Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-171-12/2022 PENDAKWA RAYA
BA-45A-171-12/2022
High Court of Malaysia12 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(e) Loh Kah Loon v PP [2011] MLJU 330. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
“(d) PP v Ling Ping Siong [2016] MLJU 771”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-171-12/2022 PENDAKWA RAYA
1
MAH JIA FEI
2
NG KAR MIAN (NO. KP: 901122-14-5477)
1
Mah Jia Fei dan Ng Kar Min (selepas ini dirujuk sebagai “OKT-OKT”) di dalam kes ini telah dituduh bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan pertuduhan seperti berikut: 29/04/2026 10:08:16 Kand. 155 Bahawa kamu bersama-sama pada 28/6/2022 jam lebih kurang 12.45 tengah hari bertempat di kawasan tempat letak kereta Jalan Temenggung 15/9, Bandar Mahkota Cheras, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 1582.0 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas tahun.
2
Kedua-dua OKT tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, setelah meneliti hujahan bertulis kedua-dua belah pihak dan membuat penilaian secara maksimum ke atas keterangan saksi pendakwaan yang kredible, serta bukti dokumentar dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 dan Mahkamah memerintahkan OKT1 dan OKT2 untuk membela diri terhadap pertuduhan ke atas mereka.
3
Kedua-dua OKT telah membela diri dengan memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. Selain kedua-dua OKT, pihak pembelaan mengemukakan SD3 yang memberi keterangan bagi pihak pembelaan.
4
Di akhir perbicaraan, setelah meneliti hujahan bertulis dikemukakan dan menilai keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
5
Kedua-dua OKT disabitkan dengan pertuduhan. Mahkamah membuat keputusan OKT1 dan OKT2, masing-masing dihukum penjara seumur hidup (30 tahun) yang bermula dari tarikh ditangkap dan 12 sebatan rotan.
6
Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, kedua-dua OKT telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk merayu terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini.
7
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 12 orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT1 dan OKT2 iaitu seperti berikut: SP1 Sjn Mohamad Zaki bin Hussin (jurugambar) SP2 En Abd Rahim bin Ismail (ahli kimia) SP3 Supt. Mohd Nazri bin Ismail (pegawai serbuan) SP4 En Tey Chee Yuen (pemilik kereta Alphard VAL 6622) SP5 En Muhammad bin Taja Arifin (ejen penjual kereta) SP6 Yap Yee Wei (pembeli kereta Alphard VAL 6622 / isteri OKT 2) SP7 Insp Jasveer Singh (pengambil barang kes) SP8 En Tay Eng Hui (saspek yang ditangkap di tempat kejadian) SP9 Insp Zaini (anggota serbuan) SP10 ASP Rashidy (anggota serbuan) SP11 Insp Iqbal (Pegawai Penyiasat warisan) SP12 Insp Nur Nadia bt Jamallulail (Pegawai Penyiasat kes)
8
OKT 1 dan OKT 2 telah bersama-sama dituduh dengan satu pertuduhan bawah seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta) kerana telah memperedarkan dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 1582.0 gram.
9
Pada 28/6/2022, jam lebih kurang 12.45 tengah hari, bertempat di tempat letak kereta Jalan Temenggung 15/9, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat, Selangor, Pengadu dan pasukan serbuan telah membuat pemerhatian di tempat kejadian.
10
Lebih kurang 30 minit kemudian, Pengadu telah melihat seorang lelaki Cina (OKT 1) dalam keadaan mencurigakan masuk ke kawasan pemerhatian dan berdiri di tepi jalan. Kemudian, Pengadu melihat sebuah kereta Toyota Alphard bernombor pendaftaran VAL 6622 yang dipandu oleh seorang lelaki Cina (OKT 2) yang berhenti berhampiran dengan OKT 1.
11
OKT 1 telah bertindak membuka pintu penumpang belakang sebelah kiri kereta tersebut dan membawa keluar 1 beg kanvas bercorak bunga. Pengadu dan pasukan serbuan telah memperkenalkan diri sebagai polis apabila menghampiri OKT 1 dan OKT 1 telah bertindak mencampakkan beg kanvas tersebut dan melarikan diri.
12
Pengadu telah mengejar OKT 1 dan berjaya menahan OKT 1. OKT 2 yang memandu kereta tersebut telah mengundurkan kereta dan memecut ke hadapan lalu dikejar oleh pasukan serbuan menggunakan sebuah lagi kereta.
13
Kereta pasukan serbuan telah menghalang kereta yang dipandu oleh OKT 2 dan berjaya menahan OKT 2. Pengadu telah mengarahkan pasukan serbuan untuk membawa OKT 2 kembali ke tempat OKT 1 ditahan.
14
Pemeriksaan telah dijalankan ke atas beg kanvas tersebut dan Pengadu telah menjumpai 7 bungkusan plastik warna kekuningan bertulis Chinese Tea dan dalam setiap bungkusan tersebut mengandungi 1 bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu. Anggaran berat kasar keseluruhan barang kes adalah 7700 gram.
15
Kesemua barang kes dan OKT-OKT telah dibawa balik ke Pejabat Narkotik IPD Kajang untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat.
16
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tidak timbul keraguan dadah yang dirampas adalah jenis dadah berbahaya di bawah Akta.
17
Barang rampasan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan dianalisa oleh ahli kimia/saksi pakar (SP2). Hasil analisa SP2 adalah sepertimana di dalam laporan kimia eksibit P10.
18
Berhubung keraguan yang cuba ditimbulkan mengenai perbezaan berat kasar dadah yang direkodkan SP3 sebanyak 7700-gram dengan berat bersih direkodkan SP2 sebanyak 7642.98-gram (tanpa bungkusan plastik), pihak pendakwaan menghujahkan terdapat perbezaan berat hanya sebanyak 57.02-gram yang dihujahkan tidak signifikan sehingga menimbulkan keraguan mengenai barang kes dadah.
19
Perbezaan tersebut telah dijelaskan oleh SP2 dan pihak pendakwaan berhujah timbangan SP2, seorang ahli kimia adalah timbangan yang diambilkira bagi berat bersih dadah untuk menentukan pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2.
20
Pihak pendakwaan merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Persekutuan di dalam Hasbala Mohd Sarong v Pendakwa Raya [2013] 6 MLJ 636, Tan Yew Choy v PP [2010] 5 MLJ 212; [2009] 4 CLJ 245 untuk menyangkal isu dibangkitkan pihak pembelaan.
21
Seperkara lagi ialah keterangan SP1 (jurugambar) yang dikatakan pihak pembelaan semasa soal balas telah memberi keterangan bahawa dari gambar, terdapat peket plastik yang kelihatan kosong.
22
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa sandaran kepada keterangan jurugambar SP1 adalah tidak wajar. Tambahan pula, terdapat keterangan sokongan lain daripada SP12 yang menyatakan semua dadah di dalam plastik semasa diambil gambar tidak pernah dikeluarkan.
23
Mengenai dakwaan terdapatnya kelompangan dan terputusnya rantaian keterangan barang kes kerana SP3 tidak menyatakan berat dadah di dalam Borang Pemeriksaan (eksibit P15), pihak pendakwaan menghujahkan perkara tersebut tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana tidak ada keperluan undang-undang ia mesti dinyatakan di dalam eksibit P15. Tambahan pula, SP3 telah memberikan keterangan mengenai barang kes dadah yang dirampas dan mengecam barang kes di Mahkamah berdasarkan tandaan yang dibuat beliau semasa serbuan.
24
Manakala di dalam Borang Serah/Terima Barang Kes (eksibit P16), pegawai penyiasat telah nyatakan anggaran berat dadah yang selari dengan laporan polis Kajang/019928/22 (eksibit P17).
25
Mengenai kawalan barang kes yang dipertikaikan. Pihak pendakwaan tidak bersetuju dengan dakwaan terdapat kelompangan dan terputusnya rantaian keterangan kerana SP3 telah pergi membuat laporan polis di IPK Selangor sebagaimana report eksibit P17.
26
Pihak pendakwaan berhujah pertikaian tersebut tidak berasas memandangkan anggota serbuan adalah dari IPK Selangor dan barang kes sentiasa dalam kawalan SP3 sehinggalah ia diserahkan kepada SP12. Selan itu, SP12 telah memastikan barang kes disimpan dalam peti laci berkunci dalam biliknya dan kunci dipegang oleh beliau sahaja. Lee Wai Loon v PP [2014] 2 CLJ 649 dirujuk.
27
Mengenai percanggahan masa tiba di IPD Kajang antara SP9 dan SP10, pihak pendakwaan berhujah walaupun terdapat sedikit percanggahan, ia tidaklah signifikan sehingga menjejaskan kes pendakwaan mengambilkira bahawa percanggahan kecil boleh berlaku. Kes Lukman Zainuddin v PP [2012] 8 CLJ 351 dan Che Omar bin Mohd Akhir v PP [1992] 2 MLJ 689 dirujuk.
28
Pihak pendakwaan menghujahkan OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan mengenai eksibit barang kes dadah. Walaupun eksibit P12 bukan lut cahaya, kedua-dua OKT masih mempunyai pengetahuan kerana perbuatan kedua-dua OKT yang lari dari tempat kejadian dan bergelut semasa ditahan adalah keterangan mencukupi untuk Mahkamah ini membuat inferen pengetahuan – seksyen 8 Akta Keterangan.
29
Maka, mengambilkira berat dadah di dalam kes ini dan pembuktian elemen kawalan, jagaan dan pengetahuan yang dibuktikan, peruntukan statutori anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta terpakai.
30
Pihak pendakwaan juga berhujah supaya Mahkamah ini menerima sijil perakuan 90A (ID 31) dan ID32 (rakaman CCTV) diterima sebagai eksibit di dalam kes ini. Kes Saimon a/l Anthony v Pendakwa Raya dan lain-lain rayuan [2023] 5 MLJ 222 dirujuk.
31
Perbezaan berat dadah merupakan pokok hujahan pihak pembelaan terhadap kes pendakwaan. Perbezaan timbangan antara SP3 dengan yang dianalisa SP2 telah dijadikan sandaran kepada pihak pembelaan untuk mencabar kes pendakwaan.
32
Selain itu, pihak pembelaan bergantung kepada keterangan jurugambar SP1 dan eksibit P15 yang tidak menyatakan berat dadah untuk menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
33
Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi untuk membuktikan rakaman CCTV (ID32) yang dihujahkan material dalam kes ini mewajarkan Mahkamah menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan.
34
Reaksi OKT1 dan OKT2 adalah tindak balas semula jadi akibat panik terhadap kehadiran anggota polis berpakaian preman.
35
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen milikan, jagaan dan pengetahuan untuk menggunapakai peruntukan anggapan seksyen 37(da) ADB 1952.
36
Rantaian barang kes yang dirampas. Terdapat kelompangan keterangan rantaian barang kes daripada SP3 yang gagal memberi keterangan pembuktian barang kes semasa SP3 membuat laporan polis di IPK Selangor pada 11.27 malam.
37
Keterangan bercanggah antara SP9 dan SP10 berkenaan waktu dan masa tiba di IPD Kajang.
38
Penjagaan barang kes oleh SP12 juga dipertikaikan. Terdapat jurang kelompangan rantaian keterangan barang kes kerana SP12 tidak menjelaskan bagi tempoh 30/6/2022 sehingga 6/7/2022 bagaimana beliau menyimpan dan mengawal barang kes sepanjang tempoh dari selepas diambil gambar oleh SP1 sehingga penyerahan barang kes ke JKM. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT PENDAKWAAN ELEMEN PERTAMA – IDENTITI DADAH
39
Pihak pembelaan cuba menimbulkan keraguan sama ada dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 1582.0 yang dianalisa oleh SP2 merupakan dadah yang sama sepertimana yang dirampas di tempat kejadian.
40
Pihak pembelaan juga telah merujuk kepada kenyataan SP1 (jurugambar) yang berdasarkan pengamatan beliau pada gambar eksibit P4 kelihatan terdapat bungkusan yang kosong. Ini ditambah pula dengan SP3 tidak mencatatkan berat dadah di dalam eksibit P15.
41
Pihak pembelaan merujuk kepada kes-kes berikut untuk menyokong hujahannya:
a
Hasbala Mohd Sarong v Pendakwa Raya [2013] 6 MLJ
636
636.
b
Bazleh Saeid Saleh v Pendakwa Raya [2014] 5 MLJ 816.
c
Tan Yew Choy v Public Prosecutor [2010] 5 MLJ 212.
d
PP v Ling Ping Siong [2016] MLJU 771
e
Loh Kah Loon v PP [2011] MLJU 330.
42
Untuk menyangkal hujahan pihak pembelaan, pihak pendakwaan menghujahkan catatan bagi berat kasar dadah yang direkodkan oleh SP3 dalam eksibit P16 dan P17 bagi 7 bungkusan plastik yang mengandungi dadah tersebut adalah 7700gm.
43
Manakala berat bersih barang kes yang direkodkan oleh SP2 adalah 7642.98 sepertimana di dalam laporan kimianya (eksibit P10). Maka, tidaklah disangkal terdapat perbezaan bagi kedua-dua berat tersebut sebanyak 57.02 gram.
44
Berkaitan isu percanggahan berat timbangan dadah antara SP2 dan SP3 seperti dihujahkan pihak pembelaan, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mantap diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Hasbala Mohd Sarong (supra) yang mana telah diputuskan bahawa proses timbangan oleh pihak polis bukanlah merupakan faktor yang menentukan berat timbangan dadah untuk pertuduhan di dalam kes ini.
45
Sebaliknya berat timbangan hasil daripada analisa ahli kimia adalah faktor yang menentukan berat dadah dan menjadi asas kepada suatu pertuduhan. Ini jelas sepertimana disebut oleh YAA Raus Sharif HMP (ketika itu) seperti berikut: [21] At this juncture, we might hasten to also add that the weighing process by the police is not the determining factor in the weight of the drugs, rather it is the weighing done by the chemist which determines the actual weight of the drugs and forms the basis of the charge. It is common knowledge that the weighing process undertaken by the police after the seizure of the drugs is only for classification purposes in the determination of the charge that will be most likely to be preferred against the accused and/or arrested person. More often than not the disparity in weight of the drugs recorded is inevitable due to different weighing methods preferred and the different weighing apparatus used by the police force and the chemist department. [22] In this regard, we are minded of the fact that decided cases had shown that the difference in weight of the drug exhibits between the police and the chemist when left unexplained could result in creating a reasonable doubt to the prosecution’s case. This is however dependent on the facts of each case. In Yeong Kia Heng lwn Pendakwa Raya [1992] 1 MLJ 327; [1992] 1 CLJ Rep 372 for instance the discrepancy in the weight of drug exhibits between the police and the chemist was an issue before the then Supreme Court. The investigating officer in the abovementioned case testified that the weight of the heroin was 113g whilst the chemist gave evidence that it was 102.85g. But that was not the only issue. The Supreme Court found that there were discrepancies between the evidence given by the police and the evidence given by the chemist with regard to the odour and description of the heroine tendered in court. It was on those grounds the Supreme Court held that the appellant ought not to have been called to enter his defence. [23] This court in Tan Yew Choy v Public Prosecutor [2010] 5 MLJ 212; [2009] 4 CLJ 245, held that the discrepancies in the weight as found by the police and the chemist was fatal because the total weight ‘by the time the cannabis reached the hands of the chemist’ had increased in weight by 19.65g. But another flaw in the case was that, the investigating officer did not explain the movement of the cannabis from the time he received and weighed them on 25 February 2005 until he placed them in a box on 27 February and sent it to the chemist on 28 February. In fact, in Tan Yew Choy, the pertinent issue was more on the failure of the trial judge in not resolving the doubt as to the weight of the cannabis as the weight of the cannabis involved was within the borderline amount that can trigger the statutory presumption of trafficking under s 37(da)(vi) of the DDA.”
46
Berdasarkan kepada keterangan saksi pendakwaan, Mahkamah juga telah meneliti keterangan saksi pendakwaan mengenai kawalan barang kes ketika SP3 membuat laporan polis eksibit P17 dan menurut keterangan beliau, barang kes sentiasa dalam kawalannya sepanjang masa selepas tangkapan dan rampasan dibuat sehinggalah barang kes diserahkan kepada SP12.
47
Mahkamah menggunapakai prinsip undang-undang mantap diputuskan di dalam kes Lew Wai Loon v PP [2014] 2 CLJ 649 dan Loh Kai Loon v PP [2011] 5 CLJ 345 bahawa rantaian barang kes di dalam kes ini tidak terputus. Barang kes telah dikawal dengan rapi dan selamat oleh SP12. Melalui keterangan beliau, barang kes telah disimpan dalam peti laci yang berkunci dibiliknya dan kunci hanya dipegang oleh beliau sahaja.
48
Malahan sepertimana diputuskan di dalam kes Lew Wai Loon (supra), tidak ada pertikaian ditimbulkan oleh pihak pembelaan semasa perbicaraan bahawa barang kes dadah berada di luar peti laci tersebut.
49
Berhubung dengan isu dibangkitkan pihak pembelaan mengenai laporan polis eksibit P17 yang tidak dibuat di IPD Kajang, sebaliknya di IPD Selangor. Kekeliruan pihak pembelaan telah dijawab oleh pihak pendakwaan sepertimana hujahan balasnya yang menyatakan bahawa IPK Selangor sepertimana tercatat dalam eksibit P17 merujuk kepada kumpulan anggota serbuan adalah dari IPK Selangor.
50
Ini juga telah terjawab berdasarkan pernyataaan saksi ditandakan eksibit PSP3 yang mana adalah jelas bahawa SP3 berkhidmat di JSJN IPK Selangor. Oleh itu, adalah jelas bahawa SP3 adalah pegawai dari Kontinjen IPK Selangor dan tidak timbul sebarang keraguan mengenai tempoh kawalan barang kes semasa SP3 membuat laporan polis di IPD Kajang sepertimana dihujahkan pihak pembelaan.
51
Manakala isu tempoh masa pihak polis tiba di IPD Kajang, Mahkamah membuat dapatan bahawa percanggahan keterangan SP9 dan SP10 tidak memudaratkan kes pendakwaan sepertimana diputuskan di dalam kes Lukman Zainuddin v PP [2012] 8 CLJ 351.
52
Berbalik kepada isu yang diketengahkan oleh pihak pembelaan, Mahkamah membuat dapatan bahawa isu yang dibangkitkan pihak pembelaan gagal untuk membentuk keraguan mengenai identiti dadah dalam kes ini.
53
Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan. ELEMEN MILIKAN, JAGAAN DAN PENGETAHUAN OKT1-OKT2 KE
54
Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP3, SP6, SP9 dan SP10 untuk membuktikan elemen kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah (eksibit P12) yang mengandungi 7 bungkusan plastik berwarna kekuningan yang mengandungi dadah eksibit P13(1)-(7).
55
Elemen kawalan dan jagaan dapatlah disimpulkan berasaskan keterangan jelas kereta Toyota Alphard yang dipandu oleh OKT2 yang mana barang kes dadah dijumpai. Kereta tersebut dimiliki oleh isteri OKT2 (SP6) yang mana SP6 memberi keterangan beliau kerap menggunakan kereta tersebut.
56
Namun, 2 hari sebelum kejadian, kereta berkenaan telah digunakan OKT2 dan SP6 tidak ada meninggalkan apa-apa barang di dalam kereta berkenaan. Oleh itu, Mahkamah membuat dapatan hanya OKT2 mempunyai akses ke atas kereta tersebut sebelum kejadian dan juga pada masa material.
57
Pada hari kejadian, apabila OKT 2 memandu kereta tersebut ke tempat kejadian, OKT1 yang membuka pintu kiri belakang kereta untuk mengambil eksibit P12. Oleh itu, adalah jelas OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan bersama terhadap barang kes dadah tersebut.
58
Mahkamah juga membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pengetahuan melalui perbuatan-perbuatan OKT1 dan OKT2 yang terjatuh di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 seperti berikut:
i
OKT 1 telah membuka pintu kiri belakang kereta Toyota Alphard dan mengambil eksibit P12 dari dalam kereta tersebut;
II
(ii) Selepas SP3 memperkenalkan diri sebagai polis, OKT 1 telah mencampakkan eksibit P12 ke atas jalan dan melarikan diri;
III
(iii) Terdapat pergelutan semasa SP3 dan anggota serbuan menahan OKT 1 di depan Restaurant Four Seasons;
IV
(iv) OKT 2 telah melanggar kereta anggota serbuan dan memecut dengan cara ke belakang dan lari dari tempat kejadian sejauh 500meter dari tempat tersebut sehingga ditahan di hadapan premis Pertubuhan Penganut Dewa Kwan Kung Kuala Lumpur dan Selangor.
59
Mahkamah tidak menilai reaksi OKT-OKT seperti dinyatakan di atas secara terpencil (in isolation). Akan tetapi, Mahkamah ini telah membuat inferen pengetahuan berasaskan reaksi kedua-dua OKT contemprenous semasa pasukan serbuan menghampiri OKT1 dan OKT2 pula telah bertindak agresif mengundurkan keretanya sehingga terpaksa dikejar oleh pasukan serbuan untuk menahan kereta OKT2 dan menangkap OKT2.
60
Sekiranya OKT1 dan OKT2 tidak mengetahui mengenai barang kes dadah tersebut, mana mungkin mereka bertindak secara agresif untuk melarikan diri.
61
Sehubungan itu, perbuatan OKT-OKT yang bertindak agresif semasa serbuan dilakukan menunjukkan yang OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang terkandung dalam eksibit P12.
62
pihak pembelaan juga membuat cabaran ke atas bag kanvas yang tidak boleh dilihat dari luar isi kandungannya kerana tidak lut cahaya untuk mencabar naratif kes pendakwaan.
63
Mahkamah ini telah merujuk kepada kes rujukan pihak pembelaan di dalam Chan Kah Kin v PP [2021] MLJU yang memutuskan bukan merupakan suatu prinsip undang-undang sama ada bungkusan yang mengandungi dadah boleh dilihat oleh mata kasar atau tidak untuk menentukan sama ada tertuduh tahu akan dadah berbahaya tersebut. Sebaliknya, Mahkamah akan menilai fakta tersebut berdasarkan persekitaran kes tersebut. Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah memutuskan berikut: “ 21. In the course of appeal before us, counsel for the appellant relied heavily on the fact that the contents of the bundles were securely wrapped in newspaper and could not be identified. We were accordingly invited to draw the inference that the appellant had no knowledge of the contents of the bundles.
22
We were unable to accede to this request. While the fact that the contents of the bundles were hidden from view may have been relevant in determining whether the requisite knowledge was absent, this factor should not be given too much weight. Otherwise, drug peddlers could escape liability simply by ensuring that any drugs coming into their possession are firstly securely sealed in opaque wrapping.”
64
Oleh yang demikian, dengan menggunapakai prinsip undang-undang di atas kepada fakta kes ini, kedua-dua OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah tersebut. Sijil perakuan 90A (ID31) dan rakaman CCTV (ID 32)
65
Semasa perbicaraan, pihak pembelaan telah membantah pengemukaan dokumen oleh pihak pendakwaan dokumen ditandakan ID31 dan ID32 kerana pembuat dokumen tidak memberi keterangan mengenai rakaman CCTV tersebut.
66
Namun begitu, tidak ada nas undang-undang dikemukakan untuk menyokong hujahan pihak pembelaan. Setelah meneliti dokumen-dokumen dikemukakan, Mahkamah memutuskan untuk menerima dokumen ID31 dan ID32 sebagai eksibit.
67
Ini adalah kerana pihak pendakwaan telah memenuhi syarat keperluan undang-undang di bawah seksyen 90A Akta Keterangan. Kes Saimon a/l Anthony v Pendakwa Raya dan lain-lain rayuan [2023] 5 MLJ 222 dirujuk.
68
Oleh itu, berdasarkan kepada di atas, Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan, kawalan, jagaan dan pengetahuan mengenai barang kes dadah yang dirampas. Seterusnya memutuskan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai terhadap pihak pendakwaan.
69
Berdasarkan kepada keterangan yang terdapat dalam kes semasa yang dibicarakan ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa niat bersama oleh kedua-dua OKT dapat dibuktikan seperti berikut: i) Pemerhatian awal oleh SP3 melihat OKT 1 telah menghampiri kereta yang dipandu oleh OKT 2 dan membuka pintu kiri bahagian belakang kereta tersebut lalu mengambil P12 dari dalam kereta; ii) SP6 sahkan bahawa semasa kereta diserahkan kepada OKT 2 adalah dalam keadaan baik iaitu tiada apa-apa barang yang ditinggalkan dalam kereta tersebut oleh SP6. iii) Tiada orang lain yang mempunyai akses kepada kereta tersebut.
70
Memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen milikan, kawalan serta pengetahuan, anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 terpakai dalam kes ini.
71
Memandangkan pihak pendakwaan menggunapakai peruntukan anggapan seksyen 37(da) ADB 1952, hujahan pihak pembelaan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan keterangan langsung mengenai pengedaran dadah di bawah seksyen 2 Akta adalah tersasar kerana peruntukan tersebut tidak terpakai dan tidak relevan.
72
Berdasarkan kepada di atas, setelah meneliti segala keterangan dan setelah membuat pertimbangan secara maksimum ke atas keterangan saksi pendakwaan dan krebiliti saksi-saksi pendakwaan, adalah didapati dan diputuskan bahawa Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 dan berasaskan kepada peruntukan seksyen 180(3) Kanan Tatacara Jenayah, kedua-dua OKT adalah dipanggil untuk membela diri. ANALISA MAHKAMAH ATAS PEMBELAAN OKT1/SD1 DAN
73
Di peringkat ini, Mahkamah telah mendengar dan membuat penilaian secara keseluruhan keterangan saksi-saksi pembelaan dan saksi-saksi pendakwaan yang telah diberikan semasa di peringkat pendakwaan.
74
Mahkamah ini telah memutuskan saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan dadah berbahaya jenis Methamphatamine secara terus tanpa bergantung kepada anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952.
75
Oleh yang demikian, Mahkamah ini akan meneliti sama ada pihak pembelaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas pemilikan dan pengedaran sepertimana pertuduhan.
76
OKT1 dan OKT2 telah memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. Selain kedua-dua OKT memberi keterangan, SD3 juga telah dipanggil sebagai saksi pembelaan.
77
Pembelaan OKT1/SD1 bolehlah diringkaskan sepertimana berikut: a) Pada hari kejadian jam 12.30 tengah hari, OKT 1 berada di restoran 4 Seasons untuk berbincang mengenai perniagaan bersama dengan Ang Kok Fong. Di restoran tersebut, Ang Kok Fong telah memperkenalkan OKT 1 dengan SP8; b) Semasa perbincangan berlaku, Ang Kok Fong mengarahkan OKT 1 untuk keluar dan menunggu sebuah kereta Toyota Alphard dan mengambil sebuah beg kanvas eksibit P13 daripada belakang kereta tersebut; c) OKT 1 telah pergi ke kereta tersebut, membuka pintu belakang penumpang dan mengambil beg kanvas tersebut; d) Semasa OKT 1 mengambil beg kanvas tersebut, beberapa orang lelaki telah mengejar dan menjerit kepada OKT 1 menyebabkan OKT 1 mencampakkan beg kanvas tersebut dan berlari ke arah kaki lima restoran; e) Beberapa orang lain di luar restoran juga ditangkap termasuk SP8 dan Ang Kok Fong. OKT 1 menafikan pihak polis membuka beg kanvas tersebut selepas menangkap OKT 2; f) OKT 1 dan OKT 2 dibawa ke sebuah rumah yang tidak dikenali dan hanya menunggu polis membuat serbuan di rumah tersebut sebelum ke balai polis; g) OKT 1 menafikan pengetahuannya berkenaan dadah dalam beg kanvas dan hanya bertindak atas arahan Ang Kok Fong.
78
Manakala keterangan OKT2/SD2 adalah seperti berikut: a) Kereta Toyota Alphard kebiasaannya digunakan untuk tujuan perniagaan akuarium dan digunakan oleh OKT2, rakan niaga dan staf OKT2 untuk menghantar barang dan alat akuarium; b) Pada hari kejadian, jam lebih kurang 12.30 tengah hari, OKT2 memandu kereta tersebut ke kawasan belakang Restoran 4 Seasons untuk mengambil anaknya dari tadika dan telah memberhentikan kenderaan sementara di hadapan restoran tersebut; c) Kemudian, datang OKT 1 yang mengambil sebuah beg kanvas daripada tempat duduk belakang kereta tersebut. OKT2 terkejut dan mendengar suara orang menjerit dan menyerbu OKT1. OKT 2 melihat OKT 1 ditangkap dan OKT 2 juga telah ditangkap dan dibawa berdekatan OKT 1; d) OKT 1 dan OKT 2 dibawa ke sebuah rumah sehingga polis selesai serbuan; e) OKT 2 tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dadah tersebut dan hanya menjalankan rutin kelazimannya pada hari tersebut.
79
Memandangkan kedua-dua OKT telah memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, Mahkamah ini mengambil pendekatan sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersohor yang sering menjadi rujukan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP and another appeal [2015] 2 MLJ 293 yang mana pada asasnya memutuskan bahawa keterangan tidak bersumpah tertuduh dari kandang tertuduh hanyalah penafian semata-mata memandangkan keterangan tertuduh tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan dan juga hakim perbicaraan.
80
YAA Arifin Zakria (KHN) ketika itu memutuskan seperti berikut: [202] We accept that the courts below did not explicitly consider the political conspiracy defence which was raised by the appellant in his unsworn statement from the dock. In law, a trial judge will not give much weight to what an accused has said in his unsworn statement as he is not subject to cross-examination by the prosecution nor can he be questioned by the trial judge (Lee Boon Gan (f ) v Regina [1954] 1 MLJ 103; Udayar Alagan & Ors v Public Prosecutor [1962] 1 MLJ 39; Mohamed Salleh v Public Prosecutor [1969] 1 MLJ 104; and Juraimi bin Husin v Public Prosecutor, Mohd Affandi bin Abdul Rahman & Anor v Public Prosecutor [1998] 1 MLJ 537; [1998] 2 CLJ 383). [203] The issue is did the trial judge and the Court of Appeal adopt the correct principle in assessing the appellant’s statement? The trial judge in assessing the appellant’s statement observed as follows: [196] The accused in this case had denied sodomising the complainant. Although this denial was made from the dock, it was still a denial. He believed the charges against him was made not because the sodomy took place, but to send him into political oblivion by attempting to put him behind bars. [204] The Court of Appeal after discussing the law on a statement from the dock, agreed with the trial judge that the appellant’s statement from the dock was a mere denial. The Court of Appeal observed as follows: [108] For the respondent to succeed in his defence, it is incumbent upon him to adduce evidence which can answer the allegations in the charge. In this case, the respondent did not even deny that he was at the scene of the crime at the material time and date as stated in the charge. He never disputed that his car was seen entering and leaving the condominium at the material time. He also did not dispute that he was seen entering the lift to the fifth floor of the condominium and later leaving the place. He also did not dispute that he had directed his chief of staff, PW24 to arrange for an envelope to be handed over to him at the said condominium and that PW24 had instructed PW1 to bring the envelope to him. The respondent also did not dispute the fact that PW1 had brought the envelope to him at the place of the incident. The learned judge found that the respondent’s statement from the dock is a mere denial with which we fully agree. The bare denial by the respondent does not amount to any doubt whatsoever. A credible defence is one that answers the evidence thrown at it by the prosecution. It is also imperative that the respondent explain his case. [205] We hold that the Court of Appeal had adopted the right principle in assessing the appellant’s statement from the dock. As such we find no merit on the appellant’s complaint that the Court of Appeal had seriously misdirected itself in making adverse comments on the appellant’s decision to give his statement from the dock. While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence. We hold that the defence of political conspiracy remains a mere allegation unsubstantiated by any credible evidence.” (penekanan diberikan)
81
Dalam hal ini, walaupun kedua-dua tertuduh memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, Mahkamah ini masih perlu menilai pembelaan OKT-OKT untuk mencabar naratif kes pihak pendakwaan.
82
Daripada keterangan OKT1 melalui keterangan bertulis WSD1, beliau menafikan pemilikan dan pengetahuannya mengenai barang kes dadah. OKT1 melalui keterangan bertulis yang ditandakan Mahkamah sebagai WSD1 menyatakan yang Ang Kok Fong yang telah meminta beliau mengambil bag kanvas eksibit P12 di tempat duduk belakang kereta Toyota Alphard dipandu
83
Mahkamah telah meneliti semula Nota Keterangan kes ini, terutamanya keterangan SP8 berkaitan Ang Kok Fong. Berdasarkan Nota Keterangan tersebut adalah jelas SP8 telah memperkenalkan Ang Kok Fong kepada OKT1.
84
Persoalan kritikal kepada Mahkamah adalah sama ada Ang Kok Fong ada mengarahkan OKT1 untuk mengambil sesuatu daripada kereta Toyota Alphard sepertimana dinyatakan OKT1 di dalam WSD1.
85
Apa yang jelas daripada Nota Keterangan tersebut, SP8 tidak menyebut langsung bahawa Ang Kok Fong ada mengarahkan OKT1 mengambil sesuatu dari kereta Toyota Alphard. Bahkan pihak pembelaan juga tidak menyoal balas SP8 mengenai arahan Ang Kok Fong kepada OKT1.
86
Bukan itu sahaja, penama Ang Kok Fong juga tidak pernah dibangkitkan semasa pihak pembelaan menyoal balas pegawai penyiasat (SP12).
87
Apabila adalah jelas bahawa penama Ang Kok Fong hanya dibangkitkan semasa di peringkat pembelaan, maka Mahkamah berpandangan pembelaan OKT1 adalah berfikiran terkemudian dan penafian semata-mata. Ditambah pula dengan keterangan OKT1 yang dibuat tanpa sumpah di kandang tertuduh yang tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan dan dipersoalkan oleh Mahkamah.
88
Mahkamah berpandangan selain pembelaan OKT1 adalah pembelaan penafian semata-mata dan berfikiran terkemudian kerana dibangkitkan di peringkat pembelaan, OKT1 juga didapati hanya menafikan keterangan-keterangan saksi pendakwaan yang mana Mahkamah ini telah menilai secara maksima di akhir kes pendakwaan.
89
Apa yang jelas dan tidak dinafikan ialah OKT1 sendiri yang telah pergi ke kereta Toyota Alphard, membuka pintu kereta penumpang belakang kereta tersebut dan mengambil bag kanvas eksibit P12 yang mengandungi barang salah dadah berbahaya. Tindakan OKT1 ini jelas menunjukkan OKT1 tahu mengenai dadah di dalam bag kanvas tersebut.
90
OKT1 juga hanya menafikan bahawa-a) Beberapa orang lelaki (polis) telah menyerbu OKT 1 dari arah belakang secara agresif tanpa memperkenalkan diri sebagai polis; b) Pihak polis tidak membuka beg kanvas yang mempunyai paket dadah di tempat kejadian; c) OKT 1 menafikan pemilikan dan pengetahuannya terhadap dadah yang dijumpai.
91
Keterangan OKT1 hanyalah penafian semata-mata. Saksi-saksi pendakwaan SP9 dan SP10 telah mengesahkan pegawai serbuan SP3 telah membuka bag kanvas dengan disaksikan oleh kedua-dua OKT.
92
Mahkamah merujuk kepada kes PP v Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258 dan dan PP v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 yang mana Mahkamah menyatakan seperti berikut: ‘A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient’.
93
OKT2/SD2 di dalam keterangan bertulisnya yang ditandakan Mahkamah sebagai WSD2. Tunjang pembelaan OKT2 adalah akses kereta Toyota Alphard yang dinyatakan digunakan oleh ramai orang. Maka OKT2 menghujahkan terdapat keraguan bahawa beg kanvas eksibit P12 tersebut adalah dalam jagaan bersama OKT 1 dan OKT 2.
94
Perkara ini tidak pernah dibangkitkan kepada mana-mana saksi pendakwaan mahupun kepada isteri OKT 2 sendiri iaitu SP6.
95
SP6 dalam pemeriksaan utama menyatakan bahawa kereta tersebut yang dibeli oleh SP6 hanya digunakan oleh beliau dan OKT 2 sahaja. Kegunaan kereta tersebut juga adalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
96
SP6 menyatakan bahawa beliau menggunakan kereta tersebut 23 hari sebelum kejadian OKT2 ditangkap dan tiada barang salah dalam kereta tersebut.
97
Pihak pembelaan pula telah memilih untuk tidak menyoal balas SP6 pada masa tersebut. Maka, ini menunjukkan yang keterangan daripada SP6 telah diterima sepenuhnya.
98
Begitu juga semasa sesi soal balas bagi SP12 yang mana pihak pembelaan tidak pernah meletakkan cadangan bahawa kereta tersebut ada digunakan oleh orang lain selain OKT 2 dan SP6 sebagaimana yang ditimbulkan oleh OKT 2 semasa kes di peringkat pembelaan.
99
SD3 merupakan bekas pekerja kepada OKT2. SD3 menyatakan yang beliau bekerja untuk OKT 2 sekitar tahun 2019 – 2022.
100
Tugas SD3 ialah untuk mengambil dan menghantar ikan kepada pelanggan. SD3 menyatakan yang dia ada menggunakan kereta Toyota Alphard milik OKT 2 untuk menghantar ikan kepada pelanggan. SD3 juga menyatakan yang kereta tersebut digunakan oleh ramai orang.
101
Namun begitu, SD3 menyatakan yang OKT 2 tidak pernah menyuruh SD3 menghantar benda lain menggunakan kereta tersebut.
102
Walaupun OKT2 ada memanggil SD3 untuk menyokong pembelaannya, keterangan SD3 juga tidak memadai untuk menyokong pembelaan OKT2 kerana SD3 gagal untuk menunjukkan yang beliau adalah bekas pekerja kepada OKT2. Nama SD3 tidak pernah dibangkitkan kepada SP6 atau SP12 sebagai pekerja kepada OKT2 yang sama-sama menggunakan kereta tersebut.
103
SD 3 juga menyatakan yang beliau tidak tahu mengenai kejadian tangkapan tersebut kerana beliau telah balik ke kampung 2-3 hari sebelum OKT 2 ditangkap.
104
Dalam konteks kes ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan kes Ho Sek Hong v PP [2010] 4 MLRA 22 yang mana Mahkamah dalam kes tersebut telah merujuk kepada keputusan Privy Council di dalam State of UP v MK Anthony AIR [1985]SC 48 yang menyatakan “that the real tests for either accepting or rejecting the evidence of a witness are how consistent the story is with itself, how it stands the test of cross-examination, and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case (see: Bhoraj v. Sita Ram AIR [1936] PC60."
105
Berdasarkan kepada alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati keterangan SD3 tidak dapat meyakinkan Mahkamah akan kebenarannya dan keterangan saksi-saksi pendakwaan masih tidak dapat dicabar oleh pihak pembelaan di peringkat ini.
106
Mahkamah berpandangan OKT1 dan OKT2 dalam pembelaannya atas imbangan kebarangkalian gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpandangan dadah yang dimiliki OKT1 dan OKT2 bukanlah bertujuan selain daripada pengedaran.
107
Pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan yang munasabah iaitu OKT1 dan OKT2 memiliki dadah berbahaya sepertimana pertuduhan terhadap kedua-dua OKT.
108
Oleh hal yang demikian, merujuk semula kepada prinsip undang-undang yang dinyatakan sebelum ini, Mahkamah berpandangan pembelaan OKT 2 juga penafian semata-mata.
109
Selain itu, OKT2 dalam keterangannya juga menyatakan yang dia telah ditangkap selepas OKT1 ditangkap di tempat kejadian. OKT2 menafikan yang dia telah melarikan diri menggunakan kereta tersebut dari tempat kejadian dan ditangkap oleh SP9 di tempat lain.
110
Namun, OKT2 gagal menafikan keterangan SP9 sendiri yang menyatakan beliau telah menangkap OKT2 yang melarikan diri sejauh 500meter dari tempat kejadian.
111
Secara kesimpulannya, Mahkamah berpandangan OKT2 juga telah menafikan pemilikan dan jagaan bersamanya terhadap dadah-dadah yang dijumpai dan pembelaan OKT 2 ini juga bersifat penafian semata-mata.
112
Mahkamah ini berpandangan versi pembelaan yang diberikan oleh OKT 2 dengan nilai keterangan yang rendah dan tidak mampu disokong oleh keterangan SD3 menunjukkan bahawa pembelaan OKT2 bukanlah satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan ke atas kes pendakwaan.
113
Mahkamah ini mengulangi prinsip undang-undang mantap oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim (supra) yang memutuskan: “While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence”
114
Dalam hal ini, OKT-OKT juga gagal mencabar anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Mahkamah ini berpandangan pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan yang munasabah.
115
Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, Mahkamah mensabitkan OKT1 dan OKT2 sepertimana pertuduhan terhadap kedua-dua OKT.
116
Setelah Mahkamah mensabitkan kedua-dua OKT terhadap pertuduhan ke atas mereka, sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman, kedua-dua OKT telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi.
117
Peguambela bagi pihak OKT1 berhujah bahawa berumur 45 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Sebelum ditahan, beliau bekerja part-time dan juga merupakan runner untuk sebuah Syarikat logistic. Beliau menjaga bapa yang telah bersara. Isteri telah bercerai. 3 orang anak dijaga oleh ibubapa beliau yang tidak sihat dan perlu perubatan susulan. Ini adalah kes pertama OKT1.
118
Manakala OKT2 berumur 36 tahun. Ada 2 anak yang masih belajar. Isteri juga telah bercerai semasa beliau ditahan di lokap. Kini 2 orang anak dijaga oleh ibu OKT2. Sebelum ditahan, berniaga jual beli ikan. Kes pertama. Tidak ada rekod lampau. Mohon hukuman penjara dipertimbangkan oleh Mahkamah.
119
Timbalan Pendakwa Raya menghujahkan faktor pemberat dalam kes ini yang tertumpu kepada kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi OKT-OKT. Dadah adalah musuh negara dan beliau menekankan Mahkamah wajar menjatuhkan hukuman berat untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada OKT-OKT dan Masyarakat. Kesalahan mengedar dadah adalah serius kerana kesan domino daripada dadah itu sendiri. Pihak pendakwaan memohon hukuman gantung sampai mati dijatuhkan mengambilkira berat dadah (1582.0gram Methamine) dalam kes ini.
120
Faktor utama dipertimbangkan Mahkamah adalah kepentingan awam dan juga kesalahan serius dengan hukuman berat yang boleh dijatuhkan di bawah Akta.
121
Akan tetapi, susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang mana hukuman gantung sampai mati sepertimana sebelum pelaksanaan Akta tersebut bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
122
Mahkamah ini telah menekankan bahawa kedua-dua OKT bernasib baik Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan seumur hidup (selama 30 tahun) dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT1 dan OKT2 telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi.
123
Setelah menimbangkan mitigasi OKT-OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Lim Zhen Qiang & 5 yang lain v Pendakwa Raya, Rayuan Jenayah No. B-05(SH)-344-07/2024), Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT-OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh itu, hukuman bagi pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah masing-masing dijatuhkan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.