuk menasihati Plaintif-laintif berkenaan dengan penghakiman yang dimasukkan. [11] Plaintif-plaintif tidak pernah mempersetujui terma-terma didalam penghakiman persetujuan tersebut dan mereka mengetahuinya pada bulan Mei 2022 secara mengejut. Kewujudan penghakiman persetujuan itu hanya diketahui daripada D13. [12] Selain itu, terdapat kecacatan pada penghakiman persetujuan itu, kerana D11 iaitu Habibullah bin Haji Hassan telah meninggal dunia pada Januari 2021. Penghakiman persetujuan ini direkodkan pada 23.6.2021. Terdapat kausa tindakan yang jelas dalam tindakan ini yang perlu diputuskan didalam perbicaraan penuh. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [13] Undang-undang mantap berkaitan pembatalan tindakan dan/atau tuntutan Plaintif dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah jelas iaitu ianya hanya boleh dilakukan didalam keadaan jelas dan nyatakan bahawa tuntutan Plaintif tidak boleh dipertahankan, ianya satu kausa tindakan yang sia-sia, dan juga satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Jika sekalipun tuntutan Plaintif adalah lemah dan tidak akan berjaya jika dibawa ke perbicaraan penuh asalkan ia mendedahkan suatu kausa tindakan dan/atau membangkitkan beberapa persoalan yang sesuai untuk diputuskan, maka ianya seharusnya ditetapkan untuk pendengaran. Lihat Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; Sivakumar a/l Varatharaju Naidu v Ganesan a/l Retanam [2011] 6 MLJ 72] [14] Defendan didalam permohonannya untuk membatalkan Writ dan Penyataan Tuntutan Plaintif, menyatakan bahawa tuntutan Plaintif-plaintif untuk satu deklarasi bahawa penghakiman persetujuan bertarikh 23.6.2021 di bawah Guaman No. BL-B52NCvC-25- 11/2020 di Mahkamah Sesyen Klang sebagai tidak sah adalah satu tindakan yang remeh dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Plaintif-plaintif mendakwa penghakiman persetujuan itu diperolehi secara salah tanpa persetujuan Plaintif-plaintif kerana Plaintif-plaintif tidak dimaklumkan oleh D17 (peguam yang mewakili mereka dahulu) akan kandungan penghakiman persetujuan itu dan kesannya. [15] Pada setiap masa sebelum penghakiman persetujuan itu direkodkan sehingga ianya direkodkan pada 23.6.2021, Plaintif-plaintif diwakili oleh firma D17 dan ini tidak dinafikan oleh Plaintif- plaintif. Sebelum penghakiman persetujuan itu direkodkan, terdapat perbincangan antara pihak-pihak dan dibuktikan melalui surat menyurat bagi memuktamadkan terma-terma penghakiman persetujuan [Rujuk Lampiran 8 ekshibit MY-2] [16] Pada setiap masa material, Plaintif-plaintif diwakili oleh firma D17 iaitu Tetuan Nazrin & Izzat. D17 didalam affidavit sokongannya iaitu Lampiran 13 diperenggan 18 menyatakan bahawa pada perjumpaan pada 6.4.2021 untuk perbincangan tentang terma-terma penyelesaian, turut hadir adalah Plaintif 2, Plaintif 3 dan wakil Plaintif-plaintif iaitu En Ahmad Muzakkir bin Ismail dan beberapa Defendan [Rujuk Lampiran 13 ekshibit MIG-1]. Oleh itu dakwaan Plaintif-plaintif bahawa penghakiman persetujuan itu dimasukkan tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka adalah tidak benar. Selain itu kesan dan terma-terma penghakiman persetujuan itu telah diserahkan kepada Plaintif-plaintif pada 14.7.2021 oleh firma D17 [Lampiran 13 ekshibit MIG-2]. Sekiranya Plaintif-plaintif tidak bersetuju dengan terma-terma penghakiman persetujuan itu, mengapa mereka tidak memaklumkan secara bertulis bantahan mereka kepada D1 hingga D16 melalui D17 yang merupakan peguam mereka. [17] Apa yang lebih menarik adalah D1 - D16 telah mengambil (2) kali tindakan komital terhadap Plaintif-plaintif kerana keingkaran Plaintif-plaintif mematuhi terma-terma penghakiman persetujuan tersebut. Ketika prosiding komital yang pertama iaitu pada 22.9.2021; Plaintif-plaintif telah melantik peguam baharu menggantikan firma D17 iaitu Tetuan Suzilyana & Co. pada 5.2.2022. Kemudian terdapat perbincangan diantara pihak-pihak dimana Tetuan Suzilyana mewakili Plaintif-plaintif. Hasil perbincangan, (1) surat tawaran bertarikh 1.9.2022 [Lampiran 8 ekshibit MY-5] dikeluarkan oleh peguamcara D1 hinggan D16 kepada Tetuan Susilyana & Co berkenaan bayaran yang perlu dibuat oleh Plaintif-plaintif sebelum penarikan balik prosiding komital pertama. [18] Plaintif-plaintif telah bersetuju dengan terma-terma surat tawaran penyelesaian bertarikh 1.9.2022 dan telah membuat bayaran sebanyak RM 50,000.00 kepada peguamcara D1 hingga D16 pada hari yang sama dan prosiding komital pertama telah dihentikan oleh D1 hingga D16 pada 6.9.2022. Sekali lagi, Plaintif-plaintif gagal mematuhi terma-terma penyelesaian ini dan D1 hingga D16 sekali lagi memfailkan prosiding komital kedua pada 16.11.2022 dan pada Mahkamah Sesyen Klang telah membenarkan prosiding komital kedua ini dan memerintahkan Plaintif-plaintif dikomitkan ke Penjara Sungai Buloh selama 10 hari. Pada 17.7.2023 selepas daripada perintah komital kedua ini diberikan oleh Mahkamah, Plaintif-plaintif sekali lagi menukar peguamnya dan melantik Tetuan Yaacob Mentol, Zamani & Associates untuk memfailkan permohonan penggantungan perintah komital kedua ini, namun ditolak oleh Mahkamah Sesyen Klang dengan kos sebanyak RM 1000.00 [19] Didalam Bandar Builders Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation [1993] 3 MLJ 36. Apa yang jelas keputusan didalam Bandar Builders menetapkan satu prinsip yang penting, iaitu Mahkamah apabila melaksanakan budibicaranya untuk membatalkan pliding dibawah mana-mana perenggan a,b,c atau d Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012 hanya boleh digunakan dalam keadaan “plain and obvious case” sahaja. Dalam konteks kausa tindakan di hadapan Mahkamah ini, Plaintif-plaintif mendakwa penghakiman persetujuan bertarikh 23.6.2021 adalah tidak sah kerana terma-terma didalam penghakiman tersebut tidak didalam pengetahuan mereka dan tanpa persetujuan mereka. [20] Mahkamah merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh peguamcara Plaintif-plaintif berkaitan isu ‘consent’ didalam penghakiman persetujuan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan didalam Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 2 CLJ 75 dimana diputuskan: - “The grounds referred to for setting aside a consent order of a judgment by consent are grounds which basically relate to consensus ad idem or the free consent of parties to a binding agreement or contract. It is elementary that if it is proved that there are grounds which vitiate such free consent, the agreement is not binding. Now a consent order or a judgment by consent is undoubtedly based on an agreement of both parties where consent to the agreement must or should have been free in the first place. If the agreement upon which a consent order or judgment by consent is based, is vitiated by any ground recognized in equity as vitiating such free consent, such as fraud, mistake, total failure of consideration (see Huddesfield Banking Co v Henry Lister [1895] 2 Ch.273 and the cases cited therein), then such a perfected consent order or judgment by consent could be set aside in a fresh action filed for the purpose. Grounds which would vitiate such free consent should also include misrepresentation, coercion and undue influence and other grounds in equity.” [21] Berdasarkan otoriti Badiaddin (supra), suatu penghakiman persetujuan boleh diketepikan sekiranya tiada persetujuan penuh pihak-pihak (‘free consent’) yang disebabkan oleh paksaan, pengaruh tidak wajar, frod, salah nyata dan kesilapan. Mahkamah telah meneliti Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif-plaintif dan mendapati tiadanya unsur-unsur diatas ditunjukkan oleh Plaintif-plaintif melibatkan penghakiman persetujuan yang menjadi asas kepada tuntutan Plaintif-plaintif untuk deklarasi. [22] Jika benar Plaintif-plaintif tidak mempunyai pengetahuan akan terma-terma penghakiman persetujuan dan ianya dimasukkan tanpa persetujuan mereka, maka seawal 14.7.2021 apabila peguamcara hingga menyerahkan terma-terma penghakiman persetujuan itu kepada Plaintif-plaintif mereka telah membuat bantahan, namun ini gagal dilakukan mereka. Begitu juga ketika prosiding komital, tiada pada bila-bila masa, Plaintif-plaintif mencabar kesahihan penghakiman persetujuan yang menjadi asas kepada prosiding komital tersebut. Plaintif-plaintif menunggu hampir (2) tahun untuk memfailkan tindakan ini, selepas menukar (2) kali peguamcara yang mewakili mereka. Seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan didalam Yong Nyee Fan & Sons Sdn Bhd v Kim Guan & Co Sdn Bhd [1979] 1 MLJ 182, prinsip “laches and acquiescence” dinyatakan: - “To set out the general principles first, it is an established rule of equity that a plaintiff in equity is bound to prosecute his claim without undue delay. A court of equity would refuse its aid to stale demands, i.e where the plaintiff has slept upon his right and acquiesced for a great length of time. For “laches” literally means negligent inactivity. He is then said to be barred by his laches. Oleh itu, berasaskan prinsip “laches and acquiesces” ini sahaja maka penyata tuntutan Plaintif ini hendaklah dibatalkan selaras dengan Aturan 18 kaedah 19 (1) (a), (b) dan/atau (d) KKM 2012. [23] Selain itu, jika penghakiman persetujuan ini tidak dimasukkan tanpa persetujuan mereka, maka untuk apa bayaran RM 50,000.00 yang dibayar selaras dengan surat penyelesaian bertarikh 1.9.2022. Ini jelas menunjukkan Plaintif-plaintif telah akur dan mematuhi Surat Tawaran Penyelesaian dan/atau Penghakiman Persetujuan tersebut. Plaintif-plaintif kini dihalang (‘estopped’) untuk mempertikaikan keesahan penghakiman persetujuan tersebut. [24] D17 iaitu peguamcara yang mewakili Plaintif-plaintif sebelum penghakiman persetujuan dimasukkan menghujahkan isu Plaintif-plaintif tidak mempunyai pengetahuan tentang terma-terma penghakiman dan ianya dimasukkan tanpa kebenaran mereka adalah dakwaan kosong kerana sepanjang masa perbincangan dengan hingga akan terma-terma penghakiman persetujuan itu, Plaintif-plaintif mempunyai wakil mereka dalam perbicangan itu. Adalah jelas ini percubaan Plaintif-plaintif untuk mengenepikan satu penghakiman persetujuan yang telah sah dipersetujui oleh semua pihak dan membawa tindakan ini ke perbicaraan penuh. Ini jelas satu penyalahgunaan proses Mahkamah selain ianya meremehkan, bersifat ‘vexatious’ maka sewajarnya Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif-plaintif ini dibatalkan selaras dengan Aturan 18 Kaedah 19 (1) (b), (c) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. [25] Berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan Defendan-defendan 1 hingga 16 di Lampiran 7 dengan kos sebanyak RM 10,000.00 dan juga permohonan Defendan 17 di Lampiran 12 dengan kos sebanyak RM 10,000.00. Bertarikh 3 April 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Yaacob Mentol, Zamani & Associates (Klang) No. 19-1, 1st Floor, Jalan Kasuarina 2/KS07, 41200 Klang, Selangor PEGUAMCARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Zarkasya & Co Unit 112, TTDI Adina Shop Office, Jln Judo 13/45, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.